Anda di halaman 1dari 2

Rencana Tentang Ikan Bertaring

Salah satu jenis ikan bertaring yang terdapat di dunia ini ialah ikan piranha.
Menurut Kamus Dewan, piranha ditakrifkan sebagai ikan kecil yang bergigi tajam dan
memakan daging, yang lazim terdapat dalam sungai-sungai di Amerika Selatan,
Serrasalmus. Manakala mengikut sumber internet dari Wikipedia Bahasa Melayu, ikan
piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan di
dalam Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan.

Ikan piranha merupakan ikan legenda. Ia dikenali sebagai "Wolf Air. Ikan piranha
terbahagi kepada dua jenis atau kumpulan keluarga, iaitu kumpulan Pygocentrus dan
Serrasalmus. Keluarga Pygocentrus mempunyai rupa yang tumpul dan kebanyakan
orang mengaitkan dengan ikan piranha manakala Serrasalmus dengan rupa yang
semakin lama semakin muncung. Ciri-ciri ikan piranha adalah mempunyai saiz sekitar
15 hingga 25 cm panjang atau 6 hingga 10 inci. Walau bagaimanapun, terdapat orang
yang menjumpai ikan piranha yang bersaiz hingga 41 sentimeter (24 inci)
panjangnya. Piranha juga memiliki wajah bulldog serupa dengan rahang bawah yang
sangat besar dan gigi tajam yang banyak.

Secara umumnya, ikan jenis ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam.


Tujuannya digunakan untuk memakan mangsa. Ikan ini mempunyai deria bau yang
sangat kuat seperti ikan jerung. Ikan ini juga menggemari darah. Ikan piranha memburu
bersama dan memakan hasil buruan mereka bersama. Walaupun mereka kecil, mereka
sangat ganas. Mereka cuma mengambil kurang daripada satu minit untuk
menghabiskan seekor anak bangau yang baru hendak belajar terbang. Ikan piranha
disebut sebagai,ikan “pirana”. Bunyi huruf 'h' tidak kedengaran. Ikan piranha
mempunyai warna seperti ikan kembung, iaitu berwarna hitam dan kelabu.
Selain itu, piranha juga dikenali sebagai Caribes adalah ikan air tawar pemakan
segala benda hidup. Ia makan di sungai dan tasik di Amerika Selatan, lebih terutama di
sekitar Amazon dan Venezuela. Sumber ini menjelaskan beberapa fakta dan menolak
beberapa mitos tentang ikan penasaran. Mereka adalah pemakan daging yang sangat
agresif dan menyerang mangsanya di beting besar. Mereka menghancurkan mangsa
tersebut dengan menggunakan gigi yang sangat tajam.

Berdasarkan berita dari luar negara, terdapat sebuah keluarga yang memelihara
ikan pirana. Piranha milik keluarga Characidae Characin atau keluarga Serrasalmidae
sub ikan yang juga termasuk ikan Pacus yang herbivora dengan alam tetapi masih
memiliki set gnashers. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa piranha juga akan
makan tumbuhan dan tidak hanya bergantung kepada daging semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai