Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN Setiap sekolah mempunyai stor sukan masing-masing. Keadaan stor yang lengkap, kemas dan teratur adalah penting. Dari segi pendidikan, ia akan menjadi suatu contoh yang baik kepada para pelajar mahupun pihak luar serta sekolah-sekolah yang lain. Bagi mewujudkan satu pengurusan stor yang baik, seorang guru perlu ditugaskan sebagai penyelia stor dan mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk para guru dan pelajar.

2.0

PANDUAN GURU Terdapat beberapa factor yang perlu diberikan perhatian oleh guru sebagai panduan dalam menguruskan stor. Antaranya ialah : 1) Ruang tempat menyimpan mestilah mencukupi

2) Pembahagian perlu pembahagian supaya senang kerja menyimpan dan mengambil peralatan. dapat disusun dengan teratur.

3) Kedudukan berhampiran dengan padang dan masa tidak terbuang. mudah mengambil dan menyimpan

4) Peredaran udara peralatan dapat tahan lebih lama.

5) Keselamatan hendaklah kukuh dan tidak mudah dicerobohi.

6) Pintu. cukup luas supaya peralatan besar dapat dikeluarkan dan disimpan dengan mudah.

3.0

PANDUAN MENYIMPAN, MENJAGA DAN MENYUSUN PERALATAN Mempunyai kemudahan : Almari bertingkat, kotak-kotak kayu, bakul, penyangkut pengurusan. Peralatan yang mahal : Jam randik, pita ukur,kasut lari. Alatan seperti ini perlu disimpan dalam almari yang berkunci. Peralatan perlu dilabelkan dengan jelas. Peralatan yang selalu digunakan perlu diletakkan dibahagian luar stor supaya mudah digunakan. Peralatan tajam seperti lembing perlu dihadapkan ke bawah matanya. Peralatan mestilah dibersihkan sebelum disimpan. Peralatan besar janganlah diletakkan diatas benda yang lembut kerana ianya mudah rosak. Bilik stor sukan hendaklah sentiasa bersih dan kemas pada dinding bertujuan untuk memudahkan kerja dan

4.0

PENGELOLAAN STOR SUKAN Dibawah seorang guru PJK Perlu dilantik pembantu dikalangan murid-murid. Perlu ada peraturan stor dan dilekatkan diluar. Buku catatat urusan pinjaman perlu direkodkan. Buku stok dan pemeriksaan stok alat yang rosak/hilang perlu

dikemaskinikan. Papan kenyataan menyampaikan sebarang notis.

5.0

MURID-MURID DAN PERALATAN 1) Perlu adanya kerjasama dari semua pihak. 2) Guru PJK seharusnya mencegah murid-murid; Duduk di atas bola Mengetuk kayu hoki, baton dan bet Mengheret tilam gimnastik Mengutamakan keselamatan.

6.0

TEORI

FIZIKAL

STOR SUKAN IPG TEKNIK


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KEMUDAHAN

6.1

FIZIKAL Dalam aspek fizikal, terdapat dua aspek lain yang perlu dititikberatkan iaitu lokasi dan ciri sesebuah stor sukan itu.

1) LOKASI Stor sukan IPG Teknik terletak di dalam gim yang berdekatan dengan kawasan padang. Stor ini boleh di masuki apabila mula melangkah ke dalam gim kerana stor ini terletak di bahagian hadapan di pintu masuk gim.

2) CIRI Ruang - Ruang dalaman stor sukan ini boleh dikatakan agak luas kerana setiap ruang didalamnya telah dibahagikan kepada beberapa kawasan bagi setiap jenis peralatan. - Meja penyelaras stor juga di letakkan di dalam kawasan stor sukan ini. - Kedudukannya agak tersorok dari orang ramai. Pembahagian - Pembahagian dalam stor ini agak bagus kerana setiap alatan atau bahagaian dibahagikan mengikut jenis-jenisnya yang tertentu. Contoh: Peluru di letakkan di bahagian bawah rak. - Peralatan dapat disusun dengan teratur. - Namun begitu terdapat juga alatan yang tidak sesuai yang turut berada didalam stor seperti sejadah dan songkok. - Stor sukan ini juga mempunyai stor tambahan yang terletak di bawah tangga. - Ia dapat memperbanyakkan lagi ruang untuk penyimpanan peralatan. Kedudukan - Stor sukan ini adalah berhampiran dengan padang. Oleh itu, masa tidak terbuang. - mudah mengambil dan menyimpan alatan. Peredaran udara - Peredaran udara tidak berapa baik. - Terdapat tingkap tetapi tidak dibuka dan kedudukannya tinggi. - Keadaan didalam stor panas. - Boleh menyebab peralatan menjadi cepat rosak.

Keselamatan - Peralatan disusun mengikut jenis. - Contoh : Peluru diletakkan dibahagian bawah rak kerana ia berat. Manakala peralatan tajam seperti lembing dan

sebagainya diletakkan dengan matanya menghala ke bawah. - Pintu yang kecil akan menyebabkan kesesakan dan akan membahayakan keselamatan. Pintu - Pintu untuk masuk ke kawasan gim sebelum memasuki stor sukan terlalu kecil. - Sukar untuk mengeluarkan peralatan yang besar seperti lembing dan sebagainya. - Boleh dilalui seorang sahaja pada satu-satu masa. - Boleh mendatangkan kecelakaan. - Pintu untuk ke stor sukan juga kecil dan hanya mempunyai satu pintu sahaja. - Menyukarkan proses untuk mengambil dan memulangkan peralatan. Pencahayaan - Disebabkan tingkap kurang dibuka maka keadaan didalam stor menjadi gelap. - Oleh itu lampu terpaksa dipasang. - Ini menyebabkan keadaan menjadi semakin panas.

6.2

KEMUDAHAN - Aspek kemudahan yang dapat dilihat didalam stor sukan ini ialah tersedianya buku rekod bagi tujuan peminjaman dan pemulangan peralatan. - Kekurangannya ialah buku ini tidak diperbaharui. - Walaubagaimanapun, buku ini memudahkan serta melancarkan proses peminjaman dan pemulangan peralatan. - Setiap rekod peminjaman boleh dilihat dan disemak.

6.3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN - Semua peralatan perlu disusun dengan lebih tersusun dan teratur. - Langkah keselamatan perlu lebih dititikberatkan seperti meluaskan atau menambah bilangan pintu masuk untuk ke stor. - Buku rekod perlu sentiasa diperbaharui agar dapat elakkan berlakunya sebarang kehilangan peralatan. - Bina dan sentiasa membuka tingkap agar udara dan cahaya dapat memasuki ruang stor. - Meja penyelia sepatutnya diletakkan di luar kawasan stor agar ruang penyimpanan alatan dapat ditambah. Keadaan di dalam stor juga tidak akan menjadi terlalu sesak. Keadaan dalam stor yang panas juga akan menyebabkan penyelia berasa tidak selesa. - Stor juga haruslah sentiasa dikemas agar peralatan sentiasa tersusun dan tidak terdapat barang yang tidak sepatutnya berada di dalam stor sukan tersimpan didalamnya.

6.4

LAMPIRAN

Gambar 1 : Ruang dalam stor sukan

Gambar 2 : Susunan peralatan dalam stor

Gambar 3 : Meja penyelia

Gambar 4 : Buku rekod peminjaman peralatan

Gambar 5 : Stor tambahan

Gambar 6 : Pintu masuk ke stor

Gambar 7 : Peralatan tajam (Lembing)

Anda mungkin juga menyukai