Anda di halaman 1dari 8

Anak-Anak Kita – Satu Puisi

Kita pernah bertanya mereka apa yang boleh membatalkan shahadat?


Kita pernah bertanya mereka mengapa kita perlu solat?
Kita pernah bertanya mereka apa itu aurat?

Bila kali terakhir kita berbicara dengan mereka makna iman & takwa?
Bila kali terakhir kita tunjukkan cara berwuduk kepada mereka?
Bila kali terakhir mereka solat berjemaah bersama kita?

Kenalkah mereka sifat-sifat Rasullullah?


Tahukah mereka kenapa manusia dijadikan ‘khalifah’?
Apa meraka faham kenapa Islam pentingkan ukhuwah?

Abdul Rahman Bin Auf lebih hebat dari Warren Buffet, mereka tahu?
Umar bin Abdul Aziz lebih adil dari (Abraham) Lincoln, mereka tahu?
Khalid bin Al-Walid lebih bijak dari (General) Patton, mereka tahu?

Jika jawapan kita – “Semua tu nanti dia orang belajar dengan ustaz/ustazah kat kelas
agama.”
Jika nanti anak jantan kita biadap, jangan terluka.
Jika nanti anak gadis kita berbaju sendat, jangan murka.
Jika nanti kita menjadi datuk & nenek tanpa menantu, jangan hiba.

Iman & takwa perlu bermula dari rumah. Bermula dari diri kita, keluarga kita, tetangga
kita, mukim kita, daerah kita, negeri kita, negara kita dan seluruh dunia..

Wallahualam…
A

Adab: Tatacara/tatatertib/aturan /petunjuk pelaksanaan


Ahliyah: penyebutan untuk istri
Amir: orang yang memimpin jamaah baik dalam musyawarah maupun waktu kuruj
Anshor:orang yang bertempat di sekitar mesjid yang kedatangan jamaah dari daerah lain
Awam: Orang kebanyakan

Banglawali Masjid: Nama Masjid Markaj dakwan di dunia (di New Delhi,India)
Bayan: Ceramah agama
Bujruk: Orang tua orang yang sudah lama dalam usaha dakwah

Cilla: ukuran waktu 1 cilla=40 hari

Dalil:Penunjuk jalan saat jaula


Dakwah ilallah : Mengajak hanya kepada Allah
Din: agama
Dinullah: agama Allah

Enam Sifat Sahabat: Petunjuk Akhlak para sahabat Rasululullah Salallahu alaihi wasalam

Fadhila: Keutamaan
Fadhila Amal: Keutamaan amal (nama kitab pegangan jamaah tabligh)
Fadhilah Sedekah: Kitab keutamaan sedekah
Faisalah: Penanggung jawab markaz propinsi

Halaqah: Mesjid pusat musyawarah jamaah di wilayah kabupaten


Hijrah: Pindah
Hadratji: Yang dimuliakan

Ilham: fikiran baik yang datang dari Allah


Israf: Mengharap kepada selain Allah
Ijtima’i: perkumpulan (berjamaah)
Infirodhi: Amalan yang dikerjakan sendiri-sendiri (pribadi)
Intiqoli: Amalan pada saat kuruj/keluar
IPB: India Pakistan Bangladesh (keluar/kuruj ke 3 negara tersebut)
Istiqbal: penerima/penyambut tamu

Jaula: Berkeliling kampung untuk mengajak orang taat kepad Allah


Jamaah: Kelompok atau rombongan lebih dari 2 orang.
Jihad: Melawan hawa nafsu (berperang atau berjuang membela agama)
Jalan Gajah: Nama Jalan di Medan Tempat Mesjid Jamiatul Islamiah (markaz dakwah
Medan)
Jumidar: Penannggung jawab Halqah

Karkun: Orang yang sudah pernah kuruj/keluar minimal 3 hari.


Khuruj: Keluar di jalan Allah (melatih diri bejar dakwah selama 3 hari,40 hari atau 4
bulan)
Khidmat: Membantu atau melayani
Khirosah: Petugas keamanan (penjaga keamanan)
Khususi: Bersilaturahmi/mendatangi orang tertentu yang telah dimusyawarahkan
Kebun jeruk: Nama wilayah markaz dakwah di Jakarta

Mal: harta/Biaya/dana untuk kuruj atau kegiatan lain


Makmur: orang yang ikut dalam rombongan (anggota jamaah)
Maqomi:Amalan pada saat berada di muhalla masing-masing (tidak kuruj)
Markaz: mesjid pusat musyawarah jamaah tingakat propinsi,negara maupun dunia
Muhallah: mesjid pusat musyawarah di lingkungan desa, atau daerah sekitar mesjid.
Musyawarah: memutuskan keperluan dakwah dan urusan jemaah yang henda kuruj dan
masalah lainnya.
Muzakarah: Berdiskusi saling mengingatkan untuk suatu perkara tertentu.
Masturoh: Usaha dakwahdi kalangan wanita jamaah tabligh penyebutan untuk wanita
jamaah tabligh
Masyaih:Pemimpin/penanggung jawab markaz dunia.
Mulaqot: ertemuan suami istri untuk membicarakan masalah dakwah pada saat kuruj
masturoh.
Mutakalim: juru bicara.
Muzakirin:orang yang berzikir
Muhajirin:Orang yang datang atau kuruj di daerah lain.
Muntakhab Hadist: Kitab kumpulan hadist tentang 6 Sifat Sahabat penyusun Maulana
Saad Al Khandalawi rah.
N
Niat; rencana
Nijamuddin: Nama daerah di India tempat markaz dakwah seluruh dunia

P
Petaling: Nama markaz dakwah di Malaysia

R
Rehbar: Penunjuk jalan

S
Suroh: Penanggung jawab markaz negara

T
Taklim wa taklum: Belajar mengajar/membaca dan mendengar kandungan kitab fadhilah
amal
Tafaqud: Tabungan untuk kuruj/keluar
Ta’am: makan
Takrir:ceramah pada saat jaula dan temanya tentang kebesaran Allah
Takjim wal I’tirom:Mengagungkan dan memuliyakan Ayat dan hadist yang dibaca atau
di dengar
Ta’asur bi qalbi: mengesankan dalam hati

??????
itu suroh kok penanggung jawab??

bukannya Penanggung jawab markaz => Syuro

sednaakn Suroh => Tampilan

Siroh : Perjalanan hidup

Sariroh : Fikir (risau)


Kelebihan Sembahyang Berjemaah Di Masjid

1. Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam


syurga tanpa hisab:

Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam
masjid (menunggu azan di masjid).

Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan
dikumandangkan.

Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar
azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

2. Terima suratan amal dengan tangan kanan

Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir.
Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal
(kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada
tangan-tangan mereka.

Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan
kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan
berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya
membacanya;

Surah Haqqah [Ayat 19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan
tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di
sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

Surah Israa [ayat 71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan
nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka
itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-
amalnya yang baik) sedikitpun.
Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

SURAU dan masjid tidak meriah dengan jemaah pada sembahyang fardu lima waktu,
kecuali Maghrib dan Isyak. Yang hadir untuk sembahyang berjemaah hanya orang tua.
Orang muda, walaupun ada yang datang ke surau dan masjid untuk sembahyang
berjemaah, tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari.

Mereka datang ke masjid hanya pada Jumaat untuk sembahyang Jumaat dan pada hari
raya untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Mereka tidak rajin sembahyang di surau dan
masjid mungkin tidak tahu kelebihan sembahyang berjemaah.

Surau dan masjid adalah rumah Allah yang sewajarnya kita semarakkan dengan
sembahyang berjemaah dan aktiviti keagamaan seperti mengadakan kelas tajwid, kelas
bahasa Arab, kelas fardu ain, kelas membaca al-Quran dan sebagainya. Semua aktiviti itu
untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu jemaah (lelaki dan wanita) kepada Islam dan
pada waktu sama meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan jemaah kepada Allah s.w.t.

Sembahyang berjemaah di surau dan masjid boleh mengeratkan persaudaraan dan


silaturahim sesama Islam dalam sesuatu kawasan. Sesetengah ulama berpendapat
sembahyang berjemaah adalah lambang perpaduan, kemesraan dan kekuatan umat Islam.
Umat Islam bersatu, melupakan fahaman politik, melupakan warna kulit, melupakan
kedudukan dan pangkat dalam masyarakat, merendah diri dengan tulus ikhlas bersama-
sama menghadap Allah.

Sembahyang berjemaah dalam jumlah yang ramai adalah lebih afdal dan utama daripada
jumlah yang sedikit. Sehubungan ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Daripada Ubai bin Kaab katanya, telah bersabda Rasulullah: “Sembahyang seorang
lelaki berserta seorang lelaki lebih baik daripada ia sembahyang seorang diri dan
sembahyang seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada
ia bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan jemaah yang lebih banyak, jemaah itu
lebih dikasihi Allah.” (Riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu sunat muakkad yang sangat diberatkan. Dan
sembahyang berjemaah bagi orang lelaki pada sembahyang fardu hukumnya fardu
kifayah. Fardu kifayah ertinya jika telah dilakukan sekumpulan dalam sesuatu tempat
atau kawasan, maka gugurlah dosa penduduk yang lain di tempat atau kawasan
berkenaan. Tetapi jika tidak ada yang melakukannya berdosalah seluruh penduduk dalam
kawasan itu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Darda’ r.a bahawasanya Nabi
bersabda: Tiada tiga orang di dalam sebuah kampung atau dusun yang tidak diadakan di
sana sembahyang jemaah, melainkan nyatalah bahawa mereka telah dikuasai oleh
syaitan. Sebab itu, usahakanlah mengadakan sembahyang berjemaah. Sesungguhnya
kambing yang terpencil daripada kawannya sahajalah yang dapat dimakan oleh serigala.”
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai).
Walaupun Allah tidak mewajibkan hamba-Nya sembahyang berjemaah setiap
sembahyang fardu, banyak hadis menerangkan mengenai ancaman atau balasan yang
akan diterima mereka yang meringan-ringankan sembahyang jemaah. Salah satu hadis
itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang meninggalkan
sembahyang berjemaah itu adalah terkutuk di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-
Quran. Orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah itu berjalan di muka bumi,
bumi mengutuknya, orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah itu dimurkai
Allah, malaikat dan segala makhluk Allah yang bernyawa dan dimurkai pula oleh
malaikat yang berada di antara langit dan bumi serta semua ikan yang berada di laut.”

Sebagaimana diterangkan bahawa banyak kelebihan dan keistimewaan sembahyang


berjemaah. Antaranya ialah orang yang sembahyang berjemaah mendapat dua puluh
tujuh darjat daripada orang sembahyang bersendirian. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih
utama pahalanya daripada sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, orang yang sembahyang berjemaah diangkat darjat daripada mendapat rahmat,
diampunkan dosa serta didoakan malaikat. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah
bersabda: Sembahyang seseorang dengan berjemaah itu melebihi sembahyangnya di
rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah apabila dia
berwuduk, dilakukannya dengan baik lalu pergi ke masjid sedang pemergiannya itu tidak
lain daripada hendak sembahyang semata-mata, maka setiap langkah yang dilangkahnya,
diangkatlah kedudukannya satu darjat dan dihapuskan satu dosanya. Dan jika dia sedang
sembahyang, maka malaikat memohonkan untuknya rahmat selama dia masih berada di
tempat sembahyang itu selagi dia belum berhadas, kata mereka, “Ya Allah! Berilah orang
ini rahmat, ya Allah! Belas kasihanilah dia. Dan orang ini dianggap sedang
bersembahyang, sejak dia mulai menantikannya.”

Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang


bermaksud: “Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima
perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah
membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal
dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat
yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”

Mengambil kira kelebihan dan hikmah yang diperoleh orang yang sembahyang
berjemaah di surau atau masjid, rugilah bagi mereka yang mempunyai kesempatan dan
kelapangan tetapi tidak berbuat demikian. Oleh kerana pahala dan ganjaran Allah tidak
nampak, kita pun meringan-ringankan sembahyang berjemaah ini.

Oleh yang demikian, marilah kita ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu
berjemaah setiap waktu. Tidak perlu menunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam
tertentu Ramadan kita ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan kita
dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat.
Faizal says:

Ustaz,

Dalam salah satu petikan akhbar, didakwa bahawa rancangan ETP bukan satu blueprint
yang definite. Mungkin dengan tekanan yang cukup, rancangan itu sekurang-kurangnya
dapat ditangguhkan, jika tidak dibatalkan sama sekali.
(http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=538120).

Apapun, jika melihat kepada analisa masalah-rancangan penyelesaian yang terkandung di


laman Pemandu, rasa sakit hati dan keliru … (sila download di
http://www.pemandu.gov.my/pdf/Tourismpanels.zip)

“Tremendous risks and challenges to liberalise entertainment industry due to overzealous


moral policing”
Istilah-Istilah Dalam Jamaah Tabligh
Posted on 17 Juni 2009 by Abdul Ghofur

Anda mungkin juga menyukai