Anda di halaman 1dari 2

Bertolak Ansur Masyarakat Teratur

Nilai-nilai murni sesungguhnya amat penting kepada setiap individu tidak


kira peringkat umur, bangsa, pangkat atau agama. Pada hari ini, kita dapat melihat
nilai-nilai murni semakin menipis dalam kalangan masyarakat dunia amnya dan
masyarakat Malaysia khususnya. Keadaan ini dapat dilihat disetiap tempat sama
ada di jalan raya, pasaraya, sekolah mahupun di mana-mana sahaja.

Antara nilai murni yang kelihatan semakin lama semakin berkurangan di


kalangan masyarakat Malaysia adalah sikap bertolak ansur antara satu sama lain.
Antara contoh yang dapat kita lihat adalah sikap pengguna jalan raya di Malaysia,
yang sangat mementingkan diri sendiri semasa memandu. Apabila berlaku sesuatu
kemalangan jalan raya, kebanyakan pengguna jalan raya ini jarang bertolak ansur
antara satu sama lain sehingga menyebabkan pertengkaran yang besar.
Sehinggakan baru-baru ini, terdapat kes salah faham di persimpangan jalan yang
menyebabkan pembulian kepada warga emas tanpa rasa belas kasihan. Ini juga
dapat dilihat apabila terdapat ambulans yang di dalam kecemasan tidak diberi
laluan oleh sesetengah pengguna jalan raya. Keadaan tidak bertolak ansur ini
mungkin dilihat enteng oleh pengguna tersebut tetapi apabila ia berlaku kepada
ahli keluarga sendiri, sudah tentu diri akan merasakan amat marah dengan situasi
tersebut. Sesungguhnya, sikap bertolak ansur itu amat penting bagi keselamatan
umat sejagat.

Pada era dunia ini tanpa sempadan, pengguna internet khususnya pengguna
media sosial mampu mendapatkan sesuatu berita dengan pantas tanpa batas.
Tetapi, sungguh menyedihkan apabila pengguna ini sentiasa bercakaran di media
sosial dan tidak langsung timbul rasa hormat menghormati dan bertolak ansur
sesama mereka. Sikap tuduh-menuduh dan membuli adalah sikap yang sering
dipaparkan oleh pengguna media sosial terutamanya dalam kalangan penduduk
Malaysia. Nilai murni ini sepatutnya perlu ditunjukkan pengguna media sosial agar
dapat menjaga adab dan tatasusila yang seterusnya menjaga nama baik negara kita
yang tercinta.

Sikap bertolak ansur seharusnya bermula dari rumah. Nilai murni ini perlu
dipupuk sejak kecil terutamanya dalam kalangan adik-beradik dalam sesebuah
keluarga. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan peribadi
anak-anak. Sikap ini juga perlu ditekankan di sekolah iaitu bermula dari pra-
sekolah lagi. Selain itu, toleransi antara pelajar akan memudahkan sesi
pembelajaran di bilik darjah dan pembelajaran akan menjadi lebih teratur.

Dalam kehidupan seharian setiap manusia tidak boleh lari daripada


melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada secara sedar ataupun tidak. Tetapi
dengan sikap bertolak ansur dan toleransi mampu mengelakkan diri kita dari
melakukan kesalahan ini secara berterusan.Semoga kita dapat hidup dalam
keadaan harmoni dan penuh kasih sayang antara satu sama lain di bawah satu
bendera iaitu MALAYSIA TERCINTA.

Anda mungkin juga menyukai