Anda di halaman 1dari 5

_____________________Bab 2: Perubahan Fizikal , Emosi, Mental & Sosial__________________ __

Perkembangan Fizikal

1.Perubahan fizikal
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami
tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam perkembangan mereka dan apakah
kesan-kesan di sebaliknya. Antara perubahan fizikal yang berlaku ialah :-
Lelaki Perempuan

Tumbesaran badan  Bermula pada umur  Bermula pada umur 10 - 11


12-13 tahun tahun
Tubuh kita membesar  Memuncak pada  Memuncak pada umur 12 atau
umur 14 tahun 13 tahun
dan ia berlaku dengan
 Berhenti membesar  Berhenti membesar pada umur
pantas pada umur 18 tahun 17 atau 18 tahun
 Purata ketinggian  Purata halaju ketinggian adalah 9
adalah 10.5 sentimeter setahun
sentimeter setahun  Purata ketinggian yang dicapai
 Purata ketinggian adalah 25 sentimeter
yang dicapai adalah  Dipengaruhi oleh hormon
28 sentimeter perempuan iaitu estrogen.
 Dipengaruhi oleh
hormon lelaki iaitu 
androgen

Perubahan bentuk  Bahu berotot dan  Bentuk payu dara, paha dan
badan sasa punggung semakin
 Peningkatan membesar dan menonjol
stamina dan
kekuatan

Pertumbuhan bulu  Ketiak  Ketiak


badan  Kawasan kemaluan  Kawasan kemaluan
 Misai dan janggut

Lain-lain  Kulit semakin kasar  Kulit semakin lembut dan


dan berminyak berminyak
 Tumbuh jerawat  Jerawat mungkin tumbuh

Sumber daripada www.myhealth.gov.my

2. Perkembangan Emosi
_____________________Bab 2: Perubahan Fizikal , Emosi, Mental & Sosial__________________ __

Remaja sering dilayan seperti kanak-kanak dan pada masa yang sama sering dimarahi
kerana tidak bersikap dewasa oleh orang tua, ini menyebabkan mereka keliru dan melawan.
Dalam usaha mencapai kehendak dan keperluan hidup, remaja melalui 3 jenis perasaan iaitu
marah, takut dan gembira.

Remaja marah apabila dicabar atau keinginan tidak kesampaian. Harapan ibu bapa
yang sangat tinggi dan mengongkong hidup membawa kepada remaja memberontak dan lari
dari rumah. Remaja lelaki yang ditangkap merokok sanggup membocorkan tayar guru
disiplin. Gadis lari dari rumah kerana dimarahi ibu sebab pulang lewat. Tindakan tersebut
lebih mengikut perasaan dari berasaskan fikiran yang matang.

Pergaulan di rumah dan persekitaran sering mempengaruhi emosi remaja. Pengalaman


pahit selalu mempengaruhi kehidupan bukan sahaja di alam remaja malah sehingga dewasa.
Rasa takut menyebabkan remaja memencilkan diri dan hilang keyakinan. Pengalaman pahit
sering dimarahi oleh ayah tiri menyebabkan remaja sentiasa dibelenggu rasa takut dan rendah
diri.

Sebaliknya rasa gembira memuncak bila remaja mendapat perhatian dan kasih
sayang, pujian dan dihormati. Rasa gembira ini akan sentiasa bersama remaja sehingga
memasuki alam dewasa seperti juga rasa takut. Maka adalah sangat penting alam remaja di
pupuk dengan penuh rasa gembira dan kasih sayang bagi menentukan remaja membesar
menjadi dewasa yang matang dan berpendirian. Remaja yang mendapat kasih sayang
sepenuhnya sering berjaya dalam akademik.

Tiga (3) peringkat perubahan emosi :

 Emosi peringkat awal (13-14 tahun) :

Remaja perempuan tertarik kepada remaja lelaki, cemuhan masyarakat seperti ‘perigi
cari timba’, gatal, tidak bermaruah dan murah.

 Emosi peringkat pertengahan (14-15 tahun) :

Remaja lelaki baru mula tertarik kepada remaja perempuan tetapi tiada tindak balas
dari remaja perempuan dan suka berkhayal; ‘syok sendiri’ kerana remaja perempuan
sering kali jual mahal

 Emosi peringkat akhir ( >16 tahun) :

Berpasang-pasangan, mula fikir masa depan – pekerjaan dan pasangan hidup, suka
habiskan masa melepak di pusat membeli belah, wayang dsb. Wanita lebih sensitif,
kuat merajuk ketara kerana takut kesepian, membawa kepada perlakuan
membinasakan diri

3. Perubahan Mental
_____________________Bab 2: Perubahan Fizikal , Emosi, Mental & Sosial__________________ __

Pada peringkat awal, remaja sering membuat andaian, dan kurang kekuatan mental.
Oleh itu, keputusan yang dibuat kadangkala tidak mempunyai asas yang kukuh, dan tanpa
bukti yang nyata. Maka, keputusan mudah berubah apa bila dicabar atau digertak.

Keadaan mental remaja adalah seperti berikut :-

 Kurang kekuatan mental

 Andaian bukan pemerhatian

 Keputusan tidak mempunyai asas kukuh / bukti nyata dan mudah berubah bila
dicabar / gertak.

 Keupayaan meneliti & menganalisis insiden lemah

 Perhatian difokuskan kepada individu bukan masyarakat.

 Pengalaman hidup

 Pentingkan diri sendiri

 Tiada tolak ansur

 Salah bermakna hukuman

 Penguasaan hal abstrak kurang

 Membawa kepada perlakuan homoseksual & lesbianisme

 Kecelaruan gender

 Fenomena sejak kanak-kanak : ‘Tom-Boy’, keperempuanan dan tidak


ditegah oleh ibu bapa .

4. Perkembangan Sosial
_____________________Bab 2: Perubahan Fizikal , Emosi, Mental & Sosial__________________ __

Selain mengalami perubahan fizikal, remaja turut mengalami perubahan psikososial. Antara
perubahan psikososial yang dialami adalah :

o Ingin mencari identiti diri.

o Ingin berdikari.

o Mahu mencuba perkara-perkara yang belum pernah dilakukan.

o Mudah tetarik kepada remaja yang berlainan jantina.

Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian daripada proses pembesaran.
Perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya remaja tidak menghancurkan masa
depan sendiri.

 Perkembangan sosial remaja dipengaruhi oleh 3 faktor :


 Perhubungan kekeluargaan
 Hubungan rakan sebaya
 Hubungan dengan masyarakat
 Kemahiran sosial :
 Suka berkawan
 Menerima orang dewasa
 Mempunyai identiti jantina yang jelas
 Menerima diri secara positif
_____________________Bab 2: Perubahan Fizikal , Emosi, Mental & Sosial__________________ __

Ibu bapa tentunya menjadi insan yang paling gembira apabila melihat anak mereka
meningkat remaja. Remaja mungkin menghadapi tekanan untuk memilih antara peraturan ibu
bapa dengan kemahuan sendiri. Oleh itu jadilah remaja yang bermaruah serta menerapkan
gaya hidup sihat. Amalan-amalan ini boleh membantu remaja.

1. Hormatilah orang-orang yang lebih tua.

2. Hindari diri daripada pengaruh rokok, dadah, arak atau terjebak dengan perilaku tidak bermoral
seperti seks rambang yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV / AIDS.

3. Tanamkan sifat amanah dalam diri.

4. Dekati diri dengan ajaran agama.

5. Berikan bantuan kepada rakan yang memerlukan pertolongan.

6. Pilih rakan sebaya yang berakhlak baik.

7. Menabung untuk masa hadapan.

8. Berkongsi perasaan dan emosi dengan ahli keluarga.

9. Hormati dan sayangi diri serta tubuh badan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai