Anda di halaman 1dari 11

Showing newest posts for query pengaruh barat ke atas remaja dari segi ekonomi.

Show
older posts
Showing newest posts for query pengaruh barat ke atas remaja dari segi ekonomi. Show
older posts

Tuesday, November 14, 2006


Sebab masalah sosial remaja berleluasa

Sebab masalah
sosial remaja berleluasa
HEADING CADANGAN: JATI DIRI REMAJA KITA TELAH MATI

KEHIDUPAN remaja hari ini penuh dengan pelbagai


permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu
bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan
kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan
yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol,
ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di
pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru
kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa
dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat
sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan
bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada
orang lain. Apa punca dan kenapa? Untuk itu SIASAH
melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui
Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah
bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd.
Banyak huraian dan penjelasan yang diungkaikan
berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. Ikuti
penjelasannya di bawah.

SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa


dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan
negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang
berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana
mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka
tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak
diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai.
Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya
Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup
mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian
itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-
macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas,
penyalahgunaan dadah, rogol
dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada


mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam
hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-
pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan
solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020
tercapai masih samar. Oleh itu
sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena
pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana
sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam,


Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan
bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya
remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan
identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan.
Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat
sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok
tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku.
Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat,
sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat.
Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah
menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai
remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik
mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas,
cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga
terpakso cedok orang lain punya.

Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak


muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa
istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau
dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin,
Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia
bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan
mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti
itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok
budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita
sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang,
kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri
yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di
situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh
negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya.
Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang
diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.

Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang


hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh
Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum
kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara
otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari
ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada
sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan
kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat
sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.

Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan


yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya
mestilah mengikut bangsa kita sendiri.

Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang


menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.

Pertama -Pegangan iaitu agama.


Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang
memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang
ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa
diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha
setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau buruk
Kita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang
berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah
kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak
baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah
mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya.
Kerana itu kita perlu ada pegangan.

Kedua- Perjuangan- merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan
(pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba
kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa
mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan
kejahatan. Kita tidak
akan sesekali mudah menerima perkara-perkara yang
bertentangan dengan cara hidup, budaya kita.

Ketiga- Hubungan- yang sering dikaitkan dengan bahasa.


Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan
berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar
ia tidak lenyap ditelan zaman.

Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu


bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalah
tulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang,
tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita
sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di mana
bahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubung
kita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alat
perpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan
memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sedia
ada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut.
Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yang
menunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak
iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasa
dan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini,
dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa
sesuai dengan jiwanya.
Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang
mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dan
tulisan jawi dihidupkan semula.

Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan
seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan
seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga
menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya.
Tetapi kita tidak bangga menyanyikan lagu Melayu sering dikaitkan dengan seni dan
adab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayu
cukup cantik dan halus kalau ianya dipamerkan.
Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, cara
menghormati orang tua semua itu melambangkan peribadi
yang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalau
ditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadi
lebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda
ini pupus.

Kelima- Susunan- dikaitkan dengan budaya.


Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indah.
Cara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul dan
Sebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali
akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orang
kita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada pada
bangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi oleh cara hidup orang
barat.
Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarang
ini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi
cuba diselamatkan dengan menghidupkan semula
penggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu,
dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasa
rasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai
ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisan
jawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara.
Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendi
kepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan
didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja.
Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang mana
ianya dihadiri oleh para remaja.

Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama


Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahu
perlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agama
itu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut.
Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi
menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dah
berkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidak
sekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalau
tidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin.
Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak
tahu. Perkara seperti inilah yang saya katakan
pemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telah
menyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka ini
jahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buat
kalau tidak buat itu bahaya.

Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkan


boleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalau
dikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club',
panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang
membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusia
suka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan dengan
fitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita.
Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebas
lelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran,
pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita.
Apakah itu yang kita kehendaki.

Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi.
Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat
akan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata.
Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yang
lima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari
kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari
hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya ada
cerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jari
diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga
10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat
ini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian
yang khusus. Jari manis, peringkat anak di alam
remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan
berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan
disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering
diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya.
Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke
lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil
berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah
sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.

Peringkat jari hantu, peringkat kritikal atau


kehidupan hantu. Ketika anak-anak berusia 20 hingga
40 tahun. Hidup di peringkat ini ia lebih ke arah nafsu nafsi. Mereka mula ada keinginan
berumahtangga dan keinginan seks yang tinggi. Justeru, perlu ada asas kukuh. Sekiranya anak-
anak di peringkat 1 dan 2 diberi'basic' yang mantap dari segi didikan agama, kasih
sayang, pelajaran dan sebagainya apabila dia masuk ke
peringkat ini, dia dapat mengenal sifat-sifat yang
tidak elok, jadi dia tidak akan menjadi hantu tetapi
memberi petunjuk kepada orang lain (peringkat jari
telunjuk).

Tetapi kalau dia sudah sampai ke peringkat


ini dan berusia 40 kalau dia tidak juga berubah, suka
berpoya-poya lupa tanggungjawab akhirnya sampai
bila-bilapun dia tetap seperti itu.
Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 telah menjadi
Rasul memberi petunjuk kepada orang lain.
Tetapi kalau sudah tiga peringkat tidak menjadi, dia
tidak akan dapat memberi petunjuk (jari telunjuk)
apalagi untuk memberi manfaat kepada orang lain

Jika kita berjaya melepasi tahap jari telunjuk itu tadi, maka tibalah kepada penghujung hidup kita
o tahun ke atas. Kita akan bertindak sebagai ibu jari, ibu kepada segala kebijaksanaan – mother
of widom. Itulah peringkat paling tinggi menuju kehidupan abadi. Jika kita tidak dapat lepasti
semua tahap ini, ibu jari tidak akan jadi ibu kepada kebijaksaan tetapi akan jadi ibu ayam.
Justeru, hindarkanlah dengan kita berjaya melepasi kelima-lima nama ibu jari itu.
Ada banyak contoh yang boleh kita kaitkan dalam hal
ini. Misalnya syarikat-syarikat muslim berjaya yang
diterajui oleh ahli-ahli korporat yang rata-rata
berusia 40 tahun ke atas. Mereka lebih rela memberi
tajaan kepada perkara-perkara yang tidak membangunkan
jiwa, agama dan banga. Lebih bangga kalau dapat
memberi hadiah puluhan ribu, kereta, rumah kepada
pertandingan yang berunsurkan hiburan daripada memberi
hadiah kepada profesor-profesor, atau ahli ilmuan yang
bertungkus lumus menjalankan kajian atau penyelidikan
bagi mengembangkan kajian ilmu. Atau kepada tokoh Maal
Hijrah. Perkara ini sengaja kita buat yang mana kita
tahu hasilnya dalam jangka masa panjang adalah
merosakkan. Dia kaya tetapi kekayaan itu tidak dapat
membantu orang lain. Dia bijak tetapi kebijaksanaannya
tidak digunakan ke jalan kebaikan.

Sejarah membuktikan, dan kita tahu tidak ada satu pun bangsa di dunia ini maju atau berjaya
bertunjangkan kepada hiburan tetapi berjaya sesuatu bangsa mencipta peradaban adalah kerana
kekuatan ilmu dan akhlaknya yang berasaskan kepada agama.

Apa yang berlaku hari ini kerana ibu bapa buat-buat


tak faham tentang apa yang saya perkatakan tentang
lima jari di atas tadi. Tanggungjawab diabaikan, ibu
bapa tidak berjaya mengawasi anak-anak mereka. Maka wujudnya masalah
sosial yang berleluasa dan kepada mereka yang berusia
40an pula, mereka ada duit atau kaya tetapi tidak tahu
ke arah mana kekayaan itu hendak digunakan.

SIASAH: Kenapa ibu bapa sekarang, ramai yang lalai


dalam mendidik anak-anak?
RIDHUAN TEE: Apa yang saya nampak melalui pengalaman
saya sebagai pengerusi PIBG, kebanyakan masalah ini
adalah disebabkan kejahilan dalam ilmu keibubapaan.
Ibu bapa hanya pandai melahirkan anak tetapi tidak
pandai dalam mendidik anak-anak. Sepatutnya sebagai
ibu bapa, mereka perlu tahu ilmu keibubapaan ini yang
mana ianya berkait rapat dengan agama Islam itu
sendiri. Sebagai ibu bapa sikap paling utama perlu ada
ialah sikap sayangi pasangan anda walau di mana sahaja
anda berada. Kalau isteri perlu sayangi suami dan
sebaliknya. Misalnya sebelum pergi kerja, si isteri
bersalam dengan suami, si suami mencium dahi isteri.
Bersikap sopan santun, bercakap baik, berpakaian
sopan, makan bersama malah ada banyak perkara lagi
yang boleh dilakukan. Contoh paling jelas sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
kepada semua isteri-isterinya. Tidak timbul perkara
pukul memukul atau bergaduh suami isteri.

Sebenarnya apa yang ibu bapa lakukan itu, dilihat


serta menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak
lebih terpengaruh dengan apa yang dia lihat daripada
apa yang kita katakan.
Oleh itu kalaulah ibu bapa itu suka bergaduh atau
bertengkar di depan anak-anak, mereka tiada tempat
mengadu. Lalu cari jalan keluar dengan berjumpa
rakan-rakan. Kalaulah rakan tersebut baik maka baiklah
tetapi bagaimana kalau mendapat rakan yang tidak baik.
Bawa ke tempat yang tidak senonok, maka rosaklah dia.

