Anda di halaman 1dari 12

Perkembangan Kanak-

kanak Abnormal.
Terencat Akal
• American Associatan On Mental Deficiency
(AAMD) mengatakan terdapat 3 ciri utama
yang membolehkan kita mengkategorikan
seseorang kanak-kanak sebagai individu yang
terencat mentalnya iaitu mempunyai fungsi
intelek yang subnormal, tingkah laku
penyesuaian tidak normal serta penggunaan
bahasa dan sosialisasi yang sempurna.
Bagaimana untuk mengenal pasti kanak-kanak
tersebut?
1.Melalui kriteria psikometrik-
• Dikesan menggunakan ujian kecerdasan mental yang dilakukan secara individu.
• 2 ujian yang popular ialah Stanford Binet dan Ujian Wechsler Intellingent Scale For
Children.
• Melalui keputusannya, mereka dapat digolongkan sama ada di tahap kecerdasan normal atau
tidak.

2. Kriteria perkembangan
• Kanak-kanak terencat mental lambat memperolehi kebolehan fizikal seperti berjalan.

3. Kriteria kebolehan pembelajaran


• Dapat dikesan setelah kanak-kanak mula bersekolah dan diuji dengan prestasi yang
dinampakkan.

4. Kriteria penyesuaian sosial


• Jika kanak-kanak berfungsi dengan lemah dalam aspek sosial dibandingkan dengan rakan
sebaya disebabkan daripada kecacatan mental yang dilalui.
Peringkat-peringkatnya
1. Peringkat minima( mild )
• Berada di tahap 55-70 skor.
• Berlaku disebabkan faktor genetik dan persekitaran.
• Tingkah laku penyesuaian selalunya dibawah 6 tahun tetapi agak lambat berjalan, bercakap
dan jaga diri sendiri.
• Penentuan sama ada mereka terencat atau tidak berdasarkan kepada skor ujian kecerdasan.
• Dari segi latihan dan pendidikan, masih boleh mendapat pendidikan formal tetapi memerlukan
perancangan dan pembelajaran khas.

2. Peringkat sederhana
• Skor 55-60
• Tingkah laku penyesuaian:- Perkembangan agak lambat dari kanak-kanak peringkat minima.
• Dapat mempelajari cara berjalan, makan dan bertutur tetapi perkumuhan di peringkat minima.
• Pengajaran dan pembelajaran:- Memerlukan latihan tingkah laku penyesuaian sebelum diberi
pendidikan formal.
• Apabila mereka sudah dewasa, boleh bekerja dalam bidang yang tidak memerlukan kemahiran
tinggi dan perlu diawasi ketika bekerja.
3. Peringkat serius
• Skor 20-35
• Boleh berjalan dan makan sendiri tetapi perkumuhan, pertuturan dan kemahiran
menjaga diri masih memerlukan pertolongan orang lain.

4. Terlampau serius
• Hanya mampu terlantar di pembaringan.
• Memerlukaan penjagaan dan pengawasan sepanjang masa.
• Pendidikan:- Memakan masa yang lama dan kadar yang lambat.
• Ciri utama mereka ialah mengalami gejala Mongolisme dan Down Syndrom.
Punca-puncanya

Endogenius ( dalaman )
Eksogenius ( luaran )
• Berkaitan baka, bersifat primer
atau sementara dan boleh berlaku • Berkaitan persekitaran dan bersifat
berterusan apabila tidak diberikan sekunder.
rawatan awal.
1. Faktor endogenius
i. Disebabkan oleh sesuatu gen yang utama - -Disebabkan ibu bapa berasal daripada
mereka yang terencat.

ii. Disebabkan gen yang lemah – Berlaku apabila kanak-kanak menerima dua gen
yang lemah daripada ibu bapa. Terjadi disebabkan terdapat ahli keluarga yang
terlibat, kerap kali ibu bapa dan generasi pertama tidak terlibat, apabila ibu bapa
mempunyai hubungan darah dan beberapa orang keturunan terlibat.

iii. Disebabkan oleh penyimpangan kromosom – Selalunya disebabkan oleh penyakit


mongolisme. Berlaku disebabkan oleh bilangan kromosom yang berkuranganiaitu
yang ke-45. Dalam kes mongolisme yang disebabkan oleh pasangan kromosom
ke-21, mungkin berpunca daripada kegagalan dua kromosom daripada pasangan
itu untuk berpisah semasa proses mieosis berlaku selepas proses persenyawaan
berlaku. Ini menyebabkan fetus mempunyai ovum dengan 24 kromosom (lebih
satu dari normal) yang kemudiannya bercantum dengan sperma normal untuk
menjadikannya 47 kromosom. Kejadian ini menunjukkan terencat akal berlaku
disebabkan oleh sesuatu keadaan yang tidak diduga sewaktu proses meiosisi dan
bukan hanya daripada pewarisan.
Faktor sebelum kelahiran.
Faktor eksogenius Faktor semasa kelahiran.
Faktor selepas kelahiran.

• Faktor sebelum kelahiran:-


a) Trauma atau luka.
+ Disebabkan oleh pengguguran yang tidak berjaya atau kemalangan.

b) Pemakanan atau metabolisme.


+ Pemakanan ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan mental bayi.
+ Dua penyakit yang berkaitan dengan proses metabolisme ialah phenylketonuria
(PKU) dan Galactosemia.

c) Penyakit atau wabak.


+ Penyakit seperti demam kepialu boleh dijangkiti melalui uri.
c) Ketidaksesuaian darah.
+ Berlaku antara anak dan ibu.
+ Menyebabkan bayi yang baru lahir mendapat penyakit demam kuning yang serius
diikuti dengan rencatan mental.
+ Kajian menunjukkan ketidaksesuaian antara darah ibu dan anak dalam
kumpulan darah A, B dan O juga menjadi faktor.

d) Kesan radioaktif.
+ Sinaran X-ray yang kuat dalam 3 minggu pertama membahayakan ibu yang
mengandung akan membawa perlbagai kesan kepada janin seperti keguguran.

e) Bahan-bahan beracun.
+ Bahan yang mengandungi racun dan dadah yang diambil oleh ibu yang sedang
mengandung akan menembusi dinding rahim.
+ Bahan seperti iodin, morfin, nikotin dan alkohol yang diserap ke dalam darah ibu
akan menjejaskan janin dan boleh merendahkan paras kecerdasan mental bayi.
• Faktor-faktor semasa kelahiran.
a) Bayi pra-masa.
+ Jika ibu terlalu aktif dan agresif.

b) Lemas sewaktu dilahirkan.


+ Berlaku jika uri terpisah terlalu awal atau tali pusat berbelit menyebabkan bayi
menghisap terlalu banyak cecair tembuni serta kesukaran untuk bernafas.

c) Kecederaan semasa kelahiran.


+ Ibu yang belum bersedia untuk melahirkan serta mempunyai tulang pelvik yang
sempit boleh menyebabkan tekanan untuk mengeluarkan bayi dan meningkat risiko
kecederaan.
• Faktor-faktor selepas kelahiran
a) Wabak atau penyakit
b) Jangkitan kuman.
c) Taraf pemakanan.
d) Status sosioekonomi.
e) Faktor kebersihan persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai