Anda di halaman 1dari 19

Doa Kanzul Arash Syirik dan Menyesatkan?

Jawapan Kepada Emjay


Assalamualaikum w.b.t,
Saudara Sidang Pembaca yang dirahmati Allah s.w.t
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Tujuan tajuk ini diketengahkan adalah
untuk menjawab tuduhan liar daripada seorang lelaki ¡®anonymous¡‾ yang berfahaman Wahabi
iaitu Emjayjb di laman Emjay ¡°Tolong Menolong Sesama Islam¡±. Ustaz yang pernah mengat
akan Dr. Haron Din itu sesat dan juga mengatakan Dato¡‾ Harussani Zakaria mencari sa
ham neraka , telah mengeluarkan ¡®fatwa¡‾ SYIRIK dan HARAM mengamalkan Doa Kanzul Arash
ini . Atas beberapa sebab seperti berikut:
Doa Kanzul Arash ini SYIRIK kerana:
1. Berasal daripada Hadis Palsu
2. Mempunyai tatabahasa Arab yang salah
3. Terdapat Nama-Nama Allah yang lain daripada 99
Asma Al- Husna: seperti Al-Burhan dan lain-lain lagi.
4. Terdapat frasa ¡®Tiada Tuhan Yang Disembah
Melainkan Allah, Nabi Isa Ruh Allah¡‾
Sidang Pembaca Sekalian,
Saya telahpun memberikan hujah balas atas semua pokok persoalan yang ditimbulkan
oleh Ustaz Emjay (pensyarah di UTM, bahagian Pendidikan, status ke¡‾ustaz¡‾annya diragu
i dan masih siasatan saya). Bagi saya Doa Kanzul Arash itu harus diamalkan oleh
umat Islam atas hujah-hujah yang saya kemukakan di bawah.
Untuk makluman sidang pembaca, saya pernah ke laman Emjayjb beberapa kali dan pe
rnah juga menulis beberapa artikel bagi menjawab permasalahan yang diutarakan di
laman tersebut. Tetapi semua artikel saya LANGSUNG TIDAK DIJAWAB dan telah DIP
ADAMKAN oleh Emjay ini. Bukan sekadar dipadamkan sahaja, lelaki ¡®anonymous¡‾ bernama Em
jay telahpun menjatuhkan hukum KAFIR (secara simbolik: Bagiku agamaku, bagimu a
gamamu) kepada saya. Bagi membersihkan nama saya, di bawah ini saya lampirkan sa
linan artikel saya yang telahpun dipadamkan oleh Emjayjb untuk rujukan saudara s
ekalian. Harap para sidang pembaca budiman sudi membaca artikel ini dari mula hi
ngga akhir.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *
Assalamualaikum w.b.t,
Semoga saudara Emjay, sidang pembaca dan khususnya saudara Omar dirahmati Allah
s.w.t.
*Muqaddimah *
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Emjay
yang telah membawa isu Doa Kanzul Arash ini untuk dibincangkan bersama. Apa yang
saya perhatikan, saudara Emjay adalah seorang yang begitu berhati-hati dalam me
milih sesuatu amalan supaya tidak ada amalan yang bersumberkan dalil-dalil yang
meragukan diamalkan. Ini jelas mencerminkan ketaqwaan saudara kepada Allah s.w.t
. Semoga Allah s.w.t akan meningkatkan lagi iman saudara Emjay ke martabat yang
lebih tinggi lagi.
Memandangkan saya hanya seorang tetamu yang singgah sebentar untuk menumpang ted
uh di laman ini, izinkan saya membuat penjelasan yang berlainan sekali terhadap
kenyataan saudara Emjay yang berpendapat bahawa mengamalkan Doa Kanzul Arash itu
adalah salah, haram dan syirik. Anggaplah perbincangan yang akan saya utarakan
sebentar lagi hanya sekadar ¡®ole-ole¡‾ yang dibawa oleh seorang tetamu yang bermusafir
kepada tuan rumah. Pemberian ¡®ole-ole¡‾ ini adalah ikhlas dan tidak membawa sebarang ma
ksud yang terselindung. Saya berharap saudara Emjay dan saudara sidang pembaca y
ang berkampung di laman Emjay ini sudi menerimanya dengan hati yang terbuka.
Disamping itu, khas buat saudara Omar, saya akan sentiasa mendoakan saudara Oma
r supaya sentiasa dibimbing dan dirahmati oleh Allah s.w.t. ¡®Ole-ole¡‾ yang saya bawak
an ini juga khusus untuk saudara. Saya berharap saudara sidang pembaca sekalian
dapat mengikuti penerangan saya ini dengan fikiran yang lapang dan hati yang ter
buka dari awal hingga ke akhir.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan secara jujur bahawa s
aya ini bukanlah seorang ustaz, apatah lagi seorang ahli hadis dan ahli fiqh. Ol
eh itu, penerangan saya ini ada kebenarannya dan mungkin banyak kesilapannya. Am
billah penerangan saya ini hanya sekadar bahan bacaan sampingan.
*Permasalahan Pertama*
1. Adakah mengamalkan Doa Kanzul Arash itu SALAH jika ia bukannya bersumberkan d
ari hadis Nabi s.a.w sebaliknya bersumberkan sumber lain? Adakah di dalam Doa Ka
nzul Arash terdapat unsur syirik seperti pemujaan kepada Iblis laknatullah dan p
emujaan kepada yang lain sehingga membawa kesyirikan?
Sesetengah ulama ada membincangkan bahawa doa-doa istighasah (seperti Doa Kanzul
Arash ini) kebanyakannya berasal daripada sumber-sumber lain yang bukan daripad
a Rasullullah s.a.w. Ada para ulama yang mengatakan bahawa doa-doa seperti ini d
ikarang oleh orang-orang soleh yang terdiri daripada para sahabat r.a dan juga p
ara ulama.
Pada pendapat saya yang kerdil ini, bagi sesuatu doa itu, tidaklah menjadi satu
kesalahan dan jatuh hukum haram hanya semata-mata JIKA doa itu bukan berasal da
ripada Rasullullallah s.a.w selagi ia tidak mengandungi perkara yang JELAS syir
ik seperti menyeru dan meminta nama-nama berhala, semangat hutan dan dewa-dewa.
Justeru, TIDAK ADA SALAHNYA mengamalkan pembacaan Doa Kanzul Arash ini.
1.1 Adakah Doa Kanzul Arash Itu Dikategorikan Sebagai Satu Jampi Atau Doa? Sudik
ah Saudara Mengamalkannya Jika Ia Adalah Satu ¡®Bentuk¡‾ Jampi? Jika Ia Satu ¡®Bentuk¡‾ Jam
yirikkah Kita Mengamalkannya?
Pada zaman Rasullullah s.a.w, baginda sendiri turut membenarkan kaum muslimin bu
kan sekadar membaca doa yang diajarkan baginda, malah baginda turut membenarkan
mereka mengamalkan jampi-jampi dari zaman jahiliah. Lihat hadis di bawah ini:
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi:
¡®Sabda Rasulullah s.a.w ketika Baginda ditanya tentang jampi yang di amalkan pada z
aman jahiliah yang diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie maksudnya :
"Perlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan ja
mpi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik".(Riwayat Al-Imam Muslim)
Dalam hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w membenarkan para
sahabatnya mengamalkan JAMPI-JAMPI yang diamalkan pada ZAMAN JAHILIAH digunakan
asalkan tidak mengandungi unsur-unsur syirik di dalamnya. Jadi, apakah sebenarny
a jampi jahiliah ini.
Pada pendapat saya yang kerdil ini, definasi dan skop ¡®jampi zaman jahiliah¡‾ merujuk k
epada seruan ataupun doa yang diamalkan semasa zaman pra-Islam. Jampi-jampi ini
boleh dikategorikan kepada tiga jenis secara umumnya.
Pertama, seruan jampi yang menyeru nama-nama berhala seperti ¡®Latta¡‾ dan ¡®Hubal¡‾ dan se
t alam seperti di wadi dan bukit. Jampi-jampi seperti ini memang syirik kerana m
enyeru berhala dan semangat animisma.
Kedua, ada juga jampi jahiliah yang tidak menyeru nama berhala, ia lebih berbent
uk syair dan dideklamasikan di pasar U¡‾kaz. Sebahagiannya, ada yang menyeru kepada
Allah s.w.t, kerana sebelum kedatangan Islam, lafaz ¡®Allah¡‾ ¡®Ilah¡‾ dan ¡®Rab¡‾ sudah di
lam masyarakat pra-Islam. Jampi seperti ini ada yang bersih daripada unsur syiri
k dan ada yang tercemar dengan pemujaan kepada selain Allah s.w.t. Sebahagian da
ripada jampi jenis ini lebih dekat kepada Islam.
Ketiga, terdapat juga jampi yang digunakan oleh ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)
yang tinggal di tanah Arab pada zaman pra-Islam. Dalam jampi seperti ini ada dig
unakan lafaz ¡°Tuhan kepada Kaabah¡± dan ¡°Pencipta Langit dan Bumi¡±. Sesetengah seruan ja
eperti ini datangnya daripada kitab yang disimpan oleh ahli kitab dan sesetengah
nya ada pada batu bersurat dalam bahasa Suryaniah yang tersimpan dalam Kaabah un
tuk sekian lama. Batu bersurat ini hanya boleh dibaca oleh orang Yahudi dan Nasr
ani sahaja. Jadi, masyarakat Arab yang kebanyakannya tidak boleh membaca telah m
empelajarinya secara lisan daripada ahli kitab yang menetap di situ. Jadi, jampi
-jampi jenis ini lebih dekat kepada Islam. (Untuk keterangan lanjut tentang amal
an zaman Jahiliah, sila rujuk kitab karangan Martin Lings (Abu Bakar Siraj Al-Di
n), berjudul ¡®Muhammad, His Life Based on the Earliest Sources¡‾ dan sila rujuk juga ka
rya Muhd Husain Haykal yang berjudul ¡®Sejarah Hidup Nabi Muhammad¡‾. )
Secara ringkas, jampi zaman jahiliah itu berlainan bentuknya dengan doa kerana t
idak ada bentuk yang spesifik seperti mana yang ada pada ciri-ciri sebuah doa. S
esebuah doa itu harus dibentuk dengan gabungan kalimah ¡®Ta a¡‾wwudz, Basmalah dan kali
mah ¡®Tahmid¡‾ pada permulaannya, permohonan dan luahan isi hati dipertengahannya, disel
ang-selikan dengan ayat Al-Quran, dan akhirnya doa itu ditutup dengan kalimah ¡®Tahm
id¡‾, ¡®Selawat¡‾ dan ¡®Tasbih¡‾ pada penghujungnya.
Jika dibandingkan dengan bentuk-bentuk jampi jahiliah seperti di atas, saya berp
endapat bahawa isi kandungan Doa Kanzul Arash ini bukan sekadar jampi semata-ma
ta, bukan sekadar mentera, bukan sekadar puisi ketuhanan, ia ialah sebentuk Doa
dalam erti kata yang sebenarnya! Saya ulangi sekali lagi, Doa Kanzul Arash ini b
ukan sekadar jampi malah ia adalah sebentuk doa kerana menepati ciri-ciri sebaga
i satu bentuk doa! Jika dibandingkan dengan jampi, adakah jampi berbentuk begin
i?
Perlu kita ingat sekali lagi, sedangkan jampi yang berbentuk jahiliah (yang tiad
a unsur syirik dan berlainan bentuknya dengan doa) dibenarkan Rasullullah s.a.w,
apatah lagi Doa Kanzul Arash ini yang selari dengan kehendak aqidah Islam! Jadi
, jika saudara diberi peluang untuk memilih, yang mana satukah yang akan saudara
pilih? Justeru itu, saya berpendapat TIDAKLAH MENJADI KESALAHAN mengamalkan Doa
Kanzul Arash ini.
1.2 Benarkah Dalam Doa Kanzul Arash Ini Terdapat Pemujaan Kepada ¡®Selain¡‾ Allah s.w.t
Sehingga Membawa Kepada Kesyirikan Pengamalannya? Benarkah Ada Nama Iblis dan Ji
n Diseru Dalam Doa Tersebut?
Jika perbincangan di atas lebih ke arah penjenisan (klasifikasi) Doa Kanzul Aras
h itu sebagai satu bentuk ¡®jampi¡‾ atau ¡®doa¡‾, perbincangan dalam perenggan ini pula men
an lebih kepada aspek seruan yang digunakan dalam Doa Kanzul Arash. Adakah serua
n yang digunakan bersifat syirik?
Dari segi seruan yang digunakan, saya dapati TIDAK ADA langsung seruan kepada na
ma-nama berhala, pemujaan syaitan, pengagungan Iblis dan semangat animisma ada d
alam doa tersebut. Saya dapati TIDAK ADA seruan syirik seperti ¡®Ya Syaitan¡‾, ¡®Ya Iblis¡‾
azil¡‾, ¡®Ya Latta wa ¡®Uzza¡‾, dan sebagainya. Apa yang saya dapati adalah seruan doa kepa
ahi seperti frasa ¡° ..ku mohon kepada-MU (Ya Allah) dengan hak (kebenaran) Alhamdul
illahirabil alamin..¡±, dan ¡°Tiada Tuhan Yang di Sembah Melainkan Allah..¡±. (Sekadar makl
man ¨C sewaktu saya mengaji di pondok dahulu, salah seorang ustaz saya dari negara
Iraq pernah mengatakan nama berhala seperti ¡®Latta¡‾ itu berasal daripada perkataan ¡®Lat
f¡‾ dan ¡®Uzza¡‾ itu berasal daripada ¡®Aziz¡‾, kemudian telah bertukar sebutannya, & menun
hawa nama-nama berhala itu sebenarnya berasal daripada nama Allah s.w.t, wallahu
a¡‾lam).
Sebaliknya, jika saudara sekalian ada menjumpai seruan berbentuk syirik seperti
yang dinyatakan di atas, menurut hemat saya, saudara telah membaca Doa Kanzul Ar
ash yang telahpun diubah suai. Pernahkah saudara sekalian menjumpai pemujaan syi
rik seperti di atas? Saya minta saudara sekalian tampil untuk menyiarkan Doa Kan
zul Arash yang terdapat unsur pemujaan kepada Syaitan dan Berhala supaya kita be
rsama-sama boleh membendung gejala syirik ini daripada terus berleluasa.
Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik sidang pembaca sekalian untuk menelit
i doa tersebut sekali lagi sebelum menjatuhkan hukum syirik. Jika benar Doa Kanz
ul Arash mempunyai unsur-unsur di atas, maka doa ini haram dibaca jika ia mempun
yai pemujaan kepada syaitan, animisma dan sebagainya. Saya secara terang-terang
menolak doa ini.
Namun begitu, jika di dalam doa tersebut tidak ada unsur pemujaan kepada selain
Allah s.w.t, salahkah membaca Doa tersebut? Salahkah kita memohon kepada Allah s
.w.t? Salahkah kita berhajat kepadaNYA? Salahkah kita membaca doa tersebut yang
mengandungi frasa ¡®La ilaha illallah¡‾? Adakah kita menyeru nama BERHALA dan SYAITAN
dalam doa tersebut? Adakah kita meminta kepada DEWA-DEWI dalam doa tersebut? Sal
ahkah? Haramkah? Syirikkah? Renungkanlah wahai saudara-saudara sekalian¡
Justeru, pada pendapat saya yang hina-dina ini, TIDAK MENJADI SATU KESALAHAN bag
i umat Islam mengamalkan doa-doa yang dikarang oleh ulama dan orang-orang soleh
walaupun doa-doa daripada mereka itu bukannya bersumber daripada Rasullullah s.
a.w.
*Permasalahan Kedua*
2. Adakah Salah Mengamalkan Doa Kanzul Arash Jika Benar dan Terbukti Ia Berdasar
kan Hadis Palsu?
Jika benar Doa Kanzul Arash ini berdasarkan hadis palsu, maka wajarlah kita meno
laknya. Wajar bagi kita membakar doa ini. Wajarlah bagi kita mengoyak-ngoyakkan
doa ini. Bukan setakat memijak-mijak, malah wajar bagi kita mengumumkan secara t
erbuka tentang kepalsuan doa ini. Sudah tentu saudara Emjay menjadi orang yang p
ertama sekali memijak-mijak doa ini.
Namun begitu, sebelum kita menolak doa ini, bolehkah kita meninjau dari kaedah i
lmiah terlebih dahulu bagi memastikan samada Doa Kanzul Arash ini benar-benar be
rsumberkan hadis palsu sahaja?
Jika ramai yang mengatakan bahawa hadis ini hadis palsu, bolehkah kita bulat-bul
at menerimanya?
Sudahkah kita bandingkan permasalahan ini dengan hadis-hadis lain yang bersifat
lebih baik lagi?
Mungkinkah ada hadis lain yang bertaraf Sahih dan Hassan yang BOLEH MENYOKONG pe
ngamalan Doa Kanzul Arash ini?
Sudahkah kita semua membuat kajian terperinci tentang permasalahan ini?
Marilah saudara-saudara sekalian, kita membuat tinjauan sebentar ke dunia ilmu h
adis. Untuk makluman saudara sekalian, saya ini bukanlah seorang ustaz apatah la
gi seorang ahli hadis. Namun begitu, memandangkan saya antara orang awam yang pe
rnah mengamalkan Doa Kanzul Arash ini, saya rasa terpanggil untuk memberikan sed
ikit ¡®input¡‾ berkenaan hadis-hadis dan isu yang berkaitan dengannya.
2.1 Bolehkah Kita Mengamalkan Amalan Doa Kanzul Arash ¡®JIKA¡‾ Ia Bersumber Daripada Had
is Palsu, Tetapi Dalam Hadis Lain Yang Bertaraf Lebih Tinggi Membenarkannya Pula
?
Memang terdapat beberapa doa yang bersumberkan hadis-hadis lemah dan palsu. Dala
m masa yang sama, ada pula hadis-hadis yang bertaraf sahih dan Hassan yang mendu
kungkannya. Adalah menjadi suatu kesilapan jika kita hanya melihat kepada satu h
adis dhaif dan maudhu¡‾, kemudian secara terburu-buru dan GHAIRAH sekali kita menjat
uhkan hukum tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang bertaraf lebih tinggi lag
i. Begitu juga dengan perihal Doa Kanzul Arash dan beberapa doa-doa lain, ada ha
dis-hadis lemah seperti Hadis Mursal, Hadis Mu¡‾allaq, Hadis Munqathi, Hadis Mudalla
s, Hadis Muntharib, Hadis Mudraj, dan Hadis Mubham yang menganjurkannya, dan pad
a masa yang sama juga ada hadis-hadis sahih dan Hassan yang turut mendukungnya.
Berbalik kepada persoalan tentang kaitan Doa Kanzul Arash ini dengan hadis palsu
. Jika ¡®benar¡‾ dakwaan saudara bahawa Doa Kanzul Arash itu berasal daripada hadis maud
hu¡‾, maka wajarlah kita menolak Doa Kanzul Arash HANYA dari segi hubung-kaitnya den
gan Rasullullah s.a.w, tetapi dari segi pengamalannya, menurut pendapat saya yan
g kerdil ini, perlu dibuat kajian dan masih lagi menjadi tanda tanya masih lagi
kerana TIDAK TERDAPAT unsur-unsur syirik di dalamnya. Kita masih perlu membuat
kajian kerana masih ada lagi hadis-hadis lain yang boleh menyokongnya. Masih ada
lagi riwayat-riwayat lain yang bersumberkan amalan para ulama perlu kita gali d
an bongkar keluar. Dalam erti kata yang lain, doa tersebut adalah ¡®Content Free¡‾ walau
pun susur galurnya tidak sampai ke Rasullullah s.a.w seperti yang saudara sebut
kan.
Jika kita menolak sesuatu amalan itu hanya dikeranakan oleh SATU hadis palsu tan
pa merujuk kepada hadis dan riwayat lain, saya rasa banyak amalan yang kita laku
kan sekarang tidak boleh dibuat, malah haram hukumnya jika kita menggunakan kaed
ah ini.
Marilah kita bersama-sama meninjau apakah amalan yang TIDAK BOLEH kita lakukan j
ika kita mengguna pakai ¡®kaedah¡‾ ini. Kaedah ini saya namakan sebagai ¡®Kerana Nila Setit
k Rosak Susu Sebelanga, Kerana Hadis Maudhu¡‾ Sedikit, Rosaklah Hadis-Hadis Sahih Se
belanga¡‾. (Sebenarnya pada ketika saya mengaji dahulu, ada istilah khusus tentang k
esilapan penggunaan kaedah seperti ini, tetapi saya tidak dapat mengingatinya. M
ungkin para sidang pembaca boleh bertanyakan kepada mereka yang ahli).
2.1 ¡®Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah ka
mu seolah-olah kamu akan mati esok hari¡±.
Hadis yang dikatakan daripada Rasullullah ini sebenarnya menurut sebahagian ulam
a adalah kata-kata Imam Ali r.a. Namun begitu, jika dilihat isi kandungan riwaya
t tersebut adakah ia bercanggah dengan dasar-dasar bekerja dan beribadah dalam I
slam? Berdasarkan isi dan penghayatan riwayat di atas, SYIRIKKAH dan HARAMKAH ji
ka kita rajin bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi? SYIRIKKAH d
an BERDOSAKAH kita jika kita rajin beribadat seolah-olah kita akan mati esok har
i? Jika saya tidak mahu mengikut hadis ini dan melakukan sebaliknya, apakah yang
akan terjadi jika kita bekerja seolah-olah kita akan mati esok hari dan beribad
ah seolah-olah kita akan mati seribu tahun lagi? Renungkan¡
2.2 ¡®Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China¡‾.
Riwayat yang dikatakan daripada Rasullullah s.a.w ini, menurut sesetengah ulama
dan pengkaji riwayat, dikatakan bersumber daripada Imam Ali r.a juga. Ada seset
engah pengkaji pula berpendapat ia bersumber daripada sahabat atau individu lain
. Persoalan yang timbul di sini, adakah SYIRIK dan HARAM jika kita menuntut ilmu
sehingga ke negeri China hanya semata-mata riwayat itu bukannya dari Rasullulla
h s.a.w? Renungkan..
2.3 ¡®Diriwayatkan daripada Rabi¡‾ b. Anas bahawa Rasullullah s.a.w sentiasa berqunut da
lam solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia¡‾.
Hadis yang meriwayatkan tentang amalan berQUNUT Rasullullah s.a.w ini sebenarn
ya adalah HADIS PALSU. Saya ulangi sekali lagi, hadis ini ialah HADIS MAUDHU¡‾. Teta
pi adakah dengan membaca doa Qunut seperti yang dianjurkan dalam mazhab Imam Sya
fie itu BIDAAH,SYIRIK dan HARAM? Apatahlagi umumnya bagi kita yang bermazhab Sya
fie¡‾ ini, telah mengamalkan pembacaan doa Qunut ini sepanjang hayat telah melakuka
n sesuatu yang syirik? Adakah Imam Syafie telah menggunakan hadis Maudhu¡‾ dalam men
etapkan hukum sunnah Mua¡‾kkad dalam membaca Doa Qunut ini atau beliau ada menggunak
an hadis-hadis lain yang lebih sahih & mutawatir? Adakah Imam Syafie begitu cuai
, leka dan jahil sehingga memilih hadis maudhu¡‾ sebagai sandaran hukum membaca doa
Qunut dalam solat subuh? Atau benarkah ada sebenarnya hadis-hadis Sahih dan Muta
watir yang menerangkan bahawa Rasullullah s.a.w membaca doa Qunut dalam sembahya
ng Subuh, sehingga membuatkan Imam Syafie r.h menetapkan hukum sunat mua¡‾kad dalam
mazhabnya? Sudahkah kita baca Hadis-hadis sahih yang menyokong amalan berqunut p
ada solat Subuh? Jika kita bandingkan dengan Doa Kanzul Arash ini, sudahkah kita
mengorbankan masa kita untuk menyelidiki hadis-hadis sahih yang menyokong Doa K
anzul Arash ini? Adakah saudara Emjay ¡®benar-benar¡‾ telah mengorbankan seluruh masanya
untuk mencari hadis sahih, tetapi hanya menjumpai satu hadis sahaja? Renungkanl
ah saudara-saudara sekalian¡
2.4 ¡®Diriwayatkan daripada Ibnu Abdil Bar, ¡®Barang siapa yang menghafal 40 buah hadis
untuk disampaikan kepada umatku, maka aku bersedia memberi syafaat dan menjadi s
aksi padanya pada hari kiamat¡‾.
Hadis di atas bertaraf DHAIF, jika kita mengguna pakai kaedah seperti di atas, i
aitu jangan mengafal 40 buah hadis kerana ia (menghafaz 40 hadis) adalah amalan
daripada hadis dhaif dan patut kita tolak, apakah yang akan terjadi?
Oleh itu, sekadar melihat kepada tahap hadis itu sendiri tidaklah mencukupi, kit
a perlu melihat isinya (matannya). Terdapat hadis lain yang menyokong amalan ini
. Sebagai contoh, sebuah hadis riwayatkan Imam Bukhari yang berbunyi,
¡®Hendaklah orang yang menyaksikan (menerima) sesuatu hadis di antara kamu menyampai
kannya kepada orang yang tidak menyaksikannya¡‾. (Riwayat Imam Bukhari)
Satu persoalan boleh timbul, adakah SALAH menghafal 40 buah hadis dan SALAH meny
ampaikannya kepada orang lain hanya semata-mata ia ialah hadis dhaif? Renungkan¡
Tentu sebahagian sidang pembaca akan mengatakan bahawa umat Islam TIDAK BOLEH me
ngamalkan amalan yang bersumber daripada hadis dhaif. Benar kata saudara itu, te
tapi sebelum kita terburu-buru dan bernafsu sekali mengiyakannya, apakata kita d
engar penerangan daripada seorang tokoh Ilmu Syarah Hadis yang terkenal dan turu
t menjadi rujukan ulama-ulama Wahabi terlebih dahulu. Beliau, tidak lain tidak b
ukan ialah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani.
2.5 Dari segi pengamalan hadis dhaif sebagai amalan telah diterangkan oleh Imam
Ibnu Hajar al-Asqalani bahawa pengamalan hadis itu hendaklah menepati 3 syarat i
aitu:
2.5a ¨C Kedhaifan hadis itu tidaklah keterlaluan sehingga ke tahap hadis Matruk.
Hadis dhaif yang bersifat hadis Matruk ini tidak boleh dipakai sebagai hujah sek
alipun untuk digunakan fadhilat amal. Memandangkan saudara Emjay telahpun mengat
akan bahawa riwayat tentang Doa Kanzul Arash itu daripada hadis Maudhu¡‾, saya memoh
on jasa baik saudara Emjay untuk menjelaskan dengan terperinci di mana letaknya
tahap Maudhu¡‾?
Jika benar hadis ini Hadis Maudhu¡‾, di manakah Maudhu¡‾nya itu? Adakah dari sudut peraw
inya?
Adakah Maudhu¡‾nya hadis ini sehingga ke tahap Matruk?
Tahukah saudara apakah yang dinamakan dengan tahap Matruk? Jika saudara mengetah
uinya, saya amat berbesar hati jika saudara Emjay dapat menerangkan tahap Matruk
nya? Bukankah saudara Emjay mendakwa saudara mahir dalam bidang hadis?
Sila kemukakan buktinya..
2.5b ¨C Amal perbuatan dalam Hadis dhaif tersebut sudah tercakup dalam hadis-hadis
sahih yang digunakan sebagai hujah sesuatu amalan. Sila rujuk penjelasan saya d
i perenggan 2.4 di atas.
2.5c ¨C Tatkala mengamalkan hadis dhaif tersebut hendaklah kita mengiktikadkan bah
awa hadis tersebut bukan benar-benar berasal daripada Rasullullah s.a.w.
Kesimpulannya, saya memohon sidang pembaca sekalian supaya tidak terburu-buru me
nolak sesuatu amalan itu hanya disebabkan oleh sebuah hadis dhaif atau maudhu¡‾. Say
a khuatir, jika kita mengguna pakai ¡®kaedah penapisan¡‾ ini secara terburu-buru tanpa m
elihat isinya (matannya) maka tidak banyaklah amalan sunat tambahan yang boleh k
ita lakukan. Banyaklah amalan yang akan ¡®terbatal¡‾ jika ¡®tersentuh¡‾ oleh mana-mana had
aif dan maudhu¡‾.
Ini menggambarkan seolah-olah kita mengikut kaedah yang diguna pakai oleh golong
an Anti-Hadis yang mana mereka hanya mengamalkan apa yang diajarkan oleh Al-Qura
n sahaja kerana Al-Quran itu lebih ¡®sahih dan bersih¡‾, jika ¡®tersentuh¡‾ sedikit oleh ma
na hadis, ia akan ¡®terbatal¡‾ terus, kerana hadis itu bukan daripada kalangan ¡®mahramnya¡
aupun kita juga seolah-olah meniru satu mazhab Kristian yang menolak semua amala
n-amalan yang tidak ¡®sahih¡‾ seperti ¡®Jehovah Witness¡‾ yang kini mendapat tempat di kala
penganut agama Kristian di Malaysia (Contoh amalan mereka ialah tidak boleh meno
nton televisyen, tidak boleh menyambut Krismas dan tidak boleh beribadat di gere
ja pada hari Ahad kerana itu bukan amalan Jesus Christ).
Adakah kita lebih menjurus ke ¡®trend¡‾ ini?
Adakah saudara Emjay meniru kaedah yang digunakan oleh golongan Anti-Hadis dan K
ristian ini?
Bagi saya tidaklah menjadi satu kesalahan jika kita mengamalkan sesuatu amalan (
bersumberkan hadis dhaif) yang baik asalkan kita tidak MENGIKTIKADKAN ia sebagai
hadis Rasullullah s.a.w. Begitulah perihalnya dengan Doa Kanzul Arash ini, ¡®mungki
n¡‾ terdapat kesilapan daripada segi periwayatannya, ¡®mungkin¡‾ kita belum temui hadis-had
s lain lagi, mungkin ulama terdahulu sudah menjumpainya tetapi kita belum menjum
painya, bagi saya pula dari segi isi kandungannya tidaklah bercanggah dengan da
sar-dasar aqidah Islam.
2.6 Bolehkah Kita Mengamalkan Amalan Doa Kanzul Arash ¡®JIKA¡‾ Ia Bukan Bersumber Daripa
da Hadis, Tetapi Bersumber Daripada Amalan Para Ulama Terdahulu?
Saudara sidang pembaca sekalian,
Selain daripada hadis-hadis yang pelbagai jenis, kita juga boleh merujuk kepada
riwayat-riwayat dan amalan para salafus soleh bagi menyandarkan sesuatu amalan.
Bagi membincangkan kaitan kaedah ini dengan pengamalan Doa Kanzul Arash, ingin s
aya gunakan analogi pengamalan sembahyang sunat.
Sebagai contoh, amalan bersembahyang Tarawih secara berjemaah yang dilakukan seb
anyak 20 rakaat atau 36 rakaat pada masa sekarang itu tiada didukungi oleh hadis
-hadis sahih dan mutawatir sebagai salah satu daripada amalan Rasulullah s.a.w.
Tetapi amalan bersembahyang tarawih ini adalah bersandarkan amalan yang pernah d
ibuat oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. Anjuran sembahyang sunat ini, yang tidak
pernah dibuat oleh Rasullullah s.a.w, dianggap sebagai bid¡‾ah hasanah. Ia tidak di
anggap sebagai bid¡‾ah munkarah dan juga bid¡‾ah dhalalah.
Contoh lain amalan soleh yang tidak bersandarkan sunnah Rasullullah s.a.w ialah
sembahyang tahajjud melebihi 12 rakaat. Dalam kitab hadis dan sirah diterangkan
bahawa Rasullullah s.a.w melakukan sembahyang tahajjud itu tidak tetap jumlahnya
, dan tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w bersembahyang
tahajjud melebihi 100 rakaat. Tetapi jika kita lihat para ulama terdahulu melaku
kan sembahyang tahajjud lebih daripada itu. Sebagai contoh, Imam Ahmad b. Hanbal
melakukan sembahyang tahajjud sebanyak 300 rakaat setiap malam. Tatkala beliau
meningkat tua dan uzur, dan setelah dihukum seksa oleh pemerintah, beliau mengur
angkannya kepada 150 rakaat sahaja. Sembahyang tahajjud 300 atau 150 rakaat ini
tidak terdapat dalam hadis. Walaupun tidak terdapat dalam hadis, amalan sembahya
ng tahajjud 300 / 150 diamalkan oleh umumnya masyarakat Islam kerana ia adalah a
malan para ulama. Jadi, bolehkah kita mengatakan Imam Ahmad b. Hanbal telah ¡®memand
ai-mandai¡‾ menambah jumlah rakaat, kerana Rasullullah s.a.w dan para sahabat r.a. t
idak pernah melakukannya?
Begitu juga dengan zaman selepas kemangkatan Imam Ahmad b. Hanbal. Ada sesetenga
h orang soleh telah diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t sehingga boleh melakuka
n sembahayang tahajjud sehingga 1000 rakaat. Ini juga adalah berdasarkan amalan
yang pernah dibuat oleh orang-orang soleh yang tidak pernah dibuat oleh Rasullul
lah s.a.w dan para sahabatnya. Sebagai contoh, seorang ulama sufi iaitu Mansur A
l-Hallaj, yang dihukum pancung dan tubuhnya dicencang lumat oleh penguasa yang z
alim lantaran ucapan syatahatnya dan juga faktor politik, pernah melakukan semba
hyang tahajjud sebanyak 1000 rakaat. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, ke
rana ahli sufi yang menyokong hukum bunuh ke atas Mansur Al-Hallaj iaitu gurunya
Junaid Al-Baghdadi juga melakukan sembahyang tahajjud sebanyak 1000 rakaat pada
waktu malam dan 1000 rakaat sembahyang Dhuha pada siang hari. (Bagi saya tidak
lah menghairankan jika ahli sufi ini boleh melakukan sembahyang tahajjud sehingg
a 1000 rakaat, tetapi yang menghairankan saya ialah sesetengah orang-orang yang
mengaku bertasauf seperti Mansur Al-Hallaj, langsung tidak bersembahyang wajib 5
waktu sehari, apatah lagi bersembahyang sunat!). Jadi, bolehkah kita mengatakan
bahawa Sheikh Mansur Al-Hallaj dan Sheikh Junaid Al-Baghdadi ¡®memandai-mandai¡‾ menoko
k tambah lebih daripada Imam Ahmad b. Hanbal?
Contoh yang lain lagi ialah amalan membaca ¡®Rabbanalakalhamdu¡‾ selepas bangkit dari ru
ku¡‾. Kalau mengikut cara yang asalnya Rasullullah s.a.w tidak mengajar umatnya memb
aca ¡®Rabbanalakalhamdu¡‾ selepas bangkit dari ruku¡‾, amalan tersebut ditambah oleh Saidin
Abu Bakar r.a. Jika kita mengguna pakai kaedah yang digunakan oleh saudara Emja
y (iaitu tidak menerima amalan selain daripada Rasullullah s.a.w), maka jatuhlah
hukum dosa membaca ayat tersebut dalam sembahyang.
Jadi, analogi yang sama juga kita boleh gunakan ke atas Doa Kanzul Arash dan beb
erapa amalan lain daripada kitab mujarrobat. Amalan doa ini ¡®mungkin¡‾ tidak pernah dil
akukan oleh Rasullulah s.a.w dan para sahabat, tetapi dilakukan oleh para ulama
yang soleh. Jadi, bolehkah kita katakan bahawa para ulama yang soleh ini, cuba ¡®mem
andai-mandai¡‾ mengarang cipta doa-doa tersebut? Adakah para ulama terdahulu sesuka
hati menokok-nambah sesuatu amalan tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu? R
enungkanlah saudara¡
Oleh itu saya ingin mengatakan bahawa amalan membaca Doa Kanzul Arash ini TIDAK
SALAH diamalkan.
*Permasalahan Ketiga*
3. Adakah Kesalahan Tatabahasa Dalam Doa Kanzul Arash Boleh Membawa SYIRIK?
Saudara Emjay yang dihormati ada memaklumkan bahawa terdapat kesalahan dari segi
tatabahasa dalam doa tersebut. Saya ingin memohon jasa baik saudara Emjay supay
a dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang bentuk kesalahan bahasa yang
terdapat dalam doa tersebut. Di sini saya lampirkan bersama senarai soal selidi
k dan ¡®checklist¡‾ kesalahan tatabahasa untuk rujukan saudara Emjay yang budiman sepert
i di bawah. Mungkin bukan kesemua ¡®checklist¡‾ ini perlu saudara ketengahkan kerana say
a berpendapat jika ada kesalahan tatabahasa, ia hanya melibatkan sebahagian kec
il sahaja. Berikut adalah ¡®checklist¡‾ untuk memudahkan skop penjelasan saudara pada ma
sa depan;
3.1 Adakah kesalahan itu melibatkan kaedah pembarisan. Sebagai contoh, sepatutny
a ia berbaris atas, tetapi diberi baris bawah?
Pada pendapat saya jika terdapat kesalahan pembarisan huruf, ia lebih condong ke
arah perbezaan dialek bahasa Arab klasik. Jika kita perhatikan penggunaan baha
sa Arab pada zaman dahulu, terdapat perbezaan dari segi memberi baris antara dia
lek Tanah Hijaz, Kufah, Mesir dan Parsi.
3.2 Adakah ia juga melibatkan kesalahan ejaan?
Jika ia melibatkan kesalahan ejaan, ia mungkin berpunca daripada kesalahan penul
is asal ataupun penulis terkemudian yang membuat kerja menyalin doa tersebut. Ki
ta perlu ingat bahawa pada zaman dahulu tidak ada mesin pencetak dan kebanyakan
buku ditulis oleh penyalin upahan. Kebanyakan penyalin upahan pada zaman dahulu
juga bukanlah calang-calang orang sebelum mereka menjadi seorang tokoh, antarany
a ialah Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah, pada usia remaja mengambil upah menyalin
buku (setakat ini saya belum menjumpai riwayat ini dalam buku-buku tarikh, saya
mendapat tahu setelah menonton drama Arab tentang Ibnu Taimiyyah). Satu lagi pen
yebabnya ialah pada zaman dahulu, huruf hijaiyah ini tidaklah selengkap yang kit
a ada pada masa sekarang ini. Ada huruf yang tidak bertitik dan ada yang bertiti
k tetapi tidak lengkap. Contohnya huruf ¡®Ba¡‾, ¡®Ta¡‾ dan ¡®Tsa¡‾ dahulunya tidak bertitik
erapa dekad mula ditambah titik bagi membezakannya. Jadi bagi penyalin terkemudi
an yang tidak biasa dengan kaedah penghurufan ini, mungkin akan tersilap menulis
huruf-huruf tersebut dan mungkin orang awam juga akan tersilap membunyikan huru
f tersebut.
3.3 Adakah kesalahan itu melibatkan tanda ¡®sabdu¡‾ ataupun unsure germinat (menurut ist
ilah fonetik) di mana tanpa tanda ini boleh menyebabkan perubahan besar dalam ma
kna sesuatu perkataan itu?
3.4 Adakah kesalahan tatabahasa itu disebabkan Doa itu menggunakan laras dan gay
a bahasa yang berlainan, contohnya Laras dan Gaya bahasa puitis?
Jika kita bandingkan laras bahasa puitis dengan laras bahasa biasa penggunaan ta
tabahasanya adalah agak berlainan kerana yang pertama bersifat seni manakala ya
ng kedua bersifat komunikatif.
3.5 Adakah ia melibatkan kesalahan dari segi sintaksis?
Jika terdapat kesalahan sintaksis, ia boleh menunjukkan penulis ayat tersebut ku
rang matang dari segi pembentukan ayatnya ataupun penulis tersebut mungkin orang
luar yang fasih berbahasa Arab berdialek asing. Sintaksis itu meliputi;
a) Struktur Binaan Ayat dalam Doa
b) Laras atau Norma Ayat yang digunakan dalam Doa
c) Susunan Ayat yang membentuk doa tersebut
d) Bentuk Ayat yang digunakan dalam Doa
d) Penjenisan Ayat dalam doa tersebut
3.6 Adakah kesalahan tatabahasa dalam Doa Kanzul Arash itu melibatkan kesalahan
Morfologi iaitu kaedah tatabahasa yang lebih asas lagi? Seperti;
a) Penggolongan Kata yang digunakan
b) Perkataan dan Bentuk Kata
c) Proses Pembentukan Kata
Saya berharap saudara Emjay dapat mengemukakan kesalahan tatabahasa tersebut sup
aya boleh kita perbetulkan bersama-sama untuk tatapan umat Islam umumnya. Jika k
ita telah mengenal pasti kesalahan tersebut adalah menjadi tanggungjawab kita un
tuk membetulkan semula, terutama dari segi pencetakan doa ini.
3.7 Pada pendapat saya, JIKA BENAR berlaku kesalahan tatabahasa dalam Doa Kanzul
Arash ini, kesalahan tersebut boleh berlaku atas beberapa sebab;
3.7.1 Ia boleh berlaku pada ketika doa ini ditulis sebelum proses percetakan.
Kita perlu ingat bahawa kitab Al-quran yang kita guna pakai pada suatu masa dahu
lu juga pernah mengalami kesilapan ketika proses mencetak. Sedangkan percetakan
Al-Quran juga boleh terjadi kesilapan, inikan pula Doa Kanzul Arash yang kecil d
an yang kuran penting ini. Jadi, kesilapan ini berlaku bukan disebabkan penulisn
ya, tetapi adalah kesilapan ketika proses ¡®moulding¡‾ template kaligrafi dibuat.
3.7.2 Kesilapan juga boleh berlaku semasa proses pewarisan doa tersebut daripad
a satu generasi ke satu generasi yang lain dilakukan secara lisan.
Apatah lagi daripada satu generasi yang bukan menggunakan bahasa Arab sebagai ba
hasa pertuturan ke generasi yang seterusnya. Tambahan pula, orang-orang Arab jug
a, tidak terkecuali pelajar Bahasa Arab, juga boleh membuat kesalahan tatabahasa
ketika meriwayatkan doa ini. Kaedah pewarisan doa daripada satu generasi ke sat
u generasi yang lain, dari satu daerah ke satu daerah yang lain, dari satu diale
k ke satu dialek yang lain, terhasillah pelbagai versi bagi satu doa yang sama.
Fenomena perubahan ¡®slanga¡‾ ini kita panggil sebagai norma bahasa. Jadi, jika terdapat
kesalahan dari segi dialek Arab yang digunakan dalam Doa Kanzul Arash ini, mung
kin inilah sebabnya.
3.7.3 Kesilapan juga boleh berlaku ketika proses penulisan kaligrafi.
Jika kita teliti manuskrip-manuskrip lama, kita akan dapati kebanyakan tulisanny
a bersih dan teratur. Namun, walaupun bersih dan teratur, kita dapati ada banyak
kesalahan ejaan dan perkataan berulang-ulang (redundant). Kenapakah hal ini ber
laku?
Ini disebabkan pada zaman dahulu, kebanyakan penulis tidak akan memadam kesalaha
n yang terdapat dalam penulisannya. Ia berlaku kerana beberapa sebab;
3.7.3-a Tidak terdapat alat pemadam khusus untuk memadam dakwat.
Disebabkan ketiadaan pemadam dakwat yang khusus, penulisnya membiarkan sahaja. J
ikalau ada pun, mungkin penulisnya tidak mahu menggunakannya kerana bimbang akan
mencacatkan keindahan kaligrafi yang ditulis. Kadangkala, jika digunakan perala
tan pemadam, dikhuatiri tulisan-tulisan lain yang berdekatan akan mengembang.
3.7.3-b Penulisnya tidak mahu mencacatkan atau ¡®menyomotkan¡‾ tulisannya dengan memangk
ah atau menggarisi perkataan yang salah dieja / ditulis.
Disebabkan faktor-faktor di atas, penulis pada zaman dahulu menulis semula perka
taan yang betul bersebelahan dengan perkataan yang salah itu.
Sebagai contoh; ¡°Arakian adapun kitab tib ini fasiq fasal tabib dengan hati tanah¡±,
memandangkan penulisnya tidak mahu mencacatkan kecantikan kaligrafi ayat di atas
, perkataan ¡®fasiq¡‾ yang sepatutnya tidak ada dalam ayat di atas, tidak dipotong / dig
aris / dipadam. Apa yang dilakukan oleh penulis pada zaman silam adalah menyambu
ng terus ayatnya ... ¡° ¡®fasal¡‾ ketabiban dengan hati tanah¡±.
(Jika saudara sidang pembaca berminat untuk mengetahui tentang kesalahan & cara
penulisan manuskrip lama, saudara bolehlah merujuk sebuah buku karya A. Samad Ah
mad terbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Cuma pada masa ini, judul buku tersebut tid
ak ada pada saya. Insyaallah, jika buku itu dikembalikan kepada saya, akan saya
masukkan judulnya kelak dalam teks ini ¨C harap maklum.)
3.8 Kesilapan juga boleh berlaku disebabkan perubahan dan evolusi bahasa itu sen
diri.
Kita juga perlu melihat dari segi evolusi sesuatu bahasa itu sendiri. Setiap bah
asa itu akan mengalami proses perubahan dari semasa ke semasa. Jika pada masa da
hulu, sesuatu frasa ayat itu dianggap betul penggunaannya dari segi ilmu tatabah
asa yang dipakai pada ketika itu, tetapi selepas beberapa dekad, selepas beberap
a kurun, frasa ayat itu pada zaman silam itu akan dianggap sebagai salah kerana
mengikuti penggunaan ilmu tatabahasa yang digunapakai pada masa kini.
Evolusi tatabahasa ini secara umumnya berlaku kepada hampir semua bahasa yang di
gunakan sekarang. Sebagai contoh, bahasa Arab yang digunakan pada hari ini adala
h berlainan sedikit dengan bahasa Arab Fusha yang digunakan pada zaman permulaan
Islam dahulu. Susunan frasa dan pola ayat bahasa Arab Fusha berlainan dengan su
sunan frasa & pola ayat bahasa Arab pada masa kini. Susunan pola ayat pada zaman
dahulu lebih puitis, manakala susunana pada zaman sekarang lebih komunikatif.
Memandangkan terdapatnya perbezaan penggunaan tatabahasa pada bahasa Arab Fusha
dan bahasa Arab moden, Imam Hasan Al-Banna telah mewasiatkan kaum muslimin terut
amanya warga Ikwanul Muslimin supaya mempelajari dan menguasai bahasa Arab Fusha
iaitu Bahasa Al-Quran (sila rujuk kitab karya Dr. Abdul Azim Ibrahim Al-Muti¡‾ni y
ang berjudul 10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna).
Kita juga perlu ingat, bahasa Arab itu sendiri telah menjalani proses-proses evo
lusi yang amat panjang. Ia telahpun menjalani proses evolusi sejak daripada zama
n para sahabat, ke zaman kerajaan Abassiyah, ke zaman kerajaan Sepanyol, zaman P
an-Islamisma Sheikh Muhammabd Abduh dan Sheikh Jamaluddin Afghani, sehinggalah k
e zaman sekarang. Sudah tentulah terdapat banyak pengubahsuaian, penambahan, pen
gurangan dan proses adaptasi tatabahasa telah berlaku.
Justeru, ingin saya rumuskan di sini bahawa jika terdapat kesalahan tatabahasa d
alam Doa Kanzul Arash ini , ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor di atas dan
faktor-faktor lain. Wallahua¡‾lam bis sawab.
Saya dapati setakat ini, Doa Kanzul Arash mempunyai kesilapan dari segi pembaris
an huruf sebagai contoh, ¡®Rabbi¡‾ dan ¡®Rabba¡‾. Perbezaan pembarisan ini tidak membawa se
g perubahan maksud, kecualilah kesalahan yang melibatkan penggunaan ¡®tasydid¡‾ (sabdu /
germinat) seperti Rabbi menjadi Rabi, atau Rabba menjadi Raba, sebutan tanpa hu
kum tajwid sabdu sudah tentu membawa maksud yang berlainan sekali dan jelas syir
iknya. Rabbi / Rabba bermaksud ¡®Ya Tuhanku¡‾, manakala Raba / Rabi mungkin bermaksud ¡®Ya
endeta (Yahudi) ku¡‾ ataupun bermaksud lain lagi. Wallahu a¡‾lam.
Oleh itu, saya menyeru saudara Emjay supaya jangan hanya sekadar mengeluarkan ¡®fatw
a¡‾ ini, sila terangkan di manakah kesilapan tatabahasanya.
*Permasalahan Keempat*
4. Adakah Pengamalan Doa ini SYIRIK dan HARAM Kerana Terdapat Nama-Nama Allah s
.w.t Yang Lain Daripada 99 Nama Allah Yang Kita Ketahui?
Sebelum saya menjawab soalan ini, ingin saya ajukan kepada saudara sidang pembac
a sekalian, adakah nama-nama Allah s.w.t itu sekadar 99 buah nama kesemuanya? Di
dalam hadis sahih memang ada dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w bahawa nama-nama
Allah s.w.t itu 99 jumlahnya. Namun begitu, terdapat hadis-hadis lain dan kajia
n para ulama yang menerangkan bahawa Nama-nama Allah s.w.t itu bukan sekadar 99,
tetapi berjumlah 3000, dan ada pendapat yang mengatakan 4000! Benarkah apa yang
saya katakan? Atau saya sekadar ingin melebih-lebihkan fakta ini?
Mari kita tinjau dahulu pendapat daripada seorang ulama besar dan ¡®all rounder¡‾. Tokoh
ulama ini juga merupakan ¡®mentor¡‾ dan ¡®sifu¡‾ kepada gerakan Wahabi / Salafi yang kuat
tang unsur-unsur khurafat . Tokoh ulama ini juga merupakan seorang murid yang se
tia kepada gurunya (Ibnu Taimiyyah) sehingga sanggup bersama gurunya hingga saat
-saat terakhir hidup gurunya itu di dalam penjara akibat difitnah oleh para peng
uasa. Mari kita dengar apa yang diperkatakan oleh Sheikhul Hadis, Ibnu Qayyim r
.h.
4.1 Pendapat Imam Ibnu Qayyim r.h.
Ibnu Qayyim berpendapat, ¡°Allah menjadikan nama-Nya tiga bahagian;
Pertama, Allah menamakan diri-Nya sendiri dengan Nama itu, lalu dijelaskan-Nya h
anya terhadap sesiapa yang dikehendaki-Nya, terdiri daripada para malaikat dan l
ain-lain dan tidak diturunkan nama itu dalam Kitab-Nya.
Kedua, Allah menurunkan nama-Nya itu ke dalam kitab-Nya dan diberitahukan-Nya ke
pada hamba-Nya.
Ketiga, Allah s.w.t menyimpan nama-Nya itu dalam ilmu ghaib-Nya, tidak memberita
kan nama-Nya kepada sesiapa jua di kalangan makhluk-Nya.
Pendapat Ibnu Qayyim ini terhimpun dalam sepotong doa Nabi s.a.w yang berbunyi;
¡°Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki, Engkau menamakannya unt
uk diri-Mu, atau nama yang Engkau telah turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah
Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang a
ntara makhluk-Mu, atau yang Engkau punyai dalam ilmu ghaib-Mu¡±. (Imam Ahmad & Ibnu
Hibban)
Berdasarkan pendapat Ibnu Qayyim dan juga hadis nabi s.a.w di atas, dapat kita r
umuskan bahawa selain daripada 99 Asma Al-Husna yang kita ketahui, ada lagi nama
-nama Allah s.w.t yang belum kita ketahui.
Jadi ini bermakna, nama-nama Allah s.w.t itu bukan setakat 99 buah sahaja, malah
lebih lagi. Oleh itu, di manakah lagi perlu kita gali dan terokai Nama-Nama te
rsebut?
Jika dibandingkan dengan ¡®fatwa¡‾ saudara Emjay dengan Imam Ibnu Qayyim, yang mana satu
kah yang akan sidang pembaca dengari?
Mari kita tinjau pendapat daripada seorang tokoh ulama dan Qadhi besar pada zama
n keagungan Islam di Cordova, Sepanyol pula iaitu Imam Ibnu Hazm.
4.2 Pendapat Imam Ibnu Hazm.
Imam Ibnu Hazm merupakan salah tokoh pemikir Islam pada zaman kegemilangan Islam
di Cordova, Sepanyol. Beliau adalah seorang tokoh mazhab Dzahiri (Imam Daud Adz
-Dzahiri, anak murid kepada Imam Ahmab b. Hanbal). Mazhab Dzahiri ini jika diban
dingkan dengan mazhab Wahabi pada masa sekarang ini adalah jauh lebih keras dan
ketat lagi. Mazhab Dzahiri yang dipegang oleh Imam Ibnu Hazm ini juga turut dipe
gang kuat malah dikuasai oleh tokoh sufi yang pernah dikafirkan oleh ulama Wahab
i kerana fahaman Wahdatul Wujudnya iaitu Ibnu Arabi. (Fakta sejarah tentang Ibnu
Arabi bermazhab Dzahiri ini penting bagi membidas fahaman sesetengah pengikut t
asauf yang tidak mementingkan syariat dan ilmu zahir dalam Islam).
Apakah pandangan Ibnu Hazm tentang Asma Al-Husna ini?
Menurut Ibnu Hazm, Asma Al-Husna itu bukan berjumlah 99 kesemuanya, tetapi seben
arnya hanya 80 buah nama sahaja! Ini beerti, daripada 99 nama Allah yang diriway
atkan dalam hadis, Imam Ibnu Hazm telah menolak sebanyak 19 nama-nama Allah s.w.
t. Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Tidak lain, tidak bukan adalah kerana b
eliau hanya mengambil nama-nama Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dan H
adis yang PALING sahih sekali. Ini juga adalah dikeranakan pengaruh mazhab Dzahi
ri yang dipeganginya begitu keras dan ketat sekali kaedah Usul Fiqhnya.
Berdasarkan fakta ini jelas menunjukkan bahawa nama-nama Allah s.w.t yang kebany
akannya dipelajari oleh umat Islam khasnya di Malaysia masih lagi belum lagi dit
apis dengan teliti jika kita ingin mengguna pakai kaedah Usul Fiqh mazhab Dzahir
i ini. Jika kita mengguna pakai kaedah ini untuk menjatuhkan hukum atas Doa Kanz
ul Arash ini, saya berpendapat bukan sekadar lafaz ¡®Al-Burhan¡‾ akan tertolak, malah la
faz-lafaz nama Allah s.w.t yang lain (sebahagian 99 Asma Al-Husna) juga akan ter
tolak. Jika kita mengguna pakai kaedah ini, saya juga rasa bukan sahaja Doa Kanz
ul Arash ini tidak boleh diamalkan malah doa-doa lain yang mempunyai nama-nama A
llah s.w.t seperti yang dianjurkan oleh gerakan Wahabi / Salafi juga akan tertol
ak! Mungkinkah ini sebabnya gerakan Wahabi menolak keras semua pandangan Ibnu Ha
zm? Kalau diikutkan, sepatutnya gerakan Wahabi / Salafi yang bersifat keras tent
u akan menyokong mazhab yang keras seperti mazhab Ibnu Hazm ini, tetapi mengapak
ah perkara yang sebaliknya berlaku? Renungkan¡
Sekadar bertanya, yang mana satukah pilihan saudara, saudara Emjay atau Imam Ibn
u Hazm? Yang mana lebih layak lagi diikuti? Yang mana satukah lebih berkaliber d
an berkarismatik untuk kita teladani?
Sekarang marilah kita tinjau pula kajian yang dilakukan oleh seorang tokoh hadis
yang besar, iaitu Imam Ibnu Majah.
4.3 Kajian Hadis Yang Dijalankan Oleh Imam Ibnu Majah.
Imam Ibnu Majah, berdasarkan kajiannya terhadap hadis-hadis yang dikajinya, pu
la berpendapat bahawa terdapat penambahan pada nama-nama Allah s.w.t. Ini berma
ksud nama-nama Allah itu bukan sekadar 99 buah nama sahaja, tetapi lebih lagi.
Menurut Imam Ibnu Majah, berdasarkan sebuah hadis yang mempunyai rantaian bermul
a daripada beliau sendiri ke Abdul Muluk b. As-Shan, daripada Zuhir b. Muhamma
d At-Tamimi, daripada Musa b. Uqbah, daripada Al-Araj, - Imam Ibnu Majah telah
menemui tambahan pada nama-nama Allah s.w.t. Apakah penambahan nama-nama terseb
ut? Sila lihat senarai di bawah:
1) Al-Bari 2) Al-Rasyid 3) As-Syadid 4) Al-Waqi 5)Al-Qaim 6) Al-Hafiz 7) A
n-Nazhir 8)As-Sami¡‾ 9) Al-Mu¡‾thi 10) Al-Abad 11) Al-Munir 12) At-Taam 13) Al-Qad
im 14) Al-Witru dan yang terakhir sekali ialah 15) AL-BURHAN
Berdasarkan daripada hadis-hadis yang dikaji oleh Imam Ibnu Majah, dapatlah kita
lihat bahawa nama Allah s.w.t yang indah seperti ¡®Al-Burhan¡‾ itu memang wujud. Ia bu
kannya satu rekaan dan ia juga bukan satu penambahan oleh ulama-ulama ilmu hikma
h. Jadi, adakah BERDOSA, SYIRIK dan HARAM membaca Doa Kanzul Arash kerana terda
pat nama-nama Allah s.w.t yang lain daripada 99 Asma Al-Husna itu? Adakah SALAH,
SYIRIK dan BERDOSA jika membaca Doa Kanzul Arash kerana terdapat nama Allah s.w
.t yang indah seperti Al-BURHAN?
Jika saudara sidang pembaca kurang yakin dengan penerangan saya ini, saudara sek
alian dijemput membaca buku teks rujukan gerakan Wahabi berjudul ¡®Ketuhanan Yang Ma
ha Esa¡‾ karya Sheikh Sulaiman b. Abdullah, iaitu cucu kepada Sheikh Muhammad b. Abd
ul Wahab, pengasas gerakan Wahabi / Salafi. (Makluman ¨C diharap saudara sekalian
jangan terkeliru akan nama penulis buku ini dengan Sheikh Sulaiman b. Abdul Waha
b, iaitu adik kandung kepada Sheikh Muhammad Abd. Wahab. Untuk pengetahuan sidan
g pembaca sekalian, Sheikh Sulaiman Abd. Wahab bersama-sama bapanya iaitu Sheikh
Abdul Wahab mempunyai pandangan yang berlainan dan amat menentang keras aliran
Wahabi abangnya itu).
Sekadar bertanya, saudara Emjay mengatakan bahawa kalimah ¡®Al-Burhan¡‾ itu bukan nama A
llah s.w.t, Imam Ibnu Majah pula mengatakan bahawa ¡®Al-Burhan¡‾ itu MEMANG nama Allah s
.w.t. Jadi, yang mana satukah patut kita dengar? Saudara Emjay? Atau Al-Imam Ibn
u Majah?
Selepas meninjau pelbagai pendapat daripada tokoh yang berlainan, mari kita tinj
au kajian daripada para ulama ilmu hikmah.
4.4 Kajian Yang Dijalankan Para Ulama Ilmu Hikmah.
Jika saudara Emjay dan sidang pembaca budiman membaca buku-buku yang dikarang ol
eh para ulama ilmu hikmah seperti Imam Ahmad Ali Al-Buni, Imam Ahmad Ad-Dairobi
dan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, saudara sekalian tentu akan lebih terkejut l
agi, tidak kurang juga ada yang akan terlatah malah seram bulu roma ditengkuknya
. Mungkin juga yang akan naik darah tingginya. Di dalam kitab karangan mereka te
rdapat Asma-asma Allah s.w.t yang tidak pernah kita dengari, malah ganjil dan pe
lik sekali bunyinya seperti di bawah:
4.4.1 Asma Suryaniyyah, contoh: 1) Lalsohathil 2) Mahtohathil 3) Jahlatothil
4.4.2 Asma A¡‾sho Musa, contohnya 1) Toshumin 2) A¡‾lumin 3) Qoyumin
(Saya rasa cukuplah setakat 6 contoh sahaja. Saya bimbang ada sesetengah pembaca
akan merasa begitu seram sekali)
Berdasarkan nama-nama Allah s.w.t yang aneh dan ganjil sekali bunyinya, adakah S
YIRIK, BERDOSA dan HARAM untuk kita baca? Adakah perkataan-perkataan di atas itu
memang benar nama-nama lain bagi Allah s.w.t? Benarkah ini semua nama-nama All
ah s.w.t. Sebelum kita membuat kesimpulan, saya berharap saudara sekalian dapat
meneliti sekali lagi pendapat Sheikhul Islam, Ibnu Qayyim seperti di atas tadi (
4.1 Pendapat Imam Ibnu Qayyim r.h.).
Mungkin saudara sekalian tertanya-tanya dari manakah datangnya Asma Allah s.w.t
tersebut? Asma-asma Allah s.w.t itu sebenarnya datang dari umat yang terdahulu d
aripada kita. Asma-asma Allah s.w.t itu adalah sebutan nama-nama Allah s.w.t yan
g indah dalam bahasa umat-umat dahulu kala. Para ulama ilmu hikmah telah bertung
kus lumus mengkaji bahasa-bahasa kuno yang pernah berrasulkan rasul-rasul yang t
erdahulu. Sesetengah asma-asma Allah s.w.t ini adalah dalam bahasa Ibrani, Sirya
n dan bahasa-bahasa lain lagi. Berdasarkan pembacaan dan penelitian saya terhada
p nama-nama Allah s.w.t ini, saya dapati maksudnya (setelah diterjemahkan dalam
bahasa Arab) adalah lebih kurang sama dengan 99 Asma Al-Husna.
Oleh itu, saudara sidang pembaca janganlah risau dan berasa begitu aneh sekali m
elihat nama-nama Allah s.w.t seperti di atas. Jika sidang pembaca merasa janggal
, apatah lagi kerana Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali sendiri ada mengesyorkan sup
aya azimat-azimat ditulis dengan Asma-Asma di atas, saudara sekalian dijemput un
tuk membaca ¡®posting¡‾ saya di isu ¡®Mengapakah Kitab Mujarrobat itu Sesat Lagi Menyesatka
postin ini telah dipadamkan dari Laman Emjay ¨C penulis) bagi menjernihkan kemelut
isu ini. Semoga penerangan saya ini dapat menurunkan semula rasa seram saudara
itu.
Sekadar bertanya, yang mana satukah pilihan saudara? Saudara Emjay? Atau AL-HUJJ
ATUL ISLAM Imam Al-Ghazali?
Sebelum kita mengakhiri perbincangan permasalahan nama-nama Allah s.w.t ini, mar
i kita tinjau pula apa yang dikaji oleh para ¡®mat saleh¡‾ seperti di bawah.
4.5 Kajian Nama Allah Yang Dilakukan Oleh Para Orientalis
Para orientalis juga tidak terkecuali dalam permasalahan Asma Al-Husna. Mereka
begitu ghairah sekali membuat kajian tentang isu ini. Tujuan mereka membuat kaji
an ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendakwa bahawa Rasullullah s.a.w
bukannya menerima wahyu daripada Allah s.w.t, tetapi telah mencedok ilmu-ilmu d
aripada ahli kitab.
Antara tokoh yang tersohor ialah Professor F. E. Peter. F. E. Peter telah mempe
runtukkan tenaga dan kepakarannya untuk mengkaji Asma Jalalah iaitu ¡®ALLAH¡‾. Menurut b
eliau, nama ¡®ALLAH¡‾ itu sebenarnya adalah daripada bahasa Hebrew (Yahudi) ¡®EL¡‾, ¡®ELOH
ama-nama berbahasa Hebrew ini telah mengalami proses evolusi dan akhirnya tiba d
i tanah Arab setelah beberapa kurun berlalu. Penduduk-penduduk Arab sebelum zama
n kelahiran Rasullullah s.a.w telah pun mengguna pakai nama tersebut tetapi dala
m versi Arab iaitu ¡®Ilah¡‾ dan ¡®Allah¡‾.
Oleh itu, menurut Professor F.E.Peter ini menunjukkan bahawa sebelum kelahiran R
asullullah s.a.w, sebutan ¡®Ilah¡‾ dan juga ¡®Allah¡‾ sudah menjadi sesuatu yang umum dikal
para penduduk jahiliah. Fakta ini juga boleh menunjukkan terdapatnya kemungkina
n bahawa Rasullullah s.a.w mempelajari tentang Allah s.w.t daripada kaum jahilia
h dan ahli kitab, dan bukannya daripada wahyu! (Nau¡‾dzubillah). Pendapat Professor
F.E. Peter ini telah dikuatkan lagi oleh beberapa para orientalis yang lain sepe
rti Professor Godfrey Higgins dalam bukunya ¡®Anacalypsis¡‾dan Professor Penny Warren da
lam jurnalnya ¡®Plim Report (1998) Vol. 7 No. 3¡‾. Mereka begitu bertungkus lumus membo
ngkar isu ini dengan niat untuk menghancurkan Islam. Saudara juga boleh melihat
bagaimana fakta sejarah tentang lafaz ¡®Allah¡‾ telah diputar belit oleh seorang lagi t
okoh orientalis iaitu Professor Marcus Bach dalam bukunya yang berjudul ¡®Major Rel
igions of the World¡‾.
Jadi, apakah perkaitannya penerangan saya di atas dengan Doa Kanzul Arash? Ada k
aitannya. Saya memohon jasa baik saudara sidang pembaca sekalian, pernahkah saud
ara temui lafaz-lafaz seperti ¡®EL¡‾, ¡®ELOHIM¡‾ dan ¡®ELOAH¡‾ dalam Doa Kanzul Arash? Pern
sekalian temui lafaz-lafaz tersebut dalam kitab-kitab karangan para ulama ilmu
hikmah? Terdapatkah persamaan dari segi suku kata dan fonetik lafaz ¡®EL¡‾, ¡®ELOHIM¡‾ dan
gan Asma Suryaniyyah dan Asma A¡‾sho Musa seperti contoh di atas? Justeru itu, BER
DOSAKAH, SYIRIKKAH dan HARAMKAH bagi kita mengamalkan Doa Kanzul Arash? Renungka
n saudara sekalian¡.
Sekadar bertanya, yang mana satukah menjadi pilihan saudara, lafaz doa yang meng
andungi kalimah ¡®El¡‾ ¡®Eloah¡‾ dan ¡®Elohim¡‾? Atau Doa Kanzul Arash - yang memuji Allah
ahasa Arab?
Memandangkan ketiadaan unsur-unsur keyahudian dalam Doa Kanzul Arash ini, saya b
erpendapat TIDAK MENJADI SATU KESALAHAN mengamalkan doa ini.
*Permasalahan Kelima*
5. Doa Kanzul Arash Ini SYIRIK dan HARAM Dibaca Kerana Terdapat Frasa ¡®Tiada Tuhan
Yang Disembah Melainkan Allah, Isa Ruh Allah¡‾ Dalam Doa Tersebut?
Saudara Emjay yang dihormati mengatakan doa ini boleh ¡¡®mengeluarkan pengamalnya dari
keimanan¡¡‾ kerana terdapat akidah bahawa nabi Isa a.s itu ialah Ruh Allah s.w.t. Bena
r dan tepat sekali kata saudara itu, jika kita beriktikad bahawa Nabi Isa a.s. i
tu sebenar-benar RUH bagi dzat Allah s.w.t maka jatuhlah hukum syirik dan tergel
incir akidah seseorang daripada landasan iman. Jika kita mempercayai bahawa ¡®Ruh¡‾ Nabi
Isa a.s itu sebagai ¡®dzat¡‾ Allah s.w.t, maka kita telahpun memakai kepercayaan orang
Kristian yang mengatakan Nabi Isa a.s. itu tuhan. Nauzubillah. Mohon dijauhkan o
leh Allah s.w.t!
Namun begitu, pada pendapat saya yang kerdil ini, frasa ¡®Ruh Allah¡‾ itu perlu kita lih
at dari sudut yang lain. Sebenarnya frasa nabi Isa sebagai ¡®Ruh Allah¡‾ bukannya bermak
sud Nabi Isa a.s itu sebenar-benarnya ¡®Ruh¡‾ bagi dzat Allah. Ia sebenarnya merujuk kep
ada gelaran dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada nabi Isa a.s at
as keistimewaan baginda yang lahir tidak berbapa (mu¡‾jizat).
5.1 Adakah Di Dalam Al-Quran Ada Disebut Nabi Isa a.s Itu ¡®Ruh Allah¡‾?
Jika kita teliti dalam Al-Quran, Allah s.w.t tidak pernah berfirman ¡®Ruh Allah¡‾. Namun
begitu, Allah s.w.t telah menggelar Nabi Isa a.s dengan pelbagai gelaran, antar
anya ialah ¡®Ruh daripada-Nya¡‾. Marilah kita bersama-sama meninjau firman Allah s.w.t t
ersebut.
Dalam Al-Quran, Allah s.w.t ada menyebut, mafhumnya, ¡°..sesungguhnya Al-Masih Isa I
bni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampai
kanNya kepada Maryam dan (dia juga tiupan) Ruh daripadaNya¡±. (Surah An-Nisa: 171)
Jika dilihat pada ayat di atas, Allah s.w.t telahpun berfirman bahawa Nabi Isa a
.s itu ialah ¡®Ruh daripadaNya¡‾. Jadi mengapakah Allah s.w.t menggelarkan Nabi Isa a.s
sebagai ¡®Ruh daripadaNYA¡‾. Apakah maksud tersirat yang terkandung dalam frasa tersebu
t? Mari kita tinjau penerangan daripada seorang tokoh Ilmu Sirah dan Ilmu Tafsir
yang tidak asing lagi iaitu Imam Ibnu Katsir r.h.
Dalam Tafsir Ibnu Katsir ada menjelaskan bahawa ¡®Ruh¡‾ daripadaNya bukannya bermaksud b
ahawa ¡®Ruh¡‾ itu adalah sebahagian daripada Allah s.w.t, tetapi bermaksud ¡®Sebahagian dar
pada ciptaanNya¡‾. Dalam erti kata lain, Allah s.w.t telah memuliakan dan mengangkat
martabat Nabi Isa a.s. dengan gelaran tersebut . Imam Ibnu Katsir r.h telahpun
membandingkan frasa ini (Ruh daripadaNYA) dengan beberapa frasa lain yang terda
pat dalam ayat Al-Quran untuk menjelaskan isu ini,antaranya:
¡®Ini adalah unta (betina) Allah dan¡¡‾
Unta tersebut bukanlah daripada dzat Allah s.w.t, tetapi adalah ¡®Sebahagian daripad
a ciptaanNya¡‾.
Begitu juga dengan frasa yang menyebut Nabi Isa itu sebagai KalimatNya, ¡®KalimatNya¡‾ d
i sini bukan bermaksud Kalam daripada dzat Allah s.w.t yang qadim , tetapi berma
ksud Nabi Isa a.s wujud atas kalimatNya (ciptaanNya).
Begitulah bunyinya salah satu ringkasan petikan daripada Tafsir Ibnu Katsir dala
m versi Bahasa Inggeris yang saya rujuk.
Selain gelaran ¡®Ruh daripada-Nya¡‾, Nabi Isa a.s juga digelar oleh Allah s.w.t dengan g
elaran yang lain seperti Penyelamat (Surah 5:17) dan Ibnu Maryam (Surah 61:6).
Saudara sidang pembaca sekalian mungkin akan membuat kesimpulan bahawa di dalam
Al-Quran, Allah s.w.t hanya menyebut Nabi Isa a.s. itu sebagai ¡®Ruh Daripada-Nya¡‾ dan
bukannya ¡®Ruh Allah¡‾, oleh itu kita tidak boleh menyamakan kedua-dua frasa berkenaan.
Pada pendapat saya yang kerdil ini, benar apa yang saudara simpulkan itu, cuma s
ebelum kita membuat kesimpulan terakhir, apa kata kita dengar pula penerangan ya
ng disebut dalam sepotong hadis Nabi s.a.w.
5.2 Adakah Gelaran Nabi Isa a.s. Sebagai ¡®Ruh Allah¡‾ Telah Di Sebut Dalam Hadis Sahih?
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim ketika menceritakan tentan
g Dajjal, hadis tersebut menerangkan pada ketika orang Islam ingin mengerjakan
sembahyang jemaah, mereka telah menjemput Nabi Isa a.s untuk mengimami sembahya
ng jemaah tersebut.
¡®Tiba-tiba Isa sudah berada antara mereka dan dikumandangkanlah solat, maka dikatak
an kepadanya, ¡®¡®Majulah (Imamkanlah kami) Wahai ¡®Ruh Allah¡‾, lalu baginda bersabda, ¡
h yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia mengimami solat kamu sekalian¡‾. (Ima
m Ahmad).
Hadis di atas dikuatkan lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Musli
m, dari segi isinya (matan) agak sama cuma tidak terdapat frasa ¡®Ruh Allah¡‾ digunakan
seperti berikut;
Daripada Jabir b. Abdullah r.a, katanya: ¡°Bersabdalah Rasullullah s.a.w; ¡®Sentiasa ada
segolongan daripada umatku hingga hari kiamat yang berjuang membela kebenaran d
an akan menang. Pada ketika itulah Nabi Isa akan turun. Berkatalah pemimpin mere
ka itu kepadanya, ¡°Dipersilakan mengimami kami sembahyang¡±, jawab Nabi Isa, ¡°Tidak, disa
ping kamu ada pemimpin-pemimpin kamu, sebagai kehormatan Allah kepada umat ini¡±. (I
mam Muslim)
Dalam sesetengah buku yang pernah saya baca, ¡®pemimpin¡‾ yang akan memanggil Nabi Isa a
.s. dengan gelaran ¡®Ruh Allah¡‾ untuk megimami solat berjemaah itu ialah Imam Mahdi, ma
nakala buku lain pula ialah Imam masjid bagi makmum yang hadir di situ, dan ada
yang mengatakan bahawa ¡‾pemimpin¡‾ itu adalah salah seorang makmum yang hadir. Selepas
membaca riwayat tersebut, saya ada juga berangan-angan kalaulah saya ini dapat m
enjadi salah seorang daripada makmum yang hadir ketika itu, berpeluanglah saya m
elihat wajah seorang nabi. Wallahu a¡‾lam bis sawab.
Berdasarkan hadis di atas, dapat kita simpulkan di sini bahawa memang benar ada
frasa ¡®Ruh Allah¡‾ disebut dalam hadis sahih.
Jadi adakah frasa ¡®Tiada Tuhan Yang diSembah Melainkan Allah dan Isa itu Ruh Allah¡‾ se
perti di dalam Doa Kanzul Arash itu adalah SYIRIK, HARAM, BERDOSA dan MENYESATKA
N ? Oleh itu, saya berharap saudara Emjay dan sidang pembaca yang budiman tidak
terlepas pandang akan hal ini kerana Allah s.w.t sendiri ada menyebut frasa Nabi
Isa a.s itu sebagai ¡° ¡®Ruh ¡® daripada-Nya¡± di dalam Al-Quran dan Rasullullah s.a.w s
i juga pernah bersabda ketika menggambarkan tentang panggilan kaum mukmin pada a
khir zaman kepada Nabi Isa a.s. sebagai ¡®Ruh Allah¡‾ seperti yang tersebut dalam Hadis
Sahih riwayat Imam Ahmad.
Jadi, apabila kita membaca ayat ¡°Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Isa Ruh
Allah¡± hendaklah kita mengiktikadkan bahawa sebutan ¡®Isa Ruh Allah¡‾ adalah sebagai cara
kita kita memuliakan baginda seperti mana Allah s.w.t memuliakan Nabi Isa a.s da
n seperti mana Imam Mahdi (menurut sesetengah riwayat) memuliakan Nabi Isa a.s.
ketika baginda ingin mendirikan solat berjemaah pada ketika Al-Masih Dajjal munc
ul kelak.
Sekadar bertanya, yang mana satukah akan saudara jadikan pilihan? ¡®Fatwa¡‾ saudara Emja
y yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s. itu bukan ¡®Ruh Allah¡‾? atau saudara ingin mende
ngar sabdaan Rasullullah s.a.w (daripada hadis Imam Ahmad) yang mengatakan bahaw
a umat akhir zaman akan memanggil Nabi Isa a.s. dengan gelaran ¡®Ruh Allah¡‾?
*Penutup*
Akhir sekali, saranan saya kepada semua warga pelayar Laman Emjay, saya berharap
penerangan di atas dapat menjernihkan semula pemahaman umum masyarakat Islam te
ntang Doa Kanzul Arash. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan
kepada diri saya dan juga umat Islam umumnya supaya berhati-hati dalam pemilihan
doa dan berhati-hati juga dalam menjatuhkan hukum.
Kepada saudara Omar khasnya, saya berdoa supaya Allah s.w.t memberikan kekuata
n dan motivasi kepada saudara untuk mengamalkan amal soleh termasuklah pengamala
n Doa Kanzul Arash ini. Saya juga turut mendoakan supaya Allah s.w.t mengurniaka
n kelebihan-kelebihan yang ada dalam doa ini. Gunakanlah doa ini untuk membantu
sesama Islam.
Khas buat saudara Emjay yang dihormati dan sidang pembaca budiman, saya doakan s
emoga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memberkati usaha gigih saudara sekalian
dalam menegakkan aqidah Islam serta membimbing masyarakat kita daripada terjeba
k dalam kesesatan. Bukanlah niat saya untuk mengkritik semua perkara yang diuta
rakan di laman Emjay ini semata-mata. Ada sebahagiannya saya bersetuju dan menyo
kongnya juga. Malah, sebenarnya terlalu banyak yang dapat saya pelajari daripada
isu-isu yang dikirimkan oleh saudara Emjay kepada saya. Atas kiriman email sau
dara Emjay itu, ¡°Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan, jutaan terima kasih saya
ucapkan¡±.
Sebelum menutup tirai perbincangan, saya pohon maaf jika sekiranya saya terkasar
bahasa. Saya juga pohon maaf jika sekiranya ¡®ole-ole¡‾ ini agak pedas, mungkin saya be
lum mahir lagi mengadun ¡®kuah¡‾nya. Tetapi jika ¡®ole-ole¡‾ ini manis pula jangan dimakan
u banyak, kata doktor kita harus kurangkan ¡®makanan¡‾ bergula! Anggaplah apa yang baik
itu datangnya daripada Allah s.w.t dan apa yang buruk itu datang daripada saya
yang kerdil ini. Sekian, wabillahittaufik wal hidayah, wassalamualikum w.b.t
Salam ikhlas dan mengundur diri daripada saya,
Tablighster
¡¡®Tiba-tiba Isa sudah berada antara mereka dan dikumandangkanlah solat, maka dikatakan
kepadanya, ¡®¡®Majulah (Imamkanlah kami) Wahai ¡®Ruh Allah¡‾, lalu baginda bersabda, ¡®He
ang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia mengimami solat kamu sekalian¡‾¡(Imam Ahmad
)
*** *** *** *** *** *** *** *** ***
Begitulah bunyi artikel saya di laman tersebut sebelum dipadam sebanyak tiga kal
i oleh lelaki yang mendakwa dirinya itu ustaz.
Jadi, terpulanglah kepada budi bicara sidang pembaca untuk merenungkannya semula
ataupun menelan bulat-bulat ¡®fatwa¡‾ Emjay. Terpulanglah juga kepada para sidang pemba
ca jika ingin menganggap saya seorang yang ¡®sesat¡‾ lagi ¡®kafir¡‾ seperti yang dilakukan
Emjayjb. Saya tidak berkecil hati. Sememangnya sudah menjadi resmi seorang ¡®Tablig
h¡‾ yang sentiasa dicemuh dan dihina
Ingin saya berpesan kepada sidang pembaca sekalian, bukanlah niat sebenar saya m
elarang sidang pembaca untuk bersetuju dengan beliau, tidak begitu sama sekali.
Cuma yang saya harapkan sidang pembaca bersikap kritikal terhadap sesuatu dakwaa
n yang dibuat oleh individu-individu tertentu, tidak terkecuali dakwaan daripada
diri saya sendiri. Yang penting, kita menerima sesuatu dakwaan itu biarlah deng
an cara yang rasional, bukannya secara melulu.
Atas kesudian saudara sekalian membaca emel ini hingga ke akhirnya, saya dahului
dengan ucapan terima kasih. Semoga saudara sekalian sentiasa dilimpahi keberkat
an daripada Allah s.w.t. Sekian.
Salam ikhlas,
Tablighster

Anda mungkin juga menyukai