Anda di halaman 1dari 90

BELAJAR CARA BELAJAR

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Julai 2001
KANDUNGAN
•Pengenalan
•Objektif Modul
•Rasional Belajar Cara Belajar
•Apakah Belajar Cara Belajar ?
•Peranan Guru dan Murid
•Kemahiran Belajar Cara Belajar
•Kemahiran Maklumat
•Strategi Metakognitif
•Pengurusan Masa
•Persediaan Peperiksaan
•Contoh Rancangan Pelajaran
1. OBJEKTIF MODUL

 Menjelaskan konsep BCB.

 Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

 Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

 Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

 Membantu guru melatih guru lain BCB

 Menyediakan contoh rancangan p & p


2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

 Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

 Melatih murid memperoleh maklumat tambahan


di luar waktu sekolah.

 Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat


pendidikan untuk belajar seumur hidup.
3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

 Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

 Murid menggunakan pengetahuan rakan dan


bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

 Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.


4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

 Belajar Cara Belajar adalah proses teknik


pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
Kemahiran Belajar

 Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh


setiap murid untuk meraih kecemerlangan
dalam peperiksaan dan kehidupan.
 
 Kemahiran belajar melibatkan beberapa
kemahiran seperti:
Kemahiran Belajar

–Kemahiran Mendengar
–Kemahiran Membaca
–Kemahiran Menulis
–Kemahiran Mengambil Nota
–Kemahiran Mengingat
a.   Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks
seperti:
Arahan Lakonan
 Puisi Berita
 Ucapan Syarahan
 Lagu Taklimat
 Pengumuman Penerangan
Mengapa perlu didengar....
untuk mendapatkan:
 Maklumat
 Fakta
 Data
 Pengetahuan
 Penjelasan
 Penghayatan – muzik, puisi, bunyi
Siapa yang didengar ….
 Sesiapa sahaja yang
  memberi maklumat
  memberi penjelasan
  membuat pertanyaan
  memberi pendapat
b. Kemahiran Membaca

 Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas
Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

 Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming
Baca pendahuluan, rumusan dan bab
Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data
Bacaan Intensif

 Untuk Maklumat Terperinci


strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
Baca Laju
 Boleh baca laju dan faham kandungan
 Tumpuan sepenuhnya masa membaca
 Kesan isi penting melalui tanda:

tulisan condong/ bergaris/tebal


graf/gambar rajah/peta minda
 Membuat catatan nota
Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran
menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh
itu, menulis cepat memerlukan unsur:
 Kelajuan menulis
 Tulisan yang boleh dibaca
Mencatat Nota
 Mencatat nota adalah aktiviti merekod
fakta,maklumat dan isi penting daripada
bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
 Mencatat nota berlaku dalam semua situasi
belajar seperti semasa kuliah, ceramah,
penerangan, temuduga, membaca buku atau
bahan lain.
Mengingat
 Mengingat ialah proses pembelajaran yang
berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria dengar
dan deria lihat yang baik.
 Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk
mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah
berlaku selepas beberapa jam.
Bagaimana meningkatkan
kemahiran mendengar
    Motivasikan diri untuk memberi
sepenuh tumpuan dan perhatian kepada
 pembelajaran hari itu
   Menumpukan perhatian pada apa
 yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis
•  Memandang ke arah guru.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara


berkesan ialah suatu aspek kemahiran
belajar cara belajar yang penting.
Definisi Maklumat

Maklumat ialah
pengetahuan,data,butiran,fakta,
keterangan, atau cerita tentang
sesuatu perkara atau seseorang
Definisi Kemahiran Maklumat

Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan


maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus
dan mengolah maklumat dan membekalkan
maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.
Kemahiran maklumat terdiri daripada:

 Kemahiran perpustakaan
 Kemahiran belajar
 Kemahiran penyelidikan
 Kemahiran komunikasi dan penyampaian
SUMBER MAKLUMAT

Bahan audiovisual
Sumber berasaskan manusia
Contohnya filem, video, aset, cakera laser,
Contohnya ibu bapa, guru, mirofilem, mikrofis, pita magnetik
pakar bidang, tokoh dan
sebagainya.

SUMBER
MAKLUMAT

Sumber berasaskan komputer Bahan bercetak


Contohnya dalam talian dan luar Contohnya buku, majalah, monograf,surat
talian, cakera padat, dan internet. khabar, jurnal dan laporan.
JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal 17. Buku Tahunan
2. Laporan /Statistik 18. Monograf
3. Kertas Kerja 19. Buku log/diari
4. Paten 20. Kitab suci/Hadith
5. Standard/Piawaian 21. Almanak
6. Tesis/Disertasi 22. Indeks
7. Katalog Perdagangan 23. Abstrak
8. Ensiklopedia 24. Bibliografi
9. Kamus 25. Ulasan/Resensi
10. Tesaurus 26. Direktori
11. Atlas/Peta 27. Biografi
12. Gazetiar 28. Buku Panduan /Manual
13. Brosur/risalah 29. Pangkalan Data
14. Akhbar Dalam Talian
15. Majalah/Buletin 30. Internet
16. Buku teks/rujukan 31. CD-ROM
MENGENAL PASTI MASALAH DAN
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

• Memahami tugasan
• Menggunakan pelbagai sumber rujukan
• Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat
• Membina soalan asas
• Menentukan maklumat yang diperlukan
• Mengenal pasti skop sumber
• Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir
semula masalah
MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT

• Gunakan teknik imbasan dan luncuran


• Pilih bahan, baca, dengar dan tonton
• Pastikan sumber sama ada sumber primer
atau sekunder
• Mentafsir maklumat visual seperti graf,
peta dan carta.
• Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang

dapat menyokong pandangan/hujah


• Menilai sumber maklumat dan laman web

untuk mendapatkan yang tepat, boleh


dipercayai, diperakui, dan sesuai dan
Kemahiran Menemu Ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah


individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang
berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat
secara langsung dalam sesuatu peristiwa.
PERSEDIAAN MENEMU RAMAH
 Tentukan maklumat yang diperlukan.
 Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu
ramah.
 Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan
maklumat yang dikehendaki (latar belakang
tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).
 Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan
tempat).
 Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil
maklumat yang dikehendaki.
 Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya
mengikut keperluan.
SEMASA MENEMU RAMAH
             
 Tepati janji temu  
 Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan
gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima
kasih).
 Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan
maklumat.
 Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti.
 Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.
 Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.
 Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).
KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

 
Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak
maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu
mengetahui cara mengesan maklumat dengan
cekap tanpa perlu mengingat semuanya.
KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN
MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan dengan

kad katalog pembaca


mikrofis

  dengan
komputer
OPAC
MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG
Ada tiga jenis laci kad katalog :

        Laci kad pengarang


        Laci kad perkara
        Laci kad judul

Anda boleh menggunakan satu daripada lacI


tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada
seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau
judul.
Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan
Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini,
terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099 Karya Am
100-199      Falsafah
200-299      Agama
300-399      Sains Kemasyarakatan
400-499      Bahasa
500-599 Sains Tulen
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian dan Hiburan
800-899      Kesusasteraan
900-999     Geografi, Sejarah dan Biografi
Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit


belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,
bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan
maklumat yang tertentu .
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Terdapat dua jilid ensiklopedia:


Jilid maklumat umum atau jilid makro
Jilid maklumat terperinci jilid mikro

Pilih jilid yang mengandungi perkataan


atau huruf yang pertama yang dicap
dengan huruf besar yang berkaitan
dengan maklumat yang hendak dikesan
seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT,
dan KEJADIAN.
 
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat


tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu
bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan,
sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa
yang disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

• kamus umum
• kamus khas atau kamus istilah.
MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS
1. Pecahan makna bagi entri dan subentri
(literal dan idiomatik)
2. Jenis kata
3. Maklumat etimologi
4. Label penggunaan
5. Rujuk silang
6. Varian
7. Ejaan
8. Sebutan
9. Istilah
10.Peribahasa
11.Contoh ayat
MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS

1. Perkataan atau kata masukan


disusun mengikut abjad.  

2. Pada sudut atas kiri setiap halaman


dalam kamus tertulis kata pertama.

3. Pada sudut atas kanan tertulis kata


terakhir bagi halaman tersebut.
4. Buka terus halaman yang bermula dengan
huruf pertama kata yang ingin dicari
maknanya. Setelah dapat halaman, cari
perkataannya.

Fabulous
 
fabulous – wonderful
entri a fabulous day
frasa It was a fabulous week.
Everything went well Keterangan
ayat makna
Senarai enjin pencarian:
 Infoseek (http://www.go.com)
 Alta Vista (http://www.altavista.com)
 Yahoo (http://www.yahoo.com)
 Google (http://www.google.com)
 Lycos (http://www.lycos.com)
 Cari (http://www.cari.com.my)
CONTOH ENJIN PENCARIAN
CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET
1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet
seperti Netschape, Internet Explorer dan
sebagainya yang tertera pada skrin utama.

2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada


ruang yang ditetapkan.

