Anda di halaman 1dari 9

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan ke Atas Pelajar yang

Melakukan Kesalahan Disiplin


Nasrullah bin Khairuddin
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
TEL : 0182394868. Email : nasrulkhair97@gmail.com

Abstrak

Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-


guru mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap
dipertikaikan oleh ibu bapa. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa
terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.
Terdapat tiga objektif utama kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap
pelaksanaan hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di
sekolah, mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap kesan hukuman merotan keatas
pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah dan mengenalpasti persepsi ibu
bapa terhadap guru yang merotan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di
sekolah. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik untuk memperolehi data yang
dikehendaki dalam kajian ini dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For The Social Sciences (SPSS) for Windows versi 25.0 untuk mendapatkan
kekerapan dan peratusan. Seramai 30 responden yang terdiri daripada ibu bapa pelajar
telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu
bapa bersetuju hukuman merotan dikenakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan
disiplin berat. Hal ini bermakna hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan
kesalahan masih lagi sesuai dilaksanakan di sekolah tetapi ia perlulah dilakukan
mengikut prosedur yang ditetapkan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan.

Katakunci : persepsi ibu bapa, hukuman merotan, kesalahan disiplin pelajar


Pengenalan

Masalah salah laku di kalangan pelajar adalah merupakan salah satu perkara
yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pihak sekolah khususnya dan masyarakat
secara amnya.
Jika perkara seperti ini tidak dapat dibendung dengan segera, ia mungkin akan
mendatangkan kesan yang lebih buruk lagi kepada negara. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Wan Yusoff dalam Mohd Rashid (2006) mendapati bahawa ibu bapa
dan guru-guru sekolah menganggap masalah salah laku sebagai masalah disiplin
nombor satu di sekolah.
Tujuan disiplin bukan semata-mata untuk mengenakan hukuman ke atas
pelajar tetapi dalam pengertian yang lebih meluas disiplin adalah bertujuan untuk
membantu pelajar belajar dengan lebih selesa, berinteraksi dengan kawan-kawan
dengan lebih mesra serta membantu mereka agar lebih terarah dan bertanggungjawab.
Pelajar akan mematuhi disiplin sekiranya ia bertujuan untuk membantu mereka
mencapai kejayaan tetapi sebaliknya akan menolak disiplin sekiranya ia dipaksa dan
bertujuan menghukum mereka. Duke dan Canady dalam Mohd Ismail (2006: 6)
menyatakan:

In schools where the headteachers emphasized punishments rather more than


rewards, pupil’s progress tended to be inhibited:the greater the number of
punishments listed, the more negative were the effects. In contrast, whenever
the number of rewards exceeded the number of punishments, progress was
greater.

Mengikut pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,


salah laku pelajar boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan berat,
kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Antara contoh-contoh kesalahan berat di
sekolah ialah membawa, menyimpan atau menghisap dadah, bergaduh, biadap
terhadap guru dan lain-lain.
Kesan daripada masalah disiplin pelajar yang semakin meningkat saban tahun
menyebabkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pekeliling Peraturan
Dan Hukuman (2002), melaksanakan beberapa peraturan dan hukuman yang setimpal
bertujuan untuk membendung segala salah laku pelajar daripada terus berleluasa.
Antara hukuman yang dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui pihak sekolah
ialah hukuman rotan, gantung sekolah, buang sekolah, surat amaran, denda, tahanan
dan lain-lain yang bersesuaian.

Latarbelakang Masalah

Sekolah adalah sesebuah institusi pendidikan yang menyediakan tempat


mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Program
pendidikan yang dijalankan pula sudah dirancang dengan teratur oleh
bahagianbahagian tertentu dalam Kementerian Pelajaran. Menurut Rahmah (2006), ini
adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini termasuklah
menjadikan seorang pelajar itu berilmu, berdisiplin, berakhlak, beriman dan bebas dari
melakukan perkara yang menyalahi peraturan yang ditetapkan. Sejak akhir-akhir ini,
peranan sekolah terutamanya sekolah menengah bukan lagi semudah yang difikirkan.
Institusi ini sedang menghadapi satu masalah yang sangat serius iaitu masalah disiplin.
Masalah disiplin ini mengakibatkan sekolah tidak dapat atau tidak ”dibenarkan”
menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Dalam satu kajian mengenai
disiplin didapati 70,749 orang terlibat dalam 53 kesalahan disiplin dalam tahun 1995.
Antara kesalahan yang dinyatakan ialah 17,056 kesalahan tiba lewat di sekolah, 16,026
kesalahan ponteng sekolah, 3,591 kesalahan kelakuan tidak sopan, 3,244 kesalahan
bergaduh, 43,219 kesalahan memberontak, 3,014 kesalahan menggangu kelas dan
1,914 kesalahan terlibat dalam laku musnah (vandalisme).
Justeru itu, dalam usaha untuk menangani masalah disiplin yang semakin
tinggi dalam kalangan pelajar di Malaysia, usaha-usaha sentiasa dilakukan melalui
pelbagai cara termasuklah hukuman merotan, denda, amaran dan juga melalui sesi
kaunseling. Matlamatnya ialah kita berkehendakkan satu bentuk pendisiplinan supaya
sesuatu kejadiaan buruk dapat dielakkan. Pada tahun 1996, seorang kanak kanak di
Kenya mati akibat dikenakan hukuman merotan menyebabkan ia menjadi isu yang
utama berkenaan merotan. Kes ini lantas mendapat perhatian Presiden Persatuan Pan
Afrika Lee Muthoga yang berpendapat bahawa sekiranya perbuatan merotan itu
ditadbir secara adil dan saksama ia boleh dijadikan alat yang berkesan dalam
menangani kes-kes disiplin di sekolah. Justeru itu dalam menangani sesuatu kes
disiplin di sekolah, kita perlukan satu sumber rujukan bagi memudahkan guru
mengambil sesuatu tindakan (Mohd Rashid, 2006).
Pernyataan Masalah

Sekolah adalah sesebuah institusi pendidikan yang menyediakan tempat


mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
Walaubagaimanapun sekolah harian biasa memang tidak terkecuali daripada kes-kes
masalah disiplin pelajar seperti merokok, ponteng sekolah, rambut panjang, bergaduh
dan sebagainya. Akhbar Utusan Online bertarikh 25 Jun 2019 menceritakan seoarang
guru di sebuah sekolah di Johor telah merotan seorang pelajar sehingga berbirat.
Terdapat pelbagai persepsi ibu bapa mengenai hukuman merotan dan pelaksanaan
merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Oleh itu, kajian
ini untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa pelajar-pelajar terhadap hukuman merotan
supaya dapat memberikan gambaran sebenar kepada guru-guru di sekolah agar
kerjasama dapat dijalankan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Hal ini penting
untuk memastikan objektif hukuman rotan dijalankan dapat dicapai. Tambahan lagi
persefahaman antara guru dan ibu bapa mengenai hukuman merotan dapat
diselaraskan demi mencapai kemajuan bersama memajukan sekolah.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik melalui borang soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji. Satu set borang soal selidik telah direka bentuk oleh
penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan kajian. Borang
soal selidik akan diedarkan kepada responden untuk mengetahui persepsi responden
terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Ianya
sangat penting untuk meninjau persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan kepada
pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan kesalahan disiplin. Data yang diperolehi
dianggap penting kerana kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat
ditentukan dan ditafsirkan secara kualitatif. Seterusnya penyelidik menganalisis data
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) for
Windows versi 25.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan.
Berdasarkan penyataan masalah, adalah menjadi matlamat utama kajian ini
untuk mencapai tujuan objektif dalam penyelidikan pengkaji. Terdapat tiga objektif
kajian ini, objektif yang pertama ialah untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap
pelaksanaan hukuman merotan keatas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di
sekolah. Objektif yang kedua ialah mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap kesan
hukuman merotan keatas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Objektif ketiga ialah mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap guru yang merotan
pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Terdapat tiga persoalan dalam kajian ini, pertamanya ialah apakah persepsi ibu
bapa terhadap perlaksanaan hukuman merotan keatas pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin di sekolah. Persoalan kedua ialah apakah persepsi ibu bapa terhadap
kesan hukuman merotan keatas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah
dan persoalan yang ketiga apakah persepsi ibu bapa terhadap guru yang merotan
pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Dapatan Kajian

Persepsi ibu bapa terhadap pelaksanaan hukuman merotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Jadual 1 : Saya bersetuju hukuman rotan dilaksanakan di sekolah


Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 27 84.4 90.0 90.0
Tidak setuju 3 9.4 10.0 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0

Jadual 1 menunjukkan 27 orang bersetuju hukuman rotan dilaksanakan di


sekolah dan hanya tiga orang dari 30 orang responden tidak bersetuju hukuman rotan
dilaksanakan di sekolah.

Jadual 2 : Saya bersetuju hukuman rotan dikenakan keatas pelajar yang


menyimpan misai dan janggut
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 1 3.1 3.3 3.3
Tidak setuju 29 90.6 96.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0
Jadual 2 menunjukkan satu orang bersetuju hukuman rotan dikenakan keatas
pelajar yang menyimpan misai dan janggut dan 29 orang dari 30 orang responden tidak
bersetuju hukuman rotan dikenakan keatas pelajar yang menyimpan misai dan janggut
kerana ia termasuk dalam kategori kesalahan ringan.

Jadual 3 : Saya bersetuju hukuman rotan dikenakan ke atas pelajar yang


melakukan buli dan kekerasan kepada pelajar lain
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 28 87.5 93.3 93.3
Tidak setuju 2 6.3 6.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0

Jadual 3 menunjukkan 22 orang bersetuju hukuman rotan dikenakan keatas


pelajar yang melakukan buli dan kekerasan kepada pelajar lain dan hanya dua orang
dari 30 orang responden tidak bersetuju hukuman rotan dikenakan keatas pelajar yang
melakukan buli dan kekerasan kepada pelajar lain. Majoriti bersetuju hukuman rotan
dikenakan keatas pelajar yang melakukan buli kerana buli merupakan kesalahan berat.
Kesimpulan dari jadual 1, 2 dan 3 ialah majoriti ibu bapa berpendapat bahawa
hukuman rotan wajar dilaksanakan, tetapi mengikut jenis kesalahan. Hanya kesalahan
berat wajar dikenakan hukuman rotan.

Persepsi ibu bapa terhadap guru yang merotan pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin di sekolah.

Jadual 4 : Guru mengambil kesempatan melepaskan geram dengan merotan


pelajar yang tidak disukai
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 27 84.4 90.0 90.0
Tidak setuju 2 6.3 6.7 96.7
Tidak pasti 1 3.1 3.3 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0
Jadual 4 menunjukkan 27 orang bersetuju guru mengambil kesempatan
melepaskan geram dengan merotan pelajar yang tidak disukai dan dua orang dari 30
orang responden tidak bersetuju guru mengambil kesempatan melepaskan geram
dengan merotan pelajar yang tidak disukai. Manakala hanya satu orang tidak pasti
bahawa guru mengambil kesempatan melepaskan geram dengan merotan pelajar yang
tidak disukai.
Jadual 5 : Guru berlebihan dalam merotan sehingga mendatangkan
kecederaan
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 7 21.9 23.3 23.3
Tidak setuju 23 71.9 76.7 100.0
Total 30 93.8 100.0
Missing System 2 6.3
Total 32 100.0

Jadual 5 menunjukkan hanya tujuh orang bersetuju guru berlebihan dalam


merotan sehingga mendatangkan kecederaan dan 27 orang dari 30 orang responden
tidak bersetuju guru-guru berlebihan dalam merotan sehingga mendatangkan
kecederaan.
Kesimpulan dari jadual 4 dan 5 ialah majoriti berpendapat bahawa guru-guru
mengambil kesempatan merotan pelajar yang tidak disukainya, tetapi majoriti masih
mempercayai guru-guru kerana kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa guru guru berlebihan dalam merotan sehingga mendatangkan
kecederaan. Majoriti ibu bapa berpendapat hukuman merotan ialah wajar tetapi perlu
mengikut prosedur dan mengetepikan nafsu amarah serta dendam pribadi.

Persepsi ibu bapa terhadap kesan hukuman merotan keatas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Jadual 6 : Hukuman rotan mendidik pelajar
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 30 100.0 100.0 100.0

Jadual 6 menunjukkan semua responden bersetuju bahawa hukuman rotan


mendidik pelajar
Jadual 7 : Hukuman rotan membanteras masalah disiplin di sekolah
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 30 100.0 100.0 100.0

Jadual 7 menunjukkan semua responden bersetuju bahawa hukuman rotan


membanteras masalah disiplin di sekolah.

Jadual 8 : Hukuman rotan memberi kesan buruk kepada pelajar jika


berlebihan
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Setuju 21 67.7 70.0 70.0
Tidak setuju 2 6.5 6.7 76.7
Tidak pasti 7 22.6 23.3 100.0
Total 30 96.8 100.0
Missing System 1 3.2
Total 31 100.0

Jadual 8 menunjukkan 21 orang bersetuju hukuman rotan memberi kesan


buruk kepada pelajar jika berlebihan dan dua orang dari 30 orang responden tidak
bersetuju hukuman rotan memberi kesan buruk kepada pelajar jika berlebihan.
Manakala hanya satu orang tidak pasti bahawa hukuman rotan memberi kesan buruk
kepada pelajar jika berlebihan.
Kesimpulan dari jadual 6, 7 dan 8 ialah merotan dapat mendidik para pelajar
dan dapat membanteras masalah disiplin pelajar di sekolah, tetapi ia perlu seiring
dengan prosedur dan tidak berlebihan.

Kesimpulan dan cadangan kajian

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa cenderung memberikan persepsi
atau pandangan yang positif terhadap hukuman merotan keatas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Walaubagaimanapun hukuman rotan
mestilah mengikut prosedur. Keputusan kajian mungkin dapat membantu pihak
sekolah khususnya untuk meningkatkan lagi tahap persefahaman di antara ibu bapa,
guru-guru dan pihak sekolah. Adalah juga diharapkan guru guru dapat mengawal diri
dan melaksanakan hukuman rotan dengan hanya untuk tujuan mendidik.
Sesungguhnya pendidikan ialah nadi masa depan sesebuah bangsa dan Negara.
Justeru, kualiti pendidikan perlulah dipertingkatkan demi masa depan Malaysia yang
lebih cemerlang. Untuk kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan tiga tajuk yang
perlu dikaji iaitu persepsi pelajar yang pernah menjalani hukuman rotan tentang
hukuman rotan, seterusnya persepsi ibu bapa yang berpendidikan dan kurang
berpendidikan terhadap hukuman rotan dan yang terakhir persepsi guru-guru terhadap
had hukuman rotan yang ditetapkan kerajaan.

Bibliography
(n.d.). Retrieved from https://www.moe.gov.my/pekeliling/ikhtisas/2003/1970-surat-
pekeliling-ikhtisas-bilangan-7-tahun-2003-kuasa-guru-merotan-
murid?format=html
(2019, 6 25). Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/digelar-
pondan-guru-rotan-pelajar-1.923946
Hamin, R. (2006). Persepsi ibu bapa terhadap hukuman keatas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin di sekolah agama kerajaan Johor. Tesis Sarjana
Muda Fakulti Pendidikan UTM.
Othman, M. I. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Cheras: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Saad, M. R. (2006). Mengapa rotan tidak berkesan? Batu Caves: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai