Anda di halaman 1dari 2

Nama: KALEB TAN KA EE

Syarahan: Murka Alam Membentuk Nilai Perpaduan

Rumah besar sungguh selesa,


Lampu dinding di mana-mana,
Mungkin kami banyak dosa,
Sering ditimpa bala bencana.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim yang adil dan saksama, guru-guru,
rakanrakan serta hadirin yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk Murka Alam Membentuk Nilai Perpaduan.
Hadirin sekalian,
Bermula dari awal tahun 2020, negara kita berhadapan dengan wabak pandemik
Covid-19. Selain itu, negara kita berlarutan dilanda banjir dan tanah runtuh. Bencana-bencana
ini pastinya membawa kita berfikir sejenak akan kesilapan-kesilapan manusia agar
menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan. Justeru itu, sangatlah diharapkan kita
memupuk kembali nilai yang baik dalam diri agar sentiasa diamalkan tidak kira semasa atau
selepas bencana ini.
Hadirin yang dihormati,
Nilai kerjasama semasa bencana merupakan nilai utama yang perlu kita terapkan.
Semua rakyat perlu tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira usia, agama, warna
kulit dan bangsa. Dengan adanya sikap tolong-menolong dan kerjasama ini dapat membantu
negara kita terutamanya dalam situasi bencana ini. Nilai inilah yang membentuk kepada
perpaduan Keluarga Malaysia seperti kata pepatah, “yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing,”. Tanpa nilai kerjasama ini pastinya negara kita tidak dapat berdiri semula
selepas berlakunya bencana.
Nilai kedua ialah nilai prihatin sesama manusia. Prihatin ialah sikap ambil berat
terhadap kesusahan orang lain dan kita berusaha untuk memulihkan keadaan menjadi lebih
baik. Sikap ini sangat penting dalam membentuk perpaduan kaum terutamanya semasa
negara kita dilanda bencana seterusnya dapat meringankan beban penduduk yang terkesan
akibat bencana tersebut. Tanpa sikap prihatin, pastinya ramai penduduk tidak dapat
meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala dan akhirnya menjurus kepada masalah
sosial yang lain.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, nilai bertanggungjawab juga menjadikan negara kita bersatu padu dan
makmur dalam mengharungi masa-masa yang mencabar kini. Setiap insan mempunyai
tanggungjawab mereka sendiri sama ada tanggungjawab untuk negara, keluarga dan diri
sendiri. Bukan itu sahaja, tanggungjawab kepada alam sekitar juga sangat perlu bagi
memastikan kelestarian alam sentiasa terjamin agar bencana-bencana dapat dielakkan dan
tidak berulang lagi.
Di samping itu, kasih sayang juga perlu diterapkan dalam nilai perpaduan tanpa
mengira kaum. Sesungguhnya bencana-bencana yang berlaku disebabkan kurangnya kasih
sayang kita sesama manusia bahkan terhadap alam sekeliling kita.Tanpa rasa kasih sayang,
kerosakan dan kemusnahan akan terus berleluasa tanpa ada sesiapa yang dapat
membendungnya. Kesannya generasi akan datang yang terpaksa menanggung kerosakan
yang telah berlaku. Hadirin yang saya hormati,
Walaupun musibah yang melanda ini menjejaskan ramai penduduk di Malaysia,
namun atas semangat perpaduan yang telah dipupuk membawa kita kepada semangat
Keluarga Malaysia. Dengan itu, besarlah harapan saya agar keluarga besar Malaysia ini
terusmenerus mengamalkan amalan dan nilai-nilai yang baik demi kemakmuran negara.
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai