Anda di halaman 1dari 3

Kajian Kes: Pusat Serenti Dengkil.

Lawatan: 2 & 3 Februari 2006

Lawatan Pertama 2 Feb 2006, bertemu dengan En. Mokhtar, Kaunselor Pusat Serenti
untuk dapatkan maklumat & bawa surat kebenaran utk adakan kajian dari ADK. Melawat
sekitar Pusat serenti diiringi oleh En. Mokhtar.
Lawatan kedua 3 Feb. 3.30 ptg – 5.15 ptg.
Antara maklumat yg diperoleh ialah:
1. Siapa yg terlibat dengan pendidikan dewasa di PS Dengkil?
Penagih dadah
Mengapa dan bagaimana mereka terlibat dengan pendidikan di sini?
Penagih dadah yang ditangkap oleh pihak polis di bawah Seksyen 6(1)(a)Sub6(2)
kerana mengambil dadah. Tangkapan sekitar KL & Selangor. Mereka berada di
sini atas penguatkuasaan undang-undang atau atas perintah kemasukan. Tiada
penagih sukarela di sini.

Data berkenaan pelatih di PS Dengkil:


i. Bilangan : 133
ii. Jantina : Lelaki
iii. Bangsa: M – 101. C – 09, India – 17, Lain-lain bangsa – 6
iv. Umur:
a. 20-30 : 84 org
b. 31-40 : 37
c. 41-49 : 10
d. 50-59 : 2

v. Pendidikan:
a. Sek Ren. : 17 org
b. T1-T5 : 112
c. T6 :2
d. Diploma :2

vi. Pekerjaan :
Kebanyakan bekerja sendiri seperti bekerja dengan keluarga (perniagaan),
buruh, penganggur dsb.

vii. Jenis dadah yang diambil ; ganja, morphine dan paling banyak ialah
heroin.
viii. Jangkamasa pembelajaran diperoleh : 2 tahun
ix. Jenis Pelatih:
a. Fasa 1 : Berbaju ungu: Pelatih yang baru masuk PS. Di kuarantin
sepenuhnya. Pelatih hanya keluar asrama untuk makan dan mengikuti
kelas. (peraturan/disiplin di asrama, kesihatan, motivasi dsb)
b. Fasa II : Berbaju Merah ; Pelatih mula masuk projek mengikut yang
diminati (rujuk projek) dan jadual harian yang ditetapkan.
c. Fasa III : Berbaju Kuning.
d. Fasa IV : Hijau. Fasa I – IV pelatih perlu menghabiskan selama 4
bulan setiap fasa dan hanya akan naik ke Fasa lebih tinggi sekiranya
lulus ujian serta melepasi kriteria yang ditetapkan untuk setiap fasa.
e. Fasa V : Berbaju putih/pakaian bebas (yg sopan)/pra bebas. Pelatih
berada selama sebulan dalam fasa ini.

2. Apa yang dipelajari oleh mereka? Mengapa?


Pada keseluruhannya apa yang dipelajari oleh mereka di PS Dengkil adalah
tentang pemulihan diri mereka daripada dadah. Apa yang dipelajari meliputi
aspek jasmani dan rohani serta mempelajari kursus kemahiran seperti masakan,
pertanian, landskap, ternakan ayam & lembu, gunting rambut, atau perabut
sebagai persediaan apabila mereka keluar dari PS.

Jadual Harian pelatih di PS Dengkil adalah seperti berikut:

5.30 pg. : Bangun pagi/bersih diri.


6.00 pg. : Solat subuh berjemaah. Bagi non-muslim membersih
asrama.
6.30 pg. : Senaman pagi/regangan otot. Diketuai oleh pelatih
mengikut giliran.
7.00 pg. : Sarapan pagi.
8.00 pg. : Master Perdana ( Ro call)di Padang Square A.
8.30 pg. : Berkawad. Juru latih di kalangan pelatih.
9.30 pg.-12.00 tgh. : Memasuki projek masing-masing. Bagi pelatih Fasa I
mereka akan ke kelas khas.
i. Pertanian : sayuran
ii. Kilang perabut : Master Cool Sdn bhd.
iii. Gunting rambut
iv. Bengkel kereta/motor
v. Surau
vi. Stor Pusat
vii. Ternakan : lembu & ayam
viii. Bush cutter : khemah, pembinaan, pembersihan
ix. Landskap.
12.00 tgh. – 2.30 ptg. : Ro call di Padang Square B.
Makan & Solat Zohor
2.30 ptg. – 4.00 ptg. : Projek
4.00 ptg. : Ro call & Solat Asar
5.00 ptg : Riadah (bebas) jenis permainan spt bola sepak, sepak
takraw, badminton dsb.
6.30 ptg. : Ro call, makan malam, solat Maghrib & Isyak berjemaah,
tazkirah/usrah (mlm Jumaat bacaan Yasin)
9.00 mlm. : Ro call di Padang Square A
10.00 mlm : Ro call di asrama & tidur.
Dari masa ke semasa terdapat badan bukan kerajaan (NGO) seperti PEMADAM,
PENGASIH, PENDAMAI serta badan kerajaan seperti Kementerian Kesihatan,
agama dan sebagainya memberikan pelbagai bentuk bantuan seperti ceramah,
bengkel, kursus dan sebagainya demi untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran serta kemahiran pelatih di sini sebagai salah satu proses pemulihan di
kalangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai