Anda di halaman 1dari 41

Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan

 
 
Keutamaan pergaulan dan persaudaraan
 
          Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budi
pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Maka
kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-
padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budi
pekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain
dan bermusuh-musuhan.
          Mengenai kebaikan budi pekerti ini, sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalam
agama sebab dengan sifat inilah Allah s.w.t. telah memuji NabiNya alaihis-salam dalam
firmanNya.
 
          “Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur.”          (al-Qalam:
4)
 
          Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 
          “Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada
Allah dan kebaikan budi pekerti.”
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti.”
 
          Dengan itu sudah jelaslah, bahwa buahnya budi pekerti yang baik menimbulkan rasa
perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat banyak huraian yang
menyimpulkan berbagai-bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu, terutama sekali bila
yang menyebabkan ikatan itu, ialah taqwa atau agama ataupun cinta kepada Allah.
Kepujian-kepujian itu ada yang terdiri dari ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah
s.a.w., atau atsar para sahabat dan tabi’in, semuanya cukup dan lengkap.
          Allah s.w.t. telah berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaNya ke atas
kaum Mu’minin, katanya:
 
          “Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu menjadi saudara.”           (ali-
Imran: 103)
 
          Maksud dari ayat tersebut ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain.
 
          Allah s.w.t. mencela perpecahan dan menegah dengan keras sikap itu dalam
firmanNya:
 
          “Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan janganlah berpecah-
belah”        (ali-Imran: 102)
 
          Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
          “Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang
yang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang
bermesra dan dimesrai.”                                                    
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Seorang Mu’min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan tiada gunanya
pada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka dimesrai.
 
          Sabdanya lagi:
 
 
          “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang
teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu.”
 
          Lagi sabdanya:
 
          “Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang
lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya.”
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap
orang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap
orang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap
orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap
orang-orang yang tolong-menolong keranaKu.”
 
          Lagi sabdanya:
 
          “Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah, ialah orang yang senang
bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh
Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan
antara sesama saudara.”
 
            Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari al-Fudhail rahimahullah Ta’ala,
katanya: Ah! Engkau ingin menetap dalam Syurga Firdhaus, serta harap bertetangga
dengan Allah di dalam rumahNya (Syurga) bersama-sama para Nabi dan Siddiqin, Syuhada
dan Salihin! Amalan apakah yang telah anda kerjakan? Syahwat manakah yang telah anda
tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah telah anda manahan diri? Keluarga yang mana
satu telah anda perhubungkan? Kikhilafan saudaramu, sudahkah anda maafkan? Orang
dekat yang mana telah anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah? Dan dengan orang
jauh yang mana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!
          Dia berkata lagi: Seseorang yang mengamat-amati wajah saudaranya kerana cinta
dan rahmat adalah melakukan suatu ibadat.
 
Menentukan cinta kerana Allah
 
          Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda
mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang
bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai
gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan
memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan
amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara
contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.
          Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itu
dapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperoleh
pangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-
mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut
keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalu
menghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin
mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan
sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan
makanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.
          Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-
orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga.
Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya,
membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia
dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain,
sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri
untuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.
          Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dari
wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untuk
kehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapat
melapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan
amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala maka cintanya itu dikira kerana
Allah Ta’ala jua.
          Segolongan para Salaf Saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggung
oleh hartawan-hartawan yang murah hati. Jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolong
pencinta-pencinta yang mencari keredhaan Allah Ta’ala.
          Juga, jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindungi
dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya, atau untuk menginginkan seorang anak
yang saleh dari pernikahan itu, ataupun dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia
dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci, seperti misal-misal yang disebutkan di atas
tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana Allah Ta’ala.
          Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dan
dunia, seperti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkan
segala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang
mencintai kerana Allah.
          Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerna Allah Ta’ala itu, ia mesti
tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabi
salawatullahi alaihim sering menyeru kita berdoa, agar Allah s.w.t. mencukupkan kedua-dua
keperluan dunia dan akhirat.
 
          “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat.”            (al-Baqarah: 201)
 
          Juga dalam doa yang ma’tsur berbunyi:
 
          “Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang
dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”
         
Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh, niscaya akan muncul
wataknya perasaan suka membantu dan menolong serta mengutamakan orang lain dari diri
sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat
yang baik.
          Dalam hal ini manusia adalah berbeda menurut perbedaan darjat kecintaannya
terhadap Allah azzawajalla. Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai
percubaan yang bertalian dengan kepentingan-kepentingan dirinya, sehingga ada kalanya
semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi, semuanya telah dibelanjakan bagi
kepentingan orang yang dicintainya itu, Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri
sendiri, manakala yang lain diberikan kepada orang-orang yang dicintainya.
          Tidak kurang juga, orang yang membahagikan harta kekayaannya kepada dua, satu
bahagian untuk dirinya dan satu bahagian lagi untuk kekasihnya, ada yang memberikan
sepertiga dari harta kekayaan, dan ada sepersepuluh dan seterusnya. Banyak atau sedikit
wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu, sebab tidak
dapat ditentukan darjat cinta itu, melainkan dengan kadar harta yang dibelanjakan kepada
para kekasihnya. Maka barangsiapa hatinya telah dipenuhi oleh rasq cinta kerana Allah,
tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi, selain dari cintanya kepada Allah
semata-mata. Ketika itu tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta
kekayaannya, melainkan semuanya dibelanjakan kerana Allah s.w.t.
          Contoh dalam misal ini, ialah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq (Khalifah Islam
pertama), beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah (untuk dikahwinkan kepada
Rasulullah s.a.w. – pent), sedangkan aisyah itu cahaya matanya kemudian dibelanjakan
semua harta bendanya kerana Allah s.w.t.
          Dengan itu disimpulkan, bahwasanya sesiapa yang mencintai seorang alim atau’
abid, ataupun dia mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang
masanya beribadat atau membuat kebaikan, maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya
itu kerana Allah dan untuk Allah dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia
dari Allah Ta’ala menurut kadar kekuatan cintanya itu.
 
Tanda kebencian kerana Allah.
 
          Ketahuilah bahwa apabila seseorang itu mencintai seorang lain kerana Allah, maka
hendaklah apabila ia membencinya kerana Allah juga. Sebab punca yang menyebabkan
anda mencintai seorang manusia itu, mestilah kerana ia amat taat kepada Allah, ataupun
kerana ia dicintai di sisi Allah disebabkan amalan-amalannya yang baik. Tetapi bila orang itu
bermaksiat kepada Allah, maka tentulah anda akan membencinya, kerana ia menderhaka
kepada Allah dan terkutuk di sisi Allah. Tegasnya barangsiapa mencintai seseorang kerana
sesuatu sebab, niscaya ia akan membencinya kerana sebab yang berlawanan dengannya.
          Menampakkan benci kepada seseorang, sama ada dengan membisukan lidah atau
tidak ingin berbicara dengannya, atau tidak mengendahkan kehadirannya atau menjauhkan
diri daripadanya atau bersikap acuh tak acuh terhadapnya atau menganggapnya tidak
penting dan tidak berguna, atau mengeraskan kata bicara kepadanya. Segala sikap ini
diperlakukan menurut tingkatan kefasikan seseorang atau kemaksiatan yang ditunjukkan
oleh orang itu.
          Adapun kesalahan yang telah diakui oleh pelakunya bahwa ia telah berkhilaf, lalu ia
merasa dukacita atasnya dan berjanji tidak akan kembali kepadanya lagi, maka sebaik-
baiknya ditutup kekhilafan itu dan dikejamkan mata daripanya.
 
Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat.
 
          Ketahuilah, bukan semua manusia patut dijadikan sabahat Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
 
            “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang
kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”
 
          Sayugialah hendaknya rakan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat dan
kelakuan yang istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya untuk dijadikan rakan atau
sahabat. Kesimpulannya hendaklah sabahat itu seorang yang waras fikiran, baik budi
pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal-hal keduniaan.
          Adapun sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan,
kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang yang ahmak atau kurang akalnya,
sebab yang demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan,
sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata bahawasanya
memutuskan persahabatan dengan orang
yang ahmak itu, adalah suatu pengorbanan (mendekatkan diri) kepada Allah.
          Adapun perihal budi pekerti yang luhur itu, maka setiap orang patut bersifat
dengannya. Sebab tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai oleh
perasaan marah, suka dipengaruhi oleh nafsu syahwat, atau orang yang bersifat kikir dan
pengecut atau orang yang selalu menurutkan segala hawa nafsunya yang buruk itu.
          Adapun orang yang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat
dan tidak mengendahkan nasihat orang supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga
tidak ada faedah untuk bersahabat dengannya. Malah melihat kelakuannya saja akan
mendorong jiwa kepada perkara-perkara maksiat, serta memadamkan rasa benci kepada
maksiat yang sudah dipunyai oleh hati. Begitu pula biasanya, orang yang tidak takut
kepada Allah, tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak
kecurangannya, bahkan biasanya ia memang suka bertukar-tukar sikap dengan pertukaran
keadaan dan pendirian.
 
Allah berfirman:
 
          “Dan jangan lah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari
mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (al-Kahf: 28)
 
Allah berfirman lagi:
 
          “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tiada mempedulikan peringatan Kami,
dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata”.                (an-Najm: 29)
 
          Allah berfirman lagi:
 
          “Dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepadaKu.”   (luqman: 15)
 
          Dalam ayat-ayat tersebut ditunjukkan larangan bersahabat dengan orang-orang
yang fasik.
          Alqamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya engkau
merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang
yang sifatnya seperti berikut:
(1)               Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
(2)               Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik
persahabatanmu itu.
(3)               Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia
akan membantumu.
(4)               Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan
baik.
(5)               Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.
(6)               Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
(7)               Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
(8)               Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu.
(9)               Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
(10)          Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
(11)          Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
(12)          Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan. Demikian pesanan Alqamah kepada puteranya dalam
menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.
 
Berkata Saiyidina Ali r.a:
 
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu.
Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.
Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu.
Sanggup mengorbankan segala-segala untuk kepentingan dirimu.
 
Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah berkata pula: jangan sekali-kali engkau bersabahat
melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut:
(1)               Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal
keduniaanmu.
(2)               Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal
keakhiratanmu.
Memasyghulkan diri dengan bersahabat selain dari dua orang yang tersebut di atas
itu, akan menyebabkan kerugian dan menunjukkan kebodohan yang besar.
Adapun berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan
semata-mata, adalah semacam meminum racun yang membinasakan. Kerana tabiat
manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru dan mengikut sikap kawan. Dan
memang sudah ternyata, bahwa tabiat manusia selalu meniru tabiat rakannya tanpa
disedari oleh yang lain. Jadi bercampur-gaul atau berkawan dengan orang amat
mementingkan hal-hal keduniaan semata-mata, akan menarik hati kepada sifat tamak dan
sayangkan dunia. Begitu pula bercampur gaul atau berkawan dengan orang yang zahid atau
orang yang mementingkan hal-hal keakhiratan, akan menarik hati kepada cintakan
kezahidan. Oleh itu dimakruhkan persahabatan dengan penagih dunia atau pencinta dunia,
dan dianjurkan persahabatan dengan para ulama dan para bijaksana dan cendekiawan.
Luqman memberikan nasihat kepada puteranya katanya: Wahai anakku! Dampinglah
para ulama dan hubungkanlah kedua lututmu dengan mereka, kerana hati itu akan menjadi
hidup dengan diresapi hikmat sebagaimana bumi yang mati itu akan hidup semua dengan
diresapi air hujan.
 
Hak persaudaraan dan persahabatan
 
          Ketahuilah bahwasanya saudaramu itu mempunyai bermacam-macam hak iaitu:
(1)               Hak di bidang harta
(2)               Hak memberikan bantuan dengan jiwa dan raga.
(3)               Hak memelihara lidah dan hati
(4)               Hak memelihara ucapan
(5)               Hak pengampunan
(6)               Hak mendoakan
(7)               Hak menepati janji dan ikhlas diri
(8)               Hak memberi kemudahan, meninggalkan bersusah payah atau menyusahkan.
 
Hak-hak saudara ini berjumlah delapan kesemuanya. Berikut keterangan satu persatu:
 
(1)               HAK DI BIDANG HARTA:
Diriwayatkan dalam sebuah Hadis berbunyi:
 
“Perumpamaan kedua saudara itu adalah seperti kedua tangan; yang satu membersihkan
yang lainnya.”
 
Amat tepat sekali, perumpamaan itu, kerana memanglah tugas kedua tangan itu
saling bantu-membantu antara satu sama lain atas maksud yang satu. Demikian pulalah
hendaknya keadaan kedua saudara itu, tiada akan sempurna persaudaraannya, melainkan
bila kedua-duanya bersatu dalam satu tujuan, seolah-olah bila dipandang keduanya seperti
orang yang satu. Kesatuan tujuan keduanya mestilah dalam keadaan senang dan susah,
dan saling tolong-menolong dalam masa akan datang dan sekarang, dengan menjauhkan
segala kepentingan diri atau melebihkan satu atas yang lain.
Adapun perihal bantu-membantu dalam soal kewangan terhadap saudara ada tiga
peringkat:
Pertama: Tingkat yang paling rendah sekali ialah dengan mengganggap sebagai
seorang khadam kepadamu. Jadi lebih dulu, anda penuhkan semua keperluan anda dari
harta kekayaan anda. Kemudian sekiranya ada lebih lagi, sedangkan saudaramu
memerlukan pula kepada pertolongan, maka barulah anda berikan pertolongan kepadanya.
Tetapi jangan pula anda menunggu sampai ia meminta dulu baru diberikan, tetapi
hendaklah anda menawarkan terlebih dulu. Jika anda berdiam diri sehingga ia terpaksa
meminta, maka sikap itu adalah suatu kecuaian dalam soal persaudaraan.
Kedua: Tingkat kedua ialah dengan menganggap saudaramu seperti dirimu sendiri.
Anda redha berkongsi dengannya dalam harta kekayaan dan segala milik anda, sehingga
anda sanggup membahagi dua harta benda dan kekayaan anda bersamanya.
Ketiga: Tingkat yang paling tinggi sekali, iaitu dengan mendahulukan hajat dan
keperluannya atas hajat dan keperluan anda sendiri. Sifat seumpama ini hanya ada pada
orang-orang dalam tingkatan para siddiqin, dan ia merupakan tingkatan para pencinta.
Dan puncak dari segala tingkatan-tingkatan ini, ialah melebihkan hak orang lain atas
hak peribadi sendiri, maka sayugialah anda perhatikan semua tingkatan-tingkatan ini pada
diri anda. Kiranya tidak ada satu pun dari ketiga-tiga tingkatan ini pada diri anda, maka
ketahuilah, bahwasanya ikatan persaudaraan itu masih belum terikat lagi dalam batin anda.
Adapun pergaulan yang berlaku sehari-hari dengan saudara mara itu, tiada lain melainkan
semacam pergaulan yang rasmi saja, tidak ada kesan apa pun yang tertinggal di dalam akal
atau agama.
Berkata Maimum bin Mahran: Barangsiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka
melebihkan kawan atas diri sendiri, maka lebih baik ia berkawan dengan ahli kubur.
Setengah ahli agama masih belum dapat menerima darjat pertama dari tingkatan-
tingkatan yang tiga tadi sebagai sifat yang diredhai oleh mereka.
Diriwayatkan bahwa Utbah al-Ghulam rahimahullah mengunjungi rumah seorang
kawan yang telah diakuinya sebagai saudara, lalu berkata: Aku perlukan dari hartamu
sekadar 4,000 dirham. Jawab rakannya: Ambillah 2,000 saja! Utbah enggan menerimanya
malah ia mencela orang itu, katanya: Sungguh tak kusangka bahwa anda telah memilih
dunia dari Allah Ta’ala. Tidakkah anda merasa malu mendakwakan persaudaraan kerana
Allah, kemudian anda berkata semacam ini?
Adapun tingkatan yang paling tinggi sekali dari tingkatan persaudaraan itu, maka
Allah telah menjelaskan sifatnya sepertimana yang ditunjukkan kepada kaum Mu’minin
yang berikut dalam firmanNya:
 
