Anda di halaman 1dari 2

Mengapa Bangau Kurus?

Pada suatu hari,Raja Sulaiman memanggil semua burung menghadap. Semua jenis burung hadir. datang

Beta ingin sampaikan berita gembiara.Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin berikan hadiah istimewa. Kalian boleh minta apa sahaja yang kalian mahukan. Beta akan tunaikan permintaan kalaian semua, titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang melompat lompat. Ada yg bersorak sorak. Bolehkah patik meminta mendapat bulu yang cantik,tuanku? Patik ingin menjadi burung yang cantik di dunia, kata burung merak. Tentu boleh.Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah baginda. Kamu pula hendak apa? tanya Raja Sulaiman kepada burung kelicap. Kalau begitu patik ingin paruh yang panjang untuk minum madu bunga, kata burung kelicap. Baiklah beta akan tunaikan, titah baginda Patik ingin pandai berenang, kata itik. menjadi lebar, kata Raja Sulaiman. Beta akan berikan kaki kamu

Patik pula ingin sarang yang cantik, kata burung tempua. Baiklah beta akan beri kamu kepandaian untuk membuat sarang, titah baginda lagi. Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit. Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi. Semua burung telah memeinta hajat mereka. Kini cuma tinggal giliran bangau yang sombong. Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman. Baiklah, tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau. Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi. Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu. Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor. Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba ia teringat kembali katakatanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari. Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau sendirian. Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.

Anda mungkin juga menyukai