Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1

Harga Diri Dapat Membawa Kesejahteraan Hidup Kepada Individu Harga diri merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi. Pengamalan nilai harga diri adalah amat penting bagi membawa kesejahteraan hidup kepada individu. Nilai ini bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Di samping itu, mempunyai harga diri adalah penting supaya individu tersebut akan dipandang mulia dan tidak dicemuh oleh masyarakat setempat. Seseorang individu yang tidak mempunyai harga diri tidak akan mempunyai masa depan yang cerah kerana individu tersebut tidak mempunyai integriti diri untuk memjayakan hala tujunya. Sekiranya individu tersebut tidak menjaga harga dirinya, berkemungkinan besar maruah dirinya akan tercemar sehingga menjejaskan nama baik keluarga. Misalnya, seseorang gadis perempuan yang menjadi seorang pelacur akan dipandang serong oleh masyarakat bahkan maruah keluarganya juga akan menghadapi tamparan yang besar kerana sering dipersendakan oleh orang lain. Hal ini secara tidak langsung turut menjejaskan imej baik negara. Pelancongpelancong daripada negara lain tidak akan berasa senang hati sekiranya mereka melihat gejala-gejala yang tidak baik seperti pengambilan dadah, kegiatan sumbang mahram dan pelacuran berlaku. Selain itu, individu juga harus mengamalkan nilai berhemah tinggi ketika berinteraksi dengan orang lain. Definisi nilai ini ialah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Mempunyai sifat berhemah tinggi akan menyebabkan seseorang itu disenangi oleh orang lain. Orang tersebut akan dipandang mulia kerana mempunyai pertuturan dan perlakuan yang lembut dan bersopan santun. Antara cara-cara untuk menunjukkan nilai berhemah tinggi ialah mengucapkan terima kasih, meminta maaf ketika melakukan kesilapan dan bertatasusila dalam melakukan sesuatu perkara.

232

Anda mungkin juga menyukai