Anda di halaman 1dari 18

Sejarah Pesenjataan Nusantara

Senjata terawal masyarakat Nusantara adalah Tombak dari penciptaan tombak maka bercambahlah penciptaan senjata senjata
lain seperti Beliung, Kapak, Lembing, Parang/Pedang, Keris, badik, lawi ayam, kerambit dan sebagainya.
Sebelum kehadiran technology metalogy , senjata nusantara adalah dari ketulan batu dan kayu yang dibentuk dan di asah
menjadi senjata tajam. Dengan terjumpanya unsur logam di nusantara, persenjataan nusantara telah berubah kepada unsur yang
lebih kukuh. Para cendiakawan di-masa tersebut telah membuat RnD dengan pencampuran berbagai bagai jenis logam yang
terdapat di kawasan mereka. 

Cara pembuatan senjata logam pada peringkat pertama adalah dalam kaedah molding. Bahan bahan logam dicairkan dalam satu
bekas relau, kemudian logam cair tersebut dituang dalam longkang kecil yang dikorek pada permukaan tanah. Method ini berjaya
menghasilkan bentuk senjata dahulu tetapi ia agak besar, bundar dan tidak kukuh. Kemudiannya para empu berubah kepada
kaedah pembuatan melalui lipatan pelbagai logam. Di lipat-lipat berulang kali dalam keadaan panas menghasilkan jaringan logam
yang bertindih tindih menguatkan lagi structur senjata. Kemudian kaedah Sepuh pula digunakan iaini penyejukan secara cepat
pada logam yang panas menguatkan lagi struktur mata senjata.

Ilmu pemilihan dan pengunaan logam dalam pembikinan senjata pada masa tersebut lebih cenderung pada unsur unsur kesaktian.
Sebagai contoh, para empu pada masa tersebut percaya bahawa logam yang turun dari langit mempunyai unsur kesaktian yang
tinggi lalu mereka mencampurkan batu meteorite dalam bahan bahan pembikinan senjata mereka. Besi yang berupa tulang juga
adalah di-anggap begitu mistik sepertimana kepercayaan kepada besi tulang mawas dan besi tulang singa amat berharga dalam
pembuatan senjata dahulu.

Bahan Bahan Pembuatan Senjata Logam traditional - Method Pertama

7 Jenis Besi adalah merupakan bahan utama dalam pembikinan Senjata traditional. 

1) Besi Waja - digunakan sebagai Besi Baja - majority struktur pada 


senjata

2) Besi Temiang - Merupakan logam berwarna putih atau Kelabu sebagai 


penguat Baja

3) Besi Pasir - ketulan logam yany berbentuk pasir - biasa dijumpai di


kaki bukit

4) Besi Batu - Ketulan logam berbentuk batu kesil - biasa dijumpai di 
atas bukit

5) Besi Kursani - Batu berbentuk logam kekuningan (hematite) - berunsur 


sulferik

6) Besi Tahi Bintang - Meteorite - sumber nickel, uranium - kepercayaan 


mistikal

7) Besi Leleh - batu panchur - di percayai sebagai unsur kekebalan

Antara bahan lain yang juga menjadi pilihan empu senjata terdahulu adalah seperti berikut

1) Emas, Perak dan tembaga - sebagai penambahan Nilai senjata dan anti-
kebal

2) Besi Kuning - anti-kebal

3) Besi Wali - untuk mengelak karat - Berunsur seperti Stainless Steel

4) Besi Tulang - Mawas atau Singa - sebagai unsur Bisa. 

Untuk mengenal pasti Besi tulang Mawas, apabila besi ini dibakar pada api yang kuat, besinya akan berasap dengan kuat dan
asap ini amat beracun manakala besi Tulang Singa pula, apabila dibakar ia akan terbakar dan menghasilkan percikan api seperti
bunga api. Di sebabkan unsur bisanya, hanya para empu yang terpilih sahaja akan bersetuju untuk mencampurkan besi tulang
dalam pembikinan senjata mereka. Maka, senjata berunsur besi tulang ini adalah amat tinggi nilainya disebabkan amat kurang
dihasilkan dan rumit/bahaya pembuatannya. Dikatakan para empu menghadapi risiko buta, lumpuh, koma atau maut bila
menggunakan tulang mawas ini.

Bahan Bahan Pembuatan Senjata Logam traditional - Method Kedua

Besi 7 Pa
Method pemilihan bahan pembuatan senjata berdasarkan pepatah lama

"Dimanakah kekuatan seorang panglima...adakah pada tubuhnya atau pada kerisnya....akan tetapi tidaklah antara keduanya
melainkan pada huruf Pa."

Maka, dengan menurut kepercayaan pada unsur logam logam yang bermula dari huruf PA bisa menghasilkan kekuatan dan
semangat juang yang kuat pada pemakainya. Maka antara logam logam pilihan seperti..puting parang patah, perisai perang
pecah, pahat patahdsb. Dikumpul sebanyak 7 jenis dari sumber yang berlainan, digabungkan dengan besi waja dalam
menghasilkan senjata. 

Bersambung di bahagian-2 - Pembuatan Senjata


Posted by alamtunggal at 8:33 AM 0 comments 

Labels: Senjata

SATURDAY, NOVEMBER 27, 2010

Permata Tabasheer Pahang


Permata Loket Tabasheer Besar
Permata Loket Tabasheer Kecil

Permata Cincin Tabasheer Besar


Tabasheer Cincin Lonjong

Dari Kiri - Approx Dimensi Panjang x Lebar X Tinggi (dalam CM)

1) 2.6 x 1.5 x 1.2


2) 2.0 x 1.5 x 1.5
3) 2.4 x 1.5 x 1.2
4) 2.7 x 1.6 x 0.8
5) 2.0 x 1.5 x 0.8
6) 2.2 x 1.2 x 0.9
Tabasheer Cincin Bulat

Dari Kiri - Approx Dimensi Diameter x Tinggi(dalam CM)


1) 1.7 x 1.1
2) 1.8 x 1.2
3) 2.0 x 1.7 x 1.5
4) 2.2 x 1.5

Permata Cincin Tabasheer Kecil

Video Tabasheer Pahang Lekat Megnet


 

Permata Batu Tabasheer dari Pahang dan Kelantan untuk Di Mahar Sila SMS/Email - Thanks

Khasiat Tabasheer 

1) Insyallah, sebagai Penawar mengubatai penyakit yang berkaitan denagn mata,demam,sakit dalam perut,jangkitan paru paru,
sengal sengal tulang, lemah lemah badan dan penawar sengatan berbisa.

2) Tak mudah jatuh sakit di mana imuniti badan nya akan menjadi kuat - Menguatkan Aura badan

3) Segala Puji Pujian bagi Allah SWT yang menjadikan segala sesuatu....Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah - Dengan Izin Allah SWT, sakit belakang pengasas telah hilang setelah mengidapnya lebih 3 tahun (pemakaian
berterusan selama sebulan). Rakan saya (wanita) selalu migrine, alhamdullilah dengan izin Allah SWT surut setelah memakai
loket Tabasheer....(pemakaian berterusan selama 2 minggu).

Ribuan Terima Kasih pada yang berkenaan atas Pemaharan Batu Tabasheer kami

Sesungguh tiada daya akan sesuatu itu menyembuh hanya mutlak kerana keizinan dan limpah sayang Allah SWT buat
hambaNya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...moga disihatkan tubuh badan mereka ...semoga diRedhai kehidupan mereka di
muka bumimu ini Ya Allah.....Amin

1) Tuan Nik - Kelantan - Tabasheer Loket dan permata Cincin


2) Tuan Khairul - Pahang - Tabasheer Permata Cincin
3) Tuan Din - Penang - Tabasheer Permata Cincin
4) Tuan Karimon - Selangor - Tabasheer Permata Cincin
5) Tuan Syaiun - Pahang - tabasheer Permata Cincin
6) Tuan Tarabas - Keda - Permata tabasheer Loket dan Cincin

Posted by alamtunggal at 11:53 AM 0 comments 

THURSDAY, NOVEMBER 25, 2010


Pandangan Masyarakat dari India Kuno Mengenai Khosiat Batu Permata
Dalam bidang astrologi terutamanya yang berkaitan dengan kepercayaan timor bangsa India 9 planet dikaitkan dengan 9 jenis
batu permata

1.Matahari di kaitkan dengan Delima(Ruby)

2.Bulan dikaitkan dengan Mutiara

3.Marikh dikaitkan dengan Red Coral

4.Mercury dikaitkan dengan Emerald

5.Jupiter dikaitkan dengan Sapphire Kuning

6.Venus dikaitkan dengan Berlian

7.Saturn dikaitkan dengan Blue Sapphire

8.Rahu dikaitkan dengan Gomedha(Garnet)

9.Ketu dikaitkan dengan Cat Eye

NB: Dalam astrology Hindu Rahu dan Ketu dikenali sebagai 2 planet yang ghaib dan Rahu dan Ketu adalah titik astronomi
dilangityang dikenali sebagai north and south lunar nodes.

Dalam bidang batu permata walaupun ada diantaranya bukanlah jenis batu permata yang berharga namun kerana ianya ada
kaitan dengan planet maka ianya kira sebagai sesuatu yang wajar kerana sifat pemulihannya.Apabila sinar cahaya
diapplikasikan(dipancarkan) terhadap 9 jenis batu permata tersebut ianya merekodkan jarak atau ukuran gelombang

1.Delima (70,000)

2.Mutiara(70,000)

3.Coral(65,000)

4.Emerald(75,000)

5.Yellow Sapphire(50,000)

6.Berlian(60,000)

7.Blue Sapphire(79,000)

8.Gomedha(Garnet)(70,000)

9.Cat Eye(70,000)

Ianya mungkin nyata dan jelas bahawa batu permata yang dinyatakan adalah umpama gudang yang menyimpan tenaga kosmos
dan disebabkan oleh inilah tenaga positif yang kuat dipergunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Sebagaimana ubat yang
berkemampuan untuk memulihkan penyakit dengan daya tindak balasnya maka batu permata ini juga bertindak menentang dan
mengurangkan daya atau rasa sakit yang disebabkan oleh kesan dari planet.Untuk memahami tenaga yang dilepaskan oleh batu
permata itu perlulah kita mengetahui dan membandingkan sinaran yang terdapat pada planet yang dinyatakan.

Apabila cara ini diapplikasikan pada gerak atau sensasi yang bergetar pada planet tersebut kita mendapati keputusan begini

1.Matahari(65,000)

2.Bulan(65,000)
3.Marikh(85,000)

4.Mercury(65,000)

5.Jupiter(1,30,000)

6.Venus(1,30,000)

7.Saturn(65,000)

8.Rahu(35,000)

9.Ketu(35,000)

Kesemua gerak sensasi planet ini adalah negatif .Gelombang negatif ini perlulah di stabilkan dengan gerak sensasi positif batu
permta atau ubatan.

Penderitaan dari penyakit yang sering menyerang kita boleh di kategorikan dengan 4 kumpulan

1.Rohani

2.Mental.

3.Fizikal

4.Sifat kedunian/material.

Apabila radiasi gelombang di applikasikan kepada batu permata satu kesan yang agak menakjubkan batu permata bertindak
sebagai satu gudang penyimpan tenaga yang berfungsi atau bertindak membantu dalam bentuk sensasi getaran terhadap gejala
penyakit.Perlu diketahui bahawa gelombang atau pancaran yang di keluarkan oleh planet bersifat negatif dimana pancaran
gelombang batu permata pula adalah bersifat positif dan apabila positif dan negatif bertemu keduanya distabilkan .

Batu permata ini dikatakan setidaknya dapat membantu memulihkan beberapa jenis penyakit yang terdapat pada diri manusia
dengan tindak balasnya yang tersendiri.Energy atau tenaga adalah elemen dalam bentuk gelombang dan pancaran.Pancaran ini
mengandungi kesemua elemen atau kimia dalam bentuk zarah yang halus.Batu permata menyerap beberapa pancaran gelombang
yang tertentu dan meyalurkannya kedalam tubuh dimana ianya segera berubah dalam bentuk elemen dan kimia iaitu hal yang
merupakan akibat atau kesan dari penyerapan dan tindak balas tersebut dimana tubuh badan akan mula berfungsi dengan betul
secara fizikal dan mental.

Nota: apa yang dinyatakan disini adalah beberapa teori penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh beberapa orang dan sedikit
sebanyak mungkin melibatkan kajian sains yang telah dirujukkan dan dikaji.Hasil dari kajian dan kepercayaan inilah maka
sekarang terdapat banyak pusat perubatan alternative yang mengunakan batu permata/kristal sebagai salah satu dari bahan
rawatan mereka

(Petikan diceduk dari Sumber Internet)

Posted by alamtunggal at 10:57 AM 0 comments 

Labels: Batu Asli - RAW, Khasiat

Petua Khosiat Kelebihan Batu dan Besi Pilihan


HANYA Sekadar Petua...Segalanya adalah dengan Izin Allah SWT semata semata

Khasiat Besi Leleh

1) Tahan Kulit
2) Penawar Racun - terutamanya gigitan Ular

Khasiat Tabasheer (Batu Buluh)

1) Sebagai Penawar mengubatai penyakit yang berkaitan denagn mata,demam,sakit dalam perut,jangkitan paru paru dan
penawar sengatan berbisa.

2) Kebal Kulit (sepeti yang digunakan oleh Samurai Samurai Jepun)

3) Tak mudah jatuh sakit di mana imuniti badan nya akan menjadi kuat

Khasiat / Kegunaan Tahi Besi

Untuk tujuan kebaikan, Tahi Besi mampu menyembunyikan jasad dari dilihat oleh pihak musuh atau sapa-sapa yang di
niatkan.Orang nampak tapi tak perasan.Ia juga mampu memberi kekuatan kepada tulang 4 kerat manusia sehinggakan anda
menjadi kuat bekerja melebihi dari manusia lain. Sebagai pendinding juga. Akan diberi satu alamat sekiranya didatangi alamat
yang baik atau buruk

Untuk tujuan keburukan - Ahli-ahli sihir gemar menggunakan tahi besi ini bertujuan untuk memukau.Orang yang dipukau
kebiasaannya akan mengikuti apa kehendaknya.Tahi besi juga boleh membinasakan perniagaan seseorang dengan menanamnya di
kawasan perniagaan orang tersebut.dan yang melangkahnya pula boleh putus zuriat zuriat.

Tahi besi juga boleh buat pembenci

KHASIAT MARJAN ATAU CORAL

Rare Coral - adalah Blue Coral

1.Penolak sihir dan guna guna.

