Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI TEKS UCAPAN

Menurut Maimunah Haji Omar, 1993, ucapan merupakan sebahagian kategori

perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa

yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan

sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui

pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala.

CIRI-CIRI PENGUCAP YANG BAIK

1. Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merupakan salah satu ciri-ciri pengucapan yang baik dalam

sesebuah majlis. Disini bermaksud keupayaan untuk pengucap yang baik adalah

amat penting dalam diri seseorang penceramah secara amnya.

Walaubagaimanapun perucap hendaklah berkeupayaan mempertahankan

perkara yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan kepada audien.

2. Kepakaran

Aspek kepakaran juga begitu penting dalam seseorang individu terutamanya

dalam menjayakan sesuatu majlis. Perucap dirujukkan kepada pengetahuannya

yang mendalam terhadap pekara yang diperkatanya. Ini bererti perucap harus

mempunyai pengetahuan serta menguasai bidangnya terlebih dahulu.


3. Dinamik

Aspek dinamik disini telah menunjukkan ciri-ciri ucapan yang baik. Meskipun kita

tahu,perucap yang dinamik disini ialah perucap yang aktif, bertenaga dan penuh

minat tehadap perkara yang diperkata. Secara amnya perucap yang pasif adalah

perucap yang tidak menguasai subjeknya secara sepenuhnya, kurang bertenaga

dan tidak tegas. dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap subjek

dan mesejnya yang amhu disampaikan.

4. Ketetapan

Ketetapan dirujuk kepada kemampuan perucap memegang pendapat dan

kedudukannya dalam jangka masa tertentu.Ini bererti sekiranya terdapat faktor-

faktor atau idea-idea baru yang lebih meyakinkan bahawa pendapatnya sebelum

ini salah atau kurang matang, perucap berkenaan seharusnya mampu menukar

fikiran mereka. Bagaimanapun selagi pendapat atau pegangan asalnya boleh

diterima perucap perlu tetap dengan pendiriannya.

5. Keramahan

Ini bererti perucap tidak boleh mengasingkan dirinya daripada audien. perucap

harus menekankan persamaan di antara dirinya dengan audien. Sifat-sifat

menyukai, mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapatlah

membantu meningkat kredibiliti keramahan.


6. Kejujuran

Kejujuran adalah aspek penting juga dalam menyampaikan sesebuah ucapan

secara amnya. Disini perucap perlulah menyakinkan wujudnya pandangan

daripada khalayak bahawa mereka (perucap) itu adalah jujur. Hal ini begitu

penting supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap subjek atau

perkara yang telah disampaikannya sama ada sedar ataupun tidak..

7. Keikhlasan

Perucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan daripada khalayak

bahawa mereka (perucap) itu ikhlas. Hal Ini amat penting untuk mempertingkat

kredibiliti perucap pada persepsi audien. Apatah lagi apabila isu yang diperkata

oleh perucap merupakan isu-isu yang kontroversial.

8. Memberi Perhatian Terhadap Mesej

Aspek perhatian terhadap mesej yang hendak disampaikan adalah perlu

dititikberatkan dalam sesebuah ucapan. Disini bermaksud perucap hendaklah

memastikan bahawa kenyataan dalam subjek atau perkara yang

diperkatakannya bukan sahaja sahih malah penting. Maka secara

keseluruhannya peranan perucap ialah untuk menjadikan sesuatu persembahan

yang lebih meyakinkan. Kesungguhan perucap hendaklah kuat dalam

menyampaikan subjek atau mesejnya supaya audien akan terdorong untuk

berbuat perkara yang sama.


9. Mengambil Berat Terhadap Audien

Dalam sesebuah ucapan yang baik,aspek audien perlu diambil berat dalam

memantapkan sesebuah majlis. Di sini perucap seharusnya menunjukkan

bahawa mereka perlu mengambil berat tentang kepentingan serta kebajikan

audien.

10. Mempunyai daya tarikan peribadi

Meskipun kita tahu,daya tarikan seseorang perucap adalah amat penting dalam

menjayakan sesuatu majlis tersebut menjadikan lebih mantap. Dalam hala ini

perucap seharusnya mempunyai berwajah menarik, berpakaian kemas serta

mampu memperaga keramahan dan daya tarikannya dalam sesebuah ucapan

majlis..

Anda mungkin juga menyukai