Anda di halaman 1dari 18

1MALAYSIA-NILAI -NILAI ASPIRASI

_________________________________________________

 1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI :


Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai
tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa yang "acuh tak acuh" tidak boleh
wujud dalam masyrakat yang berdaya maju.
 2. BUDAYA KETEPATAN :
Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat
Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan
kewajipan.
 3. BUDAYA ILMU:
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan
untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk
menimba ilmu sepanjang hari.
 4. INTEGRITI :
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani
dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah,
bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.
 5. KETABAHAN :
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat
Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu
memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam
apa jua bidang yang diceburi.
 6. KESETIAAN :
Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti
dan berkorban demi Negara yang tercinta.
 7. KEBIJAKSANAAN :
Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berkhemah
dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan
perasaan mana-mana pihak yang lain.
 8. BUDAYA INOVASI :
Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru
dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia
perlu dikenali sebagai individu-individu yang mempu menjadi pemimpin
dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan,
berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
 
Thailand terus bergolak?

Dr Jeniri Amir
Jun 6, 10
9:51am
“I Love Ratchaprasong”, “I Love Bangkok”, “I Love Thailand”. Kata-kata ini
bukan sahaja terdapat di kain rentang di tengah-tengah kota Bangkok, tetapi
dicetak pada kemeja-T yang banyak dijual di kota ini.

Semua pihak cuba bersatu dan mengembalikan keadaan aman dan tentera
dengan perasaan kasih sayang di negara Gajah Putih ini sesudah menyaksikan
kemarahan dan api membara sebelum ini.
Ratchaprasong merupakan kawasan pertempuran antara tentera kerajaan Thailand
dengan golongan baju merah pada 10 April dan 19 Mei lalu. Melalui kaca televisyen
yang dipancarkan ke seluruh dunia, kita menyaksikan imej pertempuran antara
penyokong baju merah dan pihak tentera, serta kebakaran.

Ratchaprasong merupakan kawasan hotel dan kompleks beli-belah mewah dan


moden di kota ini, termasuk Central World. Central World di kawasan
Ratchaprasong musnah teruk dibakar oleh perusuh baju merah 19 Mei lalu.
Tun
juk perasaan selama dua bulan itu
menyaksikan 87 orang terkorban sementara
sekitar 1,900 orang cedera. Jumlah
berkenaan jauh mengatasi mereka yang
terkorban dalam kudeta atau rampasan kuasa
pada 1992 apabila 44 maut, 68 cedera, dan
30 orang lagi hilang.

Ketika menaiki teksi dan tut-tut di kota 15


juta jiwa ini, saya sering mendengar komen
negatif tentang Perdana Menteri Abhisit
Vejjajiva. Banyak peniaga tepi jalan,
pemandu teksi dan golongan miskin kota dan desa kelihatan memuji mantan Perdana Menteri
Thaksin Shinawatra, yang memerintah negara 64 juta jiwa itu dari 2001 hingga 2006.

Thaksin yang kini berada di Dubai popular di kalangan golongan bawahan di Thailand kerana
dasarnya yang memihak kepada mereka, termasuk skim pinjaman, skim kesihatan, dan
subsidi.

Undi tak percaya

Selepas rusuhan, Abhisit terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen Thailand,
tetapi beliau bernasib baik kerana terselamat daripada percubaan berkenaan bersama-sama
lima lagi menteri kabinet beliau, termasuk Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.

Abhisit terpaksa menangkis serangan pembangkang, termasuk menafikan pembabitan tentera dalam
kes kematian enam orang di wat Pathum Wanaram baru-baru ini.

Kegagalan pembangkang memenuhi agenda menjatuhkan Abhisit sedikit banyak mengukuhkan


kedudukan Perdana Menteri itu untuk sementara waktu, apatah lagi, sesudah berlakunya adegan
berkenaan di Parlimen, beliau perlu merombak Kabinetnya, dengan mengeluarkan beberapa
menteri daripada Parti Puea Pandin yang cuba menjatuhkan beliau daripada kerusi yang
dipegangnya sejak 15 Disember 2008.

Sesungguhnya, tunjuk perasaan dan rusuhan baru-baru ini dapat dianggap antara yang terburuk
dalam sejarah moden Thailand. Dalam rusuhan itu sekitar 40 buah bangunan musnah dan terbakar.
Jabatan Penyiasatan Khas (DSI) kini menyiasat 132 kes berkaitan keganasan politik, termasuk mereka
yang melancarkan serangan bom dan membakar bangunan komersial.

Thailand kini berdepan dengan perpecahan. Perpecahan ketara sekali antara penyokong baju
merah, iaitu rakyat biasa dengan penyokong baju kuning, iaitu kerajaan.

Pemandu teksi yang membawa saya dari hotel kediaman di Pratunam ke Siam Paragon di
kota Bangkok, sepanjang perjalanan di tengah-tengah kesesakan yang teruk asyik mengutuk
dan menyumpah Abhisit. Bagi beliau, seolah-olah tidak ada yang baik tentang Abhisit
meskipun Perdana Mnteri itu dianggap bersih berbanding dengan Thaksin.

Penyokong Abhisit

Sebenarnya, warga kota yang kaya dan peniaga di kompleks beli-belah menyokong Abhisit.

Mereka tidak menyenangi rusuhan kerana pergolakan sosiopolitik merugikan mereka. Misalnya,
15,000 pekerja di Central World kini tertanya-tanya bila mereka dapat kembali bertugas. Ekonomi
Thailand dijangka terjejas oleh pergolakan politik itu, tetapi pertumbuhan ekonomi pada suku
pertama ialah 12 peratus.

Pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 5 peratus tahun ini. Sektor pelancongan yang menyumbang
6 peratus daripada ekonomi Thailand terjejas teruk. Kerajaan Thailand pada awal tahun ini
menjangka mampu menarik 15.5 juta pelancong, kini menurunkan angka terbabit kepada 13 juta
sahaja.

Ketika berjalan-jalan di kawasan Ratchaprasong, Jalan Silom dan Sukhumvit di kota Bangkok, banyak
peniaga yang mengeluh kerana berbanding sebelum April lalu, jumlah pelancong merosot tajam
sehingga pendapatan mereka merundum.

Memang benar, didapati tidak banyak pelancong dari Amerika, United Kingdom, Hong Kong, Saudi
Arabia dan seumpamanya berada di Bangkok sekarang. Lebih daripada 40 negara memberi nasihat
kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Thailand meskipun sebahagian besar telah menarik balik
larangan itu.
Perdana Menteri Thailand ke-27 yang dilahirkan pada 3 Ogos 1964 itu terpaksa berdepan dengan
masa depan politik yang mencabar. Beliau perlu memulihkan keyakinan pelabur asing dan komuniti
antarabangsa, apalagi terdapat usaha untuk mendakwa beliau kerana melanggar hak asasi manusia
dan melakukan pembunuhan dalam peristiwa terbabit.

Pada 3 Mei lalu Abhisit menawarkan pelan perdamaian, tetapi ditolak baju merah. Beliau berjanji
mengadakan pilihan raya pada 14 November depan jika penunjuk perasan bersedia bersurai, namun
segala usaha itu tegagal sehingga akhirnya pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali
melancarkan serangan untuk mengeluarkan penyokong baju merah daripada menakluki kota
Bangkok, yang menjadi nadi ekonomi Thailand.

Kini, Perdana Menteri dijangka akan melewatkan pilihan raya yang dijangka tidak memihak kepada
beliau terutama di kalangan golongan bawahan, petani, nelayan dan penduduk miskin.

Dengan perpecahan tajam yang wujud di kalangan masyarakat Thailand sekarang, sesiapa pun yang
menduduki kerusi perdana menteri, pasti berdepan keadaan sukar. Jika pemimpin politik yang
didukung baju merah berkuasa, adakah penyokong baju kuning akan berdiam diri?

Kini, pun kita perlu berhati-hati dan dinasihati supaya tidak memakai pakaian berwarna merah,
kuning atau merah jambu – yang mempunyai makna dan konotasi politik -- biarpun keadaan di
Bangkok sudah pulih daripada pergolakan.

Penulis, pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak kini berada di Bangkok, Thailand
sejak 31 Mei lalu.

Muhyiddin: RMK-10, tiada negeri dianiaya


Jun 15, 10 4:12pm
Kerajaan akan terus memberi layanan adil dan saksama kepada semua negeri di Malaysia
sama ada terletak di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau pakatan
pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, kerajaan pusat sudah memberi peruntukan yang adil kepada semua negeri menerusi
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
Khamis lalu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia harus mempunyai tempat serta kedudukan, dan seharusnya diberi
layanan adil dan saksama untuk sama-sama maju dalam arus perdana pembangunan dalam negara
kita.

"Kerajaan pusat tidak pernah menganiaya mana-mana negeri, walaupun negeri itu diperintah oleh
pembangkang, dan kalau nak kata kerajaan pusat meminggirkan negeri pembangkang, itu tidak
benar," katanya selepas merasmikan Persidangan Pelajar Antarabangsa 2010 anjuran Sekolah
Perempuan St George di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan bahawa sekumpulan badan bukan kerajaan
(NGO) di Pulau Pinang tidak mendapat peruntukan setimpal dalam RMK-10.
Beliau berkata, sebagai contoh, untuk bersikap adil kepada semua, kerajaan pusat mengumumkan
12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi memastikan semua negeri mendapat faedah.

"Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terkenal dalam industri pelancongan, dan secara langsung,
ianya akan mendapat faedah daripada NKEA," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, negeri itu juga bakal mendapat faedah menerusi
aktiviti yang digalakkan kerajaan dalam NKEA terutama sektor pembuatan dan pelancongan.

"Negeri ini kekal maju sehingga sekarang bukan disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh kerajaan
negeri sekarang, tetapi kerana apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dulu," katanya.

Beliau juga menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhenti mempolitikkan agenda penting
pembangunan negara

"Dakwaan mereka ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pusat menganiaya orang Pulau Pinang dan
negeri ini telah terkeluar daripada radar pembangunan negara, itu tidak betul," kata Muhyiddin.

Katanya, beliau amat yakin penduduk Pulau Pinang tidak akan terpedaya dengan tipu helah
pemimpin pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, terpulang kepada Perdana Menteri bila pilihan raya
umum ke-13 akan diadakan.

"Sebagai ketua kerajaan pusat, Perdana Menteri mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk
menentukan bila masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum," katanya.

Beliau diminta mengulas pendapat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum kerana sokongan terhadap
Najib telah meningkat.

Tujuh resolusi mantapkan martabat bahasa Melayu


Jun 15, 10 7:17pm
Kerajaan diminta membiayai yuran tahunan kepada guru bahasa Melayu yang menyertai
persatuan berasaskan pendidikan bahasa sebagai usaha memantapkan lagi ilmu golongan itu
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Hashim
Othman berkata langkah itu perlu dilakukan segera sebagai usaha memperkukuhkan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.

Permintaan tersebut adalah antara tujuh resolusi yang dicapai dalam Seminar Pendidikan
Bahasa Melayu anjuran persatuan itu yang diadakan di Beijing Laurel Hotel yang berakhir di
Beijing hari ini.

Seminar dua hari itu turut disertai peserta dari Malaysia, China dan Indonesia.
Katanya, pendidikan bahasa Melayu perlu diperkukuhkasn agar selari dengan usaha yang
dilakukan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat.

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan membiayai kursus sekali setahun untuk guru-guru
berkenaan.

Hashim berkata PPBMM juga memutuskan budaya penyelidikan melalui Kajian Tindakan
perlu dimantapkan supaya guru dapat menggunakan hasilnya untuk mempertingkatkan ilmu
bahasa Melayu mereka.

"Selama ini kajian tindakan memang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran tetapi
pelaksanaannya itu seperti hidup segan mati tak mahu,” katanya ketika berucap pada majlis
penutupan seminar itu di Beijing hari ini.

Untuk itu, jelasnya, PPBMM sanggup untuk mengambil inisiatif dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran mengendalikan Kajian Tindakan kepada guru-guru di sekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Antara resolusi lain ialah menggalakkan budaya menulis di kalangan guru bahasa Melayu.

Turut diberi perhatian dalam resolusi seminar itu ialah membina penampilan dan
pengkukuhan kepimpian guru bahasa Melayu melalui bengkel-bengkel akan dilaksanakan
oleh PPBMM.

PM: Krisis Greece tak beri kesan kepada Malaysia


Jun 15, 10 5:33pm
Datuk Seri Najib Razak berkata krisis ekonomi yang melanda Greece tidak memberi kesan
yang ketara kepada negara ini berikutan eksport Malaysia ke negara berkenaan hanya 0.1
peratus daripada jumlah eksport tahun lalu.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan negara kekal kukuh
dan mantap disebabkan usaha kerajaan yang berterusan dalam mengekalkan hutang negara pada
paras yang terkawal.

"Di samping itu, negara mempunyai peraturan yang mencukupi bagi memastikan tahap hutang kekal
mapan dan mampu membuat bayaran khidmat hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim
Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan kesan krisis ekonomi yang berlaku di Greece serta
langkah pencegahan yang bakal diambil kerajaan bagi membolehkan negara berdepan dengan krisis
sedemikian.

Beliau berkata, peraturan ini termasuk had maksimum 55 peratus nisbah hutang domestik kepada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) manakala jumlah pinjaman luar negeri oleh kerajaan Pusat
dihadkan kepada RM35 bilion.

Najib berkata, sehubungan itu, peraturan berkenaan telah dapat meminimumkan risiko hutang luar
negeri dan domestik yang berlebihan.
"Pada masa ini, 96 peratus negara adalah dibiayai melalui sumber tempatan dan oleh itu, risiko
pertukaran mata wang asing adalah minimum. Sehingga 31 Mei tahun ini, rizab antarabangsa negara
berjumlah RM312.3 bilion (AS$95.5 bilion), mampu untuk menampung 4.4 kali hutang luar negeri
jangka pendek," katanya.

erdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan perbelanjaan yang dibuat
adalah berhemat, berkualiti dan efisien termasuk usaha melaksanakan sistem tender terbuka dan
mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang tidak begitu kritikal.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang berusaha memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) dan menambah baik pentadbiran cukai untuk meningkatkan hasil kerajaan.

"Dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh, pengurusan kewangan terus berhemat serta
inisiatif baru di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang
sedang berjalan, kedudukan kewangan negara dijangka bertambah baik.

"Dengan pengurusan hutang luar negeri yang berhemat dan pragmatik, kerajaan yakin negara tidak
akan mengalami krisis hutang seperti Greece," katanya.

Najib berkata, negara mempunyai asas ekonomi yang kukuh sepertimana yang ditunjukkan oleh
pertumbuhan KDNK sebanyak 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini dengan semua sektor
ekonomi mencatatkan kadar pertumbuhan positif.

"Pertumbuhan kukuh dan menyeluruh ini dipacu oleh permintaan domestik dan disokong oleh
permintaan luar semakin baik.

"Di samping itu, daya saing negara juga telah meningkat dengan ketara kepada kedudukan ke-10
berbanding ke-18 pada tahun lalu mengikut IMD World Competitiveness Yearbook 2010," katanya.

Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa
pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang
keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif
Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan
bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata
hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang
tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh
kerajaan.
"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli
Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung


subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam
dua puluh tahun.

Katanya, Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih
ekonomi, selain menggalakkan
pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan
subsidi global.

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol
berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi
mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan
untuk mengurangkan subsidi.

Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam
negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55
kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan
yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin
menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati
mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada
masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan
berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas
"menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi
untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak
masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan
terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol
dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan
pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.

'Jalan mudah selesai kemelut ekonomi beban rakyat'

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan rasa curiga terhadap penyelesaian kemelut ekonomi
yang mengambil jalan mudah dengan strategi yang akan membebankan rakyat.

"Keadaan negara sekarang sebenarnya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, boleh jadi bankrap dalam tempoh sembilan tahun
lagi. Ianya kerana tidak cermat dan telus mengurus strategi pemberian subsidi.

"Kita amat curiga bahawa dalam mencari penyelesaian kemelut ekonomi kerajaan BN yang diterajui
oleh Umno, (ia) mengambil jalan mudah dengan strategi yang akan membebankan rakyat.

"Pandangan dan pendekatan serta tindakan yang mereka ambil tidak pernah mengambil kira
pandangan kita," kata ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh dalam teks ucaptamanya di muktamar
Dewan itu di Kota Bharu hari ini.

Tambahnya, sejak merdeka lagi, strategi pemberian subsidi adalah untuk kebajikan rakyat, tetapi kini
ianya dilihat banyak menguntungkan kroni-kroni.

"Konsesi tol lebuhraya dengan perjanjian yang berat sebelah, subsidi gas untuk penjana kuasa letrik
dan perjanjian jual-beli dan banyak lagi penyelewengan yang tidak dibentang dalam kajian yang
mereka war-warkan kepada rakyat.

"Bagi kita, negara akan muflis bukan kerana subsidi tetapi selagi Umno menguasai kerajaan. Negara
akan bankrap kerana dasar 'crony capitalism'- mementingkan suku-sakat, penyelewengan dan
rasuah yang sinonim dengan Umno-BN sekarang.

"Kenyataan 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, hanya satu slogan kosong bagi
mengaburi mata rakyat," katanya.

Nuridah berkata, Muslimat tidak akan menyokong sama sekali sebarang kerjasama politik dengan
Umno dan BN yang telah mengkhianati amanah rakyat serta sangat memusuhi perjuangan mereka.

Namun, beliau berkata, mereka masih bersedia membuka pintu dialog dengan sesiapa sahaja demi
menjaga maslahah (keperluan) dan kesejahteraan ummah.

Sementara itu, beliau turut menasihati Muslimat PAS supaya keluar dari budaya negatif yang akan
merugikan jamaah.

"Muslimat PAS mesti keluar dari budaya negatif yang merugikan jamaah kita. Jauhilah sikap mencari
kesalahan sahabat seperjuangan di dalam jamaah hanya disebabkan perselisihan pendapat.

"Bagi kita kepelbagaian pendapat dan pendekatan adalah satu rahmat. Ianya perlu bijak diuruskan
pada landasan syarak agar menghasilkan rumusan serta natijah yang cemerlang.

"Hindarilah budaya hanya pandai memberi kritikan melulu yang tidak berhemah, menyakiti hati
sesama anggota jamaah yang akan menghilangkan rasa hormat terhadap pemimpin dan orang yang
dipimpin.

"Semua kritikan bernas mestilah disusuli dengan tindakan yang berkesan dan praktikal. Utamakanlah
akhlak berjamaah dalam segala urusan setiap masa, agar kita dapat menghimpun sebanyak mungkin
pahala berjamaah untuk bekalan kita di akhirat kelak," tegasnya.

Beliau turut membaca sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah, ayat 195 bagi mengukuhkan
hujahnya.

Muktamar Agung PAS kali ke-56 di Kelantan menyaksikan majlis perasmian persidangan Dewan
Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama dilakukan serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan
(Putik), Pengkalan Chepa semalam, disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Najib: Unjuran KDNK disemak semula

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unjuran kadar pertumbuhan 3.5
peratus Malaysia akan disemak semula bagi tahun 2009 jika permintaan ke atas eksport negara
kemungkinan besar terjejas dengan teruk dan merosot kepada kadar dua angka.

Katanya ini berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia yang mungkin menjadi
lebih ketara jika pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu
akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara dalam menangani persekitaran luar
yang tidak menentu, lapor Bernama.

"Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah ekonomi


terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan dari kelembapan ekonomi dan perdagangan
dunia," katanya di Dewan Rakyat.

Katanya, petunjuk ekonomi juga menggambarkan situasi ekonomi negara kini berdepan dengan
risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.

"Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan kepada kegiatan
ekonomi negara pada keseluruhan tahun 2009," katanya.

Antara petunjuk ekonomi utama ialah eksport negara yang mengalami penurunan sebanyak -2.6
peratus dalam bulan Oktober, November (-4.9 peratus) dan Disember (-14.9 peratus).

Bagi tempoh yang sama, indeks pengeluaran perindustrian (IPI) juga merosot apabila Oktober
mencatatkan -2.8 peratus, November (-8.2 peratus) dan Disember (15.5 peratus).

Pasaran saham rendah

Najib berkata jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 10,277 sementara di bawah skim pemberhentian sukarela (VSS) adalah seramai 4,207 dalam
tempoh yang sama.

Katanya kedudukan pasaran saham negara masih di paras rendah pada 903.52 mata pada 10
Februari lalu berbanding paras tertinggi 1,519.22 mata pada 11 Januari tahun lepas.

Bagaiamana pun, Najib berkata Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk untuk
menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi.

Antaranya ialah rizab antarabangsa negara yang meningkat kepada AS$91.3 bilion pada 30 Januari
lalu dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh.

Katanya sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal berisiko berada pada
paras yang tinggi iaitu 12.6 peratus pada Disember 2008, melebihi kadar lapan peratus piawaian
antarabangsa Basel.

Selain itu, negara mempunyai daya saing yang tinggi, khususnya dalam sistem perbankan Islam serta
sistem kewangan negara pula tidak terlalu terdedah kepada kesan krisis kewangan global.

Katanya tahap hutang tidak berbayar juga masih rendah sebanyak 2.2 peratus.

Pakej rangsangan kedua

"Kadar inflasi pula dianggarkan berada pada kadar yang stabil dan dijangka meningkat pada kadar
yang rendah pada tahun 2009," kata Najib.

Paras tabungan kasar negara kekal tinggi pada kadar 37 peratus daripada KDNK 2008, katanya.

"Keadaan ini memberi kelebihan dan fleksibiliti kepada negara untuk menggembleng lebihan sumber
sedia ada bagi menyokong kegiatan sektor swasta dan pertumbuhan ekonomi negara secara
keseluruhannya," katanya.

Najib juga memberitahu bahawa butiran terperinci pakej rangsangan kedua akan dibentangkan pada
10 Mac ini, dan akan lebih besar dan menyeluruh daripada Pakej Rangsangan pertama yang
diumumkan pada November tahun lepas.

"Dalam pada itu, kita sedang meninjau dan sedang mengambil kira keperluan tambahan kumpulan
industri kecil dan sederhana (PKS) yang boleh kita ambil kira dalam pakej kedua," katanya.

Menurutnya, kerajaan juga akan mengambil kira projek-projek yang diperlukan sama ada bagi
kawasan bandar mahu pun luar bandar dalam Pakej Rangsangan kedua itu.

"Dengan pelaksanaan pakej rangsangan pertama dan kedua, dengan sokongan padu dari semua
pihak termasuk sektor swasta dan semua rakyat, kerajaan yakin negara akan dapat mengelak dari
mengalami kemelesetan ekonomi," katanya.

K'jaan akui aliran tunai Felda menjunam

Kerajaan menolak dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah
Rancangan (Felda) walaupun mengakui sumber kewangan agensi berkenaan merudum dengan
mendadak.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Ahmad Maslan berkata sekalipun ia jatuh, nilai aset Felda pada hakikatnya cukup membanggakan.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang menyoal timbalan
menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan
bagi tujuan pembangunan masyarakat.

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan


masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil
pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan
status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion
pada 2009.

Beliau berkata perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion
untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta
bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan
ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004
kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion.

Peguam: Tiada kecederaan pada Teoh sebelum disoal

Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu setiausaha
politik Exco Selangor itu sihat dan tidak cedera sebelum dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam M Manoharan berkata keadaan itu dapat dilihatnya dengan jelas ketika beliau menasihati
Teoh supaya bekerjasama dengan SPRM.

Malah, katanya, tiada sebarang reaksi yang menunjukkan Teoh gusar atau takut ketika berdepan
pegawai SPRM, sebaliknya beliau memberikan kerjasama yang baik.

Saksi ke-33 itu turut disoal Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa sama ada beliau
bertengkar dengan Pegawai Penyiasat SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail kerana Teoh enggan ke
pejabat SPRM.

"Tidak setuju. Saya ada berbincang dengan Mohd Anuar tetapi secara profesional mengenai masa
siasatan (luar waktu pejabat)," katanya.

Manoharan adalah peguam yang dihubungi Teoh bagi mendapatkan nasihat berhubung kehadiran
pegawai SPRM di pejabatnya, dan beliau antara orang terakhir yang dihubungi mendiang.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas
memberi keterangan dalam siasatan berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor
kepada SPRM Selangor, yang pejabatnya terletak di bangunan itu.

Manoharan berkata beliau gagal berjumpa Teoh selepas tiba di pejabat SPRM dan terpaksa
menunggu lebih sejam tanpa mendapat sebarang maklumat.
Beliau yang kelihatan kesal kerana tidak dapat menemani Teoh ketika disoal siasat berkata, peguam
sepatutnya dibenarkan bersama pelanggannya, tetapi dalam kes ini, haknya dinafikan, malah beliau
tidak dilayan sewajarnya dan dibiarkan duduk di ruang menunggu.

Manoharan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, turut menolak cadangan
Abdul Razak bahawa beliau cuba menunjukkan kebaikan Teoh bagi meraih simpati.

Sebelum itu, beliau turut menafikan bahawa Teoh sebenarnya takut disoal SPRM kerana ada sesuatu
yang disembunyikan dan bimbang ia akan terbongkar.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas disambung 14 Julai ini.

POL tak akan diwajibkan di semua sekolah kebangsaan

Kementerian Pelajaran mahu melaksanakan sepenuhnya dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) di semua
sekolah kebangsaan bagi memudahkan pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa ibunda mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu
sudah lama diperkenalkan dan setakat ini ada beberapa sekolah yang mempunyai guru mengajar
bahasa Mandarin dan Tamil.

"Kenyataan ini bagi membetulkan kenyataan yang dibuat sebelum ini, iaitu mewajibkan sekolah
kebangsaan mengajar matapelajaran Mandarin dan Tamil, yang penting sekarang ini perkukuhkan
pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

"Dasar itu sudah ada bukan saya buat pengumuman dasar baru tetapi dasar yang ada hendak cuba
laksanakan sepenuhnya, pelajar mempunyai pilihan, apabila mereka mahu menguasai bahasa
ibunda...mereka boleh memperolehnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan," katanya kepada
pemberita di Georgetown hari ini.

Muhyiddin sebelum itu merasmikan persidangan antarabangsa pelajar 2010 anuran St George''s Girl
School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown.

Muhyiddin berkata apa yang berlaku pada masa lepas berkemungkinan di peringkat sekolah
terdapat pengetua atau guru besar yang tidak memberi perhatian terhadap soal itu, oleh itu
terdapat ibu bapa berbangsa Cina dan Tamil kurang berpuas hati.

"Dengan adanya kemudahan ini pelajar Cina dan India tidak perlu bersesak di Sekolah Jenis
Kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, selain itu pelajar Melayu juga boleh ambil
kesempatan untuk pelajari bahasa Mandarin dan Tamil," katanya.

Beliau berkata setakat ini terdapat 373 orang guru yang mengajar bahasa Mandarin dan 163 guru
mengajar bahasa Tamil di sekolah kebangsaan di bawah dasar POL.

Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi untuk
mengajar kedua-dua bahasa itu.

Katanya, langkah yang perlu diambil sekarang ialah memastikan setiap sekolah mempunyai guru
terlatih dalam bahasa Mandarin dan Tamil kerana terdapat lebih 7,000 sekolah rendah di seluruh
negara.
"Kita akan melatih guru yang berkelayakan dan mereka nanti akan ditempatkan di semua sekolah
yang ada diseluruh negara, sama ada mereka mahu belajar atau tidak...itu soal kedua," katanya.

Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh


(RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk
mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa
kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut,"
katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat
mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri


Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang
bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir
golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18
hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia
meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat
bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka
lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera,"
jelasnya.

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT 'lesu'

Kira-kira 1,000 orang membanjiri perhimpunan kontroversi 'Melayu Bangkit' di Stadium


Negeri Kuala Terengganu yang dibatalkan sebelum ini, setelah dipertikaikan banyak pihak
sebagai perkauman.

Program anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (GERTAK) - gabungan 45 NGO Melayu di


Terengganu - yang bermula padajam 10 pagi di stadium negeri itu antaranya dihadiri mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Kehadiran Ahmad yang tidak pernah dimaklumkan sebelum ini adalah di luar dugaan.
Dalam majlis penuh istiadat Melayu itu, ketibaan kedua-dua tetamu disambut dengan paluang
gendang silat dan persembahan pencak silat oleh dua pasangan pesilat lelaki dan wanita.

Antara NGO yang menonjol dalam program itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah
Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang tampil dalam pakaian seragam hijau muda, membawa
bendera persatuan dan berlilit kepala bertulis dua kalimah syahadah.

Perhimpunan tersebut berjalan aman tanpa sebarang insiden. Kelihatan hanya kira-kira 10
anggota polis berpakaian seragam mundar-mandir mengawal keadaan dalam stadium tertutup
tersebut.

Program tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada aktivis seni daripada
Kumpulan Teater Orang Ulu Ibrahim Taib dengan bacaan sajaknya dalam loghat Hulu
Terengganu pekat yang mencuit hati.

Sajak tersebut, antaranya menyebut, Melayu perlu kuat dan memimpin dunia supaya dapat
"tentukan anggota JKKK (Jawatankuasa Keselamtan dan Kemajuan Kampung) di Israel",
"jadikan Obama kelasi kapal" dan "lantik Bush sebagai tok siak di masjid untuk sapu tahi
cicak".

Persetujuan nenek moyang

Sementara itu, dalam ucapannya pengasas dan presiden GERTAK Razali Idris mengecam
mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei
lalu - serta kehadiran Dr Mahathir.

"Kita dituduh, difitnah. Ada yang kata Dr Mahathir sebagai rasis. Tuduhlah, tempat tidak
penting pada kita. Yang penting adalah ucapan Dr Mahathir.

"Kaum lain tidak perlu risau kerana kita bukan hendak bangkit dengan senjata atau pemusnah
tetapi (secara) matang dalam perjuangan," katanya.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit
mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan Raja
Melayu.

"Perkara ini sudah dipersetujui sejak nenek moyang kita dahulu," katanya disusul laungan
takbir tiga kali, tetapi malangnya tidak disahut orang ramai yang hadir.

Razali hanya berucap ringkas tidak sampai sepuluh minit dalam program itu bagi
memberikan laluan kepada Dr Mahathir yang disifatkan sebagai "negarawan" bagi
menyampaikan ucapannya.

Antara NGO lain yang bergabung dalam GERTAK ialah PEWARIS, Gerakan Belia 4B,
Sahabat Laut Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu dan Pertubuhan
Pribumi Perkasa Negara (PERKASA).

Dr Mahathir pula dalam ucapannya berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu
adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang
Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Setelah bersurai, kira-kira 50 orang sempat berkumpul pantas bagi melaungkan di


perkarangan stadium itu sambil melaungkan slogan anti-Israel yang menyerang flotila pro-
Palestin baru-baru ini.

SETIA DAN CINTA PADA NEGARA:


ANTARA IDEOLOGI DENGAN
KESEDARAN TULEN (Dewan budaya 2/99)
SEMUA kerajaan di dunia menganggap bahawa kesalahan paling besar yang boleh dilakukan
oleh warganya terhadap negara dan bangsa ialah  “menderhaka” kepada negara itu.
Tanggapan ini ada kaitannya dengan konsep setia pada negara. Orang yang setia pada
negaranya tidak akan menderhaka kepada negaranya.   Perasaan setia atau cinta pada negara
boleh lahir secara spontan, yakni tidak dipaksa-paksakan oleh sesiapa atau mana-mana “pihak
berkuasa”. Perasaan ini boleh disebut sebagai perasaan asaliah. Orang berasa “terikat” kalau
tidak pun “cinta” pada tanah airnya kerana itulah tempat tumpah darahnya, atau tempat lahir
nenek moyangnya. Di situlah “kampung halamannya”, di situlah dia mencari rezekinya, dan
di situlah dia dan keluarganya hidup dan mati. Pepatah Melayu “hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri” atau “di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung”
menunjukkan perasaan taat dan setia yang tulen pada tanah airnya, pada negerinya atau
menurut istilah baru, “negara”nya. Selalunya, dalam keadaan biasa, orang tidak menyedari
adanya perasaan ini dalam sanubari mereka. Kesedaran ini timbul dalam keadaan tertentu,
misalnya apabila negara atau tanah air mereka diancam oleh musuh dari luar. Dalam keadaan
demikian, kesetiaan rakyat terhadap negaranya akan teruji. Orang akan bersatu padu untuk
menentang musuh luar itu, malah mereka sanggup menyabung nyawa untuk memper
tahankan tanah airnya daripada serangan dan pencerobohan musuh asing.  

Dalam keadaan biasa, kesetiaan rakyat terhadap tanah airnya tidak perlu dipersoalkan. Orang
Melayu yang berasal dari kawasan yang disebut sebagai “Tanah Melayu” atau “Negeri
Melayu” sejak turun temurun, tentu tidak perlu diseru setiap hari supaya menumpahkan taat
setia “yang sejati” terhadap negeri ini, walaupun, kalau ditanya tentang buktinya, mereka
mungkin tidak dapat memberi jawapan yang “objektif”. Perasaan mereka selalunya
“subjektif”, berdasarkan emosi. Kesetiaan mereka pada negeri dibentuk, secara sedar atau
tidak, oleh kesedaran perpaduan atau kesatuan asal usul (sejarah, misalnya), bahasa, dan
budaya yang sama. Inilah faktor yang sering melahirkan kesedaran atau semangat
nasionalisme. Perasaan cinta dan kesetiaan terhadap negara baru wujud setelah terbentuk
kesedaran nasionalisme ini, walaupun tidak bererti bahawa tanpa nasionalisme negara tidak
wujud.   Masalah kesetiaan pada negara sering timbul di negara pelbagai bangsa.

Dalam negara pelbagai bangsa, soal cinta atau setia terhadap negara tidak perlu berdasarkan
emosi, perasaan asaliah, dan semangat kebangsaan atau nasionalisme. Tidak semua warga di
sesebuah negara menganggap negara itu sebagai “tanah air” tempat tumpah darah nenek
moyang mereka atau sebagai tempat asal usul sejarah bangsa mereka. Bangsa dan negara
merupakan dua “konsep” atau “kesatuan”  yang tidak sama. Negara orang Melayu, misalnya,
tidak semestinya “Tanah Melayu” atau Malaysia. Orang Melayu boleh menjadi rakyat Britain
atau Australia dari segi taraf undang-undangnya atau politiknya. Hal ini bererti bahawa orang
Melayu mesti menumpukan taat setianya pada Australia atau Britain, tidak lagi pada
Malaysia atau “Negeri Melayu”. Kesetiaan ini dituntut oleh undang-undang dan
perlembagaan negara itu sesuai dengan tarafnya sebagai warga/rakyat British atau Australia,
tetapi kecintaannya pada negara itu, dari segi perasaan etnik/bangsa atau budaya, mungkin
tidak ada. Misalnya, dia mungkin tidak secara emosi menyay ang i Ratu Elizabeth
sebagaimana rakyat “asli” British menyayanginya. Jiwanya, dari segi perasaan etnik atau
kesedaran budaya, boleh jadi masih terpaut pada tanah air asalnya.  

Bangsa ialah kesatuan budaya manakala negara ialah kesatuan politik-geografi, kedua-duanya
tidak semestinya “identikal” untuk membentuk kesatuan yang disebut sebagai “negara”. Di
negara pelbagai bangsa, kesetiaan etnik boleh menggantikan kesetiaan pada negara. Jika hal
ini berlaku, perpaduan negara boleh pecah, seperti, misalnya, di Sri Lanka apabila bangsa
Tamil berperang untuk menubuhkan negeri (negara) sendiri di negara itu. Untuk mengatasi
masalah seperti ini, penduduk pelbagai bangsa sering diseru oleh kerajaan supaya
bersemangat patriotik pada negara. Istilah ini menggantikan istilah nasionalisme yang
dianggap berbau etnik atau bangsa manakala patriotisme bererti “setia dan cinta pada negara”
semata-mata, mengatasi setia dan cinta pada bangsa masing-masing.  Berbagai-bagai cara
dirancangkan untuk membentuk semangat patriotik itu.

Lagu patriotik yang memuja negara atau institusi dan lambang negara, seperti bendera
kebangsaan dan raja, dicipta dan dinyanyikan di radio dan di televisyen. Rukun Negara atau
ideologi negara dicipta dan rakyat diseru supaya berfikir dan mengamalkan cara hidup
berdasarkan ideologi itu. Tetapi kesetiaan atau semangat patriotik tidak semestinya dapat
dibentuk dengan cara demikian. Golongan elit negara, misalnya golongan profesional,
golongan cendekiawan, dan golongan korporat perniagaan, mungkin tidak tertarik dengan
kempen itu dan mungkin menganggapnya sebagai “slogan politik” kerajaan. Bagi mereka,
nilai objektif dan rasional lebih penting daripada emosi dan perasaan dan slogan yang
bercorak propaganda untuk mendorong semangat setia pada negara. Bagi mereka, sistem,
dasar, dan amalan kerajaan yang adil, telus, dan cekap lebih penting daripada nyanyian dan
muzik patriotik.  

Kekeliruan yang serius tentang “konsep” setia pada negara boleh timbul apabila orang cuba
mentakrif “konsep” ini berdasarkan ideologi tertentu atau berdasarkan kehendak pemimpin
atau kerajaan. Setia pada negara mula disamakan dengan kesetiaan pada ideologi negara atau
pada pemimpin negara atau kerajaan. Cara ini sebenarnya merupakan saki baki sistem feudal
dan secara sedar atau tidak, rejim diktator zaman moden mengekalkan sistem itu dalam
bentuk yang baru, misalnya dengan menggunakan ideologi (komunisme, sosialisme), dan
rukun negara sebagai alat untuk membentuk atau menguasai minda/fikiran rakyat menurut
kehendak pihak yang berkuasa. Dalam sistem feudal, taat dan setia pada negeri bererti “taat”
atau setia pada raja dan pembesar raja. Demikian juga halnya dalam sistem pemerintahan
zaman moden yang mengekalkan cara feudal itu, yang terdapat bukan sahaja dalam sistem
kediktatoran tetapi juga dalam sistem demokrasi. Dalam kedua-dua sistem itu ideologi
selalunya digunakan untuk mengarah pemikiran dan perasaan rakyat – selain, tentunya,
petugas kerajaan – supaya taat dan setia pada kerajaan atau pemimpin, bukan pada negara.
Biasa kita mendengar pemimpin kerajaan dalam sistem demokrasi, terutama di negara yang
sedang membangun, menyeru rakyat supaya “berdiri di belakang kerajaan” (yakni,
menyokong kerajaan). Seruan ini biasanya dibuat semasa negara sedang menghadapi masalah
tertentu mungkin kerana kelemahan kerajaan atau pemimpin kerajaan, padahal dalam sistem
demokrasi tidak semua rakyat menyokong kerajaan. Ini hak politik mereka. Di beberapa buah
negara, terutama negara yang dahulunya diperintah oleh sistem komunis atau diktator,
percubaan untuk menentang atau menggulingkan pemimpin yang zalim, atau kritikan
terhadap ideologi negara yang dititahkan oleh pemimpin yang zalim itu, dianggap sebagai
perbuatan menderhaka pada negara. Hukumannya berat, hukum bunuh.  Tanda orang yang
tidak setia pada negara bukan terletak pada sama ada dia menyokong atau tidak menyokong
kerajaan atau ideologi negara, tetapi pada tanda lain yang boleh dibuktikan secara sah bahawa
dia memang tidak setia pada negaranya. Contoh yang paling biasa adalah apabila orang itu
bersubahat dengan “musuh” dari luar negara untuk merosakkan negaranya sendiri. Apabila
negaranya sedang diserang oleh kuasa asing (dalam peperangan, misalnya), orang itu menjadi
tali barut atau upahan atau pengintip bagi pihak kuasa asing itu. Perbuatannya bermacam-
macam jenis, misalnya dia mencuri dan menjual rahsia strategik negara kepada musuh asing
itu. Orang seperti ini biasanya dianggap sebagai pengkhianat negaranya, walaupun boleh jadi
dia kelihatan sangat kuat menyokong kerajaan atau pemimpin tertentu – walaupun mungkin
sokongannya itu pura-pura atau muslihat sahaja. Orang yang setia pada negaranya tidak akan
melakukan perbuatan seperti itu, walaupun boleh jadi dia bukan penyokong
kerajaan.  Namun, ada kalanya rakyat rela menerima “campur tangan” kuasa asing untuk
menggulingkan kerajaan atau pemimpin yang kejam dan zalim yang tidak dapat ditentang
dengan usaha sendiri. Tujuannya tentulah untuk menyelamatkan negara daripada kemusnahan
di tangan pemimpin mereka sendiri. Contohnya, campur tangan Vietnam di Kemboja untuk
menggulingkan kerajaan Pol Pot yang bertanggungjawab membunuh lebih satu juta rakyat
Kemboja atas nama “ideologi”. Seorang pemimpin bangsa Thai dituduh “bersubahat” dengan
tentera Jepun dalam Perang Dunia II kerana membenarkan atau tidak menentang kemasukan
tentera Jepun ke Thailand (untuk membolehkan “tentera musuh” menggunakan Thailand
sebagai jalan pintas untuk menuju ke selatan, ke Tanah Melayu). Pemimpin Thai itu
mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa dia berbuat demikian untuk
menyelamatkan negerinya daripada serangan Jepun. Adakah perbuatan itu boleh dianggap
menderhaka pada negara dan bangsa? Hal ini bergantung pada niat pemimpin Thai itu, jika
tindakannya didorong oleh perasaan setia dan taat pada negara atau tanah airnya dan
bangsanya, tidak ada sebab mengapa dia patut dituduh sebagai penderhaka atau
pengkhianat.  Orang setia atau mencintai negaranya bukan kerana dipaksa oleh kerajaan atau
ideologi, tetapi kerana kesedaran bahawa itulah tempat dia mendapat perlindungan daripada
kezaliman dan penjajahan. Dia setia bukan pada pemimpin secara peribadi tetapi kerana visi
dan prinsip kebaikan yang diwakili oleh institusi negara: prinsip keadilan sosial, undang-
undang, ekonomi, dan budaya.  

Anda mungkin juga menyukai