Anda di halaman 1dari 10

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

SUMBANGAN TAMADUN
Daripada : Agnes Chan Ai Wen dan Sandhya Prem

PENGENALAN
Tamadun Yunani, Rom, India dan China memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun kini Sumbangan tersebut adalah dalam aspek politik,ekonomi dan sosial

POLITIK: SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI


Sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara kini diwarisi daripada Tamadun Yunani Sistem demokrasi dikenali sebagai kerajaan rakyat kerana rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik dan pembentukan kerajaan Contohnya, demokrasi berparlimen di Malaysia

POLITIK: SISTEM REPUBLIK


Sistem Republic yang diwarisi daripada Tamadun Rom pula diamalkan di banyak negara kini Pimpinan Republic Rom terdiri daripada dua orang konsul yang dibantu oleh Dewan Senet yang diwakili golongan bangsawan Dewan Senet dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat

SOSIAL : AGAMA DAN FALSAFAH


Agama dan falsafah yang muncul pada zaman peningkatan tamadun masih diamalkan oleh ramai penduduk dunia kini. Misalnya agama Hindu dan Buddha, falsafah Confucianisme dan Taoisme Falsafah legalisme, stoicisme serta falsafah Socrates, Plato dan Aristotle masih dirujuk oleh ahli falsafah moden

SOSIAL : SENI BINA DAN TEKNOLOGI


Seni bina zaman tersebut seperti Tembok Besar China, Colloseum, Panthenon, Aqueduct, candicandi dan pagoda pagoda merupakan warisan yang masih dikagumi dan merupakan tapak pelancongan yang berharga. Teknologi seperti teknologi membuat kertas dan tembikar daripada tamadun China masih digunakan kini

SOSIAL : KESUSASTERAAN
Hasil kesusasteraan zaman tersebut masih dibaca dan dijadikan rujukan kini. Contohnya Illiad, Odessey, Mahabaratha dan Ramayana. Rekod- rekod sejarah yang ditinggalkan,contohnya kisah perjalanan dan catatan geografi masih dapat digunakan sebagai sumber sejarah

Bahasa bahasa zaman tersebut antaranya bahasa Latin dan bahasa Sanskrit masih diguna pakai dalam hal-hal agama ( Agama Kristian Bahasa Latin / Agama Hindu dan Buddha Sanskrit)

SOSIAL: PENDIDIKAN
Sistem pendidikan yang diwarisi masih diamalkan walaupun dalam bentuk yang diubah suai. Begitu juga dengan sistem peperiksaan awam yang diwarisi daripada Tamadun China Manusia kini juga mewarisi ilmu sains dari zaman tersebut dalam bidang astronomi,fizik, perubatan dan seni bina. Terdapat juga Pythagores Theorem dan Prinsip Archemedes.

SOSIAL : SUKAN
Sukan Olimpik yang diperkenalkan tamadun Yunani pada tahun 776 S.M. masih diadakan walaupun dalam bentuk yang berbeza Pada asalnya, sukan ini diadakan di Olympia untuk menghormati Tuhan Zeus. Diadakan setiap empat tahun sekali dengan negara-negara kota Yunani.

Anda mungkin juga menyukai