Anda di halaman 1dari 1

Laporan ceramah Antidadah Sekolah Integrasi As-Syakirin Program ceramah antidadah ini telah diadakan dengan jayanya pada

11 Febuari 2011 yang melibatkan semua pelajar dan guru Sekolah Integrasi As-Syakirin. Objektif utama program ini adalah untuk mencegah dan menyekat pengedaran dadah dalam kalangan pelajar. Langkah ini diharapkan dapat mengelakkan pelajar terlibat dengan dadah dan mengurangkan aktiviti jenayah dalam kalangan remaja. Di samping itu, mendedahkan kesan buruk penagihan dadah. Program bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pelajar dibahagikan mengikut tahap 1, 2 dan menengah. Pelajar tahap satu di tempatkan di blok B manakala pelajar tahap dua dan menengah di blok A. Pembahagian ini bertujuan untuk memudahkan penceramah memberi ceramah mengikut tahap yang bersesuaian . Program ini telah menjemput dua orang penceramah iaitu Pn.Yuharni bt Mohd Kasim dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Chief Insp. Zulkifli bin Abu Kasim dari Balai Polis, Bukit Aman. Program berjalan seperti yang dirancangkan. Ceramah berakhir pada pukul 10.30 pagi, kemudian di teruskan dengan pameran antidadah di mana pelajar-pelajar didedahkan dengan peralatan yang digunakan oleh penagih dadah dan gambar-gambar kesan dari pengambilan dadah. Pameran ini di jalankan secara beperingkat mengikut kelas dan masa yang telah ditetapkan. Secara keseluruhan dalam program ini guru-guru dan pelajar-pelajar telah mendapat maklumat yang jelas tentang dadah dan kesan penyalahgunaan dadah. Program ini terlaksana dengan jayanya kerana kerjasama dari guru-guru. Tanpa kerjasama semua pihak, aktiviti ini mungkin tidak akan Berjaya. Semoga semangat kerjasama yang sedemikian diteruskan dalam segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 15 Febuari 2011 Laporan disediakan oleh,

.. (NUR ATIYAH BT MANSOR) Penyelia Keselamatan, Sekolah Integrasi As-Syakirin.

Unit keselamatan Sekolah Integrasi As-Syakirin 2011

Anda mungkin juga menyukai