Anda di halaman 1dari 25

IBNU SINA

BAPA PERUBATAN DUNIA

RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar Al Husin Bin Abdillah Bin Al Hasan Bin Ali Bin Sina Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah / 980 Masihi di Afshanan Bukhara, Turkistan Bapanya adalah seorang pengawas Harmaisan, Bukhara Pada tahun 390 Hijrah / 1000 Masihi setelah bapanya meninggal dunia, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan. Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir AlaDaulah di Asfahan Meninggal dunia di Hamazan pada tahu 428 Hijrah/ 1037 Masihi

KEPERIBADIAN
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali

Taat beragama
Ibnu Sina sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan Beliau sering pergi kemasjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

Pintar
Ibnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia lapan belas tahun

Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan

PENDIDIKAN
Mula mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun Mempelajari ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmi hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilme sains dan astronomi daripada Al Biruni. Semasa 16 tahun, beliau dapat mengusai ilmu perubatan

KETOKOHAN
Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat orang-orang penting Beliau telah berjaya dalam bidang perubatan dengan beberapa pencapaian iaitu
Penemuan penyakit baru dan puncanya
Pengaruh kuman dalam penyakit Jangkitan virus seperti Tibi dan sebagainya Penyakit seperti Rubella, alahan , cacar, penyakit jiwa dan sebagainya

Penemuan dalam bidang farmasi


Menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bius

Membangunkan teknologi perubatan


Mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi

KESAN PENINGGALAN
Menggilapkan kembali bidang perubatan yang kian malap pada ketika itu. Beliau memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden

HASIL KARYA
Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelabagai bidang ilmu pengetahuan Buku-buku tersebut telah dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Jasanya dihargai dengan institusi pendidikan di Hungary dinamakan Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

IBNU KHALDUN
TOKOH SEJARAHWAN ULUNG

RIWAYAT HIDUP
NamaNama sebenar beliau ialah Abdurrahman Bin Muhammad Bin Muhammad Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah / 1332 Masihi Keluarga beliau berketurunan Arab Yaman yang berpindah ke Andalus Bapanya seorang sarjan Pernah menyandang beberapa jawatan penting negara seperti setiausaha negara diistana Sultan Abu Ishak Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota majlis dan anggota jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi Hassan di Fas, Maghribi. Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808 Hijrah / 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun. sebenar beliau ialah Abdurrahman Bin Muhammad Bin Muhammad Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah / 1332 Masihi Keluarga beliau berketurunan Arab Yaman yang berpindah ke Andalus Bapanya seorang sarjan Pernah menyandang beberapa jawatan penting negara seperti setiausaha negara diistana Sultan Abu Ishak Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota majlis dan anggota jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi Hassan di Fas, Maghribi. Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808 Hijrah / 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun.

KEPERIBADIAN
Tekun mencari ilmu
Ibnu Khaldun tekun mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil Kesibukan beliau dengan tugas pentadbiran tidak menghalangnya menuntut ilmu Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu

Berjiwa pemimpin
Ibnu Khaldun pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim negara Jawatan tersebut diserahkan berdasarkan kecekapan dalam pentadbiran serta keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan negara.

Kreatif
Pemikiran Ibnu Khaldun dalam karyanya Mukadimah Ibnu Khaldun lahir hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri.

PENDIDIKAN
Ibnu Khaldun mempelajari asas agama agama dan bahasa arab dari bapanya. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu-ilmu fardhi kifayah seperti falsafah, matematik dan sains dari gurunya Muhammad Bin Ibrahim Al Bili. Semasa di Fas, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi dari beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad Bin Qasar dan Lisanudaini.

KETOKOHAN
Ibnu Khaldun menganalisis tamadun dari segi permulaan dan faktor kegemilangan serta kejatuhan Memberikan tafsiran sejarah berdasarkan sikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Idea Ibnu Khaldun di dalam kitab Al Muqadimah menarik perhatian pengkaji dan pemikir untuk membuktikannya sebagai tokoh sejarahwan yang mengatasi sejarahwan sebelumnya seperti Al Tabari dan Al Masaudi Beliau merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan arab

SUMBANGAN
Beliau berjaya menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya. Ibnu Khaldun telah memberi idea dan panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiranpemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah , politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, serta juduljudul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.

KARYA AGUNG
Ibnu Khaldun menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarahwan dalam penilitian dan analisis laporan sejarah, iaitu:
Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab dan musabab Membandingkan peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

IMAM GHAZALI

RIWAYAT HIDUP
Nama : Ab Hamad Muhammad bin Muhammad Lahir : Di Bandar Tus , Khurasan ( Iran ) Tarikh : 450 Hijrah / 1058 Masihi Gelaran Ghazali sempena nama kampungnya Ghazalah . Dari keluarga miskin. Ayahnya pemintal bulu kambing Meninggal dunia pada 505 H / usia 55 T.

SIFAT PERIBADI
Memiliki ketinggian ilmu Sangat gigih dalam menuntut ilmu Cintakan ilmu Sabar menghadapi kesusahan hidup Daya ingatan yang kuat Bijak dalam berhujah Digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan dan kekuatannya membela Islam

PENDIDIKAN
Didikan awal daripada abangnya Meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang ilmu Membuat perbandingan antara mazhab mengenai sesuatu hukum Dilantik sebagai mahaguru di Madrasah Nizamiah Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu

SUMBANGAN
1. Penasihat kepada Perdana Menteri 2. Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah 3. Mendukung aliran ahli sunnah waljamaah 4. Pelopor kepada golongan sufi 5. Hasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu 6. Karya utama : Ihya Ulumuddin

IMAM SYAFIE

RIWAYAT HIDUP
Nama : Abu Abdullah Muhammad bin Idris. Dilahirkan : bulan Rejab tahun 150 H / 767 M di Ghazzah, Palestin Dari keturunan Rasulullah sebelah datuknya Abdul Manaf Nama ibunya:Fatimah Al-Azabiah bte Abdullah. Digelar As-Syafie sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. Meninggal dunia pada malam Jumaat 29 Rejab tahun 204 H / 820 M ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

SIFAT PERIBADI
Pandai bersyair & bersajak. Cerdik & kuat ingatan. Suaranya yang amat merdu apabila membaca AlQuran. Tidak pernah makan hingga kenyang ketika belajar selama 16 tahun. Bersikap sederhana dalam semua aspek sama ada dalam aspek tingkah laku, makanan, dan pakaian.

PENDIDIKAN
Mempelajari Al-Quran pada usia 7 tahun & dalam usia 9 tahun, beliau telah menghafaz Al-Quran keseluruhannya. Menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas- kelas pengajian agama di Masjidil Haram. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah menghafaz kitab Al-Muatta karangan Imam Malik & berguru dengannya ketika berusia 20 tahun. Belajar & mendalami bahasa & kesusasteraan Arab sehingga beliau mahir dalam bidang penulisan. Telah bermusafir di Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara lain bertujuan untuk menuntut ilmu hadis, fiqah, & Al-Quran.

SUMBANGAN
Mengasaskan kaedah dalam mensabitkan sesuatu hukum Berijtihad mengikut tempat dan suasana Berdebat dengan golongan anti hadis Sangat teliti dalam menetapkan hukum khususnya dalam masalah ibadah Mengasaskan mazhab Syafie Menghasilkan kitab al-Umm, ar-Risalah

Anda mungkin juga menyukai