Anda di halaman 1dari 1

AMPUNKAN DAKU Pernah suatu masa dahulu Aku punya jawapan Aku yakin Kau akan bahagia saat

mata mengenal dunia Di dalam kegelapan itu Aku membawa seribu penyesalan Mendukung seribu rasa Mengheret sejuta dosa Menghambat dan mencalar muka orang tua Ke hulu aku buntu Ke hilir aku hilang Semua rasa itu bercampur baur Meronta-ronta dalam kotak hati Menerjah keluar membuahkan penyesalan Titis air mata tidak lagi berharga Kesal mengenang maruah yang mencalar Merobek hati yang muda Apalah lagi erti untuk kembali Mengecap kemanisan madu Sedangkan hempedu itu kian mengganggu Setia menemaniku hingga ke akhir waktu Aku terpaksa! Aku terpaksa! Aku terpkasa! Dari membiarkan kau melihat dunia Tanpa bapa bergelar pedoman Lebih baik aku campak kau jauh Jauh dari dosa-dosa hitam Dosa yang kami sendiri ciptakan Kerana terbeban dosa semalam Aku nekad menghumban segumpal dosa Nekad membelakangkan amanah tuhan Jangan kau cari lagi aku! Pergi!

Sedangkan lalat, ulat, semut dan langau Tak ketinggalan juga anjing kurap Tak sabar meratah setiap inci dosaku Ya Allah ya Tuhanku Ampunkan dosaku Ya Allah Aku hina, aku jijik Aku munafik lagi terkutuk Allah... Masihkah ada hak bagiku untuk menyeru Memanggil nama Tuhanku yang satu Segan dan malu menghempap daun wajah Aku ini hamba yang sudah jauh tersasar Jauh menyimpang lagi buta erti taubat Hanya sesal setia terungkap Ampunkan daku Allah Ampunkan daku wahai anak Ampunkan daku....

Ciptaan : Shahrol Nizam Bin.Zulkifli (2011) (sempena drama Dosa Semalam)

Dosa itu telah ku buang jauh Tak kan pernah aku menoleh Hatta berpaaling walau sesaat

Anda mungkin juga menyukai