2.Pendinding anak anak dari macam macam penyakit.

3.Pengalak pertumbohan gigi untuk anak anak.

4.Penyebarak semangat riang...happy go lucky.

Khasiat Batu Akik (Aget)

1. Penyejuk Hati

2. Kerezekian

3. Menstabilkan aura seseorang.menstabilkan emosi dan mengurangkan stress

4. Akek Sulaiman adalah akik paling baik dalam ketogari.Diantara khasiat nya ialah Pengaseh,pendinding,pengerun dan perubatan
penyakit dalam

Batu Sulaiman terbaik ialah bewarna Unggu,bening Terang dan ada garis garis putih dan ada segi tiga bintang....di panggil BATU
SULAIMAN WULUNG SEMBAHYANG...Dan ini lah yang paling banyak Khasiat nya ialah:

1.Penenteram jiwa dan sanubari.

2.Menjauh kan Angan angan jahat

3.Kecurangan Hati

4.Menuntun ke arah kesolehan..kebaikan


5.Pengaseh

6.Menuntun ke arah kebaikan hati yang jujur,adil dan tekun ibadah kepada ALLAH SWT

7.Mencerdas kan otak dan penerang hati

8.Menerang kan mata,penolak bahaya manusia dan binatang liar juga Ular berbisa.

9.Menjauhkan dari penyakit menular

10.Air rendaman Batu ini bolih menggubat penyakit dan membunoh kuman.

11.Penolak sihir dan syaitan.

KHASIAT BATU BAIDURI BULAN - MOONSTONE

1.Memberi kegembiraan

2.Pengaseh

3.Membuat perasaan Peka

4.Menolak penyakit Menular

5.Pendinding

6.Membawa ketenagan dalam pasangan/ di pandang manis.

BATU INI TIDAK SESUAI UNTUK LELAKI KERANA DI BIMBANGI,SIFAT LELAKI AKAN "LEMBEK".JADI BATU INI AMAT SESUAI UNTUK
WANITA.

Khasiat Fosil Siput

Fosil Siput dan berbeza dengan Buntat Siput.Batu Fosil Siput berkhasiat menaik kan kekuatan emosi kita.Batu ini sesuai untuk
orang yang lemah semangat dan tidak sesuai untuk orang yang semangat nya kuat.Berbeza dengan Buntat Siput,Buntat Siput
banyak khasiat nya seperti kekebalan,pengasih dan pendinding.

Khasiat Batu Serai (Zircon)

Batu Serai hanyalah untuk cantik sahaja-Batu Serai TIADA NILAI PERUBATAN.

Ada juga berpendapat ia banyak pada bersifat pengasihan dan pelaris...wallahu

Cara nak tahu dia Zircon – biasan cahaya melalui batu ini akan membentuk warna pelangi (rainbow).

Khasiat Batu Nilam (Sapphire)

Khasiat nya ialah :

1.Pembawa bahgia kepada percintaan dan Perniagaan(pelaris dan pengaseh).

2.Mengubati penyakit dalam..khusus nya Penyakit jiwa tanpa jin.

3.Membuat kan diri si pemakai,jiwa yang tenang.


4.Melindungi diri dari unsur negetif/syaitan/kejahatan

5.Menolak racun,Penyakit cacar,penyakit mata menular dan penyakit kulit...angkara jin.

6.Jika yang ASLI dan kena bukaan Aura nya,si pemakai dapat melihat Alam Ghaib

7.Cahaya batu ini akan hilang jika Si Pemakai membuat maksiat...khusus nya minum arak dan berzina.

KHASIAT RUBY/DELIMA MERAH/Garnet

1.Pengasihan

2.Menyembuh kan penyakit Lemah Tenaga Batin..lelaki atau [perempuan

3.Menaikan semangat dalam penampilan diri/bergaya

4.Pelindung dari racun dan santau,serta sihir...batu akan berubah warna.

5.Mengekal kan persahabatan

6.Menghidari penyakit dari hujan lebat dan ribut kuat.

7.Sentiasa dalam kekayaan.

8.Menghilang kemurungan

9.Menghilang penyakit radang

10.Penawar penyakit mata

11.Masaalah tidor dan mimpi burok

12.Apabila Pemakai nya dalam bahaya...dia akan bertukar warna dan bila tiada bahaya,warna nya kembali pada asal.

Khasiat batu Amethyst (Kechubung)

1.Mereda kan kemarahan

2.Penawar racun....di zaman Rom,di buat cawan,supaya arak tidak mabuk.

3.Penyebar perkerti mulia

4.Pengaseh

5.Pemberi ketenangan dalam kesusahan

6.Pemberi semangat.

(Petikan dari Internet dan sumber petua)

Posted by alamtunggal at 10:44 AM 0 comments 

Labels: Batu Asli - RAW, Khasiat

Perihal Kayu Tas, Limpanas dan Penunduk


Kayu Tas/Limpanas dan Penunduk

Kayu Tas atau lebih dikenali dengan nama:Lakum, Limpanas, Ujan Panas, Kayu Penunduk.

Kayu Tas Borneo - Kayu yang memiliki Kulit yang agak tebal (ada juga yang mengatakan Kayu tas memiliki 7 lapisan Kulit jika
disiat secara halus)..Kayu jenis yang berpasangan (Jantan dan Betina)..Tas Jantan Merujuk kepada Warna Kulit serta Kayu yang
berwarna agak kehitaman dan memiliki Bau seperti Rempah atau Semacam Herba, tetapi baunya tidaklah Kuat. Tas Betina
merujuk kepada Warna Kulit yang Cerah ataupun Putih, serta memiliki Bau pada Kulit dan Kayunya yang agak Kuat..Persamaan
Rona alur Kayu seperti Matahari dan ianya memiliki persamaan alur yang terdapat pada Kayu Tongkat Ali dan Kayu Ceri..cuma
berbeza dari ciri-ciri ranting dan daun.

Kayu Tas Semenanjung - Baunya ada yang berbau tengit..dan ada juga yang memiliki persamaan dari segi bau dengan Kayu tas
sarawak..tetapi baunya tidaklah sekuat Tas Sarawak..ada juga yang memanggilnya dengan nama Tas Bukit dek kerana ianya
hidup ditanah tinggi.

Kayu Penunduk Semenanjung tidak memiliki bau jika kulitnya disiat..tetapi jika digosok dengan kertas pasir dibahagian
kayunya..bau yang amat halus terdapat pada batangnya..jikalau kayu Penunduk Borneo yang dipanggil sebagai Ujan Panas
ataupun Limpanas ianya berbau wangi...bau tersebut mempunyai persamaan dengan Kayu Tas Pontianak..Cuma Kayu Tas
Pontianak berbeza dari Segi Warna Kulitnya sahaja..Kayu Penunduk juga berpasangan..jika kayu Penunduk Merah atau lebih
dikenali dengan nama Tas/Penunduk Gajah..ciri-ciri kayu Penunduk Merah Jantan memiliki Warna Merah yang kuat pada
Kulitnya..kulit kayu Penunduk Betina pula agak bergetak-getak dan warna merahnya agak pudar sedikit dari jenis
jantan..Penunduk Kuning atau juga yang digelar Tas Kuning/Tas Harimau..warna Kulitnya ianya berwarna agak Kuning
Muda..Kayu Penunduk Kuning ini juga Berpasangan..yang Jantan agak kecil dari Penunduk Kuning Jenis Betina..

Ada Banyak juga Kayu Jenis Tas Dan Penunduk ini..ada jenis Raja Penunduk/ Tetapi rata-rata jenis Penunduk Raja adalah dari
Jenis Kayu yang amat jarang dan payah ditemui..Tas Pontianak adalah dari jenis yang elok dan bak kata orang..energinya adalah
lebih kuat dari jenis tas dan penunduk..

Khasiat

Kulit kayu tas betina jika dibakar, asapnya tidak disukai oleh makhluk Halus ..Manakala Tas Jantan pula untuk penunduk Binatang
yang buas. Kayu Raja Penunduk Gunung pula bagi menundukkan manusia ...semua dengan Izin Allah SWT

Posted by alamtunggal at 10:31 AM 0 comments 

Labels: Kayu, Khasiat

Perihal Pokok Keluat


KELUAT

Keluat adalah pokok yang mempunyai daging kayu yang lembut yang sukar ditemui biasanya ia diperolehi dihutan Negeri Pahang.
Keluat yang biasa ditemui ialah Keluat Nasi berwarna hitam dan Keluat Darah berwarna merah (macam darah).

Khasiat

1) Teras Keluat biasanya disusuk pada ayam sabung yang juga didakwa sama fungsinya dengan susuk yang ditanam pada badan
manusia. Teras Kayu Keluat akan diasah sehingga tajam seperti jarum serta dipuja menggunakan jampi tertentu sebelum ditanam
pada bahagian badan ayam sabung tersebut.

2) Dalam perubatan tradisional, teras keluat diguna untuk membangkitkan tenaga dalaman individu yang sakit tetapi caranya
tidak sama digunakan kaki ayam terbabit. khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit
sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin
atau gelang.

3) Kebal dan tahan urat : terasnya direndam dalam air suam untuk diminum.

4) Mencuci perut (julap): akarnya dikeringkan dan direbus untuk diminum.


5) Ubat sakit gigi berlubang : akarnya diasah pekat,masukkan kedalam lubang gigi. Insyaallah 3 minit kesakitannya beransur lega.

6) Selusuh (mudah) bersalin : rendam akar dalam minyak masak sekadar setenggah cawan dan diminum.

7) Tahan lama jimak: Sapu air asahan akarnya pada kemaluan 5 minit sebelum bertarung. Kemaluan hanya boleh kendur setelah
dibasuh dengan air. Kalau tidak sampai ke subuhlah berkayuh tak berhenti.

8) Teras ini juga dikatakan boleh digunakan memasung makhluk halus oleh pengamal perubatan tradisional yang mahir.

9) Awet Muda - Gosok - Ambil Serbuk sedikit di campur air suam - minum setiap Pagi sebagai amalan hidup sihat.

10) fighter Tomoi di Siam, ikat teras keluat di pingang depa – katanya bagi tahan sakit kena belasah masa dalam ring.

(source dari Internet dan petua orang tua-tua)

Posted by alamtunggal at 10:27 AM 0 comments 

Labels: Kayu, Khasiat

Perihal Kunyit Hitam dan Halia Merah


KUNYIT HITAM

Terdapat 2 jenis kunyit hitam

1.yang biasa iaitu lebih menjurus kepada perubatan

2.yang dikatakan dari alam ghaib yang lebih kegunaannya mengikut kata sebagai salah satu medium untuk membuat ibu duit dan
membuat duit.(Jangan lah terlalu percaya benda yang karut marut ini terlalu sangat.Ibu Duit adalah kita...jika kita bekerja,kita
lah IBU DUIT.)

Cara menguji (kunyit hitam dari alam Ghaib)

1) kunyit hitam yang original paling mudah dengan cara Tanak nasi kemuadian contengkan apa bentuk sekali pun di atas tudung
periuk nasi sekiranya nasik yang di tanak berubah menjadi hitam.. sememangnya kunyit hitam itu adalah asli.

2) kunyit hitam yg asli bila di palitkan pd telapak tangan,lihat la pd sebelahnya,juga terpalit.cara nak tau keasliannya, ujilah
dengan buluh,jika ianya bbenar2 kunyit hitam,buluh itu juga akan hitam

Khasiat kunyit hitam (yang ditanam / dari India) - Alami


- untuk mengubat santau atau bisa dan juga untuk mengubat segala jenis kanser.

HALIA MERAH (BARA)

Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Bentuk pokoknya adalah serupa dengan halia biasa (yang biasa
digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah.
Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki khasiat penyembuh adalah
rimpang atau akarnya.

Halia merah mengandung 2.50—3.90% minyak asiri yang terdiri dari senyawa zingiberin, kamfena, lemonin, zingiberen,
zingeberal, gingeral, dan shogool. Bukan itu sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asid organik, asid malat,
asid aksolat, gingerin, dan oleoroksin.

Khasiatnya

Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat
atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih,
masalah-masalah ini dapat di atasi menggunakan halia merah.
Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera
makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum
airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk
mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menempelkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya
tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut

Pengganti Viagra

Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang
berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan
merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya
tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan karena ia berperanan
merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan
sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, jahe dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada
air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga
sebati.

Segelas ramuan kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam
kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu
boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

(sumber dari article Internet)

Posted by alamtunggal at 10:21 AM 0 comments 

Labels: Khasiat

Perihal Buluh Tumpat


Buluh Tumpat

Dikatakan orang orang lama...buluh tumpat yang asli adalah buluh kuning yang hanya sebahagian sahaja dari pokoknya
tumpat ...Wallahu

Khosiat

1) Penarik bisa jika dilalukan ditempat-tempat luka ataupun jika di sampuk makhluk halus.

2) Penepis halangan jika pada yang menhantar jurus ghaib kearah si pemakai

3) juga boleh di buat sebagai penarik, pemanis dan pelaris

4) Dengan Izin Allah - menghalau pengaruh entiti jahat dari rumah

5) Dapat membuat pemiliknya menjadi tahan kulit bahkan jika diketahui caranya yang tertentu dapat membuat pemiliknya
menjadi kebal dan dipercayai dapat menewaskan orang yang berilmu kebal

6) Ada juga orang mengunakan buluh tumpat ini untuk tujuan memagar rumah

7) MEDIA PENOLAK SIHIR SECARA ALAMI


Pantang Pemakaian Buluh Tumpat

1) SEORANG YANG PANAS BARAN,KASAR DAN KERAS PERANGAI...TIDAK SESUAI DI PAKAI !!!!,kerana akan menambah PANAS
PERANGAI ANDA.

2) Perempuan tidak bolih beranak,jika buloh buloh ini ada dalam rumah kita !!!.Jika mahu isteri kita,anak kita,cucu kita atau
sesiapa saja nak bersalin dalam rumah,keluar kan buloh tumpat dari rumah

(sumber dari article Internet)

Posted by alamtunggal at 10:16 AM 0 comments 

Labels: Kayu, Khasiat

Perihal Senjata Badik dari Pandangan masyarakat Bugis


Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti (gaib). Kekuatan ini dapat mempengaruhi
kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahwa badik juga mampu
menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi
yang menyimpannya.

Sejak ratusan tahun silam, badik dipergunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu tetapi juga sebagai
identitas diri dari suatu kelompok etnis atau kebudayaan. Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar saja, tetapi juga
terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk berbeda.

Secara umum badik terdiri atas tiga bagian, yakni hulu (gagang) dan bilah (besi), serta sebagai pelengkap adalah warangka atau
sarung badik. Disamping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat mempengaruhi kehidupan pemiliknya.

Badik Makassar memiliki kale (bilah) yang pipih, battang (perut) buncit dan tajam serta cappa’ (ujung) yang runcing. Badik yang
berbentuk seperti ini disebut Badik Sari. Badik Sari terdiri atas bagian pangulu (gagang badik), sumpa’ kale (tubuh badik) dan
banoang (sarung badik). Lain Makassar lain pula Bugis, di daerah ini badik disebut dengan kawali, seperti Kawali Raja (Bone) dan
Kawali Rangkong (Luwu).

Badik Bugis Kawali Bone memiliki bessi atau bilah yang pipih, ujung runcing dan bentuk agak melebar pada bagian ujung,
sedangkan kawali Luwu memiliki bessi pipih dan berbentuk lurus. Kawali pun memiliki bagian-bagian, seperti pangulu (hulu),
bessi (bilah) dan wanua (sarung). Seperti pada senjata tradisional lainnya, kawali juga dipercaya memiliki kekuatan sakti, baik
itu yang dapat membawa keberuntungan ataupun kesialan.

Kawali Lamalomo Sugi adalah jenis badik yang mempunyai motif kaitan pada bilahnya dan dipercaya sebagai senjata yang akan
memberikan kekayaan bagi pemiliknya. Sedangkan, kawali Lataring Tellu yang mempunyai motif berupa tiga noktah dalam posisi
tungku dipercaya akan membawa keberuntungan bagi pemiliknya berupa tidak akan kekurangan makanan dan tidak akan
mengalami duka nestapa. Itulah sebabnya, badik ini paling cocok digunakan bagi mereka yang berusaha di sektor pertanian.

Kawali Lade’ nateyai memiliki pamor berupa bulatan kecil pada bagian pangkal dan guratan berjajar pada bagian matanya. Badik
ini dipercaya dapat mendatangkan rezeki yang melimpah bagi pemiliknya. Badik ini memiliki kemiripan fungsi dengan Kawali
Lakadang yang memiliki motif berbentuk gala pada pangkalnya.

Salah satu badik yang dipercaya sangat ideal adalah Kawali Lagemme’ Silampa yang memiliki motif berupa urat yang membujur
dari pangkal ke ujung. Dipercaya bahwa pemilik badik tersebut senantiasa akan mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan
dalam kehidupannya bersama dengan segenap kaum kerabatnya. Sedangkan untuk mendapatkan kesabaran, maka dipercaya
harus memiliki Kawali Lasabbara.

Kawali Ilakkoajang adalah jenis badik yang dipercayai sebagai senjata yang mampu mendatangkan wibawa serta derajat yang
tinggi.Badik ini memiliki motif guratan di seluruh tubuhnya. Sementara itu, bagi yang menginginkan kemenangan dalam setiap
pertarungan hendaknya memiliki Kawali Latenriwale. Badik yang memiliki motif berupa bulatan oval pada bagian ujungnya ini
dipercaya dapat membangkitkan sifat pantang mundur bagi pemiliknya dalam setiap pertempuran.

Bila dipercaya terdapat badik yang mengandung kebaikan, demikian pun sebaliknya terdapat badik yang mengandung kesialan.
Kawali Lasukku Ja’na adalah badik yang dianggap amat buruk. Bagi siapapun, Kawali Latemmewa merupakan badik yang sangat
tidak baik, karena dipercaya badik ini tidak dapat menjaga wibawa dan kehormatan pemiliknya. Menurut kepercayaan, pemilik
badik ini tidak akan melakukan perlawanan kendati ditampar oleh orang lain.

Sejalan dengan kepercayaan tersebut, terdapat Kawali Lamalomo Malaweng Tappi’enngi yang memiliki motif berupa guratan
tanda panah pada bagian pangkalnya. Dipercaya, pemilik badik ini seringkali terlibat dalam perbuatan zina. Badik ini memiliki
kepercayaan yang berlawanan dengan Kawali Lamalomo Rialawengeng. Konon kabarnya pemilik badik seperti ini seringkali
istrinya melakukan perzinahan dengan lelaki lain.

Apapun kekuatan sakti yang dipercaya dikandung oleh sebuah badik, badik tetaplah sebuah benda budaya yang akan
meningkatkan identitas diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki. Seperti kata orang Makassar mengenai badik “Teyai bura’ne
punna tena ammallaki badik” (Bukan seorang lelaki jika tidak memiliki badik), begitupun dengan kata orang Bugis “Taniya ugi
narekko de’na punnai kawali" (Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik). 

Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti (gaib). Kekuatan ini dapat mempengaruhi
kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahwa badik juga mampu
menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi
yang menyimpannya.Sejak ratusan tahun silam, badik dipergunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu
tetapi juga sebagai identitas diri dari suatu kelompok etnis atau kebudayaan. 

Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar saja, tetapi juga terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk
berbeda.Secara umum badik terdiri atas tiga bagian, yakni hulu (gagang) dan bilah (besi), serta sebagai pelengkap adalah
warangka atau sarung badik. Disamping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat mempengaruhi kehidupan
pemiliknya.Badik Makassar memiliki kale (bilah) yang pipih, battang (perut) buncit dan tajam serta cappa’ (ujung) yang runcing.
Badik yang berbentuk seperti ini disebut Badik Sari. Badik Sari terdiri atas bagian pangulu (gagang badik), sumpa’ kale (tubuh
badik) dan banoang (sarung badik). Lain Makassar lain pula Bugis, di daerah ini badik disebut dengan kawali, seperti Kawali Raja
(Bone) dan Kawali Rangkong (Luwu).

Badik Bugis Kawali Bone memiliki bessi atau bilah yang pipih, ujung runcing dan bentuk agak melebar pada bagian ujung,
sedangkan kawali Luwu memiliki bessi pipih dan berbentuk lurus. Kawali pun memiliki bagian-bagian, seperti pangulu (hulu),
bessi (bilah) dan wanua (sarung). Seperti pada senjata tradisional lainnya, kawali juga dipercaya memiliki kekuatan sakti, baik
itu yang dapat membawa keberuntungan ataupun kesialan. Kawali Lamalomo Sugi adalah jenis badik yang mempunyai motif
kaitan pada bilahnya dan dipercaya sebagai senjata yang akan memberikan kekayaan bagi pemiliknya. Sedangkan, kawali
Lataring Tellu yang mempunyai motif berupa tiga noktah dalam posisi tungku dipercaya akan membawa keberuntungan bagi
pemiliknya berupa tidak akan kekurangan makanan dan tidak akan mengalami duka nestapa. Itulah sebabnya, badik ini paling
cocok digunakan bagi mereka yang berusaha di sektor pertanian.Kawali Lade’ nateyai memiliki pamor berupa bulatan kecil pada
bagian pangkal dan guratan berjajar pada bagian matanya. Badik ini dipercaya dapat mendatangkan rezeki yang melimpah bagi
pemiliknya. Badik ini memiliki kemiripan fungsi dengan Kawali Lakadang yang memiliki motif berbentuk gala pada
pangkalnya.Salah satu badik yang dipercaya sangat ideal adalah Kawali Lagemme’ Silampa yang memiliki motif berupa urat yang
membujur dari pangkal ke ujung. Dipercaya bahwa pemilik badik tersebut senantiasa akan mendapatkan keselamatan dan
kesejahteraan dalam kehidupannya bersama dengan segenap kaum kerabatnya. Sedangkan untuk mendapatkan kesabaran, maka
dipercaya harus memiliki Kawali Lasabbara.Kawali Ilakkoajang adalah jenis badik yang dipercayai sebagai senjata yang mampu
mendatangkan wibawa serta derajat yang tinggi.Badik ini memiliki motif guratan di seluruh tubuhnya. Sementara itu, bagi yang
menginginkan kemenangan dalam setiap pertarungan hendaknya memiliki Kawali Latenriwale. Badik yang memiliki motif berupa
bulatan oval pada bagian ujungnya ini dipercaya dapat membangkitkan sifat pantang mundur bagi pemiliknya dalam setiap
pertempuran.Bila dipercaya terdapat badik yang mengandung kebaikan, demikian pun sebaliknya terdapat badik yang
mengandung kesialan. Kawali Lasukku Ja’na adalah badik yang dianggap amat buruk. Bagi siapapun, Kawali Latemmewa
merupakan badik yang sangat tidak baik, karena dipercaya badik ini tidak dapat menjaga wibawa dan kehormatan pemiliknya.
Menurut kepercayaan, pemilik badik ini tidak akan melakukan perlawanan kendati ditampar oleh orang lain.Sejalan dengan
kepercayaan tersebut, terdapat Kawali Lamalomo Malaweng Tappi’enngi yang memiliki motif berupa guratan tanda panah pada
bagian pangkalnya. Dipercaya, pemilik badik ini seringkali terlibat dalam perbuatan zina. Badik ini memiliki kepercayaan yang
berlawanan dengan Kawali Lamalomo Rialawengeng. Konon kabarnya pemilik badik seperti ini seringkali istrinya melakukan
perzinahan dengan lelaki lain.Apapun kekuatan sakti yang dipercaya dikandung oleh sebuah badik, badik tetaplah sebuah benda
budaya yang akan meningkatkan identitas diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki. Seperti kata orang Makassar mengenai badik
“Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik” (Bukan seorang lelaki jika tidak memiliki badik), begitupun dengan kata orang Bugis
“Taniya ugi narekko de’na punnai kawali" (Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik).

(sumber article dari Internet)


Posted by alamtunggal at 10:08 AM 0 comments 

Labels: Senjata

Anda mungkin juga menyukai