Anda di halaman 1dari 1

Di saat sakaratul maut.

Semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian. Cuma kita tak tahu bila. Sebentar lagi kah, 2
minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjangg lagi peluang dan masa yang
Allah berikan kepada kita? Detik demi deti berlalu. Hatta ketika kalian sedang membaca post ini juga,
masa sedang berjalan tanpa kita sedari. Berapa lama lagi aku akan hidup? Hanya DIA yg Maha
Mengetahui.

Semalam sewaktu dalam perjalanan menuju ke UPSI, kami sekeluarga berhenti seketika untuk
menunaikan solat Zuhur di masjid. Dan tanpa disedari ayah saya park kereta, betul2 sebelah van
jenazah. Yang didalam nya terdapat sebuah keranda. Berdegup kencang jantung saya . bukan kerana
takut. Tp, kerana keranda itulah yg merupakan kenderaan terakhir yg akan saya naiki sebelum saya
ke liang lahad. Dan pada waktu itulah fikiran saya mula melayang kembali kepada tazkirah ustaz
khairul yg merupakan ustaz yang mengajar saya bahasa arab.

Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas
mata memandang. Dan seketika ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan
turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat
tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu
akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan
ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.
Namun begitu ianya masih sakit.tetapi, sebaliknya yang akan terjadi jika hamba Allah itu tidak
beramal ketika hidupnya didunia.

Anda mungkin juga menyukai