Anda di halaman 1dari 1

Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu

menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika
zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao
sehingga ke negeri Sabah.

Sekitar 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba
di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran
"Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah
gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang
DiPertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada


Kesultanan Sulu di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakan di Brunei.
Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada
Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan
Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao
dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
(rujuk entri bawah).

Posted by Raja Menangis


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Anda mungkin juga menyukai