“Dan urusan mereka dipermusyawaratkannya antara sesama mereka, dan mereka
sentiasa membelanjakan apa-apa yang Kami memberikan rezeki kepada mereka.”   (asy-
Syura: 38)
 
Yakni, kaum Mu’minin itu menjadi syarikat atau kongsi dalam harta benda sesama
sendiri, tidak ada bedanya harta seorang dengan yang lainnya. Bahkan ada di antara
mereka itu yang enggan mengaku kawan kepada orang yang berkata: Ini sandalku, yakni ia
telah mementingkan dirinya sendiri bila mengatakan sandal itu miliknya.
Ada di antara mereka itu yang terus memerdekakan hamba sahayanya disebabkan
kedatangan seorang teman atau saudara ke rumahnya, lalu mengambil dari hartanya
sekadar keperluan saudara itu sedangkan ia tidak ada di rumah. Perbuatan memerdekakan
hamba sahaya itu kerana terlalu gembira dengan perilaku kawannya tersebut.
Berkata Zainul Abidin Ali Ibnul-Hussain r.a kepada orang ramai: Pernahkah
seseorang di antara kamu memasukkan tangannya ke dalam saku atau kocek kawannya
seraya mengambil apa yang diperlukan olehnya tanpa izin? Mereka berkata: Tidak pernah!
Maka beliau berkata lagi: Kalau begitu kamu sekalian belum boleh dikatakan sahabat.
Ibnul Umar r.a pula berkata: Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. telah menerima
hadiah kepala kambing dari sahabatnya, tetapi dia telah menolaknya dengan alasan ada
sahabat yang lain yang lebih berhajat daripadanya, maka kepala kambing itu pun dibawalah
kepada sahabat yang dikatakan lebih berhajat itu, tetapi sahabat itu juga telah menolaknya,
dengan alasan bahwa di sana ada orang lain yang lebih berhajat daripadanya. Seterusnya
kepala kambing itu pun bertukar tangan dari seorang kepada yang lain, sehingga berkeliling
ke tangan tujuh orang dan akhirnya sampai semula ke tangan orang yang pertama itu
sekali lagi.
Berkata Abu Sulaiman ad-Darani: Andaikata seluruh isi dunia ini kepunyaan saya,
lalu saya letakkannya ke dalam mulut salah seorang dari sahabat-sahabatku, maka saya
masih merasakan terlalu sedikit; iaitu disebabkan membelanjakan sesuatu ke atas sahabat
itu lebih utama daripada bersedekah terhadap kaum fakir miskin.
Berkata Ali r.a.: Dengan hanya dua puluh dirham yang dapat aku berikan kepada
saudaraku kerana Allah adalah lebih kucintai daripada dapat bersedekah dengan seratus
dirham ke atas orang-orang miskin.
Termasuk kesucian diri dalam persaudaraan ialah bersenang lenang di rumah
sahabat, sebagaimana ianya menjadi amalan sebahagian terbesar dari para Salaf Saleh.
Allah telah berfirman:
 
“Ataupun di rumah yang kamu miliki kunci-kuncinya atau di tempat kawanmu.”      
(an-Nur: 61)
 
Maksud dari ayat di atas ialah sekiranya asa seorang sahabat yang menyerahkan
kunci rumahnya kepada sahabat yang lain, serta mengizinkan sahabat itu untuk bertindak
sesuka hati di dalam rumahnya itu. Jadi pada mulanya sahabat itu memelihara diri supaya
tiada memakan sesuatu dalam rumah itu menurut hukum taqwa, sehingga Allah turunkan
ayat yang tersebut di atas, yang mengizinkan untuk bersenang lenang dalam mengecap
makan-minum kawan-kawan dan rakan-rakan di rumah masing-masing.
 
(2)              HAK MENOLONG DENGAN JIWA DAN RAGA
 
Di dalam soal menunaikan hajat seseorang sahabat dan mengusahakan semua
keperluannya serta mengutamakan hajat-hajat kawan atas diri sendiri itu ada pula
tingkatan-tingkatannya. Tingkatan yang paling rendah sekali ialah memenuhi hajat dan
keperluan kawan, bila ia memintanya, sedangkan kawan yang diminta bantuan itu berkuasa
untuk membantunya pula. Bila diberikan bantuan, hendaklah dengan wajah yang manis dan
rasa senang, serta melahirkan tanda kegembiraan, kerana kawan itu sanggup menerima
kurniaannya.
Setengah orang berkata: Apabila anda memohon pertolongan dari saudaramu pada sesuatu
keperluan, sedangkan ia tiada memenuhi permohonan anda itu, maka hendaklah anda
ingatkannya kali kedua, kerana mungkin sekali ia telah terlupa. Tetapi sesudah itu jika ia
masih tidak mengendahkan anda lagi, maka hendaklah anda membaca: Allahu Akbar
kepadanya (seolah-olah anda berdiri sedang sembahyang jenazah --- pent), kemudian
bacakan ayat al-Quran ini:
 
“Dan orang-orang yang mati itu, akan dibangkitkan oleh Allah.”           (al-An’am: 36)
 
Di antara para salaf, ada yang mengambil berat terus mengenai hal-ehwal keluarga dan
anak-anak sahabatnya, selepas wafatnya sahabat itu sepanjang masa 40 tahun. Ia
mencukupkan semua keperluan mereka, dan sentiasa menziarahi mereka serta memberikan
berbagai-bagai bantuan moral material setiap kali mereka memerlukannya. Pendekkata,
keluarga itu tidak akan merasa kurang apa-apa, kecuali batang-tubuh ayah mereka yang
telah meninggal dunia saja, malah mereka mendapati rakan-rakan ayah mereka dalam
mengambil berat tentang hal-ehwal mereka itu, melebihi tanggungjawab ayah sendiri
sewaktu hayatnya.
Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh para salaf itu, ialah sering mengunjungi rumah-
rumah para sahabat mereka, serta membawa segala keperluan ahli rumah itu, padahal
sahabatnya dan seisi ahli rumah itu, tiada mengetahui siapakah yang memberikan bantuan
itu. Dengan cara beginilah mereka binakan perasaan kasih sayang dan simpati dalam
persudaraan mereka itu. Sebab persaudaraan yang tidak menelurkan apa-apa perasaan
kasih sayang dan simpati antara sahabat yang lain itu tidak ada gunanya sama sekali.
Berkata Maimun bin Mahran: Orang yang tidak ada faedah persahabatannya, tentu tidak
akan mudharat permusuhannya.
Kesimpulannya: Hendaklah dijadikan hajat dan keperluan saudaramu itu persis seperti hajat
dan keperluan diri sendiri, malah kalau boleh lebih dipentingkan hajat dan keperluan
mereka dari diri sendiri. Bahkan hendaklah anda sentiasa menyelidiki masa-masa timbulnya
keperluan saudaramu itu, jangan sampau terlalai dengan hal ehwalnya sebagaimana anda
tidak melalaikan tentang hal ehwal diri sendiri. Dan hendaklah anda tidak membiarkan
saudaramu memulakan permintaan bantuan atau pertolongan, baru diberikan. Kemudian
bila sudah dibantu, janganlah merasakan diri anda itu mempunyai hak atau budi ke
atasnya, tetapi hendaklah dianggapnya sebagai anda terhutang budi kepadanya, kerana ia
suka menerima jasa baikmu dan pertolonganmu untuk menghuraikan keperluannya.
Berkata Atha’: Perhatikanlah sahabat-sahabatmu itu didalam tiga persoalannya, iaitu:
(1)               Jika mereka sakit, hendaklah segera menziari mereka.
(2)               Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan, maka berikanlah bantuan.
(3)               Jika mereka terlupa, maka hendaklah mengingatkan mereka.
 
Said Ibnul-Ash berkata pula: Sahabatku yang rapat kepadaku mempunyai tiga macam hak
atasku, iaitu:
(1)               Jika ia datang kepadaku, niscaya aku mengalu-alukan kedatangannya.
(2)               Jika ia berbicara, niscaya aku berikan perhatian kepada perbicaraanya.
(3)               Jika ia duduk disebelahku, niscaya aku luaskan tempat untuknya.
 
Allah telah berfirman:
 
“Mereka itu mempunyai perasaan kasih sayang antara sesama mereka”         (al-Fath:
29)         
 
Ayat ini menunjukkan perasaan simpati dan perasaan hormat menghormati dan kasih-
mengasihi antara sesama sahabat.
Seterusnya untuk menyempurnakan perasan simpati dan kasih sayang antara para sahabat,
hendaklah jangan mengadakan jamuan makanan yang lazat atau mengadakan keramaian
tanpa mengundangnya turut bersama mengecap makanan-makanan yang lazat itu, malah
hendaklah merasa tidak senang bila ia tiada bersama-sama ataupun merasa kurang meriah
bila ia terpisah dari sahabat-sahabatnya dalam keadaan-keadaan yang demikian.
 
(3)      HAK MEMELIHARA LIDAH
 
Dalam menunaikan hak sahabat dalam memelihara lidah ialah dengan berdiam diri suatu
kala dan berbicara di kala yang lain.
Cara berdiam diri itu ialah tiada menyebut-nyebut keburukan-keburukan kawan di masa dia
hadir di hadapan kita ataupun dia tiada. Malah jika kita tahu ada keburukannya, kita buat-
buat tidak tahu saja, dan kalau ada orang yang menyebutnya, kita harus pura-pura tidak
tahu, dan jangan sampai kita menambah-nambah pula atau membuka pintu perdebatan
mengenai keburukan kawan itu. Dan jangan pula kita merisik-risik tentang kekurangannya
atau menungkit-ungkit perihalnya.
Andaikata kita lihat ia sedang menuju ke suatu usaha, atau sedang menunaikan sesuatu
keperluan, maka janganlah kita bertanyakan tentang maksud dari usahanya itu, dari mana
puncanya dan datangnya. Mungkin sekali dia tidak ingin memberitahu kita tentang rahasia
perusahaannya itu, sehingga ia terpaksa berbohong kerananya.
Apabila diberitahukan kepada kita sesuatu rahasia, maka hendaklah kita menyimpannya
baik-baik, jangan sampai kita bocorkan rahasia itu kepada sesiapa pun, meskipun kepada
salah seorang sahabat yang paling rapat dengannya. Rahasia itu mestilah disimpan baik-
baik, walaupun sesudah itu berlaku pergisiran atau perselisihan-faham antaranya dengan
kita, namun rahasia mestilah dijaga. Jika kita bocorkan juga, maka itu adalah sikap orang
yang tercela tabiatnya dan kotor batinya.
Seterusnya, hendaklah kita tidak mencela rakan-rakan yang disayanginya, begitu pula
dengan isteri dan anak-anaknya. Andaikata kita mengetahui ada orang lain yang
mencacinya, maka janganlah pula kita menyampaikan caci-cela itu kepadanya. Kerana ada
kata pepatah: Orang mencacimu itu ialah orang yang menyampaikan cacian orang lain,
Sebaik-baiknya, bila mendengar ada orang yang memuji sahabat kita, kita sampaikan
kepadanya, kerana yang demikian itu akan menimbulkan rasa gembira dalam hatinya, dan
dia pula akan berterima kasih kepada kita kerana kita sampaikan berita itu, kemudian itu
akan menimbulkan rasa gembira dalam hatinya, dan dia pula akan berterima kasih kepada
kita kerana kita sampaikan berita itu, kemudian dia akan merasa senang dengan orang
yang memujinya itu. Menyimpan berita itu, samalah seperti orang yang busuk hati dan
hasad.
Pendek kata, hendaklah kita tiada menyebut-nyebut kata-kata yang boleh menimbulkan
kemaraham atau perasaan benci dalam hatinya, melainkan bila wajib kita berkata terus
terang kepadanya dan tidak ada jalan lain lagi untuk menahannya; iaitu seperti
mengingatkan kepada suruhan agama yang mesti ditunaikan atau larangan yang patut
dijauhi. Dalam hal serupa ini, tidak boleh berdiam diri, malah berdosa jika menutup mulut.
Meskipun  berkata terus terang begitu akan menimbulkan kemarahannya, namun kita harus
tiada mengendahkan yang demikian itu. Sebab itu sebenarnya serupa dengan melakukan
suatu kebajikan bagi faedahnya, walaupun dianggap sebagi suatu perkara buruk pada
zahirnya.
Adapun menyebut-nyebut tentang keburukan-keburukannya, aib-aibnya serta aib-aib anak-
anaknya, maka itulah yang dikatakan ghibah atau mengumpat dan hukumnya adalah haram
atas setiap orang Muslim.
Anda dilarang dari perkara ini ialah disebabkan dua perkara:
Pertama: Cuba anda perhatikan terlebih dulu perihal diri anda sendiri. Kiranya anda dapati
dirimu ada satu saja dari perkara yang tercela itu, maka sudah cukuplah bagi anda untuk
menahan diri daripada mencela orang lain. Memadailah anda fahamkan, bahwa dia tiada
berdaya untuk menahan dirinya dari melakukan perkara yang tercela itu, sepertimana anda
juga tidak berkuasa untuk mengekang diri dari perkara-perkara bala yang menimpa atas
diri sendiri. Janganlah anda memandang terlalu berat suatu kelakuan yang tercela
daripadanya, kerana siapakah orangnya yang boleh dikatakan terlepas dari celaan dan
cemuhan?!
Kedua: Ketahuilah, kiranya anda ingin mencari kawan seorang yang bersih dari segala aib
dan keburukan, anda akan terpaksa mengasingkan diri dari sekalian manusia, sedangkan
anda masih belum ketemui orang itu lagi. Sebab tiada seorang pun di dalam dunia ini,
melainkan ada padanya perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara yang buruk.
Kiranya kebaikannya itu lebih banyak dari keburukannya, maka itulah sebaik-sebaik kawan
yang dicari dan tidak ada lebih baik dari itu.
Ingatlah bahwa sifat seorang Mu’min yang mulia itu, hatinya sentiasa mengenang-
ngenangkan kebaikan kawan agar timbul dalam hati kawan itu perasaan saling hormat-
menghormati, sayang-menyangi dan perasaan suka memuliakan kawan yang lain.
Sebaliknya sifat seorang munafik pula, pekertinya buruk, hatinya selamanya akan
memendam segala macam keburukan orang lain dan keaibannya.
Berkata Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran (jika ada orang
membuat salah – pent) dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.
Al-Fudhail berkata pula: Kepahlawanan itu ialah memaafkan segala kekhilafan kawan-
kawan.
Oleh kerana itulah maka Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 
“Berlindunglah dari jiran yang jahat pekertinya; bila melihat kebaikan ditutupnya, dan bila
melihat keburukan diheboh-hebohkannya.”
 
Sebagaimana kita wajib memelihara lidah dari menyebut-nyebut segala keburukan kawan,
begitu juga kita wajib memelihara hati dari segala sangkaan buruk terhadapnya. Sebab
sangkaan buruk di dalam hati iti dikira ghibah juga. Dan ghibah atau mencaci di dalam hati
adalah dilarang keras oleh agama. Dan batasannya supaya kita tidak mengira semua
amalan kawan itu buruk, tetapi sekadar yang boleh kita kira semuanya bertujuan baik.
Tetapi jika sudah terang, bahwa amalan itu sememangnya buruk dengan penuh keyakinan
dan penyaksian mata, sebaik-baiknya dikira saja bahwa perkara itu berlaku daripadanya
kerana terlalai atau terlupa, supaya kita terjauh dri buruk sangka, Sebab yang demikian itu
akan menarik kita untuk mengintip rahasia orang dan mencari-mencari kesalahan orang
lain. Nabi s.a.w. telah bersabda:
 
“Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, jangan mengintip-intip rahasia
mereka, janganlah memutuskan perhubungan, jangan bermusuh-musuhan dan jadilah
kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
 
Jadi menutup keburukan-keburukan orang lain dan pura-pura tidak nampak atau tidak tahu
mengenai keburukannya itu, adalah sikap yang patut dilengkapi oleh ahli agama. Dan
ketahuilah, bahwasanya tidak akan sempurna iman seseorang Muslim itu, selagi ia tidak
mencintai diri saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri. Dan sekurang-
kurangnya, hendaklah ia memperlakukan terhadap saudaranya, sebagaimana ia berharap
orang lain memperlakukan terhadap dirinya sendiri.
Adapun punca segala kecuaian dalam soal menutup keaiban orang lain, atau suka
membocorkan rahasia kawan, ialah bersumber dari penyakit yang terpendam di dalam hati;
iaitu kedengkian (hasad). Barangsiapa yang menyimpan perasaan dendam di dalam hatinya
terhadap seseorang Muslim, maka imannya masih lemah dan tumpul, dan perkara ini amat
membahayakan diri manakala hatinya dikira busuk, tiada sesuai untuk bertemu dengan
Allah s.w.t.
Di antara hak-hak kawan yang lain yang harus dipelihara ialah: Tidak membocorkan rahasia
yang dipercayakannya kepada kita. Kita boleh mengingkarinya, jika perkara yang
dilakukannya itu tidak baik meskipun dengan berbohong, kerana bercakap benar itu
bukanlah wajib pada semua keadaan. Sayugialah, sebagaimana seseorang itu harus
menutup keaiban dirinya dan rahasia-rahasianya yang buruk, sekalipun ia terpaksa
berbohong kerananya, maka terhadap keaiban dan rahasia saudaranya, itu dikira satu
kedudukan dengannya; kedua-duanya laksana orang yang satu, tiada beda antara
keduanya melainkan dalam tubuh badan saja. Inilah yang dikatakan persaudaraan atau
persahabatan yang hakiki dan tulen.
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
“Barangsiapa menutup rahasia saudaranya, niscaya Allah akan menutup rahasianya di dunia
dan di akhirat.”
 
Sabdanya lagi:
 
“Apabila seseorang itu menyampaikan sesuatu berita, kemudian ia berpaling (pergi dari
situ), maka ketahuilah bahwa berita itu adalah amanat.”
 
Lagi sabda baginda:
 
“Majlis-majlis (perbicaraan dalam perkumpulan) adalah amanat.”
 
“Hanyasanya dua orang yang berbicara dalam suatu majlis itu adalah amanat, dan tiadalah
boleh bagi seseorang dari keduanya membocorkannya apa-apa rahasia yang tiada
disenananginya.”
 
Pernah ditanyakan kepada seseorang: Bagaimana anda memelihara rahasia? Jawabnya:
Aku menjadi kuburnya. Sesungguhnya dada orang yang merdeka itu merupakan kuburnya
segala rahasia.
Pernah diceritakan, ada seseorang menyatakan rahasia hatinya pada seorang kawan,
kemudian ia bertanya kepada kawan itu: Ingatah anda apa yang aku bicarakan tadi?
Jawabnya: Entahlah, aku sudah lupa.
Al-Abbas, bapa saudar Nabi s.a.w. pernah memesan kepada puteranya Abdullah, katanya:
Aku lihat orang ini (maksudnya) saiyidina umar Ibnul-Khattab r.a.) sering mengkedepankan
engkau dari banyak orang-orang yang tua, maka peliharalah nasihatku yang lima ini:
(1)               Janganlah engkau bocorkan rahasianya sama sekali
(2)               Janganlah engkau mencaci orang lain dihadapannya
(3)               Janganlah engkau membiasakan bohong kepadanya
(4)               Janganlah engkau melanggar perintahnya
(5)               Janganlah sampai ia melihat sesuatu pengkhianatan berlaku daripadamu.
 
Asy-Sya’bi memberi komennya terhadap ucapan di atas, katanya: Setiap satu dari mutiara
kata lima ini, lebih berharga daripada seribu kata.
Di antara hak kawan lagi ialah: Meninggalkan perbantahan atau pertengkaran terhadap
segala yang diucapkan oleh saudaramu.
Berkata Ibnu Abbas: Jangan ajak bertengkar pada orang yang kurang akal, nanti ia akan
membahayakan kamu. Jangan pada orang yang bersabar, nanti kamu dibencinya pula.
Rasullullah s.a.w telah bersabda:
 
“Barangsiapa meninggalkan pertengkaran sedang ia bersalah, akan dibina baginya sebuah
rumah di dalam halaman syurga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran sedang ia
benar (tidak salah), akan dibina baginya sebuah rumah di tempat tertinggi dalam syurga.”
 
Hadis tersebut menunjukkan betapa toleransi Agama Islam, padahal meniggalkan yang
salah itu adalah wajib hukumnya. Tetapi Hadis itu telah menjadikan pahala melakukan
sunnat di sini lebih besar. Sebab berdiam diri ketika dalam kebenaran itu lebih berat
tekanannya atas diri daripada berdiam diri ketika dalam kesalahan atau kebatilan, dan
sebenarnya pahala itu dikira atas kadar tanggungan.
Ingatlah, bahwa sebab yang paling berat sekali untuk menyalakan api kedengkian dalam
hati sesama saudara, ialah dengan menimbulkan pertengkaran dan perbantahan. Kedua-
dua sifat ini merupakan punca utama kepada permusuhan dan putus perhubungan.
Bukanlah berputus hubungan itu mula-mulanya berlaku dengan timbulnya pendapat-
pendapat yang berbeda-beda, kemudian dengan kata-kata yang tak senang didengar oleh
telinga, kemudian dengan beradu kekuatan atau berpukul-pukulan.
Nabi s.a.w. telah bersabda:
 
“Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki,
jangan berputus hubungan antara satu dengan yang lain dan jadilah kamu sekalian sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara-mara.”
 
Baginda bersabda lagi:
 
“Seseorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tiada boleh menganiyainya,
atau menghalangi keperluannya, atau menghinanya. Memadailah seseorang itu dikira jahat,
apabila ia menghina saudaranya Muslim yang lain.”
 
Ketahuilah, bahwa seberat-berat penghinaan terhadap kawan telah melakukan perbantahan
terhadapnya, sebab orang yang membantah kata-kata kawannya itu mungkin menganggap
kawan itu bodoh, atau lalai, atau cuai dari memahami sesuatu perkara menurut semestinya.
Itulah yang dikatakan penghinaan yang menyempitkan dada dan mengacau jiwa.
Abu Umamah meriwayatkan sebuah Hadis katanya: Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w
datang ke tempat kami, sedang kami lagi berbantah-bantahan, maka baginda pun murka
lalu bersabda:
 
“Tinggalkanlah pertengkaran dan berbantah-bantahan, sebab amat sedikit sekali
kebaikannya. Hindarkanlah pertengkaran dan berbantah-bantahan sebab tidak seberapa
manfaatnya, malah ia akan menarik kepada permusuhan dan perselisihan antara sesama
saudara.”
 
Setengah para salaf berkata: Orang yang mengata-nista saudaranya atau membantah-
bantahnya, adalah orang yang rendah pekertinya dan yang telah lenyap penghormatanya
dirinya.
Yang lain pula berkata: Awas! Jangan sekali-kali berbantah-bantahan dengan orang ramai.
Sebab anda takkan berdaya menolak tipu daya seorang penyabar, atau menahan bencana
seorang jahat.
Al-Hasan berkata pula: Tiada akan terbeli permusuhan seorang dengan kasih-sayang seribu
orang.
Pendek kata tidak ada gunanya berbantah-bantahan, selain dari ingin menampakkan diri
sebagai orang yang banyak akal dan lebih utama, serta menampakkan diri kawannya
sebagai orang yang rendah dan masih bodoh. Bukannkah itu menandakan takabbur dalam
diri, menyimpan perasaan sombong, suka menghina dan mencaci orang lain sebagai kurang
akal, bodoh dan jahil. Tidak ada pengertian lain yang lebih tepat dari yang tersebut itu,
maka bagaimana dapat dibentuk persaudaraan yang sejati dan persefahaman.
Ibnu abbas pernah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w katanya, sabda baginda:
 
“Janganlah anda membantah saudaramu, dan janganlah pula bersenda gurau dengannya
(yakni yang berlebih-lebihan), dan bila berjanji suatu perjanjian, maka janganlah anda
memungkirinya.”
 
Sabda baginda lagi:
 
“Kamu tidak mungkin akan menguasai orang ramai dengan harta kekayaan kamu, tetapi
kuasailah mereka dengan wajah yang berseri-seri dan budi pekerti yang luhur.”
 
Adapun sifat berbantah-bantahan itu adalah berlawanan dengan sifat budi pekerti yang
luhur. Dan ketahuilah, bahawasanya asasnya persaudaraan itu ialah permuafakatan dalam
perbicaraan, perlakuan dan sayang-menyayangi antara sesama saudara.
 
(4)              HAK MEMELIHARA LIDAH DALAM UCAPAN
 
Persaudaraan itu bukanlah semata-mata dengan menutup mulut dari menyebut-nyebut
segala yang dibenci oleh saudara itu, malah menyebut-nyebut segala yang disukai dan
digemarinya juga, bahkan yang akhir ini lebih utama lagi. Sebab jika memadai dengan
berdiam diri saja, maka lebih baiklah kita bersahabat dengan ahli-ahli kubur. Jadi nyatalah,
bahwa tujuan utama persaudaraan itu, ialah supaya kita menimbulkan kebaikan kepada
saudara kita, dan bukanlah dengan semata-mata menghindarkan dirinya dari gangguan
atau bahaya yang mungkin kita lakukan terhadapnya.
 
Sememangnya berdiam diri dari menyebut-nyebut keburukan kawan itu, seperti menolak
bahaya daripadanya, tetapi yang patut dilakukan juga ialah menyebut-nyebut kebaikannya
dan memuji-mujinya. Tambahan lagi. Sewajarnyalah kita bertanyakan hal-ehwalnya seperti
bertanyakan kalau ada sesuatu halangan yang mungkin menimpa dirinya, lalu kita
melahirkan perasaan kurang senang dan mengambil berat mengenainya. Ataupun jika
kawan sakit, kita tunjukkan perasaan dukacita kalau terlalu lambat sembuh dari penyakit
itu. Ataupun jika berlaku lain-lain hal yang mungkin tiada menyenanginya. Ataupun jika
berlaku lain-lain hal yang mungkin tiada menyenanginya, maka hendaklah kita turut
melahirkan perasaan simpati terhadapnya dengan ucapan dan perbuatan. Sebaliknya jika
hal yang berlaku itu mendatangkan rasa gembira dan senang dalam hatinya, maka
hendaklah kita turut melahirkan perasaan simpati terhadapnya dengan ucapan dan
perbuatan. Sebalinkya jika hal yang berlaku itu mendatangkan rasa gembira dan senang
dalam hatinya, maka hendaklah kita turut melahirkan perasaan yang sama terhadapnya
dengan ucapan, ataupun kita turut bersama-sama bergembira kerana peristiwa atau
sempena itu.
 
Pendek kata pengertian persaudaraan itu ialah bersama-sama berkongsi jiwa dalam
kesenangan dan kesusahan.
 
Berkta Rasulullah s.a.w dalam sabdanya.
 
“Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah diberitahukan
kepadanya.
Sebabnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita memberitahukannya kerana hal itu akan
melahirkan perasaan kasih sayang yang lebih. Jika kawan anda mengetahui, bahwa anda
mencintainya, tentulah ia akan mencintai anda sama, bahkan barangkali lebih dari itu.
Demikianlah cinta antara kedunya itu akan terus bertambah dari masa ke semasa dan cinta
antar Mu’min dengan Mu’min yang lain, adalah amat dituntut di dalam syariat dan paling
dikasihi oleh Agama Islam.
 
Oleh itu juga, maka Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita jalan ini, dengan
sabdanya:
 
“Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta-mencintai antara sesama kamu”
 
Di antaranya hendaklah anda memanggilnya dengan nama-nama yang amat disukai
olehnya sama ada pada masa ia berada di hadapan anda ataupun tidak.
 
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Tiga perkara akan menimbulkan kasih sayang saudaramu
kepadamu:
 
(1)               Hendaklah anda memberi salam kepadanya bila bertemu
(2)               Hendaklah meluaskan tempat duduk baginya dalam majlis.
(3)               Hendaklah memanggilnya dengan sebaik nama yang disukainya.
 
Juga seharusnyalah anda memuji perilakunnya yang baik kepada orang-orang yang
memang dia senang kalau diceritakan tentang perilakunya. Itu juga akan membawa sebab
rasa gembiranya kepada anda. Ataupun anda memuji anak-anaknya, isterinya, usahanya
dan perbuatannya yang baik, malah patut juga anda memuji akal pemikirannya, budi
pekertinya, bentuk dna rupanya, tulisannya, syair-syairnya, karya-karyanya dan segala apa
saja yang boleh menimbulkan kegembiraan pada diri kawan itu. Tetapi itu semua tidak
boleh dilakukan secara berpura-pura, atau dengan itu bohong, atau secara berlebihan-
lebihan, hanya yang dibolehkan ialah mengindahkan mana-mana berita yang patut
diindahkan saja.
Lebih digalakkan lagi, ialah supaya anda menyampaikan pujian orang jika memang ada
yang memujinya, kemudian anda tunjukkan rasa gembira atas pujian itu, kerana
menyembunyikan berita itu boleh dikira semacam dengki dan iri hati.
Selain itu, hendaklah anda berterima kasih kepada kawan anda, bila dia membuat sesuatu
perkara baik terhadap anda. Bahkan wajar sekali anda berterima kasih atas cita-citanya
yang baik, meskipun dia belum sempat menyempurnakan cita-cita itu.
Lebih berkesan lagi dalam menarik rasa cinta kawan anda, ialah membela dirinya pada
masa ia absen (tidak hadir); iaitu apabila ada orang mengkecam kehormatannya, sama ada
dengan ucapan yang terang-terangan ataupun sindiran. Sebab hak persaudaraan itu ialah
menyegerakan diri untuk melindungi kawan dalam segala hal, dan menolongnya menentang
orang yang mencacinya, sehinggakan jika perlu boleh dikeraskan suara dalam menangkis
kecaman dan cacian orang itu. Mendiamkan diri dalam persoalan seumpama ini akan
menyempitkan dadanya, dan menyebabkan kawan melarikan diri tidak ingin bersahabat
terus dengan anda. Ini merupakan suatu kecacatan dalam hak persaudaraan. Jadi
membiarkan saja orang lain mencemarkan kehormatan kawan tanpa membuat sesuatu,
samalah seperti membiarkan orang lain mengoyak-ngoyakkan dagingnya di hadapan anda.
Sejelek-jelek kawan, ialah bila ia melihat kawannya sedang diserang oleh anjing, dagingnya
digigit-gigit oleh anjing tadi, padahal dia berdiam diri saja menonton kejadian itu berlaku di
hadapan matanya. Dia tiada mempunyai belas kasihan atau simpati untuk
mempertahankannya. Dan sudah memamng di akui, bahwa mencemarkan kehormatan diri
itu pada tekanan jiwa, adalah lebih berat ditanggung daripada dagingnya dikoyak-koyak
oleh gigitan anjing. Sebab itulah Allah s.w.t. telah menyamakan orang yang mencemarkan
kehormatan orang lain itu dengan memakan daging saudaranya yang sudah mati.
 
Firman Allah Ta’ala:
 
“Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  (al-Hujurat: 12)
 
Jelaslah, bahwasanya melindungi kawan dengan menolak celaan musuh-musuhnya dan
menentag orang-orang yang mencacinya itu adalah wajib dan menentang yang tulen.
Setengah orang berkata: Setiap kali kawanku dicaci orang, melainkan kugambarkan dirinya
berada di hadapanku, maka akan kuucapkan apa-apa yang patut didengarnya, jika ia hadir.
Tugas yang lain terhadap kawan, ialah mengajarnya ilmu pengetahuan yang berguna serta
memberikan nasihat yang berfaedah. Sebab hajat kawan kepada ilmu pengetahuan tidak
kurang dari hajat kawan kepada ilmu pengetahuan tidak kurang dari hajatnya kepada harta
kekayaan. Maka jika anda kaya dengan ilmu pengetahuan, sayugialah anda membantu
mengajarnya dari kelebihan ilmu yang ada pada anda, dan menunjukinya ke jalan
mendatangkan baginya manfaat dunia dan akhirat.
Andaikata sesudah anda mengajar dan menunjukkannya jalan yang benara, malah dia tidak
menurut petunjuk itu, maka hendaklah anda memberi masihat; iiatu dengan
mengingatkannya tentang bencana-bencana perbuatan itu serta dengan mengingatkannya
tentang bencana-bencana perbuatan itu serta faedah-faedahnya pula, jika ditinggalkan
kelakuan itu. Kemudian diingatkannya pula tentang perkara-perkara yang harus dibencinya,
dunia dan akhirat, mudah-mudahan ia menginsafi dirinya dan tersedar akan kesalahan-
kesalahan atau keburukan yan dilakukannya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia, supaya tiada seorang pun
yang mengetahuinya, kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu,
bukanlah teguran atau nasihat, melainkan suatu kecemaran yang memalukan. Teguran
yang disampaikan secara rahsia itulah yang dinamakan belas kasihan dan nasihat yang
sebenarnya.
Berkata Zun-Nun: Bersahabat kepada Tuhan dengan menurut perintahNya. Bersahabat
kepada makhluk dengan mengambil nasihatnya. Bersahabat kepada nafsu dengan
meninggalkan keiginannya.
Janganlah menyangka bahwa menasihati seorang kawan itu akan menyebabkan hatinya tak
senang, kerana mengingatkan apa yang ia tiada mengetahui itu, merupakan tanda belas
kasihan dan itulah yang dinamakan persepakatan hati – yang maksudnya di sini ialah jiwa
orang-orang yang waras fikirannya. Adapun orang-orang yang kurang akalnya, maka tentu
sekali tiada boleh dikira dalam kategori di atas tadi. Ketahuilah, bahwa orang yang
mengingatkan kamu atas perbuatanmu yang jahat, atau menegur kelakuanmu yang tak
senonoh supaya kamu mengubahnya itu, samalah seperti orang yang memberitahu kamu;
ada seekor ular atau kala jengking dikakimu, dan binatang itu hampir pula membinasakan
kamu. Andai kata kamu marah kepada orang yang memberitahu itu, tentulah amat dahsyat
sekali kebodohan kamu itu?!
Kelakuan-kelakuan yang buruk itu samalah seperti kala-jengking dan ular, sebab ia akan
membinasakan kamu di akhirat kelak. Kelakuan-kelakuan itu akan merosakkan hati dan
jiwa, dan pedihnya lebih hebat daripada anggota dan tubuh bdan yang digigit ular atau kala
jengking, kerana kelakuan-kelakuan yang tak senonoh itu dijadijan Allah dari api neraka
yang bernyala-nyala.
Oleh kerana itulah maka Umar Ibnul-Khattab r.a. meminta para sahabatnya untuk
menunjukkan keaibannya. Beliau berkata: Moga-moga Allah merahmati orang yang
menunjukkan keaiban saudaranya.
Salah seorang para salaf menulis kepada saudaranya, katanya: Ketahuilah wahai
saudaraku, bahwa orang yang selalu membaca al-Quran sedangkan hatinya amat terpikat
kepada harta kekayaan dunia, maka saya belum yakin bahawasanya ia tiada tergolong
orang-orang yang suka mengejek-ejek keterangan-keterangan Allah Ta’ala.
Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang suka berbohong itu dengan sikap orang
yang membencikan orang-orang yang menyampaikan nasihat, firmanNya:
 
“Akan tetapi kamu tiada menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.” (al-A’raf: 78)
 
Ini sekiranya keaiban itu dilakukan secara tidak sengaja atau secara lalai. Akan tetapi
sekiranya keaiban itu dilakukan dengan sengaja, maka hendaklah mengambil sikap lemah-
lembut dalam menyampaikan nasihat atau teguran. Sekali denagn sindiran dan sekali lagi
dengan terang-terangan, dengan syarat tidak sampai menimbulkan kebosanannya. Jika
anda dapati bahwa nasihat itu tida memberi apa-apa kesan pada dirinya, malah semakin
dinasihati semakin menjadi-jadi kelakuan tak baik itu ditunjukkannya, maka berdiam diri itu
adalah lebih utama. Itu semua jika berkaitan dengan maslahat-maslahat kawanmu dalam
hal-ehwal agama dan dunianya.
Adapun jika berkaitan dengan kepentingan diri kamu, di mana ia telah dicuaikan oleh
kawan, maka hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan cuba memaafkan dan
melupakan saja, ataupun pura-pura tidak melihat. Melibatkan diri dalam menegur orang
serupa itu tidak ada gunanya. Ya, jika keterlaluan kelakuan buruknya itu mungkin akan
menyebabkan putus perhubungan antaranya dengan anda, maka memarahnya dengan
secara rahasia itu lebih baik daripada menegur secara terus teranga, ataupun menulis surat
kepadanya adalah lebih utama daripada mencelanya dengan lisan. Walaupun begitu, yang
lebih utama dari ini semua ialah menahan diri dari bertindak, jika boleh.
 
 
(5)      HAK MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KETELANJURAN
 
          Keterlanjuran kawan di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan
jalan nasihat, sebagaimana yang telah kita sebutkan, sebelum ini. Jika kawan itu terus tidak
mengendahkan nasihat, maka menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan
perhubungan dengannya. Setengah yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan
dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk
itu. Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan
lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya
itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran
daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.
          Ada orang berkata: Sewajarnyalah anda mencari alasan bagi keterlanjuran
sahabatmu itu hingga 70 macam alasan (keuzuran). Andaikata jiwamu tiada dapat
menerima alasan itu, maka jangan disalahkan orang lain melainkan dirimu sendiri.
Katakanlah kepada dirimu ketika itu: Alangkah kerasnya hatimu itu. Sahabatmu
mengemukakan keuzurannnya hingga 70 kali, kamu masih tidak mahu menerimanya
Sebenarnya engkaulah yang tercela dan bukan sahabatmu!
          Al-Ahnaf berkata: Hak seseorang sahabat atasmu ialah agar kamu menanggung tiga
macam perkara, iaitu:
(1)               Penganiayaan disebabkan kemarahannya
(2)               Penganiayaan disebabkan perubahan keadaannya
(3)               Penganiayaan disebabkan kesalahnnya
Walau bagaimanapun sekalipun, bila seorang sahabat mengemukakan sebab-sebab
keuzurannya, sama ada bohong apatah lagi kalau betul, maka hendaklah anda menerima
keuzuran itu, sebab orang Mu’min yang sejati ketika dalam keadaaran marah, ia segera
pula redha dengan alasan yang dikemukakan kepadanya. Dan kalau mesti marah atau benci
pun, maka janganlah bersikap keterlaluan.
Allah telah berfirman:
 
“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu
bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang.”   (al-Mumtahinah: 7)
 
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Awas, jangan sampai kecintaan kamu itu seperti dipaksa-
paksakan, atau kebencian kamu pula seperti membinasakan. Maksudnya sehingga kamu
merasa senang hati akan kebinasaan sahabatmu itu.
 
 
(6)      HAK MENDOAKAN SAHABAT
 
          Sewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik,
bagi diri sahabat itu dan ahli rumahtangga serta sekalian orang yang dalam
tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu
masih hidup dalam dunia ini, mahupun sudah mati.
 
          Dalam sebuah hadis ada tertera:
 
          “Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya,
maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juha.”
 
          Dalam Hadis yang lain pula:
 
          “Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak.”
 
          Abu Darda’ berkata; Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika
akau dalam keadaan sujud terhadap Allah, aku sebutkan nama mereka satu-satu.
 
          Berkata Muhammad bin Yusof al-Ishfahani: Siapakah yang kiranya dapat disamakan
dengan seorang sahabat yang saleh? Keluargamu membahagi-bahagikan harta
peninggalanmu dan mereka mengkecap kenikamatan dari harta benda yang kamu wariskan
untuk mereka. Padahal sahabat yang saleh itu duduk seorang diri berdukacita kerana
kepergianmu, amat merasa bimbang dengan keadaan yang kamu sedang menghadapinya
dan apa yang akan terjadi terhadap kamu, dia mengangkatkan tangan mendoakan kamu di
tengah malam, manaka engkau sedang berada di dalam lapisan bumi.
 
          Berkata setengah para salaf: Mendoakan orang-orang yang sudah mati itu, samalah
seperti mengirimkan hadiah-hadiah kepada orang-orang hidup.
 
(7)      HAK KEUNGGULAN JANJI DAN IKHLAS.
 
          Arti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan, hingga
menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anak buah
si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke
Hari Akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, niscaya akan sesialah amalan dan
hilanglah segala usaha.
 
          Diceritakan dari Rasulullah s.a.w., bahwa baginda pernah memuliakan seorang
perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya. Jawab baginda: Perempuan tua ini
selalu datang ke rumah kami di waktu haya Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan
janji itu dari agama.
 
          Termasuk arti keunggulan kepada kawan ialah memelihara sekalian rakan-rakan dan
sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka kepadanya. Mengambil berat
tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan dalm hati kawan it daripada mengambil berat
tentang dirinya sendiri. Ia akan berlonjak gembira kerana ada orang yang mengambil tahu
tentang kesusahan para tanggungannya yang mana itu menunjukkan pula tanda kukuhnya
kasih sayang dan cinta seorang kawan kepada kawannya.
 
          Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan biarkan kasih sayang
itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik dalam perkara agama ataupun dunia.
Bagaimana hatinya sampai tergamak mendengkinya, padahal segala yanga ada dalam
tangannya itu, adalah untuk kawannya dan segaa manfaat dan maslahat akan kembali
kepada kawannya,
 
          Dengan contoh serupa inilah Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang bercinta
pada jalan Allah dengan fimanNya:
 
          “Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan
kepada mereka, dan mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri.”   (al-Hasyr: 9)
 
            Jika ada keinginan di dalam hati, tentulah ada iri hati dan perasaan dengki.
         
          Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Jangan pai keadaannya berubah dalam
perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya,
ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab
tersebut tadi adalah sifat yang tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini:
 
Manusia budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam
rumah yang buruk.
 
          Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu
bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama yang suci, malah hendaklah anda menentangnya serta
menasihatinya kerana Allah.
 
          Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta keunggulan
dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah dengan kawan, tidak dapat
ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya. Kata seorang penyair:
 
          Semua bencana zaman dapat kutanggung
          Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.
 
          Ibnu Uyainah menyajak, katanya: Pernahku bergaul dengan sepuak kaum yang kini
telah keberpisah dengan mereka selama 30 tahun. Tetapi hasrat perpisahan itu masih
belum hilang lagi dari hatiku.
          Antara tanda keunggulan lagi, agar ia tiada mengendah perceksokan orang kan
segala percekcokan orang lain terhadap kawannya, ataupun berkawan dengan musuh
kawannya.
          Berkata Imam Syafi’I rahimahullah: Apabila kawanmu sudah mentaati kehendak
musuhmu maka kedua-duanya telah bersyarikat dalam permusuhanmu.*
 
*        Aku berkata: Alangkah indahnya apa yang diucapkan oleh Ibnul Muqaffa’ dalam kitab
ad-Durratul Yatimah bab ‘kawan’ mengenai kedudukan ini, katanya: Jika kau lihat kawanmu
bersama musuhmu, janganlah kau merasa merah terhadapnya, kerana ia ketika itu adalah
salah satu dari dua orang:
Pertama: Andaikata ia seorang yang boleh dipercayai, niscaya ia merupakan sebaik-baik
kawan yang boleh memberi faedah kepadamu disebabkan terdekatnya kepada musuhmu.
Jika ada bahaya yang dirancangkan oleh musuhmu dapat ia menghalangnya, jika ada
keburukan dapat ia menutupnya; jika ada rahasia dapat ia memberitahumu. Adapun kawan
itu apalah yang boleh menguntungkan kamu, bila ia berkawan dengan hanya orang-orang
kepercayaanmu saja?
Kedua: Andaikata ia seorang kawan yang tidak rapat denganmu, maka dengan apa jalan
engkau hendak menahannya dari berkawan dengan orang ramai, atau engkau hendak
memerintahnya supaya jangan berkawan atau menghampiri, melainkan orang yang engkau
tunjuk saja.
Kata-kata ini adalah sangat baik untuk dijadikan tauladan yang boleh menarik musuh
kepada menginsafkan dirinya.
 
(8)      HAK MERINGANKAN DAN TIDAK MEMBERATKAN
          Hendaklah seseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan sesuatu perkara
yang akan menjengkelkannya, bahkan hendaklah ia meringankan tanggungannya dengan
memikul setengah dari kebutuhannya dan keperluannya, Jangan sekali-kali ia
membebankan kawan itu untuk menunaikan sebahagian dari kewajiban-kewajibannya
sendiri. Malah jangan pula ia mengharap sesuatu dari kasih sayangnya terhadap kawan itu,
melainkan semata-mata kerana Allah Ta’ala saja, ataupun menganggapnya sebagai
semacam sumbangan terhadap agamanya, dan berlapang hati untuk menemui Allah serta
mendekatkan diri kepadaNya. Atas tujuan-tujuan serupa itulah ia menunaikan hak-hak
kawan dan memberikan bantuan-bantuan kepadanya.
          Setengah para Salihin berkata: Sesiapa yang membebani saudaranya dengan
sesuatu perkara yan tak dapat ditanggungnya, maka telah menganiayai saudara itu.
Sesiapa membebani saudaranya pula dengan sesuatu yang pernah ia bebani sebelum itu,
maka ia telah menyusahkannya. Dan sesiapa yang tidak pernah membebani saudaranya
apa-apa pun, maka itulah orang yang paling utama dan paling unggul kepada sekalian
saudaranya.
          Kesimpulannya, janganlah sampai ia menyusahkan kawannya sama sekali sehingga
ia merasa tiada malu dengan kawan , sebagai mana ia tiada malu dengan diri sendiri.
          Berkata Ali r.a.: Sejelek-jelek kawan, ialah kawan yang sentiasa memberati kamu
dengan perkara-perkara yang tak tertanggung, menyebabkan kamu bersikap serba-salah
dan menyeret kamu kepada memuat berbagai alasan.
          Al-Fudhail berkata: Yang menyebabkan orang ramai putus perhubungan antara satu
dengan yang lain ialh taklif; iaitu memberatkan diri orang lain dengan bermacam-macam
permintaan. Seseorang kawan menziarahi kawannya, lalu ia memberatkan kawan itu
dengan berbagai-bagai tanggungan, akhirnya kawan itu pun memutuskan perhubungan
dengannya.
          Pernah Ja’far bin Muhammad as-Sadiq radhiallahu anhuma berkata: Seberat-berat
kawan padaku, ialah kawan yang suka menyusahkan dirinya keranaku, sedangkan aku
terpaksa berkira-kira terhadapnya. Dan seringan-ringan kawan pula, ialah kawan yang suka
menyusahkan dirinya keranaku, sedangkan aku terpaksa berkira-kira terhadapnya. Dan
seringan-ringan kawan pula, ialah kawan yang bila aku bersamanya sama seperti aku
duduk seorang diri.
          Di antara cara-cara lain untuk meringankan diri dan tiada menyusahkan ialah
hendaknya ia tiada membantah kawannya dalam melakukan ibadat-ibadat yang sunnat.
Ada sekumpulan para salaf dalam persahabatan mereka; bila ada seorang di antara mereka
yang makan terus sepanjang hari, tidak pula ditegurnya, mengapa ia makan terus,
mengapa tidak berpuasa. Jika ada yang puasa sepanjang abad pula, tidak juga disuruhnya,
supaya berbuka puasa atau makan. Jika ada yang tidur sepanjang malam, tidak ada yang
membantah atau menyuruh bangun, begitu juga jika ada yang bersembahyang sepanjang
malam, tidak ada yang membangkang atau menyuruhnya supaya tidur. Keadaan mereka
sekalian sama belaka, di mana-mana mereka berada , tidak lebih dan tidak kurang.
          Ada pepatah yang berkata: Bila tidak ada banyak formality atau pantang-larang
dalam persahabatan, persahabatan akan kekal. Dan bila bantuan itu senang diperolehi dari
seorang kawan, tentulah kasih saying antaranya akan berpanjangan.
          Setengah orang berkata: Jika seseorang bebas melakukan empayt perkara berikut
dalam rumah saudaranya, maka telah sempurnalah kemesraan antara mereka, iaitu:
(1)               Biasa makan bersama-samanya di rumah
(2)               Biasa membuang air kecil atau besar di situ.
(3)               Biasa sembahyang
(4)               Biasa tidur
 
Apabila keempat-empat perkara ini disebutkan kepada setengah para guru agama, mereka
berkata ada satu lagi yang kurang aitu: Jika ia dating membawa isterinya sekali ke rumah
saudaranya, kerana rumah itu adalah tempat yang sesuai untuk dilakasanakan kelima-lima
perkara yang tersebut tadi. Kalau tidak kerana itu, tentulah masjid lebih utama untuk
melakukan sembahyang bagi orang-orang yang suka beribadat.
Apabila seorang sahabat sudah melakukan kelima-lima perkara tersebut di atas tadi
terhadap sahabatnya, maka telah sempurnalah ikatan persaudaraan di antara keduanya,
dan terangkatlah kekekokan serta terhasillah kelapangan hati dan kebebasan pergerakan.
Orang-orang Arab bila menyambut tamunya, menunjukkan sikap yang demikian ketika ia
berkata kepada tamunya: Marhaban wa Ahlan wa Sahlan. Marhaban artinya: Kami
manyambutmu dengan penuh lapang hati dan lapang tempat. Ahlan artinya: Anda akan
mendapati semua ahli rumah ini melayan kehendakmu dan menghiburkan hatimu. Sehingga
anda tidak risau atau canggung. Sahlan artinya: Anda akan mendapati serba-serbinya
mudah, tidak ada sesuatu yang anda kehendaki, melainkan dikabulkan dan diusahakan.
Menakala meringankan diri anda tiada menyusah-nyusahkan tidak akan sempurna, selagi
seseorang itu tiada menganggap dirinya kurang dan lebih rendah dari kawannya. Kemudian
hendaklah ia meletakkan sangkaan yang baik terhadapa kawan, sedangkan pada diri sendiri
ia meletakkan sangakaan yang buruk selalu. Dan ketahuilah tiada faedahnya berkawan
dengan seseorang yang tiada menghargai diri anda, sebagaimana anda menghargai dirinya.
Itulah serendah-rendah tingkatan persahabatan, yakni masing-masing memandang diri
kawan yang lain sama sedarjat belaka, dan yang lebih sempurna lagi kalau ia memandang
kawannya: serba-serbi lebih dari dirinya sendiri. Apabila ia menganggap dirinya lebih utama
dari kawannya, maka sebenarnya ia telah menghina kawan itu, dan perkara semacam ini
pada kaum Muslimin umumnya adalah dilarang dan dicela.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
 
“Memadailah seseorang itu dikatakan jahat bila ia memandang rendah terhadap saudara
lainnya yang Muslim.
 
Termasuk dalam kesempurnaan melapangkan diri dan meninggalakan menyusah-
nyusahkan diri, ialah bila seorang kawan itu mengajakk bermesyuarat dengan kawan yang
lain dalam perkara-perkara yang hendak dilakukan, kemudian ia menerima pula nasihat
kawan itu.
 
Allah telah berfirman:
 
“Dan mesyuaratkanlah dengan mereka dalam segala urusan kamu”    (ali-Imran: 159)
 
Ini merupakan puncak segala hak-hak persahabatan.
Dan segala yang tersebut di atas itu, tiada akan cukup sehingga anda menurunkan diri anda
ke tingkatan khadam, yang bersedia untuk melaksanakan semua hak-hak persahabatan itu
dengan segala anggota anda.
 
DARI SEGI PENGLIHATAN
 
          Sewajarnya anda melihat kepada kawan-kawan anda dengan penglihatan yang
penuh kasih saying, sehingga mereka merasakan keadaan itu dari anda dengan sebenar-
benarnya. Kemudian hendaklah selalu memerhatikan segala kebaikan yang mereka
lakukan, dan melupakan segala keaiban atau keburukannya. Jangan memalingkan wajah,
ketika mereka mendapatkan anda, atau ketika mereka bercakap dengan anda.
          Diriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w sering membahagi-bahagikan
pandangannya kepada setiap orang yang duduk dalam majlisnya sehingga setiap orang
yang duduk di situ menyangka, bahwa dialah orang yang diberikan penghormatan oleh
baginda dalam majlis itu. Begitu juga baginda alaihissalam, apabila bertemu muka dengan
para sahabatnya Baginda sering merasa terharu dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh
mereka kepadanya.
 
DARI SEGI PENDENGARAN
          Apabila kawan-kawan anda mengucapkan sesuatu kepada anda, maka hendaklah
anda mendengar ucapannya dengan penuh minat, merasa asyik dengan ucapan itu seraya
mempercayai segala-galanya dan menunjukkan kesenangan hati terhadap ucapan itu.
Jangan sekali-kali memotong percakapan mereka dengan cadangan atau tentangan, dengan
tambahan atau sanggahan. Jika anda merasa penat kerana ada sesuatu urusan lain, maka
berikanlah keuzuran atau alasan kepada mereka.
 
DARI SEGI LIDAH
          Mengenai perihal lisan atau lidah, telah tersebut sebelum ini hak-haknya. Antaranya
tidak menganggkat suara dan tidak bercakap-cakap kepada mereka, melainkan menurut
kadar fahaman mereka, supaya mereka ketahui dan faham.
 
DARI SEGI KEDUA TANGAN
          Mengenai kedua tangan, jagan menggenggam kedua tanganmu untuk menghulurkan
bantuan kepada mereka, selagi kedua tangan dapat melakukan.
 
DARI SEGI KEDUA KAKI
          Mengenai kedua kaki pula, jangan melangkah ke hadapan kecuali sekadar tempat
yang mereka berdiri, jangan melangkah dekat dengan mereka, melainkan sekadar yang
perlu saja. Kedua kaki itu akan berdiri untuk menyambut mereka sampai, dan jangan pula
duduk melainkan sesudah mereka sekalian duduk. Dan hendaklah duduknya dengan penuh
merendah diri dan tidak duduk, melainkan di tempat mereka duduk.
 
 
Tata-cara pergaulan dengan sempurna lapisan makhluk.
 
          Sekumpulan para pendita membuat kesimpulan dengan berkata: Jika kamu inginkan
pergaulan yang baik, maka hendaklah kamu memelihara tata tertib berikut:
          Pertama: Berikan keredhaan kamu kepada kawan dan musuh sama belaka.
Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri, dan rendahkanlah
dirimu tanpa menghinakannya Jadikanlah sikap kamu sederhana pada semua perkara,
sebab terlalu meninggi sangat ataupun merendah sangat, kedua-duanya adalah sifat yang
tercela.
          Kedua: Jangan menoleh ke kanan atau ke kiri, ataupun terlalu banyak sangat
menoleh. Jangan berdiri di antara orang ramai. Bila duduk jangan menggelenyar (duduk
tidak tetap). Jangan selang-selikan jari-jari antara satu sama dengan yang lain. Jangan
terlalu banyak  mengurut janggut atau memainkan cincin di jari.
          Ketiga: Jangan mengorek gigi atau hidung, banyak berludah atau berhingus atau
selalu menggeliat dan menguap dihadapan muka orang ramai dan di waktu sedang
bersembahyang atau sebagainya.
          Keempat: Bila duduk biarlah duduk kamu itu tenang saja, dan perbualan kamu itu
teratur.
          Kelima: Dengarkanlah perbualan-perbualan atau percakapan-percakapan yang baik
dari orang yang bercakap kepadamu, tanpa menunjukkan ketakjuban yang berlebih-
lebihan, atau menyuruh orang itu mengulangi percakapannya. Kalau percakapannya itu
mentertawakan, maka tahanlah tertawamu sedapat mungkin.
          Keenam: Jangan suka memuji-muji anak buah sendiri, atau syair-syair yang kamu
ciptakan sendiri atau karya-karya yang kamu hasilkan sendiri, ataupun segala sesuatu yang
mengenai diri kamu sendiri.
          Ketujuh: Jangan meniru cara-cara kamu kaum wanita memperhiaskan drinya dan
jangan bersikap rendah, seperti yang biasa dilakukan oleh para hamba sahaya.
          Kedelapan: Jangan menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, dan
jangan mendorong orang supaya melakukan kezaliman atau penganiayaan terhadap
sesama manusia.
          Kesembilan: Jangan memberitahu isteri anak-anak, apatah lagi orang lain, tentang
jumlah wang yang simpananmu. Sebab kalau mereka tahu simpanan itu sedikit, tentulah
mereka akan menunjukkan sikap kurang senang. Tetapi kalau mereka tahu simpanan itu
banyak, mereka sentiasa tidak puas dan tidak cukup dengan pemberianmu. Jika kamu
pandang perlu untuk menakut-nakutkan mereka, lakukanlah tanpa kekerasan atau
ancaman, dan jika kamu kira perlu mengangkat suara kerana sesuatu musibah atau
bencana, jangan tujukkan mereka sikap yang lemah.
          Kesepuluh: Jika kamu berselisih faham, maka hendaklah kamu segere bertenang,
hindarkanlah sikap berkeras hati dan jangan terlalu terburu nafsu. Malah hendaklah kamu
fikirkan hujah atau dalil yang boleh diterima oleh akal. Jangan terlalu banyak menggunakan
isyarat dengan tangan, atau menoleh-noleh ke belakang. Apabila kemarahan kamu telah
reda barulah bercakap.
          Kesebelas: Sekali-kali jangan sampai kamu menganggap harta kekayaan kamu itu
lebih mulia daripada harga diri kamu.
          Kedua belas: Bila kamu memasuki sesuatu majlis, maka peliharalah adab majlis itu.
Mula-mula dengan memberi salam kepada orang ramai. Jangan melangkah-langkah tempat
duduk saja di mana terdapat tempat kosong, kerana yang demikian itu menunjukkan
tawadhu’nya seseorang. Setelah duduk, hendaklah kamu berjabat tangan dengan orang-
orang yang di sampingmu. Jauhilah duduk ditempat perjalanan orang.
         
Sesudah duduk maka peliharalah adab-adab berikut iaitu:
 
(1)               Memalingkan pandangan dari apa-apa yang tidak senonoh.
(2)               Menolong orang yang teraniaya
(3)               Membantu orang yang sedang dalam kesusahan.
(4)               Menolong orang yang lemah
(5)               Memandu orang yang sesat
(6)               Membalas salam orang lain.
(7)               Memberi orang yang meminta
(8)               Menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan kejahatan.
(9)               Memilih tempat yang sesuai bila mahu berludah dan jangan sekali-kali berludah ke
arah qiblat tempat orang bersembahyang.
 
Ketiga belas: Awaslah jangan kamu bersenda-gurau dengan orang cendekiawan, ataupun
orang kurang akalnya. Si cendekiawan akan merasa kurang senang dengan perilakumu,
yang kurang akalnya akan menentang perbuatanmu. Apabila terlena di dalam sesuatu
majlis disebabkan senda gurau atau kelalaian, maka hendaklah ia berzikir kepada Allah
tatkala beredar dari majlis tersebut:
 
     Bersabda Rasulullah s.a.w.:
     “Apabila seseorang kamu berada di dalam sesuatu majlis, lalu banyak omong
kosongnya. Kemudian sebelum ia beredar dari majlis itu dia membaca zikir: Maha Suci
Engkau, wahai Tuhanku, dan segala kepujian bagimu, aku bersaksi bahawasanya tiada
Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu, maka
Allah akan mengampunkan segala omong kosongnya di dalam majlis itu.”
 
Hak seorang Muslim, keluarganya dan tetangganya.
 
          Ketahuilah, bahwa manusia perlu bercampur-gaul dengan manusia yang sebangsa
dengannya, maka oleh itu, tidak boleh tidak ia mesti mempelajari tata-tertib pergaulan
dengan mereka.
          Setiap manusia yang bergaul dengan satu-satu golongan manusia, tentulah ada
cara-caranya yang tertentu, dan cara-cara itu menurut kadar hak masing-masing, dan hak
masing-masing menurut perhubungannya. Perhubungan itu berlain-lainan pula, sama ada
dikeranakan kekeluargaan; iaitu perhubungan yang khusus, ataupun perhubungan
dikeranakan persaudaraan Islam; iaitu perhubungan  yang umum. Termasuk ke dalam
maksud persaudaraan ini, ialah perhubungan antara kawan dan kawan atau perhubungan
persahabatan.
          Perhubungan juga dikeranakan rakan tetangga, ataupun dikeranakan rakan
pelayaran, rakan sepejabat, rakan sepersekolahan, ataupun dikeranakan persahabatan atau
persaudaraan semata-mata dan bagi setiap satu dari perhubungan-perhubungan ini
mempunyai darjat masing-masing.
          Perhubungan kerana kekeluargaan dan haknya. Akan tetapi hak kerabat atau
mahram adalah lebih utama lagi. Sebagaimana bagi mahram itu ada haknya, akan tetapi
hak kedua ibu-bapa lebih penting lagi kemudian hak tetangga pula. Akan tetapi keutamaan
tetangga itu berbeda pula di antara yang dekat dengan rumah dan yang jauh. Sebagai
misalan untuk menampakkan perbedaannya; iaitu orang yang senegeri bila sama-sama
berada di negeri orang lain, akan nampaklah ia sebagai salah seorang keluarga sendiri di
negeri itu kerana sememangnya ia mempunyai hak ketetanggaan senegeri. Begitulah
hendaknya, hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain, harus dikukuhkan dengan
terkukuhnya pengenalan dan pergaulan.
 
