Anda di halaman 1dari 60

UNIT 2

PERKEMBANGAN
PERTUMBUHAN FIZIKAL KANAK-
KANAK
Hasil Pembelajaran:

Akhir sesi ini, pelajar akan dapat:

1.0 Menyatakan definisi pertumbuhan dan pembesaran


2.0 Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
dan pembesaran
3.0 Mengaplikasikan pemeriksaan dan penilaian pertumbuhan
dan pembesaran
Kategori mengikut umur:
 Bayi - 0-1 tahun
 Toddler - 1-3 tahun
 prasekolah - 3-6 tahun
 persekolahan - 7-12 tahun
 adolescents -12-18 tahun
 adulthood - 19-65 tahun
 Warga emas - 65 tahun
1.0. Perkembangan Pertumbuhan Fizikal
Kanak – Kanak

Definisi pertumbuhan dan pembesaran


 pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz
dan kematangan. Daripada segi saiz fizikal, ini
bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-
bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan
saraf-saraf ke otak.
 Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat
dilihat dengan nyata dan diukur (kuantitatif)
daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.
(Woolfolk dan Margetts ,2007)
Pertumbuhan bersifat kuantitatif
 Pertumbuhan manusia
merupakan satu proses
yang berlaku berterusan
dan pesat di dalam rahim
untuk membentuk zigot
dan seterusnya
berkembang sebagai
embrio dan janin.
Pertumbuhan peringkat
ini dinamakan
pertumbuhan prenatal.
Carta Perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak:
Perubahan pertumbuhan dan perkembangan
tubuh manusia mengikut umur
Huraian Perkembangan Pertumbuhan
Fizikal Kanak-kanak:
 Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-
kanak boleh dibahagikan kepada 4 bahagian: kebersihan alam
sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor.
 Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak
menggunakan anggota badan, otot, & koordinasi untuk
menjalankan aktiviti harian.
 Merangkumi pertumbuhan fizikal (perubahan saiz badan dan
kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka
tulang), kemahiran pergerakan motor kasar dan halus serta
pengawalan dominan tangan
2.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pertumbuhan Dan Perkembangan:

1. Faktor baka
2. Faktor persekitaran
1. Faktor Baka
 Melibatkan kesan genetik terhadap perkembangan manusia
 Merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang
diperturunkan dari ibubapa
 Baka terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan ciri
keturunan
 Kromosom mengandungi bahan DNA dan RHA (sifat baka)
 Manusia mengandungi 23 kromosom
 Gen ibubapa diturunkan kepada anak-anak
 Ciri fizikal adalah sama dengan ibubapa
 Misalnya: warna dan bentuk mata, warna dan jenis
rambut, warna kulit dan serta jenis darah adalah sama
dengan ibubapa
 Baka menentukan potensi seseorang
 Bakat akan diwarisi oleh anak
 Struktur kesihatan juga boleh diwarisi oleh anak-anak
 Pengaruh baka boleh ditunjuk melalui ciri-ciri :
i. Fizikal- genetik memainkan peranan penting dalam penentuan ciri-
ciri fizikal seperti rambut, warna mata, ketinggian, rupa paras dan
bentuk.
ii. Fisiologi- kesihatan kanak-kanak berkaitan kesihatan ibubapa
iii. kecacatan mental- rencatan mental berlaku disebabkan oleh
pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua pihak ibu dan bapa
yang mempunyai tali persaudaraan
iv. Sahsiah- baka memainkan peranan penting dalam perubahan
sahsiah seperti cepat marah, bimbang
v. Kecerdasan- ibubapa yang tinggi kecerdasannya melahirkan anak-
anak yang tinggi keupayaanya
2. Faktor Persekitaran
 merupakan faktor pemeliharaan di mana selain daripada
keluarga, faktor rakan sebaya, jiran, guru sekolah, atau
kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap
setiap individu dalam proses perkembangannya.
 Kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkahlaku
seseorang individu
 Merujuk kepada alam sekitar seseorang individu
 Dibahagikan kepada 2 kategori:
i. Faktor pralahir
ii. Faktor selepas lahir
Persekitaran – i. Faktor Pralahir
 Faktor-faktor penting seperti:
a. Pemakanan ibu
 tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh
mempengaruhi perkembangan janin dan juga daya
tahan ibu kurang
 Bayi mengalami kekurangan vitamin C dan D, tulang
lembut, fizikal lemah, keguguran dan bayi mati,
mental bayi menjadi abdnormal
Sambungan…
b. Umur ibubapa
 Umur ibu semasa mengandung ada hubungan dengan
risiko kematian janin
 Ibu muda berisiko mendapat keguguran, bayi pramatang
 Umur ibu 20 – 35 adalah paling baik untuk melahirkan
anak
 Ibu terlalu muda – peranakan belum begitu matang,
kanak-kanak rendah berat badan, mengalami kecacatan
fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal berbanding
ibu yang berusia 20 tahun
 Umur ibu lebih 40 tahun berisiko untuk keabnormalan
pada kromosom seperti Sindrom Down dan risiko
keguguran.
Sambungan…
c. Merokok
 Ibu yang merokok lebih 5 batang sehari boleh
menyebabkan kerencatan pembesaran pada bayi,
rendah berat badan, keguguran atau meninggal dunia
 Ibu yang merokok lebih 10 batang sehari mempunyai
risiko 50% mendapat barah semasa zaman kanak-kanak
 Salur oksigen yang mengandungi gas, tar dan nikotin
kepada janin
Sambungan…

d. Dadah dan arak


 Kesan dadah terhadap janin bergantung kepada
jenis dadah, kuantiti dan tempoh usia kehamilan
 Ibu yang menerima pelali dalam kadar yang
banyak berisiko mengalami kerosakan otak
 Ibu yang minum alkohol berisiko untuk
melahirkan bayi dengan Fetal Sindrom alkohol
seperti jarak mata bayi lebar, kepala kecil,
jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi
dengan betul, hiperaktif dan sawan
Sambungan…

 Bayi juga bersaiz kecil, ringan berat badan,


rendah IQ, terencat akal, mengalami
masalah pembelajaran dan sistem saraf
kurang baik.
 Mengalami masalah tingkahlaku, kurang
tidur, sukar diberi makan dan sering muntah
 Juga mengalami masalah bahasa dan
pergerakan motor serta sukar menumpukan
perhatian semasa semasa di sekolah
Fetal Distress Syndrome
Sambungan…

e. Keadaan Emosi Ibu


 Ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan
memperoleh anak yang beremosi
 Bayi akan mengalami masalah makanan dan
penghadaman
 Risiko untuk melahirkan anak pramatang, bayi
rendah berat dan sukar bernafas
Sambungan…
f. Penyakit ibu
 Dua penyakit yang memberi kesan perkembangan fetus
yang iaitu kencing manis dan ketidaksesuian faktor Rh
 Ibu yang mengidapi kencing manis boleh menyebabkan
keguguran, bayi terlebih berat badan dan gemuk yang
bermasalah fizikal dan saraf
 Ketidaksuaian Rh merujuk kepada ketidaksuaian protein
dalam sel darah merah
 Berlaku apabila Rh+ fetus mengalir masuk kedalam
darah Rh – ibu, antibodi ibu akan mengeluarkan antibodi
yang boleh menyerang darah fetus
 Akibatnya bayi mengalami kuning, lahir pramatang,
kecacatan otak
Rhesus Negative Mother
Kuning pada Bayi (Jaundice)
g. Agen-agen Teratogenik
 Bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod
genetik berubah dan menyebabkan keabnormalan.
 Suntikan Rubella boleh menyebabkan buta, pekak dan
kerencatan mental
 Tempoh lapan minggu pertama merupakan satu masa
yang kritikal bagi bayi yang di dalam kandungan.
Persekitaran – ii. Faktor Selepas lahir
a. Pemakanan
 Susu ibu bagus untuk
perkembangan kanak-kanak
 Menjamin perkembangan
jasmani dan mental yang
sihat
 Makanan yang berkhasiat
diperlukan untuk membantu
pertumbuhan dan
perkembangan individu dan
juga melindungi penyakit
Kanak – Kanak Obesiti
b. Keluarga
 Keluarga adalah latar persekitaran yang banyak
mempengaruhi perkembangan seseorang individu
 Hubungan yang rapat antara keluarga meningkatkan
self-esteem yang tinggi
 Gaya asuhan dan didikan ibubapa banyak mempengaruhi
pembentukan personaliti seseorang anak
 Contoh: ibubapa yang autokratik melahirkan anak yang
takut dan menarik diri. Kanak-kanak kurang keyakinan
diri bergantung pada orang lain dalam membuat
keputusan.
c. Rakan sebaya
 Banyak berpengaruhi ketika zaman remaja terutama
dari segi sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup
 Pengaruh rakan sebaya dalam aspek afektif, sosial,
kognitif dan psikomotor.
 Kanak-kanak belajar bersosialisasi dengan mempelajari
perkara-perkara yang boleh diterima dan tidak boleh
diterima oleh ahli-ahli kumpulan.
 Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya
sangat mempengaruhi kanak-kanak turut tingkahlaku
sedemikian kerana takut disingkirkan
d. Sekolah
 Lokasi sekolah sama ada luar bandar @ bandar
mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan
jasmani seseorang
 Kekurangan kemudahan boleh menjejaskan
perkembangan daripada beberapa aspek
 Saiz sesebuah sekolah akan mendatangkan kesan yang
berlainan
 Sekolah yang menekankan hal-hal akademik akan
menghasilkan individu yang kurang berminat dengan
sukan dan bermain.
e. Tempat tinggal
 Lokasi tempat tinggal mempengaruhi perkembangan
 Penduduk di kawasan bandar kurang mesra dan lebih
bersifat materialistik berbanding dengan luar bandar
 Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa,
kemesraan
f. Sebaran am
 Memberi ruang persekitaran yang mengakibatkan
perkembangan seseorang
 Melalui surat khabar, radio, televisyen, majalah, buku,
wayang gambar
 Memberi kesan positif dan negatif
Pemeriksaan & Penilaian Pertumbuhan Dan
Pembesaran

1. Pemeriksaan fizikal kanak – kanak


2. Antropometri
 Ukuran tinggi /Berat badan
 Interpretasi pencapaian BMI
ANTROPOMETRI
 Berasal dari perkataan antropos(tubuh) dan
metros (ukuran). Antropometri bererti ukuran tubuh yang
digunakan untuk mengukur lingkar kepala, berat badan,
tinggi/panjang badan, perubahan berat badan, nisbah
berat/tinggi, lebar siku
 untuk mengesan faktor pemakanan yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan terbantut
1. PEMERIKSAAN FIZIKAL KANAK-
KANAK
 Bermula dari kepala ke kaki –pengesanan awal kes luarbiasa dari apek
kesihatan
 Pertumbuhan fizikal:
Terdiri daripada perubahan:
i. berat badan,
ii. ketinggian,
iii. lilitan kepala,
iv. lengan,
v. nisbah badan:kaki,
vi. kandungan lemak badan,
vii. pertumbuhan gigi dan
viii. rangka tulang
i. Berat badan:
 Purata bayi baru lahir sihat adalah 3 kg
(6.5 paun)
 Beberapa hari kemudian, berat badan bayi akan
menyusut 5-10% dari berat lahir
 Berat badan kembali normal 10 hari kemudian
 Kebanyakan bayi bertambah berat badan sebanyak
1 kg pada akhir bulan pertama
 Bayi umur 5 bulan berat 2 kali ganda berat lahir
 Umur 1 tahun 3 kali ganda berat lahir
 Umur 2 tahun 4 kali ganda berat lahir
Sambungan…
 Umur 2 tahun hingga baligh berat badan
meningkat 2.5 kg setahun.
 Berat badan kanak-kanak perempuan adalah
kurang berat badan daripada kanak-kanak lelaki
pada usia yang sama
 0-6 bulan perkembangan tertumpu pada otot
 6 bulan hingga 12 bulan perkembangan tertumpu
pada pergerakan
ii. Ketinggian:
 Semasa lahir ukuran kira-kira 50cm panjang
 5 bulan bertambah 30% dari tinggi lahir
 1 tahun akan bertambah 50% dari tinggi lahir
 Pada umur 2 tahun kebanyakan kanak-kanak
telah mempunyai kira-kira separuh daripada
ketinggian sebenar yang akan dipunyai apabila
mereka dewasa kelak
Cara pengukuran antropometri:
Sambungan…
 Pertambahan 5cm sehingga 7.5 cm setiap tahun
 Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada
kanak-kanak lelaki sebelum umur sebelas tahun.
 Selepas 12 tahun @ 13 tahun, kanak-kanak
perempuan akan menjadi lebih tinggi dari kanak-
kanak lelaki
 Selepas 14 tahun, kanak-kanak lelaki meningkat
kembali dan lebih tinggi daripada kanak-kanak
perempuan
PURATA BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
KANAK-KANAK
  Perempuan Lelaki
Umur Berat Ketinggian Berat Badan Ketinggian (sm)
Badan (sm) (kg)
(kg)

