Anda di halaman 1dari 19

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2014

KOD KURSUS

HBPE 3403

TAJUK KURSUS

PENGURUSAN SUKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NAMA :SHILA BT ZAINAL

NO MATRIKULASI :831003715026001

NO KAD PENGENALAN :831003-71-5026

NO TELEFON :0163756103

EMEL :azli3610@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN ;PETALING JAYA

NAMA TUTOR : ENCIK. MASYWAWI BIN MOHD NOOR

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

1.1 Pengurusan sukan 3


1.2 Pengurusan stor sukan 3

Definisi stor sukan 4

2.Ciri-ciri dan keperluan sebuah stor PJ dan sukan 5


2.1 Penerimaa (bahagian penstoran ) 5
2.2 Penyimpanan (bahagian penstoran ) 5

2.3 Keperluan bilik stor PJ 6


1. Ruang 6
2.Rak 7
3.Lokasi 7
4.Tingkap 7
5.Pengedaran Udara 7
6.Keselamatan 7
7.Pintu 8
8.Penjagaan Alatan 8

2.4 Peraturan stor pendidikan jasmani 9

2.4 Tatacara stor sukan 9

Gambar stor sukan yang baik 10

3.Rumusan temuramah 12
1.Masalah 12
2.Cabaran 13

4.Borang pemantauan 14

5.Kesimpulan 16

6. Rujukan 17

7. Lampiran 18-20

1.PENGENALAN

2
1.1 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran
motor.Ia bertujuan untuk pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan
optimum dan keadaan baik.Ia juga merupakan satu proses untuk mempertingkatkan
kemampuan dan nilai seseorang individu.Dari pendidikan jasmani individu akan memperoleh
pengetahuan dan pembangunan sikap positif terhadap aktiviti fizikal.Jenny ( 1961 ) dan
Williams (1964 ) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui
aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk
perkembangan mental dan social.

Pendidikan jasmani juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi semua aspek domain psikomotor, kognitif , afektif , sosial dan emosi.Melalui
pendidikan jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalaminya sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya pendidikan jasmani
adalah merupakan sebuah bentuk pembelajaran yang holistic dan berupaya membangunkan
pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar
(colfer ,1986 ).

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang
menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti
fizikal yang menyumbang kea rah pertumbuhan mental , fizikal ,social ,pembentukan nilai
dan emosi.Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat ,cergas
dan produktif melalui pemupukan dan nilai ,sikap ,pengetahuan dan amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan
menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat
dilaksanakan atau diajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

1.2 PENGURUSAN STOR PENDIDIKAN JASMANI

Pengurusan alatan sukan yang cekap dan berkesan akan memastikan alatan sukan sentiasa
berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.Alatan sukan yang diurus

3
dengan baik dapat memastikan keselamatan pengguna dan memudahkan proses mengenal
pasti bilangan alatan yang rosak atau hilang.Imej sekolah juga dapat ditingkatkan dengan
pengurusan sukan yang cekap.Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan
untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.Stor yang disusun kemas dan teratur
akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan
pendidikan jasmani.Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.Oleh itu penyelenggaraan sesebuah
stor sukan pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk
pentadbir ,guru-guru dan murid-mirid

SUSUN ATUR ALATAN

Kebaikan susunan alatan sukan:

 Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan


 Memudahkan pengiraan alatan
 Menjimatkan ruang
 Menjamin keselamatan pengguna

DEFINISI STOR PENDIDIKAN JASMANI

Bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.Biasanya


segala peralatan sukan disimpan dengan rapi dalam sesebuah stor dan ia dikenali sebagai stor
pendidikan jasmani.

1. CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN SEBUAH STOR PENDIDIKAN JASMANI


DAN SUKAN.

4
Biasanya ketua panitia bertanggungjawab terhadap penyeliaan stor pendidikan
jasmani,termasuklah merekodkan pergerakan keluar masuk setiap alatan sukan yang di
gunakan setiap hari oleh guru-guru yang mengajar PJ mahu pun guru yang ingin meminjam
alatan sukan.Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi
alatan stor dengan mengemas kini pergerakan alatan jika terdapat ada alatan yang hilang atau
rosak boleh merujuk buku penggunaan harian yang disediakan..Guru penyelia stor juga
bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru.Serta bertanggungjawab membuat
pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.Peraturan stor sukan perlulah di rangka
dan dilaksanakan serta perlu di tampal di hadapan stor sukan.Peralatan perlulah ringkas dan
boleh di fahami oleh semua murid.

1.1. PENERIMAAN (BAHAGIAN PENSTORAN )

Pegawai stor /penerima hendaklah :-

1. Semak nota minta atai bil serajhan,nota bungkusan dan invois


2. Semak dan kira kuantiti yang diterima sama dengan yang diminta
3. Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah
mengikut spesifikasi ,dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya.
4. Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal,urusan penggantian hendaklah
dicatatkan dalam baucer penerimaan barang-barang
5. Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalam stok /inventori dan lain-
lain sebagai bahan bukti.

1.2. PENYIMPANAN ( BAHAGIAN PENSTORAN )

Cara-cara penyimpanan yang baik ,tersusun teratur dan selamat:-

1. Sediakan carta lokasi stok


2. Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum
3. Gunakan petak /rak /bakul yang mudah di ubah-ubah posisinya dan tanda pengenalan
( alatan )
4. Gunakan pellet kayu bagi barang-barang besar dan berat
5. Alatan dalam keadaan selamat dan tidak bercampur aduk dengan alatan yang lain
6. Membahagikan ruang stor kepada beberapa seksyen mengikut jenis alatan, kuantiti
dan bahagian .

5
7. Satu bekas hendaklah digunakan untuk satu barang dan simpan mengikut unit kuantiti
bagi memudahkan pengeluaran
8. Pastikan tindanan barang-barang tidak terlalu tinggi
9. Barang-barang yang berharga ,menarik perhatian hendaklah di simpan dilama stor
simpanan atau di dalam almari berkunci

1.3. KEPERLUAN BILIK STOR PENDIDIKAN JASMANI

Untuk memenuhi ciri-ciri keperluan stor Pj yang selamat beberapa keperluan perlu di ambil
kira untuk menjanim keselamatan serta kualiti alatn tersebut supaya ia tidak mudah
rosak.Antara keperluan bilik stor yang perlu di titik beratkan ialah :-

1. Ruang
2. Rak
3. Lokasi
4. Tingkap
5. Pengedaran udara
6. Keselamatan
7. Pintu
8. Penjagaan alat

1.RUANG

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan
alatan di samping tidak merosakkan alatan.Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani
ialah lebih kurang 300 kaki persegi.Saiz stor sukan pendidikan jasmani bergantung kepada
tiga perkara iaitu jenis alatan dan jumlah alatan yang disimpan ,jenis sekolah dan saiz
sekolah.

2.RAK

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan ,rak perlulah dibina di dalam stor


pendidikan jasmani.Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak
disusun.Barang atau alatan yang hendak di susun hendaklah dalam kedudukan teratur dan
senang di capai serta mempunyai ruang untuk bergerak.Ini bertujuan untuk menyenangkan
proses mengambil dan menyimpan barang

3.LOKASI

6
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran
dengan padang,dan tidak sesuai berada di tempat lalu lalang.Kita juga perlu memastikan
lokasi stor sukan tidak ter[encil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk ke dalam
stor sukan.

4.TINGKAP

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk terus
kedalam stor sukan dan ini boleh merosakkn sesetengan alatan .Keadaan yang panas akan
menyebabkan alat dari kain yang di tenun ,alat-alat kulit dan alat-alat yang tidak tahan panas
akan mudah rosak walaupun ia bugus untuk menghilangkan bau hapak di dalam bilik
tersebut.

5.PENGEDARAN UDARA

Peredaran udara perlu dan sangat penting untuk memastikan barang yang tahan lama
dan mengelak bau hapak dan lembab yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan
jasmani.

6.KESELAMATAN

Pelbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan
pengguna.Antara yang harus kita pastikan ialah :-

1. Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi


2. Susun alatan berdasarkan keselamatan
3. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam
menghala ke bawah atau pun secara baring.
4. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam
keadaan kering dan bersih sebelum ia di simpan bagi mengelak karat
5. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai
6. Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengmbil dan memulangkan
alatan
7. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam
keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak daripada patah dan reput
8. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
9. Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang
secara pukal

7
7.PINTU

Saiz pintu stor sukan brgantung jenis barang yang hendak di simpan.Sebagai contoh
menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi , pintu stor pendidikan
jasmani perlulah lebar dan tinggi serta memerlukan ruang yang besar.Pintu yang tidak sesuai
mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid.Pintu
perlu dilengkapi dengan alatan keselamatan dan di bina dengan kukuh supaya barang
pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari dicerobohi dengan mudah.

8.PENJAGAAN ALAT

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan


jasmani mudah rosak.Memandangkan keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan
jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukannya dari lulusan
mata pelajaran pendidikan jasmani itu sendiri.

