Anda di halaman 1dari 2

BANGAU DENGAN SERIGALA Pada zaman dahulu ada seekor burung bangau tinggal berjiran dengan seekor serigala.

Mereka selalu bermain bersama. Di mana ada bangau, di situlah ada serigala. Pada suatu hari Sang Bangau mempelawa Sang Serigala ke rumahnya. Wahai Sang Serigala, marilah berkunjung ke rumah aku, kata Sang Bangau kepada Sang Serigala. Sang Serigala pun menerima pelawaan Sang Bangau itu. Sang Serigala pun berkunjung ke rumah Sang Bangau pada petang harinya. Sebagai menghormati tetamu, Sang Bangau menghidangkan makanan. Tetapi makanan telah dihidangkan di dalam dua buah takar yang tinggi dan berlubang sempit. Makanlah wahai Sang Serigala, pelawa Sang Bangau. Tetapi.Sang Serigala berkata sendirian, Bagaimana aku nak makan, lubang bekas ini sangat sempit? fikir Sang Serigala.Oleh itu makanan itu tak dapat dimakan oleh Sang Serigala, sedangkan Sang Bangau dapat memakannya dengan senang. Dua minggu kemudian Sang Serigala pula mempelawa Sang Bangau ke rumahnya. Sang Serigala menghidangkan makanan di dalam dua biji pinggan. Silalah makan wahai Sang Bangau. Bagaimana aku nak makan dalam bekas yang rata begini? Tanya Sang Bangau.

Begitulah juga dengan aku yang engkau hidangkan di dalam bekas yang berlubang sempit tempoh hari, beritahu Sang Serigala. Oh! Barulah aku sedar kesilapan aku tempoh hari. Maafkanlah aku Sang Serigala. Aku tidak sedar sifat kita yang berbeza selama ini, ucap Sang Bangau. Tak mengapalah Sang Bangau, aku maafkan engkau kerana telah mengaku kesalahan sendiri, jawab Sang Serigala. Aku pun minta maaf juga kerana bertindak membalas dendam begini, ucap Sang Serigala. Bagaimana pun niat aku supaya engkau sedar kesalahan engkau itu, kata Sang Serigala lagi. Semenjak peristiwa itu mereka lebih berhati-hati dalam memberi layanan antara satu sama lain. Pengajaran yang dapat diambil dari cerita ini ialah kita jangan pentingkan kebajikan diri sendiri. Kajilah kepentingan orang lain juga. Selain dari itu janganlah suka membalas dendam, kerana perbuatan itu berdosa. Barulah hidup kita aman damai. Cerita oleh : Hussain Saad Diterbitkan oleh : Penerbit Prism

Anda mungkin juga menyukai