Anda di halaman 1dari 10

ZAKAT

FITRAH

USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL


ZAKAT FITRAH

KEPADA PARA PEMBACA;


“Salinan ini dihadiahkan kepada
pembaca untuk bacaan sendiri sahaja.
Tidak dibenarkan untuk diterbitkan
dalam apa jua bentuk kecuali setelah
mendapat keizinan penulis”.

WAWASAN UMMAH Page 2


ZAKAT FITRAH

ZAKAT FITRAH

Apa maksud zakat fitrah?

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari
raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan
kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada
kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.

Kenapa dinamakan zakat ini dengan al-Fitrah?

Ada dua pengertian;

a) Ia diambil dari perkataan al-Fitr (‫ )الْ ِفطْز‬yang bermakna berbuka kerana zakat tersebut
diwajibkan bersempena hari raya (1 Syawal) iaitu hari di mana umat Islam diwajibkan berbuka
setelah sebulan penuh mereka berpuasa di bulan Ramadhan.

b) Ia di ambil dari perkataan al-Fithrah (‫ )الفطزج‬bermaksud al-Khilqah (yakni kejadian) kerana


zakat ini menyuci dan membersihkan fitrah atau kejadian manusia.

Apa hukum zakat fitrah? Apa dalilnya?

Zakat fitrah adalah wajib. Dalil kewajipan zakat fitrah antaranya ialah hadis dari Ibnu Umar r.a.
yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar
atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar
dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar
pergi menunaikan sembahyang (hari raya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Menurut Imam Ibnu al-Munzir; “Telah menjadi ijma‟ para ulama‟ bahawa zakat fitrah hukumnya
adalah wajib”. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir ulama‟ berpandangan bahawa zakat
Fitrah adalah sunnah, namun menurut Imam Nawawi dalam Raudhatu at-Thalibin, pandangan
mereka ini adalah syaz dan munkar.

Bilakah mula diwajibkan zakat fitrah?

Mula diwajibkan diwajibkan pada tahun ke 2 Hijrah iaitu tahun yang sama diwajibkan puasa
bulan Ramadhan.

Apa hikmah diwajibkan zakat fitrah?

1. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka.
Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu „Abbas r.a. yang menceritakan; “Rasulullah telah
mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-

WAWASAN UMMAH Page 3


ZAKAT FITRAH

ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin” (Hadis riwayat Imam Abu Daud ,
Ibnu Majah dan al-Hakim).

Seorang ulama‟ bernama Waki‟ bin al-Jirah berkata; “Zakat fitrah bagi puasa Ramadhan
seumpama sujud sahwi bagi solat di mana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud
sahwi membaiki kekurangan solat”. (al-Iqna‟, jil. 1, hlm. 324)

2. Sebagai bantuan untuk orang miskin; iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar
mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari-raya. Hikmah ini
berdasarkan hadis dari Ibnu „Umar yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan
zakat fitrah dan baginda berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada
hari ini (yakni hari raya puasa)””. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam
Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri)

Ke atas siapa diwajibkan zakat fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua individu sama ada lelaki atau wanita, kecil atau dewasa,
merdeka atau hamba, miskin atau kaya, orang bandar atau pedalaman jika cukup syarat-syarat
yang akan disebutkan nanti.

Bagi orang yang belum mempunyai tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya
sendiri atau orang yang menanggung nafkahnya. Adapun orang yang telah mempunyai
tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang
yang berada di bawah tanggungan nafkahnya merangkumi;
1. Isteri
2. Asal-asulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga berikutnya ke atas)
3. Zuriatnya (iaitu anak-pinak dan cucu-cicit); sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau
besar/dewasa.
4. Hamba yang dimiliki.

Bagaimana jika seseorang itu mempunyai tanggungan yang banyak dan harta yang ada
tidak mencukupi untuk membayar zakat untuk semua tanggungannya?

Hendaklah membayar zakat untuk diri sendiri dan sebahagian tanggungannya mengikut urutan
keutamaan di bawah;
1. Isterinya
2. Anaknya yang kecil
3. Bapanya
4. Ibunya
5. Anaknya yang dewasa

Jika orang terdapat lebih dari seorang (seperti ia memiliki lebih dari seorang isteri atau lebih dari
seorang anak kecil), maka ia boleh memilih dari kalangan mereka siapa yang hendak ia zakati.

WAWASAN UMMAH Page 4


ZAKAT FITRAH

Jika isteri kaya, adakah suami tetap wajib menanggung zakat fitrahnya?

Ya, kerana isteri berada di bawah tanggungan nafkah suami, maka zakat fitrahnya menjadi
kewajipan suami sekalipun isteri kaya.

Jika suami miskin, adakah isteri wajib mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya?

Tidak wajib. Jika suami miskin dan tidak mampu mengeluarkan zakat fitrah, gugur zakat fitrah
dari isterinya sebagaimana gugur dari dirinya. Tidak wajib isteri mengeluarkan zakat fitrah untuk
dirinya kerana ia tertanggung atas bahu suaminya. Walaupun tidak wajib, namun disunatkan ia
mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya jika ia mampu.

Bilakah anak wajib menanggung zakat fitrah untuk ibu-bapanya?

Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu-bapanya kecualilah jika ibu-bapanya fakir
atau miskin di mana nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu-
bapa yang kaya atau berkemampuan, maka zakat fitrah mereka tidak wajib ditanggung oleh
anak-anak mereka, akan tetapi ditanggung oleh mereka sendiri.

Bilakah bapa wajib menanggung zakat fitrah untuk anak-anaknya?

Anak-anak terbahagi kepada dua;


1. Anak-anak yang masih kecil
2. Anak-anak yang telah dewasa (baligh)

Anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan, jika mereka memiliki harta, maka
zakat fitrah hendaklah dikeluarkan dari harta mereka. Menjadi tanggungjawab walinya untuk
mengeluarkannnya dari harta tersebut. Namun jika mereka tidak memiliki harta, maka zakat
fitrah mereka ditanggung oleh bapa atau penjaga yang menanggung nafkah mereka.

Anak-anak yang telah baligh (dewasa), jika mereka mampu mencari pendapatan sendiri, maka
zakat fitrah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri, bukan atas bapa atau penjaga mereka.
Malah tidak sah bapa atau penjaga mereka mengeluarkannya bagi pihak mereka kecuali dengan
izin mereka atau dengan mereka mewakilkannya.

Adapun yang tidak mampu mencari pendapatan sendiri –sama ada kerana ditimpa sakit yang
berterusan, gila atau kerana menumpukan masa untuk menuntut ilmu- maka bapa atau penjaga
yang menyara mereka lah yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk mereka. Kesimpulannya,
bagi anak-anak yang telah dewasa, syarat untuk mewajibkan bapa atau penjaga menanggung
zakat fitrah mereka ialah mereka tidak mampu mencari pendapatan sendiri.

Adakah wajib kita menanggung zakat fitrah untuk saudara-mara?

WAWASAN UMMAH Page 5


ZAKAT FITRAH

Tidak wajib sekalipun mereka susah dan miskin. Saudara mara (sama ada abang, adik, kakak,
anak-anak saudara, bapa-bapa saudara, sepupu-sepupu serta sekelian kaum kerabat yang lain
yang tidak tergolong dalam asal-usul kita (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek) dan juga zuriat kita
(iaitu anak, cucu dan cicit)), tidak wajib kita menanggung nafkah mereka (sekalipun mereka
miskin), maka dengan itu tidak wajib pula kita membayar zakat fitrah untuk mereka. Malah tidak
sah seseorang mengeluarkan zakat fitrah untuk saudara atau ahli kerabat yang tidak berada di
bawah tanggungan nafkahnya kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilkan
kepadanya (untuk mengeluarkan zakat bagi pihak mereka).
Apakah syarat-syarat wajib zakat fitrah?

1. Islam; tidak wajib zakat fitrah ke atas orang kafir.

2. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan
juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.

Anak yang lahir sesudah terbenam matahari pada hari terakhir tersebut tidak wajib dikeluarkan
zakat fitrah baginya kerana ia tidak bertemu dengan Ramadhan sekalipun bertemu dengan
Syawal. Begitu juga, seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan selepas terbenam
matahari hari terakhir tersebut juga tidak wajib membayar zakat fitrah untuk isteri yang baru
dikahwininya itu kerana isterinya itu masuk di bawah tanggungannya setelah selesai Ramadhan
secara sepenuhnya. Sebaliknya, orang yang mati selepas terbenam matahari pada hari terakhir
itu, wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya itu berlaku setelah ia sempat
bertemu Ramadhan dan awal Syawal. Adapun orang yang mati sebelumnya (yakni sebelum
terbenam matahari), tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya sebelum
ia sempat bertemu Syawal.

3. Mampu; iaitu mempunyai lebihan harta pada malam hari-raya dan juga siangnya setelah
ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya
(termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga
hutang. Jika tidak mempunyai lebihan harta, tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Orang yang memiliki syarat-syarat di atas wajib mengeluarkan zakat fitrah atau wajib
dikeluarkan untuknya zakat fitrah. Jika tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidaklah wajib.

Apakah jenis harta yang sah untuk dikeluarkan zakat fitrah?

Zakat fitrah wajib dikeluarkan dari makanan asas penduduk setempat dalam suatu negeri atau
Negara. Pada zaman Nabi s.a.w. makanan asas ialah kurma, anggur kering (kismis), gandum,
keju dan barli. Kerana itu zakat fitrah dikeluarkan berasaskan makanan-makanan tersebut
sebagaimana diceritakan oleh Abi Sa‟id al-Khudri r.a.; “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada
zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar segantang dari gandum atau segantang dari barli atau

WAWASAN UMMAH Page 6


ZAKAT FITRAH

segantang dari tamar atau segantang dari „aqt (keju) atau segantang dari kismis (anggur kering)”
(Riwayat Imam Muslim).

Bagi penduduk di Negara kita Malaysia, makanan asas ialah beras. Oleh itu, zakat fitrah wajib
dikeluarkan dengan beras atau dengan wang yang seharga dengan beras mengikut nilaian
semasa.

Berapakah kadar zakat fitrah yang wajib dikeluarkan?

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu Sha‟ (‫ )الصاع‬iaitu satu gantang Baghdad menyamai
ukuran hari ini kira-kira 2750 gram (atau 2.75KG). Itu mengikut timbangan gandum. Adapun
mengikut timbangan beras, satu gantang Baghdad menyamai 2600 gram atau 2.6 KG (mengikut
Majlis Fatwa Kebangsaan).
Seelok-eloknya tatkala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit dari kadar
segantang yang diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu
terdapat tanah, jerami atau seumpamanya di dalamnya yang boleh mengurangkannya dari kadar
yang sepatutnya dikeluarkan.

Adakah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang?

Terdapat khilaf ulamak;

a) Mengikut mazhab Syafi‟ie, Malik dan Ahmad; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk
makanan asas setempat tadi. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang seharga
dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.

b) Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang senilai dengan
harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin.
Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh
Zakatnya.

Bilakah masa mengeluarkan zakat fitrah?

a) Waktu wajib; masuknya waktu wajib mengeluarkan zakat fitrah menurut jumhur ulamak
(termasuk mazhab Syafi‟ie) ialah dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.
Oleh demikian, orang yang menempuh waktu wajib ini, maka wajib zakat fitrah untuknya. Jika
seorang meninggal sebelum masuknya waktu wajib ini, maka tidak wajib zakat fitrah untuknya
kerana ia tidak sempat menemui waktu wajib. Begitu juga, jika berlaku kelahiran selepas waktu
wajib itu, tidak wajib zakat fitrah baginya kerana kelahirannya itu berlaku selepas waktu wajib.
Sama lah hukumnya bagi masalah perkahwinan, pembebasan hamba dan sebagainya.

WAWASAN UMMAH Page 7


ZAKAT FITRAH

b) Waktu harus; walaupun waktu wajib ditetapkan di penghujung bulan Ramadhan (iaitu apabila
terbenam matahari di hari terakhir Ramadhan), namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari
masa tersebut. Cuma ulamak berikhtilaf; bila kita harus mula membayar zakat fitrah?
i) Menurut mazhab Syafi‟ie; zakat fitrah boleh dibayar seawal bermula bulan Ramadhan lagi,
iaitu dari hari pertama Ramadhan.
ii) Menurut mazhab Malik; pembayaran sah dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum
hari raya.
iii) Sebahagian ulama‟ mazhab Ahmad berpandangan; harus pembayaran dibuat setengah bulan
(15 hari) sebelum hari-raya.

c) Waktu terbaik; waktu paling baik (afdhal) mengeluarkan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya
sebelum ditunaikan solat hari raya. Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk
menunaikan solat (hari raya)” (Riwayat Imam Bukhari).

d) Waktu makruh dan haram; makruh melewatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas solat
hari raya. Hukum makruh ini berterusan hingga terbenamnya matahari. Jika dilewatkan lagi
hingga selepas terbenam matahari, maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalam satu hadis
yang disampaikan oleh Ibnu „Abbas r.a. ada dinyatakan; “Sesiapa menunaikan zakat firtah
sebelum solat hari raya, ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas
solat, ia adalah sedekah biasa” (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Orang yang melewatkan pembayaran zakat fitrah, adakah ia wajib menggantinya?

Para ulama‟ juga sepakat bahawa kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tidak akan gugur dengan
menta‟khir atau melewatkannya setelah ia menjadi wajib ke atas seseorang, bahkan ia menjadi
hutang yang berada di bawah tanggungannya hinggalah ia membayarnya walaupun di akhir
umur. Jika ditakdirkan berlaku kematian ke atasnya sebelum ia sempat menunaikan zakat fitrah
tersebut, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya, kerana zakat adalah kewajipan harta
yang mesti ditunaikan ketika hidup, maka ia tidak akan gugur dengan sebab berlakunya kematian
sama seperti hutang dengan manusia.

Kepada siapa hendak diberikan zakat fitrah?

1. Telah disepakati oleh para ulama‟ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-
zakat yang lain iaitu kepada lapan golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, ayat
60, iaitu;
a)Untuk golongan fakir
b)Untuk golongan miskin
c)Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
d)Untuk „amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
e)Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
f)Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang

WAWASAN UMMAH Page 8


ZAKAT FITRAH

g)Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)


h)Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan

2. Namun hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin kerana terdapat arahan Rasulullah
s.a.w. supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada hari raya sebagaimana yang
terdapat dalam satu hadis; “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda
berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya
puasa)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam
asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri).

3. Harus bagi orang yang mengeluarkan zakat fitrah mengagihkan sendiri zakat fitrahnya kepada
orang-orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin. Memberi zakat kepada kaum kerabat
adalah lebih utama (dari memberi kepada orang lain) dengan syarat mereka miskin dan
memerlukan. Maksud kaum kerabat di sini ialah saudara-mara yang tidak wajib kita
menanggung nafkah mereka iaitu saudara-saudara (adik, abang atau kakak), anak-anak saudara,
bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara, sepupu dan sebagainya. Adapun kaum kerabat (atau ahli
keluarga) yang wajib kita menanggung nafkah mereka (iaitu isteri, anak, cucu, bapa, ibu dan
datuk) tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka.

4. Dalam mengagihkan zakat, harus kita memberi zakat kita kepada seorang fakir sahaja dan
harus juga kepada ramai fakir jika zakat kita itu banyak dan boleh menampung lebih dari seorang
fakir. Lebih jelas; satu zakat hanya harus diberikan kepada seorang fakir sahaja. Adapun banyak
zakat, ia harus sama ada hendak diberikan kepada seorang sahaja atau diberikan kepada ramai
orang (dengan syarat setiap orang tidak mendapat kurang dari kadar satu zakat yang ditetapkan
pada tahun tersebut).

Adakah wajib berniat ketika mengeluarkan zakat fitrah?

Ya, wajib berniat kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Segala amalan bergantung kepada niat.
Sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
dari „Umar r.a.). Niat yang wajib ialah di dalam hati iaitu menghadirkan di dalam hati (ketika
memberi zakat fitrah kepada orang yang berhak menerimanya) bahawa yang dihulur/diberikan
itu adalah zakat fitrah yang wajib ke atas diri atau orang-orang yang berada di bawah
tanggungan. Adapun melafaz niat dengan lidah, hukumnya sunat sahaja mengikut mazhab
Syafi‟ie. Sebahagian ulamak tidak mensunatkannya kerana tiada dalil yang menyuruhnya.

*** ‫*** ذن تعىى اهلل وله الذوذ‬

WAWASAN UMMAH Page 9


‫‪ZAKAT FITRAH‬‬

‫‪Rujukan dan Bacaan‬‬

‫‪1-‬‬ ‫)الوجوىع شزح الوهذب‪ ،‬لإلهام الٌىوي‪ ،‬الذشء الظادص‪ ،‬دار الفكز – لثٌاى (‪1996‬‬
‫‪2-‬‬ ‫) الوهذب فً الفمه اإلهام الشافعً‪ ،‬ألتً إطذاق الشٍزاسي‪ ،‬دار الملن (دهشك) و الذار الشاهٍح (تٍزوخ) (‪1992‬‬
‫‪3-‬‬ ‫) اإللٌاع فً دل ألفاظ أتً شجاع‪ ،‬لإلهام شوض الذٌي هذوذ تي أدوذ الشزتًٌٍ الخطٍة‪ ،‬دار الخٍز – تٍزوخ (‪1996‬‬
‫‪4-‬‬ ‫)كفاٌح األخٍار فً دل غاٌح االخرصار‪ ،‬لإلهام ذمً الذٌي الذظًٌٍ‪ ،‬دار الخٍز – تٍزوخ (‪1991‬‬
‫‪5-‬‬ ‫الفمه الوٌهجً على هذهة اإلهام الشافعً‪ ،‬للذكرىر هصطفى الخي‪ ،‬الذكرىر هصطفى الثغا‪ ،‬على الشزتجً‪ ،‬دار الملن‬
‫)– دهشك (‪1991‬‬
‫‪6-‬‬ ‫) الفمه الىاضخ هي الكراب والظٌح‪ ،‬الشٍخ الذكرىر هذوذ تكز إطواعٍل‪ ،‬دار الوٌار – الماهزج (‪1990‬‬
‫‪7-‬‬ ‫)تذاٌح الوجرهذ وًهاٌح الومرصذ‪ ،‬لإلهام اتي رشذ‪ ،‬هكرثح اإلٌواى – الوٌصىرج (‪1997‬‬
‫‪8-‬‬ ‫هغًٌ الوذراج إلى هعزفح هعاًً ألفاظ الوٌهاج‪ ،‬للشٍخ شوض الذٌي هجوذ تي الخطٍة الشزتًٌٍ‪ ،‬دار الفكز – تٍزوخ‬
‫)(‪2001‬‬
‫‪9-‬‬ ‫)الكفاٌح لذوي العٌاٌح (فً الفمه الشافعً)‪ ،‬للشٍخ عثذ الثاطط على الفاخىري‪ ،‬دار اتي دشم‪-‬تٍزوخ (‪2003‬‬
‫‪10-‬‬ ‫) الفمه اإلطالهً وأدلره‪ ،‬للذكرىر وهثح الشهٍلً‪ ،‬دار الفكز – طىرٌا (‪1987‬‬
‫‪11-‬‬ ‫) الفمه على الوذاهة األرتعح‪ ،‬للشٍخ عثذ الزدوي الجشٌزي‪ ،‬دار الكرة العلوٍح – تٍزوخ (‪1990‬‬
‫‪12-‬‬ ‫)روضح الطالثٍي‪ ،‬لإلهام الٌىوي‪ ،‬دار الفكز – تٍزوخ (‪1995‬‬
‫‪13-‬‬ ‫) الوفصل فً أدكام الوزأج والثٍد الوظلن‪ ،‬للشٍخ الذكرىر عثذ الكزٌن سٌذاى‪ ،‬هؤطظح الزطالح – تٍزوخ (‪1994‬‬
‫‪14-‬‬ ‫)هٌهاج الوظلن‪ ،‬للشٍخ أتً تكز جاتز الجشائزي‪ ،‬دار الظالم – الماهزج (‪1994‬‬
‫‪15-‬‬ ‫) الذراري الوضٍح شزح الذرر الثهٍح‪ ،‬للشٍخ اإلهام هذوذ تي علً الشىكاًً‪ ،‬هكرثح الرزاز اإلطالهً – هصز (‪1986‬‬
‫‪16-‬‬ ‫ردوح األهح فً اخرالف األئوح‪ ،‬للشٍخ إتً عثذ اهلل هذوذ تي عثذ الزدوي الذهشمً‪ ،‬دار الكرة العلوٍح – تٍزوخ‬
‫)(‪1987‬‬
‫‪17-‬‬ ‫أًىار الوظالك شزح عوذج الظالك وعوذج الٌاطك‪ ،‬للشٍخ هذوذ الشهزي الغوزاوي‪ ،‬هطثعح هصطفى الثاتً الذلثً –‬
‫)هصز (‪1948‬‬
‫‪18-‬‬ ‫) طثل الظالم شزح تلىغ الوزام‪ ،‬للشٍخ اإلهام هذوذ تي إطواعٍل الصٌعاًً‪ ،‬دار الفزلاى – األردى (دوى الرارٌخ‬
‫‪19-‬‬ ‫‪Thinkers Library (1989).‬طثٍل الوهرذٌي‪ ،‬الشٍخ هذوذ أرشذ الثٌجزي‪،‬‬
‫‪20-‬‬ ‫‪Pengurusan Zakat, Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Dewan Bahasa dan Pustaka –K.L‬‬
‫)‪(2003‬‬

‫‪WAWASAN UMMAH‬‬ ‫‪Page 10‬‬

Anda mungkin juga menyukai