Anda di halaman 1dari 12

BAJA ORGANIK

BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO

Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih
Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih
berkualiti.  Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman. 
Mengandungi (N)1.88%,  (P) 1.22%, (K) 2.20%, (GA) 0.2%, (HA) 5.0%, (OM) 35%.

Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian
Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan.  Ianya telah dianalisa dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan.  Produk baja Organik
Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah
terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.

AZOMITE adalah singkatan kepada A to Z of Minerals including Race Elements.  Merupakan


bahan yang mengandungi lebih 70 komponen bahan mineral yang membantu didalam
pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan atau lebih dikenali sebagai micronutrien atau
Organic Matter (OM) seperti Alumina, Barium Oxide, Calcium Oxide, Carbon, Chlorine, Ferric
Oxide, Hydrogen dan Magnesium Oxide.  Ianya merupakan komponen yang terbesar didalam
baja ini iaitu sebanyak 35%.  Organic Matter ini mampu menyediakan karbon dan sumber
tenaga kepada mikrob tanah.  Menstabilkan kadar pemecahan tanah.  Meningkatkan
keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan udara dan air kepada tumbuhan. 
Menyimpan dan membekal nutrien seperti nitrogen, phosphorus dan sulfer yang diperlukan
untuk pertumbuhan pokok dan mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran
lain ke atas tanah.  Selain dari itu Azomite juga telah menghasilkan Humic Acid (HA) yang
merupakan komponen yang membantu dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk
tumbuhan.

AMYKO adalah bahan kulat akar (fungus root) dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu
perkembangan akar tumbuhan secara biological.  Mycorrhiza meningkatkan kebolehan akar
untuk menyerap nutrien serta menyimpan karbohidrat.  Baja ini juga mengandungi Gibberellic
Acid (GA) yang merupakan hormon semulajadi tumbuhan bagi menggalakkan pertumbuhan
pokok.  Ianya mampu meningkatkan penghasilan buah atau bunga.  Kandungan baja ini
mengandungi 0.2% kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan atau bunga terbantut. 
Selain daripada itu, Baja Pirab Jumbo ini juga mengandungi komponen N-P-K sama seperti
baja sintetik atau kimia yang ada di pasaran.  N (Nitrogen) membantu pertumbuhan daun
supaya lebih sihat dan kuat.  P (Phosphorus) membantu pertumbuhan serta perkembangan
akar dan bunga manakala K (Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan
secara keseluruhan.  Baja Pirab Jumbo adalah baja organic yang menggabungkan enam
komponen biologi yang utama dan penting bagi pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan,
yang tidak terdapat pada baja organic biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di pasaran.  Baja
Pirab Jumbo merupakan baja organik yang sangat efektif kerana kandungan bahannya yang
stabil dan 100% bersifat organik.

Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia
seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran.  Penggunaan
baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya
samada jangka masa yang singkat mahupun panjang.  Penggunaan yang berlebihan juga tidak
mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku
lebihan penggunaan (over dosage). 

Baja ini sangat sesuai untuk:

- akar tanaman
- batang tanaman
- daun dan buah tanaman

Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:

Sayuran:
75 kg - 150 kg / hektar

Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok

Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi - 500 gm / pokok

Padi
Permulaan tanam / membajak - 150 kg / hektar
Pengeringan air - 150 kg / hektar

1. BAJA BIO-ORGANIK ALAM HIJAU

Baja organik sisa kelapa sawit yang dikompos (dihancurkan) dengan menggunakan
tekonologi terkini dan mengandungi mikroorganisma berfaedah yang diasing dan dibiak
melalui kaedah bioteknologi.

Pengertian Baja Bio-Organik

Bio         - Kehidupan; menggunakan mikrob seperti kulat (fungsi) dan bakteria sebagai
bahan utama.
Organik - Bahan-bahan berasal dari kehidupan, bukan dari bahan kimia dan galian.

Proses Pengeluaran
 Pereputan:
Sisa kelapa sawit direputkan dengan menggunakan mikrob pengurai (lebih 1.2
spesis) bakteria, kulat dan protozoa seperti Bacillus sp., Actinomycetes sp.,
Trichoderma sp., Aspergillus sp., Azetobacter, Acetobacter, Psb. dan lain-lain.
 
 Pengkayaan:
Baja organik yang dihasilkan melalui perebutan, diperkayakan dengan
menggunakan mikroorganisma berfaedah seperti Mycorrhiza sp., Trichoderma
sp., mineral berfaedah semulajadi dan sumber nitrogen organik.

Kebaikan

- menguntungkan, membawa hasil yang lebih tanpa bahan kimia dan sisa toksik.
- bahan organik reput dengan sempurna dengan nisbah Carbon:Nitrogen yang
rendah.
- bebas kuman pembawa penyakit (E.coli dan Salmonella).
- kombinasi miktorb dan mineral berfaedah yang tinggi.
- kandungan nutrien yang tinggi.
- mengitar semula nutrien, mesra alam, membaiki kandungan tanah.

Faedah penggunaan

- meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.


- menggalakkan perkembangan akar dan tunas.
- meninggikan kecekapan penyerapan air dan nutrien.
- memperbaiki ciri fizikal tanah.

Kaedah dan Dos Penggunaan

Kegunaan Tanaman Kadar Kekerapan/Tahun

Kelapa sawit nurseri 3 - 5 kg/lubang 1 kali


Penanaman ke ladang 2 - 3 kg/lubang 1 kali
Kelapa sawit belum
3 - 5 kg/lubang  2- 3 kali/tahun
matang
Kelapa sawit matang 3 - 5 kg/pokok 2 - 4 kali
Buah-buahan 250 - 300 kg/ekar 2 - 4 kali
Sayur-sayuran 300 - 500 kg/ekar Semusim
Padi 300 - 500 kg/ekar Semusim
Tanaman Landskap:    
Pokok/Plam 3 - 5 kg/pokok 2 - 4 kali
Renek 11 - 2 kg.pokok
Penutup bumi/rumput 300 - 500 kg/ekar 2 kali
Ikut keperluan pokok.
Media penanaman (Dicampur dengan tanah dan Ikut keperluan
pasir)
Sungkupan Bila perlu Bila perlu

Membuat kompos  Memnggunakan Beg Plastik.

Bahan

 Beg atau karung plastic kosong


 Bahan Kering ( daun kering, ranting, kertas dan sebagainya )
 Sisa-sisa dapur
 Tanah
 Cangkuk

Cara

Buat lubang dalam beg plastic untuk edaran udara.

Letakkan selapis tanah ke dalam beg plastik.  Selangselikan sisa-sisa dapur dengan bahan kering
sehingga beg plastic penuh dan gunakan yang lain.

Beg-beg plastic boleh diikat dan digantung dengan cangkuk atau ditimbun. Sila ingat, kandungan
hendaklah lembab setiap masa. Kompos boleh siap digunakan dalam 4-5 minggu.

Membuat Kompos Menggunakan Pasu Bunga.

Bahan

 Pasu-pasu bunga
 Sisa-sisa dapur/kantin
 Tanah-1 pasu
 Air
 Penyodok

Cara

Letakan selapis batu kerikel di dasar pasu bunga untuk pengedaran udara. Tambahkan selapis
tanah (lebih kurang dua inci) ke atasnya. Massukan bahan-bahan reput dan daun kering
(sekiranya ada).

Tutupkan lapisan ini dengan selapis tanah (regangkan). Semua lubang dan celah hendaklah
ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, kucing dan
anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.

Isipadu tanah hendaklah sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah).
Membuat demikian sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang
pertama itu sudah penuh.

Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja untuk
tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan halaman rumput.
Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan
pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di
dalamnya hendaklah selalu lembab.

Membuat kompos Secara Menara Tayar

Bahan

 Tayar lama
 Sisa-sisa dapur / kantin
 Tanah
 Air
 penyodok

Cara

Buat dua atau tiga longgok tayar lama (4-5 tayar di atas satu sama lain) untuk digunakan sebagai
bekas membuat kompos. Masukkan sesuatu ( batu, kayu dan sebagainya) di antara tayar-tayar ini
untuk pengudaraan.

Isikan tanah ke dalam longgokan terlebih dahulu sekiranya, longgokan tayar diletak atas dasar
simen. Sebagai alternative, tong dram, bekas air tanpa bahagian bawah, ataupun karung beras
tanpa bahagian bawah ( dihujung dengan 3 batang kayu ) juga boleh digunakan.

Gunakan cara yang sama seperti membuat kompos menggunakan pasu bunga.

Lubang Kompos

Bahan

 ranting atau dahan kecil.


 Paip berlubang kosong (plastic atau buluh )
 Sisa-sisa dapur / kantin atau makanan.
 Tanah
 Air
 Penyodok.

Cara
Galikan 2 lubang 2 kaki x 2 kaki x 2 kaki. Lubag ini hendaklah di tempatkan di bawah matahari
dan udara.

Masukkan ranting-ranting kecil di dasar lubang dan letakan paip berlubang kosong ke dalam
untuk pengudaraan.

Letakkan sisa-sisa dapur / kantin (sisa-sisa buangan sayuran dan buah-buahaan, sisa-sisa
makanan dan sebagainya) ke dalam lubang dan menutup dengan tanah yang mencukupi supaya
tidak berbau. Sekiranya terdapat lalat di atas timbunan, tambahkan tanah untuk menutupi sisa-
sisa dapur itu.

Jangan padatkan tanah tetapi longgarkannya dan memastikan supaya tanah menutup semua
kandungan lubang. Pastikan lubang itu selalu lembab dan basah sedikit. Ulangi proses ini
sehingga lubang penuh. Pada hari hujan yang lebat, tutupkan lubang dengan sekeping kayu atau
plastic untuk menggelakkan terlalu banyak air masuk ke dalam lubang. Gunakan lubang yang
kedua semasa menunggu sisa-sisa dalam lubang pertama reput dengan sepurna.

Proses pereputan itu biasanya mengambil masa 3-4 minggu bagi lubang kecil, dan 3-4 bulan bagi
lubang besar. Untuk menguji sama ada kompos itu siap, ambil sebahagian dari lapisan teratas
dan sekiranya tiada berbau, ianya telah siap.

Membuat kompos Secara Menara Batas.

Bahan

 Dahan kecil atau ranting


 Bata kosong
 Paip berlubang kosong (plastic atau buluh)
 Sarung guni
 Sisa-sisa dapur
 Serbuk kayu atau serpihan kayu
 Air
 Penyodok

Cara

Sediakan batas dengan menyusun bata-bata. Sediakan timbunan dengan meletakkan sisa-sisa
buangan ke dalam. Gali lubang 10 inci dalam timbunan untuk mencegah perlepasan air atau air
resapan (“leachate”). Ini adalah untuk mengelakan pengeluaran bau pada masa pereputan,
terutamanya pada musim hujan. Masukkan sisa biodegrasi yang telah dipotong ke dalam batas.
Tutup dengan tanah sekurang-kurangnya 3 inci tebal.

Tambahkan dengan serbuk kayu (boleh didapati daripada kilang kayu) sekiranya terlapau basah.
Tutup dengan karung guni yang telah dijahit. Karung-karung guni ini akan mengekalkan
kepanasan untuk menpercepatkan proses pereputan.

Masukkan paip plastic (3 inci garis tengah) atau paip buluh untuk mengeluarkan gas metana dan
untuk pengudaraan.

Tinggalkan selama 45-60 hari, kemudian punggut untuk digunakan.

Membuat kompos Menggunakan Karung Dawai

Bahan

 10 kaki x 3 kaki dawai jarring.


 4 ulas kawat yang senang diikat
 Sisa-sisa kebun / tanaman
 Air
 Penyodok

Cara

Sistem ini sesuai untuk sisa-sisa kebun/tanaman sahaja. Potongkan bahan yang digunakan
sehingga halus jika hendak di proses pereputan dipercepatkan.

Lenturkan kawat jarring ini menjadi bentuk selinder dan ikatkan dengan 4 kawat yang
disediakan.

Untuk hasil yang sempurna, letakkan di tempat yang dilindungi daripada angina tetapi cukup
luas untuk merombak kompos dengan senang (lebih kurang 3 kaki x 6 kaki).

Tambahkan sisa-sisa kebun (bahan kering dan hijau) secara selangseli sehingga penuh.

Kompos boleh dirombak dengan membuka karung dawai dan letakkannya di tepi. Kemudian
masukkan kompos semula ke dalam karung dawai.

Pastikan kompos selalu lembap. Punggut kompos daripada bahagian bawah dan tengah timbunan
selepas 12-18 bulan untuk digunakan.

Membuat kompos Secara Timbunan

Bahan

 Sisa-sisa kebun
 Air
 Penyodok

Cara

Pilih tempat yang sesuai di halaman anda.

Timbunkan sisa-sisa kebun dan menyiram seminggu sekali jika cuaca panas.

Rombakan timbunan kompos selepas 4-5 bulan.

Kompos boleh dipunggut selepas 11-12 bulan.

Membuat kompos Menggunakan Tong Tanpa Dasar

Bahan

 Tong kosong atau bekas yang sesuai dengan penutup


 Sisa-sisa dapur/kantin atau kebun.
 Tanah
 Air
 Penyodok

Cara

Buangkan dasar daripada tong atau bekas yang digunakan. Gerudikan lubang-lubang untuk
pengudaraan. Terbalikkan bekas ini dan letakkannya di tempat yang bersaliran baik. Masukkan
bahan kering yang mengandungi daun kering dan sisa-sisa kebun ke dalam beekas sehingga 7-8
inci tinggi

Membuat kompos Menggunakan Cacing (vermikompos)

Membuat vermikompos adalah proses yang menggunakan cacing untuk menghasilkan kompos
daripada sisa-sisa dapur/ kantin.

Membuat vermikompos adalah satu alternative yang baik sekiranya anda mendiami pangsapuri
atau sisa-sisa yang dijanakan kebanyakan adalah sisa-sisa makanan.
Makanan yang sesuai sekali bagi cacing-cacing adalah makanan yang berpunca daripada
tumbuhan. Ini termasuk sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, serbuk kopi, roti, bijian,
uncang teh dan hasil-hasil kertas. Hasil haiwan seperti daging, telur, keju, dan sebagainya tidak
digalakkan dan hendaklah digunakan secara minimum untuk mengelakkan bau busuk.

Membina Kediaman Cacing

Bahan

 Tong plastic atau “Styrofoam” dengan penutup


 Jarring nyamuk
 Pelekat paip (duct tape)
 Surat khabar, kertas yang dikoyakkan, atau kadbod
 Air
 Segenggam pasir atau tanah
 Gerudi elektrik dengan mata gerudi 1 inci
 ½ - 1 kg cacing (2,000-4,000 ekor cacing)

Cacing-cacing yang biasa digunakan secara komersial untuk membuat vermikompos ialah
Cacing Harimau (Eiseniafoetida). Cacing Biru Malaysia (Perionyx excavatus) dan Cacing Afrika
(Eudrilus eugeniae).

Membina Tong Cacing

Gerudikan lubang-lubang di atas atau pun tepi tong. Gerudikan lubang dibahagian bawah untuk
memastikan saliran “teh  kompos” yang baik. “Teh  kompos” ialah cecair yang kaya dengan
nutrient hasil daripada proses pereputan. Pungutkan cecair ini untuk digunakan sebagai baja daun
atau baja biasa.

Memotong jarring nyamuk untuk menutup lubang-lubang di tong dan melekatnya di bahagian
dalam tong. Ini adalah untuk mencegah perosak seperti lipas, semut dan serangga lain daripada
masuk ke dalam tong.

Tapak Cacing

Penyedian tapak cacing adalah satu aspek yang penting dalam pemeliharaan cacing. Sediakan
tapak dengan mengoyak kertas mengikut panjang untuk menghasilkan kepingan seluas 1 inci
untuk mengisi tong sehingga 1/3 penuh.
Siram air ke atas kepingan kertas dan kacau supaya lembap. Masukkan cacing-cacing ke atas
tapak ini.

Penjagaan Cacing.

Penberian Makanan: 1kg cacing boleh makan sehingga 1/2kg sisa-sisa dapur sehari. Beri makan
setiap hari, seminggu sekali atau bila perlu.

Potongkan sisa-sisa dapur/ kantin  kecil-kecil supaya cacing dapat memakannya dengan senang.
Kambus sisa-sisa di bawah sinaran matahari.

Suhu: Suhu yang sesuai bagi cacing ialah di antara 15-26˚C (60-80˚F). Letakan tong di tempat
teduh dan bukan di bawah sinaran matahari.

Kelembapan:  Pastikan kelembapan yang cukup apabila menambah sisa-sisa dapur. Sekiranya
terlampau basah tambahkan kertas. Jika terlampau kering, siramkan dengan air. Cacing-cacing
gemarkan air.

Kegelapan:  Selalu tutup tong cacing. Cacing-cacing tidak suka kepada cahaya dan penutup ini
juga dapat mengelakkan lalat.

Punggutan Hasil

Selepas 2-3 bulan, cacing akan memakan kertas-kertas dan sisa-sisa makanan tersebut dan
menghasilkan kompos yang kaya dan berwarna hitam. Ada dua cara untuk memungut hasil ini;

1. Menolak kompos ke sebelah tong dan isikn bahagian yang kosong dengan kertas lembap.
Masukkan sisa-sisa makanan ke dalam tapak kertas ini. Cacing-cacing akan
meninggalkan kompos yang jadi dan berhijrah kea rah makanan baru. Kompos yang siap
boleh dipunggut.
2. Untuk memunggut cacing dan kompos. Tuangkan tong ke atas sekeping plastik. Biarkan
cacing-cacing ini berundur daripada cahaya ke bahagian tengah timbunan dan memungut
kompos di bahagian luar. Ulangkan prosedur ini sehingga kompos habis dipunggut dan
hanya cacing-cacing yang tinggal.

Membuat Kompos

Kompos boleh dibuat menggunakan bahan-bahan buangan dan najis binatang peliharaan.Kebaikan
kompos ialah ianya mudah dibuat dan membekalkan tumbuhan dengan berbagai nutrien. Kompos yang
ditambah di atas tanah juga mengurangkan hakisan tanah asli dan membantu penyerapan air.
Kompos boleh dibuat sendiri melalui cara-cara berikut:

1.
Sebaiknya gali lubang kerana tanah yang digali akan diperlukan untuk membuat kompos.Tetapi kompos
boleh juga dibuat di atas permukaan tanah.
2.
Masukkan bahan buangan dan najis binatang peliharaan ke dalam lubang dan ratakan
3.
Jika perlu, tambahkan sedikit quicklime untuk meneutralkan bahan buangan yang terlalu berasid
4.
Lapis bahan buangan dengan lapisan tanah dan diikuti dengan satu lagi lapisan bahan buangan
5.
Buat beberapa lapisan bahan buangan – tanah dan akhiri dengan lapisan tanah
6.
Biarkan kompos selama lebih kurang sebulan untuk pereputan
7.
Periksa suhu dan apabila suhu kompos sama dengan suhu tanah biasa, kompos boleh digunakan.

Penyelesaian Masalah

Timbunan kompos yang mengandungi bahan tumbuhan yang boleh reput biasanya tidak berbau
dan tidak menarik binatang perosak. Tetapi, bahan yang terdiri daripada sisa-sisa makanan akan
mendatangkan masalah sekiranya tidak dibuat dengan betul.

MASALAH SEBAB PENYELESAIAN


Timbunan kompos Sisa-sisa makanan Tutup sisa-sisa
berbau dan terdapat tidak di tutup makanan dengan tanah
banyak lalat. atau kambusnya di
tengah timbunan.
  Terlampau basah Tambahkan tanah atau
atau terlampau bahan kering dan
banyak sisa-sisa rombakkan timbunan.
makanan dalam
timbinan

 
Timbunan penuh Sisa-sisa makanan Tutup sisa-sisa
dengan tikus dan tidak ditutup ataupun makanan. Gunakan tong
lubang lebih besar atau bekas yang dapat
binatang perosak. daripada ¼ inci. nencegah tikus atau
memasang jerat atau
  umpan.

 
Proses pereputan Terlampau kering. Siram sehingga lembap
terlampau lambat dan kacau.
atau tidak reput. Terlampau banyak Tambahkan bahan hijau
kering. atau baja organik atau
  baja haiwandan kacau.

Anda mungkin juga menyukai