Anda di halaman 1dari 2

Adab Memasuki Rumah 

Baru

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam

Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-

orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila

melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah .

َ َ‫ فَ َسلِّ ُموا َعلَى أَ ْنفُ ِس ُك ْم ت َِحيَّةً ِم ْن ِع ْن ِد هَّللا ِ ُمب‬$‫َخَلتُ ْم بُيُوتًا‬


ً‫ار َكةً طَيِّبَة‬ ْ ‫فَإ ِ َذا د‬

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam

kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang

berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan .

‫ سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن ال تقرأ في بيت فيه شيطان إال خرج‬:‫وعن أبي هريرة أن رسول هللا – صلى هللا عليه وسلم – قال‬

‫ آية الكرسي وكذا‬:‫منه‬

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam

surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca

didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith

ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian

dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak

meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya .

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki

rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

‫أعوذ بكلمات هللا التامات من شر ما خلق‬

(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)

“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan
makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

َ َ‫َربِّ أَ ْن ِز ْلنِي ُم ْنزَ اًل ُمب‬


‫ار ًكا‬

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)

“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun

23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum

Al-Quran di Al-Azhar berkata : “Berpindah ke rumah baru merupakan satu

kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan

yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang

bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan

kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan

mudah. Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw,

yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun

tidak“[1]

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa

memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan

jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan

kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat

perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun

bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan

kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

-wassalam-

Anda mungkin juga menyukai