Anda di halaman 1dari 1

Dua faktor gejala

sosial meningkat
FRIDAY, 14 JULY 2006
KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi didikan sempurna
di rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja Malaysia dalam
tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Selain dua faktor berkenaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan
pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara
penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad (gambar), berkata kebanyakan belia yang
terbabit dengan gejala sosial termasuk lumba haram, keluar lewat malam, hisap rokok dan gangsterisme
adalah dikalangan mereka yang tidak berpersatuan.

“Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana
pertubuhan, kegiatan sukan mahupun program riadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini
semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan perlu merangka mekanisme lebih berkesan dalam penganjuran
sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja tempatan.

“Selain program belia yang lebih berkesan, kerajaan juga perlu mencari pendekatan yang lebih sesuai untuk
menarik minat mereka berpersatuan.

“Kita mahu belia dibentuk dengan daya kepemimpinan tinggi selain mampu berdaya saing. Sehubungan itu,
usaha bersepadu perlu dirangka bagi menarik lebih 8.5 juta belia yang dilaporkan tidak mendaftarkan diri
dalam sebarang pertubuhan,” katanya.

Kelmarin akhbar melaporkan, hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke empat (KPKM-4) oleh Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati salah laku sosial di kalangan remaja
membabitkan perbuatan keluar hingga larut malam, merokok, gangsterisme, dadah, lumba haram dan
kahwin lewat meningkat agak ketara dalam tempoh 10 tahun.

Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Dr Mastura Badzis, berkata
mengikut kajian, kaedah pendidikan awal yang dipraktikkan ibu bapa sehingga usia anak mencecah tujuh
tahun adalah penentu dalam mencorak peribadi anak.

Anda mungkin juga menyukai