3. Taip kata carian (search word/search term)


yang berkait dengan perkara , topik atau
tugasan yang dicari.

4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat


tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin
carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa
Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada
pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian
ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman
web yang akan memberikan rangkaian yang
berkaitan dengan kata carian yang
dimasukkan.

4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan


untuk menentukan sama ada kandungannya
sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda


masih tidak memperoleh maklumat yang
sesuai atau kurang lengkap.

Selamat Mencuba!
STRATEGI METAKOGNISI

An intellect is someone whose mind watches itself.


- Albert Camus

Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita


ketahui dan yang tidak kita ketahui.
(Costa, A.L.:1981)
Pengertian Metakognisi
Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang
diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran


merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi.
Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal
fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai
apa yang dipelajari .
STRATEGI METAKOGNISI  

Pelajar mengawal pembelajarannya


dengan:

I.    Merancang apa yang ingin


dipelajari.
Ii.   Memantau kemajuan
pembelajaran diri.
Iii   Menilai apa yang
dipelajari.
KEMAHIRAN MERANCANG

• Meramal

• Menyediakan diri

• Membuat perancangan
KEMAHIRAN MEMANTAU

Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya


soalan seperti:

 Adakah ini membawa makna kepada saya?


 Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
 Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
KEMAHIRAN MENILAI
Murid perlu membuat refleksi:

Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat


dikuasai ?

Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?

Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari


dengan strategi yang sesuai.
CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai


satu mata pelajaran. Metakognisi     
 perlu disisipkan dalam kaedah
mengajar, perkembangan staf dan
proses penyeliaan.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN
METAKOGNISI
MERANCANG
 Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru
mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk
menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti.
 Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu
memberi peluang kepada murid untuk
berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan
pandangan tingkah laku mereka.
 Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu
meminta murid menilai sejauh mana
peraturan itu dipatuhi .
KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA
PERINGKAT METAKOGNISI
  
Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan
fikiran.

Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri


mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca,
mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari


segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

Ini akan membantu pelajar mengikuti proses


metakognisi .
MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

Guru harus memberikan peluang kepada murid


untuk membuat refleksi dan mengkategorikan
tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria
penilaian sama ada

- membantu atau menghalang;

- yang disukai dan tidak disukai; atau

- baik dan buruk sesuatu aktiviti.


MENGAMBIL KREDIT

Guru harus meminta pelajar


mendapatkan maklum balas daripada
rakan dengan mengajukan soalan seperti:

Bagaimanakah Apakah tindakan


tindakan itu yang
harus diberikan membanggakn
pengiktirafan? diri anda?
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR
Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

“Apakah informasi yang diperlukan?”


“Apakah alatan yang diperlukan?”
“Apakah kemahiran yang diperlukan untuk
melakukan tingkah laku berkenaan?”

Soalan ini akan memberikan kesedaran dan


pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang
diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru,
keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi


dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau
memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan
mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:
 
                
GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya
ialah …

GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu


saya tentang …
MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU
TINDAKAN
Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku
kognitif mereka dengan memberikan label bagi
tindakan itu dengan memuji dan memberi kan
pengiktirafan seperti:

“Bagus, kamu sedang membuat satu rangka


tindakan yang baik bagi …”
“ Apa yang kamu semua buat adalah satu
eksperimen yang baik.”
“Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan
kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang
baik.”
 
MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

Biasanya murid mengeluarkan perkataan


seperti“tidak adil’, ‘tidak baik’, “sangat tegas.”
 
Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah
yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”,
atau “sangat tegas” kepada murid.
MAIN PERANAN DAN SIMULASI
 
Dengan kaedah main peranan murid dapat
membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan
membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku
dan sifat peranan tersebut.
 
Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan
bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi
berlainan.
MENULIS JURNAL
Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu
pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini
membantu murid:

- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan


mereka dalam bentuk simbolik / grafik. 
     
- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan
persepsi asal dengan keputusan baru.

- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara

membuat keputusan.

- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan


mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
MEMBERIKAN TELADAN

      Contoh teladan oleh guru dan menjadi


ikutan oleh murid adalah proses sangat
berkesan.

      Untuk tujuan ini, guru hendaklah


menunjukkan dengan jelas bagaimana guru
merancang, mengenal pasti dan menilai
sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat
mencontohinya.
PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai:


1. Jadual waktu
2. Perancangan yang tersusun dan
sistematik.
Apakah jadual waktu dan
Perancangan ?
Jadual Waktu
Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci
dan merangkumi:
1. Sesi pembelajaran
2. Aktiviti-aktiviti lain.

Perancangan
Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran
dan aktiviti-aktiviti lain.
Bagaimana menghasilkan jadual
waktu persendirian?
 Tentukan masa untuk sesuatu
mata pelajaran.
 Pilih keutamaan.
 Tumpuan kepada topik sukar.
 Pembahagian sama rata hari ke
hari.
 Pilih masa yang paling sesuai.
 Peruntukan masa untuk aktiviti-
aktiviti lain.
Selain belajar, masa harus
diperuntukkan untuk :
 Berehat.
 Membuat kerja rumah.
 Bersukan.
 Membantu ibu bapa
 Aktiviti yang diminati
 Kelas tambahan
Apakah kelebihan mempunyai
jadual waktu?
 Mengurangkan pembaziran waktu.
 Fokus pada pelajaran.
 Teratur.
 Mengambil kira semua mata pelajaran.
 Keutamaan.
 Melatih diri supaya tidak menangguhkan
kerja.
GAYA PEMBELAJARAN
Mengapa perlu mengenal pasti gaya
pembelajaran?

 Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran


yang berbeza.
 Fokus terhadap apa yang diperlajari
 Memaksimumkan hasil pembelajaran.
Apakah Gaya Pembelajaran?
1. Gaya pembelajaran VAK
2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
1. Gaya pembelaran VAK
VISUAL

AUDITORI

KINESTETIK
2. Gaya Dunn & Dunn
Berasaskan beberapa aspek :

 Alam Sekitar
 Emosi
 Sosiologi
 Fizikal
 Psikologi
Alam Sekitar
 Bunyi
 Cahaya
 Suhu
 Pola
Emosi
 Motivasi
 Ketabahan
 Tanggung jawab
 Struktur
Sosiologi
 Sendiri
 Pasangan
 Rakan Sebaya
 Pasukan
 Guru
 Pelbagai cara
Fizikal
 Persepsi
 Makan
 Waktu
 Gerakan
Psikologi
 Global atau Analitik
 Otak Kiri atau Otak Kanan
 Impulsive atau Refleksif
PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
Peperiksaan
memberikan
pelbagai pengalaman
RISAU
SUKA
DUKA
KECEWA
dan sebagainya….
SEBELUM PEPERIKSAAN
 Bersedia
 Latihan
 Tidur secukupnya
 Yakin
 Makan secukupnya
 Awal
 Tenang
 Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir
SEMASA PEPERIKSAAN
 Baca arahan dengan
teliti
 Anggarkan masa
 Teruskan kepada
soalan yang lebih
mudah
 Jangan panik
 releks
GURU PERLU:
 Bantu murid tekun
belajar.
 Tingkatkan minat
murid terhadap kerja
sekolah.
 Bantu murid memberi
perhatian.
 Ajar murid teknik
belajar yang betul
Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

Tingkatan : Empat
Masa : 80 minit
Tajuk : Berita / Laporan Sukan
Bidang : Maklumat dan Interpersonal
 
Hasil pembelajaran:
 
 7.1   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai
bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.
 7.2   Memahami dan menyatakan maksud perkataan
berdasarkan konteks.
Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks.
(ii)   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.
 
1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan
menggunakan soalan pelbagai aras.
Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi
idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan
yang sesuai dalam
perbualan secara bertatasusila.
 
Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis
Sistem bahasa: Kosa kata
Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan
menulis
Sistem bahasa: Kosa kata
Ilmu: Sukan
Peraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur
dan patriotisme
Kemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar
(merujuk kamus, membuat nota ringkas dan
metakognisi)
- Kajian Masa Depan
Langkah pengajaran dan pembelajaran:
 
1. Murid mendengar rakaman audio muzik
montaj rancangan sukan TV, dan
bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang
didengar. (set induksi)
 
2. Guru mengemukakan soalan sebelum
memperdengarkan rakaman audio
laporan sukan dan mencatat isi penting
kepada murid. (metakognisi)
 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan
 
kandungan dan format laporan sukan yang didengar.
 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang
ahli sukan
terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat
isi)
 5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan
dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.
6.   Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara
mengesan isi
penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)
 
 
7. Murid membaca teks yang diedarkan dan
mengesan perkataan sukar serta
merujuk kamus untuk mengetahui makna
perkataan mengikut konteks kemahiran
merujuk.
 8. Murid menjalankan main peranan sebagai
pemain badminton negara dan wartawan.
Murid mengulas tentang teknik penyoalan
dan kata yang digunakan dalam temu bual.
Guru membuat ulasan dan rumusan.
 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti
dalam bentuk dialog

Anda mungkin juga menyukai