Anda di halaman 1dari 8

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS MELIBATKAN DIRI DALAM KES DISIPLIN

SIM SIEW TENG 6ASN

Penyataan Masalah
Baru-baru ini, masalah disiplin semakin kerap berlaku di sekolah ini. Tujuan melaksanakan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi pelajar melakukan kes disiplin. Antara lima faktor yang dikaji ialah: 1. Latar belakang keluarga pelajar 2. Pengaruh rakan sebaya 3. Media massa 4. Sikap pelajar 5. Persekitaran sekolah

Persoalan Kajian
Apakah faktor utama yang mempengaruhi pelajar melibatkan diri dalam kes disiplin? Apakah langkah yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini?

Hipotesis
Dijangka faktor media massa merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar Tingkatan Enam Atas melibatkan diri dalam kes disiplin. Dijangka semua pihak bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini termasuk ibu bapa, pihak sekolah,pihak kerajaan dan media massa.

Tujuan Kajian
Mencari faktor utama yang mempengaruhi pelajar melakukan kes disiplin. Mencadangkan langkah susulan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Menarik perhatian semua pihak untuk memandang serius dalam masalah ini serta berusaha ke arah keberkesanannya.

Metodologi Kajian
Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapat maklumat tentang tajuk penyelidikan ini. Pemilihan responden ialah persampelan rawak mudah. Sebanyak 31 orang responden dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik dibahagi kepada dua bahagian: A. Biodata responden B. Faktor yang mempengaruhi pelajar melibatkan diri dalam kes disiplin.

Dapatan Kajian

Kesimpulan
Punca utama yang mempengaruhi pelajar melibatkan diri dalam kes disiplin ialah media massa. Semua pihak harus berganding bahu mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Remaja merupakan kesuma bangsa yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kita. Marilah kita bekerjasama menyelesaikannnya.

Anda mungkin juga menyukai