Anda di halaman 1dari 10

HAK ASASI MANUSIA : HAK DEMONSTRASI DARI PERSPEKTIF MALAYSIA Farahzainie Bt Mohammed Redzuan (209091) Pensyarah : Dr.

Abu Bakar Eby Hara

PENGENALAN Isu global berkenaan Hak Asasi Manusia dan teori Demokrasi saling bersangkutan. Pihak barat sering mengkritik pelaksanaan demokrasi dan hak asasi manusia Negara-negara ke-tiga termasuk Malaysia. Antara

kritikan adalah berkenaan isu demonstrasi yang melanda politik Negara baru-baru ini. Namun, Malaysia sebagai sebuah negara yang

mengamalkan politik yang berbentuk pragmatisme, isu Hak Asasi Manusia sering digunakan untuk memulakan demonstrasi, dan

demonstrasi mempunyai tempat dalam amalan demokrasi. Kritikan barat tidak sama sekali dipersetujui, kerana Malaysia ada konteks tersendiri menangai isu demonstrasi yang jika tidak dikawal akan menyebabkan kacau-bilau dan akhirnya menyebabkan kejatuhan ekonomi Negara. Dalam politik pragmatisme, demonstrasi atau menunjuk perasaan atau perhimpunan aman adalah salah satu cara memperlihatkan kekuatan atau kemarahan terhadap sesuatu yang dianggap tidak adil yang dilakukan oleh kerajaan atau terhadap sikapnya (Utusan Online 2000). Berikut dengan demonstrasi yang berlaku secara besar-besaran di Malaysia baru-baru ini yang menuntut keadilan terutamanya dalam pilihanraya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah menyatakan : tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku pertelagahan. (Nor Faridah 2012) Mantan Perdana menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir menyebut dalam blog beliau :

Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di Negara ini (Dr. Mahathir Mohamad : Blogging to Unblock 2011) Setiap orang mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman tertakhluk dimana tiada berlaku perkara yang melanggar undang-undang (Foster 2008). Apabila hak disalahgunakan, masihkah relevan hak tersebut? Penulisan ini akan membawa pembaca membandingkan demonstrasi dan hak asasi manusia yang berlaku di luar Negara dan Malaysia, meneliti amalan perundangan di Malaysia yang telah diperuntukkan, juga mengkaji tujuan penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 secara umum dan kesan terhadap kepentingan rakyat dan Negara.

DEMONSTRASI DAN HAK ASASI MANUSIA Pengistiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 merupakan titik permulaan pengakuan antarabangsa mengenai kebebasan untuk

bersuara dan kebebasan memenuhi keperluan asas. Hak asasi manusia adalah hak yang wujud untuk semua manusia, walau apa pun kerakyatan kita, tempat kediaman, jantina, asal-usul kebangsaan atau etnik, warna kulit, agama, bahasa, atau apa-apa taraf lain. Kita semua sama-sama berhak kepada hak asasi manusia tanpa diskriminasi. Hak-hak ini semua saling berkaitan, saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan (United Nation Human Rights 2012). Tuntutan hak asasi sering mencetus demonstrasi dikalangan masyarakat dunia, kerana mereka menuntut agar diperlakukankan sama rata dan adil. Demonstrasi adalah perbuatan yang menyatakan pendapat atau bantahan dengan mengadakan perarakan, rapat umum atau tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak (Pusat rujukan persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia 2012).

Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam buku beliau Document of Destiny : The Constitution of the Federation Malaysia memetik kata-kata Patricia Hewitt ciri-ciri demonstrasi dan lain-lain bentuk protes awam sebagai satu ancaman kepada kehidupan masyarakat biasa mengaburi fakta asas bahawa bantahan adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat biasa dan menjadi fungsi penting dalam sistem demokrasi dan kerajaan. Walaupun demokrasi membenarkan memberi hak bersuara kepada rakyat namun jika perhimpunan dengan niat mendatangkan keganasan akan menjurus kepada pelbagai kesalahan jenayah, menakutkan orang awam, merosakkan harta benda, boleh menyebabkan kekurangan pelabur-pelabur asing akibat ketidakstabilan politik dan akhirnya

menyebabkan kejatuhan ekonomi Negara.

PERKEMBANGAN DEMONSTRASI DI DALAM MALAYSIA DAN LUAR NEGARA Demonstrasi kerap berlaku di luar Negara. Demonstrasi di luar Negara sering mempengaruhi perkembangan politik Malaysia. Sejarah

demonstrasi di Malaysia misalnya yang bermula sejak tahun 1945, nasionalis melayu yang semasa itu membantah penubuhan Malayan Union, bertujuan mempertahankan kedaulatan raja dan Negara. Pada awal kemerdekaan demonstrasi lebih berkisarkan memperjuangkan kemerdekaan dan penyatuan rakyat. Namun, demonstrasi di Malaysia menjadi wadah popular bermula dengan saga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia (Utusan Online 2000). Dalam era moden tuntutan terhadap ketidak seimbangan ekonomi dan keperluan asas dan tuntutan demokrasi sering menjadi isu terhadap tercetusnya demonstrasi dan tunjuk perasaan oleh rakyat. Sebagai contoh kejadian demonstrasi yang berlaku di sekitar Asia, pada 28 haribulan Mac 2012, kenaikan harga minyak dunia mencetuskan ketidak puasan hati rakyat Indonesia terhadap kerajaan Indonesia, dan

melancarkan demonstrasi menuntut agar kerajaan menurunkan harga minyak. Wanita rakyat Indonesia menjukkan protes dengan membaling pinggan dan periuk di hadapan parlimen mengakibatkan pertempuran antara pihak penguasa dan pemprotes (Vaswani 2012). Di Myanmar pula menghimpunkan seramai 1000 rakyat Myanmar di Bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay, memprotes terhadap pemotongan kuasa elektrik di Myanmar (The Telegraph 2012), berbeza dengan kejadian di Indonesia, tidak berlaku pertempuran dengan pihak penguasa, perhimpunan dijalankan dengan aman. Namun perhimpunan atau demonstrasi yang berakhir dengan situasi aman sukar dijangka. Demonstrasi besar seperti yang berlaku di kota London pada Mac 2011 contohnya yang melibatkan perarakan lebih 250,000 rakyat membantah pemotongan pembelanjaan harian akibat kejatuhan ekonomi, walaupun berjalan dengan lancar di Hyde Park namun terdapat segelintir yang mengambil kesempatan perarakan dengan merompak kedai-kedai dan bank-bank, menyebabkan kemalangan dan kesalahan jenayah (BBC News 2011). Arab Spring rentetan dari kebangkitan rakyat Tunisia pada 17 Januari, 2011 melihat hura-hara yang berlaku di Tunisia menyebabkan Presiden Zine El Abididine Bin Ali meletakkan jawatan setelah 23 tahun menjadi kuku besi di Tunisia. Kebangkitan rakyat Tunisia menjadi titik permulaan penularan kebangkitan rakyat di sekitar liga Arab yang selama ini telah dipimpin oleh kerajaan pemerintah yang di anggap autokratik, tunjuk perasaan dan demonstrasi dan percubaan untuk mengguling kerajaan kerana kesengsaraan hidup, kemiskinan, kekurangan peluang pekerjaan dan tiada hak kebebasan bersuara. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad melihat demonstrasi yang berlaku di Malaysia dalam usaha menjatuhkan kerajaan ala Arab Spring tidak seharusnya berlaku, kerana system demokrasi di Malaysia lebih baik berbanding dengan Negara-Negara di timur tengah kerana rakyat dipentingkan dalam setiap perkara berbanding dengan pemimpin di Negara-Negara Arab yang tidak pernah demokratik yang

dan memimpin Negara untuk kepentingan diri dan rakyat tidak diutamakan. Akibatnya rakyat di Negara-Negara Arab semakin menderita, peningkatan kadar kemiskinan, lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan akhirnya menjadi punca pemberontakan rakyat (Sinar Harian 2012). Demonstrasi penting dalam menunjukkan ketidak puasan hati rakyat dalam isu-isu pentadbiran kerajaan, jika kerajaan itu tidak menjalankan amanat rakyat, namun jika kerajaan itu berusaha membaiki setiap aspek pentadbiran, adakah demonstrasi telah memberi kesan yang baik dalam pentadbiran dan politik Negara? Namun, persoalannya bukankah implikasi yang telah dicetuskan semasa demonstrasi seperti huru-hara, kerosakan harta benda, kejatuhan ekonomi, dan lain-lain, lebih merugikan rakyat?

AMALAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA Setiap rakyat terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam Negara. Undang-undang yang digubal demi bukan sahaja demi kepentingan Negara malahan juga demi memastikan keharmonian dalam masyarakat. Justeru itu, amalan perundangan sangat penting bagi mengawal perlakuan masyarakat. Kebebasan untuk berhimpun telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 10(1)(b) menjamin bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. Hak ini diberikan kepada semua warganegara sahaja. Walau bagaimanapun, kebebasan ini tertakluk kepada kawalan Parlimen yang sepenuhnya. Parlimen boleh, dengan undang-undang, menyekat hak ini sebagaimana yang disifatkan perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan negara dan

ketenteraman awam (Say Eng 2007). Walaubagaimana pun, tiada dinyatakan di dalam perkara ini tentang process berpiket atau berdemonstrasi atau berarak.

Hak tanpa remedi umpama lampu tidak bercahaya dan api yang tidak membara (Faruqi 2008). Oleh itu, undang-undang perlu dipatuhi rakyat bagi menjaga keselamatan masyarakat dan kestabilan politik dan ekonomi. Walaupun hak perhimpunan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kebebasan Untuk Berhimpun tertakluk kepada perundangan yang diluluskan oleh Parlimen seperti yang diperuntukkan didalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menghalang mana-mana yang dirasakan patut demi keselamatan Wilayah atau mana-mana Perintah Awam, antaranya seperti berikut : (a) Kanun Keseksaan : melarang dan menghukum apa-apa jenis

perhimpunan haram dan rusuhan yang mengganggu ketenteraman awam. (b) Akta Polis 1967 : Ia membenarkan pasukan polis mengawal selia perhimpunan awam dan perarakan di tempat awam seperti mengadakan sekatan, menghalang jika didapati melanggar

peraturan, mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan (c) Akta Pertubuhan 1966 : Mana-mana persatuan atau pertubuhan yang mewakili perhimpunan perlu didaftarkan di bawah Akta ini. (d) Akta Ketenteraman Awam (Memelihara )1956 : Akta ini membenarkan sesuatu kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan dan memberi kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di dalamnya. Dibawah Sek. 47 , Yang di-Pertuan Agong juga berhak mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia adalah kawasan kawalan (security area), halangan memasuki kawasan boleh dikenakan. Secara keseluruhan setiap tanah ada pemilik, terpulang kepada pemilik samada membenarkan apa-apa urusan di atas tanah tersebut. Sebarang pencerobohan dianggap sebagai jenayah (Faruqi 2008). Misalnya dalam isu penganjuran Bersih 3.0 Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah bagi melarang penganjur dan orang awam daripada memasuki dataran merdeka, permohonan telah dibuat oleh pihak polis. Kegagalan

menurut

perintah

boleh

didakwa

mengikut

seksyen

188

Kanun

Keseksaan (Berita Harian Online 2012) Menurut Majistret Zaki Asyraf Bin Zubir melalui temuramah kepada beliau, perintah larangan mengadakan demonstrasi di sesuatu kawasan yang dikeluarkan boleh dibenarkan berdasarkan Sek. 98(1) Kanun Tatacara Jenayah, jika didapati sebarang perhimpunan boleh mendatangkan sebarang kemalangan atau bahaya terhadap manusia, kesihatan dan keselamatan, atau menyebabkan rusuhan atau sebarang perkelahian (Zaki Asyraf 2012). Jelas disini, perhimpunan atau demonstrasi secara aman yang tidak membabitkan keganasan atau tidak mendatangkan bencana bukanlah isu dalam amalan undang-undang di Malaysia, tetapi jika perhimpunan atau demonstrasi bertukar menjadi keganasan dan mendatangkan bencana sahaja akan diadili mengikut undang-undang Negara yang diluluskan oleh Parlimen.

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 Rentetan kejadian-kejadian keganasan yang tidak diingini sering berlaku sewaktu mengadakan perhimpunan atau demonstrasi mendorong

kerajaan Malaysia menggubal Undang-undang Perhimpunan Aman 2012. Rang undang-undang Perhimpuan Aman 2012 telah dibentangkan oleh Dato seri Mohamed Nazri adalah bertujuan Aziz, menteri di Jabatan Perdana menteri warganegara menganjurkan dan

membenarkan

menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatansekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan dan ketenteraman dan keselamatan orang awam (MyMetro 2012). Adakah sekatan-sekatan Akta Perhimpunan Aman 2012 mampu mengawal demonstrasi dengan lebih demokrasi? Sesetengah pihak berpendapat Akta Perhimpunan Aman 2012 lebih berpihak kepada pihak berkuasa terutamanya polis sebagai contoh, fasal 8 yang memberi kebebasan kepada pihak polis mengambil apa-apa

langkah yang difikirkan perlu bagi memastikan perhimpunan teratur; Fasal 15 menetapan syarat dan sekatan yang mungkin dikenakan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis seperti tarikh, masa dan tempoh dan tempat perhimpunan, cara perhimpunan dan kelakuan peserta semasa

perhimpunan; Fasal 21 memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai, bagi yang gagal mengikut arahan dianggap bersalah; Fasal 23 pihak polis dibenarkan membuat rakaman. Adakah wajar pihak polis dibenarkan dalam membuat sebarang tindakan yang difikirkan wajar bagi memastikan kedamaian dan keamanan Negara? Adakah wajar rakyat berdemonstrasi jika Negara tidak menzalimi rakyat itu? Adakah kanak-kanak perlu menjadi senjata dalam demonstrasi? Adakah rakyat Malaysia matang dalam mengendalikan demonstrasi secara aman?

KESIMPULAN Malaysia jika dibandingkan dengan Negara-negara di barat, Negaranegara mundur di Asia atau Negara-negara di Timur Tengah tidak mempunyai masalah yang terlalu signikan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Kritikan Negara-negara barat adalah tidak relevan, kegagalan barat mengawal tindak-tanduk rakyat akhirnya menyebabkan kerosakan dan kerugian hanyalah menambah kesesaraan rakyat yang secara langsung tidak terlibat. Kerajaan Malaysia masih mengamalkan

demokrasi dan memberikan hak-hak bersuara melalui pelbagai rangkaian. Hak demonstrasi atau kebebasan berhimpun adalah perlu dalam politik semasa, namun tindakan yang boleh menyebabkan keganasan adalah sama sekali bertentangan dengan tujuan utama demonstrasi diadakan. Peraturan yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi, setiap hak terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan bagi menjaga hak setiap individu.

Works Cited
"BBC News." Anti-cuts march : Tens of thousands at London Protest. Mac 27, 2011. http://www.bbc.co.uk/news/uk-12864353 (accessed Julai 10, 2012). "Berita Harian Online." Mahkamah Perintah BERSIH, orang awam dilarang memasuki Dataran Merdeka. Mei 2012. http://www.bharian.com.my/articles/MahkamahperintahBERSIH_orangawamdilarang memasukiDataranMerdeka/Article/ (accessed Ogos 14, 2012). "Dr. Mahathir Mohamad : Blogging to Unblock." Demonstrasi. Julai 2011. http://chedet.cc/blog/?p=535 (accessed Julai 10, 2012). Faruqi, Shad Saleem. Document of Destiny : The constitution of the Federation of Malaysia. Petaling Jaya: Star Publication (M) Bhd, 2008. Foster, Steve. Human Rights & Civil Liberties.(2nd Ed.). England: Pearson Education Limited, 2008. "MyMetro." Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2012 dibentangkan di parlimen. Ogos 16, 2012. http://www.hmetro.com.my/articles/RangUndangundangPerhimpunanAman2012dibentangkandiParlimen/Article/ (accessed Julai 10, 2012). Nor Faridah, Abd. Rashid. "Sinar Harian." Najib : Buat Pilihan Melalui PRU, tidak perlu demo. Mei 15, 2012. http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-buat-pilihanmelalui-pru-tak-perlu-demo-1.48223 (accessed Julai 10, 2012). Pusat rujukan persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2012. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=demonstrasi (accessed Julai 10, 2012). Say Eng, Teoh. Hak Anda dan Undang-undang. Singapore: Lexis Nexis, 2007. "Sinar Harian." Mahathir : Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring'. Jun 25, 2012. http://www. sinarharian.com.my/nasional/mahathir-tidak-perlu-guling-kerajaan (accessed Julai 30, 2012). "The Telegraph." 1000 protest in Burma over power cuts. Mei 21, 2012. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/burmamyanmar/9279307/Myanma r-1000-protest-in-Burma-over-power-cuts.html (accessed Julai 10, 2012). United Nation Human Rights . 2012. http://www.ohchr.org (accessed Julai 10, 2012). "Utusan Online." Demo Cabar Kerajaan. 12 11, 2000. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1211&pub=utusan_malaysia &sec=Rencana&pg=ot_01.htm&arc=hive) (accessed Julai 10, 2012). Vaswani, Karishma. "BBC News Business." Should Indonesia Raise Fuel Prices. Mac 28, 2012. http://www.bbc.co.uk/news/business-17532989 (accessed Julai 10, 2012). Zaki Asyraf, Zubir, interview by Mohammed Redzuan Farahzainie. (Julai 10, 2012).

Anda mungkin juga menyukai