Anda di halaman 1dari 10

BAB III

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

3.1 Penilaian Pemahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Undang-undang Jenayah Islam
Mengikut Kategori Responden

Kefahaman masyarakat bukan Islam dinilai terhadap jenis responden iaitu


menurut jantina, umur, bangsa, agama dan pekerjaan. Kaedah ini secara tidak langsung
dapat menilai sejauh manakah faktor-faktor tersebut mempengaruhi kefahaman
masyarakat yang bukan Islam terhadap Undang-undang Jenayah Islam. Kajian ini
dijalankan dengan melibatkan seramai 30 orang responden.

3.1.1 Kajian terhadap responden yang berbeza jantina

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan responden-responden yang aktif dalam kategori


jantina ini adalah terdiri daripada kategori perempuan. Responden perempuan menjadi
majoriti kajian soal selidik ini. Hal ini disebabkan responden perempuan lebih mudah
memberikan kerjasama semasa proses penilaian ini dijalankan. Responden perempuan
yang terlibat ialah 67 peratus, seramai 20 orang manakala responden lelaki ialah 33
peratus, seramai 10 orang.

Jadual 3.1 : Perbandingan peratusan terhadap responden yang berbeza jantina

Jantina Bilangan Responden Peratusan (%)

Lelaki 10 67
Perempuan 20 33

Jumlah 30 100

Penglibatan responden yang berbeza jantina ini dapat memberikan gambaran


situasi tahap kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Undang-undang Jenayah
Islam.

3.1.2 Kajian terhadap tahap umur responden yang terlibat dalam soal selidik

Kefahaman masyarakat bukan Islam merupakan elemen penting dalam kajian ini.
Faktor perbezaan umur turut mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman responden
berkaitan Undang-undang ini. Beberapa peringkat umur yang telah disoal selidik dalam
kajian ini adalah kurang 20, 21 hingga 30, 31 hingga 40, 41-50 dan lebih daripada 50
tahun ke atas.
Jadual 3.2 menunjukkan perbandingan yang telah dibuat berdasarkan perbezaan
umur setiap responden. Hasil soal selidik mendapati peringkat umur yang tertinggi adalah
kategori responden yang berumur 20 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43 peratus.
Kemudian diikuti kategori responden yang berumur 21-30 mencatatkan 37, kategori 31-
40, 10 peratus, 41-50 pula sebanyak 7 peratus dan lebih daripada 50 tahun ialah 3 peratus.

Jadual 3.2 : Perbandingan peratusan terhadap tahap umur responden yang terlibat dalam
soal selidik

Tahap Umur Bilangan Responden Peratusan (%)

‹20 13 43
21-30 11 37
31-40 3 10
41-50 2 7
›50 1 3

Jumlah 30 100

Dengan merujuk kepada data yang diperolehi, kepelbagaian peringkat umur


responden memberikan gambaran sebenar pada peringkat umur mana masyarakat
mengetahui atau terdedah dengan Undang-undang Jenayah Islam. Melalui kajian seperti
ini, pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dapat mendedahkan pengetahuan
berkaitan undang-undang ini kepada masyarakat semasa di peringkat sekolah. Pengenalan
undang-undang ini perlu didedahkan secara berperingkat-peringkat. Maka, masyarakat
bukan Islam secara tidak langsung dapat mengetahui dan berkongsi mengenai undang–
undang tersebut dengan masyarakat Islam.

3.1.3 Kajian terhadap responden mengikut pecahan bangsa dan agama

Jadual 3.2 di bawah menunjukkan keputusan kajian yang diperolehi melalui hasil
soal selidik ini menunjukkan tahap kefahaman dan ukuran pengetahuan responden
melalui analisis terhadap berdasarkan bangsa dan pegangan agama yang berbeza.
Seramai 30 orang masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama telah
disoal selidik. Antara yang terlibat ialah bangsa Cina, India dan lain-lain yang terdiri
daripada Iban, Bidayuh, Kadazan Dusun dan Dusun.

Jadual 3.3 : Perbandingan terhadap pecahan responden mengikut bangsa

Bangsa Bilangan Responden Peratusan (%)

Cina 15 50
3
India 12 10
Lain-lain 40

Jumlah 30 100

Responden berbangsa Cina merupakan bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 15


orang, 50 peratus, diikuti oleh responden lain-lain bangsa seramai 12 orang atau 40
peratus dan responden berbangsa India seramai 3 orang, 10 peratus. Berdasarkan data-
data yang diperolehi, kaum Cina adalah seramai 11 orang dari pihak perempuan dan
selebihnya 4 orang adalah lelaki.
Berdasarkan data-data yang dikumpulkan, jumlah responden lelaki ialah seramai
10 dan responden perempuan adalah 20 orang. Bagi lain-lain bangsa diwakili 7 orang
responden perempuan dan 5 orang responden lelaki kaum Iban dan kaum Bidayuh,
Kadazan Dusun dan Dusun masing-masing diwakili seorang perempuan. Manakala bagi
responden kaum India mencatatkan 2 orang perempuan dan hanya seorang wakil lelaki.
Jadual 3.4 pula menunjukkan perbandingan terhadap pecahan responden
mengikut agama. Seramai 30 responden yang telah disoal selidik mempunyai pegangan
yang berbeza. Antara agama yang dipegang oleh responden ialah Buddha, Hindu dan
Kristian.

Jadual 3.4 : Perbandingan terhadap pecahan responden mengikut agama

Agama Bilangan Responden Peratusan(%)

Buddha 13 43
Hindu 3 10
Kristian 14 47

Jumlah 30 100

Kebanyakkan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah beragama Kristian
seramai 14 orang atau 47 peratus. Responden yang beragama Buddha pula berada di
tangga kedua dengan jumlah 13 orang iaitu 43 peratus dan akhir sekali responden yang
menganut agama Hindu yang melibatkan 3 orang, 10.00 peratus.

3.1.4 Kajian terhadap responden mengikut pekerjaan

Pekerjaan responden turut dikaji dalam kajian ini. Perkerjaan yang dilakukan oleh
responden mempengaruhi pendapat yang dikemukakan. Responden terdiri daripada
beberapa golongan masyarakat. Antara golongan responden yang telah bekerjasama
dalam kajian ini adalah pelajar, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan lain-lain
pekerjaan.

Jadual 3.5 : Perbandingan peratusan mengikut pekerjaan responden

Pekerjaan Bilangan Responden Peratusan (%)

Pelajar 21 70
Kakitangan Kerajaan 3 10
Kakitangan Swasta 3 10
Lain-lain 3 10

Jumlah 30 100

Berpandukan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada soal selidik, majoriti


responden yang terlibat adalah pelajar dengan jumlah 21 orang atau 70 peratus.
Seterusnya diikuti golongan kakitangan kerajaan, golongan kakitangan swasta dan lain-
lain pekerjaan iaitu suri rumah masing-masing diwakili 3 orang responden atau 10
peratus.

3.2 Bahagian Kefahaman Responden Terhadap Undang-undang Jenayah Islam

Responden mempunyai kefahaman yang berbeza mengenai Undang-undang


Jenayah Islam. Di negara kita, Malaysia umpamanya undang-undang jenayah
kebanyakannya diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diceduk dari
Kanun Keseksaan India yang sebenarnya berasal dari kaedah-kaedah perundangan
Common Law England yang dikumpulkan dan ditulis dalam bentuk akta atau Kanun.
Selain Kanun Keseksaan, undang-undang jenayah juga terdapat dalam akta-akta tertentu
seperti Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Keselamatan Dalam Negeri
1957, dan lain-lain. Sementara prosedur jenayah pula diperuntukkan dalam Kanun
Prosedur Jenayah (NMB. Bab 6), Akta Keterangan dan akta-akta berkaitan mahkamah.
Pendedahan beberapa undang-undang yang digunakan negara kita dilakukan melalui
pendidikan dengan menggunakan beberapa subjek khas seperti Sejarah, Pendidikan
Moral dan Pengajian Am di peringkat sekolah menengah. Walau bagaimanapun, tahap
pemahaman masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam diakui amat rendah terhadap
Undang-undang Jenayah Islam. Maka bagi menilai tahap sebenar pemahaman masyarakat
bukan Islam terhadap undang-undang ini, kajian kefahaman responden dilakukan.

3.2.1 Kajian terhadap bilangan responden yang pernah mendengar atau mengetahui
mengenai Undang-undang Jenayah Islam
Jadual 3.6 menunjukan hasil kajian, jelas terbukti bahawa kefahaman masyarakat
bukan Islam terhadap Undang-undang Jenayah Islam tidaklah seperti yang diduga pada
awal kajian. Seramai lebih separuh responden atau 83 peratus menyatakan mereka pernah
mendengar undang-undang tersebut sebelum ini. Manakala yang selebihnya 17 peratus
atau hanya 5 orang menganggap undang-undang ini baru pada pandangan mereka.

Jadual 3.6 : Perbandingan peratusan terhadap bilangan responden yang pernah


mendengar mengenai Undang-undang Jenayah Islam

Ya/Tidak Bilangan Responden Peratusan (%)

Ya 25 83
Tidak 5 17

Jumlah 30 100

Berdasarkan analisis yang dijalankan mendapati bahawa hampir keseluruhan


responden lingkungan umur 20 tahun ke bawah memberikan jawapan ‘Ya’. Namun
demikian terdapat juga responden memberikan jawapan yang disebaliknya. Keadaan ini
wujud sama ada responden ini tidak peka dengan pendedahan yang telah diberikan
kepada mereka atau memang tidak pernah mahu peduli dengan Undang-undang Jenayah
Islam memandangkan bukan penganut agama Islam. Contoh yang dapat kita ambil
melalui kajian ini, 3 orang responden berumur 21-30 memberikan jawapan ‘Tidak’ dan
responden lingkungan umur 20 tahun ke bawah serta 41-50 turut memberikan jawapan
yang sama.
Melalui data yang diperolehi, responden mengetahui Undang-undang Jenayah
Islam ini melalui pelbagai medium. Antara medium-medium yang ada mendedahkan
undang-undang ini kepada masyarakat ialah radio atau televisyen, Internet, risalah atau
majalah, sekolah dan ceramah yang diadakan. Jelas menunjukkan maklumat yang
disampaikan kepada masyarakat melalui medium atau media tersebut berkesan.

3.2.2 Kajian terhadap tahap kefahaman responden mengenai Undang-undang Jenayah


Islam

Selepas menjalankan kajian ini, tidak ramai responden yang mengenali Undang-
undang Jenayah Islam. Sejumlah daripada responden memberikan jawapan tidak
berminat mengetahui lebih mendalam tentang Undang-undang Jenayah Islam iaitu
seramai 18 orang atau 60 peratus. Manakala 12 responden memberikan respon sebagai
berminat mengetahui lebih mendalam undang-undang tersebut. Responden yang berminat
mengetahui lebih mendalam terhadap undang-undang ini adalah dari kategori perempuan.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui carta pai 3.1 yang disediakan di bawah.

CARTA PAI 3.1 : PERBANDINGAN MINAT RESPONDEN


UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

40%

TIDAK
YA
60%

Hasil kajian turut mendapati wujud salah faham dalam segelintir responden
terhadap undang-undang yang dijalankan di beberapa buah negara. Hal ini jelas
menggambarkan masyarakat bukan Islam tidak dapat membezakan undang-undang yang
digunakan sesebuah negara berdasarkan contoh yang diberikan. Antara contoh negara
yang diberikan oleh responden ialah Malaysia, Indonesia, Brunei, negara Timur Tengah
seperti Arab Saudi, Pakistan, Iran, dan Turkey. Arab Saudi merupakan contoh negara
yang mengamalkan Undang-undang Islam sepenuhnya tanpa ada sebarang perubahan dan
tidak dikodifikasikan sama ada bidang keluarga atau jenayah. Bagi negara-negara Islam
masa kini, Undang-undang Syariah didapati telah diubah berdasarkan perubahan undang-
undang moden yang diwarisi daripada penjajahan Barat yang diistilahkan sebagai
Reformasi Undang-undang (Law Reform).
Undang-undang Jenayah Islam terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu
Hukum Hudud, Hukum Qisas dan Hukum Ta’zir. Berdasarkan Carta 3.2 bilangan
responden yang tidak mengetahui jenis hukuman yang dilaksanakan Undang-undang
Jenayah Islam adalah lebih ramai berbanding bilangan responden yang tahu. Bilangan
responden yang tahu cuma mencatatkan 7 orang atau 23.33 peratus manakala yang tidak
tahu adalah 23 orang, 76.67 peratus.
Selain itu, tidak ramai responden yang pernah menyaksikan pelaksanaan undang-
undang ini ke atas pesalah. Hanya 3 orang responden atau 10 peratus sahaja pernah
menyaksikannya melalui data yang telah dikumpulkan jika dibandingkan dengan 27
orang responden telah terlibat. Responden juga menyatakan telah menyaksikan
pelaksanaan hukuman undang-undang ini melalui sumber media elektronik seperti
televisyen dan menggunakan Internet di laman Youtube.

3.2.3 Kajian terhadap bilangan responden yang setuju bahawa Undang-undang Jenayah
Islam dapat mengurangkan kadar jenayah

Kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Undang-undang Jenayah Islam


adalah penting walaupun Islam sendiri tidak mensyaratkan semua rakyat memahami
sesuatu undang-undang sebelum pelaksanaannya. Kita telah sedia maklum bahawa kadar
jenayah yang berlaku dalam negara kita semakin membimbangkan. Penjenayah umpama
tidak takut dengan undang-undang yang digunakan di negara kita. Hal ini membantu
mengelakkan sebarang salah faham di kalangan masyarakat khususnya masyarakat bukan
Islam semasa menyaksikan pelaksanaan hukuman terhadap pesalah. Jadi jelaslah
kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap undang-undang ini memainkan peranan
penting.
Carta pai 3.2 di bawah dapat membandingkan bilangan responden terhadap
persetujuan pelaksanaan undang-undang ini dalam mengurangkan kadar jenayah yang
berlaku di negara kita.

CARTA 3.2 : PERBANDINGAN PERSETUJUAN RESPONDEN


UNDANG-UNDANG JENAYAH DAPAT MENGURANGKAN KADAR
JENAYAH

Berdasarkan
carta pai 3.2,
bilangan
47% responden
YA
53% yang setuju
TIDAK
dengan pendapat undang-undang ini dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita
adalah seramai 16 orang responden atau 53 peratus. Manakala 47 peratus yang
diwakili ..orang lagi menyatakan pelaksaaan undang-undang tersebut tidak dapat
membantu mengurangkan kadar jenayah berlaku.

3.2.4 Kajian terhadap bilangan responden terhadap pelaksanaan Undang-undang


Jenayah Islam ke atas pesalah yang bukan beragama Islam.

Undang-undang dilaksanakan untuk melindungi keadilan seseorang individu.


Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam perlu dikenakan ke atas semua pesalah tanpa
mengira perbezaan agama yang dianuti. Namun demikian, dapatan kajian mendapati
majoriti responden tidak setuju bahawa undang-undang ini dilaksanakan ke atas pesalah
yang bukan Islam. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan gambaran mengenai
sikap masyarakat kita yang lebih pentingkan diri sendiri. Undang-undang Jenayah Islam
sememangnya sesuai untuk semua masyarakat. Namun begitu ada juga yang menyatakan
undang-undang ini tidak sesuai dijalankan di sesebuah negara kerana mempunyai
masyarakat berbilang kaum. Harus diingatkan bahawa mereka yang tidak mahu memilih
Undang-undang Jenayah Islam boleh diadili dan dihukum mengikut undang-undang yang
sedia ada seperti Kanun Keseksaan. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa kerjasama
semua pihak, kadar jenayah berlaku di negara kita sukar untuk diturunkan.

3.2.5 Kajian terhadap bilangan responden yang setuju dengan pelaksanaan Undang-
undang Jenayah Islam di Malaysia

Masyarakat harus faham bahawa pelaksanaan undang-undang Islam tidak


meletakkan syarat kepada mereka untuk menghayati Islam terlebih dahulu. Pelaksanaan
Undang-undang Jenayah Islam adalah hanya untuk tujuan menghapuskan atau
mengurangkan kadar jenayah. Hal ini disebabkan ianya sesuai dilaksanakan dalam semua
keadaan. Undang-undang jenayah yang ada pada hari ini terbukti gagal untuk
menghapuskan jenayah dengan berlakunya peningkatan kadar jenayah setiap hari.
Namun, manusia tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai pemikiran yang berbeza-
beza terhadap sesuatu perkara. Berdasarkan data-data soal selidik, carta pai 3.3 telah
diterbitkan untuk menggambarkan perbandingan persetujuan responden terhadap
pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia.
CARTA PAI 3.3 : PERBANDINGAN PERSETUJUAN RESPONDEN TERHAP
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA

40%

60%
YA
TIDAK

Merujuk kepada carta pai di atas, jelas menunjukkan responden tidak setuju
sekiranya Undang-undang Jenayah Islam dilaksanakan di Malaysia. Bilangan responden
yang tidak setuju seramai 18 orang atau 60 peratus dan bilangan responden yang setuju
dengan pelaksanaan undang-undang tersebut ialah seramai 12 orang, 40 peratus.
Dalam pelaksanaan undang-undang, kefahaman masyarakat tidak dititikberatkan.
Parlimen atau Badan Perundangan di Malaysia khususnya tidak meletakkan syarat
kefahaman masyarakat dalam proses meluluskan undang-undang terbabit. Terdapat
banyak undang-undang kecil serta peraturan yang ada di negara kita di mana tidak ramai
masyarakat yang memahami kesemua undang-undang tersebut. Namun demikian,
Parlimen tetap meluluskan undang-undang tersebut.

3.3 Kesimpulan Soal Selidik


Apabila kajian ini telah ditamatkan, satu rumusan dapat dibuat. Masyarakat bukan Islam
mempunyai kefahaman yang rendah terhadap Undang-undang Jenayah Islam. Walaupun
secara keseluruhannya responden member jawapan yang positif terhadap soalan soal
selidik yang diberikan. Masyarakat bukan Islam perlu tahu yang Undang-undang Jenayah
Islam boleh digunakan pada setiap masyarakat. Undang-undang ini juga boleh digunakan
sepanjang zaman kerana ianya sesuai dengan peredaran masa. Jadi, jelas terbukti
kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Undang-undang Jenayah Islam masih
berada pada tahap yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai