Anda di halaman 1dari 12

DASAR PENGURUSAN

TINGKATAN 6

MOTO
“Pengurusan Tingkatan 6 Cemerlang
Pelajar Gemilang “

VISI
“Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang
Kurikulum dan Ko-Kurikulum Menjelang
Tahun 2015”

MISI
“Kami Berhasrat Menghasilkan Pelajar-
Pelajar Yang Mencapai Tahap
Kecemerlangan Dalam Kurikulum Selari
Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”

1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TELANAI
21400 KUALA TERENGGANU

DASAR PENGURUSAN TINGKATAN 6


KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG

Pengurusan Tingkatan 6 adalah satu pengurusan yang baru dibentuk di peringkat


Kementerian Pelajaran Malaysia. Penjenamaan Tingkatan 6 dengan nafas baru merupakan
suatu cabaran kepada semua guru yang mengajar di tingkatan 6. Kewujudan jawatan
Penolong Kanan T6, guru ko- kurikulum serta guru akademik DG 44 hingga ke DG52 adalah
suatu anjakan untuk memertabatkan tingakatan 6. Justeru penjenamaan semulka tingkatan
6 memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja di kalangan guru bahkan juga kepada
para pelajar agar menjadi pelajar yang berketrampilan serta “role model” di kalangan para
pelajar. Penetapan dasar kurikulum yang menjadi salah satu cabang dasar pengurusan
tingkatan 6 adalah kerana kurikulum menjadi ‘ core business’ bagi setiap guru dan murid-
murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan
dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah sekolah harian yang
dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Dasar ko-kurikulum tingkatan 6
mengambil kira keperluan pelajar-pelajar tingkatan 6 untuk bergerak dalam ko-kurikulum
sebagaimana pelajar-pelajar lain tetapi dengan pendekatan dan penglibatan yang berbeza
dengan pelajar-pelajar lain. Tegasnya dasar yang diwujudkan ini menjadi garis panduan
kepada perjalanan dan pengurusan tingkatan 6 sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :


2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.1 Memantapkan pengurusan tingkatan sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan tingkatan 6 Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu.

3.0 DASAR

3.1 Dasar Pengurusan Tingkatan 6 sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

2
3.2 Kurikulum dan ko-kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak
Kementerian Pelajaran, jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai kurikulum dan ko-
kurikulum tingkatan 6.
3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Sekiranya program
akademik bertembung dengan program ko-kurikulum maka laluan untuk program
akademik diberikan keutamaan.
3.5 Setiap guru tingkatan 6 terlibat dalam kegiatan ko-kurikulum pelajar tingkatan 6
sebagai guru penasihat.
3.6 Setiap pelajar WAJIB melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum.
3.7 Setiap panitia bertanggung jawab untuk merangka program kecemerlangan dan
bergerak bagi menyokong kejayaan dasar kurikulum sekolah sekaligus meningkatkan
pencapaian kelulusan mata pelajaran.
3.8 Pengurusan Projek STPM (PPU) adalah di bawah Pengurusan Tingkatan 6 yang
dipengerusikan oleh Tuan Pengetua atau jika Pengetua tiada akan dipengerusikan
oleh PK T6.
3.9 Projek STPM akan membantu panitia meningkatkan pencapaian pelajar dengan
menjalankan aktiviti dan program sokongan.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan 6 akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun


mengikut standard piawaian jabatan.
4.2 Agenda mesyuarat mengikut garis panduan pengurusan tingkatan 6 yang diberikan
jabatan.
4.3 Mesyuarat Panitia akan diadakan minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat
mestilah disediakan 3 hari selepas mesyuarat berlansung. Satu salinan kepada
Pengetua, Penolong Kanan dan fail.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Agenda mesyuarat menjurus kearah pencapaian visi dan misi sekolah.
4.6 Minit mesyuarat mestilah diserahkan selepas 3 hari mesyuarat dan difailkan.
4.7 Mesyuarat akan dipengerusikan pengetua kecuali jika pengetua tidak hadir maka
mesyuarat akan dipengerusikan oleh GPK T6.
4.8 Semua guru tingkatan 6 wajib hadir mesyuarat pengurusan tingkatan tanpa
pengecualian.

5.0 SISTEM FAIL

5.1 Fail Pengurusan Tingkatan 6 disimpan di pejabat sekolah dan diuruskan oleh GPK T6
dan salinan fail disimpan di bilik GPK T6.
5.2 Semua fail panitia sentiasa dikemaskini dan diletakkan di bilik guru tingkatan 6.

3
5.3 Jumlah fail Pengurusan Tingkatan sebanyak 11 fail, fail panitia sebanyak 6 fail dan fail
ko-kurikulum sebanyak 3 fail.
5.4 Semakan fail dibuat empat kali setahun oleh pihak pengurusan.
5.5 Fail sentiasa dikemaskini dan di bawah penyeliaan GPK T6 dan dipantau sepanjang
masa oleh pengetua.

6.0 JADUAL WAKTU

6.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan
Pekeliling
6.2 Jadual waktu tingkatan 6 adalah sebanyak 46 waktu seminggu, 8 waktu setiap mata
pelajaran dan 4 waktu setiap kertas.
6.3 4 waktu untuk ko-kurikulum, 1 waktu untuk R&D dan 1 waktu untuk kolokium.
6.4 Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik dan guru ko-kurikulum adalah minima
16 waktu dan maksima 24 waktu seminggu.
6.5 Dasar pengagihan mata pelajaran berdasarkan opsyen dan kepakaran guru.
6.6 Waktu P&P bermula pada pukul 7.30 dan berakhir pada pukul 2.40 .
6.7 Waktu berubah mengikut akta /pekeliling iktisas semasa.
6.8 Bilangan waktu mengajar bagi semua mata pelajaran Tingkatan 6 termasuk MUET
adalah 8 waktu (40 minit setiap waktu).
6.9 Jumlah waktu keseluruhan pengajaran bagi setiap waktu mata pelajaran Tingkatan 6
tidak boleh kurang daripada 320 minit.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

7.1 Pra-U
Pengajian Am
Bahasa Melayu
Sejarah / Geografi
Ekonomi
MUET

8.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SMKTT

8.1 Kemasukan ke tingkatan 6 adalah daripada murid SMK Tun Telanai dan sekolah
‘feeder’ iaitu SMK Seri Payong.
8.2 Kemasukan ke tingkatan 6 adalah berdasarkan senarai nama serta surat tawaran
yang ditawarkan oleh pihak kementerian Pelajaran Malaysia.

4
8.3 Pelajar yang merayu untuk belajar di tingkatan 6 di SMK Tun Telanai perlulah mengisi
borang rayuan ke tingkatan 6 iaitu borang T6BKK dan menunggu kelulusan daripada
Jabatan Pelajaran Terengganu.
8.4 Bagi pelajar yang ingin mengulang di tingkatan 6 di SMK Tun Telanai perlulah mengisi
borang T6BUS iaitu borang calon mengulang di sekolah bantuan penuh kerajaan dan
menunggu kelulusan Jabatan Pelajaran Terengganu dengan syarat seperti berikut :
8.4.1 Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari tahun yang dipohon.
8.4.2 Memperolehi keputusan STPM bagi 2 mata pelajaran dengan keputusan lulus
sebahagian (Gred C-, D+ dan S ) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh
( Gred A,A -, B+, B, B-, C+, dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian.
8.4.3 Masih berkesempatan untuk mendaftar diri bagi mengambil peperiksaan STPM
sebagai calon sekolah.
8.4.4 Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah pusat Tingkatan Enam dalam
negeri berkenaan.
8.4.5 Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal
berdasarkan rekod disiplin murid.
8.4.6 Tarikh tutup permohonan ialah tiga minggu selepas keputusan STPM diumumkan.
8.5 Murid-murid dari sekolah kerajaan yang latak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam
Bawah hendaklah memenuhi ketiga-tiga syarat berikut :
8.5.1 Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
8.5.2 Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperoleh TIGA
kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran
terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari
kumpulan-kumpulan berikut : ( LIHAT LAMPIRAN )

9.0 RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH


BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM.

9.1 Sebarang keputusan dan penempatan murid di tingkatan 6 bawah adalah tertakluk
kepada keputusan oleh Jabatan Pelajaran negeri Terengganu.
9.2 Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah boleh membuat
rayuan ke Jabatan Pelajaran Terengganu melalui pengetua sekolah SMK Tun Telanai
dengan menggunakan borang T6BKK.
9.3 Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambil kirapenglibatan kegiatan
kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
9.4 Umur pelajar tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1
Januari.
9.5 Rayuan berasakan sebab-sebab lain tidak akan dipertimbangkan.

5
10.0 KRITERIA PENGAMBILAN CALON PERSENDIRIAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH
SEKOLAH KERAJAAN

10.1 Calon swasta / persendirian yang memohon Tingkatan enam Bawah hendaklah
menggunakan borang T6BCP dan menggemukakan permohonannya ke Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu.
10.2 Permohonan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
10.3 Masih terapat kekosongan belajar di tempat yang dipohon.
10.4 Borang permohonan mestilah disertakan dengan satu salinan dokumen yang
disahkan iaitu..
a. Keputusan peperiksaan SPM
b. Siil kelahiran
c. Kad Pengenalan
d. Rekod persekolahan yang terperinci dari persekolah rendah hingga persekolahan
menengah.
e. Perakuan dan sokongan pengetua/pegawai kerajaan dan penglibatan dalam
kokurikulum.
f. Jurusan dan pakej matapelajaran yang diikuti di sekolah asal.

11.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

11.1 Sukatan pelajaran yang terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
11.2 Salinan Panitia untuk setiap tingkatan disimpan dalam Fail Panitia.
11.3 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 6 perkara asas.
i : Tema
ii : Tajuk / Isi Pelajaran
iii : Objektif
iv : Aktiviti
v : Nilai
vi : Refleksi
11.4 Semua guru Tingkatan 6 yang dilantik sebagai guru tingkatan 6 oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia menggunakan folio sebagai ganti buku rekod mengajar dan
hendaklah meghantar folio pengajaran setiap hari khamis persekolahan minggu
berkenaan. (tertakluk kepada perubahan)
11.5 Semua guru tingkatan 6 mesti membawa folio persediaan mengajar setiap kali masuk
kelas.
11.6 Semua guru tingkatan 6 atas perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan Ogos
manakala tingkatan 6 bawah pada bulan Oktober.

6
12.0 GURU GANTI

12.1 Guru yang cuti sakit/CRK/berkursus perlu memaklumkan kepada Pengetua, GPK T6 ,
PK1 dan Guru Kanan Mata Pelajaran dan mencatat pada buku Rekod Cuti.
12.2 Guru yang dipanggil berkursus atau mesyuarat dengan surat panggilan diterima awal
hendaklah memaklumkan kepada GPK T6 untuk urusan ganti atau anjal kelas.

13.0 FOLIO

13.1 Semua guru Tingkatan 6 yang dilantik sebagai guru akademik DG 52, DG 48, dan DG
44 serta guru ko-kurikulum mesti mempunyai 4 folio.

1. Folio Pengajaran & pembelajaran


2. Folio Penilaian & Pentaksiran
3. Folio Pemyelidikan
4. Folio Ko-kurikulum

13.2 Kandungan folio guru Tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan lengkap dengan
memastikan komponen setiap folio lengkap dan kemaskini.

14.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

14.1 Masa persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.
14.2 Pelajar akan pulang ke rumah pada hari kokurikulum pada pukul 3.20 petang.

15.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

15.1 Peperiksaan Dalaman


15.1.1 Peperiksaan Selaras JPNT : TOV, OTI 1 dan OTI 2.
15.1.2 Peperiksaan/ ujian bulanan bagi tingkatan 6 atas dan 6 bawah dan peperiksaan akhir
tahun bagi 6 bawah.

15.2 Peperiksaan Awam STPM


15.2.1 Memastikan semua pelajar didaftar untuk menduduki peperiksaan.
15.2.2 Memastikan semua pelajar diberi taklimat peraturan peperiksaan.

15.3 Format Peperiksaan


15.3.1 Peperiksaan Penggal mengikut format peperiksaan awam
15.3.2 Semua pengendalian peperiksaan mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

7
15.4 Jadual Pengawasan
15.4.1 Tempoh masa bagi peperiksaan 6 atas dan 6 rendah adalah antara seminggu ke 2
minggu.
15.4.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
15.4.3 Masa bagi mengikut keprluan peperiksaan awam.

15.5 Rekod Markah


15.5.1 Markah peperiksaan akan diserahkan oleh guru mata pelajaran untuk diproses dan
dikeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi untuk disemak oleh Pengetua dan
Penolong Kanan Tingkatan 6 sebelum diserahkan kepada pelajar untuk
ditandatangani oleh ibu bapa pelajar.
15.5.2 S/U peperiksaan perlu menghantar laporan analisis peperiksaan kepada JPNT,PPD
dan PKPSM.

15.6 Jadual Spesifikasi Ujian


15.6.1 Semua soalan pra-percubaan STPM, ujian selaras berdasarkan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para pelajar.
15.6.2 Bagi soalan objektif, analisis item mesti disediakan setiap kali selepas ujian/
peperiksaan.
15.6.3 Bagi soalan peperiksaan Pra-Percubaan dan ujian selaras, soalan yang dibina
mestilah disemak oleh ketua panitia dan disahkan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6.

15.7 Post Mortem


15.7.1 Post morten akan disediakan oleh ketua panitia pada setiap kali peperiksaan STPM,
TOV, OTI 1, OTI 2 dan hendaklah diserahkan kepada setiausaha peperiksaan untuk
rumusan keseluruhan keputusan peperiksaan.
15.7.2 Setiap guru perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar untuk diambil
tindakan sewajarnya.
15.7.2 Semua guru mata pelajaran perlu memiliki fail pelajar dan mengklasifikasi pelajar
kepada kumpulan cemerlang, sederhana dan harapan.

15.8 Pemantauan

15.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran


15.8.2 Pengajaran dan pembelajaran guru/murid akan dicerap sekali dalam setahun secara
rasmi.
15.8.3 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan 6. Jadual induk
pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
15.8.4 Ketua panitia digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.

8
15.9 Pengurusan Panitia

15.9.1 Pengurusan Panitia Tingkatan 6 diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru


Penolong Kanan Tingkatan 6.
15.9.2 Penolong kanan Tingkatan 6 akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
15.9.3 Semu panitia perlu mebuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal, dan Pelan
Operasi.
15.9.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV,OTI dan ETR
dengan mengambil kira headcount muird.
15.9.5 Ketua panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
15.9.6 Semua panitia mesti mencerap dan memantau aktiviti panitia serta menyemak buku
latihan 2 kali setahun.
15.9.7 Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
mengajar yang berkesan serta inovatif bagi mendorong dan menggerakkan
kecenderungan murid terhadap pembelajaran.
15.9.8 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh seminggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia mestilah dihadiri piahk pengurusan.
Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah diserahklan kepada pengetua
melalui S/U Kurikulum.

15.10.1 Peperiksaan dan Penilaian

1510.2 Penolong Kanan Tingkatan 6 akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu -


Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
15.10.3 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan dibentuk seperti dalam senarai
tugasan tahunan.

15.11.0 Jawatankuasa Pemantauan dan Penyeliaan

15.11.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan dan Penyeliaan


 Pengetua
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Penolong Kanan Tingkatan 6
 Ketua Panitia

9
15.12.0 Penyemakan Buku Latihan Murid

15.12.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif.
15.12.2 Semua guru akan meyerahkan secara rawak 5 buah buku dari setiap kelas yang
diajar untuk semakan ketua panitia.
15.12.3 Semua ketua panitia akan menyerahkan 5 buah dari setiap kelas yang diajar kepada
Penolong Kanan Tingkatan 6.
15.12.4 Penolong Kanan Tingkatan 6 akan meyerahkan 5 buah buku kepada Pengetua untuk
semakan.
1512.5 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Tingkatan 6.
15.12.6 Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan 6 memastikan tindakan susulan dibuat
oleh ketua panitia dan guru mata pelajaran.

16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

16.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
Sekolah.
16.2 Setiap panatia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan pealatan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Tingkatan 6.
16.3 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
16.4 10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM untuk
awal tahun.
16.5 Budjet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

17.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

17.1 Semua program utama yang dibuat berdasarkan keperluan panitia.


17.2 Program peningkatan akademik dijalankan oleh setiap panitia dengan koloborasi dan
komitmen Projek STPM.
17.3 Panitia dan Projek STPM diminta menyediakan kertas cadangan peningkatan
akademik untuk diluluskan oleh pengetua bagi memastikan cadangan yang
dikemukakan dapat dijalankan.

10
18.0 PERKEMBANGAN STAFF

18.1 Kursus Dalaman


18.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada
Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan 6 apabila pulang berkursus menggunakan
format minit curai.
18.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
bicara Pengetua atau atas arahan penganjur.

18.2 Kursus Perkembangan Staff/ Konsultansi


18.2.1 Dirancang berdasarkan permintaan guru berdasarkan keperluan.
18.2.2 Lawatan ke sekolah cemerlang untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian
pintar.
18.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh Panitia.

18.3 Bahan-bahan Ilmiah


18.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru.
18.3.2 Disimpan untuk keperluan rujukan panitia.

19.0 KAJIAN TINDAKAN


19.1 Semua panitia mata pelajaran diwajibkan membuat satu kajian tindakan setiap
tahun.
19.2 Kajian yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK


20.1 Guru-guru dan murid digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi luar ke arah memartabat nama sekolah.

21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

21.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
Negara.
21.2 Perubahan boleh dilakukan dari masa ke semasa mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan pengurusan.

11
12

Anda mungkin juga menyukai