Anda di halaman 1dari 1

awakal : Ibadah hati paling utama

Setiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk
mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui
kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke
atas tiap sesuatu.

Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh
manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang
mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu.
Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya.

Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan
dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat. Ini lah hakikat tawakal, menyerah dan pasrah dengan
segala apa yang telah Allah takdirkan setelah kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Apabila ia di iringi
rasa tawakkal kepada Allah, kita akan jadi hamba yang redha atas apa juga yang terjadi.

Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk
mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan yang wajar ialah
terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki
kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala
usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud
supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut.

Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang
terbaik untuk kita, Cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah
takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah
kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari
mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia
lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk
menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.

Anda mungkin juga menyukai