Masalah timbul kerana ibu bapa tidak menghidupkan


jemaah dalam keluarga. Contoh paling mudah ialah
sembahyang. Sembahyang berjemaah antara bapa, ibu dan
anak-anak. Bila kita berjemaah, hati kita menjadi
rapat seolah-olah bertaup antara satu sama lain. Cara
ini bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi
juga mendekatkan sesama manusia.
Saya sewaktu berdoa(setiap kali lepas sembahyang) suka
menyebut nama isteri kemudian nama anak-anak satu
persatu. Bila isteri atau anak-anak mendengar yang
kita muliakan mereka di hadapan Allah sudah pastilah
hati mereka tersentuh dan dekat dengan kita.

Kerana itulah bila ada ibu bapa yang datang mengadu


mengatakan anak-anaknya bersikap kurang ajar, melawan
atau derhaka, saya bertanya ibu bapa ini bagaimana
keadaan solatnya. Kalaulah ibu bapa sendiri tidak
solat, tidak tunduk kepada Allah (menderhaka) bagaimana
si anak hendak taat dan menurut perintah ibu bapa.
Kalaulah ibu bapa sendiri menujukkan sikap saling
sayang menyangi, wujudkan sikap ukhwah di kalangan
keluarga saya percaya anak-anak tidak akan jadi liar
atau rosak. Kalaulah mereka hendak membuat perkara
yang tidak baik misalnya, mereka akan teringat ibu
bapa yang sangat menyayangi mereka.

Oleh itu dalam konteks ini, kalaulah kita tidak


mempunyai sikap sayangi pasangan kita, kita bukan
sahaja akan gagal pada diri tetapi juga keluarga,
masyarakat, negara dan agama. Sebabnya sikap ini beri
makna yang sangat luas dalam kehidupan kita seharian.
Ibubapa meletak harapan kepada orang lain untuk bantu mendidik anak mereka, contoh guru
sekolah. Yang pelik, bila ditanya siapakah guru sekolah anaknya, ibubapa tidak kenal. Lebih
menyedihkan lagi ibubapa tidak tahu anak berada di kelas mana, pergi sekolah ke tidak.

Sebenarnya banyak lagi factor lain, ringkasnya, saya boleh katakana ibubapa tidak mengamalkan
cara hidup beragama (Islam) sehingga menjadi tidak wujud keberkatan dalam rumahtangga.
Agama dianggap sebagai perkara enteng. Bila kejahilan telah menyelubungi hidup,
bayangkanlah apa akan jadi kepada anak-anak.

SIASAH: Bagaimana cara untuk mengatasi masalah remaja


yang bermasalah ini?
RIDHUAN TEE: Itulah yang saya kata tadi. Sekiranya ibu
bapa faham dan membuat seperti apa yang saya sebutkan
lima jari di atas tadi, perkara seperti ini tidak akan
berlaku. Selain itu kita perlu membina persekitaran
yang boleh membina jiwa remaja ke arah yang positif.
Contohnya Teater Putri Gunung Ledang atau Putri Gunung
Ledang The Musical. Sepatutnya kalahlah kita mahu
tonjolkan sebuah sejarah (metos) tentang citarasa
budaya masyarakat kita (jati diri kita sebagai sebuah
negara bertuankan Melayu) adakah Putri Gunung Ledang
itu benar-benar berkemban? Dan setahu saya pada
sejarah apa yang berlaku ialah lelaki yang buka dada
dan perempuan yang tutup dada. Tetapi apa yang dilihat
adalah sebaliknya. Ia bukan sahaja bercanggah dengan
nilai-nilai kelembutan dan kesopanan diri orang Melayu
tetapi juga cuba menutup dan memutarbelitkan sejarah
dan tidak dapat mengislamisasikan sejarah. Kita nak tonjolkan sejarah atau pakaian berkemban
pelakonnya

Salah ke kalau Putri Gunung Ledang itu kita


mencerminkan cara hidup keislaman? Pada saya semua
mereka yang terbabit dalam pementasan tersebut tak
kiralah pereka fesyen ke siapa ke semuanya tidak
faham, gagal sebagai orang seni. Pejuang seni
sepatutnya mengislamisasikan seni yang begitu indah ke
dalam budaya Melayu tetapi lebih suka mengambil benda
dari luar. Mereka sengaja menambah masalah yang sedia
ada. Masalah di atas masalah. Umpama api kalau
diletakkan petrol pasti membakar. Sampai bila masalah
sosial remaja akan berakhir kerana kita sendiri
membakar mereka dengan tidak menonjolkan nilai-nilai
kita yang sebenar. Nilai-nilai yang pernuh dengan
kelembutan, kesopanan yang bertunjangkan kepada
peradaban bangsa Melayu.
Apa yang sering ditonjolkan adalah ciri-ciri hidup
orang barat. Sampaikan iklan-iklan yang ada di merata
tempat tak kira di dalam LRT, TV atau sebagainya semuanya
menonjolkan kebaratan. Selalunya orang akan menerima
apa yang dilihat dan difikir. Kalau sudah setiap hari
benda yang sama 'masuk' akhirnya ia akan menjadi jati
diri pada seseorang. Dalam hal ini kita nak salahkan
siapa negara kita ini negara Melayu (negara ketuanan
Melayu) tetapi lebih kebaratan. Dan negara kita inilah
satu-satunya negara di dunia ini di mana tamadun
peradapan atau jati diri penduduk asalnya (Melayu)
tidak tertonjol. Kenapa ketuanan Melayu tidak jadi Tanah
Melayu. Nasionalisme Melayu tidak menjadi Negara Melayu. Pelancong-pelancong yang
mendarat KLIA, tidak dapat melihat nilai-nilai atau jatai diri keMelayuan pada lapangan terbang
tersebut. Begitulah seterusnya sehingga masuk ke ERL, LRT dan sebagai. Tetapi ini tidak terjadi
kepada Thailand, Vietnam misalnya. Nasionalisme Vietnam melahirkan Negara Vietnam.
Nasionalisme China melahirkan Negara Chian, begitu juga dengan Thailand, India dan sebagai.
Mereka begitu kental dengan jati diri dan mempertahankan bangsa mereka. Tetapi nasionalisme
Melayu tidak membentuk sebuah Negara Melayu yang dihormati oleh bangsa minority yang lain.
Hatta penggunaan bahasa Melayupun tidak dihormati, apatah lagi penggunaannya dalam iklan-
iklan, papan tanda, nama taman dan sebagainya.
Oleh itu saya berharap, kita jangan jatuh ke lubang
yang sama setelah kita tahu di tempat itu penuh noda,
dosa dan pelbagai masalah.

Kedua sedarkan mereka siapa diri dia sebenarnya


(motivasi diri). Tanamkan rasa cinta pada bangsa. Cari
di mana puncanya.
Bentuk proses pentarbiahan sesuatu anak bangsa yang
menonjolkan ciri-ciri ke Melayuan yang menjadi tonggak
penduduk negara kemudian barulah sebut ciri-ciri ke
Malaysiaan yang mengambil kira bangsa lain, Cina,
India dan sebagainya. Inilah yang patut ada pada jiwa
merdeka.

Kelebihan seseorang manusia dengan makhluk lain ialah


kekuatan akal. Berbeza dengan binatang. Kalaulah
remaja tersebut berada di persekitaran yang buruk di
tambah dengan kelalaian ibu bapa dalam mendidik,
sekurang-kurangnya gunakan kekuatan akal. Pilih mana
yang baik dan buruk. Mereka perlu sedar, akal
pemberian tuhan itu boleh membezakan mana yang buruk
dan mana yang baik.
Kuatkuasakan undang-undang yang tiada kaitan dengan
badan yang kita lantik dalam kerajaan untuk
memperbetulkan benda-benda yang tidak baik. DBP tidak
membangun kenapa tidak rujuk kepada badan yang telah
sedia yang kita lantik sendiri. Begitu juga dengan
masalah sosial yang melanda remaja kita. Masalah tidak
akan selesai kalau kita tidak rujuk kepada masalah
remaja itu sendiri.

Saya sedih, artis yang menjadi idola kepada remaja,


ramai yang tidak mempunyai kekuatan ilmu dan kekuatan
akhlak mereka hanyut. Oleh itu melalui berita-berita
yang tersiar di akhbar atau di majalah tidak boleh
membina remaja ke arah yang baik. Sepatutnya mereka
perlu memiliki ilmu, kalau tidak tinggipun tahu
membawa diri ke arah nilai-nilai positif.

Sepatutnya remaja kita jadilah manusia yang memiliki


jati diri dan pandai membawa diri diumpamakan seperti
ikan di laut yang masin. Walaupun persekitarannya yang
tidak elok (masin) tetapi ia tetap gagah membawa diri
dan dagingnya tetap manis bila dimakan. Bila dia mati
sahaja, bila kita letakkan garam barulah dia masin.
Tetapi apa yang berlaku hari ini, golongan remaja kita
jiwanya telah mati. Apabila melalui persekitaran yang
buruk dengan segala macam masalah maka dia turut
menjadi buruk diumpamakan menjadi bangkai yang tidak
elok. Bila jiwa telah mati maka matilah dia.

Anda mungkin juga menyukai