 
Hak seorang Muslim
 
          Pertama: Mula-mula hendaklah engkau memberi salam kepadanya, setiap kali
bertemu dengannya. Bila ia mengundangmu, hendaklah engkau mengabulkannya Bila ia
bersin, engkau mendoakanna dengan yarhamukallah (moga-moga Tuhan merahmatimu).
Bila sakit, engkau menziarahinya. Bila mati engkau hadiri jenazahnya. Bila bersumpah,
engkau tunaikan (penuhi) sumpahnya. Bila meminta masihat engkau menasihatinya. Bila ia
tidak ada, engkau memelihara nama baiknya.
 
          Kedua: Hendaklah egkau mencintainya, sebagaimana engkau mencintai dirimu
sendiri, ataupun engkau membencinya sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri juga.
 
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Perumpamaan orang-orang Mu’min dalam saling kasih-mengasihi dan saying-
menyayangi, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengaduh sakit, seluruh
anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.”
 
          Sabdanya lagi:
 
            “Seorang Mu’min kepada Mu’min yang lain, bagaikan suatu bangunan yang satu
mengukuhkan yang lain.”
 
          Ketiga: Jangan sekali-kali menyakiti sesama Muslimin dengan perbuatan atau
percakapan. Sabda Rasulullah s.a.w:
 
          “Seorang Muslim ialah orang yang terselamat kaum Muslimin yang lain dari bencana
lidahnya dan tangannya. Dan seorang Mu’min pula ialah orang yang teraman daripadanya
kaum Mu’minin lainnya ke atas diri dan harta benda mereka. Dan orang Muhajir (yang
berpindah negeri), ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhi daripadanya.”
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Tiada halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan Muslim yang lain.”
 
          Keempat: Hendaklah engkau merendahkan diri terhadapnya Muslim yang lain, dan
jangan berlaku sombong terhadapnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Sesungguhnya Allah Ta’ala mewahyukan, agar kamu merendah diri sehingga
seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya.”
 
          Kelima: Janganlah engkau mendengar berita-berita buruk yang disampaikan orang
yang berlaku antara satu dengan yang lain, atau pun menyampaikan berita-berita yang
didengarnya itu dari seorang kepada yang lain. Ada sebuah Hadis yang berbunyi:
 
          “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita-berita buruk
kepada yang lain.”
 
            “Keenam: Jangan sampai tiada bertegur sapa terhadap seorang Muslim yang
dikenalnya lebih dari tiga hari berturut-turut, betapa pun dia marah kepada Muslim itu.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
            “Tiadalah halal bagi seorang Muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa)
saudaranya Muslim yang lain lebih dari tiga hari, mereke keduanya berjumpa lalu yang satu
memalingkan muka dari yang lain, dan adalah sebaik-baik orang di antara keduanya ialah
orang yang memulakan salam terlebih dulu.”
 
          Berkata Saiyidatina Aisyah r.a.: Rasulullah s.a.w tidak pernah merasa jengkel sama
sekali, melainkan apabila dilanggar larangan-larangan Allah lalu Allah akan turut sama
merasa jengkel terhadap pelanggannya.
 
          Dalam sebuah Hadis yang lain pula: Tiada seseorang yang menerima keampunan
dari Allah Ta’ala, melainkan ia bertambah mulia di sisiNya.
 
          Ketujuh: Hendaklah engakau berbuat baik kepada semua orang sekadar
keampunanmu, tidak kira sama ada ia dari ahlinya (patut menerima kebaikan itu)  ataupun
bukan ahlinya (tak patut menerimanya).
 
          Dalam sebuat atsar disebutkan: Berbuat baiklah kepada ahlinya (ahli kebaikan) dan
bukan ahlinya. Kiranya kebetulan engakau temui ahlinya, maka sudah tepatlah engkau
letakkan kebaikan itu kepadanya. Tetapi kiranya engkau terkhilaf, tidak meletakkan
kebaikan kepada ahlinya, maka cukuplah engkau telah menjadi dari ahlinya.
         
          Dalam sebuah atsar yang lain pula: Tanda kewarasan pemikiran sesudah
menjalankan perkara-perkara agama, ialah mencintai semua manusia dan berbuat baik
kepda sekalian yang baik dan yang jahat.
 
          Rasulullah s.a.w. ketika ada orang yang berbicara kepadanya baginda sentiasa
menghadapkan wajahnya kepada orang yang berbicara itu, tidak pernah baginda
memalingkan wajah, sehingga orang tu selesai dari pembicaraanya.
 
          Kedelapan: Hendaklah engkau tidak memasuki rumah seseorang, melainkan sesudah
engkau izinkan masuk. Engkau boleh meminta izin sampai tiga kali saja, jika ia masih
belum memberi izin, maka hendaklah engkau pulang. 
 
          Kesembilan: Hendaklah engkau mempergauli semua manusia dengan budi pekerti
yang luhur, dan melayan mereka menurut cara yang mereka suka.
 
          Kesepuluh: Hendaklah engkau menghormati orang tua-tua, dan mengasihani anak-
anak yang kecil. Dalam sebuah Hadis:
         
          “Bukanlah dari golongan kami, siapa yang tiada menghormati orang tua kami dan
tiada pula mengasihani anak kecil kami.”
 
          Baginda Rasulullah s.a.w. gemar sekali berlemah-lembut dengan anak-anak kecil.
Biasanya bila kembali dari setiap pelayaran, baginda terlebih dulu mendapatkan anak-anak
kecil, dan memanggil mereka untuk dating. Kerap anak-anak kecil itu secara kemanjaan
meminta baginda mendukung mereka. Maka baginda pun mendukung mereka itu, setu
demi satu di antara kedua belah tangannya, dan ada pula yang lain bergantung dari
belakang baginda. Seringkalii juga baginda menyruh para sahabatn melakukan sama seperti
yang dilakukannya.
 
          Ada kalanya pula anak-anak kecil itu di bawa ke hadrat Rasulullah s.a.w. untuk
didoakan, atau diberikan nama. Maka baginda pun menyambut anak-anak itu, seraya
dipangkunya ke atas haribaannya  Seringkali pula anak-anak itu terkencing di atas
pangkuannya, maka oleh Rasulullah s.a.w. dibasuhnya tempat kencing itu tanpa merasa
marah.
 
          Kesebelas: Hendaklah engkau selalu bergembira, dan menunjukkan muka manis
kepada orang ramai seraya berhati lunak. Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Tahukah kamu kepada siapa api neraka itu diharamkan? Para sahabat menjawab:
Allah dan RasulNya sajalah yang mengetahui. Baginda menerangkan lagi: Kepada Orang
yang lemah lembut, mudah dalam segala hal, senang berurus dengannya dan sentiasa
dekat dengan sesiapa pun.”
 
          Sabdanya lagi:
          “Takutilah api neraka itu walaupun dengan bersedekah setengah biji kurma. Kalau
tak ada yang hendak disedekahkan, maka dengan ucapan yang baik.”
 
          “Kedua belas: Janganlah engkau berjanji dengan seseorang Muslim, melainkan
engkau menepati janji itu, tiada memungkirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Janji itu adalah
suatu pemberian. Dan sabdanya yang lain: Janji itu adalah hutang.
 
          Dan sabdanya yang lain lagi:
 
          “Tiga sifat bila salah satu daripadanya ada pada diri seseorang maka ia adalah
seorang munafik, meskipun ia berpuasa dan bersembahyang. Bila berbicara ia bohong, bila
ia berjanji ia mungkir dan bila diamanatkan sesuatu, ia khianat.”
 
          Ketiga belas: Hendaklah engkau berlaku adil terhadap orang ramai, tiada dibuatnya
sesuatu terhadap orang lain, jika ia tidak suka perkara yang sama diperlakukan kepada
dirinya sendiri. Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Darda’, katanya: Wahai Abu Darda’!
Lakukan yang baik kepada tetangga yang berjiran denganmu, niscaya engkau menjadi
seorang Muslim yang sebenarnya. Dan cintailah bagi semua orang apa yang engkau citai
bagi dirimu sendiri, dengan itu maka engkau menjadi seorang Muslim yang sejati.
         
          Keempat belas: Hendaklah engkau melebihkan penghormatanmu terhadap orang,
yang menerusi gaya dan pakaiannya menunjukkan bahwa ia seorang yang tinggi
kedudukannya dalam masyarakat. Sebab setiap orang harus diberikan penghormatan
menurut darjat kedudukannya.
 
          Kelima belas: Hendaklah engkau berusaha untuk mendamaikan perselisihan faham
antara kaum Muslimin, di mana ada peluang untuk mendamaikan antara mereka. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
 
            “Sedekah yang paling utama, mendamaikan dua orang yang berselisih.”
 
          Dalam sebuah hadis yang lain:
 
          “Bukan pendusta namanya, jika seseorang cuba mendamaikan antara dua orang
yang bertelagah, lalu menyampaikan segala kata-kata yang muluk-muluk (yakni kata-kata
itu sebenarnya bohong).”
 
          Hadis tersebut menunjukkan bahwa tugas mendamaikan antara manusia itu wajib,
kerana meninggalkan cakap bohong juga wajib. Sesuatu hokum yang wajib tidak akan
terluput, melainkan dengan hokum wajib yang lebih utama atau penting dari yang mulanya.
 
          Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Semua ucapan yang dusta itu ditulis (sebagai dosa), kecuali seseorang yang
berbohong untuk kepentigan berperang, sebab peperangan itu adalah tipu daya, ataupun
berbohong untuk mendamaikan dua orang yang bertelagah ataupun berbohong kepada
isteri untuk mendapatkan keredhaannya.”
 
          Keenam belas: Hendaklah engkau menutup segala celaan kaum Muslimin. Berkata
Rasulullah s.a.w.:
 
          “Barangsiapa menutup celaan seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup
celaannya di dunia dan akhirat.”
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Tiadalah seorang Mu’min, bila melihat dari saudaranya suatu celaan, lalu
ditutupinya, melainkan ia akan masuk syurga.”
 
          Lagi sabdanya:
 
            “Wahai kelompok orang yang menyatakan iman dengan lidahnya, sedangkan
iman itu masih belum meresap dalam hatinya. Janganlah kamu mencaci orang ramai, dan
jangan pula mengintip keburukan-keburukan mereka. Sebab barangsiapa mengintip
keburukan-keburukan mereka. Sebab barangsiapa mengintip keburukan saudaranya
sesama Muslim, niscaya Allah akan mengintip keburukannya dan barangsiapa
keburukannya diintip Allah, niscaya rahasianya akan didedahkan oleh Allah, sekalipun ia
berada di tengah-tengah rumahnya”
 
          Diriwayatkan ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau
sedang berputar-putar keliling kota lalu, mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi
di dalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu dan dilihatnya di samping orang
lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujar:
Wahai musuh Allah! Apakah kau kira Allah akan menutupi kelakuanmu yang keji ini,
padalah kau sedang berfoya-foya dengan maksiat ini? Lelaki itu segera menjawab: Dan
engkau juga wahai Amirul Mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat
kepada Allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi kau ini telah membuat tiga maksiat sekaligus
dalam suatu masa. Tuhan telah berfirman: Jangan kamu mengintip-mengintip, sedangkan
perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain. Tuhan berfirman lagi: Bukanlah kebaikan
itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau telah
memanjat rumahku. Tuhan berfirman: Jangan sekali-kali kamu memasuki rumah selain
rumah kamu sendiri (yakni tanpa izin), tetapi kini kau telah memasuki rumahku tanpa
memberi salam pula. Berkta khalifah: Adakah padamu sesuatu yang baik (untuk
mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaku itu: Saya,
ada! Demi Allah jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali
kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun
mengampunkannya dan beredar dari situ.
          Berkata Rasulullah s.a.w.:
 
          “Sekalian ummatku mendapat keampunan, melainkan orang yang suka
menghebohkan rahasianya. Dan cara menghebohkannya ialah bila dia melakukan kejahatan
secara rahasia, lalu dia menceritakan kejahatan itu kepada orang lain.”
 
          Misal mengheboh-hebohkan rahasia itu, ialah bila ia membuat sesuatu keburukan
secara bersembunyi-sembunyi, kemudian ia menceritakan rahasia itu kepada orang ramai.
 
          Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Sesiapa mencuri pendengaran berita sesuatu kaum, sedangkan mereka tidak
senang kepada perbuatan itu, kelak di Hari Kiamat telinga orang itu akan dituang timah
yang mendidih.”
 
          Ketujuh belas: Hendaklah engkau menjauhkan diri dari tempat-tempat yang
menimbulkan berbagai-bagai tuhmah atau sangkaan buruk untuk menjaga hati orang ramai
dari mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tak baik, dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan
yang tak baik, dan memelihara lidah-lidah mereka dari mengumpat. Kiranya mereka telah
bermaksiat kepada Allah tersebab oleh kelakuannmu, maka bersyarikat engkau dengan
dosa mereka itu.
 
          Allah telah berfirman:
 
          “Jangan sekali-kali kamu mengeji orang-orang yang menyeru Tuhan selain dari
Allah, sehingga mereka pula mengeji Allah secara berlampauan, tanpa pengetahuan.”    (al-
An’am: 108)
 
          Dalam sebuah Hadis berbunyi:
 
          “Tahukah kamu bagaimana seseorang itu memaki-maki ibubapanya sendiri? Mereka
berkata: Adakah orang yang mahu memaki-maki ibu-bapa sendiri? Rasulullah menjawab:
Benar ada. Iaitu dia memaki-maki kedua ibu-bapa orang lain, lalu orang itu pula membalas
memaki-maki kedua ibu-bapanya.”
 
          Berkata Umar Ibnul Khattab r.a.: Sesiapa yang meletakkan dirinya di tempat-tempat
yang akan menimbulkan sangka-sangka yang tak baik, maka janganlah ia menyalahkan
orang-orang ysng menyangka buruk terhadapnya.
 
          Kedelapan belas: Hendaklah engkau menolong orang-orang Muslimin yang
mempunyai hajat dan keperluan dan menjamin mereka kepada orang yang berpangkat,
agar orang itu dapat menolongnya dan memenuhi hajat dan keperluannya sekadar
termampu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Jaminkanlah (hajat seseorang), niscaya kamua akan
menerima pahala.
 
          Kesembilan belas: Hendaklah engkau memulakan salam kepada sesiapa yang
engkau temui sebelum engkau mengajaknya bercakap-cakap. Sesudah itu hendaklah
engkau berjabat tangan pula. Allah berfirman:
 
          “Apabila kamu diberi salam sesuatu salam, maka hendaklah kamu membalas salam
itu dengan salam yang lebih baik, ataupun balaslah dengan salam seumpamanya.” (an-
Nisa’ : 86) 
 
          Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
          “Demi jiwaku yang berada di tanganNya, kamu sekalian tidak akan memasuki syurga
sehingga kamu beriman dan kamu sekalian tidak akan beriman selagi kamu tidak berkasih
sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu amalan, jika kamu lakukannya niscaya
kamu akan saling kasih-mengasihi? Para sahabat berkata: Bahkan, wahai Rasulullah,
tunjukkanlah! Berkata Rasulullah s.a.w.: Amalkanlah memberi salam antara satu dengan
yang lain di antara kamu!”
 
          Dari Rasulullah s.a.w. lagi: Orang yang berkenderaan, hendaklah memberi salam
kepada yang berjalan kaki. Andaikata seorang dari orang ramai yang memberi salam,
cukuplah ia menggantikan yang lain.
 
          Anas r.a. sendiri bila menemui anak-anak di jalanan, dia sering memberi salam
kepada mereka. Kata Anas: Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w membuat macam itu.
          Diceritakan lagi bahawa suatu kali pernah Rasulullah s.a.w. melalui sebuah masjid
sedang di situ ada banyak orang yang sedang duduk-duduk, maka baginda pun
mengisyaratkan dengan tangannya memberi salam. Kemudian baginda berkata: Jika
seseorang kamu sampai ke suatu majlis, maka hendaklah ia memberi salam kepada orang-
orang yang ada di situ. Kemudian jika ia suka duduk, duduklah. Sesudah itu bila ia bangun
pula, maka hendaklah ia memberi salam lagi. Tidaklah salam yang pertama tadi lebih
berhak (utama) dari yang kedua pula.
 
          Diberitakan juga bahwa kesempurnaan salam itu ialah dengan berjabat tangan.
Berkata al-Hasan: Berjabat tangan itu akan menambahkan kasih sayang antara orang yang
berjabat tangan itu. Diharuskan pula untuk mencium tangan orang yang banyak ilmunya
dalam urusan agama, untuk mendapatkan berkat daripadanya, atau untuk memberikan
penghormatan kepadanya. Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan orang mencium
tangannya dan kepalanya.
 
          Menundukkan diri ketika berjabat salam adalah terlarang dalam agama. Tetapi
berpeluk dan mencium pernah dilakukan ketika kembali dari pelayaran. Begitu juga tentang
memegang tali kenderaan, kerana menunjukkan penghormatan kepada seorang alim yang
menunggangnya, pernah disebutkan dalam atsar. Ibnu Abbas sendiri pernah melakukan
yang demikian ketika menyambut Zaid bin Tsabit.
 
          Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Janganlah seseorang kamu membangunkan seorang yang lain dari tempat
duduknya, kemudian dia duduk di tempat itu. Tetapi hendaklah kamu meluaskan tempat
bagi yang baru dating dan lapangkanlah.”
 
          Sunnat bagi orang yang baru datang dalam sesuatu majlis, sesudah memberi salam,
lalu tiada mendapat tempat duduk di hadapan, hendaklah ia duduk saja di belakang dan
tidak pulang meninggalkan majlis tersebut.
 
          Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk dalam majlisnya di masjid, tiba-tiba
dating tiga orang. Dua antaranya menuju ke majlis Rasulullah s.a.w., maka salah
seorangnya mendapat tempat kosong lalu ia pun duduk. Seorang lagi terus duduk di
belakang orang ramai. Manakala yang ketiga oleh kerana penuh sesaknya majlis itu, ia pun
pulang meninggalkan majlis itu.
         
          Setelah selesai majlis itu, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: Bolehkah saya
memberitahu tentang ketiga-tiga orang yang dating tadi? Yang pertama telah
memperlindungkan dirinya kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Yang kedua
merasa malu kepada Allah, dana Allah pun turut malu kepadanya. Manakala yang ketiga
telah membelakangkan Allah, maka allah pun membelakangkan ZatNya daripada orang itu.
 
          Ummu Hani pernah memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bertanya:
Siapa itu? Orang memberitahu baginda: Ummu hani yang memberi salam itu. Maka baginda
menjawab Selamat datang wahai Ummu Hani.
 
          Kedua puluh: Hendaklah engkau memelihara kehormatan kawanmu, dirinya dan
harta bendanya dari penganiayaan orang lain sekadar kemampuanmu, menahan segala
kesusahan, mempertahankannya dan menolongnya, sebab yang demikian itu wajib atasmu
menurut dasar persaudaraan Islam.
          Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w.:
 
          “Tidak ada seorang Muslim pun yang menolong seorang Muslim yang lain dalam
suatau keadaan di mana kehormatannya telah diceroboh, dan dirinya telah diperlakukan
secara sewenang-wenang, melainkan Allah akan menolong orang itu dalam kesusahannya
di tempat lain, di mana ia merasa perlu pertolongan itu dari Allah. Dan tidak ada seorang
pun yang mengkecewakan seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan, di mana
kehormatannya telah diceroboh, melainkan Allah akan mengkecewakan orang itu pada
suatu keadaan lain, di mana ia sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari Allah.”
 
          Kedua puluh satu: Hendaklah engkau mendoakan bagi orang bersin. Nabi s.a.w.
mengajar orang yang bersin itu suapaya berkata: Al-Hamdulillah ala kulli hal (Segala
kepujian bagi Allah atas setiap perkara). Orang yang mendoakan pula berkata:
yarhamukullah (moga-moga allah merahmati kamu). Dibalas pula oleh orang yang bersin
Yahdikumullahu wa Yuslihu Balakum (moga-moga Allah memberi kamu petunjuk dan
membersihkan hati kamu).
 
          Disunnatkan bagi seseorang apabila mahu bersin, merendahkan suaranya dan
menutup wajahnya. Dan bagi orang yang mahu menguap meletakkan tanganya ke atas
mulutnya.
 
          Kedua puluh dua: Bila engkau diuji dengan perbuatan orang yang jahat, maka
hendaklah engkau menanggung dengan sabar dan menjaga dirimu dari kejahatanya.
Setengah orang berkata: Berikhlas diri kepada orang Mu’min  dengan seikhlas-ikhlasnya,
dan tunjukkanlah akhlak yang baik semampu-mampunya kepada orang jahat, sebab orang
yang jahat itu selalu suka dengan akhlak-akhlak yang baik pada zahirnya saja.
 
          Abu Darda’ berkata: Kita pernah menunjukkan muka manis kepada setengah-
setengah manusia, padahal hati kita mengutukinya.
 
          Inilah yang dikatakan bergaul secara baik dengan orang-orang yang ditakuti
kejahatannya.
 
          Allah berfirman:
          “Tolaklah dengan cara yang lebih baik.”        (al-Mu’minun: 96)
 
          Ibnu abbas berkata, menerangkan maksud al-Quran berikut:
 
          “Mereka menolak keburukannya dengan kebaikan.”         (ar-Ra’ad: 22)
 
          Yakni: Menolak kejahatan dan penganiayaan orang itu, dengan membuat
perdamaian dan pergaulan yang baik.
 
          Ibnu Abbas berkata lagi dalam menerangkan ayat al-Quran yang berikut pula:
“Andaikata tiada pembelaan Allah terhadap manusia antara satu puak dengan yang
lainnya.”   (al-Baqarah: 251)
 
Ia berkata: maksudnya ialah dengan mengembirakan dan menakut-nakutkan dengan
perasaan malu dan bergaul secara lemah-lembut.
 
Berkata Syaidatina aisyah r.a.: Ada seseorang yang meminta izin untuk menemui Rasulullah
s.a.w. lalu baginda berkata: Izinkanlah ia masuk, tetapi ia sebenarnya seburuk-buruknya
manusioa yang boleh diajak bergaul. Apabila orang itu masuk, Rasulullah s.a.w pun
mempergaulinya dengan lemah lembut, sehingga (kata Aisyah) aku menyangka bahwa
orang itu mempunyai suatu kedudukan di sisi Rasulullah s.a.w. Apabila orang itu keluar,
aku berkata: Kini ia telah keluar. Aku pun berkata kepada Rasulullah s.a.w.: Bila orang itu
hendak masuk tadi, engkau berkata kepadaku macam-macam terhadapnya, kemudian
engkau berlemah-lembut pula dalam kata-katamu kepadanya. Maka baginda pun berujar:
Wahai Aisyah! Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada Hari
Kiamat, ialah manusia yang disingkirkan oleh orang ramai kerana takutkan kejahatannya.
Dalam suatu khabar yang lain: Apa saja yang digunakan oleh seseorang untuk menjaga
kehormatannya, maka itu adalah sedekah.
Berkata Muhammad Ibnul Hanafiah: Bukanlah seorang bijaksana, bila seseorang itu tidak
dapat bergaul secara baik dengan orang yang tidak boleh tidak mesti ia bergaul dengannya,
sehinggalah Tuhan melorongkan baginya kelapangan (iaitu suatu jalan untuk melepaskan
diri).
  Kedua puluh tiga: Hendaklah engaku bercampur gaul dengan orang-orang miskin, dan
berbuat baik kepada anak-anak yatim. Nabi s.a.w. juga selalu berdoa:
 
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sebagai seorang miskin dan matikanlah aku
sebagai seorang miskin juga, serta bangkitkanlah aku (di Hari Kiamat kelak) dalam
kumpulan orang miskin.”
 
Diceritakan bahwa Nabi Allah Sulaiman alaihis-salam, meskipun mempunyai kerajaan yang
agung, apabila baginda masuk dalam masjid dan melihat ada orang miskin di situ, niscaya
baginda akan duduk bersama-sama mereka seraya berkata: Seorang miskin sedang duduk
dengan miskin yang lain.
 
Dalam suatu khabar berbunyi: Janganlah kamu merasa irihatri, jika melihat seorang jahat
mendapat kurniaan nikmat yang banyak, sebab engkau takkan tahu ke mana kesudahan
orang itu setelah ia mati kerana di belakangnya tentu ada seorang yang mencari untuk
menuntutnya.
 
Adapun terhadap anak yatim, maka Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
 
“Barangsiapa menanggung anak yatim sehingga menjadi kaya, maka telah wajib baginya
memasuki syurga.”
 
Sabda Nabi lagi:
 
“Saya dan orang yang menanggung anak yatim seperti kedua ini – sambil baginda
mengisyarat dengan kedua belah jarinya (yakni paling hampir sekali).”
 
Lagi sabdanya:
 
“Barangsiapa mengusap kepala seorang anak yatim tanda belas kasihan, maka ia mendapat
kebajikan atas setiap rambut yang diusapnya itu.”
 
Dan sabdanya yang lain pula:
 
“Sebaik-baik rumah kaum Muslimin, ialah rumah yang ada di dalamnya seorang anak yatim
dimuliakan. Dan sejahat-jahat rumah kaum Muslimin, ialah rumah yang ada di dalamnya
seorang anak yatim yang dicuaikan kepentingannya.”
 
Kedua puluh empat: Hendaklah engkau seka memberi nasihat kepada setiap Muslim dan
cuba bersungguh-sungguh untuk mengembirakan hatinya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
“Tidak beriman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia
mencintai dirinya senddiri.”
 
Sabdanya lagi:
 
 
“Barangsiapa menyejukkan mata seorang Mu’min (menghilangkan kesusahannya), niscaya
Allah akan menyejukkan matanya di Hari Kiamat.”
 
Lagi sabdanya:
 
“Barangsiapa melapangkan diri seorang Mu’min yang sedang dalam kesusahan atau
menolong Mu’min yang teraniaya, niscaya ia akan diampunkan dosanya.”
 
Sabdanya lagi:
 
“Di antara amalan-amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah menimbulkan
kegembiraan dalam hati seorang Mu’min, melapangkan kesusahannya, menunaikan
hutangnya atau mem0berinya makan waktu lapar.”
 
Kedua puluh lima: Hendaklah engkau menziarahi pesakit-pesakit kaum Muslimin. Adab
orang yang menziartahi orang sakit ialah memendekkan masa ziarah itu mengurangkan
banyak pertanyaan, melahirkan belas kasihan, mendoakan agar segera sembuh dan
memalingkan pemandangan dari melihat aurat-aurat pesakit. Bila meminta izin masuk,
janganlah engkau menghadap ke pintu dan mengetuknya biarlahg dengan perlahan-lahan.
Bila ditanya siapa itu, jangan engkau menjawab: Saya.
 
Dalam sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. berbunyi:
 
“Apabila seseorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit atau menengoknya, berfirman
Allah Ta’ala: Engkau telah melakukan yang baik dan akan baiklah perjalananmu dan engkau
telah menduduki sebuah rumah di syurga.”
 
Daripada Saiyidina Usman r.a. katanya: Suatu hari saya sakit, maka Rasulullah s.a.w.
datang menziarahi saya, lalu mengucapkan:
 
“Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Aku memohonkan perlindungan
bagimu kepada Allah yang Maha Esa, dan Tuhan Tempat meminta tiada beranak dan tiada
diberanakkan, dan tiada seorang pun yang serupa denganNya dari bahaya yang telah
menimpamu.”
 
Baginda mengucapkannya berkali-kali
Bagi pesakit pula disunnatkan membaca:
 
“Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaaNya dari bahaya yang
menimpaku.”
 
Berkata Thaus: Sebaik-baik ziarah kepada pesakit ialah yang paling ringan, yakni singkat
waktunya.
 
Di antara adab-adab pesakit pula, hendaklah ia mempunyai sifat-sifat kesabaran kurang
mengadu dan tidak lekas bosa, sentiasa merasa takut sehingga memohon doa kepada Allah
Ta’ala yang menyebabkan ubat itu menyembuhkan:
 
Kedua puluh enam: Hendaklah engkau menghantar jenazah-jenazah mereka. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
 
“Barangsiapa menghantarkan jenazah, maka baginya pahala satu qirat jika ia menunggu
hingga jenazah itu dikebumikan maka baginya pahala dua qirat. Dan qirat itu besanta
macam gunung Uhud.”
 
Gunung Uhud adalah sebuah gunung yang besar dekat Madinah al-Munawwarah. Tujuan
menghantar jenazah itu ialah menunaikan hak kaum Muslimin dan mengambil I’tibar bila
berdepan dengan kubur-kubur orang yang sudah mati.
 
Kedua puluh tujuh: Hendaklah engkau menziarahi kubur-kubur mereka. Tujuan ziarah itu
ialah memohon doa bagi yang mati dan mengambil I’tibar serta melunakkan hati. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
 
“Tiada suatu pemandangan yang pernah aku lihat melainkan kuburlah yang paling
mengerikan dari yang lain-lain.”
 
Berkayta Hatim Al-Asham: Sesiapa yang berjalan melalui kuburan, sedangkang ia tiada
memikirkan mengenainya, dan tiada pula mendoakan bagi orang-orang yang berada di
dalamnya, maka ia telah mengkhianati dirinya dan mengkhianati orang-orang yang di
dalam kubur itu.
 
Berkata Maimun bin Mahran: Sekali peristiwa, saya pergi bersama-sama Umar bin Abdul
Aziz menziarahi kubur, apabila beliau melihat saja kepada kubur-kubiur itu, beliau menangis
seraya berkata: Wahai Maimun! Inilah kubur datuk-nenekku, seolah-olah mereka tidak
pernah berkongsi kelazatan dengan ahli-ahli dunia. Tidakkah engkau melihat mereka iti
kesemuanya berbaringan kini. Mereka terlepas dari segala hukuman yang mereka alami.
Sedangkan tubuh badan mereka telah dimakan ulat di dalam tanah. Kemudian beliau
menangis lagi. Beliau berkata pula: Demi Allah! Aku tiada mengetahui seseorang yang lebih
merasakan kenikmatan daripada orang-orang yang telah berada di dalam kubur-kubur ini,
dan mereka telah terselamat daripada azab Allah Ta’ala.
 
 
Adab orang yang menyampaikan takziah.
 
          Bagi orang yang menyampaikan takziah kepada keluaraga si mati, hendaklah ia
menunjukkan sikap merendah diri, melahirkan rasa dukacita, mengurangkan perbualan dan
jangan sekali-kali tersenyum atau ketawa.
 
 
Adab menghantar jenazah ke kubur
 
          Hendaklah memelihara suasana itu dalam keadaan yang khusyu’ tidak banyak
bicara, memerhatikan pada yang mati, memikirkan tentang maut yang akan menimpa
setiap orang yang hidup serta bersedia untuk menghadapi maut itu.
          Menyegerakan pengurusan jenazah itu adalah sunnat.
 
Kesimpulan tata cara pergaulan
 
          Berikut kesimpulan dari berbagai tata cara pergaulan dengan seumum masyarakat,
disebutkan dengan ringkas di bawah:
 
(1)               Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun, sama ada
yang asih hidup mahupun yang sudah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan
anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasignya dari
anda di hari belakang. Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik jahat, tidak mustahil pula
nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu  sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu
dalam keadaa fasik dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan
saleh.
(2)               Janganlah menilai seseorang itu menurut keadaan dunianya lalu anda
memuliakannya. Sebab dunia itu kecil sekali di sisi Allah Ta’ala, segala-gala yang ada di
dalam dunia kecil semata-mata Jangan sampai anda menjual agamamu untuk mendapatkan
benda-benda keduniaan, sehingga anda dipandang kecil di mata orang yang memberinya.
Mungkin sekali suatu masa kelak, anda tidak akan diberinya lagi, maka ketika itu anda akan
kehilangan harga diri di matanya.
(3)               Jangan cuba menentang orang lain, sehingga terjadi permusuhan antara kamu
bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agam yang dilakukan
oleh orang itu maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang
dilakukannya itu.
(4)               Jangan merasa puasa hati bila mendengar pujian orang di hadapanmu ataupun
merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang
demikian itu belum tentu dari hakikat batinnya.
(5)               Jangan sekali-kali mengadukan segala hal-ehwalmu yang berupa kesusahan dan
sebagainya kepada orang lain sebab di khuatiri bahwa Allah Ta’ala akan murka lalu
diserahkan semua urusanmu itu kepada orang itu.
(6)               Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di
belakangmu, sebagaimana yang anda kenal kepadanya di masa berdepan denganmu.
Harapan semacam itu adalah sesia belaka dan tidak betul.
(7)               Jangan terlalu mengharapkan untuk memiliki apa-apa yang ada di dalam tangan
orang, niscaya anda akan dipandang hina olehnya. Tetapi apabila meminta sesuatu benda
dari seorang kawan lalu diberinya benda itu pada anda, makka itulah seorang kawan yang
berfaedah. Jika ia tidak memberinya, maka janganlah anda mencacinya, kelak ia akan
menjadi lawan yang bukan senang bagimu untuk menghadapnya.
(8)               Jangan membuang masa untuk menghambur-hamburkan nasihatmu kepada orang
yang sudah ternyata tidak mahu menerima nasihat-nasihat itu darimu. Kerana bukan saja
ia tiada akan mendengar nasihat-nsihatmu itu, malah ia akan memusuhimu pula. Kalau
perlku di nasihatkan juga, maka hendaklah dengan sindiran, atau memberikan berbagai-
bagai contoh dengan bercerita tanpa diberitahukan kepadanya, bahwa dialah orang yang
dimaksudkan.
(9)               Jika anda mendengar bahwa orang itu pernah mencelamu, atau membuat sesuatu
keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baiknya anda serahkan perkaranya kepada Allah
Ta’ala, serta anda berlindung dengan Allah daripada bahaya-bahayanya. Ingatlah jangan
cuba memikirkan sesuatu rancang bals terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu
akan lebih membahayakan diri anda. Terhadap orang-orang yang membuat salah terhadap
dirimu, hendaklah anda tetap menunaikan segala hak-hak mereka, memekakkan telingan
dan mendengar segala kebatilan mereka serta mengakui semua hak-hak mereka.
(10)          Waspadalah dari berkawan dengan semua peringkat manusia, sebab bukan semua
orang dapat memaafkan keihlafan, atau mengampunakn kesalahan atau menutupkan
keburukan. Tetapi biasanya mereka berkira-kira sangat atas yang kecil dan yang besar dan
mendengki terhadap yang sedikit dan yang banyak.
(11)          Jangan segera menyatakan kecintaanmu kepada orang yang anda belum kenal
kesetiaannya dengan cara yang seteliti-telitinya. Tetapi hendaklah anda berkawan
dengannya dalam waktu yang panjang sedikit, di mana anda dapat mencubanya dalam hal-
ehwalnya, umpamanya dalam urusan wang ringgit, atau ketika ana dalam keperluan, atau
anda cuba mengawaninya dalam pelayaran. Maka jika anda redha dan senang dengan
kelakuannya dalam hal-hal yang tersebut di atas tadi, maka barulah anda jadikan dia
sebagai kawan. Iaitu kiranya ia lebih tua dari anda, jadikanlah ia seolah-lah ayah, dan
kiranya ia lebih muda dari anda, jadikanlah ia seolah-olah anak, ataupun kiranya anda
sebaya umur dengannya, jadikanlah ia seolah-olah saudara kandung.
Demikian kesimpulan tata-cara pergaulan dengan semua peringkat manusia.
 
  
Hak tetangga
 
          Ketahuilah, bahwa tetangga itu mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang
dipunyai oleh persaudaraan dalam Islam. Seorang tetangga Muslim mendapat hak-hak yang
sama seperti Muslim yang lain, ditambah pula dengan hak ketetanggaan. Nabi s.a.w.
bersabda dengan menentukan hak jiran:
 
          “Jiran atau tetangga ada tida macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang
mempunyai dua hak, dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak,
ialah jiran Muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak keislaman dan
hak kekerabatan. Adapun jirang yang mempunyai dua hak ilah jiran Muslim, yang
mempunyai hak ketetanggaan dan hak keislaman. Manakala jirang yang mempunyai satu
hak, ialah jiran yang musyrik.”
 
          Perhatikanlah bagaimana Islam telah menetapkan bagi seorang musyrik haknya,
hanya kerana ia menjadi tetangga kepada seorang Muslim saja. Rasulullah s.a.w. telah
bersabda lagi:
 
          “Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga denganmu, niscaya engkau
menjadi seorang Muslim (yang sejati).”
 
Lagi Sabdanya:
 
“Malaikat Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka ia
akan mewariskannya.”
 
Sabdanya lagi:
 
“Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan
tentangganya.”
 
Lagi sabdanya:
 
“Tiada sempurna iman seseorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala
kejahatannya.”
 
Sabdanya lagi:
 
“Jangan sekali-kali seseorang kamu melarang tetangganya memasak sebatang kayu pada
tembok rumahnya.”
 
Abu Hurairah r.a. berkata: Mengapa saya melihat kamu sekalian kurang setuju dengan
perkara itu.Demi Allah aku meletakknay ke atas bebanan kamu. Setengah ulama pula
berpendapat bahwa perkara itu menjadii wajib.
 
Pernah Rasullullah s.a.w diberitahu seperti dalam sabdanya:
 
“Bahwasanya perempuan itu berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam,
akan tetapi dia suka menyakiti jirannya. Berkata Rasulullah s.a.w.: Dia akan masuk ke
dalam neraka.”
 
Dari Rasulullah s.a.w. lagi: Empat puluh rumah masih dikira tetangga lagi. Mengenai Hadis
ini az-Zohri telah memberi pendapatnya, katanya: Yakni empat puluh rumah dari kanan dari
kiri dari belakang dari hadapannya masih dikira tetangga juga.
 
Ketahuilah bahwasanya bukanlah hak tetangga itu semata-mata dengan mencegah diri dari
melakukan yang boleh menyakitinya saja, bahkan hendaklah menanggung dengan sabar
segala kelakuan yang tidak sopan yang mungkin datang daripanya pula. Tambahan lagi
mestilah menunjukkan kepada tetangga itu sifat belas kasihan, dan membalasnya dengan
segala kebaikan dan kebajikan.
 
Diceritakan bahwa Ibnul-Muqaffa’ diberitahu yang tetangganya akan menjual rumahnya
kerana terlalu banyak hutang yang ditanggungnya. Ketika itu Ibnul-Muqaffa’ sedang duduk
di bawah teduhan rumah tersebut. Lalu ia pun berkata: Tentulah aku tidak memberikan
kehormatan teduhan rumah ini, kiranya tetanggaku menjualnya kerana hendak
menggunakan wangnya itu. Maka ia pun membayar harga rumah itu kepada tetangga itu
seraya berkata: Jangan jual rumah ini!
Di antara hak-hak kejiranan ialah:
 
(1)               Hendaklah anda memulakan memberi salam kepadanya.
(2)               Jangan terlampau banyak menanyakan tentang hal-ehwalnya.
(3)               Menziarahinya bila ia sakit dan melawatinya bila ia mati. Sama-sama merasakan
kesusahan bila ada kematian di rumahnya dan menunjukkan rasa kegembiraan bila ada
kesukaan pula.
(4)               Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan kegembiraannya.
(5)               Memaafkan segala kesalahan dan keikhlafannya.
(6)               Tiada menunjukkan pandangan dari atas rumahmu ke dalam rumahnya sehingga
anda dapat melihat auratnya.
(7)               Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan sebatang kayu
pada dinding rumahnya.
(8)               Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya
(9)               Tiada menujukan pandanganmu kepada apa-apa yang di bawa ke dalam rumahnya.
(10)          Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelaan yang mungkin berlaku daripadanya.
(11)          Meringankan dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya
(12)          Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa ia tiada di rumah.
(13)          Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya
(14)          Palingkan pendanganmu dari melihat isterinya dan jangan memandang lama-lama
kepada khadam wanita yang bekerja dirumahnya.
(15)          Selalu bersikap lemah-lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.
(16)          Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama
mahupun perkara dunia.
 
Demikianlah himpunan hak-hak yang kami sebutkan. Yang patut ditunaikan terhadap
seumum kaum Muslimin.
 
Hak kaum kerabat dan keluarga
 
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
 
“Berkata Allah Ta’ala: Akulah ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ini pula ar-Rahim (kaum
kerabat). Aku pecahkan nama ini dari namaKu. Maka barangsiapa memperhubungi
keluarganya, niscaya Aku akan berhubung dengannya dan barangsiapa memutuskan
perhubungannya dengan mereka niscaya Aku akan memutuskan perhubunganKu
dengannya pula.”
 
Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya: Mana satu manusia yang paling utama? Sabda Rasulullah
s.a.w.:
 
“Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhugungannya
dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat
kemungkaran.”
 
 
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
“Bersedekah kepada orang miskin adalah mendapat pahal sedekah saja, tetapi bersedekah
kepada kaum keluarga mendapat dua pahala; pahala sedekah pahala perhubungan.”
 
Apabila Abu Talhah ingin menyedekahkan kebunya kerana terharu dengan pahala yang
ditentukan oleh firman Allah Ta’ala yang bermaksud:Kamu tidaka akan memperoleh
kebajikan, sehingga kamu membelanjakan sesuatu dari apa yang kamu cintakan. (ali-
Imran: 92), beliau lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: Kebun itu dijadikan kerana fi
sabilillah dan kerana para fakir dan miskin. Berkata Rasulullah s.a.w.: Telah wajib pahalamu
dari Allah dan sekarang bahagi-bahagikan ia di antara kaum kerabatmu.
 
Hak kedua ibu-bapa dan anak
 
          Sudah menjadi jelas sekali, bahwa apabila sudah parti ditunaikan hak-hak bagi kaum
kerabat dan keluarga, maka yang paling terutama sekali didahulukan dari mereka itu, ialah
yang ada perhubungan dengan keturunan, maka haknya semakin bertambah-tambah lagi
dipastikan dan diistimewakan.
 
          Bersabda Rasulullah s.a.w.:
 
          “Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu,
kemudian yang terhampir denganmu, dan yang terhampir.”
 
          Pernah Rasulullah s.a.w. yang ditanya oelh seorang, katanya Wahai Rasulullah!
Adakah lagi yang masih diwajibkan atas saya untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa saya,
setelah keduanya meninggal dunia? Rasulullah s.a.w. menjawab: Ya, iaitu memohonkan
kerahmatan kepada keduanya memintakan keampunan bagi kedua-duanya, menunaikan
segala janji-janjinya, memuliakan semua rakan temannya serta menghubungkan silatur-
rahim yang tidak boleh terhubung, melainkan dengan keduanya.
 
          Bersabdanya Rasulullah s.a.w. lagi:
 
          “Sesungguhnya setinggi-tinggi darjat kebaktian, ialah bila seseorang itu suka
menghubungi keluarga kesayangan ayahnya, sesudah ia meninggal dunia.”
 
          Sabdanya lagi:
 
          “Allah merahmati seorang ayah yang mendorong anaknya untuk berbakti
kepadanya.”
 
          Maksudnya: Menolong anak itu agar ia tiada menderhaka kepada ayahnya,
disebabkan keburukan perbuatannya sehari-hari.
          Lagi sabdanya: Semakan antara anak-anakmu dalam pemberian.
          Sabda yang lain pula: Adalah menjadi hak bagi anak ke atas ayahnya agar ia
memperelokkan budi pekertinya dan memperbaguskan namanya.
          Selain itu hendaklah menunjukkan belas kasihan kepada anak-anak sekalian.
          Al-Aqra’ bin Habis, suatu hari melihat Rasulullah s.a.w mencium cucunya al-Hasan
r.a., lalu ia berkata kepada Nabi s.a.w.: Saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak
pernah saya mencium seorang pun dari mereka. Maka Rasulullah s.a.w. berkata:
Sesungguhnya orang yang tiada berbelas kasihan tiada akan dibelas kasihani.
          Berkata Mu’awiyah kepada al-Ahnaf bin Qais: Apa yang dapat engkau katakana
kepada anak-anak? Al-Ahnaf menjawab: Wahai Amirul Mu’minin, mereka itu buah hati kita
dan tulang belakang kita. Kita ini laksana bumi yang hina bagi mereka, dan langit yang
meneduhi kehidupan mereka. Tersebab merekalah kita berhempas pulas atas setiap jerih-
jerih. Oleh itu kiranya mereka meminta sesuau darimu berikanlah kepadanya. Kiranya
mereka marah, segera pujuk mereka, niscaya akan diberikan kamu kasih sayangnya, dan
diredhai kamu segala usahanya. Jangan sekali-kali kamu menjadi kunci yang berat
(penghalang) terhadap kemahuannya, niscaya mereka akan merasa jemu terhadap
kehidupan kamu, seraya mencita-citakan kematian kamu dengan segera. Kelak mereka
akan merasa benci pula untuk mendekatkan diri dengan kamu.
          Selesai mendengar kata-kata itu, Mu’awiyah pun berkata pula: Sunguh tepat sekali
kata-katamu itu, wahai Ahnaf. Sebenarnya engkau telah tunjukkan bagiku jalan, bagaimana
harus aku meredhai sesiapa yang aku menaruh marah dari anak-anakku.
          Kemudian al-Ahnaf pun diberikan oleh Mu’awiyah hadiah yang sangat bernilai.
          Seterusnya harus kita mengetahui bahwa setengah para alim-ulama, berpendapat,
bahwa mentaati kedua ibu bapa itu wajib, sekalipun dalam hal-hal yang berhubungan
dengan perkara-perkara syubhat (yakni belum tentu halal haramnya). Hanya yang dilarang
mentaatinya ialah dalam perkara-perkara yang sudah jelas haramnya saja.
          Seseorang anak tidak boleh meninggalkan kedua ibu-bapanya kerana pelayaran yang
mubah (harus) atau yang sunnat melainkan dengan mendapat izin dari keduanya terlebih
dahulu.
          Bersabda Rasulullah s.a.w.:
          “Hak saudara yang tua ke atas saudara yang muda, adalah seperti haknya seorang
ayah ke atas anak-anaknya.”
 

Anda mungkin juga menyukai