Anda di halaman 1dari 8

PEKA 3 AKTIVITI 3: KESAN BENDASING TERHADAP TAKAT DIDIH AIR

Tujuan: Untuk mengkaji bagaimana kehadiran bendasing mempengaruhi takat didih air. Masalah: Adakah kehadiran bendasing mempengaruhi takat didih air suling? Hipotesis: Kehadiran garam akan meningkatkan takat didih air suling.

Pembolehubah a) Dimanipulasikan: Kehadiran bendasing b) Bergerak balas: Takat didih c) Dimalarkan: Isipadu air.

Radas dan bahan: Bikar 100ml, termometer, kasa dawai, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kaki retort, air suling dan garam biasa (natrium klorida)

Prosedur: 1. Radas disediakan seperti dalam rajah. 2. Air suling dipanaskan di dalam bikar sehingga mendidih dan suhu dicatatkan. 3. Garam biasa ditambahkan ke dalam air suling dan panaskan hingga mendidih. Suhu dicatatkan dalam jadual.

Pemerhatian:
KEHADIRAN BENDASING Air Suling Air Suling + Garam(Natrium Klorida) SUHU TAKAT DIDIH (OC)

Perbincangan: Takat didih bagi air suling ialah 100 oC, manakala takat didih air suling yang telah ditambahkan dengan garam meningkat kepada 102oC. Hal ini menunjukkan bahawa takat didih air boleh dipengaruhi oleh kehadiran bahan asing ke dalam sesuatu larutan tersebut.

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Kehadiran bendasing mempengaruhi takat didih air.

Anda mungkin juga menyukai