Anda di halaman 1dari 19

TOKOH-TOKOH ISLAM TINGKATAN 5

NAMA : WAN NUR IZZATI BT WAN MOHAMAD AZMI

TING.

:5A1
: PN. RUSLINA BINTI

NAMA GURU

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA


1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau dikenal sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Dilahirkan tahun 370H/980M di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Berketurunan Turki. Bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan. Meninggal dunia tahun 428H/1037M di Hamazan. Keperibadian Ibnu Sina : Tekun mempelajari ilmu. Taat beragama. Pintar dan menguasai pelbagai ilmu nakliah. Berinovatif dalam menghasilkan karya. 2.0 PENDIDIKAN IBNU SINA Mula mempelajari Al-Quran sejak berusia lima tahun dan berjaya menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun. Mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Massah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni. Menguasai ilmu perubatan semasa berusia 16 tahun. Berkat kesungguhannya, beliau muncul sebagai pakar perubatan yang terkemuka. 3.0 KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN Kesarjanaannya dalam bidang perunatan mendapat pengiktirafan dunia. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, penguasa Jurjan Al-Amir Syams Maali

Qabus bin Wasyamkir, penguasa Hamazan Al-Amir Syamsul Daulah, dan penguasa Ashafan Al-Amir Ala-Daulah. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan seperti Al-Qanun Fit Tib, Al- Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al-Tibbiah. Karya tersebut diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Latin, Hebrew, dan Ingggeris. Pencapaian Ibnu Sina dalam bidang perubatan. Penemuan 1. penemuan penyakit baru serta puncanya Keterangan pengaruh kuman dalam penyakit jangkitan virus seperti Tibi (TB) dan sebagainya penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacat (smallpox), penyakit jiwa, dan seumpamanya. menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit ubat bius mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan mencipta picagari dan lain-lain SINA DALAM BIDANG

2. penemuan dalam bidang farmasi

3. membangunkan teknologi perubatan 4.0 KESAN PENINGGALAN

IBNU

PERUBATAN Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang malap pada masa itu. Antara kejayaan yang dicapai oleh Ibnu Sina termasuklah :

a. Berjaya melakukan metode pemerhatian (observation) dan


analisis. b. Membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. c. Meninggalkan formula baru. d. Penyelidikan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.

5.0 SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kahirah, Mesir. Pada tahun 1950, buku-buku tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina (Karyakarya Ibnu Sina). Ibnu Sina menyatukan antara bidang sains, kemanusiaan, metafizika, dan sebagainya. Hasil tulisannya menjadi rujukan penting

IBNU KHALDUN SEJARAWAN ULUNG


1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Lebih dikenali dengan nama Ibnu Khaldun. Dilahirkan tahun 732H/1332M dan berketurunan Arab. Bapanya seorang sarjana yang terkenal. 749H. Meninggal dunia pada tahun 808H/1406M di Kaherah ketika berusia 87 tahun. Keperibadian Ibnu Khaldun : Tekun mempelajari ilmu dan bijak membahagikan masa. Ibnu Khaldun sering berpindah randah sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun

Berjiwa pemimpin. Kreatif dalam menghasilkan karya.


2.0 PENDIDIKAN IBNU SINA Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya serta ilmu-ilmu fardu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru yang terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Muhammad bin Abdul Salam semasa di Fez. 3.0 IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG Ibnu Khaldun sebagai sejarawan : a. Menganalisis tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan, dan kejatuhan. b. Memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, sosiologi, alam sekitar, dan geografi. c. Diiktiraf tokoh sarjana dan sejarawan kerana idea menariknya dalam kitab Al-Muqaddimah.

Ibnu Khaldun sebagai negarawan : a. Negarawan yang paling banyak berjasa untuk negara. b. Jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau : i. ii. iii. iv. Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan. Anggota Majlis Ilmiah. Duta Granada Ketua Hakim (Qadi Qudhah) Mesir.

Ibnu Khaldun sebagai budayawan : a. Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab b. Banyak menghasilkan syair sejak zaman kanak-kanak. 4.0 SUMBANGAN PEMIKIRAN Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya. Memberikan panduan terbaik tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat tamadun tertegak hasil kombinasi antara keunggulan rohani dengan jasmani. Pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik dan ekonomi. 5.0 KARYA AGUNG IBNU KHALDUN Antara karya beliau yang bermutu termasuklah : IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN

a) Muqaddimah Ibnu Khaldun yang berkualiti dan berpengaruh


kepada pemikiran manusia.

b) Al-Takrif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan.


Ibnu Khaldun berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai karya ukur fakta sejarah. Empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah : a) Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah yang sedang berlaku. b) Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku

c) Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

AS-SAYYID JAMALUDDIN ALAFGHANI


1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani. Digelar As-Sayyid kerana salasilahnya bersambung dengan Saidina Ali dan Rasulullah S.A.W. Dilahirkan tahun 1254H/1838M di perkampungan Asad Abad, Kabul, Afghanistan. Keturunannya turun bersambung dengan Imam At-Tarmizi. Pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al-Maaarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki. Meninggal dunia pada tahun 1314H/1897M ketika berusia 60 tahun. Keperibadian mulia As-Sayyid Jamaluddin : Berani memperjuangkan kebenaran.

Suka merantau. Tekun menguasai ilmu. Mencintai ilmu dan memiliki akal fikiran yang cerdas, tajam
dan berpandangan jauh. 2.0 PENDIDIKAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI Menghafaz Al-Quran ketika berumur 12 tahun dan dapat menguasai ilmu seperti AL-Quran, hadis, fikah, tasawuf, mantik, falsafah, astronomi, dan sebagainya ketika berumur 18 tahun. Bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. Menguasai beberapa bahasa dunia seperti Afghanistan, Parsi, Arab, Turki, Urdu dan Perancis.

3.0

SUMBANGAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Penggerak utama dalam perjuangan menetang penjajah. Suka merantau ke beberapa buah negara Islam untuk menyatukan dan mengembalikan keyakinan umat Islam supaya mengusir penjajah dari tanah air. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Karya beliau yang berbentuk ilmiah : a. Al-Amal Al-Kamilah. b. Al-Rad Ala Ad-Dahriyyin. c. Al-Khatirat. d. Tatimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan. Pengasas kepada akhbar : a. Al-Urwatul Wusqa di Perancis b. Misr di Mesir c. Al-Tijarah di Mesir d. Al-Khafiqin di Mesir. Idea Islahnya berpengaruh besar dalam jiwa umat Islam hingga ke hari ini walaupun beliau tidak menghasilkan kitab-kitab yang besar.

4.0

IDEA ISLAH AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI Pengertian Islah : pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddian Al-Afghani : a. Islah untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam b. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasannya, Al-Jamiah Al-Islamiah. c. Mengkritik taklid Al Ama tanpa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. d. Menyeru umat Islam supaya menghindari sikap fanatik kepada suatu mazhab dan menumpukan usaha ke arah memerdekakan tanah air.

Kesan Islah : a. Gerakan Islah dari Asia Barat yang disambung oleh AsSyeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan dari India yang dipelopori oleh Syah Waliyullah. b. Gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah dari Universiti di Mesir dan Makkah. c. Umat Islam terdorong untuk mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran Al-Quran dan As-Sunnah. d. Berjaya mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kekuatan mereka seterusnya berani membebaskan tanah air.

AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG


1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta, Mesir pada tahun 1265H/1849M. Beliau dibuang negeri tahun 1882 kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi. Beliau sempat menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa semasa berada di Perancis. Meninggal dunia pada tahun 1314H/1897M di Iskandariah, Mesir. Keperibadian Muhammad Abduh : Berani menyarakan idea-idea Islahnya.

Tegas tetapi penyayang. Tokoh ulama yang berketrampilan. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan yang bernas.
2.0 PENDIDIKAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH Belajar membaca dan menulis daripada bapanya. Mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran dalam masa dua tahun serta mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi. Mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab dariapada AsSyeikh Darwisy Khudr. Hasan At-Tawil. Memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar tahun 1877 Masihi. Di Universiti Al-Azhar pula, beliau mempelajari ilmu matematik dan falsafah dengan As-Syeikh

3.0

ALIRAN PEMIKIRAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH SERTA PERJUANGANNYA As-syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada gerakan Islah yang dipelopori olek As-Sayyid Jamaludin Al-Afghani dan lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya. Antara saranan beliau ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam termasuklah : a. Akidah : menyeru mereka supaya kembali kepada ajaran Islam dan menolak taklid Al Ama (taklid buta). b. Integrasi ilmu : ilmu fardu kifayah seperti sains, matematik dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. c. Kecekapan pentadbiran : melakukan pengislahan dalam sistem pentadbiran kehakiman.

4.0

FAKTOR

AS-SYEIKH

MUHAMMAD

ABDUH

MELAKUKAN

PENGISLAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN Inspirasi gerakan Islah As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu. Kesedaran As-Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan terhadap Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman. Sistem pendidikan yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif (jumud). Kadar gaji guru yang rendah. Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kepada golongan miskin.

AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN


TOKOH PEMIKIR TANAH AIR
1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : Muhammad Tahir bin As-Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin. berilmu. Bapanya. As-Syeikh Ahmad seorang ulama dan hakim yang terkenal berketurunan Melayu Minangkabau Memperoleh gelaran As-Syeikh ketika menjadi mufti Perak. Meninggal dunia pada 26 Oktober 1956M di Perak. Keperibadian As-Syeikh Tahir : Seorang yang menepati masa Dilahirkan pada 7 November 1869M di Berasal daripada keluarga yang Sumatera Barat, Indonesia.

Kreatif dan cinta kepada ilmu Tekun dan gigih menyebarakan idea Islah. Tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.
2.0 PENDIDIKAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN Belayar ke Mekah ketika usia 12 tahun dan mempelajari ilmu agama daripada saudara sepupunya di Masjidil Haram. Menyambung pelajaran dalam jurusan falak di Universiti AlAzhar tahun 1893M. Pulang ke tanah air tahun 1899M dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat Islam. 3.0 METODE AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM

MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH Melalui penerbitan akhbar : menerbitkan majalah Al-Imam yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada karyawan Melayu dan pembaca di nusantara. Majalah yang lain antaranya ialah Al-

Munir, Neraca dan Pengasuh.

Melalui jawatan yang disandang : kesarjanaan beliau terserlah apabila dilantik sebagai mufti Perak dan Johor. Kesempatan ini digunakan untuk menyebarkan idea Islah. Melalui proses pengajaran : menyebarkan idea dalam kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah. 5.0 KEGIGIHAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM

MEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH Syeikh Tahir tetap gigih memperjuangkan idea Islahnya walaupun mendapat banyak tentangan daripada golongan ulama tradisional khususnya di Malaysia dan pihak penjajah. Akibatnya, beliau dipenjarakan selama sembilan bulan pada tahun 1927M atas tuduhan menentang Belanda. 6.0 SUMBANGAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Dalam bidang pemikiran : menyalurkan idea Islah serta maklumat intelektual Islam menerusi majalah Al-Imam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada unsur penjajahan fizikal dan pemikiran. Dalam bidang pendidikan : menubuhkan Madrasah Al-Iqbal ALIslamiah di Singapura tahun 1908M. Dalam bidang ilmu falak : Penubuhan madrasah ini bertanggungjawab menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai penubuhan lain. beliau mengembangkan ilmu falak di Malaysia. Digelar Al-Falaki kerana kemahirannya dalam ilmu falak dan sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futuristik. Ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Dalam bidang kesusasteraan : beliau adalah penggiat sastera melalui penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-

Imam.

HAMKA PERMATA NUSANTARA


1.0 RIWAYAT HIDUP Nama Sebenar : Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Abdul Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan tahun 1362H/1908M di Minangkabau, Sumatera Barat. Bapanya seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. Menerima banyak anugerah kerana jasa dan sumbangannya. Meninggal dunia pada 24 Julai 1981M ketika berusia 73 tahun. Keperibadian Hamka: Petah berpidato

Berjiwa seni melalui gaya bahasa dalam pantun dan syair


yang diciptanya

Berani menaikkan semangat masyarakat menentang penjajah.


2.0 PENDIDIKAN HAMKA Mempelajari Al-Qurandan asas-asas agama daripada bapanya. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjnag dan Sekolah Agama At-Tawalib. Banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, sejarah, dan politik dunia. Hamka turut mengkaji karya-karya sarjana Timur Tengah. 3.0 KEGIGIHAN HAMKA MENGEMBANGKAN DAKWAH ISLAMIAH DI NUSANTARA Melalui penerbitan akhbar : menerbitkan majalah Al-Imam yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada karyawan Melayu dan pembaca di nusantara. Majalah yang lain antaranya ialah Al-

Munir, Neraca dan Pengasuh.


Melalui jawatan yang disandang : kesarjanaan beliau terserlah apabila dilantik sebagai mufti Perak dan Johor. Kesempatan ini digunakan untuk menyebarkan idea Islah.

Melalui proses pengajaran : menyebarkan idea dalam kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah. 4.0 SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Tokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar kepada umat Islam di Nusantara. Karya-karya di rantau ini. Beliau adalah penyambung idea Islah yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Tafsir Al-Azhar karangan beliau memberi kesan yang mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran umat Islam. 5.0 HASIL-HASIL KARYA HAMKA Bidang agama : Tafsir Al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Islam, dan Revolusi Agama. Bidang falsafah : Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Falsafah beliau dalam bidang agama, falsafah, dan kesusasteraan menyentah secara langsung kehidupan umat Islam

Ideologi Islam, dan Pandangan Hidup Muslim.


Bidang sastera : Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck, Laila

Majnun, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Berbunyi.


6.0 PERJUANGAN HAMKA

Menunggu Beduk

Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda. Menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang Hasilnya, khurafat, bidaah dan tarikat kebatinan yang sesat. beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah. Walaupun pernah dipenjara dan sering menghadapi rintangan, Hamka tetap gigih dan bersemangat meneruskan perjuangannya.

Anda mungkin juga menyukai