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan alatan
dengan cara yang betul supaya alatan yang digunakan tidak mudah rosak.antara alatan yang
selalu disalah gunakan oleh guru dan murid ialah :-

1. Duduk di atas bola


2. Menyepak bola yang bukan bola sepek seperti ,bola jarring, bola tampar dan lain-lain
3. Mengetuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
4. Mengheret barang-barang yang dibuat daripada kanvas atau kain atau material yang
lembut .

1.4. PERATURAN STOR PENDIDIKAN JASMANI

Semua pelajar wajib mematuhi peraturan-peraturan stor sukan yang disenaraikan bagi
menjamin keselamatan ,keselesaan pengguna dan sebaginya .Antara peraturan yang
ditetapkan oleh sekolah ialah :-

8
1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam stor sukan
3. Guru mestilah berada bersama dengan murid semasa mengambil peralatan sukan
4. Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengetahuan guru kecuali dengan
kebenaran guru bertugas
5. Di larang bermain didalam stor sukan
6. Dilrang memasuki ke dalam sukan beramai –ramai
7. Sila letakkan dan susun semula peralatan yang digunakan ditempat asal
8. Pastikan stor sukan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meninggalkan stor
9. Pastikan pintu stor sentiasa ditutup
10. Stor sukan adalah tanggungjawab bersama.

1.5. TATACARA AM STOR SUKAN


1. Peralatan berbahaya hendaklah disimpan,dijaga dan diawasi penggunaannya dengan
rapi sepanjang masa
2. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah
3. Merekodkan semua alatan yang dikeluarkan dari stor dalam buku keluar masuk
peralatan sukan
4. Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan
5. Memastikan peralatan sukan yang digunakan berada dalam keadaan yang selamat
6. Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang rosak ,atau
perlu diperbaiki
7. Sentiasa menjaga kebersihan stor
8. Stor sukan mesti sentiasa dikunci
9. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan
10. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
11. Meletakkan peralatan sukan ditempat yang ditetapkan
12. Mencatat ke dalam buku rekod keluar masuk pergerakan alatan
13. Peralatan berbahaya harus di simpan di tempat yang selamat
14. Mengira alatan yang diambil dan pastikan alatan yang dipulangkan cukup
15. Memastikan semua peralatan yang belum atau yang sudah digunakan berada dalam
keadaan selamat.

9
CONTOH STOR SUKAN YANG BAIK

ALATAN DILABELKAN

SUSUNAN ALATAN MENGIKUT JENIS ALATAN SUKAN

10
ALATAN YANG DIGANTUNG DAN TERSUSUN

11
2. RUMUSAN TEMURAMAH

NAMA : PUAN ZAILA BT YUNUS

JAWATAN : KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KAN KESIHATAN

PENGALAMAN MENGAJAR DI SEKOLAH : 8 TAHUN

Semasa membuat temuramah dengan beliau,beliau hanya tersenyaum dan mengeluh


apabila ditanya tentang pengurusan atau penggunaan stor sukan.Beliau juga berkaat banyak
kekangan dan masalah yang terpaksa di hadapi tidak kira sama ada dengan murid, guru
mahupun pihak pentadbir.Disini saya huraikan beberapa masalah dan cabaran dalam
menguruskan stor sukan sekolah

1.MASALAH

Pengurusan stor sukan diletkkan dibawah tugasan ketua panitia pendidikan jasmani
serta ahlijawatankuasanya.Stor sukan akan beroperasi pada awal persekolahan sehingga tamat
sesi persekolahan pada setiap hari.Masalah pengurusan stor sukan adalah hal-hal yang
biasanya memeningkan kepala ketua panitia pendidikan jasmani .masalah yang terpaksa
dihadapinya ialah seperti berikut:-

1. Karenah guru-guru
Ada guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani yang tidak
mencatatkan penggunaan alatan di dalam buku rekok penggunaan,tanpa catatn dalam
buku rekod penggunaan akan menyusahkan ketua panitia untuk mengesan sekiranya
ada alatan yang hilang.

2. Kurang prihatin guru dalam mengawal selia alatan


Selepas menggunakan alatan guru meminta murid memulangkan alatan menyebabkan
alatan tidak disususn dengan baik selepas digunakan.Stor bersepah, berselerak setiap
kali selepas sesuatu aktiviti sukan

3. Meletakkan alatan lain selain daripada alatan sukan

12
Ini mengganggu susun atur alatan didalam stor sukan,contohalatan bukan sukan yang
disimpan di dalam stor sukan ialah speker ,peralatan rumah sukan ,buku-buku dan
bahan pengajaran dan pembelajaran

4. Saiz stor
Saiz stor sukan selalunya terlalu kecil bagi sekolah yang mempunyai murid sehingga
1000 orang murid.Oleh itu alatan tidak dapat disusun dengan sempurna sukar untuk
menyimpan alatan bersaiz besar seperti terampolin , tilam-tilam acara lompat tinggi

5. Lokasi stor
Biasanya lokasi stor sukan berada di ruang-ruang yang tidak digunakan sebagai bilik-
bilik ,jadi kedudukan bilik stor jauh dari padang

6. Peralatan
Pemilihan peralatan adalah dengan izin guru besar melalui nota minta ,Pemilihan
pembekal yang baik akan menentukan kualiti barangan yang baik berbanding dengan
harga seunit yang ditawarkan.Kerapkali ketua panitia menerima alatan yang tidak
berkualiti dan mudah rosak.

2.CABARAN

1. Kekangan masa untuk menguruskan stor pendidikan jasmani .Ketua panitia juga
perlu segera ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kelas lain pula
.Urusan menyelia dan mengemas stor sukan pendidikan jasmani hanya akan
dilakukan pada masa-masa terluang sahaja

2.Guru –guru pendidikan jasmani harus lebih bertanggungjawab bagi memastikan stor
PJ dalam keadaan yang bersih dan kemas .Peralatan –peralatan yang digunakan
haruslah dipulangkan ke tempat asalnya.

3. BORANG PEMANTAUAN

BORANG PEMANTAUAN PENGURUSAN STOR SUKAN

13
NAMA SEKOLAH :___________________________________________________

KOD SEKOLAH :___________________________________________________

BIL.PELAJAR :___________________________________________________

ZON/DAERAH :_____________________________________________________

NAMA GURU BESAR: ___________________________________________________

BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN


1 Fail pengurusan stor
2 Ahli jawatan kuasa
3 Carta organisasi Panitia Pendidikan Jasmani
4 Jadual guru bertugas
5 Buku catatan keluar masuk peralatan sukan
6 Pembahagian ruang dalam stor
7 Susun atur alatan dalam stor
8 Penglebalan alatan di tampal
9 Bilangan alatan dan jenis alatan di tampal
10 Pengasingan alatan mengikut jenis alatan
11 Pintu kecemasan
12 Pintu bergrill
13 Peraturan stor sukan ditampal
14 Alat pemadam api digantung/disediakan
15 Kedudukan stor sesuai dan strategik
16 Stor dalam keadaan bersih dan kemas
17 Terdapat peralatan lain selain daripada alatan
sukan
18 Mempunyai ciri-ciri stor sukan yang selamat

ULASAN PEMANTAU:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

14
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Pegawai Pemantau. Tarikh ,

……………………………..

( )

Guru Besar , Tarikh ,

……………………………

( )

4. KESIMPULAN

Pengurusan alatan sukan yang cekap dan berkesan akan berada dalam keadaan yang
baik dan selamat untuk digunakan oleh semua warga sekolah ,sekali gus menjamin mutu
sukan disekolah itu sendiri.Dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan
memudahkan lagi urusan keluar masuk alatan ,penjagaan alatan ,penstoran alatan dan lain-
lain.Ini semua dapat meringankan beban terutamanya ketua panitia pendidikan jasmani.

Walaupun ia Nampak mudah dan remaeh tetapi ia tidaklah semudah yang dijangka
,ini kerana ia melibatkan peralatan kegunaan harian warga sekolah terutamanya murid-murid
sewaktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.JIka ia tidak mendapat komitmen
dari oleh semua pihak ia akan menjadi masalah yang besar untuk

15
menguruskannya.Terutamanya alatan sukan yang tidak mencukupi ,factor keselmatan ,dan
lain-lain lagi.oleh sebab itu kerjasama daripada semua pihak dapat membantu dalam
pengurusan stor sukan di sekolah.

5. RUJUKAN

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-pengurusan-pendidikan.html

http://www.zairedin.com/2010/11/pengurusan-stor-pendidikan-jasmani.html

Asiah Abu Samah.(1993).Panduaan Penyeliaan pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah


rendah dan menengah.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teong Boon Tong .(1989 ).Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan .Kuala Lumpur:

Logman Malaysia

OUM HBPE3403 Pengurusan sukan dalam pendidikan jasmani:Shaifol Bahary Sulaiman

16
17
STOR SUKAN YANG TIDK TERSUSUN

18
STOR YANG TELAH DIKEMASKINI

19

Anda mungkin juga menyukai