Anda di halaman 1dari 41

SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA)

Kampung Ceruk Manggis


Pokok Tai 06720 Pendang Kedah

KELUARAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & ULUL ALBAB
SMA MA’AHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

EDISI – 1
AZAM BARU 2011 & AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM
Selamat Tinggal 2010 : Selamat Datang 2011

Dalam tak sedar kita dah pun meninggalkan 2010…banyak perkara yang dah jadi sepanjang
tahun 2010….pahit, manis.masin,masam suma dah kita rasa…. paling penting 2010 dah
mengajar kita kenal diri kita sendiri…kita jadi lebih fokus…(ye ke?)…hehe..
Ok…Perkara paling penting bila sebut tahun baru tak lain tak bukan mestilah AZAM…
wehehehe… So apa azam untuk tahun 2006 ni… Macam biasa, azam tahun 2010 kite ketepikan
dulu… (bende dah lepas, buat ape nak diingat-ingatkan)….
So dekat sini ada beberapa langkah untuk korang jayakan azam baru korang…

1. memula sekali pahamkan apa maksud azam tu sebenarnya… Ok, menurut kamus dewan, edisi
ketiga, ms 78, azam membawa maksud, kemahuan (keinginan, cita-cita,dsb) yang sangat kuat,
tujuan (yang sesungguhnya)…

2. Bila dah paham maksud dia, pikirkan pulak apa yang korang nak,azam korang la…tapi ingat,
pastikan korang betul-betul nak, supaya korang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapainya nanti.. 

3. War-warkan atau kabarkan kepada semua orang tentang azam korang tu..biar suma orang
tau..kalau boleh cerita dengan penuh perasaan takbur dan angkuh.. baru la best..kalau la korang
dapat mencapainya nanti mesti akan ramai yang perasan…

4. Lepas tu buat satu jadual…senaraikan apa tindakan yang perlu diamil untuk mencapai cita-cita
atau azam korang… pastikan korang buat jadual sebesar mungkin.. kalau boleh sebesar bas…
barulah nampak yang korang betul-betul serius dalam melaksanakan azam korang..

5. kemudian ikut saja apa yang dah korang susun dalam jadual tu… insyaallah azam korang
tahun ni akan jadi… kalau korang tak berjaya, ingatkan semula cakap-cakap takbur dan angkuh
korang sebelum ini… mesti korang malu untuk berhadapan dengan orang ramai… nah secara tak
langsung ianya da jadi satu motivasi kepada diri korang…

6. Kalau tak sempat untuk mencapai azam korang tahun ini (2011) bawak azam korang ke tahun
seterusnya 2012 atau mulakan dengan azam baru… hu..hu..
AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya,
Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang
melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan
setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan
Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan
oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka


lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan
yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan
bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru
Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa'& Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan
memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari
Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati
syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan
menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang
mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua
umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
• Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari
Assyuuraa';
• dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
• dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
• dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
• dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah
dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram


berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya


2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi

ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
6.Allah menjadikan 'Arasy.
7.Allah menjadikan alam.
8.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari
diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia
berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s.
dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari
Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;


Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan
meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.


Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,
mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu.
Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun
dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.;
"Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat
supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; DinamakanAssyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada
lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi
dengan sepuluh kehormatan;
1.Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2.Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4.Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai
kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5.Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6.Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7.Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.

Oleh itu kawan-kawan….. sebagai


umat Islam yang taat perintah Allah,
cintakan agama Islam, sayang
Rasulullah s.a.w, kita perlu
menghayati kisah-kisah yang terjadi
dalam bulan Muharram dan
mengambilnya sebagai pengajaran
dan iktibar dalam menempuhi
kehidupan..
Ok kawan-kawan, kita jumpa lagi
dalam keluaran yang berikutnya..

SUDUT BAHASA
LANGUAGE CORNER
‫زاوية اللغة‬
1) Berapa ? (BM)
How many ? (BI)
‫؟‬ ‫كم‬ (BA)
2) Apa? (BM)
What? (BI)
‫ما ؟‬ (BA)
3) Kenapa? (BM)
Why? (BI)

‫لماذا؟‬ (BA)

4) Bagaimana? (BM)
How? (BI)
‫( كيف ؟‬BA)
5) Adakah? (BM)
Is it ? (BI)
‫( هل ؟‬BA)
6) Mengapa?
Why? (BI)

‫( لماذا ؟‬BA)
7) Siapa? (BM)
Who? (BI)
‫( من ؟‬BA)
8) Dimana ? (BM)
Where ? (BI)
‫اين ؟‬ (BA)
9) Bila ? (BM)
When? (BI)
‫( ؟ متى‬BA)
SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA)
Kampung Ceruk Manggis
Pokok Tai 06720 Pendang Kedah

KELUARAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & ULUL ALBAB
SMA MA’AHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

EDISI – 2

MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah
keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena
kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal
Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh
Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil
yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur
Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud
Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk
melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala
akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada
Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan
mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan
majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat
keberkatannya.
KISAH DETIK-DETIK KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
S.A.W.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik
menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali.
Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya
Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam
keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah
menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw.
juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin,
sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.

Di belakang tubuh Baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis
“Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop ini tiada pun, Baginda tetap menjadi Nabi. Ia
cuma sebagai “syabasi”, seperti tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk
belakang seseorang apabila mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.

Rasulullah  SAW lahir  hari isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571
M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang
untuk meruntuhkan kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah,
mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah.  Diantara yang
mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang
ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.

Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk di bawah
dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya
saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah
kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah
dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu,
Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu
Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah
aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau
Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya.

Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan
mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul
Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang
dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari
bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa
yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.

Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah, Abrahah mengarahkan tentera
bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan
kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila
digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak
mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam
itu makin dekat rupanya sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung
bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan
batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah,
bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka
berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah
melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya.
Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tanpa terkecuali. Allah
telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran, surah Al-
Fill.

Setelah peristiwa itu Abdul Mutallib tawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda
syukur kerana ia diselamatkan oleh tuannya. Kemudian berita kelahiran Nabi SAW
pula sampai kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila
mendengar cerita cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu
Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan
yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah (yang
masih bayi kemerahan lagi) ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan
tawaf sekali lagi.

Tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam
dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Rahib
ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya
Muhammad. Selepas itu keempat empat orang ini bila pulang, masing masing berazam
untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan
cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang
Arab tidak ada yang bernama Muhammad.
RASULULLAH

Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuri lembaran sirahmu

Pahit getir perjuanganmu

Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta

Biar terpaksa tempuh derita

Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu

Tidak terbalas segala jasamu

Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan

Mengajar erti kesabaran

Menjulang panji kemenangan

Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu

Kami cuba mengingatimu

Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan Rasul sebagai pembela


DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Didalam pujian ucapan selawat

Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya kuturuti ajarannya

Apa terdaya kuamalkan sunnahnya

Moga di dunia mendapat berkat

Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona

Kerna budinya aku jatuh cinta

Rinduku padanya tiada terkata

Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang kudambakan

Hanyalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Bererti cinta kepada Allah


SUDUT BAHASA
LANGUAGE CORNER
‫زاوية اللغة‬
Benda Yang Terdapat Dalam Kelas

‫اللغة االنجليزية‬ ‫اللغة العربية‬ ‫اللغة الماليوية‬ ‫العدد‬


White Board ‫سبورة‬ Papan Putih 1

Chair ‫كرسى‬ Kerusi 2

Table ‫مكتب‬ Meja 3

Windor ‫نافذة‬ Tingkap 4

Bag ‫حقيبة‬ Beg 5

File ‫ملف‬ Fail 6

Paper ‫ورق‬ Kertas 7

Fan ‫مروحة‬ Kipas 8

Lamp ‫مصباح‬ Lampu 9

Clock ‫ساعة‬ Jam 10

Kawan-kawan…..

Sebagai umat Nabi


Muhammad s.a.w kita
perlulah menghayati dan
mengikuti sunnah Nabi
Muhammad s.a.w kerana
baginda adalah Qudwah
Hasanah iaitu ikutan yang
terbaik.
Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan dan Kenalan

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi

atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya',

'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.

Sahabat Saya

Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan

darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan

yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat

dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan,

meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat

adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada

apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada

bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang

sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.

Kawan Saya

Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan

dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya

dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila

seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran
yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh

daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan Saya

Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi,

permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab,

syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu

kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan

rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya

bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya

dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap

sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan Saya

Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya

mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang

yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya.

Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya

orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel

dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala

wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya

menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah


ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
 

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,


Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak
ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami


Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali
kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?


Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita
sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL


SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita
dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang
menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA)
Kampung Ceruk Manggis
Pokok Tai 06720 Pendang Kedah

KELUARAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM &
ULUL ALBAB
SMA MA’AHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

EDISI – 3

BERBICARA YANG
DILARANG
BERBICARA YANG DILARANG

Lidah yang dikurniakan Allah ini terlalu besar nikmatnya, namun ia sering
digunakan untuk tujuan yang salah. Buruk akibatnya jika kita terlanjur kata-
kata atau tersalah bicara sehingga menimbulkan pergaduhan, permusuhan,
perkelahian dan berbagai-bagai kesan negatif yang lain.
Akibatnya ia boleh memberi impak yang besar kepada keharmonian dalam
masyarakat, organisasi, rumah tangga, negara dan sebagainya. Islam memang
melarang keras kita menggunakan lidah kita untuk merosakkan hubungan
silaturahim.
Larangan-larangan ini banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w seperti berikut :

Berdebat
Ramai orang suka bertikam lidah apabila berlakunya
perselisihan pendapat. Kadang kala timbul situasi
menyerang,menentang dan saling mencela antara mereka. Islam tidak
membenarkan kita berdebat walaupun kebenaran memang di pihak
kita, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Aku ialah
pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan
perdebatan walaupun dia benar.” (Riwayat Abu Daud) Diam itu
adalah lebih baik.
Mengumpat
Pada hari ini kita lebih seronok berbicara mengenai kebirukan
orang lain. Hampir di setiap tempat dan ruang digunakan untuk
menceritakan aib orang lain. Paling menyedihkan majlis umpau-
mengumpat ini berlaku di tempat yang tidak sepatutunya. Ingat
ancaman Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Celaka bagi
pengumpat lagi pencela.” (Surah al-Humazah 104:1)
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud: “ Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku melintasi
kuku daripada tembaga untuk melukai wajah dan dada mereka.
Kemudian aku bertanya kepada Jibrail : ‘Siapakah mereka itu, wahai
Jibrail?’ Jawab Jibrail : ‘Mereka ialah orang yang memakan daging
manusia dan menjatuhkan kehormatan mereka.” (Riwayat Abu Daud)
Carilah kehebatan, kebaikan dan kelebihan orang daripada
menceritakan keburukan dan kelemahan mereka.

Mengadu Domba
Perbuatan ini besar impaknya dalam masyarakat sehingga
boleh menyebabkan perpecahan dan saling benci-membenci. Oleh
sebab itu, jauhilah diri daripada mereka yang berperangai begini.
Ancaman bagi si pengadu domba telah disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang
yang mengadu domba.” (Riwayat al-Bukhari). Perbuatan “talam dua
muka” ini merupakan perbuatan keji dan berniat jahat.

Membangga Diri
Ramai juga orang yang membangga diri bertujuan untuk
meninggikan darjat diri tetapi dengan cara menghina orang lain.
Bercakap dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain sehingga
menggores hati orang yang mendengarnya.
Sifat sombong dan bongkak ini mendorong mereka
memperkecil-kecilkan orang lain dan tidak kurang juga suka mencari
kesalahan orang. Terdapat juga mereka yang menunjuk-nunjuk
kebolehan diri tetapi sekadar cakap sahaja. Matlamatnya cuma untuk
memperkecilkan orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: :Celaka bagi orang
yang berkata kemudian berbohong supaya orang tertawa, maka
celakalah baginya.”(Riwayat Abu Daud)

Perkataan Yang Ditegah


Kita dilarang berbicara dengan menggunakan sumpah,
menyumpah orang, mengkafirkan orang, perkataan lucah dan lain-lain
perkataan buruk. Perkara ini amat ditegah seperti yang dijelaskan oleh
Allah dalam ayat Al-Quran berdasarlan surah Al-Qalam ayat 10-11
yang bermaksud : “Dan janganlah kamu turuti setiap orang yang suka
bersumpah yang hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebarkan
fitnah.” Hendaklah kita melahirkan kata-kata yang bernas, betul dan
jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah
untuk faedah semua.
Jadi, gunakan mulut dan lidah yang
Allah anugerahkan ini untuk
Artikel ini dipetik dari : melakukan kebaikan kepada semua
manusia. Jadikan lidah ini sebagai
Majalah SOLUSI isu no 28 jambatan yang menghubungkan
silaturahim antara kita. Ingatlah
Muka surat 24 bahawa kita akan
Hasil Tulisan : Haji Zainuddin bin Ali dipertanggungjawabkan setiap kata-
kata yang kita tuturkan.

Menilai orang lain dan menyebut keburukannya sangat ringan di lidah. Kebiasaan ini
disebut mengumpat (ghibah). Tidak ada yang terjaga daripada sifat buruk ini
melainkan orang yang berusaha melawan nafsunya dengan bersubgguh-sungguh.

Berkenaan dengan ini, terdapat sebuah kisah yang terjadi kepada salah
seorang ulama kita terdahulu. Beliau ialah Abdullah bin Wahb al-Fihri, seorang faqih
dan muhaddith terbilang di Mesir, juga seorang murid Imam Malik. Beliau wafat
pada tahun 197H.

Sebagai manusia biasa, Ibn Wahb pernah memiliki kebiasaan mengumpat.


Beliau lalu berusaha meninggalkan kebiasaan ini dengan pelbgai cara. Beliau
bercerita: “Aku bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, maka aku akan
berpuasa satu hari. Namun, aku menjadi sangat lemah kerana nazar ini. Setiap kali
aku mengumpat, aku berpuasa.”

Apabila cara ini dirasakan tidak efektif lagi, Ibn Wahb mencuba cara lain. Ia
berkata:” Aku lalu bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, aku akan
bersedekah satu dirham.disebabkan besarnya cintaku kepada wang dirham, akhirnya
aku berjaya meninggalkan kebiasaan mengumpat.”

Buah Ilmu
Kisah ini diambil daripada kitab Tazkirah al-Huffaz Karya al-Hafiz Abu
Abdillah al-Zahabi. Setelah menyebut kisah ini, al-Zahabi berkata,”Beginilah, demi
Allah, sikap para ulama terdahulu. Dan sikap ini terbit daripada ilmu yang
bermanfaat.”

Kata-kata ini ada benarnya. Memperbaiki diri adalah buah ilmu. Tidak berguna
ilmu yang kita pelajari jika ia tidak menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.

Semua Muslim sudah tahu bahawa mengumpat dan menceritakan aib orang
lain adalah kebiasaan yang sangat diharamkan. Al-Quran menggambarkannya
bagaikan memakan bangkai saudara sendiri dalam surah al-Hujurat ayat 12.

Rasulullah s.a juga sangat membenci sikap ini tidak kira siapa orang yang
melakukannya. Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa suatu hari Siti Aisyah
membicarakan keburukan Safiyyah, isteri Nabi yang lain di hadapan Baginda. Aisyah
berkata : “Cukuplah keburukannya, ia seorang yang pendek.”

Mendengar ucapan ini, Rasulullah s.a.w sangat marah. Baginda lalu bersabda
yang bermaksud: “ Engkau telah mengucapkan suatu perkataan yang andai dituang ke
laut, nescaya ia akan mengotorkannya.”

Oleh sebab itu, setiap ulama yang takut kepada Allah berusaha meninggalkan
perbuatan ini dengan pelbagai cara seperti yang dilakukan Ibn Wahb di atas.
Sesetengah ulama yang lain meninggalkan sifat ini sejak pertama kali mengetahui
pengharamannya. Berkata Imam al-Bukhari: “Aku tidak pernah mengumpat
seseorang sejak aku tahu ia diharamkan.”

Elokkan Kata-Kata

Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya: “Mengumpat diharamkan secara


ijmak ulama. Tidak dikeluarkan daripada hukum ini kecuali perkara-perkara yang
sangat besar maslahatnya seperti jarh wa ta’dil dan nasihat.”

Jarh wa ta’dil adalah satu tugasan yang dilakukan ahli hadis dalam memeriksa
keperibadian dan hafalan seorang perawi hadis, termasuk membicarakan cacat cela
yang terdapat pada dirinya. Perbuatan ini sebenarnya termasuk dalam kategori
mengumpat, namun ia dibolehkan kerana mengandungi maslahat yang lebih besar
yakni memilih hadis yang sahih daripada yang palsu.
Jadi, ia dihalalkan kerana darurat. Maka sesuai mengikut kaedah usul, hokum
darurat mesti dibatasi sekadar keperluan (hajat) sahaja. Oleh sebab itu,
diharamkan berlebih-lebihan dalam menilai perawi. Berkata Imam al-Sakhawi:”Tidak
boleh mencelanya dengan dua sifat, jika dengan satu sifat telah mencukupi.”

Jika kita perlu menilai orang lain, gunakanlah kata-kata yang lembut dan
sopan. Imam al-Syafi’I pernah berkata kepada muridnya al-Muzani: “Wahai Abu
Ibrahim, perelokkanlah kata-katamu. Janganlah engkau berkata, ‘Si Polan pendusta.”
Akan tetapi katakanlah,’Ucapannya tidak berharga.”

Tidak Ingin Dicela, Jangan Mencela

Kita juga tidak bersih daripada cacat dan cela. Maka, apabila kita mula
menyebut kecacatan orang lain, orang lain pun akan terdorong untuk menyebut
kecacatan kita.

Hasan al-Basri berkata:”Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki


cacat. Setelah ia mencela orang lain, maka orang lain mula menemui cacatnya. Aku
pernah berjumpa dengan seseorang yang memiliki banyak cacat-cela. Namun, kerana
diam daripada menceritakan kecelaan orang lain, maka orang lain tidak pun
membicarakan cacat-celanya.”

Dalam hadis Abu Daud, Rasullullah s.a.w. bersabda yabg bermaksud :” wahai
orang yang beriman dengan lisannya namun keimanan itu belum masuk ke dalam hati,
berhentilah daripada mengumpat orang lain dan mencari-cari keburukan mereka.
Sesiapa yang mencari-mencari keburukan orang, Allah akan mencari-cari
keburukannya. Dan sesiapa yang telah dicari keburukannya oleh Allah, maka ia akan
dihina di rumahnya sendiri.”

Kebiasaan mengumpat sangat buruk. Namun lebih buruk lagi jika ia dilakukan
oleh orang yang mengetahui keharamannya. Apabila seorang tokoh agama melakukan
perkara ini, orang awam akan mengira bahawa sikap ini dibolehkan dalam agama.
Untuk itu, hukuman Allah sangat besar ditimpakan kepada orang yang seperti ini.

Imam al-Sakhawi dalam kitab al-I’lam bi al-Taubikh menyebut beberapa


ulama yang hilang hafalannya, tidak bermanfaat ilmunya, bahkan mati dalam
kehinaan kerana sering mencela orang lain.

Salah satu daripadanya ialah al-Hafiz Ibn Sind al-Lakhami(wafat 792H),


seorang pakar hadis dari Mesir. Beliau pernah menimba ilmu daripada beberapa
ulama besar seperti al-Hafiz al-Zahabi, Tajuddin al-Subki dan Ibn Kathir. Akibat
sering mencela orang lain, semasa akhir hayatnya Ibn Sind lupa kebanyakan ilmu
yang pernah dihafalnya, termasul ayat-ayat al-Quran.

Juga seorang pakar fiqah dab qadi dari Yaman. Namanya Muhammadbin
Abdillah bin Abi Bakar al-Rimi. Beliau terkenal sering mencela dan memperlekeh
pendapat Imam al-Nawawi. Imam al-Sakhawi bercerita : “Ulama ini meninggal dunia
dengan lidah terpesong dan berwarna hitam.”

Mengumpat Ulama Terdahulu

Kisah pakar fiqah dari Yaman ini menunjukkan bahawa ghibah (mengumpat)
tidak dibatasi dimensi ruang dan waktu. Kita tetap dikira mengumpat apabila
membicarakan keburukan orang lain yang telah wafat sekalipun.

Islam mengajar kita agar mengingati kebaikan orang yang sudah mati dan
melupakan keburukannya. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sebut-sebutlah kebaikan orang yang telah wafat
dan tutuplah keburukannya.”

Jika prinsip ini diceroboh, keberkatan ilmu akan hilang. Berapa ramai ulama
silam daripada kalangan ahli hadis atau pun sufi yang rosak namanya kerana sikap ini.
Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah adalah dua orang daripada sekian banyak
mangsa keganasan lidah orang yang tidak bertanggungjawab.

Berkata Abu Turab al-Nakhsyabi: “Apabila hati suka berpaling daripada Allah,
ia akan sering mencela wali-wali Allah.”

Diam Lebih Selamat

Bagaimanapun, diam lebih selamat. Jika kita diam daripada mencela orang
yang masih hidup, maka kita selamat daripada celaan mereka. Jika kita diam
daripada mencela orang yang sudah mati, kita akan selamat daripada kesukaran
hisab kelak.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah akan menutup
(keburukannya) di dunia dan akhirat.”
Seorang ulama hadis yang saya temui tidak pernah mencela dan dicela orang
lain ialah Muhammad bin Hasan bin al-Sabbah al-Za’farani (wafat 260H). Beliau
murid al-Syafi’I di Baghdad yang sangat tampan dan fasih, juga pakar bahasa Arab.
Ahli sejarah berkata, tidak seorang pun yang berkata buruk tentang ulama ini
kerana beliau tidak pernah memburukkan orang lain.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk meniru teladan ulama-ulama salaf kita
dan mulai menjaga lisan kita daripada menyebut keburukan orang lain. Amin, ya
rabbal’alamin.

SUDUT DOA HARIAN

Istighfar (meminta ampun & taubat)

Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain
daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai


Maksudnya :

Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.

SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA)


Kampung Ceruk Manggis
Pokok Tai 06720 Pendang Kedah
KELUARAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM &
ULUL ALBAB
SMA MA’AHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

EDISI – 4

MENGUMPAT
KEBIASAAN YANG MEMBAWA PADAH

SUDUT DOA HARIAN

Doa ketika masuk tandas


Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan
betina".

Doa ketika keluar tandas

Ketika keluar dari tandas, didahulukan kaki kanan dan membaca :

Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan
mengekalkan apa yang bermanfaat buatku

SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA)


Kampung Ceruk Manggis
Pokok Tai 06720 Pendang Kedah
KELUARAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM &
ULUL ALBAB
SMA MA’AHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

EDISI KHAS
Cerpen Islam
“Nota Cinta”

Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas.
Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak
mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang
disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah
memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa
menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka
sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya.
Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik
tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia
lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih
bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi
ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang
dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku
tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan
ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup
faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku
tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau
belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau?
Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin
Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu
sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu.
Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab
yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun
Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan
janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama
sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas
dalam hati.
Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya
terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita,
secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam
yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya,
Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan
Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu
daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua
pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat
aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya.
Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah,
dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke
surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana
suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan
dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya
pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi.
Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia
harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada
perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan
pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia
gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej
itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”


“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon
Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah
memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan
sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar
jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak
lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua
untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham
apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya
reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan
sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan
diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan
sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan
cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu
syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh
kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi
kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki
memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan
saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat
sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah
begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah.
tapi apa kan daya desakan hati. 

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya
cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap
bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang
paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka. 

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam
hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi
sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius
terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya
harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.
Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha,
tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya.
Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan
muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika
dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.
Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya
bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan
Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu,
suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah
tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia
redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat,
ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia
seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia
bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

SUDUT DOA HARIAN

Doa ketika dukacita dan sedih


Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada
kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan
berhutang dan paksaan orang

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan
kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki

Anda mungkin juga menyukai