Pidato adalah suatu ucapan dengan susunan yang baik untuk disampaikan di khalayak ramai Merupakan komunikasi satu arah dan digunakan dalam forum rasmi. Merupakan sebuah kegiatan berbicara di depan umum untuk menyatakan pendapatnya, atau memberikan gambaran tentang suatu hal.
TUJUAN
Mempengaruhi orang lain agar mahu mengikuti kemahuan kita dengan sukarela. Memberi suatu pemahaman atau informasi pada orang lain Membuat orang lain senang dengan pidato yang menghibur sehingga orang lain puas dengan ucapan yang kita sampaikan
CIRI-CIRI PEMIDATO
1. Menyampaikan pidato dengan penuh keyakinan, fasih dan lancar 2. Ucapan tidak menyentuh perkara sensitif 3. Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan ,nada suara dan gaya yang sesuai 4. Ucapan tidak terlalu panjang atau tidak terlalu ringkas sehingga tidak mencapai maksud 5. Memberi perhatian kepada reaksi audien kepada ucapannya
6. Sentiasa dalam keadaan bersemangat dalam penyampaian 7. Mempunyai pengetahuan am yang luas mengenai topik yang hendak dicakap 8. Mempunyai persediaan yang mencukupi 9. Mempunyai penampilan diri yang baik 10. Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan majlis