Anda di halaman 1dari 14

Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil

Bagi Penghulu / Penggawa

PERMOHONAN HARTA
TAJUK: PUSAKA KECIL
TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

1. Pendahuluan
Kelewatan memohon untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka
setelah berlaku kematian pemilik harta (simati) adalah satu fenomena
biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Banyak kes-kes yang tidak
diberi perhatian sewajarnya oleh para waris dan tidak diselesaikan segera
walaupun kematian itu telah berlaku beberapa tahun. Ada kes-kes tertentu
yang memakan masa puluhan tahun untuk diselesaikan, malah ada juga
kes-kes kematian yang berlaku sebelum zaman pendudukan Jepun masih
belum diselesaikan.

Anggota masyarakat kita nampaknya memandang remeh tentang


penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ini. Mereka seolah-olah tidak
menyedari bahawa penangguhan dalam pembahagian itu sebenarnya
mengundang risiko yang sangat besar dari segi hukum dan undang-
undang.

2. Pentadbiran Harta Pusaka Di Malaysia


Terdapat 3 undang-undang yang menetapkan cara dan peraturan
pentadbiran harta pusaka di Malaysia:

• Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (Akta No. 97)


• Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 (Akta No. 98)
• Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 (Akta No. 532)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


1
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

Berdasarkan undang-undang tersebut, agihan bidangkuasa pembahagian


pusaka dikendalikan oleh 3 agensi:

? AMANAH RAYA BERHAD (pusaka ringkas)


Mengendalikan harta simati yang hanya meninggalkan harta alih
sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600,000.
Contohnya: wang simpanan di bank, BSN, ASB, Tabung Haji, kereta,
motosikal, saham, dividen dan sebagainya.

? PEJABAT TANAH / UNIT PEMBAHAGIAN

PUSAKA (pusaka kecil)


Mengendalikan harta simati yang meninggalkan harta tak alih (tanah)
sahaja atau harta tanah beserta dengan harta alih seperti duit simpanan
di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM 600,000
Contohnya: simati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau
meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan diTabung Haji.

? MAHKAMAH TINGGI (pusaka besar)


Mengendalikan harta simati yang meninggalkan sama ada harta tak
alih (tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 600,000 atau
harta berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada
RM 600,000

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


2
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

Bagi maksud kertas kerja ini, penerangan adalah ditumpukan kepada


pembahagian pusaka mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil, 1955

3 Apakah Harta Pusaka Kecil

3.1 Definisi
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang
mempunyai ciri-ciri berikut:

• Simati tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat


1959)
• Harta itu terdiri daripada : Harta tak alih (tanah) dan lain-lain
harta alih jika ada seperti wang simpanan, KWSP, ASB,
saham dan sebagainya
• Jumlah nilai kesemua harta itu tidak melebihi RM 600,000.

Sekiranya harta tersebut bernilai lebih daripada RM 600,000.00 atau


tidak mengandungi harta tak alih atau mempunyai wasiat, maka
bukanlah ia pusaka kecil dan hendaklah diselesaikan oleh Amanah
Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi.

3.2 Ciri-ciri Istimewa Pembahagian Harta Pusaka Kecil


Di antara cirri-ciri istimewa dalam pembahagian harta pusaka kecil
ialah:
• Borang permohonan (Borang A) boleh didapati di tiap-tiap
Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah dengan
percuma.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


3
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

• Perbicaraan boleh diadakan di Balai Raya / Penghulu / Dewan


Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan
simati.
• Perkhidmatan peguam tidak diperlukan.
• Sekiranya tidak dapat menghadiri perbicaraan pada tarikh
yang ditetapkan, waris berkenaan boleh kemukakan borang
persetujuan.
• Penyerahan / penerimaan hak / bahagian sesama waris boleh
dibuat semasa perbicaraan dan tidak dikenakan apa-apa
bayaran.
• Pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati (direct
transmition) dan surat kusa tadbir hanya diberi dalam keadaan
tertentu.
• Kos penyelesaian paling rendah. Permohonan RM 10.00.
Selesai RM 10.00 dan tambahan RM 2.00 bagi tiap satu
salinan perintah pembahagian.

3.3 Cara Membuat Permohonan


• Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil
hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu Borang A.
• Permohonan mestilah disertakan dengan:
o Bukti kematian:
Sijil kematian / permit menguburkan atau
Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang
menyaksikan jenazah dikebumikan (bagi kematian
semasa pendudukan Jepun/ sebelumnya); atau

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


4
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh


Mahkamah Tinggi bagi kematian tanpa kubur atau
orang hilang.
o Salinan photostate kad pengenalan / sijil kelahiran semua
waris
o Salinan hak milik atau Perakuan Carian Rasmi yang
menunjukkan pegangan harta tak alih simati.
o Salinan dokumen harta-harta alih, seperti salinan sijil
saham, salinan buku simpanan, salinan penyata KWSP dan
sebagainya (jika ada).

3.4 Siapakah Yang Layak Memohon


Seksyen 8 (1) Akta Pembahagian Pusaka Kecil memperuntukkan
pihak-pihak yang boleh membuat permohonan, iaitu:

i. Salah seorang daripada waris-waris simati yang berhak


menerima pusaka seperti suami, isteri, anak lelaki, anak
perempuan, ibu, bapa dan sebagainya termasuk Majlis
Agama Islam (Baitulmal).
ii. Pemberi hutang (creditor) termasuk pemegang gadaian /
pemegang pajakan dan pengkaveat.
iii. Pembeli (pembelian melalui surat perjanjian yang sah
dengan simati)
iv. Amanah Raya Berhad
v. Penghulu / Pegawai Petempatan

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


5
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

3.5 Perbicaraan
Semua waris dan mana-mana orang yang berkepentingan atas harta
pusaka itu bertanggungjawab untuk hadir di dalam perbicaran tersebut
Sekiranya ada di antara waris yang tidak dapat hadir, pastikan waris
yang tidak hadir itu menandatangani surat persetujuan yang
menyatakan cara pembahagian yang dikehendakki. Ini bagi
mengelakkan kes tersebut tertangguh atau tidak dapat diselesaikan.

3.6 Pembahagian

Mengikut faraid
Pembahagian sama rata / sama banyak
Takharuj dengan balasan
Takharuj tanpa balasan
Pembahagian mengikut pakatan / persetujuan

1. Sebab Mengapa Pembahagian Pusaka Tidak Disegerakan


Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah dijalankan di kalangan
waris-waris, di antara faktor-faktor yang menyebabkan pembahagian
pusaka tidak disegerakan ialah:

4.1 Salah Tanggapan


Sebahagian dari masyarakat beranggapan bahawa adalah tidak wajar
membahagikan harta pusaka terlalu awal, kononnya “tanah kubur masih
merah”. Jika terdapat salah seorang waris yang menyarankan agar
pembahagian dan penyelesaian harta itu dibuat dengan segera, biasanya
dia akan dipandang serong oleh waris-waris yang lain, dituduh sebagai

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


6
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

tidak beradab, tidak menghormati simati dan sebagainya. Untuk


mengelakkan perkara ini, akhirnya semua waris mengambil sikap berdiam
diri dan menanti-nanti bilakah perkara itu akan diselesaikan dan siapakah
yang patut memulakannya. Anak sulung yang selalunya menjadi tumpuan
hanya berdiam diri. Penantian ini kadangkala memakan masa yang lama
sehingga bertahun-tahun. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan
bertentangan dengan syarak kerana pembahagian pusaka perlu disegerakan
supaya dapat ditentukan hak waris-waris.

4.2 Terlalu Bersopan


Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang tinggi
nilainya. Mereka amat berhati-hati agar tidak dikatakan orang sesuatu
yang tidak baik terhadap mereka. Dalam kes penyelesaian harta pusaka ini
umpamanya, masing-masing takut untuk bersuara, bertanyakan tentang
harta pusaka nanti akan dituduh berkehendakkan harta, tamakkan harta.
Justeru itu masing-masing membiarkan harta pusaka tersebut sehingga
sekian lama tanpa menyelesaikannya. Dengan bersifat demikian, mereka
telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membahagikan pusaka,
sekaligus mereka juga telah mengabaikan tuntutan agama supaya
menyegerakan pembahagian pusaka. Dengan ini bermakna mereka telah
mengenepikan agama semata-mata kerana adat bersopan santun yang
bukan pada tempatnya.

4.3 Tiada pengetahuan dan maklumat


Kekurangan pengetahuan dan maklumatini boleh ditafsirkan kepada dua
maksud.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


7
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

Pertama, waris-waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam


tentang proses pembahagian harta pusaka sama ada dari segi hukum atau
undang-undang. Mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan, ke
mana dan kepada siapa harus dikemukakan perkara tersebut.
Kedua, mereka tidak tahu tentang risiko dan implikasi dari tindakan
mereka menangguh-nangguhkan pembahagian harta pusaka. Mereka
menganggap tidak ada apa-apa kesan dari segi hukum mahupun undang-
undang. Akibatnya, pusaka itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disegerakan
penyelesaiannya.

4.4 Sikap Tidak Apa / Tidak Prihatin


Sebahagian daripada masyarakat pula menganggap bahawa tugas
menyelesai harta pusaka ini merupakan satu tugas yang remeh temeh.
Mereka mengambil sikap endah tak endah (adamant attitude) dan
menganggap bahawa menangguhkan penyelesaian harta pusaka ini tidak
mendatangkan sebarang kesan, baik dari segi hukum atau undang-undang.
Mereka tidak prihatin terhadap tuntutan agama yang menuntut mereka
agar menyegerakan pembahagian pusaka.

Sebab itulah kadangkala harta pusaka itu dibiarkan sehingga begitu lama
tidak diselesaikan. Mereka hanya mahu menyelesaikannya apabila sesuatu
yang menguntungkan bakal menemui mereka, misalnya apabila harta
tersebut hendak dijual, digadai atau diambil balik oleh kerajaan dan
mendapat wang pampasan.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


8
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

Selalunya keadaan demikian berlaku keatas hartanah. Mereka tidak


mempunyai rasa tanggung jawab untuk menyelesaikannya, kerana tanah
tidak ke mana. Selagi tidak terdesak selagi itulah tanah tersebut dibiarkan.

Ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah atau negeri enggan untuk
pulang menyelesaikan pusaka dengan alasan tidak ada masa, tidak
memadai kerana harta sedikit dan berbagai alasan lagi. Sedangkan apabila
dibuat kenduri kahwin misalnya mereka boleh pulang meraikannya.

4.5 Pertelingkahan Di Kalangan Waris-waris


Pertelingkahan sesama waris juga merupakan salah satu sebab mengapa
harta pusaka dibiarkan dan tidak diselesaikan dengan segera.

Pertelingkahan mungkin wujud sebelum berlaku kematian dan berlarutan.


Apabila berlaku kematian, waris-waris yang bertelingkah itu tidak dapat
bersua muka di antara satu sama lain apatah lagi bertanya khabar tentang
harta pusaka atau berbincang mengenainya.

Pertelingkahan mungkin juga wujud selepas kematian. Mungkin ada di


antara waris-waris yang tidak puas hati di dalam sesuatu perkara semasa
pengurusan jenazah misalnya atau ada yang sengaja untuk cuba menguasai
atau membolot harta-harta simati untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini
berlaku akibat dari rasa tamak dan haloba dan kadangkala sayangkan harta
itu supaya tidak jatuh ketangan orang lain. Akibatnya harta pusaka tidak
dibahagi dan dibiarkan.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


9
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

4.6 Tidak Puas Hati Dengan Sikap Simati


Ini salah satu sebab yang juga menyumbang kepada kelewatan
penyelesaian harta pusaka tetapi kurang diberikan perhatian. Ada kes yang
berlaku, di mana waris-waris tidak puas hati dengan sikap simati semasa
hayatnya yang tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Ada anak yang
diberi layanan dan perhatian baik dan ada yang sebaliknya. Ada juga anak
yang telah diberi hibbah (pemberian semasa hidup) dan ada yang tidak
diberi, atau diberi tetapi secara tidak adil, dan berbagai perkara lagi. Hal-
hal seumpama ini juga akan menyebabkan sebahagian waris merasa jauh
hati dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada
penyelesaian harta pusaka itu.

4.7 Tidak Mahu Harta Berpindah Kepada Orang Lain


Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh seorang Pegawai Pembahagian
Pusaka yang membuat ijazah sarjana mendapati, 81% daripada waris-
waris yang disoal siasat mempunyai hubungan yang baik dengan waris
yang lain, dan tidak mempunyai apa-apa masalah yang boleh
mengakibatkan berlakunya kelewatan permohonan untuk menuntut
pusaka, tetapi apabila disoal siasat beliau mendapati sikap pemohon itu
sendiri yang menyebabkan berlakunya kelewatan di mana ada di kalangan
mereka yang tidak mahu menyusahkan diri, berasa selesa dengan keadaan
semasa. Mereka ini adalah di kalangan orang yang mendudukki tanah
pusaka atas nama simati. Mereka menjadi berat hati dan takut untuk
memohon pusaka kerana takut tanah yang didudukki mereka akan dituntut
oleh waris-waris lain. Oleh yang demikian untuk mengelakkan wujudnya
hubungan tidak mesra di antara waris, maka lebih elok tanah tersebut
kekal dengan nama simati.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


10
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

4.8 Menaruh Harapan Kepada Anak Sulung


Kajian juga mendapati seramai 55% daripada waris yang disoal mengakui
dan bersetuju bahawa mereka mengharapkan waris yang tertua (anak
sulung) yang akan membuat tuntutan harta pusaka. Waris lain hanya
tunggu dan lihat. Oleh kerana anak sulung tidak mengambil apa-apa
tindakan, berlakulah kelewatan dalam permohonan pusaka.

5. Implikasi dari Kelewatan Penyelesaian


Kelewatan penyelesaian pembahagian harta puisaka ini sebenarnya
mengundang banyak masalah dan implikasinya sama ada dari segi hukum
mahu pun undang-undang.

Implikasi dari segi hukum


1. Terdedah kepada perlanggaran hukum
a. Termakan harta secara batil
b. Termakan harta anak yatim
2. Tidak menunaikan hak-hak simati
a. Hutang simati tidak dijelaskan dengan segera
b. Wasiat tidak dilaksanakan dengan segera
3. Bilangan waris makin bertambah ramai akibat kematian berlapis
4. Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar

Implikasi dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial


1. Harta terbiar dan tidak terurus
2. Urusniaga hartanah tidak dapat dijalankan
3. Wang pampasan pengambilan balik tanah tidak dapat dibayar
kepada waris-waris

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


11
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

4. Berbangkit isu pemilikan beramai-ramai keatas hartanah


5. Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan
sebagainya
6. Menyulitkan proses perbicaraan pembahagian pusaka.

6. Tanggungjawab waris Menyelesaikan Pembahagian


Harta Pusaka
Semua waris adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan harta pusaka
dengan secepat mungkin. Bukan sekadar membuat permohonan untuk
membahagikan harta pusaka di Pejabat Pembahagian Pusaka, tetapi
mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan pembahagian
dengan sebaik mungkin, iaitu dengan cara:

1. Membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka secepat


mungkin
2. Mengadakan perbincangan terutamanya berkaitan cara pembahgian
yang akan dipersetujui.
3. Bertolak ansur / prihatin / bertimbang rasa dan hidupkan semangat
kekeluargaan.
4. Menghadiri perbicaraan. Jika tidak dapat hadir, boleh tanda tangan
surat persetujuan.
5. Mengambil tahu semua harta pusaka dan apa-apa yang berkaitan
dengannya, seperti hutang, wasiat dan sebagainya
6. Bekerjasama demi untuk menyelesaikan harta pusaka ini dengan
sebaik mungkin.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


12
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

7. Peranan Penghulu.
Penghulu adalah salah satu daripada golongan pemimpin masyarakat yang
sangat rapat dengan waris-waris. Penghulu yang bertanggungjawab
terhadap anak mukimnya akan sentiasa peka dengan sebarang masalah
yang dihadapi oleh mereka dan tidak ketinggalan di dalam masalah harta
pusaka. Telah banyak tindakan yang diambil oleh penghulu-penghulu
dalam menangani masalah ini di mukim masing-masing, tetapi masih
ramai waris yang belum menyelesaikan harta pusaka. Di antara peranan
yang boleh dimainkan oleh penghulu di dalam membantu waris-waris
menyelesaikan pusaka di antaranya:
o Memberi khidmat nasihat kepada waris
o membantu mengisi borang permohonan
o membantu penyelesaian / perbincangan
o menganjurkan program penerangan dan klinik pusaka

8. Kesimpulan dan Penutup.


Prosedur pembahagian harta pusaka kecil sebenarnya ringkas dan murah,
dengan hanya mengisi borang A dan jumlah bayaran serendah RM 22.00.
Namun begitu masih ramai di kalangan waris-waris yang belum
menyelesaikan harta pusaka. Waris-waris seharusnya bersama
bertanggungjawab menyelesaikan pusaka sebaik mungkin demi untuk
menjamin kesejahteraan institusi keluarga dan kesinambinan keturunan
pemilik harta. Untuk menyemarakkan lagi semangat waris-waris kearah
penyelesaian pusaka, penghulu perlu memainkan peranan

Sebenarnya penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua


waris-waris. Bagaimana pun waris-waris perlulah memilih salah seorang

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


13
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
Bagi Penghulu / Penggawa

di antara mereka sebagai ketua yang akan bertanggungjawab menguruskan


hal-hal berkaitan dengan penyelesaian dan pembahagian harta pusaka di
peringkat keluarga dan juga pejabat. Ketua yang dipilih sebaik-baiknya
diutamakan anak sulung sebagai pengganti orang tua. Tetapi sekiranya
anak sulung tidak berupaya kerana uzur, tinggal jauh, tiada kemampuan
dan sebagainya, tugas sebagai ketua bolehlah dipindahkan kepada sesiapa
sahaja di kalangan waris-waris yang mempunyai kemampuan untuk
menguruskannya tanpa mengira status sama ada lelaki atau perempuan,
bahkan isteri, ibu atau bapa juga boleh menguruskan penyelesaian
pembahagian pusaka ini.

Adalah diharapkan seminar ini akan dapat merumuskan satu jalan


penyelesaian yang berkesan keatas kelewatan permohonan pembahagian
harta pusaka, dengan hasrat dapat melahirkan waris-waris yang
bertanggungjawab dan prihatin di dalam urusan pembahagian pusaka.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:
Wan Abdul Halim b in W Harun
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembahagian Pusaka
Negeri Perak.
Tarikh: 7.3.2005

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)


14

Anda mungkin juga menyukai