Baru lahir 3.36 49.5 3.41 49.75

3 bulan 5.64 58.50 5.73 59.5

6 bulan 7.27 64.25 7.59 62.25

9 bulan 8.73 69.0 9.09 70.0

1 tahun 9.77 73.0 10.09 74

2 tahun 12.32 85.25 12.59 86.0


  Perempuan Lelaki
Umur Berat Badan Ketinggian Berat Badan Ketinggian
(kg) (sm) (kg) (sm)

3 tahun 14.45 92.75 14.64 94.75

4 tahun 16.45 101.5 16.55 101.75

5 tahun 18.41 107.25 18.41 107.0


iii. Lilitan Kepala:
 Jisim otak mencapai nisbah 2/3 kepala orang dewasa
 Masa lahir 20-38 sm
 6 bulan 42.5 sm
 1 tahun 45 sm
 2 tahun 48 sm
 Peningkatan lilitan kepala berlaku 2 hingga 6 bulan
selepas lahir seiring dengan perkembangan otak
 Kepala bayi baru lahir lebih besar berbanding
dengan badan
iv. Lilitan Lengan:
 Ukur bahagian pertengahan lengan atas
 Menggunakan pita ukur
 Awal kelahiran purata lilitan adalah 11 sm kepada
16 sm
 Lilitan kekal 16 sm hinggan 17 sm dari setahun
hingga lima tahun
 Kadar perubahan fizikal bergantung kepada
kesihatan yang baik dan penerimaan zat
pemakanan

 
vi. Kandungan Lemak badan:
 Mula meningkat beberapa minggu terakhir
sebelum kelahiran
 Terus selepas kelahiran
 Bayi perempuan banyak lemak berbanding bayi
lelaki
 Keadaan memuncak pada usia sembilan bulan
 Satu tahun sehingga pertengahan peringkat
kanak-kanak berubah menjadi kurus
 Berdasarkan kandungan lemak badan dan otot
boleh membahagikan kepada 3 jenis bentuk
badan kanak-kanak:
• Ektomorf – saiz tubuh kecil, kurus dan tinggi.
Kadar perkembangan fizikal agak lambat
• Mesomorf – tubuh badan pejal dan berisi.
Penambahan otot, berat badan dan perkembangan
fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat
pada setiap peringkat umur
• Endomorf – tubuh badan lebih bulat dan
mengandungi lebih banyak lemak
Kategori Fizikal:
vii. Pertumbuhan gigi:
 Mempunyai 2 set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup
 Set pertumbuhan pertama
 Gigi ini akan terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai
gigi susu/gigi sementara/gigi bayi gugur dari semasa ke
semasa dan diganti dengan gigi kekal/gigi dewasa
 Gigi kekal berjumlah 32 batang
 Gigi akan muncul dalam usia enam bulan hingga dua belas
bulan
 Pada masa ini, kalenjar air mula mengeluarkan air yang
banyak
 Setengah bayi yang demam sebelum tumbuh gigi
Sambungan…
 Gigi susu mula muncul ketika bayi baru mula memakan
makanan separuh pejal
 Diikuti gigi kacip sisi pada usia bayi 10 – 15 bulan
 Usia 12 -18 bulan, gigi geraham pertama pula tumbuh
 diikuti pada gigi taring pada bulan 16 – 20 bulan
 gigi susu mula tanggal ketika kanak-kanak berumur 7 tahun
 pertukaran gigi susu kepada gigi kekal mengambil masa yang
lama kira-kira dua belas tahun
Pertumbuhan gigi susu kanak
viii. Rangka Tulang:
 pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara iaitu:
 i)bertambah panjang
 ii)lebih keras dan berkurang atau
 iii)bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu.
  
 bertambah panjang
 pertambahan ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan
 tulang memanjang, menebal dan membesar
 pusat pertumbuhan khas dinamakan epifisis
 epifisis membenarkan tulang tumbuh dan bertambah panjang.
 proses pertumbuhan berhenti apabila bahagian hujung tulang mengeras
dengan sepenuhnya yang hanya berlaku pada pertengahan atau akhir
remaja
  
 Tulang mengeras (Osifikasi)
 Bagi bayi, setengah tulang kebanyakannya masih rawan
 Semua tulang masih lembut
 Kandungan air lebih tinggi
 Semasa pengerasan, tulang kalsium akan menggantikan
tulang lembut kepada tulang keras
 Pengerasan tulang ini dipanggil osifikasi
 Bermula sebelum lahir dan berterusan sehingga menjadi
matang
 Osifikasi memerlukan zat makanan yang terdiri dari
kalsium dan vitamin yang mencukupi
Epifisis
ix. Jumlah tulang
 Perubahan pada jumlah tulang berbeza bergantung kepada fungsi
tulang tersebut
 Bahagian tangan, pergelangan kaki dan kaki merupakan bahagian
badan yang mengalami pertambahan dalam jumlah tulang yang paling
besar
 Bayi baru mempunyai beberapa tulang yang dipisahkan oleh ruang
dinamakan fontanel atau ubun-ubun
 Fontanel merupakan bahagian lembut untuk memberi ruang tulang
bertindih dan membenarkan kepala yang besar melalui servik semasa
kelahiran
 Fontanel membenarkan tengkorak membesar dan perkembangan otak
 Pada usia 2 tahun fontanel mula mengeras dan dipenuhi tulang
Dokumentasi Hasil Pemeriksaan Fizikal

 Intervensi kes malnutrisi dan obesiti


 Implikasi malnutrisi dan obesiti
 Menjejaskan proses pertumbuhan dan
perkembangan kanak – kanak
 terdedah kepada beberapa penyakit gangguan
terhadap pembelajaran
INDEKS JISIM TUBUH (IJT) ATAU BODY
MASS INDEX (BMI)

adalah ukuran untuk menilai berat badan anda


berbanding dengan ketinggian.

Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI untuk orang dewasa?


Jika BMI anda (kg/m²) adalah Anda adalah
< 18.5 Kurang berat badan
18.5 - 24.9 Mempunyai berat badan unggul
25 - 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes
Apakah klasifikasi BMI untuk kanak-kanak?
Ali mempunyai berat 60kg dan
tinggi 160cm. Berapakah BMI Ali?

60____
1.6m x 1.6m

60__
2.56

=23.4375
Rumusan:

 Kesimpulannya, pertumbuhan dan perkembangan kanak


– kanak adalah berbeza yang dipengaruhi oleh beberapa
faktor iaitu genetik, persekitaran.
 Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza
mengikut kematangan dan pengalaman yang dilalui oleh
individu.
 Oleh itu guru – guru dan ibubapa melakukan
pemeriksaan dan penilaian terhadap kanak – kanak
untuk mencegah pertumbuhan dan perkembangan
luarbiasa .

Anda mungkin juga menyukai