Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan:

1. Stor sukan ini mempunyai sistem pinjaman peralatan yang tersusun. Sebelum
meminjam peralatan sukan, guru yang ingin menggunakan peralatan tersebut
diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman
peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut,
guru diminta menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam
buku rekod yang sama.
2. Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar,
terdapat panduan dan peraturan yang telah ditetapkan kepada sesiapa yang
ingin menggunakan stor sukan ini. Satu papan yang ditulis panduan dan
peraturan di stor PJK telah digantung di bahagian luar stor sukan ini untuk
memudahkan murid atau guru membaca dan memahami peraturan sebelum
menggunakan peralatan dari stor sukan ini.
3. Peralatan sukan diajaga dengan baik dan diselenggara agar alat sukan boleh
digunakan untuk jangka masa yang panjang. Ini boleh menjimatkan kewangan
sekolah membeli peralatan baru.
4. Terdapat pembahagi antara sor sukan dan stor kokurikulum ini menampakkan
susunan yang lebih kemas dan sistematik kerana peralatan tidak bercampu
aduk.
5. Susunan peralatan yang baik dan dilabelkan.Ini memudahkan penyimpanan
alatan sukan.

Kelemahan

1. Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat hanya
pada tahap minimum. Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada
di dalam stor ini.
2. Kebersihan yang kurang dijaga dimana keadaan stor yang berhabuk.
3. Saiz stor yang kecil menampakkan keadaan stor yang sempit dan tidak boleh
menampung lagi peralatan baru.
4. Keselamatan stor yang lemah diamana tidak dilengkapkan dengan gril
keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai