Anda di halaman 1dari 122

DAN KINI AKU BERTEMU KEBENARAN KANDUNGAN M/S 3 4 6 10 11 14 15 18 21 22 26 31 35 39 40

1. PRAKATA---------------------------------------------------------------2. SEKILAS TENTANG HIDUPKU----------------------------------------3. MENUNAIKAN HAJI KE RUMAH ALLAH------------------------------4. DI MESIR---------------------------------------------------------------5. PERJUMPAAN DI ATAS KAPAL----------------------------------------6. LAWATAN PERTAMA KE IRAQ----------------------------------------7. ABDUL QADIR JILANI DAN MUSA AL KAZIM------------------------8. KERAGUAN DAN PERTIKAIAN----------------------------------------9. LAWATAN KE NAJAF---------------------------------------------------10. PERJUMPAAN DENGAN PARA ULAMA-------------------------------11. PERJUMPAAN DENGAN SAYED MUHAMMAD BAQIR AL SADR----12. KERAGUAN DAN KEHAIRANAN--------------------------------------13. PERJALANAN KE HIJAZ----------------------------------------------14. PERMULAAN KEPADA KAJIAN---------------------------------------15. PERMULAAN KEPADA KAJIAN MENYELURUH---------------------- Sahabat dari pandangan Sunnah dan Shiah------------40 Para sahabat semasa perjanjian damai Hudaibiyah---42 Para sahabat semasa tragedi Hari Khamis------------- 43 Para sahabat dan Ekspedisi Usamah---------------------47 16. PANDANGAN AL-QURAN TENTANG PARA SAHABAT-------------- Ayat Inqilab-------------55 Ayat Jihad---------------56 Ayat Khusyu------------58 17. PANDANGAN RASUL TENTANG PARA SAHABAT------------------- Hadis Al Haudh---------------------58 Hadis bersaing untuk dunia------59 18. PANDANGAN SAHABAT ANTARA SATU SAMA LAIN---------------- Kesaksian mereka atas perubahan Sunnah Nabi----60 Sahabat mengubah cara solat-------------------------62

54

58

60

Kesaksian sahabat atas diri mereka------------------63 Kesaksian Syaikhain ke atas diri mereka-------63 72

19. MULANYA PERUBAHAN---------------------------------------------------

20. DIALOG BERSAMA SEORANG ALIM-------------------------------------- 73 21. SEBAB-SEBAB KETERBUKAAN HATI------------------------------------- 81 Nas Khilafah-------------------------------------------81 Perselisihan antara Abu Bakr dan Fatimah---------83 Ali lebih utama untuk diikuti-------------------------85 Hadis yang menyatakan Ali wajib diikuti-----------89 Hadis yang menwajibkan mengikuti Ahlul Bait----93 22. MUSIBAH KITA: IJTIHAD MELAWAN NAS------------------------------- 103 23. MENDAPAT TEMAN DISKUSI--------------------------------------------108

24. PETUNJUK KEBENARAN--------------------------------------------------- 111 25. RUJUKAN------------------------------------------------------------------- 119

PRAKATA Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dia menciptakan manusia dari tanah kemudian membentuknya dengan cara paling sempurna. Dia melebihkan manusia dari segala yang lain dan mengarahkan malaikat agar sujud padanya. Dia menganugerahkan manusia dengan akal,yang mengubah keraguan menjadi kepercayaan. Dia memberi manusia 2 mata, 1 lidah, 2 telinga dan memberi kita 2 pilihan di dalam hidup. Dia menghantar Rasul nya untuk memberi peringatan, amaran, untuk membawa ke jalan yang benar dan menghalang manusia dari menjadi sesat, terpengaruh dengan syaitan laknatullah, kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata, dan untuk menyembah hanya Allah, tidak menduakannya, menyembahnya dengan keyakinan yang padu dan jitu, tidak mengikuti amalan nenek moyang kita yang berbau khurafat. Muhammad Ibnu Abdullah, pemimpin kita, Nabi kepada kaum Muslim, ketua kepada penyembahan 1 tuhan. Selawat salam keatas nya, dan Ahlil bayt beliau, serta keturunan beliau yang suci, terpilih antara orang-orang yang benar. Dia telah berfirman di dalam Quran bahawa kita diwajibkan untuk menyayangi mereka, setelah Dia menyucikan mereka dari sebarang dosa. Dia juga mengatakan kepada sesiapa yang menaiki kapal mereka, akan selamat, dan barang siapa yang meninggalkannya, akan binasa. Salam juga diucapkan ke atas para sahabat yang menyokong baginda, yang mengorbankan diri mereka atas nama Islam. Mereka mengetahui kebenaran, lantas berjanji taat setia kepada baginda. Semoga Allah memberi ganjaran kepada jasa-jasa mereka. Dan salam juga diucapkan keatas pengikut-pengikut baginda, sehingga ke Hari Penghakiman. Wahai Tuhan, kabulkan lah segala permintaan aku, kerana kau lah yang Maha Mendengar serta yang Maha Mengetahui. Wahai Tuhan, bukalah hati aku kerana Kau lah yang memimpin kami ke jalan yang benar. Wahai Tuhan, bantulah aku dalam penyampaian ini, dan berilah ilmu kepada kami, hamba-hamba mu yang ikhlas. Tolong lah kami wahai Tuhan, dan sertakan kami dengan orang-orang yang benar.

SEKILAS TENTANG HIDUPKU Aku masih mengingati ketika pertama kali bapa ku membawa aku ke masjid dimana Solat Tarawih di adakan dalam bulan Ramadhan. Ketika itu aku berumur 10 tahun. Dia memperkenalkan aku kepada seorang guru yang tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya setelah melihatku, kerana umur ku yang terlampau muda. Guru ku itu telah merancang untuk aku bersolat al-ishfai selama 2 atau 3 malam . Ditempat ku, ia adalah satu budaya untuk kanak-kanak seumur ku untuk bersolat dibelakang seorang imam lain bersama kanak-kanak lain yang sebaya dengan ku, ketika jemaah lain sedang bertarawih. Ayahku dari kecil lagi telah memastikan aku dapat membaca Quran dengan baik di sekolah Al Quran, begitu juga di rumah, aku belajar Al Quran dari seorang buta, yang ada pertalian darah denganku. Dia dapat membaca Al-Quran bersama kehadiran hati(memahami maksudnya). Kerana aku belajar Quran dari umur yang sangat muda, beliau selalu menguji aku,memastikan ku tahu segala hukum-hukum tajwid, didalam bacaan.(Di Tunisia,menjadi adat bagi mereka disana,untuk seorang kanak-kanak untuk menyertai satu ujian, yang menguji bacaan Quran mereka dan cara mereka solat serta fardhu Ain yang lain sambil disaksikan oleh orang ramai selepas Solat Tarawih) Setelah aku dapat meluluskan diri dalam semua ujian, untuk solat dan bacaan Quran serta perkara2 lain yang diuji, mereka beramai-ramai datang mengucapkan tahniah padaku dan bapaku, mengucapkan terima kasih pada guruku atas usaha dan berkat beliau, dan mensyukuri Allah atas Islam. Memori dari hari itu masih ku ingati sehingga hari ini. Masyarakat setempat begitu menghormati aku, dan reputasi ku tersebar luas luar dari kawasan tempat ku tinggal. Pada hari itu, ia meninggalkan kesan rohani yang begitu kuat pada ku. Semenjak itu, setiap kali aku berasa ragu-ragu tentang sesuatu, aku berasa seperti ada satu kuasa yang membetulkan aku dan meletakkan aku semula ke jalan yang benar. Setiap kali rohani ku merasa lemah dan aku berasa kosong, memori ini mengangkat ku semula ke tempat asal, untuk aku menjalankan tanggungjwabku. Tanggungjawab yang diberi oleh bapaku,atau lebih tepat lagi, guruku untuk memimpin solat jemaah, pada umur ku yang sangat muda. Oleh itu, di zaman kanak-kanak ku,aku membesar dalam keadaan dikawal dan terkawal, tetapi tidak tanpa sifat bermain-main kanak2, sifat ingin tahu serta sifat ingin meniru orang lain. Aku merasakan seolah2 dari kecil lagi, tuhan sentiasa menjaga ku, dari terpesong ke jalan yang salah atau perbuatan tidak bermoral. Tidak juga ku lupakan pada ibuku,semoga Allah merahmati roh nya, yang meninggalkan banyak pengaruh serta kesan dalam hidupku. Dia membuka mataku dengan mengajar ku surah-surah pendek dari Quran, solat dan bersuci. Dia menjaga ku dengan istimewa, kerana aku anak pertama beliau, atau mungkin kerana beliau merasa gembira dalam mendidikku, dalam keadaan dia tinggal bersama isteri pertama ayahku dan anaknya. Namaku yang berbunyi Tijani, mempunyai makna yang istimewa bagi keluarga Samawi yang mengamalkan Tariqat Sufi Tijani, semenjak lawatan anak kepada Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani dari Algeria. Ramai penduduk Gafsa, termasuk keluargaku mengamalkan Tariqat ini terutamanya keluarga2 kaya yang banyak membantu menyebarkannya. Oleh kerana nama ku,aku menjadi agak terkenal,terutamanya bagi mereka yang mempunyai hubungan dengan kumpulan sufi Tijani. Adalah ingin disebutkan disini, Tariqat Tijani ini tersebar agak meluas dari Algeria,Maghrebi hingga ke Mesir, dan sesiapa yang mengikutinya, kadang kala agak fanatik mengenainya.Mereka tidak melawat kubur para

wali,kerana mengikut kepercayaan mereka, ilmu itu terpindah antara para bijak pandai. Mereka juga percaya Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani, diturunkan ilmu mereka dari Nabi Muhammad sendiri meskipun beliau hidup 13 abad selepas baginda. Aku akan menceritakan tentang tariqat ini di bahagian lain didalam buku ini. Segala Puji Bagi Allah, penduduk Negara kami, adalah pengikut Imam Malik Bin Anas

MENUNAIKAN HAJI KE RUMAH ALLAH Ketika aku berumur 18 tahun, Persatuan Pengakap Kebangsaan Tunisia telah bersetuju manghantar aku sebagai sebahagian dai 6 wakil ke persidangan Islam dan Pengakap Arab, yang diadakan di Makkah. Diantara mereka,akulah yang paling muda sekali, dan aku juga merasakan akulah yang paling rendah tahap pendidikan jika dibandingkan dengan mereka.Bersama saya adalah dua orang guru besar, seorang guru, seorang wartawan dan seorang lagi yang tidak ku ketahui pekerjaannya,bagaimanapun,aku baru mengetahui kemudiannya, dia adalah seorang saudara kepada bakal Menteri Pelajaran. Perjalanan kami bukanlah satu perjalanan terus,kami banyak berhenti di dalam perjalanan di bandar-bandar utama,negara Arab,sebelum sampai di Arab Saudi pada hari keenam, dimana kami memulakan rukun Haji dan Umrah. Tidak dapat ku gambarkan perasaan ketika aku memasuki Baitullah buat kali pertama, jantungku berdegup laju seolah-olah ia akan keluar dari badan ku. Air mata tidak berhentihenti keluar dari mata ku. Aku berimaginasi seolah-olah malaikat mengangkat ku keatas Kaabah dan aku menjawab seruan Allah dari situ. Ya Allah, aku telah menyambut seruan mu,hamba mu ini datang untuk menyembah mu... Labbaykallahummalabbaik... mendengar dari jemaah lain,aku dapat membuat kesimpulan bahawa,mereka telah menyimpan untuk sekian lama untuk melakukan ibadah itu. Mengikut pengalaman aku pula, kedatangan aku ke sini, kurasakan seolah-olah begitu pantas dan aku tidak begitu bersedia untuknya. Aku masih ingat bapaku mengucapkan selamat tinggal pada ku, ketika dia melihat tiket penerbangan dan dengan pasti dia mengetahui yang anaknya akan pergi menunaikan Haji, dengan berkata Tahniah anakku, Allah telah mahukan kamu pergi dahulu(Haji) sebelum ku ketika kamu masih muda, kerana kamu adalah anak Sidi Ahmad Al Tijani(seolah-olah).. Doakan aku agar terampun dosa dan agar aku boleh menyusuli mu. Aku merasakan seolah-olah Allah sendiri yang mahukan aku disini dengan membawa ku ketempat yang semua orang bermimpi untuk hadir. Aku memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya, aku penuhi masaku dengan solat dan tawaf, meminum air zamzam, dan kemudian, aku berkejar ke Gua hira,dimana semua orang bersaing untuk sampai kesana. Malangnya aku dikalahkan oleh seorang jemaah dari Sudan. Bila aku tiba disana, aku berbaring disana, seolah-olah aku berbaring diatas riba Rasulullah dan terbau nafas beliau, sungguh indah kenangan itu, ia meninggalkan kesan yang begitu mendalam padaku yang tidak akan aku lupakan. Allah menjagaku dengan berbagai cara, kerana aku disukai oleh semua orang di dalam persidangan itu, dan ramai mengambil alamatku agar dapat menghantar surat pada ku nanti. Walaubagaimanapun, rakan-rakan dari Tunisia ku memandang rendah pada ku. Aku dapat merasai nya, tetapi aku bersabar dengan mereka, kerana aku memahami orangorang dari utara memandang orang-orang dari selatan sebagai mundur. Akan tetapi pandangan mereka bakal berubah. Kami tinggal di Arab Saudi selama 25 hari, dan dalam tempoh itu, kami bertemu ramai para Ulama, dan mendengar ceramah mereka. Aku agak terpengaruh dengan kefahaman Wahabi, dan berharap agar semua Muslim mengikuti mereka. Aku juga merasakan bahawa mereka adalah yang terpilih oleh Allah diantara hambanya untuk menjaga Baitullah, kerana mereka adalah paling suci dan berpengetahuan, Allah juga memberi mereka simpanan minyak yang besar supaya mereka dapat memberi layanan dan jagaan kepada para jemaah, tetamu yang Maha Pengasih.

Apabila aku pulang dari ibadah haji ke Negara asal ku, aku memakai pakaian rasmi Arab Saudi, dan aku mendapat kejutan besar dengan majlis sambutan yang dibuat yang dianjurkan oleh bapaku. Ramai orang berkumpul di stesen itu, termasuk Shaikh-shaikh dari kumpulan sufi, bersama gendang-gendang mereka. Mereka membawa ku berarak melaui jalan-jalan di Bandar ku, dengan alunan zkir dan teriakan kegembiraan, dan setiap kali aku melalui masjid, kami akan berhenti di situ buat sementara waktu. Orang ramai, terutamanya orang tua, datang untuk mengucapkan tahniah padaku dengan air mata di mata mereka,kerana rasa teringin untuk pergi ke rumah Allah. Mereka melihatku seolah-olah mereka tidak pernah melihat seorang yang muda seperti ku menunaikan haji. Di dalam tempoh masa itu,aku hidup dalam keadaan yang sangat gembira, dan ramai orang, termasuklah orang-orang kenamaan, datang untuk melawatku, dan memintaku untuk membacakan fatihah beserta doa untuk mereka. Setiap kali kumpulan-kumpulan yang datang melawat itu pulana,ibuku akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk membuang sebarana sihir dari pada ku(kepercayaan penduduk di situ) Bapa ku mengadakan majlis selama 3 malam, dan setiap malam beliau akan menyembelih seekor kambing. Orang ramai menanyakan aku berbagai soalan, dan jawapan ku ialah berupa pujian kepada kerajaan Saudi dalam usaha mereka menyokong dan menyebarkan Islam. Tidak lama selepas itu,orang ramai mula memanggilku Haj, setiap kali nama Haj dipanggil, itu bermakna panggilan itu hanya untuk aku. Lama kelamaan, aku menjadi semakin dikenali di berbagai kumpulan Islam, terutamanya kumpulan Ikhwanul Muslimin, dan aku telah dijemput memberi kuliah untuk pelbagai isu-isu agama. Aktiviti aku kian bertambah, aku dijemput pula memberi ceramah agama pada hari jumaat di Masjid Besar. Pada hari Ahad pula, kuliahku banyak dihadiri oleh pelajar sekolah menengah, dimana aku mengajar Teknologi. Mereka menyukai ku dan menghargai usahaku untuk membuang pengaruh gelap di minda mereka akibat dari ajaran atheist dan ajaran komunis. Pelajar2 ku selalu menunggu dengan penuh keinginan untuk kelas ku, malah ada yang datang kerumah ku untuk bertanyakan soalan. Oleh kerana mereka selalu menjadikan aku sebagai tempat bertanya tentang persoalan agama,aku lebih kerap membaca buku2 agama untuk menambah pengetahuanku,agar boleh membantu mereka. Pada tahun yang sama selepas aku menunaikan haji, aku melengkapkan lagi tanggungjawab agama ku dengan berkahwin. Itu adalah keinginan ibuku yang terakhir sebelum beliau pergi berjumpa tuhannya. Aku berkahwin dengan pilihannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Dia masih berada bersamaku pada kelahiran anak pertama dan kedua ku. Kemudian beliau menyusuli suaminya yang telah pergi 2 tahun selepas aku menunaikan haji. Dalam tempoh waktu itu telah terjadi perang Arab Israel dimana hasilnya adalah kekalahan memalukan di pihak Arab. Dan didalam tempoh waktu kekalahan itu, Revolusi Libya juga meletus. Kami melihat pemimpin revolusi yang muda ini(Muammar Ghadaffi),bercakap bagi pihak Islam dan dan pembebasan Al-Quds. Aku berasa tertarik dengan idea beliau, seperti juga ramai anak muda Muslim yang lain. Diatas itu, kami merancang satu lawatan sambil belajar ke Libya bersama sekumpulan 40 peserta, untuk jabatan pelajaran. Kami melawat Negara itu diawal revolusinya, dan apabila pulang ke Negara asal, kami berfikiran optimis untuk satu masa depan yang baik bagi kaum Muslim dan bangsa Arab. Seperti yang telah aku sebutkan,pada tahun kebelakangan ini,aku telah mendapatkan ramai kenalan, dan perhubungan kami menjadi bertambah rapat akhir-akhir ini.Oleh kerana itu,sahabat2 ku meminta aku agar melawat mereka. Diatas permintaan mereka,aku telah

membuat persediaan untuk satu cuti panjang selama 3 bulan. Aku merancang untuk pergi ke Libya dan Mesir melalui jalan darat. Kemudian merentas laut untuk le Lubnan, Syria, Jordan dan kemudian ke Arab Saudi. Aku berniat untuk melakukan Umrah, dan memperbaharui komitmen ku kepada fahaman wahabi, dimana aku giat berkempen bagi mereka di dalam ceramah2 ku.

Reputasi ku tersebar luas dari kawasan Bandar ku ke luar kawasan Bandar yang lain, melalui orang2 yang mengikuti kuliah ku, membawa nama ku ke kawasan lain. Nama ku kini sampai ke telinga Shaykh Ismail al Hadifi, ketua kepada kumpulan sufi di Tuzer. Syaikh ini mempunyai ramai pengikut di Tunisia dan negara lain. Aku mendapat jemputan daripada dia melalui agennya di Gafsa. Di dalam suratnya,beliau mengucapkan terima kasih padaku atas apa yang aku lakukan untuk Islam. Di dalam suratnya juga,beliau juga mengatakan apa yang aku lakukan ini tidak akan mendekatkan diri ku pada Allah. Ini kerana aku tidak mempunyai Shaykh sebagai guru ku. Dan barang siapa yang tidak berguru, maka gurunya adalah syaitan. Katanya aku memerlukan shaykh untuk menunjukkan ku jalan, jika tidak separuh dari ilmu ku tidak akan cukup. Mereka juga memberitahuku, shaykh yang paling tua dan dihormati sekali telah memilihku sebagai pengikutnya. Aku berasa tersangat gembira mendengar berita itu sehingga menitis air mata ku kerana aku merasakan seolah2 tuhan sangat menyayangi ku, mengangkat ku ke suatu tempat yang tinggi. Jadi aku menunggu dengan penuh debaran untuk hari itu bila aku berjumpa dengannya. Ketika aku memasuki rumahnya, aku melihat dengan perasaan penuh ingin tahu kepada semua muka2 di kawasan yang dipenuhi dengan pengikut2 Shaykh. Mereka memakai jubah serba putih. Selepas bersalam-salaman, Shaykh Ismail muncul, semua pengikutnya berdiri menghormati beliau, dan berpusu-pusu mencium tangan beliau dengan penuh rasa hormat. Pembantu beliau memberi isyarat padaku untuk memberitahuku bahawa ini lah Shaykh yang dikatakan itu. Bagaimanapun aku tidak menunjukkan sebarang perasaan berminat kerana apa yang ku lihat adalah berlainan dengan apa yang ku harapkan. Telah aku lukiskan dalam imaginasiku bagaimana rupa dan sifat Shaykh mengikut apa yang di ceritakan oleh ejennya , yang mengatakan dia menpunyai beberapa kelebihan ajaib. Dan apa yang kulihat dari pandangan mataku hanya lah seorang manusia biasa, yang bermaruah rendah. Di dalam pertemuan itu,aku diperkenalkan dengan Shaykh itu melalui timbalannya, dan shaykh itu menyambutku dengan penuh ramah. Dia mendudukkan aku disebelahnya, dan menjamu sedikit makanan kepada ku.. Selepas makan malam, majlis Sufi pun bermula, dan timbalannya meminta aku berbaiah(janji taat setia seorang pengikut kepada pemimpin nya) kepada Shaykh. Semua orang kemudiannya mengucapkan tahniah dan memberkati aku atas kebesaran yang diberi oleh Shaykh itu. Selepas majlis sufi itu, terdapat satu sesi soal jawab hal2 agama antara Shayks dan pengikutnya. Dan semasa sesi itu berjalan,aku mendapati terdapat beberapa jawapan yang diberikan Shaykh kepada pengikutnya yang padaku agak tidak tepat. Ini membuatkan aku untuk menyampuk dan menyoal balas Shaykh itu atas rasa ragu2 di dalam hati ku. Tindakan aku itu nampaknya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikutnya, yang merasakan itu sebagai tidak sopan kepada Shaykh yang tidak pernah tercabar sebelum ini. Apabila mendapati susasana telah bertukar menjadi agak tegang akibat tindakan ku itu, Shaykh itu menggunakan kebijaksanaannya untuk menenangkan keadaan ti jadi beliau berkata:

Seseorang yang permulaannya membara, maka pengakhirannya akan bersinar. Para pengikutnya melihat itu sebagai tanda keredhaan Shaykh, dan mengucapkan tahniah keatas pengakhiran ku yang diberi jaminan akan bersinar. Walaubagaimanapun Shaykh ini sangat bijak,dan tidak membenarkan ku untuk terus bertanya balas, dengan menceritakan suatu kisah, seperti berikut: Pada suatu hari, seorang bijak pandai menghadiri kuliah oleh seorang ulama, dan ulama berkenaan meminta agar orang bijak pandai itu untuk pergi bersuci, jadi orang itu pun pergi untuk bersuci, dan masuk semula kedalam kuliah. Ulama itu mengulangi permintaannya untuk orang itu pergi bersuci. Jadi orang bijak pandai itu pergi untuk bersuci sekali lagi dengan anggapan beliau tidak melakukan dengan betul pada kali pertama. Dan apabila beliau masuk semula ke dalam kuliah, ulama itu membuat permintaan yang sama untuk dia bersuci. Orang bijak pandai itu terus menangis dan berkata Wahai guru, aku telah bersuci dengan sedayaku melalui apa yang aku ketahui melalui ilmuku. Dan sekarang, aku sudah tiada apa lagi yang tinggal melainkan apa yang Allah berikan melalui tangan mu. Pada ketika itu barulah ulama itu berkata sekarang kamu boleh duduk. Aku sedar yang akulah orang yang ditujukan cerita itu oleh Shaykh, begitu juga dengan orang2 lain. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas sikap ku pada waktu rehat. Mereka meminta aku untuk senyap, dan menghormati Shaykh,jika tidak aku akan gagal dalam pekerjaan ku, mereka mengambil dalil mereka di dalam Quran: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih tinggi dari suara nabi, dan janganlah kamu bercakap dengan nya dengan suara kuat seperti kamu bercakap dengan orang lain.(49:2). . Aku kemudian menyedari batas ku, jadi aku mengikutinya dan patuh pada arahannya. Aku tinggal di situ selama 3 hari, di mana di dalam tempoh itu, aku bertanya berbagai soalan, sesetengahnya adalah untuk menguji ilmu beliau. Shaykh mengetahui maksudku, dan menjawab soalanku dengan berkata didalam Al Quran mempunyai 2 makna. Satu terlihat, manakala satu lagi tersirat. Dia membuka peti simpanannya kepadaku, dan menunjukkan kepada ku dokumen2 peribadi yang mengandungi senarai nama orang-orang Alim yang membuatkan beliau mempunyai hubungan denga Imam Ali seperti Abu Al-Hassan al Shadhili. ( Tindakan ini adalah untuk meyakinkan penulis yang Shaikh ini benar-benar berilmu. Tarikat sufi memang pada asalnya diasaskan kerana dikatakan mengambil ajaran ini dari Imam Ali) Adalah perlu untuk dinyatakan disini, bahawa pertemuan dengan Shaikh ini adalah bersifat rohani, dan selalunya bermula dengan pembacaan ayat2 tertentu oleh Shaikh. Kemudian beliau akan mendendangkan puisi-puisi tertentu, diikuti oleh ngumaman zikir oleh pengikutnya, meratib-ratib. Zikir-zikir ini kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesederhanaan dan penolakan segala bentuk duniawi, mengejar ukhrawi.Setelah habis bahagian ini, orang yang duduk paling kanan akan membaca apa2 ayat dari Quran yang diketahui. Dan bila dia habisi dengan sodaqollah al azim(Benarlah apa yang dikatakan Allah), Shaykh akan membacakan lagi puisi, dan orang ramai akan terhuyun ke kiri dan kekanan mengikut irama sehinnga Shaikh bangun, diikuti orang ramai yang kemudiannya membentuk satu bulatan dengan Shaikh berada ditengah. Kemudian mereka mula meratib ah,ah,ah, Shaikh mula berpusing di tengah2, dan begitu juga dengan yang lain. Mereka melompat-lompat, menjerit dalam keadaan yang tersusun, sehingga Shaikh berhenti. Mereka kemudian mengerumuni Shaikh,mencium dahinya dan kemudian duduk. Aku juga melakukan ritual-ritual ini,tetapi tidak dengan yakin, kerana ritual-ritual ini bercanggah dengan keyakinan ku sendiri untuk tidak meminta apa2 melainkan kepada Allah, tidak perlu pengantaraan. Aku terduduk di lantai, menangis, memikirkan 2 idea ynag bercanggah di dalam fikiran ku.

1 idea adalah idea sufi yang mengajar perasaan kerohanian melalui rasa takut, taksub, kerendahan dengan membuang segala bentuk duniawi,dan hanya menumpukan pada ukhrawi, mendekati Allah melalui orang-orang alim dan para wali. Idea kedua pula adalah idea Wahabi yang mengajar ku sebarang percubaan untuk menduakan Allah, maka akan tiada maaf dari nya. Jika Rasulullah sendiri tidak dapat membantu apa2, jadi apakah nilai para wali dan orang-orang alim yang datang selepasnya. Walaupun dengan pangkat aku yang baru dilantik sebagai wakil Shaikh di gafsa, aku tetap tidak meyakini ajaran sufi ini, bagaimanapun aku bersimpati dengan ajaran sufi ini, dan aku berasa harus untuk aku menghormati orang2 yang takutkan Tuhan seperti mereka. Ini adalah pendapatku adalah berdasarkan Quran: Janganlah engkau menyembah Tuhan yang lain bersama Allah. Tidak ada tuhan melainkannya(28:88) Dan ada pula oang berkata padaku bahawa didalam Quran ada disebut: Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kamu pada Allah, dan carilah jalan untuk mendekatkan diri padanya(wasilah)(5:35) Aku kemudian akan menjawab dengan pantas, dengan jawapa yang diajar uleh ulama2 Saudi dengan berkata, Jalan untuk mendekatkan diri pada Allah adalah dengan melakukan kebaikan. Dalam tempoh itu aku berasa sangat keliru. Dari waktu ke waktu, pengikutpengikut sufi akan datang ke rumah ku untuk berzikir,beramai2. Jiran2 ku merasa terganggu dengan zikir sekuat itu,tetapi tidak dapat berdepan dengan ku untuk mengadu masalah itu, jadi mereka mengadu kepada isteri ku. Apabila aku mengetahui masalah itu,aku menyuruh mereka berzikir di kawasan lain. Aku juga memberitahuku yang aku akan bermusafir selama 3 bulan. Untuk mencari tuhan ku,mempercayainya, tanpa tuhan lain. DI MESIR Aku tinggal di Tripoli. Ibu Negara Libya untuk beberapa waktu cukup lama untuk aku mendapatkan visa dari kedutaan Mesir untuk memasuki Negara itu. Ada beberapa orang rakan ku membantu ku dalam perkara ini, semoga Allah membalas jasa mereka. Perjalanan ke Kairo mengambil masa yang panjang, 3 hari 3 malam telah ku habiskan untk sampai ke sana. Aku berkongsi teksi bersama 4 orang Mesir yang bekerja di Libya. Kami bersembang bersama, aku bacakan Quran kepada mereka, dan mereka menyukai ku, dan meminta agar aku menjadi tetamu mereka di Mesir. Aku memilih salah seorang dari mereka, Ahmed, yang aku senangi kerana dia agak taat pada agama, dan dia memberikan layanan yang sangat baik didalam perjalanan itu. Aku tinggal di kairo selama 20 hari, didalam tempoh itu aku sempat melawat seorang penyanyi terkenal Mesir, Farid al-Atrash, di kediamannya. Aku menyukai dia kerana dari apa yang ku baca dari akhbar Mesir, dia adalah seorang yang sangat sederhana. Aku hanya sempat berjumpa dia selama 20 minit kerana dia terpaksa pergi ke Lubnan. Aku juga melawat Shaykh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad, Qari terkenal mesir. Aku tinggal selama 3 hari dengan beliau, didalam waktu itu aku banyak berbincang tentang isuisu semasa bersama saudara2 dan kenalan beliau. Mereka menyukai ku kerana kesungguhan ku, keterbukaan dan ilmu ku. Jika mereka bercakap tentang seni,maka aku menyanyi, jika mereka bercakap tentang Tariqat Sufi, maka aku akan bercerita tentang aku mengikuti Tariqat Tijani. Jika mereka bercerita mengenai Negara2 barat, aku akan bercerita tentang Paris, London, Belgium,Italy dan Sepanyol yang mana aku lawati ketika cuti musim panas. Dan jika mereka bercerita tentang haji, aku membertahu mereka aku telah menunaikannya, dan aku dalam perjalanan menuanikan Umrah dan berbagai lagi.

10

Ada juga Shaikh2 dari Al Azhar datang dalam perbincangan ku, dan menyukai apa yang ku bacakan dari Quran, dan Hadis2, malah mereka juga berasa kagum dengan hujah2 ku kuat, bertanya padaku dari mana aku belajar.Aku menjawab denga bangganya, bahawa aku adalah lulusan Universit Al Zaituna, yang ditubuhkan sebelum Al-Azhar, dan menambah, Dinasti Fatimiyah-yang menubuhkan Al Azhar- berasal dari Tunisia. Aku berkenalan denga ramai ilmuan Al Azhar, dan ramai mereka menghadiahkan aku beberapa buku. Pada suatu hari,ketika aku berada didalam Pejabat hal Ehwal Al Azhar, seorang ahli Majlis Revolusi Mesir datang untuk menghadiri majlis perjumpaan Muslim dan Nasrani untuk mengutuk perbuatan sabotaj setelah tamatnya Perang Jun yang lepas(Perang Arab Israel 1968). Dia meminta aku agar menemaninya untuk perjumpaan itu,jadi aku menerima jemputannya dan mendapat tempat duduk VIP antara Paderi Besar Shnoodah dan para Shaykh Al Azhar.Aku juga di jemput untuk memberi sepatah dua kata pada majlis pembukaan yang aku lakukan dengan mudah sekali kerana pengalaman ku dalam member kuliah. Motif utama aku menceritakan bab ini kerana aku sudah mula merasa bahawa diriku besar, dan berasa terlalu yakin dan aku juga berasa seolah-olah aku ini adalah seorang cendiakawan. Masakan aku tidak berasa begitu, ketika Ulama2 Al Azhar sendiri memuji ilmu ku, kagum padaku, malah ada diantara mereka berkata padaku yang tempat ku adalah di Al Azhar. Bertambah menambah rasa bangga ku adalah aku dibenarkan melihat sendiri,mendekati barang tinggalan peribadi Rasulullah. Seorang ahli pihak berkuasa Masjid Sidi Al-Hussain membawa aku ke sebuah bilik yang hanya boleh dibuka oleh dia sendiri. Setelah kami memasuki bilik itu, dia membuka sebuah peti, dan di dalamnya adalah pakaian tinggalan Rasulullah. Aku mencium pakaian itu, dan dia menunjukkan barangbarang lain. Aku keluar dari bilik itu dalam keadaan menangis, dan tersentuh dengan kebaikan, tambahan pula orang itu tidak meminta sebarang bayaran, atau sebetul nya dia menolak bayaran yang ingin saya beri. Pada akhirnya,hanya setelah desakan aku, dia mengambil sedikit dan mengucapkan tahniah kerana aku bertuah mendapat rahmat Rasulullah. Lawatan itu meninggalkan kesan yang mendalam buat ku, dan aku berfikir untuk beberapa malam, bagaimana ajaran Wahabi mengatakan bahawa Rasulullah telah mati seperti mana orang lain mati. Aku tidak menyukai idea itu, dan meyakini kesalahannya. Jika seseorang biasa yang syahid berjuang di jalan Allah itu hidup disisi Allah, bagaimana pula dengan pemimpin yang pertama dan terakhir, Pemimpin umat akhir zaman, Penghulu segala nabi? Perasaan ku menjadi bertambah kuat dengan pengalaman ku bersama Sufi yang memberi Shaikh mereka sepenuh kuasa dalam soal harian mereka. Mereka percaya bahawa hanya Allah yang dapat memberi mereka kuasa ini kerana mereka patuh pada suruhannya dan menerima dengan penuh sukarela apa yang Allah beri pada mereka. Pergelutan dalaman ku ini mula memberi kesan pada ku. Ketika itu, tempoh lawatan ku di mesir telah tamat. Dan beberapa hari terakhirku, aku mengambil masa melawati beberapa Masjid dan aku bersolah di dalam semuanya. Aku melawat Msjid Imam Malik, Abu Hanifah, Ahmad Bin Hanbal, Al SyafiI, al Sayyidah Zainab dan Sidi Al Hussain. Aku mempunyai berbagai cerita untuk diceritakan untuk semua lawatan-lawatan ku itu.

PERJUMPAAN DI ATAS KAPAL Aku meneruskan perjalanan ku ke Iskandariah menggunakan kapal yang bergerak ke Beirut. Aku berasa sangat penat dari segi mental dan fizikal, oleh kerana itu, sebaik sahaja

11

aku menaiki kapal itu,aku terus tertidur selama 2 ke 3 jam. Aku terjaga apabila aku terdengar suara berkata Saudara kita ini nampaknya penat. Aku menjawab secara positif Perjalanan dari Kairo ke Iskandariah membuat saya berasa sangat penat. Aku juga perlu sampai tepat pada masanya, jadi tidak cukup tidur. Dari pada loghat yang orang ini gunakan, aku mengetahui yang dia bukan orang Mesir, dan aku seperti biasa berasa ingin tahu, dan memperkenalkan diri ku padanya. Beliau bernama Munim, seorang pensyarah di Uneversiti Baghdad. Dia datang ke Kairo untuk menghantar Tesis PhD nya di Universiti Al Azhar. Kami memulakan perbualan kami dengan topik2 seperti Mesir, dunia Arab dan Muslim. Kami juga bercakap tentang kekalahan tentera Arab dengan Israel. Aku memberikan sebab ku atas kekalahan ini ialah perpecahan di dalam dunia Arab, jadi musuh Islam mengambil kesempatan ke atas perpecahan ini walaupun Bilangan penduduk arab jauh melebihi Yahudi. Kami bercakap tentang Mesir dan orang-orangnya, dan berstuju dengan penyebab kekalahan ini. Aku juga menambah,masyarakat Islam di Mesir ada yang sampai membezakan antara Hanafi dan Maliki, dimana aku menceritakan satu kisah sedih yang melibatkan aku ketika aku bersolat di Masjid Abu Hanifah di Mesir tempoh hari. Aku bersolat secara jemaah pada waktu asar bersama sekumpulan orang di masjid it, dan setelah tamat, orang yang berada di sebelah ku bertanyakan pada ku dengan marah dengan berkata Kenapa kamu tidak meletakkan tangan kamu di dada ketika bersolat?. Aku menjawab dengan penuh sopan yang pengikut mazhab Maliki meletakkan tangan di sisi ketika bersolat, dan aku bermazhab Maliki. Dia menjawab Pergilah kamu ke masjid Maliki dan bersolat disitu. Aku meninggalkan masjid itu dengan rasa sedikit marah dan sedih. Aku juga berasa hairan dan kagum dengan sifat orang itu. Pensyarah Iraq itu tersenyum dan memberitahuku bahawa beliau bermazhab Shiah. Aku berasa agak terganggu dengan kenyataan itu, dan tanpa sebarang pertimbangan terus membalas Jikalau aku tahu kamu ini Shiah maka aku tidak akan bercakap dengan kamu. Dia bertanya Mengapa?. Aku membalas Kerana kamu bukanlah Muslim, kamu menyembah Ali ibn Abi Thalib, dan yang sederhana di antara kamu menyembah Allah, tetapi tidak mempercayai Nabi Muhammad. Kamu mencaci Malaikat Jibril kerana mengkhianati perintah Allah, menghantar suruhan Allah ke Muhammad yang sepatutnya ke Ali. Aku meneruskan tuduhan2 seperti ini sementara sahabat aku itu mendengar dengan penuh teliti dan adakalanya menunjukkan rasa terkejutnya. Setelah aku habis melafazkan ayatayatku, dia bertanya kepada ku Adakah kamu seorang guru?. Aku menjawab ya. Dia menyambung Jika inilah yang menjadi pendapat seorang guru, maka kami tidak dapat menyalahkan orang-orang biasa yang tidak langsung berpendidikan. Aku bertanya apa yang dimaksudkannya. Dia menjawab Maafkan saya, tapi dari mana kamu mendapat tuduhantuduhan palsu ini?. Aku memberitahunya apa yang aku ungkapkan tadi datang dari banyak buku2 sejarah, dan selebihnya adalah pengetahuan yang umum diketahui. Aku mula menerangkan buku2 yang aku baca seperti karangan Ahmed Amin Fajr Al Islam, Duha al Islam, Zuhor Al Islam. Dia berkata Sejak bila pula Ahmed Amin ini adalah orang yang pakar tentang Shiah? Untuk lebih adil dan berintegriti, kamu sepatutnya mencari rujukan yang asli tentang perkara ini. Aku berkata mengapa harus saya menyiasat perkara yang sudah menjadi pengetahuan umum pada semua? Beliau membalas Ahmed Amin sendiri telah melawat Iraq, dan saya adalah salah seorang pensyarah yang beliau temui ketika kami membantah apa yang beliau tulis tentang Shiah. Beliau juga memohon maaf kerana beliau tidak tahu apa2 tentang Shiah, dan itulah kali pertama beliau bertemu Shiah. Kami

12

berkata kepada beliau yang alasan yang beliau kemukakan itu lebih buruk dari kesalahannya kerana bagaimana beliau boleh menulis tentang sesuatu yang tidak beliau ketahui. Beliau juga menambah Saudaraku, jikalau kita menghakimi orang Yahudi dan Nasrani berdasarkan kitab kita Al Quran, maka tidak sesekali mereka akan menerimanya walaupun Al Quran itu adalah bukti Tuhan yang agung. Oleh itu kita sepatutnya menunjukkan kesalahan mereka itu didalam kitab mereka sendiri, kerana itu akan lebih menguatkan lagi bukti. Kata2 dia menusuk hati saya ibarat air yang dingin jatuh ke dalam mulut seorang yang sangat dahaga., dan aku mengubah diriku dari seorang yang suka mengkritik kepada seorang yang sudi mendengar dan berfikir, kerana terdapat kelogikkan dan bukti yang kukuh didalam kata2 nya tadi. Jadi aku perlu menyederhanakan diriku dan mendengar penjelasannya, lalu berkata Jadi kamu adalah salah seorang dari Shiah yang mempercayai kerasulan Nabi Muhammad? Beliau menjawab Semua Shiah seperti saya mempercayainya. Saudaraku, lebih baik kamu menyiasat sendiri perkara ini, supaya dalam diri kamu tiada sifat ragu2 tentang saudara kamu, Shiah, kerana sesetengah perasaan syak dan ragu2 itu adalah dosa. Tambah beliau Jikalau kamu mahu mengetahui kebenarannya dengan mata kamu sendiri, maka saya menjemput kamu ke Iraq supaya kamu dapat bertemu Ulama-Ulama Shiah, dan juga orang2 kebanyakan, barulah kamu akan mengetahui pembohongan yang jahat itu. Aku berkata Saya memang berhajat untuk pergi kesana, untuk melihat peninggalan Islam nya, terutamanya tinggalan Abbasiah semasa pemerintahan Harun Al Rashid. Tapi malangnya, sumber kewangan saya terhad, saya hanya mempunyai cukup untuk menunaikan Umrah. Dan paspot saya sekarang tidak membenarkan saya untuk memasuki Iraq. Beliau menjawab Pertama sekali, bila saya menjemput kamu ke Iraq, ini juga bermakna saya akan menanggung perbelanjaan kamu dari Beirut ke Baghdad dan pulang semula. Di sana kamu akan tinggal bersama saya kerana kamu adalah tetamu saya. Dan yang kedua, berkenaan dengan paspot kamu, marilah kita berserah kepada Allah, jika Dia mengkehendakinya, maka kamu akan melawat Iraq, walaupun tanpa paspot. Walaubagaimanapun, kita akan cuba mendapatkan Visa untuk kamu setibanya kita nanti di Beirut. Aku berasa gembira dengan tawaran itu, dan berjanji dengan sahabat saya tadi untuk memberi jawapannya pada keesokkan hari, jika Allah mengizinkannya. Aku keluar dari bilik tidur dan naik keatas dek kapal untuk mengambil udara segar, sambil berfikir. Aku mengucapkan kesyukuran pada tuhan, yang menciptakan ala mini, segala puji hanya untuknya. Aku meminta padanya agar melindungi aku dari kejahatan dan berada dijalan yang salah. Fikiran ku melayang-melayang ,aku mengingati semula kenangan yang aku lalui di masa dahulu. Aku mengingati kegembiraan zaman kanak2 ku hinggalah ke sekarang. Aku merasakan seolah-olah Allah memberi aku jagaan istimewa. Aku memandang daratan Mesir yang telah jauh aku tinggalkan, teringat semula baju Rasulullah yang aku cium,itu adalah pengalaman paling istimewa. Aku juga teringat kata2 orang Shiah itu yang membawa kegembiraan besar kepada ku, kerana ia akan menjadikan impian lamaku menjadi kebenaran. Iaitu untuk melawat Iraq, bekas kerajaan al Rashid dan Al Mamun, yang menubuhkan Dar al Hikmah, pusat ilmu kerika kerajaan Islam berada di puncak. Iraq juga adalah Negara kepada Sheikh Abdul Qadir Jailani. Yang reputasinya tersebar luas, ketinggian ilmunya melebihi setiap orang. Anganku terhenti apabila terdengar panggilan dari kantin untuk makan malam. Aku pun pergi ke kantin hanya untuk mendapati ia dikerumuni orang ramai yang berebut2 untuk memasukinya.

13

Tiba-tiba aku merasa orang Shiah itu menarik baju aku, dan berkata Mari sini saudara, jangan menyusahkan diri anda, kita akan makan bila keadaan sudah reda. Sudah puas saya mencari anda. Saudara sudah bersolat?. Aku menjawab tidak, masih belum. Jadi beliau mengajakku untuk berjemaah dengannya, dan mengajakku makan di kemudian masa. Aku menyukai idea itu. Kami berwudhuk, dan aku meminta beliau untuk mengimamkan solat dengan niat untuk menguji cara beliau bersolat, aku berniat untuk melakukan semula solat itu dikemudian masa. Kami pun bersolat maghrib, dan apabila beliau mula membaca ayat Quran, dan membaca berbagai doa, aku mengubah fikiran ku. Aku berasa seolah2 aku berimam dengan seorang yang sangat Alim dan takutkan tuhannya. Selepas habis bersolat, beliau membaca doa yang panjang, yang tidak pernah aku dengari di negaraku atau mana2 negara yang pernah aku lawati. Aku berasa tenang setiap kali mendengar beliau berselawat kepada baginda nabi(saw) dan keluarga baginda. Aku mendapati air mata di wajahnya dan aku juga mendengar beliau berdoa kepada Allah agar membuka mataku dan membawa ku ke jalan yang benar. Kami pergi ke kantin yang ketika itu hampir kosong, beliau tidak duduk sehingga aku duduk, dan ketika makanan dihidangkan, beliau menukarkan pinggannya dengan ku kerana pinggannya lebih banyak daging. Dia melayani ku seolah-olah aku adalah tetamunya, dan beliau banyak bercerita tentang makanan dan adab-adab berkaitan yang tidak pernah aku dengari sebelum ini. Aku menyukai adabnya dan sikapnya. Seterusnya kami bersolat Isya dan menyambungnya dengan membaca doa yang panjang sehingga aku mula menangis, aku meminta Allah agar menukarkan rasa syak ku kerana sesetengah syak mungkin membawa dosa. Aku tidur pada malam itu bermimpi tentang Iraq, dan dikejutkan untuk Subuh oleh sahabatku itu. Kami berjemaah dan bercerita tentang rahmat Allah pada kaum Muslimin. Selepas itu kami tidur semula. Dan apabila aku bangun, aku mendapati beliau berada diatas katil dengan tasbih di tangan beliau, jadi aku berasa lebih senang bersama beliau dan memohon ampun kepada tuhan ku. Sedang kami menikmati makanan tengah hari kami di kantin, satu pengumuman berkumandang menandakan kapal kami sudah hamper sampai ke pantai Lubnan, dan dengan izin tuhan, akan tiba dalam masa 2 jam lagi. Munim bertanya kepada ku samada telah membuat keputusan untuk pergi atau tidak. Aku menjawab jika Allah benarkan dan jika aku layak mendapat Visa, mengapa tidak. Aku mengucapkan terima kasih padanya kerana jemputan itu. Setelah sampai di Beirut, kami bermalam di sana selama semalam,sebelum bertolak ke Damsyik. Sebaik sahaja kami tiba di Damsyik, kami terus ke Kedutaan Iraq dan Berjaya mendapatkan Visa dengan begitu oantas sekali. Munim mengucapkan tahniah kepada ku dan kami mengucapkan syukur kepada Illahi. LAWATAN PERTAMA KE IRAQ Kami bertolak dari Damsyik menaiki bas Syarikat Antarabangsa Al-Najaf. Setelah tiba di Baghdad, dimana ketika itu suhu persekitaran mencecah 40 celcius, kami menuju ke kawasan perumahan Jamilah, dan memasuki rumah sahabatku itu, yang berhawa dingin. Kami berehat sebentar, kemudiannya beliau membawa untukku sehelai baju berlengan panjang yang dipanggil Dishdasha. Beliau juga menghidangkan makanan untukku. Sejurus selepas itu, ahli keluarga beliau muncul untuk menyambut ku, dan mereka melayani ku dengan penuh kesopanan dan hormat. Bapa beliau memelukku seolah-olah kami telah saling mengenali sekian lama. Ibunya, yang berjubah hitam juga keluar untuk menyambut kedatangan ku. Munim meminta maaf bagi pihak ibunya yang tidak dapat bersalam dengan ku kerana ia tidak dibenarkan.( persentuhan tangan antara bukan mahram adalah haram,tidak mengira usia). Aku menyukai adab mereka dan berkata kepada diriku sendiri orang2 ini yang kita menuduh mereka sesat, nampaknya lebih menjaga batas2 dari kita

14

sendiri. Dalam jangka masa kami bermusafir bersama, aku dapat merasakan dari sahabatku itu, sifat2 mulia, tinggi harga diri dan sangat pemurah. Aku juga dapat merasakan sifat kesederhanaan dan zuhud yang tidak pernah aku rasai dari orang lain sebelum ini. Aku tidak rasa seperti aku ini orang luar pada mereka, malah seolah2 aku berada di rumah ku sendiri. Apabila tiba waktu malam, kami naik ke bahagian atas rumah, dimana tempat tidurku telah disediakan. Aku tidak dapat tidur dengan mudah kerana aku masih dalam keadaan terlampau gembira. Adakah aku benar2 berada di Iraq sekarang, tanah Abdul Qadir Jailani? Munim mengetawakan aku, dan bertanya kepada ku, bagaimana pendapat orang2 Tunisia terhadap Sheikh ini. Jadi aku mula bercerita tentang perkara2 ajaib yang diceritakan datang dari pada nya, tempat2 yang ditubuhkan dan dinamakan dengan namanya. Aku menjelaskan sebagaimana Rasulullah adalah penghulu para nabi, maka Sheikh adalah penghulu para wali. Aku cuba meyakinkan sahabatku itu Sheikh datang bertemu dengan pengikutnya, mengubati mereka jika mereka sakit, atau mengdamaikan mereka jika mereka dalam kesusahan. Mungkin pada waktu itu aku sendiri telah melupakan apa yang ajaran Wahabi mengajarku bahawa semua itu dalah kepercayaan karut. Apabila aku mendapati perasaan kurang berminat dari sahabatku, aku cuba meyakinkan diri ku sendiri apa yang telah ku katakana adalah tidak benar. Aku juga bertanyakan pendapat sahabatku itu. Dia ketawa dan berkata Malam ini tidur lah secukupnya, dan InsyaAllah, esok kita akan pergi melawat makam Sheikh Abdul Qadir. Aku berasa sangat gembira dengan khabar itu, sku berharap hari esok akan datang dengan cepat. Aku berasa terlampau letih menyebabkan aku tidur dengan lena sehingga matahari menyinari terang di muka ku. Aku terlepas solat subuh ku, sahabatku memberitahu ku yang dia telah cuba mengejutkan ku beberapa kali, tanpa sebarang hasil, jadi dia membiarkan ku berehat. ABDUL QADIR JILANI DAN MUSA AL KAZIM Setelah bersarapan pagi, kami pun pergi ke makam Sheikh itu, iaitu tempat yang telah lama aku idamkan untuk pergi. Aku berlari2 seolah2 seorang yang telah lama ingin berjumpa beliau. Aku bergabung dengan pelawat2 lain , yang berkumpul di tempat itu seperti mereka berkumpul di Baitullah. Ada juga pelawat2 yang membaling manisan, aku mengutip dua yang mana salah satunya aku makan, dan satu lagi aku simpan untuk kenangan. Aku bersolat disitu, membaca beberapa doa, dan minum air disitu seolah2 ia air zamzam. Aku meminta sahabatku untuk menunggu ku sebentar, untuk ku menulis dan menghantar beberapa poskad ke kawan2 ku di Tunisia, agar mereka dapat melihat gambar makam itu. Aku juga ingin menunjukkan aku telah sampai ke tempat yang mereka tidak pernah sampai lagi. Kami makan tengah hari di sebuah restoran yang agak terkenal di bandar kemudian aku dibawake suatu tempat bernama al Kazimiyyah. Bila kami sampai ke sana, kami bergabung dengan khalayak ramai yang melawat tempat itu, semuanya bergerak kea rah yang sama. Setiap orang membawa sesuatu bersama mereka., yang mengingatkan ku kepada ibadah haji. Aku tidak mengetahui kemana arah tujuan mereka sehinggalah aku terlihat kubah berwarna emas. Dengan segera aku mengetahui itu adalah masjid Shiah, kerana hanya mereka menghias masjid mereka dengan emas dan perak, sesuatu yang dilarang dalam Islam. Aku berasa tidak senang ketika aku memasuki masjid itu, tetapi demi menjaga perasaan sahabatku, maka aku menyembunyikan perasaan ku itu. Ketika aku melalui pintu pertama masjid itu, aku terlihat ada orang tua mencium pintu itu ketika memasukinya. Aku terbaca suatu papan kenyataan yang berbunyi Wanita yang tidak

15

menutup aurat tidak di benarkan masuk. Juga kata2 Imam Ali yang berbunyi Akan sampai suatu masa nanti wanita akan memakai pakaian jarang atau berbogel. Ketika aku samapi ke makam itu, sahabatku membaca peraturan untuk masuk, dalam masa yang sama aku meliarkan mataku dengan melihat pagar makam itu. Aku berasa kagum denga tulisan2 al quran dari emas yang menghiasi masjid ini. Sahabat aku memasuki makam itu dan aku menyusuli nya, sambil di dalam fikiran ku penuh dengan cerita2 yang aku pernah dengar dahulu tentang Shiah. Di dalam makam itu aku melihat tulisan2 khat yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Dari masa ke semasa, aku memandang dengan penuh sinis kepada orang2 yang berada di sekitar kubur itu, menangis dan mencium, sementara yang lain bersolat di sekitar nya. Di ketika itu, aku teringat sebuah hadis berbunyi Allah melaknat kaum nasrani dan yahudi yang membina masjid di kuburan wali mereka. Aku berjalan pergi dari sahabat ku, yang sebaik sahaja masuk ke makam itu, mula menangis dan melakukan solat. Aku terbaca satu papan tanda khas untuk para pelawat tetapi tidak dapat memahami semuanya kerana ia mempunyai beberapa nama yang tidak ku kenali. Aku pergi ke suatu sudut dan membaca Al Fatihah dan meminta Allah merahmati orang di dalam kubur itu: Ya Allah, jika orang didalam kubur ini adalah muslim, maka rahmatilah dia, kerana engkau lebih mengetahui dari ku. Sahabat ku mendekati ku dan membisik kepada ku dengan berkata: jika kamu mahukan sesuatu, mintalah pada Allah disini kerana kami memanggilnnya Pintu Permintaan. Aku tidak berapa menumpukan perhatian pada kata2 sahabatku itu, semoga Allah mengampunkan ku, aku terpandang seorang tua berserban hitam, dengan tanda2 sujud di dahinya, berserta janggut yang panjang tetapi kemas, menambahkan lagi darjat mereka. Aku memerhatikan mereka, menangis sebaik sahaja memasuki makam itu, lalu aku bertanya pada diriku, Mungkinkah semua air mata ini palsu? Adakah semua orang2 disini telah salah? Aku keluar dari makam itu dengan perasaan keliru dan hairan, sementara sahabat ku keluar dengan keadaan mengundur, sebagai tanda hormat. Aku bertanya, Makam siapakah ini? Dia menjawab, Imam Musa Al Kazim Aku bertanya lagi, Siapa Imam Musa Al Kazim? Dia menjawab, Maha Suci Allah, kamu saudara2 dari sunni meninggalkan asas Islam dan hanya mengambil luaran sahaja. Aku menjawab dengan marah, Apa maksud kamu kami meninggalkan asas dan mengambil luaran? Beliau menenangkan aku dan berkata, Saudara, sejak kamu datang ke Iraq, kamu tidak berhenti2 menyebut nama Abdul Qadir Jilani, tetapi sipakah dia, dan kenapa dia begitu menarik perhatian kamu? Aku menjawab dengan bangga nya, Dia adalah salah seorang keturunan nabi, dan jika ada nabi selepas Muhammad, maka pasti dialah orangnya. Dia berkata, Saudara al Samawi, adakah kamu mengetahui sejarah Islam? Aku menjawab tanpa ragu2, Ya. Walaupun ilmu ku tentangnya agak sedikit kerana guru ku menghalangku dari mempelajarinya dengan berkata ia adalah sejarah hitam, tidak berbaloi untuk dibaca. Contohnya, semasa guru bahasa arabku mengajar Shaqshaqiyyah dari buku Nahj al Balaghah tulisan dari Imam Ali, aku berasa keliru, seperti juga pelajar2 lain ketika itu, tetapi aku memberanikan diriku bertanya: Adakah ini benar2 kata dari Imam Ali? Dia menjawab: Sudah tentu, siapa lagi yang mampu mengeluarkan keindahan bahasa seperti ini selain beliau? Jika ini bukan kata2 beliau, maka kenapa perlu ilmuan seperti Mufti Mesir Sheikh Muhammad Abduh menekankan terjemahannya? kemudian aku berkata: Imam Ali menuduh Abu Bakr dan Umar merompak haknya sebagai Khalifah. Guruku naik marah dan membantahku dengan lantang sekali, dan mengugut untuk membuangku dari kelas nya, dan menambah, Kami mengajar retorik bahasa arab, bukan sejarah. Kita tidak perlu mengambil tahu episode gelap dalam sejarah kita dan perang

16

berdarah antara Muslim. Allah telah menyucikan pedang kita dari darah mereka, jadi mari kita sucikan lidah kita dari merendahkan mereka. Aku berasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan dan terhadap guruku yang mengajar kami ratori bahasa arab tanpa sebarang makna. Aku telah cuba mempelajari sejarah islam, malangya aku tidak mempunyai sumber yang mencukupi atau kemampuan untuk membeli buku. Aku juga mendapati, ilmuan2 di tempatku tidak berapa berminat terhadap subjek itu, seolah2 mereka semua mahu untuk melupakan perkara ini. Oleh itu aku tidak mempunyai buku sejarah yang lengkap. Bila sahabatku bertanya tentang pengetahuan ku tentang sejarah Islam, aku cuma mahu menentangnya, jadi aku menjawab secara positif. Dia bertanya, adakah kamu tahu bila dia dilahirkan? Aku menjawab, Lebih kurang abad ke 6 atau ke 7. Dia bertanya, berapa abad telah berlalu antara beliau dan Rasulullah? Aku berkata, selama 6 abad. Dia berkata, Jika dalam satu abad,mempunyai sekurang-kurangnya 2 keturunan, maka antara Sheikh dan Rasulullah ada sekurang-kurangnya 12 generasi. Aku bersetuju, kemudian dia menyambung, Makam ini adalah milik Musa ibn Jaafar ibn Muhammad ibn Ali ibn Husain ibn Fatimah Al Zahra. Antara baginda dan datuk baginda iaitu Rasulullah, hanya ada 4 generasi. Malah dia dilahirkan pada abad kedua selepas hijrah, maka siapa yang lebih dekat, Musa atau Sheikh? Tanpa berfikir panjang, aku menjawab, Sudah tentu Musa. Tapi mengapa kami tidak mengenali beliau atau mendengar orang bercakap mengenainya? Dia membalas, Inilah maksud saya, dan inilah sebab kata2 saya tadi, yang kamu mangambil luaran dan meninggalkan asas, jadi harap jangan menyalahkan saya dan maafkan saya atas kata2 saya. Kami terus bercakap dan berbincang sambil berjalan sehingga kami sampai ke satu tempat kuliah dimana para guru dan pelajar membincangkan idea dan teori. Kami duduk disitu dan aku perasan sahabatku mencari2 seseorang seolah2 dia telah membuat satu temu janji sebelum ini. Seorang lelaki datang kearah kami, memberi salam dan terus bercakap sesuatu dengan sahabatku. Dari percakapan mereka aku mendapat tahu bahawa mereka ini adalah rakan sekerja dari unversiti, dan seorang lagi akan hadir sebentar lagi. Sahabatku berkata kepada ku, Saya membawa kamu ke tempat ini agar dapat memperkenalkan kamu kepada seorang ahli sejarah, professor di Universiti Baghdad, dan tesis PhD nya adalah berkenaan Sheikh Abdul Qadir, kamu akan beroleh manfaat darinya, dengan izin Allah, kerana saya tidak berapa arif tentang sejarah Islam. Kami minum jus sejuk sehingga ahli sejarah itu sampai. Dia bertanyakan padaku tentang diriku, negaraku dan pekerjaanku, dan dia juga meminta aku menceritakan padanya tentang reputasi Sheikh Abdul Qadir di Tunisia. Aku memberinya berbagai maklumat, dan memberitahunya, yang orang ramai mempercayai Abdul Qadir membawa Rasulullah semasa Israk Miraj di bahunya. Rasulullah berkata padanya, Kaki ku berada di bahu mu, dan kaki mu akan berada di bahu semua wali sehingga hari kiamat. Ahli sejarah itu ketawa bila mendengar ceritaku, tetapi aku tidak mengetahui samada dia ketawa pada cerita aku atau pada aku sendiri. Selepas perbincangan pendek mengenai para wali dan alim ulama, dia menceritakan padaku yang dia telah menjalankan kajian selama 7 tahun, mengembara ke berbagai tempat seperti Lahore, Pakistan, Turki, Mesir, Britain dan dimana sahaja ada manuskrip tentang Sheikh. Dia mengkaji manuskrip2 ini, mengambil gambar, tetapi beliau tidak dapat mencari sebarang bukti yang Sheikh adalah keturunan rasulullah. Apa yang dapat beliau jumpai hanyalah kata2 dari salah seorang anak beliau yang berbunyi dan ayahku yang terawal adalah Rasulullah. Mungkin ini adalah terjemahan dari kata2 Rasulullah, Aku adalah

17

bapa(nenek moyang) kepada semua orang yang beriman. Dia juga memberitahuku, kajian sejarah terbaru membuktikan yang Sheikh Abdul Qadir bukan berketurunan arab tetapi Parsi, datang dari pekan kecil di Iran yang bernama Jilan, dan kemudiannya beliau berpindah ke Baghdad, dimana beliau belajar dan mengajar disana ketika terdapat penurunan kadar moral disana. Dia adalah seorang yang takutkan tuhan, dan orang ramai menyukai beliau, dan apabila beliau meninggal, orang ramai menubuhkan aliran sufi Qadiriyyah. Beliau menambah, Orang Arab memang berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan kerana berfikiran begini. Fikiran ku yang beraliran wahabi, terasa panas dan aku berkata. Oleh itu, doktor, kamu semestinya memakai ideologi Wahabi, kerana kamu bersependapat dengan mereka, iaitu tiada wali(orang2 istimewa) dalam Islam. Dia menjawab, Tidak, saya bukanlah pengikut aliran Wahabi. Adalah sangat dikesali, muslim selalu membesar2kan perkara dan mengambil pandangan ekstrim. Samada mereka percaya pada cerita2 lagenda dan karut yang tidak benar dan berdasarkan logik atau mereka menolak dan menafikan semuanya, walaupun mukjizat Rasulullah sendiri kerana ia tidak sesuai dengan gaya pemikiran mereka. Sebagai contoh, Sufi mempercayai yang Sheikh boleh berada di Baghdad dan Tunisia dalam masa yang sama.Dia merawat orang sakit di Tunisia, dan dalam masa yang sama menyelamatkan orang yang lemas di sungai Tigris di Baghdad. Ini adalah karut dan menambah-nambah. Sebagai tindak balas kepada pemikiran sufi, Wahabi menolak semuanya. Meminta bantuan dari Rasulullah sendiri boleh membawa kepada syirik. Tidak saudara ku. Kita adalah seperti dalam firman Allah: Begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan(sederhana,tidak berlebih-lebihan, tidak ekstrim), supaya kamu menjadi saksi atas pebuatan manusia..(Quran 2:143) Aku menyukai apa yang dikatakan oleh beliau, dan berterima kasih padanya. Aku juga menyuarakan sedikit persetujuan dalam hujah beliau. Beliau membuka beg beliau, dan mengeluarkan buku yang ditulis oleh beliau tentang Sheikh Abdul Qadir Jailani, dan menhadiahkannya padaku. Dia menjemputku kerumah beliau, bagaimanapun aku terpaksa menolak jemputan itu. Jadi kemi bercakap mengenai Tunisia dan Afrika Utara sehingga sahabatku Munim datang. Kami pulang ke rumah beliau setelah menghabiskan masa 1 hari dengan menziarah kawan dan mengadakan perbincangan ilmiah. Aku berasa sangat letih, jadi aku terus tertidur sebaik sahaja sampai ke rumah Aku bangun pada awal pagi esoknya dan mula membaca buku mengenai kehidupan Sheikh Abdul Qadir, dan pada masa sahabatku telah bangun, aku telah menghabiskan separuh dari buku itu. Berkali2 dia memanggilku untuk bersarapan, tetapi aku seolah2 terikat dengan buku itu, yang menjadikan aku dalam keadaan ingin tahu dan ragu2. Perasaan ini berpanjangan sehingga sebelum aku meninggalkan Iraq. KERAGUAN DAN PERTIKAIAN Aku tinggal di rumah sahabatku selama 3 hari, yang mana selama itu, aku berehat dan berfikir mengenai perkara2 yang aku dengari dari orang yang aku jumpai disni. Mengapa mereka semua dicerca, dan di tuduh dengan tuduhan yang bukan2. dan mengapa harus aku membenci mereka tanpa aku mengenali mereka terlebih dahulu? Mungkin ini semua datang dari khabr angin yang aku dengari seperti mereka menyembah Ali, melihat Imam mereka seolah2 tuhan, dan menyembah batu. Seperti yang diceritakan oleh bapaku ketika beliau pergi menunaikan haji, Shiah mengotorkan makam Nabi dengan tanah,dan dihukum mati oleh kerajaan Saudi. Setelah mendengar semua ini, tidak hairanlah jika semua orang

18

membenci Shiah, malah memerangi mereka. Tetapi bagaimana aku boleh mempercayai ini semua setelah apa yang kau lihat dan dengar? Aku bersama mereka selama seminggu dan di dalam tempoh itu tiada satu pun yang aku dengari dari mereka yang menjauhi pemikiran logik. Malah, aku menyukai cara mereka bersolat, adab mereka, dan penghormatan yang mereka berikan kepada orang2 berilmu diantara mereka, aku berharap aku boleh menjadi sebahagian dari mereka. Aku kerap bertanya pada diriku sendiri. Adakah benar mereka membenci Rasulullah? Dan setiap kali aku menyebut nama baginda, semata2 untuk menguji mereka, mereka menjawab dari hati mereka dengan selawat kepada baginda dan keluarga baginda. Pada mulanya aku menyangka mereka ini Munafiq, orang2 hipokrit, tapi kemudiannya aku mengubah fikiranku, terutamanya setelah aku membaca buku2 mereka yang mengandungi penghormatan yang tinggi terhadap Rasulullah yang tidak aku jumpai di dalam buku kita. Contohnya, mereka mempercayai kesempurnaan nabi dari segi maksum baginda sebelum dan selepas misi baginda bermula. Sementara Sunni pula hanya mempercayai maksumnya Rasulullah hanya apabila mendapat wahyu dan menyampaikannya, dan selebihnya,beliau hanya manusia biasa, yang melakukan kesilapan. Kita mempunya banyak contoh yang menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh nabi dab baginda dibetulkan oleh sahabat2 baginda. Shiah enggan menerima kesalahan Rasulullah sementara orang lain pula adalah benar. Jadi bagaimana boleh aku mengatakan mereka membenci Rasulullah? Pada suatu hari, semasa aku sedang bersembang bersama sahabatku, aku meminta beliau untuk berterus terang dengan ku. Ini adalah dialog ku bersama beliau: -Kamu meletakkan Ali, semoga Allah meredhainya, sama taraf dengan Nabi, kerana setiap kali nama baginda disebut, kamu membalas alaihisalam(Salam atas nya) -Benar, setiap kali kami menyebut nama Amirul Mukminin,Imam Ali dan keturunan baginda dari Ahlul Bayt, kami akan menyebut alaihisalam, tetapi ini tidak bermakna mereka adalah nabi. Walaubagaimanapun mereka adalah keturunan nabi, dan Allah menyuruh kami berselawat kepada mereka juga, oleh itu kami dibenarkan untuk menyebut Sallallahualaihi wa salam. -Tidak saudara, kita tidak menyebut begitu, itu hanya untuk nabi Muhammad saw dan para nabi sebelum baginda, tiada kena mengena dengan Ali dan keturunan baginda. -Aku meminta kamu untuk lebih membaca agar kamu tahu kebenarannya. -Saudaraku, buku mana yang harus saya baca? Bukankah kamu sendiri pernah berkata buku Ahmed Amin bukan lah buku yang benar tentang Shiah. Jadi begitu juga buku Shiah tentu tidak akan diterima pakai oleh kami. Tidakkah kamu melihat golongan nasrani merujuk kepada kitab mereka, Isa berkata, Aku adalah anak Allah sementara di dalam Quran, yang mengatakan kebenaran menyebut Isa berkata Tiadalah kukatakan kepada mereka, melainkan apa2 yang engkau perintahkan padaku, yaitu menyembah Allah, tuhanku dan tuhan mu.(5:117) -Tepat sekali,aku memang ada berkata begitu. Apa yang saya mahu dari kamu ialah, menggunakan akal, dan logik berdasarkan Al Quran dan Sunnah nabi yang betul selama mana kita adalah Muslim, dan apabila kita berbicara dengan Nasrani dan Yahudi, kita perlu berhujah berdasarkan sumber yang lain. -Jadi, dari buku manakah dapat saya rujuki? Setiap penulis, setiap kumpulan dan setiap mazhab mengatakan mereka adalah benar. -Saya akan berikan kamu bukti yang kukuh, dipersetujui oleh semua Muslim tidak mengira apa kumpula atau mazhab pun. -Katakanlah, ya tuhan berikanlah aku ilmu. -Pernahkah kamu membaca tafsir bagi ayat quran ini, Sesungguhnya Allah dan malaikat2nya berselawat kepada kepada nabi Muhammad. Hai orang2 beriman, berselawatlah kamu kepadanya, dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna.(33:56)

19

Semua pentafsir quran, Shiah dan Sunni, bersetuju bahawa para sahabat, yang mana ayat Quran berkenaan diturunkan merujuk kepada mereka, pergi berjumpa Nabi dan berkata, Ya Rasulullah, kami tahu untuk memberi salam pada mu, tetapi tidak tahu untuk berselawat padamu. Baginda membalas, Katakahlah, Allah rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Kau merahmati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim, segala puji dan kebesaran untuk Mu, dan janganlah berselawat pendek kepada ku(al-Batra.) Mereka bertanya, Apakah selawat pendek itu ya Rasulullah? Baginda berkata, Kamu berkata Allah rahmatilah nabi Muhammad kemudian kamu berhenti, sesungguhnya Allah itu sempurna dan sukakan kesempurnaan. Selepas itu para sahabat mengikuti perintah baginda dan berselawat dengan sempurna. Malah Imam Syafii sendiri berkata: Wahai Ahlil Bayt Rasulullah, cinta kepada kamu adalah perintah Allah di dalam Quran, Kamu mempunyai kehormatan yang tinggi, dan sesiapa yang tidak berselawat pada kamu, Solat nya batal. Aku mendengar dengan khusyuk apa yang diucapkan oleh beliau, kata2 beliau memasuki hatiku dan mendapat respons yang positif. Memang benar, aku pernah membaca apa yang dikatakan oleh beliau tetapi telah lupa tajuknya. Aku berkata pada beliau, apabila berselawat kepada Nabi, keluarga dan para sahabat juga termasuk dalam selawat itu, walaubagaimanapun, kami tidak mengkhususkan Ali dengan selawat itu seperti Shiah. Munim bertanya padaku, Apa pendapat kamu tentang Al Bukhari? Aku menjawab, Dia adalah seorang Imam Sunni dan buku beliau adalah buku paling Sahih selepas Quran. Beliau bangun dan mengambil keluar Sahih Al Bukhari, seterusnya beliau mencari muka surat tertentu dari buku itu lalu menyuruhku membacanya: Kami telah diriwayatkan dari si folan dan si folan yang Ali salam keatasnya Aku tidak mempercayai mataku sendiri dan terkejut sehingga aku hampir tidak mempercayai yang buku ini adalah Sahih Al Bukhari. Aku melihat semula halaman itu dan kulit buku itu, sahabatku dapat menangkap rasa ragu2ku, mengambil semula buku itu dan membuka halaman seterusnya, yang berbunyi, Ali Ibnu Al Husain salam keatasnya Aku tidak mampu berkata apa2 kecuali masyaAllah Beliau berpuas hati dengan jawapanku, dan meninggalkan bilik itu, sementara aku masih didalmnya dan berfikir sedalam-dalamnya, membaca semula laman2 tadi dan menyemak edisi buku itu, yang diterbitkan dan diedar oleh al-Halabi & Anak2 Bhd dari Mesir. Ya Allah, mengapa harus aku terus berasa bangga diri dan keras kepala, sedangkan dia memberi aku bukti yang kukuh dari buku yang paling sahih dan benar, al Bukhari,Imam Sunni. Adakah aku perlu mengakui yang Ali layak kepada gelaran alaihisalam? Bagaimanapun aku takut untuk mengakui hakikat itu, kerana ia akan membawa kepada fakta2 yang takut untuk aku menerimanya. Aku telah ditewaskan dua kali hari ini oleh sahabatku, kali pertama ketika aku menerima kerendahan darjat Abdul Qadir Jilani dan semua cerita mukjizat-mukjizat palsunya, yang kedua ketika aku menerima ketinggian darjat dan kepentingan Musa Al Kazim lebih dari Abdul Qadir. Tambahan lagi, aku sekarang bersetuju menerima bahawa Ali layak menerima gelaran Alaihisalam. Aku tidak mahu lagi dikalahkan, baru beberapa hari yang lepas, aku berasa bangga dengan diriku sendiri, di anggap sebagai seorang Alim di Mesir, serta ilmuan-ilmuan Al Azhar memuji aku..kini aku mendapati diriku dikalahkan, oleh siapa? Oleh orang yang aku anggap sesat. Ini kerana keangkuhanku dan sifat mementingkan diri sendiri dan kerana kedegilanku..Bantulah aku Ya Tuhan, berikan ku kebenaran dan bantu aku menerima kebenaran walaupun kebenaran itu pahit, Ya Tuhan, bukalah mataku. Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran agar kami dapat mengikutinya, dan kebatilan itu sebagai kebatilan, agar kami dapat menjauhinya. Aku pulang ke rumah bersama sahabat ku dengan

20

doa ini sentiasa di mulutku, sambil tersenyum dia berkata: Semoga Allah menunjuki kita semua sekalian kaum Muslimin kearah kebenaran, seperti firmannya, Orang-orang yang berjuang menunaikan hak kami, akan kami tunjuki mereka kejalan kami. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan. (29:69) Perkataan berjuang(Jihad) di dalam ayat Quran ini juga membawa maksud berusaha dalam mencari kebenaran, dan Allah akan membantu sesiapa pun yang berusaha kearahnya mencapai kebenaran.

LAWATAN KE NAJAF

Pada malam berikutnya, sahabatku memberitahuku destinasi untuk esok hari, InsyaAllah, Najaf. Aku bertanya, apa itu Najaf? Dia menjawab, Ia adalah pusat pembelajaran, dan juga makam Ali Ibn Abi Thalib. Aku berasa terkejut apabila mendapat tahu mengenai kewujudan kubur Imam Ali kerana semua Sheikh kita berkata yang kubur Imam Ali adalah tidak diketahui. Kami mengambil bas menuju ke Kufah, dan disitu, kami berhenti sebentar untuk melawat Masjid Al Kufah, salah satu monumen Islam yang paling diraikan. Sahabatku menunjukkan semua tempat-tempat bersejarah dan membawaku ke masjid Muslim Ibnu Aqeel dan Hani Ibnu Urwa, serta menceritakan padaku bagaimana mereka syahid. Beliau juga membawa ku ke Mihrab dimana Imam Ali dibunuh. Selain itu, aku juga melawat rumah dimana Imam Ali tinggal bersama kedua anaknya, Sayyid kita, Imam Hassan dan Imam Hussein. Di dalamnya terdapat satu perigi di mana mereka gunakan untuk minum dan berwudhuk. Detik-detik itu aku lalui dengan rasa penuh spiritual, dimana aku melupakan keadaan duniawi dan membayangkan kezuhudan dan kesederhanaan Imam. Tidak lupa juga ingin aku sebutkan disini keramahan dan kesederhanaan penduduk Kufah, kerana setiap kali kami melalui atau bertembung dengan mereka, mereka berdiri dan menyambut kami, seolah-olah sahabatku mengenali kesemua mereka. Salah seorang yang kami temui ialah Pengarah Institut Kufah, yang menjemput kami rumah beliau, dimana kami bermalam disana. Aku berasa seolah-olah aku adalah sebahagian dari keluarga mereka, dan apabila mereka menyebut tentang Sunni, mereka akan selalu menyebut saudara kita dari Sunnah, jadi aku menyukai percakapan mereka dan bertanya kepada mereka beberapa soalan untuk menguji keikhlasan mereka. Kami meneruskan perjalanan kami ke Najaf, yang jaraknya hanya 10 kilometer sahaja dari Kufah. Sebaik tiba, keadaan persekitaran disitu mengingatkan ku kepada keadaan ketika aku melawat Masjid Kazimmiyah di Baghdad, kerana terdapat Kubah Emas. Kami memasuki makam Imam setelah membaca doa izin untuk masuk, yang merupakan adat untuk orangorang Shiah. Di dalam kompleks itu, aku melihat banyak perkara yang memeranjatkan aku dari ketika aku melawat Masjid Musa al Kazim. Seperti biasa,aku berdiri dan sedekahkan Al Fatihah kepada orang di dalam kubur itu, sambil meragui bahawa kubur ini milik Imam Ali. Kesederhanaan rumah beliau di Kufa bila dibandingkan dengan kubur beliau, membuat aku berkata di dalam hatiku, Nauzubillah, Imam Ali tidak akan menerima semua hiasan emas dan perak ini, ketika mana ramai orang Islam kelaparan di seluruh dunia. Terutama ketika aku melihat ramai peminta sedekah tidur di tepi-tepi jalan meminta ehsan. Aku berkata pada diriku, Wahai Shiah, kamu telah silap, sekurang-kurangnya tentang perkara ini, Imam Ali di hantar oleh Rasulullah untuk memusnahkan kubur, apatah lagi semua hiasan

21

emas dan perak ini, jika ini bukan perbuatan syirik, pasti ini adalah satu kesilapan dalam Islam. Sahabatku menghulurkan padaku tanah kering sambil bertanya padaku samada aku ingin bersolat atau tidak. Aku menjawab dengan tajam, Kami tidak bersolat berdekatan kubur. Dia menjawab, Tunggulah saya sehingga saya menyudahi solat saya. Sementara aku menunggu beliau, aku memerhatikan sekeliling aku, sambil membaca papan tanda yang tertulis di sana sini. Aku juga terlihat banyak wang syiling dan wang kertas yang di sumbangkan oleh pelawat sebagai sedekah. Melihat kepada jumlah wang itu, aku menyangka ia telah ditinggalkan selama beberapa bulan, tetapi sahabat ku memberitahu bahawa semua wang akan dikutip selepas solat Isyak setiap malam. Aku pergi mendapatkan sahabatku, kagum dengan apa yang telah aku lihat. Ramai orang bersolat di sana dan di sini, yang lainnya berada di dalam kumpulan mendengar kuliah. Aku melihat sesetengah orang menangis dan memukul dada mereka, ingin aku bertanya kepada sahabat ku mengapa mereka bersikap sedemikian, tetapi sebelum sempat aku berbuat begitu, satu kumpulan yang mengusung jenazah melalui kami, jadi aku menyangka mereka menangisi jenazah ini. PERJUMPAAN DENGAN PARA ULAMA Munim membawa ku ke Masjid bersebelahan kompleks makam Imam Ali, di mana ia berlantaikan karpet, dan di sekeliling mihrabnya dihiasi dengan kaligrafi Al Quran yang sangat indah. Aku terlihat sekumpulan remaja berturban duduk di sekeliling mihrab sedang belajar, dan setiap seorang mempunyai buku di mereka. Aku kagum dengan keadaan itu, memandangkan aku tidak pernah melihat sheikh berumur antara 13 dan 16 tahun, dan juga kerana mereka nampak comel di dalam pakaian mereka. Munim bertanya kepada mereka tentang tuan al Sayyid, jadi mereka menjawab beliau sedang mengimamkan solat berjemaah. Aku tidak memahami siapa yang beliau maksudkan dengan al Sayyid, aku menyangka mungkin beliau seorang Ulama. Kemudiannya aku menyedari bahawa beliau ialah Sayyid Al Khui, pemimpin komuniti Shiah. Perlu disebutkan di sini bahawa gelaran Sayyid, diberikan kepada sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Rasulullah saw, dan mereka, samada mesih belajar atau seorang Alim, memakai turban hitam. Manakala ulama lain memakai turban putih. Sahabatku bertanya kepada kumpulan remaja itu, agar aku boleh duduk bersama mereka sementara dia untuk berjumpa Al Sayyid. Mereka menyambut baik aku, dan mengelilingi aku dalam separuh bulatan. Aku melihat muka mereka penuh dengan kesucian, kemudiannya aku teringat sabda Rasulullah saw, Manusia dilahirkan suci, ibu bapa merekalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi,nasrani atau majusi..Aku menambah, atau menjadikan mereka Shiah. Mereka bertanya pada ku dari mana aku berasal, jadi aku menjawab dari Tunisia. Mereka bertanya, Adakah di sana sekolah agama Islam? Aku menjawab, Kami mempunyai universiti dan sekolah. Aku telah di serang dengan berbagai soalan yang tajam dan tepat. Apa yang mampu aku katakan pada remaja-remaja ini yang menyangka dunia Islam penuh dengan pusat pembelajaran agama, yang mengajar fiqah, undang-undang Islam, Prinsip Islam dan Tafsir Quran. Mereka tidak mengetahui bahawa dalam dunia Islam moden,semuanya telah diganti dengan pembelajaran barat, jadi patutkah aku memberitahu mereka bahawa kami menganggap mereka sebagai orang-orang yang ketinggalan(kerana belajar agama)? Salah seorang dari mereka bertanya, Apakah mazhab yang diikuti di Tunisia? Aku menjawab, Mazhab Maliki. Dia bertanya adakah anda pernah mendengar

22

Mazhab Jaafari? Aku berkata, Apakah mazhab ini? Tidak, kami hanya mengetahui 4 mazhab, selain dari ini adalah luar dari Islam. Dia tersenyum dan berkata, Mazhab Jaafari adalah intipati dan teras Islam, adakah anda mengetahui bahawa Imam Abu Hanifah berguru dengan Imam Jaafar As Siddiq? Aku mendiamkan diriku dan tidak menjawab kerana aku mendengar satu nama yang tidak pernah aku dengari sebelum ini, tetapi aku berasa lega kerana Imam Jaafar as Siddiq mereka bukanlah guru Imam Maliki. Dan berkata bahawa kami mengikut Maliki bukan Hanafi. Dia menjawab, 4 mazhab itu mengambil prinsip dari sesama mereka, Ahmad ibnu Hanbal mengambil dari As Syafii, As Syafii mengambil dari Malik dan Malik dari Abu Hanifah dan Hanifah dari Imam Jaafar As Siddiq, jadi mereka semua adalah murid Imam Jaafar ibnu Muhammad, orang pertama membuka universiti Islam di masjid datuknya, Rasulullah saw, dan di bawah baginda, mereka belajar tidak kurang dari 4 ribu fiqah dan ilmu hadis. Aku agak terkejut dengan kebijaksanaan anak muda ini yang seolah-olah berkata-kata seperti seorang membaca Quran. Aku bertambah terkejut apabila dia mula memberitahuku rujukan-rujukan sejarah di mana dia mengetahui bilangan versi dan bab, dan dia meneruskan perbincangan seolah-olah dia ialah seorang guru yang mengajar, dan aku adalah pelajar. Aku tidak dapat menjawab semua soalan berkaitan fiqah dan sejarah yang dikemukakan oleh mereka. Aku berasa lemah dan menyesal kerana tidak mengikuti sahabatku dan duduk bersama anak-anak muda ini. Dia bertanya pada ku Imam mana yang aku ikuti, maka aku menjawab Imam Malik. Dia berkata, bagaimana kamu mengikuti seorang yang telah meninggal 1400 tahun lalu. Jika kamu mempunyai soalan tentang isu-isu semasa, bagaimana kamu mahu bertanya kepada dia? Aku berfikir sebentar dan kemudian berkata, Jaafar kamu juga telah meninggal 1400 tahun lalu, jadi siapa yang kamu ikuti? Dia bersama yang lain menjawab dengan pantas, Kami mengikuti Sayyid al Khui, kerana dia adalah Imam kami. Aku tidak mengetahui siapa yang lebih berilmu Al Khui atau Jaafar as Sadiq. Aku sedaya upaya telah cuba untuk menukar topik perbualan, jadi aku sentiasa bertanya soalan seperti Berapakah populasi Najaf? Berapa jauh Baghdad dari Najaf?...dll. Dan setiap kali mereka menjawab, maka aku sediakan satu lagi soalan untuk menghalang mereka dari menanyakan kepadaku soalan, kerana aku tidak mampu menandingi kecerdikan mereka. Aku tidak mahu menerima kenyataan ini, walaupun jauh di sudut hatiku, aku menerima kekalahan ini. Hari-hari kebanggaan ku di Mesir terhapus disini, terutamanya setelah bertemu anak-anak muda ini. Teringat ku kepada satu pepatah: Katakan kepada bijakpandai ilmu falsafah, kamu telah mengetahui satu perkara, tetapi belum mengetahui banyak lagi ilmu Di dalam fikiran ku, minda remaja ini adalah lebih hebat dari Sheikh-Sheikh yang aku temui di Al Azhar dan Tunisia. Sayyid Khui memasuki tempat itu, dan bersama beliau ialah sekumpulan Ulama yang kelihatan sangat dihormati dan disegani. Anak-anak muda tadi semua berdiri, dan mencium tangan Sayyid Al Khui manakala aku kekal di tempat ku. Sayyid tidak duduk sehingga semua mereka duduk, dan beliau memberi salam kepada mereka seorang demi seorang termasuk diri ku. Kemudian, sahabat ku membisikkan sesuatu kepada Sayyid, dan mengarahkan pada ku untuk duduk lebih hampir dengan Sayyid. Munim menyuruhku agar memberitahu Sayyid tentang apa yang ku dengari tentang Shiah di Tunisia. Aku berkata, Saudaraku, lebih baik kita melupakan sahaja apa yang saya dengari tentang Shiah, dan saya mahu mendengar sendiri jawapan dari pihak Shiah, jadi saya mahukan jawapan yang terang dari soalan yang akan saya kemukakan. Sahabatku mamaksa aku menceritakan pandangan kami tentang Shiah kepada Sayyid. Aku membertahu mereka kami mendengar

23

Shiah menyembah Ali dan menyangka beliau mempunyai sifat ketuhanan, meletakkan Ali setaraf dengan Rasulullah saw, membenci Jibril kerana memberi wahyu kepada Muhammad dan bukan Ali dan berbagai lagi. Sayyid mendiamkan diri sebentar, sambil memandang ke bawah, kemudian kembali memandang kearahku dan berkata, Kami mempercayai bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah pesuruhnya, dan Ali tidak lain dan tidak bukan hanyalah hamba Allah. Dia mengalihkan tumpuannya pada pendengar yang lain, sambil menunjuk kepada aku, lalu berkata, Lihatlah bagaimana orang-orang yang tidak bersalah ini telah di ajar pemikiran mereka oleh pertuduhan-pertuduhan salah, dan ini adalah tidak memeranjatkan bagi ku kerana aku telah mendengar yang lebih teruk lagi. Marilah kita mengucapkan tiadalah daya dan kekuatan melainkan kecuali Allah yang Maha Tinggi dan Agung. Dia berkata kepada ku, Adakah kamu membaca Quran? Aku menjawab, Saya boleh membaca separuh daripadanya dengan hati sebelum umur saya mencecah 10 tahun. Dia berkata, Adakah kamu mempercayai bahawa semua kumpulan kumpulan Islam tidak kira bermazhab apa bersetuju dengan apa yang dikatakan didalam Quran, kerana Quran kami adalah sama dengan kamu? Aku menjawab, Ya, saya percaya. Dia menyambung, Adakah kamu pernah membaca firman Allah swt berbunyi: Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang Rasul sebelumnya.3;144 Muhammad itu adalah rasul Allah. Orang2 yang bersama dia adalah sangat keras terhadap orang kafir 48:29 Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang dari kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penghabisan segala nabi 33:40 Aku mengatakan yang aku mengetahui ayat-ayat ini. Sayyid berkata, Jadi dimanakah Ali? Jika Quran kita mengatakan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah, jadi dari mana pembohongan ini datang? Aku tidak dapat mencari jawapannya. Dia menambah, Untuk kes pengkhianatan Jibril, Nauzubillah, adalah lebih teruk dari yang pertama tadi, kerana apabila Jibril menghantar wahyu dari Allah kepada Muhammad, baginda berumur 40 tahun, dan Ali pila hanya berumur 6 atau 7 tahun, jadi bagaimana Jibril tidak dapat membezakan antara Muhammad yang sudah dewasa dan Ali, seorang budak? Dia mendiamkan diri untuk suatu tempoh, dan aku mula berfikir tentang apa yang dikatakan, yang bagiku satu hujah yang logik jadi ia meninggalkan kesan padaku. Aku juga bertanya pada diriku sendiri mengapa kita tidak membuat analisis berdasarkan hujah yang logikal? Sayyid al Khui menambah, Ingin saya memberitahu pada kamu bahawa Shiah adalah satusatunya kumpulan yang mempercayai kesempurnaan kemaksuman Rasul dan Imam kami. Jadi jika Imam kami, manusia biasa seperti kita adalah maksum, apatah lagi Jibril, yang disukai Allah dan Dia memanggilnya Ruh Al Quddus. Aku bertanya, jadi dari manakah semua cerita-cerita ini datang? Dia menjawab, Dari musuh-musuh Islam yang ingin memecah belahkan Islam kepada kumpulan-kumpulan kecil agar mereka bermusuhan sesame mereka. Jika tidak kerana ini, maka Umat Islam adalah bersaudara tidak kira Shiah atau Sunnah. Kita semua menyembah Allah, Rasul yang sama, Quran yang sama dan Kiblat yang sama. Shiah dan Sunnah hanya berbeza dari segi Fiqah, seperti mana juga perbezaan antara mazhab-mazhab Sunni, Maliki tidak bersetuju keseluruhann dengan Syafii, Syafii tidak bersetuju dengan hanafi dan seterusnya.

24

Aku berkata, Jadi, semua cerita ini hanyalah satu pembohongan? Dia menjawab, Kamu,Alhamdulillah, adalah seorang yang mempunyai akal yang waras dan dapat memahami perkara ini, kamu juga sudah bermusafir di negara Shiah dan bergaul dengan kelompok mereka, jadi adakah kamu pernah mendengar dan melihat cerita yang kamu dengari itu? Aku menjawab, Tidak, saya hanya mendengar dan melihat perkara yang baik-baik sahaja sejak saya sampai ke sini. Saya juga bersyukur pada Allah kerana diberi peluang bertemu Encik Munim di atas kapal itu,kerana atas jasa beliau saya boleh berada di Iraq sekarang, telah banyak perkara baru yang saya belajar disini. Sahabatku Munim tersenyum dan berkata, Termasuk kewujudan kubur Imam Ali? Aku mencebik kearahnya sambil berkata, Sebetulnya saya banyak belajar perkara baru walaupun dari anak-anak muda ini, dan saya berharap saya mempunyai peluang untuk belajar di Hawza(pusat pembelajaran agama Islam) ini. Sayyid berkata, Silakan, jikalau kamu mahu belajar disini, maka ada tempat untuk kamu di Hawza ini. Semua orang menyambut baik cadangan itu, terutamanya sahabat baik ku Munim, yang mana mukanya penuh kegembiraan. Aku membalas, Saya mempunyai keluarga. Dia menjawab, Kami akan uruskan tempat tinggal dan kehidupan kamu disini, yang paling penting ialah belajar. Aku berfikir sebentar dan berkata pada diriku sendiri, Tidak dapat aku menerima diriku menjadi pelajar setelah bertahun lama aku mengajar dan keputusan ini tidak boleh dibuat dengan keadaan tergesa-gesa. Aku mengucapkan terima kasih kepada Sayyid dan berjanji kepadanya untuk memikirkan perkara ini dengan serius selepas pulang dari Umrah, tapi aku perlukan beberapa buku. Sayyid berkata, Berikan buku padanya. Sekumpulan orang orang terpelajar bangun dan pergi ke cabinet buku mereka, dan beberapa minit selepas itu, masing-masing datang menyerahkan buku mereka kepada ku, menjdikan jumlah buku 70 buah. Aku menyedari aku tidak dapat membawa semua buku ini bersama ku, terutamanya apabila memasuki Arab Saudi, dimana semua buku yang memasuki negara itu akan ditapis kerana takutkan kemunculan idea-idea baru, apatah lagi idea yang bertentangan dengan fahaman mereka. Tetapi aku tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki buku-buku ini, yang tidak pernah aku lihat seumur hidup ku. Aku memberitahu sahabatku dan semua yang berada disitu bahawa perjalanan aku masih panjang, melalui Damaskus, Jordan, Saudi, Mesir dan Libya sebelum aku sampai ke Tunisia. Berat buku-buku ini pasti menghalang kemasukannya. Al Sayyid berkata kepada ku, Tinggalkan alamat kamu, kami akan poskan. Aku menyukai idea itu dan memberikan kad namaku yang mengandungi alamat ku di Tunisia. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada beliau atas kemurahan hati serta layanan yang di tunjukkan, dan semasa aku ingin beredar, beliau bangun dan berkata kepadaku, Semoga Allah memberikan kamu keselamatan, dan apabila kamu sampai ke kubur moyangku Rasulullah saw, sampaikan salam ku padanya. Semua orang termasuk diriku tersentuh dengan kata-kata itu, dan aku dapat melihat air mata keluar dari mata beliau, dan aku berkata pada diriku sendiri, Tidak mungkin orang begini adalah salah(dari segi fahaman) dan penipu; maruah beliau dan kezuhudan beliau dengan sendiri menunjukkan bahawa mereka adalah keturunan Rasulullah. Aku tidak dapat menahan diriku dari mengambil tangan beliau dan menciumnya, walaupun dinafikan oleh beliau.

25

Setelah aku bangun untuk pulang, semua orang bangun untuk dan mengucapkan selamat tinggal pada ku. Beberapa orang anak muda tadi meminta alamatku untuk perhubungan di di satu masa nanti. Kami pulang ke Kufa setelah dijemput oleh seorang kenalan Munim bernama Abu Shubbar, untuk tinggal di rumahnya. Pada malamnya,kami habiskan semua masa dengan bersosial dengan orang-orang intelektual. Beberapa orang daripada mereka adalah pelajar Sayyid Muhammad Baqir Al Sadr, yang mencadangkan agar aku bertemu dengannya, dan mereka berjanji untuk mengaturkan temu janji antara ku dengan Sayyid pada keesokkannya. Sahabatku Munim menyukai idea itu, tetapi malangnya dia tidak dapat mengikuti bersama kerana urusan di Baghdad. Kami bersetuju untuk aku tinngal sementara waktu di rumah Abu Shubbar untuk 3 atau 4 hari sementara menunggu Munim pulang. Munim bertolak sejurus selepas solat Subuh dan kami tertidur. Aku mendapat manfaat yang sangat besar dari pelajar-pelajar ini, dan aku juga terkejut tentang kepelbagaian subjek yang di ajar di Hawza. Sebagai tambahan kepada Pengajaran Islam yang di ajar seperti Fiqah, Shariah, Tauhid, mereka juga mempunyai subjek seperti ekonomi, sosiologi, politik, sejarah, bahasa, ilmu falak dan beberapa lagi subjek.

PERJUMPAAN DENGAN SAYYID MUHAMMAD BAQIR AL SADR Aku bertolak bersama Abu Shubbar ke rumah Sayyid Muhammad Baqir Al Sadr, dan di dalam perjalanan itu, beliau menghormati ku dan berdialog dengan ku berkenaan isu ulama terkenal dan taqlid(menggunakan pendapat Ulama Mujtahid), sehingga kami sampai ke rumah Sayyid al Sadr dan mendapati beliau di kerumuni pelajar-pelajar beliau yang berturban. Al Sayyid bangun dan menyambut kami, kemudian aku di perkenalkan kepada beliau, di mana aku dilayan dengan ramah sekali dan diminta duduk di sebelah beliau. Beliau mula bertanya tentang Tunisia, Algerian dan ulama-ulama terkenal seperti Al Khidr Husayn dan Al Thahir ibnu Ashoor. Aku berasa tertarik dengan perbincangan ini, dan walaupun kedudukan beliau yang tinggi, dan kehormatan yang di berikan oleh pelajarpelajar beliau, aku berasa senang dengan beliau seolah-olah aku telah mengenali dia sebelum ini. Aku mendapat manfaat yang besar dari pertemuan ini kerana aku mendengar soalan yang di tanya oleh pelajar-pelajar beliau,dan dia menjawabnya. Aku juga merasa tertarik dengan idea bertaqlid dengan Ulama yang masih hidup yang boleh menjawab semua soalan secara terus dan terang. Sekarang aku telah menjadi yakin bahawa Shiah adalah Muslim yang hanya menyembah Allah swt, mempercayai kerasulan Muhammad saw. Pada mulanya aku menyangka ini adalah lakonan semata-mata, atau Taqiyah seperti yang mereka katakan, di mana mereka berpura-pura dengan menunjukkan apa yang tidak mereka percayai. Tapi rasa syak ini menghilang kerana adalah tidak logic ratusan orang dapat mengkoordinasikan penipuan ini dengan sempurna, dan mengapa perlu mereka berpura-pura? Tambahan pula, siapalah aku, dan mengapa mereka perlu mengambil kisah tentang aku sehingga mereka perlu merancang ratusan orang untuk berpura-pura di depan aku? Dan semua buku mereka telah di tulis ratusan tahun yang lepas, dan buku-buku terbaru mereka semua mengakui ketauhidan Tuhan dan meninggikan kerasula Nabi Muhammad saw. Begitulah aku di rumah Sayyid Muhammad Baqir al Sadr, kepimpinan ulama paling tinggi di Iraq dan di luarnya, setiap kali nama Muhammad di sebut, maka mereka beramai-ramai menyebut Allahummasalliala Muhammad wa Aale Muhammad.

26

Apabila waktu solat telah tiba, kami beramai-ramai meninggalkan rumah dan pergi ke masjid, yang berada di sebelah rumah Sayyid, beliau mengimamkan solat Zuhur dan Asar. Aku berasa seolah-olah aku berada bersama sahabat-sahabat Nabi, kerana terdapat satu doa daripada salah seorang dari mereka yang mempunyai suara yang sangat menambat hati, dan selepas tamat, seluruh jemaah berselawat kepada Rasulullah dan keluarganya. Ucapan ini pada asasnya adalah untuk menunjukkan rasa syukur pada Illahi dan rasa berterima kasih pada Muhammad saaw dan keturunannya. Selepas solat, Sayyid duduk di atas mihrab dan orang ramai datang bersalaman dengan beliau. Sesetengahnya bertanyakan soalan-soalan peribadi, manakala yang lain bertanya soalan-soalan umum, dan beliau menjawab semua soalan-soalan itu. Setelah mereka itu mendapat jawapan dari permasalannya, mereka mencium tangan Sayyid dan pulang. Bertuahnya mereka mempunyai seorang Imam yang berilmu yang hidup dikalangan mereka, dan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi. Sayyid melayani aku dengan penuh kesopanan dan kemurahan hati sehingga aku terlupa akan keluarga ku dan puak ku, dan berasa jika aku tinggal dengan beliau selama sebulan, maka pasti aku akan menjadi Shiah kerana adab, kerendahan dan kemurahan hati beliau. Setiap kali aku memandang beliau, Sayyid akan membalas dengan senyuman dan bertanya padaku jika ada sesuatu yang aku perlukan. Dalam tempoh 4 hari aku bersama beliau, aku hanya meninggalkan Sayyid ketika sudah sampai waktu aku tidur. Ramai tetamu datang untuk berjumpa beliau, mereka adalah Shiah dari Hijaz, Bahrain, Qatar, UAE, Lubnan, Syria, Iran, Afghanistan, Turki dan Afrika. Sayyid berbicara dengan semua mereka dan menyelesaikan semua masalah mereka, dan mereka meninggalkan Sayyid dalam keadaan tersenyum dan gembira. Disini ingin aku menyebut satu kes yang telah di bawa pada Sayyid semasa aku bersama beliau, dan aku berasa kagum dengan cara beliau menangani masalah itu. Aku menyebut perkara ini kerana kepentingan sejarahnya, agar Muslim tahu apa yang telah mereka hilang dengan meninggalkan undang-undang Allah. 4 orang datang bertemu Sayyid, berdasarkan loghat yang digunakan, mereka adalah orang Iraq. Salah seorang dari mereka telah mewarisi sebuah rumah dari datuk mereka yang telah meninggal beberapa tahun yang lepas, dan dia telah menjual rumah itu kepada orang lain(yang turut hadir pada masa itu). Setahun selepas penjualan itu di sempurnakan. 2 saudara datang dan menuntut rumah itu kerana mereka juga adalah pewaris yang sah kepada rumah itu. 4 orang itu duduk berhadapan dengan Sayyid dan masing-masing mengeluarkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Sayyid membaca kesemuanya, dan selepas itu beliau berbicara sedikit dengan kesemua mereka, seterusnya memutuskan satu keputusan yang adil. Beliau memberikan pembeli rumah itu hak penuh kepada rumah itu, dan meminta penjual rumah itu membahagikan hasil jualan kepada saudara-saudara nya. Mereka berdiri dan mencium tangan Sayyid dan berpelukan antara mereka. Aku berasa terkejut dengan apa yang terjadi dan bertanya kepada Abu Shubbar: Sudahkah kes ini selesai? Dia menjawab: Ya, sudah selesai, semua orang telah mendapat hak mereka. Segala puji bagi Allah. Dalam kes sebegitu, dan dalam sebegitu pantas, masalah itu telah di selesaikan. Kes yang serupa di negara kami akan mengambil masa bertahun untuk di selesaikan, sesetengah plaintiff tidak sempat menghabiskan kes mereka dan meninggal, seterusnya di sambung oleh anak mereka. Juga tidak dapat di elakkan, kebanyakan kes, kos untuk mendapatkan rumah itu melebihi dari harga rumah itu. Kes itu akan berpindah dari mahkamah majistret ke mahkamah rayuan, dan pada akhirnya, semua orang tidak berpuas hati, dan perasaan benci antara manusia dan puak akan terjadi.

27

Abu Shubbar memberi komen: Kami juga melalui perkara yang serupa jika tidak lebih teruk. Beliau menyambung, jika orang ramai membawa kes ini ke mahkamah negeri, mereka akan melalui kesukaran yang serupa dengan apa yang baru anda katakan tadi. Tapi jika mereka mengikuti kepimpinan agama, dan menerima undang-undang Islam, dan membawa kes ini kepada dia(Sayyid), maka masalah akan diselesaikan dalam beberapa minit sahaja. Kepada orang-orang yang dapat memahami dan mengetahui, tidak ada satu pun undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah. Al Sayyid Al Sadr tidak mengenakan sebarang bayaran pada mereka, tetapi jika mereka pergi ke Mahkamah Negeri, harga yang terpaksa dibayar adalah sangat tinggi. Aku berkata: Segala puji hanya pada Allah! Saya masih tidak dapat mempercayai apa yang saya lihat, dan jika saya tidak melihat dengan mata saya sendiri, maka saya tidak akan mempercayainya langsung. Abu Shubbar berkata: Kamu tidak perlu menafikannya saudaraku, ini adalah kes yang mudah jika di bandingkan dengan kes yang lain, terutamanya jika membabitkan darah. Walaupun begitu, pihak berkuasa agama masih mengambil kes itu, dan mengambil masa beberapa jam untuk diselesaikan. Aku berkata: Jadi kamu mempunyai 2 kerajaan di Iraq, satu adalah kerajaan pusat manakala satu lagi adalah kerajaan kepimpinan ulamak. Dia membalas: Kami hanya mempunyai kerajaan persekutuan, tetapi Muslim dari Mazhab Shiah tidak mahu ada kena mengena dengan kerajaan pusat kerana kerajaan pusat bukanlah kerajaan Islam. Mereka terlibat dengan kerajaan pusat hanya kerana kes-kes kerakyatan, cukai dan undang-undang sivil. Jadi jika seorang Muslim mempunyai masalah dengan bukan Muslim, maka mereka akan membawa kes ke mahkamah Negeri. Tetapi jika dua orang Muslim komited untuk menerima penghakiman pihak berkuasa agama, maka tiada sebarang masalah. Oleh itu, kes-kes pihak berkuasa agama di selesaikan dalam jangka masa sehari. Insiden ini membuatkan ku berasa senang dengan undang-undang Allah dan aku berasa lebih memahami firmannya: Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir. 5:44 Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adala orang-orang yang aniaya. 5:45 Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang2 yang fasik. 5:47 Insiden ini juga membangkitkan perasaan marah dan benciku pada mereka yang mengubah undang-undang Allah yang adil kepada undang-undang tidak adil buatan manusia. Malah mereka pergi lebih jauh dengan sifat kurang ajar dan mencaci mereka mengkritik undang2 tuhan tidak berperi kemanusian kerana memotong tangan pencuri, merejam penzina dan membunuh pembunuh. Jadi dari manakah teori teori baru yang sungguh asing dari kita ini datang? Sudah pasti dari barat dan musuh-musuh Islam yang lain yang mengetahui perlaksanaan undang-undang Allah bermakna berakhirnya pemerintahan mereka kerana merekalah pencuri, penzina dan pembunuh. Aku mengadakan banyak perbincangan dengan Sayyid al Sadr dalam jangka masa itu, dan aku bertanya kepada beliau tentang semua perkara yang aku pelajari dari sahabatsahabatku tentang kepercayaan mereka dan pandangan mereka tentang para sahabat Rasulullah saw dan juga tentang Ali dan keturunannya, serta berbagai lagi isu yang tidak kami persetujui. Aku bertanya Sayyid tentang Imam Ali dan mengapa mereka mereka menyebut namanya di dalam azan dengan mengatakan Waliyullah. Beliau menjawab:

28

Amirul Mukminin Ali, alaihisalam, adalah salah seorang dari hambanya yang terpilih diberi tanggungjawab untuk membawa risalah nabi selepas kewafatannya. Hamba-hamba ini adalah pewaris kepada nabi, setiap nabi mempunyai pewaris dan Ali adalah pewaris kepada Rasulullah saw. Kami melebihkan beliau lebih dari para sahabat lain kerana Allah dan Rasulnya melebihkan beliau, dan kami mempunyai banyak bukti tentang itu, sesetengahnya diambil dari pemikiran logika, sesetengahnya di ambil dari Quran dan hadis. Dan bukti-bukti ini tidak dapat disyaki lagi kerana ia telah dikaji dengan amat teliti sekali oleh ulama-ulama kami dan dari mazhab Sunni. Regim Umayyad telah mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan kebenaran dan menentang Imam Ali dan keturunannya, yang mana telah dibunuh mereka. Malah mereka mengarahkan orang ramai, samada secara rela atau paksa, untuk melaknat Imam Ali. Jadi para pengikut beliau mula bersaksi bahawa beliau adalah wali Allah. Tiada muslim yang mahu melaknat sahabat Allah sebagai penentangan terhadap puak penindas. Ia telah menjadi sebahagian dari sejarah supaya generasi baru tahu jalan keadilan Ali dan kesalahan musuh-musuh beliau. Jadi para ulama kami terus menegakkan Ali adalah wali Allah di dalam azan mereka sebagai sesuatu yang baik. Terdapat banyak perkara-perkara baik jika kita tambahkan di dalam ritual harian ibadat kita, dan akan dikurniakan pahala jika dibuat dan tidak pula membawa kepada dosa jika tidak dibuat. Contohnya selepas syahadah kita, tidak mengapa jika kita menambah kesaksian lain seperti, aku bersaksi bahawa syurga itu benar, hari kiamat itu pasti terjadi. Aku bertanya lagi: Para ulama kami mengatakan keutamaan warisan kuasa adalah bermula dari Abu Bakr, kemudian Umar dan Usman setelah itu barulah Ali. Al Sayyid diam sebentar dan kemudian menjawab: Biarkan mereka bercakap apa yang mereka mahukan, tetapi adalah mustahil bagi mereka untuk membuktikannya dari sudut undang-undang, malah apa yang di katakan mereka bercanggah dengan apa yang ada di dalam buku mereka yang mengatakan: Manusia terbaik ialah Abu Bakr kemudian Umar dan kemudian Usman, dan tiada di sebut nama Ali kerana mereka menganggap beliau sebagai orang biasa. Ahli sejarah yang terkemudian meletakkan nama beliau kerana ingin menyebut nama Khalifah Ar Rasyidin.

Selepas itu aku bertanya lagi tentang sekeping tanah yang digunakan oleh Shiah untuk bersujud, di panggil Al Turbah Al Hussayniah. Beliau menjawab: Kami bersujud di atas tanah dan bukan kepada tanah, seperti yang dituduh oleh sesetengah orang lain. Sujud kami hanya untuk Allah swt. Perbuatan ini telah luas termaktub di kalangan kami juga di kalanga Sunni, iaitu sujud yang paling bagus adalah di atas tanah dan bahan-bahan lain yang di hasilkan dari bumi, tetapi bukan bahan makanan. Rasulullah selalu duduk di atas tanah, dan baginda mempunyai sekeping tanah bercampur rumput yang diginakan oleh baginda untuk sujud. Baginda juga mendidik para sahabat untuk bersujud atas tanah atau batu, dan melarang mereka dari bersujud di atas kain. Kami mengira tindakan ini adalah penting dan perlu. Imam Zai al Abidin, Ali ibnu Al Husain mengambil sekeping tanah dari kubur bapanya Abu Abdullah, kerana tanah di situ adalah diberkati dan suci, kerana darah Sayyid segala Syuhada tertumpah di atas nya. Jadi pengikut

29

beliau mengikut amalan itu sehingga ke hari ini. Kami tidak mengatakan bahawa sujud wajib di lakukan di atas turbah, tetapi sujud itu di bolehkan di atas tanah, batu-batuan atau hasil dari tanah yang tidak di makan atau di buat pakaian. Aku bertanya berkenaan pemimpin para syuhada. Al Hussain as: Mengapa golongan Shiah menangis dan memukul dada mereka dan bahagian badan yang lain sehingga terjadinya pendarahan, kerana Rasulullah bersabda, Barangsiapa yang memukul dada, mengoyak baju dan mengikut seruan Jahiliyah bukanlah dari kalangan kami. Hadis itu adalah benar dan tidak di ragukan lagi, tetapi tidak termasuk dalam majlis jenazah Abu Abdullah, kerana barangsiapa yang menyahut seruan menuntut bela terhadap Imam Hussain, seruan itu bukanlah seruan golongan jahiliyah. Perlu diingati, shiah juga adalah manusia biasa. Antara mereka, kita akan mendapati ada yang berilmu dan tidak berilmu, mereka mempunyai perasaan dan emosi. Jika mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka ketika ulangtahun syahidnya Abu Abdullah, mengingati apa yang terjadi pada mereka, keluarga mereka dan sahabat mereka,yang bermula dari penghinaan, kemudian ditangkap serta dibunuh akhirnya, jadi mereka akan diberi pahala atas niat baik mereka, kerana semua ini adalah kerana Allah yang menganugerahi sesuatu berdasarkan niat mereka. Pada minggu lepas saya terbaca satu laporan dari Mesir mengenai kejadian membunuh diri sejurus selepas kematian Jamal Abdul Nasser. Terdapat 8 kes bunuh diri di mana mereka terjun dari bangunan, meletakkan diri mereka di bawah keretapi dan berbagai lagi. Ini adalah contoh orang-orang yang emosinya telah mengawal pemikiran rasional nya, yang juga seorang Muslim, membunuh diri mereka kerana kematian Jamal Abdul Nasser, yang meninggal akibat semulajadi, oleh itu adalah tidak betul jika kami menghakimi Sunni dan mengatakan mereka salah. Sama juga jika sebaliknya, adalah tidak betul bagi Sunni dengan menuduh saudara mereka salah hanya kerana mereka menangisi Penghulu Syuhada. Mereka-mereka ini masih lagi menghidupkan sehingga ke hari ini peristiwa pembunuhan Hussain. Malah Rasulullah juga menangisi kematiannya dan begitu juga Jibril. Aku bertanya: Mengapa Shiah menghiasi kubur para wali mereka dengan emas dan perak, walaupun ia di larang di dalam Islam? Al Sayyid menjawab: Perkara ini tidak hanya dilakukan oleh Shiah sahaja dan ia tidak di larang. Lihat saja masjid-masjid Sunni di Iraq, Mesir atau Turki, atau di tempat lain di dalam dunia Islam yang lain, juga di hiasi dengan perkara yang serupa. Malah, Masjid Nabi di Madinah dan Kaabah juga diliputi oleh kain yang di hiasi dengan emas yang berharga melebihi jutaan. Jadi perkara ini tidak hanya melibatkan Shiah. Aku bertanya: Ulama saudi berkata menyentuh kubur dan memanggil para wali adalah syirik, apakah pendapat Tuan? Menyentuh kubur dengan pemahaman bahawa ia mampu memberi manfaat atau keburukan adalah syirik, tidak dapat di ragukan lagi, Muslim adalah monotheis dan mengetahui yang hanya Allah mampu memberi manfaat atau

30

keburukan.Tetapi jika kita memanggil para wali dan Imam dengan pemahaman bahawa mereka boleh menjadi perantara antara Allah, ini bukan satu jenis syirik. Semua Muslim bersetuju pada pendapat ini dari zaman rasulullah sehingga sekarang, kecuali Wahabi. Mereka telah menimbulkan kekacauan di kalangan kaum Muslimin dengan menuduh mereka menduakan Allah, menumpahkan darah mereka, malah memukul jemaah haji tua hanya kerana mereka berkata: Ya Rasulullah, selawat dan salam ke atas mu. Mereka menghalang orang ramai dari dari menyentuh kubur yang di sayangi. Mereka banyak berdebat dengan ulamaulama kami tetapi mereka berkeras di dalam kedegilan dan kesombongan mereka. Al Sayyid Sharaf al Din, seorang Ulama terkenal Shiah, pergi menunaikan haji di Baitullah pada zaman pemerintahan Raja Abdul Aziz Ibnu Saud, dan beliau adalah antara Ulama yang dijemput oleh Raja ke Istana untuk merayakan id-al Adha, bersamaan dengan adat ketika itu. Apabila telah tiba giliran beliau untuk bersalaman dengan baginda, Sayyid Sharafuddin menghadiahkan baginda Al Quran berkulit. Raja itu kemudiannya mengambil Quran itu dan meletakkan di dahinya, kemudian menciumnya. Sayyid berkata; Wahai raja,mengapa kamu mencium kulit kambing? raja menjawab: Aku bermaksud untuk meninggikan Quran, bukan kulit kambing. Sayyid kemudian berkata: Tepat sekali wahai Raja. Kami melakukan perkara yang serupa apabila kami menyentuh kubur, pintu atau tingkap makam Rasulullah, kami bermaksud untuk meninggikan Rasulullah, bukannya kayu atau batu yang di cium itu. Kami mengetahui bahawa batu dan kayu itu tidak dapat memberi sebarang manfaat atau keburukan kepada kami. Para hadirin merasa kagum dengan jawapan itu dan berkata: Kamu benar. Raja kemudiannya terpaksa membenarkan para jemaah meminta restu dari barangbarang peninggalan Rasulullah, sehingga arahan itu ditarik semula oleh Raja seterusnya. Isu ini bukan kerana mereka takutkan orang ramai akan terdedah kepada syirik, tetapi tindakan-tindakan sebegini adalah bermotifkan politik, untuk menguatkan pengaruh orang-orang tertentu, serta penguasaan mereka terhadap Muslim yang lain. Sejarah telah menyaksikan tindakan mereka terhadap negara Islam yang lain. Aku juga bertanya pendapat Sayyid tentang ajaran Sufi, dan beliau menjawab dengan ringkas: Terdapat aspek-aspek yang positif juga negative berkaitan mereka. Antara aspek positif ialah disiplin, kehidupan yang zuhud, penolakan nikmat-nikmat dunia dan mengankat diri ke dunia spiritual. Aspek negatif pula adalah hidup terasing, dan berbagai lagi amalan-amalan mereka. Islam seperti yang diketahui, menerima aspek positif dan membuang aspek negatif dan secara keseluruhannya kita boleh mengatakan prinsip dan ajaran islam adalah positif. RAGU-RAGU DAN KEHAIRANAN Jawapan yang diberikan oleh Sayyid al Sadr adalah sangat terang dan meyakinkan, tetapi adalah sangat sukar bagi orang seperti aku untuk menerimanya. 25 tahun hidupku dipenuhi dengan idea mengagungkan dan menghormati para sahabat nabi, terutamanya Khalifah Ar Rashidin. Rasulullah mengarahkan kita mengikuti ajaran mereka, terutamanya Abu Bakr As Siddiq dan Umar Al Faruq. Tetapi sejak aku sampai ke Iraq, tidak sekalipun aku mendengar nama mereka di sebut, yang disebut adalah nama-nama yang tidak pernah aku dengari

31

sebelum ini. Aku juga baru mengetahui tentang 12 Imam, dan Rasulullah telah melantik Ali sebagai pengganti Baginda sebelum wafat. Bagaimana aku boleh mempercayai bahawa sahabat-sahabat Rasulullah-antara manusia terbaik- selepeas pemergian baginda bersetuju untuk berkomplot menentang Imam Ali, sedangkan dari kecil, aku diajar bahawa para sahabat nabi begitu menghormati Ali, dan mengenali siapa sebenarnya dia dan perwatakannya. Mereka mengetahui bahawa beliau adalah suami kepada fatimah Az Zahra, bapa kepada Hassan dan Hussain, serta pintu gerbang kepada pintu Ilmu. Penghulu kita Ali mengetahui kualiti dan kebaikan Abu Bakr as Siddiq, yang menjadi antara yang terawal menyertai Rasulullah, dan menemani Rasulullah di dalam gua seperti yang diungkapkan oleh Allah di dalam Quran, sahabat yang telah di amanahkan oleh Rasulullah untuk memimpin solat ketika baginda sakit, dan baginda berkata kepada beliau, jikalau aku perlu membawa seorang sahabat baik, aku akan membawa Abu Bakr. Oleh kerana itu, Muslim memilih beliau sebagai Khalifah. Imam Ali mengetahui posisi Umar Al Faruq, yang dikatakan menguatkan Islam, Nabi memanggil beliau dengan nama Al Faruq, pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Imam Ali juga mengetahui kualiti Uthman, yang kehadirannya menyebabkan malaikat merasa malu, yang menjayakan angkatan perang Al Usrah, yang diberi gelaran Zul Nuraan, pemilik kepada dua cahaya kerana mengahwini 2 puteri Rasulullah. Bagaimana sanggup saudara kita Shiah membiarkan dan memandang sebelah mata perkara-perkara ini, dan menganggap personaliti ini sebagai manusiamanusia biasa, yang terdedah kepada keinginan duniawi dan ketamakannya sehingga mereka tersimpang dari jalan yang benar dan melanggar suruhan Rasulullah selepas kematiannya. Sungguh tidak dapat di terima akal bahawa orang-orang ini yang tanpa lengah dan ragu menunaikan sebarang arahan nabi, mereka sanggup membunuh anak mereka, dan bapa mereka kerana Allah dan Rasul nya, demi kemenangan Islam. Seseorang yang sanggup membunuh bapa dan anak mereka kerana Allah dan Rasulnya tidak mungkin menjadikan duniawi sebagai sasaran mereka dan mengingkari arahan Nabi. Ya, dan oleh kerana semua ini aku tidak dapat mempercayai apa yang dikatakan Shiah walaupun aku mendapati hujah-hujah mereka kuat serta logik. Aku berada di dalam keadaan ragu dan kehairanan. Ragu-ragu kerana apa yang dikatakan oleh ulama Shiah kepada ku, yang mana aku dapati logik dan dapat di fahami. Kehairanan kerana aku tidak dapat mempercayai yang para sahabat nabi menjatuhkan tahap moral mereka dengan begitu rendah sekali, dan menjadi seperti orang biasa seperti kita, tidak sedikit pun terpengaruh dengan cahaya Muhammad dan terbuka hati mereka. Ya tuhan, bagaimana boleh terjadi begini? Mungkinkah para sahabat berada di tahap yang di sebutkan oleh Shiah? Perkara yang paling penting sekali ialah perasaan ragu dan kehairanan ini adalah permulaan kepada kelemahan dan kesedaran bahawa terdapat banyak lagi isu-isu tersembunyi yang harus ku bongkari sebelum mencapai kebenaran. Sahabatku datang, dan kami bergerak menuju ke Karbala, di mana aku di sana aku menghidupkan tragedi pembunuhan Imam Hussain seperti mana pengikut-pengikut beliau, dan hanya setelah itu, barulah aku mengetahui yang beliau tidak melalui sebuah kematian yang biasa. Orang ramai menggerumuni makam beliau seperti kelkatu kepada cahaya, mereka menangis dengan keadaan yang sangat tragis dan sedih yang tidak pernah aku lihat sebelum ini, seolah-olah Imam hussain baru sahaja di syahidkan. Aku mendengar suara jurucakap yang menaikkan perasaan orang ramai dengan menceritakan kisah tragedi Karbala, diiringi laungan dan tangisan. Aku menangis dan menangis seolah-olah aku dihimpit sesuatu, dan aku merasa satu perasaan lega yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Aku berasa seolah-olah aku berada di dalam barisan tentera yang menentang Al Hussain, yang kemudiannya, aku bertukar pihak menyertai pengikut Al Hussain yang mengorbankan nyawanya demi Tuannya. Jurucakap itu menyampaikan kisah Al Hurr, iaitu salah seorang dari panglima tentera yang menentang Al Hussain, di tengah-tengah medan

32

tempur itu beliau mengeletar ketakutan. Apabila ditanya oleh salah seorang kawannya: Adakah kau takut mati? Beliau menjawab: Tidak demi Allah, tetapi aku sekarang sedang memilih antara syurga dan neraka. Beliau seterusnya menunggang kudanya dan menuju ke arah Al Hussain, dan bertanya: Bolehkah aku bertaubat, wahai cucu Rasulullah?!! Apabila aku mendengar sahaja perkataan itu, aku tidak dapat mengawal diriku sendiri, dan terjatuh di atas lantai, menangis dan merasa seolah-olah aku berada di posisi Al Hurr, bertanya kepada Al Hussain, Masih adakah taubat untukku wahai cucu Rasulullah. Suara jurucakap itu begitu menyedihkan sehingga membuatkan orang ramai menangis dan meraung, apabila sahabatku melihat aku menangis, dia memeluk aku dan menagnsi sambil menyebut, Ya Hussain..Ya Hussain.. Inilah saatnya di mana aku mengetahui erti tangisan yang sebenarnya, dan aku merasakan tangisan ku menyucikan hatiku dan badan ku dari dalam. Kini aku dapat memahami maksud kata-kata Rasulullah apabila baginda bersabda: Jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa. Aku berasa tertekan untuk keseluruhan hari itu, walaupun sahabatku cuba menceriakan ku. Aku meminta beliau menceritakan semula kisah kesyahidan Imam Hussain, kerana aku tidak mengetahui secara keseluruhan cerita itu, melainkan apa yang diceritakan oleh guruguru agama kami, di mana mereka mengatakan musuh-musuh Islam yang membunuh Umar, Usman dan Ali, merekalah yang membunuh Imam Hussain, tidak lebih dari itu. Kami juga pernah menyambut Asyura, sebagai salah satu dari hari kebesaran Islam, sedekah diberikan pada hari itu, kenduri diadakan dan berbagai lagi. Tetapi, di sesetengah kawasan lain, di hari Ashura, mereka tidak menyalakan api, atau melakukan sebarang pekerjaan. Orang ramai tidak berkahwin pada hari itu atau mengadakan sebarang acara perayaan pada hari itu. Kami menerima perkara ini pada nilai luarannya sahaja tanpa sebarang penjelasan di berikan. Lebih pelik lagi, ilmuan agama kami mengatakan betapa bagusnya hari Ahyura, dan betapa berkatnya. Kemudiannya, kami pergi melawat kubur Al Abbas, saudara Al Hussain. Aku tidak mengetahui siapa orangnya, lalu sahabatku menceritakan tentag dirinya serta keberaniannya. Aku juga berjumpa ramai Ulama yang nama penuh mereka tidak dapat ku ingati, tetapi aku dapat mengenali nama panggilan mereka: Bahr al Ulum, Al Sayyid al Hakim, Kashif al Ghita, Al Yasin, Al Tabatabai, Al Feiruzabadi, Asad Haidar dan ramai lagi, yang membuatkan aku rasa bertuah dengan kehadiran mereka. Mereka adalah pemimpin agama yang sangat alim, mempunyai semua tanda-tanda kerendahan, kezuhudan dan maruah serta kehormatan, dan populasi Shiah secara keseluruhannya menghormati mereka, dan memberi mereka 1/5 dari pendapatan mereka, juga di panggil Khums. Melaui pemberian ini, mereka menguruskan hal-hal berkaitan pusatpusat pembelajaran Islam, membuka institusi baru, menubuhkan akhbar-akhbar, dan membantu pelajar yang datang dari seluruh dunia Islam. Mereka bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana pemerintah, tidak seperti ahli agama kita, yang tidak akan melakukan sesuatu atau berkata sesuatu tanpa kebenaran pemerintah kerana gaji mereka dibayar pemerintah, yang melantik mereka atau membuang mereka bilamasa mereka mahu. Ini adalah satu dunia baru yang aku temui, atau lebih tepat lagi, Allah menemukan kepadaku. Aku mulai merasa gembira melaluinya setelah dahulunya aku menjauhi mereka, dan merasa gembira kerana sedikit demi sedikit aku menjadi sebahagian dari mereka setelah dahulunya aku menentang mereka. Aku mendapat idea-idea baru dari dunia baru ini, dan memberi inspirasi kepadaku untuk menyertai satu perjalanan mencari ilmu dan

33

penyelidikan sehingga aku mendapat kebenaran yang aku mahukan. Inspirasi ini kerap mendatangi aku setiap kali aku memikirkan kata-kata Rasulullah saaw, Anak-anak Israel akan menjadi 71 kumpulan, nasrani pula akan menjadi 72 kumpulan dan pengikut ku akan menjadi 73 kumpulan,semuanya kecualu satu akan masuk ke neraka. Di sini bukanlah tempatnya untuk berbicara mengenai berbagai kumpulan agama yang memberi kenyataan bahawa mereka adalah kumpulan yang benar dan yang lain adalah salah. Tetapi aku berasa terkejut melihat betapa ramai Muslim yang menyatakan dan menggunakan hadis ini dalam ucapan atau tulisan mereka tetapi langsung tidak menganalisis hadis ini, atau membuat percubaan untuk mencari kumpulan manakah yang benar. Lebih menarik lagi ialah apabila setiap kumpulan mengaku bahawa mereka adalah yang terselamat. Akhir hadis tadi berbunyi begini: Siapakah mereka wahai Rasulullah? baginda menjawab, Mereka ialah yang mengikut laluan ku dan para sahabatku. Wujudkah sebarang kumpulan Muslim yang mengaku bahawa mereka tidak mengikut Al Quran dan Hadis? Jika kita bertanya pada Imam Malik, Imam Hanafi, As Syafii atau Ibnu Hanbal, bukankah semua mereka akan menjawab mereka mengikut Al Quran dan Sunnah Nabi sebenar? Ini adalah mazhab Sunni sebagai tambahan kepada berbagai Mazhab Shiah, yang suatu ketika dahulu aku anggap sebagai sesat dan kafir. Semua Shiah mengaku mereka mengaku mengikuti Quran dan Sunnah nabi yang disampaikan oleh Ahl Al Bayt, keturunan Rasulullah terpilih yang lebih mengetahui apa yang mereka ucapkan. Mungkinkah mereka semua benar seperti yang mereka ucapkan? Mungkin juga kerana ia bertepatan dengan hadis hadis Rasulullah. Tapi mungkinkah juga hadis-hadis ini dipalsukan atau direka kemudiannya? Ini juga tidak mungkin kerana semua hadis itu diterima oleh kedua Sunni dan Shia. Mungkinkah juga kata-kata Rasulullah itu tidak bermakna? Aku berlindung kepada Allah bahawa Rasulullah boleh mengucapkan sesuatu yang tidak bermakna dan tidak bersebab kerana kata-kata baginda adalah kata-kata berilmu dan berhikmah.Oleh itu kita ditinggalkan oleh satu kesimpulan, iaitu hanya ada satu kumpulan berada di jalan yang benar manakala yang lainnya adalah salah. Oleh itu hadis ini boleh membuatkan seseorang berasa keliru dan kehairanan, tetapi pada masa yang sama, menggalakkan orang ramai berusaha mencari kebenaran dan mengkaji.

Dan oleh itu, aku berasa ragu-ragu selepas pertemuan ku dengan Shiah, kerana siapa tahu, mungkin mereka berkata benar. Jadi, memang sepatutnya aku mengkaji dan menyelidiki perkara ini. Islam, melalui Quran dan Sunnah Nabi mengarahkan ku untuk mengkaji, menyelidik dan membandingkan. Allah yang maha Tinggi berfirman: Barangsiapa berjuang gigih kearah kami, akan kami tunjuki mereka dengan jalan kami. (29:69) Mereka yang mendengarkan perkataan, lalu mereka turut mana yang sebaiknya, mereka itulah orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal(39:18) Rasul Allah juga bersabda: Kajilah agama kamu sehingga orang mengatakan kamu gila. Jadi kajian dan perbandingan adalah tanggungjawab bagi setiap Muslim. Setelah aku membuat azam dan keputusan ini, dan juga dengan janji yang telah aku buat dengan diriku dan sahabat-sahabat Shiah, telah tiba masa untuk aku pulang. Aku memeluk mereka, dan mengucapkan selamat tinggal pada mereka, dalam keadaan penuh sayu dan

34

sedih kerana aku menyukai mereka dan mereka juga menyukai aku. Aku merasakan seolah-olah aku meninggalkan sahabat baik dan setia, kerana mereka banyak berkorban demi aku di sini, demi membantu aku. Mereka melakukannya dengan kerelaan hati mereka sendiri, dan tidak meminta apa pun sebagai balasan kecuali keredhaan Allah swt. Rasulullah bersabda; Jika Allah memilik kamu untuk menunjuki kebenaran pada satu orang ke jalan kebenaran, maka ia lebih bernilai bagi kamu dari segala kekayaan dunia. Aku meninggalkan Iraq setelah menghabiskan masa 20 hari bersama para Imam dan pengikut mereka, dan masa berlalu seperti mimpi indah yang membuatkan seseorang itu berasa benci untuk bangun dari tidurnya. Aku meninggalkan Iraq dengan perasaan ralat mengenangkan betapa singkatnya tempoh masa ini, dan ralat kerana meninggalkan sahabat-sahabat baik yang penuh dengan cinta kepada Ahlul Bayt. Aku meninggalkan Iraq untuk Hijaz, mencari baitullah dan kubur Penghulu Umat Akhir Zaman.

PERJALANAN KE HIJJAZ Aku tiba di Jeddah dan bertemu sahabatku Al Basheer, yang tersangat gembira menyambut ku dan memberiku ku layanan yang sangat baik. Kami bersiar-siar di dalam kereta beliau dan menunaikan Umrah bersama. Aku memohon maaf dari beliau kerana kelewatan ku dan memberitahu beliau tentang penemuan ku di Iraq. Basheer adalah seorang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan, jadi beliau berkata kepadaku: Memang benar, kerana aku mendengar mereka mempunyai ramai ilmuan agung. Tetapi terdapat juga kumpulankumpulan yang sesat, memberikan kami masalah ketika musim haji. Aku bertanya, Apakah masalah itu? Beliau berkata: Mereka bersolat berhampiran kubur dan memasuki Baqee dalam kumpulan dan menangis. Mereka juga membawa sekeping batu untuk mereka gunakan ketika sujud. Bila mereka melawat kubur sayyid kita, Hamzah, mereka mengadakan upacara jenazah dan menangis seolah-olah hamzah baru sahaja meninggal dunia. Oleh kerana semua itu, kerajaan Saudi menghalang mereka melawat kubur. Aku tertawa dan berkata: Adakah kerana itu kamu menghakimi mereka sebagai sesat dari Islam? Beliau menjawab: Itu dan berbagai lagi, contohnya, mereka melawat makam nabi tetapi ketika berada berhampiran makam Abu Bakr dan Umar, mereka menghina mereka. Apabila aku mendengar pertuduhan ini, aku teringat apa telah diceritakan oleh bapaku apabila beliau pulang dari ibadah haji, yang mengatakan mereka membuang tanah pada kubur Rasulullah. Tidak ada keraguan lagi bahawa bapaku tidak pernah melihat kejadian ini dengan mata beliau sendiri kerana beliau berkata: Kami menyedari ada beberapa tentera Saudi memukul beberapa orang jemaah di Saudi. Kami membantah tindakan seumpama itu di Tanah Haram ini. Mereka menjawab: mereka ini bukan Muslim, tetapi Shiah yang membawa tanah untuk mengotorkan kubur Rasulullah. Bapaku berkata: Kami kemudian meninggalkan mereka dan mencaci mereka. (Shiah) Dan sekarang aku mendengar pula dari sahabatku dari Saudi, yang dilahirkan di Madinah, yang mereka(Shiah) melawat kubur Rasulullah tetapi dalam masa yang sama, mereka mengotorkan kubur Abu Bakr dan Umar. Aku menjadi sangsi tentang 2 cerita itu, kerana semasa aku menunaikan haji,dan berada di dalam ruangan di mana makam Rasulullah di

35

tempatkan, aku mendapati, kubur Abu Bakr dan Umar berkunci, dan tiada siapa yang mampu mendekati kubur itu untuk mengotorkannya, dan begitu juga untuk menyentuh kubur atau tingkap atau mana mana bahagian kubur itu. Terdapat dua sebab untuk aku mengatakan begitu. Pertama kerana tiada ruang, dan kedua kerana terdapat pengawal tentera yang menjaga di setiap pintu masuk, dan setiap mereka membawa rotan untuk memukul mana-mana jemaah yang berani masuk ke dalam ruang itu. Adalah satu kemungkinan tentera ini mereka-reka cerita untuk membetulkan tindakan keganasan mereka terhadap pengikut Shiah, membuatkan Muslim lain untuk melawan mereka dan menyebarkan cerita ini di Negara mereka yang Shiah membenci Rasulullah dan membuang kotoran pada kubur baginda. Seorang kenalan ku, yang aku percayai menceritakan padaku satu cerita: Kami sedang mengerjakan tawaf, ketika tiba-tiba seorang pemuda menghadapi sakit perut yang teruk lalu termuntah. Seorang tentera yang mengawal Kaabah memukul beliau serta menuduhnya mengotorkan Kaabah. Dia di bawa dengan cara yang kasar dan dibicara serta di bunuh pada hari yang sama. Semua cerita yang sungguh dramatik ini berpusing-pusing dalam fikiranku, dan aku memikirkan untuk seketika tentang kebenaran sahabat Saudi aku tadi dalam mengkafirkan Shiah. Malangnya aku tidak dapat mencari cerita selain dari cerita mereka memukul dada,serta menangis, bersujud di atas tanah dan menunaikan solat berhampiran kubur. Adakah ini adalah bukti yang cukup kuat untuk mengkafirkan seseorang yang mempercayai tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah RasulNya, menunaikan solat,membayar zakat,berpuasa di dalam bulan Ramadhan serta menunaikan Haji, menggalakkan amal makruf serta menghalang kemungkaran? Aku tidak mahu menyusahkan sahabatku dengan memulakan satu perbincangan yang siasia, jadi kau berkata dengan ringkas: Semoga Allah membuka hati kita dan mereka, dan membawa kita ke jalan yang benar. Setiap kali aku mengelilingi Rumah Allah semasa Umrah, aku sentiasa berdoa meminta Allah membuka mata hatiku dan membawa ku ke jalan yang benar. Aku berdiri di Makam Ibrahim lalu membaca ayat Quran ini: Berjuanglah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan, Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan bagi kamu kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapa mu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu Muslim dari dahulu dan di dalam ini(Quran), supaya Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi kepada seluruh manusia. Maka dirikanlah solah dan bayarlah zakat dan berpegang teguhlah pada Allah. Dia wali kamu, maka Dial ah sebaikbaik wali dan sebaik-baik pembantu. 22:78 Kemudian aku mula memanggil sayyid kita Ibrahim, atau bapa kita Ibrahim: Wahai bapa, keturunan mu telah tidak lagi bersefahaman selepas pemergian mu, setengah mereka menjadi Yahudi, yang lain menjadi Nasrani dan yang lain menjadi Muslim. Yahudi pula telah menjadi 71 kumpulan, Nasrani pula menjadi 72 kumpulan dan Muslim menjadi 73 kumpulan, semua mereka di dalam kegelapan kecuali satu. Mungkinkah ini terjadi kerana dimahukan oleh Allah swt, dengan cara Dia telah memberi setiap ruh takdir mereka sendiri, samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Muslim, atau mungkinkah perkara ini terjadi kerana cinta mereka pada dunia dan penyimpangan dari perintah Allah swt menyebabkan mereka melupakan Allah, jadi Dia menjadikan mereka lebih lupa.

36

Aku tidak mampu untuk membuat diriku mempercayai bahawa hidup kita dari awal lagi telah ditakdirkan, tetapi aku lebih mempercayai Allah telah mencipta kita dan memberi kita inspirasi untuk membezakan antara baik dan buruk, serta menghantar utusanNya(para nabi dan rasul) untuk menunjukkan jalan yang benar. Malangnya manusia terjatuh di atas godaan hawa nafsu mereka sendiri, dan dengan sifat takbur mereka, membuatkan mereka lebih menyimpang dari jalan yang benar. Mereka menjauhkan diri mereka dari Allah swt, maka hilanglah mereka dari jalan yang benar. Ayat Quran ini menjelaskan dengan baik sekali masalah ini: Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia, tetapi manusia lah yang menzalimi diri mereka sendiri. (10:44)

Hari ini, Ummah kita telah mencapai kedudukan paling rendah di dalam sejarah. Tanah kita di rampas, penduduk mereka dihalau. Al Aqsa pula di duduki oleh zionis, tiada apa di negara mereka kecuali kemiskinan, kebuluran, tanah gersang, penyakit, sifat-sifat buruk, penindasan dan pembunuhan. Cukuplah jika kita membandingkan tandas di negara barat dan di negara Islam, dan lihat betapa berbezanya kadar kebersihan antara keduanya. Sungguh ironik sekali kerana Islam mengajar kita bahawa kebersihan itu adalah tanda keimanan. Adakah keimanan kita telah berpindah ke negara mereka? Mengapakah Muslim merasa takut untuk mengisytiharkan keislaman mereka di negara mereka sendiri? Mengapa cara pakaian Islam tidak dibenarkan tetapi arak-arak yang haram di benarkan berleluasa penjualannya? Tiadalah daya atau kekuatan melain Allah. Ya Allah, mengapakah kamu telah meninggalkan Ummat ini di dalam kegelapan? Tidak, ampunkan aku Ya Allah, sebetulnya Ummat ini yang telah meninggalkan kamu, mereka telah memilih jalan syaitan. Sesungguhnya Engkau berkata benar dalam firmanmu: Barangsiapa yang mengalih diri mereka sendiri dari memperingati Ar Rahman, kami akan berikan padanya Syaitan, lalu menjadi syaitan itu, temannya. (43:36) Aku meninggalkan Makkah menuju ke Madinah bersama surat dari sahabatku Al Basheer, untuk keluarga beliau,agar aku dapat menginap bersama mereka sepanjang aku berada di Madinah. Setelah aku tiba, aku di sambut dengan penuh mesra. Sebaik sahaja aku tiba,aku pergi melawat makam Rasulullah, jadi aku menyucikan diriku sendiri dan memakai pakaian sebaik-baiknya. Hanya terdapat beberapa orang sahaja pelawat pada waktu begini kalau hendak di bandingkan dengan waktu ibadah Haji, jadi aku dapat berdiri di hadapan makam Rasulullah, Abu Bakr dan Umar, sesuatu yang tidak dapat aku lakukan ketika aku menunaikan haji dahulu. Bila saja aku mahu menyentuh pintu itu untuk keberkatan, salah seorang dari pengawal itu menghalau aku, dan ketika aku duduk untuk masa yang lama berdoa dan berselawat, pengawal itu mengarahkan aku pulang. Aku cuba berbincang dengan pengawal itu tanpa sebarang hasil. Aku kembali semula ke medan terbuka, dan membaca Quran di situ untuk menambah baik bacaan ku. Aku mengulangi pembacaan itu berulang kali kerana aku merasakan seolah-olah Rasulullah sedang mendengar bacaan ku. Aku berkata kepada diriku sendiri: Adakah benar yang Rasulullah saw juga mati seperti kematian orang-orang biasa? Jika benar, mengapa kita berkata di dalam solat kita, Salam ke atas mu wahai Nabi, dan semoga rahmat Allah dan keberkatannya keatas kamu seolah-olah kita sedang bercakap dengan baginda. Sesetengan Muslim mempercayai yang Nabi Khidr masih hidup, dan akan menjawab salam sesiapa pun yang diberikan padanya. Begitu juga aliran sufi mempercayai Shaeikh mereka, Ahmad al Tijani dan Abdul Qadir jilani datang berjumpa mereka secara berdepan dan bukan di dalam mimpi, jadi mengapa kita tidak dapat memberikan sifat-sifat ini pada Rasulullah,manusia terbaik?

37

Tetapi dari sudut positif, aku mendapati Muslim tidak bersifat begitu kepada Rasulullah kecuali Wahabi, yang mana aku mulai merasa tidak senang pada mereka. Aku dapati perangai mereka bersifat memaksa, kerana mereka melayani Muslim lain yang tidak bersetuju dengan sangat kasar sekali. Aku pernah melawat perkuburan Baqee, dan semasa aku sedang mendoakan rahmat pada ruh-ruh Ahlul Bayt, aku menyedari seorang tua di sebelah ku yang sedang menangis, dan kerana itu aku mengetahui yang dia adalah Shiah. Beliau menghadapkan diri ke kaabah dan bersolat. Sejurus selepas itu, seorang tentera terus menuju kearah beliau seolah-olah mereka telah lama memerhatikan beliau. Tentera itu menendang orang tua itu ketika beliau sedang bersujud. Orang tua itu terus terlentang dan pengsan, dan tentera itu terus memukul sambil mencaci beliau. Aku risaukan keadaan orang tua itu, kemungkinan beliau boleh mati, jadi aku menjerit pada tentera itu: Kamu tidak boleh melakukan begini. Kenapa kamu memukul dia ketika dia sedang bersolat? dia menjawab: Kamu diam dan jangan masuk campur, atau aku melakukan pada kamu apa yang aku lakukan pada dia! Aku menyedari tentera itu sangat agresif jadi aku mengelak dari dia. Aku merasa marah pada diriku sendiri kerana tidak ada apa yang dapat aku lakukan kepada orang yang dilayan dengan penuh ketidakadilan. Aku juga merasa marah pada kerajaan Saudi yang mengambil tindakan tanpa sebarang penyiasatan dan akaunbiliti. Orang ramai menyaksikan kejadian itu, tetapi apa yang mampu mereka lakukan hanyalah mengucapkan La haula Wala Quwwata illa billah. Sementara yang lain mengatakan: Dia layak mendapat nasib begini kerana beliau bersolat berhampiran kubur. Aku tidak dapat mengawal diriku, jadi aku berkata pada orang itu, Siapa yang mengatakan kita tidak boleh bersolat berdekatan kubur? Dia menjawab: Rasulullah. Aku menjawab dengan marah: Kamu menipu Rasulullah saw. Aku tersedar tentang keadaan yang merbahaya di situ dan risau orang akan memanggil tentera untuk menyerang aku, jadi aku melembutkan suara ku dan berkata: Jika Rasulullah melarang kita bersolat di kubur, jadi mengapa jutaan orang Islam mengingkari perintah itu setiap tahun dengan bersolat berdekatan kubur Rasulullah, Abu Bakr dan Umar? Kalaupun bersolat berdekatan kubur itu adalah satu dosa,adakah ia perlu di haling dengan sebegini kasar? Biar aku ceritakan pada kamu satu cerita mengenai seorang arab badwi yang kencing di dalam masjid nabi, dalam keadaan Rasulullah melihatnya, sementara para sahabat yang lain mengeluarkan pedang untuk membunuh mereka, tetapi Rasulullah menghalang mereka dan mengarahkan mereka membersihkan kawasan itu dan berkata: Kita di arahkan untuk memudahkan perkara bukan menyusahkan. Kita diarahkan untuk menyebarkan kebaikan bukan menjauhkan orang dari kita.

Para sahabat menurut perintah baginda, dan meminta orang itu datang pada Rasulullah agar baginda dapat menegur dengan lembut. Baginda menerangkan kepada orang itu, bahawa masjid adalah rumah Allah dan tidak harus dikotorkan, dan orang itu memahami kata-kata Rasulullah kerana selepas itu beliau sering kelihatan di masjid dengan pakain yang terbaik dan bersih. Allah swt adalah benar dalam firmanNya pada Rasulullah: Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar maka bercerai berailah mereka menjauhi engkau(3:159) Sesetengah dari pelawat tersedar dari cerita aku itu, dan salah seorang dari mereka membawa aku ketepi dan bertanya padaku tempat asal ku. Aku menjawab aku dari Tunisia. Beliau kemudian bersalaman dengan ku dan berkata: Wahai saudara, demi Allah, jagalah dirimu dan jangan mengucapkan perkara sebegini lagi di sini, dan ini adalah nasihatku padamu, kerana Allah. Aku berasa sangat marah kepada mereka yang kononnya adalah

38

penjaga al-haramain kerana melayan tetamu Yang Maha Pengasih dengan sangat kasar, agar tiada orang dibenarkan menyuarakan pendapat yang tidak sama dengan mereka, dan tiada orang yang mempunyai kepercayaan yang tidak sama dengan kepercayaan mereka. Aku pulang ke rumah sahabat baru aku yang ketika itu tidak aku ketahui namanya, dan beliau membawakan ku makanan ringan, duduk di hadapan ku dan bertanyakan kemana aku pergi pada hari itu. Aku menceritakan kisah ku dari awal hingga akhir dan berkata: Saudaraku, saya sudah mula merasa tidak berpuas hati dengan pemikiran Wahabi dan berminat kearah Shiah. Dengan segera ekspresi muka beliau berubah dan berkata pada ku: Ini adalah amaran pada kamu, jangan sesekali kamu berkata begitu lagi! Beliau kemudian meninggalkan aku tanpa menghabiskan makanan beliau. Aku menunggu beliau sehingga tertidur, aku terjaga semula ketika azan solat subuh dari masjid Nabi, dan mendapati makanan beliau tidak di sentuh, bermakna beliau tidak pulang semalam. Aku berasa sangsi dan syak bahawa beliau mungkin adalah pengintip kerajaan, jadi aku meninggalkan rumah itu dengan cepat dan pergi ke Masjid Nabi. Selepas solat Zuhur, terdapat seorang penceramah sedang memberi kuliah tentang Al Quran yang kemudiannya aku baru mengetahui beliau adalah Qadi(Magistret) Madinah. Selepas beliau tamat dengan kuliahnya aku bertanya pada beliau, Tuan, bolehkah tuan menerangkan tentang ayat Quran ini: Sesungguhnya Allah hanya mahu menyucikan segala kekotoran dari kamu wahai Ahlul Bayt, dan membersihkan kamu dengan sesuci-suci pembersihan.(33:33) Aku bertanya, Siapakah Ahlul Bayt seperti yang dikatakan di dalam ayat ini? Dia menjawab, Mereka adalah isteri Rasulullah kerana ayat ini di mulakan dengan ayat yang ditujukan kepada mereka. Aku berkata kepada beliau: Ulama Shiah mengatakan mereka adalah Ali, Fatimah, Al Hassan dan Al Hussain, saya juga tidak bersetuju dengan mereka kerana permulaan ayat ini di tujukan kepada ister-isteri Rasulullah, kemudian mereka menjawab sebegini: Jika ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah maka ayat ini akan menggunakan gaya bahasa feminin. Tetapi ketika ayat untuk Ahlul Bayt diturunkan, ia menggunakan gaya bahasa kelelakian, bermakna ia ditujukan untuk lelaki. Beliau menanggalkan cermin mata beliau dan berkata, Berhati-hatilah dengan idea yang meracun fikiran seperti ini, Shiah sering mengubah ayat-ayat Allah sesuka hati mereka, dan terdapat banyak ayat-ayat tentang Ali dan keturunanannya yang tidak kita ketahui. Malah mereka mempunyai Quran mereka yang tersendiri yang di panggil Quran Fatimah. Aku mengingatkan pada kamu agar tidak tertipu dengan mereka. Aku tinggal di Madinah selama seminggu, dan dalam tempoh itu aku melakukan banyak penelitian, hasilnya aku menjadi lebih kritikal terhadap pemikiran Wahabi. Aku meninggalkan Madinah dan bertolak ke Jordan untuk berjumpa kawanku. Aku tinggal di sana selama 3 hari dan mendapati mereka mempunyai penuh kebencian terhadap Shiah, lebih dari di Tunisia. Aku mendengar cerita-cerita yang sama tentang mereka, dan bila aku bertanya mereka bukti, maka mereka akan menjawab Kami mendengar dari mereka, tetapi aku mendapati tiada antara mereka telah berdialog dengan Shiah atau membaca buku-buku mereka atau berjumpa dengan Shiah sekalipun. Aku mengenang kembali seluruh perjalananku di dalam fikiran dan membuat kesimpulan bahawa aku sudah mula cenderung kearah shiah dan menghormati mereka. Dalam masa

39

yang sama, aku sudah mulai tidak menyukai dan menjauhi fahaman Wahabi. Aku bersyukur pada Allah atas jagaanNya dan memohon agar aku di beri jalan yang benar. Aku sampai ke rumah tidak sabar untuk bertemu keluarga ku, dan mendapati semua mereka sihat. Aku berasa terkejut bila memasuki rumahku mendapati banyak buku telah sampai sebelumku. Buku-buku ini memenuhi rumahku. Aku berterima kasih kepada mereka yang tidak memungkiri janji dan menghantar buku-buku ini padaku. PERMULAAN KEPADA KAJIAN Aku menyusun semula buku-buku aku dan menyimpan di tempat istimewa. Aku mula membaca buku-buku seperti Kepercayaan Imamiyah dan Asal dan Prinsip Shiah dan berasa fikiran ku senang dengan kepercayaan mereka. Kemudiaan aku membaca Al Murajaat tulisan Sheikh Sharaf al Din al Musawi. Selepas aku membaca beberapa muka,aku berasa begitu tertarik sehingga aku tidak dapat meninggalkan melainkan benar-benar perlu. Aku berasa begitu kagum dengan ilmuan Shiah yang menjawab secara terus permasalahan dari ilmuan Sunni dari Al Azhar. Aku menjumpai objektif ku dalam buku itu kerana penulisnya menulis apa yang beliau sukai tanpa kritikan dan perbincangan kerana buku ini berbentuk dialog antara kedua-dua ulama dari mazhab yang berbeza dan kritikal terhadap pendapat antara mereka berdua. Kedua mereka mendasarkan pendapat mereka kepada dua sumber iaitu Al Quran dan Sunnah yang benar, yang diterima di dalam Sihah Sittah kita. Aku merasa terdapat persamaan antara diriku dan idea dalam buku itu, kerana aku adalah pencari kebenaran dan sanggup menerima apa sahaja yang dijumpai. Oleh kerana ini, aku mendapati buku ini sangat berguna kepada ku dan aku terhutang budi padanya. Aku merasa terkejut apabila mendapati beliau bercakap mengenai kedegilan sesetengah sahabat dalam menuruti perintah Rasulullah, dan memberi banyak contoh antaranya Raziyat Yaum al Khamis(Bencana Hari Khamis), di mana Tuan kita Umar Al Khattab mengingkari arahan Rasulullah saw dan menuduh baginda nyanyuk. Pada mulanya aku menyangkakan ini hanyalah kenyataan dari buku Shiah, tetapi apa yang memeranjatkan aku ialah penulis membuat rujukan dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Aku bertolak ke ibu negara, dan di sana aku membeli buku-buku seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, Sahih At Tarmizi, Muwatta Imam Malik dan banyak lagi buku buku terkenal. Aku tidak sabar untuk membacanya di rumah, jadi dalam perjalanan antara Tunis dan Ghafsa, aku meluangkan masa mencari Insiden Hari Khamis di dalam buku-buku itu dengan harapan aku tidak menjumpainya. Malangnya, aku tetap menjumpainya, dan aku membacanya berulang-ulang seperti yang dikatakan oleh Sayyid Sharaf Al Din. Aku cuba untuk menafikan insiden ini, tetapi bagaimana dapat aku nafikan kerana ia terdapat dalam Sihah Sittah kita, yang isinya wajib kita terima? Jika kita menolak atau meragui isi-isinya, maka ia bermakna kita meninggalkan semua kepercayaan kita. Jika ilmuan Shiah mengatakan perkara ini dari buku mereka, maka sudah pasti aku menolaknya, tetapi beliau merujuk kepada Sihah kita, yang tidak dapat ditentang kerana kita mempercayai bahawa buku-buku ini adalah kedua selepas Quran. Isu ini sangat rumit kerana jika kita meragui Sihah Sittah kita, maka kita akan tiada lagi tempat rujukan kerana Al Quran hanya merangkumi isu-isu secara am dan tidak secara terperinci. Kita telah dilahirkan dalam jarak masa yang panjang dari zaman Rasulullah, jadi kita mewarisi hukum-hukum agama dari nenek moyang kita dengan bantuan Sittah ini. Oleh kerana aku bakal mengikuti satu kajian yang akan mengambil masa yang lama, maka aku berjanji pada diri ku untuk hanya mengguna pakai hadis-hadis yang diterima kebenarannya oleh kedua pihak, Shiah dan Sunnah, serta meninggalkan hadis yang hanya

40

di sebutkan oleh sebelah pihak sahaja. Hanya dengan cara ini sahaja aku dapat melindungi diriku dari faktor emosi, fanatik assabiyah dan semangat kebangsaan. Dalam masa yang sama juga ia membantu aku kearah kepastian dan membuang keraguan. PERMULAAN KEPADA KAJIAN MENYELURUH 1. Sahabat dari pandangan Shiah dan Sunnah Salah satu dari kajian yang aku anggap sebagai paling penting dalam perjalananku mencari kebenaran adalah kajian tentang kisah hidup para sahabat, hal ehwal mereka, sumbangan mereka serta pandangan mereka, kerana mereka adalah batu asas kepada semua perkara, dan dari mereka kita mengambil prinsip-prinsip agama, dan mereka menerangkan kegelapan kita, supaya kita dapat melihat undang-undang Allah. Ramai ilmuan Islam, meyakini kenyataan di atas, memulakan kejian tentang kehidupan mereka serta sumbagan para sahabat. Antara hasilnya ialah Usd al Ghabah fi Tamyeez al Sahabah dan al Isabah fi Maarifat al Sahabah,dan banyak lagi buku yang menganalisis secara kritikal kisah-kisah para sahabat, dari pandangan Sunni. Malangnya terdapat sedikit masalah di sini, iaitu kebanyakan ilmuan-ilmuan awal Islam menulis dengan cara yang di mahukan oleh pemerintah-pemerintah Dinasti Umayyah dan Abbasiyah, yang terkenal dengan penindasan mereka terhadap Ahlul Bayt dan pengikut mereka. Oleh itu adalah tidak adil untuk bergantung sepenuhnya pada hasil-hasil penulisan mereka sahaja, tanpa merujuk kepada ilmuan Muslim lain yang dibunuh oleh kerajaan ini kerana mereka adalah pengikut Ahlul Bayt.

Masalah utama adalah para sahabat sendiri kerana mereka tidak bersetuju dengan kehendak Rasulullah untuk menulis mereka satu dokumen yang akan membantu mereka berada di jalan yang benar sehingga hari kiamat. Ini menyebabkan Negara Islam kurang cirri-ciri yang unik dan akhirnya terjerumus dalam kegelapan sehingga berpecah belah dan ketidaksatuan. Merekalah yang tidak bersefahaman dalam isu Khalifah dan berbelah bagi antara parti pemerintah dan pembangkang, dan akhirnya membelahkan negara kepada penyokong Ali dan Muawiyah. Merekalah yang berbeza pendapat tentang pentafsiran Quran dan sunnah Nabi, yang menjurus kepada terciptanya berbagai mazhab, kumpulan dan dari mereka datangnya ramai ilmuan yang di inspirasikan dari cita-cita politik dengan tujuan mencapai kuasa politik. Kaum muslimin pasti tidak akan berpecah belah jika tidak kerana para sahabat, kerana setiap perselisihan yang di wujudkan dimasa silam atau sekarang adalah perselisihan kerana para sahabat. Mereke mengakui satu tuhan, rasulnya dan 1 kiblat, tetapi perselisihan mereka bermula pada hari pertama kematian Rasulullah saaw di Saqifah bani Saidah, dan berterusan sehingga hari ini. Melalui perbincangan ku dengan ilmuann Shiah, aku mendapati dari pandangan mereka, para sahabat terbahagi kepada 3 kategori. Kategori pertama adalah para sahabat yang baik, mengenali Allah dan Rasulnya, dan mereka mendukung baginda sehingga ke akhir hayatnya. Mereka adalah sahabat yang sebenar dari perkataan dan perbuatan mereka, dan tidak pernah meninggalkan baginda. Allah swt memuji mereka berkali-kali di dalam Quran, begitu juga Rasulullah memuji mereka. Kumpulan sahabat ini sangat di hormati oleh Shiah dan Sunni.

41

Kategori kedua ialah para sahabat yang menyertai Islam melalui pilihan atau ketakutan, dan mereka sentiasa menunjukkan rasa berterima kasih kepada Rasulullah kerana keislaman mereka. Bagaimanapun mereka menyakiti Rasulullah di beberapa kejadian, dan tidak selalunya menunaikan arahan Nabi, malah mereka mencabar arahan Baginda, sehingga Allah swt, melalui Quran, masuk campur dengan menegur mereka atau mengancam mereka. Allah swt membongkar sifat mereka di dalam Quran dan begitu juga Rasulullah kerap menegur mereka dalam hadis baginda. Shiah menyebut mereka hanya kerana jasa mereka tanpa sebarang penghormatan. Kategori ketiga ialah para munafiq yang menyertai Rasulullah untuk menipu baginda. Mereka berpura-pura Islam,tetapi di dalam hati mereka, penuh dengan keinginan untuk melakukan kerusakan pada Ummah. Allah telah menurunkan satu surah mengenai mereka dan menyebut mereka di banyak tempat lain, menjanjikan mereka Neraka yang paling dalam sekali. Shiah dan Sunnah bersetuju untuk melaknat mereka, dan tidak mahu ada kena mengena dengan mereka. Terdapat satu kumpulan sahabat yang istimewa, yang diri mereka berbeza denga kumpulan lain kerana mempunyai perhubungan darah dengan Rasulullah, juga kerana mereka mempunyai ciri-ciri serta sifat-sifat istimewa secara spiritual, juga mendapat keistimewaan dari Allah dan Rasulnya yang tiada siapa pernah mendapatnya sebelum ini. Mereka adalah Ahlul Bayt(Ahli Rumah/Keluarga) yang mana mereka telah di sucikan oleh Allah, juga kita telah diarahkan untuk bersolawat kepada mereka dengan cara yang sama seperti kita berselawat pada Rasulullah. Allah swt juga telah mewajibkan kita untuk membayar 1 per 5 dari lebihan pendapatan kita kepada mereka, dan sebagai balasan kepada risalah yang dibawa oleh Muhammad,kita telah diarahkan untuk menyayangi mereka. Mereka adalah pemimpin kita dan kita perlu menuruti mereka. Mereka adalah golongan yang begitu dalam ilmu mereka, juga memahami maksud terserlah dan tersirat Al Quran.

Merekalah ahli Zikir yang di sebutkan oleh Rasulullah sebagai salah satu dari Al Thaqalayn(2 perkara berat) yang disamakan kepentingan mereka dengan Al Quran, dan mengarahkan untuk mentaati mereka(Kanz Al Ummal dan Musnad Imam Ahmad). Baginda menyamakan mereka seperti bahtera nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya akan selamat, manakala mereka yang meninggalkan mereka akan lemas.(Al Mustadrak karangan Al Hakim dan Al Sawaiq Al Muhriqah karangan Ibnu Hajar) Para sahabat mengetahui kedudukan para sahabat dan menghormati mereka. Shiah mengikuti mereka dan meletakkan mereka melebihi mana-mana sahabat, serta mereka mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan itu. Golongan Sunni menghormati dan mengagungkan para sahabat, tetapi tidak menerima klasifikasi di atas dan tidak mempercayai sesetengah sahabat adalah hipokrit. Mereka mempercayai para sahabat adalah generasi terbaik, dan manusia terelok pekerti mereka selepas Rasulullah. Jika mereka mengklasifikasikan para sahabat, mereka akan melakukannya dengan menyusun mereka melalui senioriti, sifat-sifat mulia mereka dan sumbangan mereka kepada Islam. Mereka meletakkan Khalifah Arrashidin di tempat pertama, kemudian 6 orang sahabat dari 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga di tempat kedua. Oleh itu, apabila mereka berselawat pada Nabi dan keluarga baginda, mereka menambah para sahabat tanpa sebarang pengecualian.

42

Inilah apa yang aku ketahui dari ilmuan Sunni dan Shiah tentang klasifikasi mereka tentang para sahabat, dan juga penyebab untukku memulakan kajian terperinci tentang kisah hidup mereka. Aku berjanji dengan Allah swt untuk membuang dari diriku sifat-sifat prejudis dan bebas dari pengaruh negatif emosi, untuk memastikan diriku neutral dalam mengkaji hujjah kedua belah pihak. Kesimpulan yang aku akan ambil adalah berdasarkan dua prinsip utama iaitu:

1.

Hujjah yang logik, iaitu aku hanya akan mengikuti pihak yang hujjah mereka mempunyai persetujuan dengan AlQuran dan Sunnah nabi yang benar. 2. Tidak bercanggah dengan logic akal, kerana akal adalah pemberian terbesar Allah swt kepada manusia, melaluinya Allah swt meninggikan darjat kita, dan membezakan kita dari ciptaannya yang lain. Biarlah Islam ku pada asasnya adalah mempercayai Allah, Malaikat, kitabNya dan Rasulnya, dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, serta agama Allah adalah Islam. Aku juga tidak akan bergantung kepada mana-mana sahabat, biar apa pun kedudukan mereka disisi Rasulullah, kerana aku tidak ada kena mengena dengan Ummayad atau Abbassid atau Fatimid, dan aku juga bukan Sunni atau Shiah, dan aku tidak mempunyai apa-apa sifat permusuhan terhadap mana-mana para sahabat. 2. Para Sahabat semasa Perjanjian Damai Hudaibiyah Pada enam tahun selepas Hijarah, Rasulullah bersama 1,400 orang sahabat berarak ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Mereka berkampung di Dhi al Halifah, di mana Rasulullah mengarahkan para sahabat meletakkan senjata dan memakai Ihram, kemudian mereka menghantar al Hady ke Makkah bagi memberitahu Quraish tujuan mereka semua, iaitu untuk menunaikan Umrah dan bukan untuk berperang. Tetapi Quraish, dengan kemegahan mereka untuk menjaga reputasi mereka di mata orang Arab yang lain enggan membenarkan Rasulullah dan para sahabat memasuki Makkah, dan menghantar Suhail ibnu Amr untuk bertemu Rasulullah bagi menyatakan ketetapan itu. Beliau meminta Rasulullah untuk berpatah balik pada tahun itu dan dibenarkan untuk memasuki Makkah selama 3 hari pada tahun seterusnya. Sebagai tambahan kepada perkara itu, pihak Quraish juga meletakkan beberapa syarat yang berat sebelah, yang mana dipersetujui oleh Rasulullah, dan seperti yang diwayhukan oleh Allah pada baginda. Sahabat tidak menyukai tindakan Rasulullah dan menentang tindakan itu dengan kerasnya, dan Umar al Khattab datang dan berkata kepada Baginda: Bukankah kamu adalah Rasul Allah? Nabi menjawab: Ya Umar bertanya: Bukankah kita benar dan musuh kita salah? Rasulullah menjawab: Ya Umar membalas: Jadi mengapa kita memalukan agama kita sendiri? Rasulullah menjawab: Aku adalah pembawa utusan Allah swt, dan tidak sesekali akan mengingkari arahanNya, kerana Dia adalah penyokong ku. Umar bertanya: Bukankah kamu pernah berkata yang kita akan memasuki Makkah dan bertawaf mengelilingi Kaabah? Rasulullah menjawan: Ya, tetapi adakah aku menyatakan kita akan memasuki pada tahun ini? Umar menjawab: Tidak. Rasulullah berkata: Jadi kamu akan memasukinya dan mengelilinginya tidak lama lagi. Umar kemudiannya berjumpa dengan Abu Bakr dan bertanya kepada beliau: Ya Abu Bakr, bukankah dia adalah Rasul Allah? Beliau menjawab: Ya Kemudian Umar bertanya kepada Abu Bakr soalan yang sama seperti yang diajukan pada Rasulullah, dan Abu Bakr menjawab soalan itu dengan jawapan yang sama seperti Baginda Rasul, dan menambah: Wahai Umar, baginda adalah Rasulullah, dan Dia adalah penyokong baginda, maka berpegang teguhlah pada Baginda.

43

Setelah Nabi selesai menandatangani perjanjian itu, baginda berkata kepada para sahabat: Pergi dan sembelihlah sembelihan, dan cukurlah kepala mu. Dan demi Allah, setelah Nabi mengulangi 3 kali perintah itu, hanya seorang sahaja yang bangun untuk menunaikan perintah baginda. Setelah melihat tiada orang yang menuruti perintahnya, baginda masuk ke dalam khemah, kemudian keluar semula tanpa berbicara dengan siapa pun, menyembelih seekor unta muda dengan tangan baginda sendiri, dan meminta seorang mencukur rambut baginda. Apabila para sahabat melihat itu semua, mereka pun bangun, menyembelih sembelihan dan mencukur kepala satu sama lain sehingga hampir membunuh antara satu sama lain. (Sahih Al Bukhari, Kitab Al Shurut) Ini adalah ringkasan Perjanjian Hudaibiyah, iaitu satu peristiwa yang dipersetujui oleh Shiah dan Sunnah, dan turut diceritakan oleh ramai sejarawan seperti Al Tabari, Ibnu Al Athir, Ibnu Saad, Al Bukhari dan Muslim. 3. Sahabat dan Tragedi Hari Khamis Berikut adalah uraian peristiwa secara ringkas: Tiga hari menjelang wafatnya Nabi SAWW para sahabat berkumpul di rumah Rasul SAWW. Nabi yang mulia memerintahkan mereka untuk mengambil kertas dan dakwat agar dituliskan kepada mereka suatu wasiat yang akan memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat berselisih. Sebahagian mereka enggan mematuhinya dan bahkan menuduh baginda telah meracau sehingga membuat Nabi marah sekali dan mengusir mereka dari rumahnya tanpa menuliskan apa-apa. Perinciannya adalah sebagai berikut: Ibnu Abbas berkata: "Hari Khamis, oh hari Khamis. Waktu Rasul merintih kesakitan, beliau berkata, mari kutuliskan untuk kalian suatu pesan agar kalian kelak tidak akan tersesat selamanya. Umar berkata: Bahwa Nabi sudah terlalu sakit sementara Al-Quran ada di sisi kalian. Cukuplah bagi kita Kitab Allah. Orang yang berada dalam rumah berselisih dan bertengkar. Ada yang mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar dituliskannya suatu pesan di mana kalian tidak akan tersesat setelahnya. Ada sebagian lain berpendapat seperti pendapatnya Umar. Ketika pertengkaran di sisi Nabi semakin hangat dan riuh Rasul pun berkata, "Pergilah kalian dari sisiku." Ibnu Abbas berkata: "Tragedi yang paling menyayat hati Nabi adalah larangan serta pertengkaran mereka di hadapan Rasul yang ingin menuliskan suatu pesan untuk mereka." (Sahih Bukhari dan Muslim, Musnad Ahmad, Tarikh Al Tabari dan Tarikh Ibnu Al Athir) Peristiwa ini benar-benar terjadi. Para ulama, ahli hadis dan ahli sejarah Syi'ah dan Sunnah mencatat riwayat ini dalam buku-buku mereka. Dan ini harus kuterima kerana ikrarku dan janji yang telah ku buat. Di sini juga aku merasa sangat hairan di atas sikap yang ditunjukkan oleh Umar terhadap perintah Nabi SAWW, iaitu, perintah yang akan menyelamatkan ummat ini dari kesesatan. Tanpa ragu lagi bahwa wasiat tersebut tersirat sesuatu yang penting bagi kaum muslimin dan akan menghapuskan segala keraguan yang ada dalam diri mereka. Kita tinggalkan pendapat Syi'ah yang mengatakan bahwa Nabi sebenarnya ingin menulis nama Ali sebagai khalifahnya lalu Umar lebih cerdik dan segera melarangnya, karena tafsiran mereka tidak dapat kita terima sejak awal lagi. Tetapi apakah kita mempunyai tafsiran lain yang lebih logik dari peristiwa yang menyakitkan hati ini, sehingga Nabi menjadi marah dan mengusir mereka dari kamar baginda. Bahkan peristiwa ini menyebabkan Ibnu Abbas menangis dengan banyaknya sehingga membasahi tanah. Beliau menyebut peristiwa ini sebagai tragedi yang paling besar.

44

Ahlu Sunnah memberi alasan bahwa Umar melakukan semua itu karena dia merasakan penderitaan dan kesakitan Nabi dan tidak ingin menambahkan bebanan baginda. Namun alasan seperti ini tidak dapat diterima hatta oleh orang awam, apalagi oleh para ilmuan. Aku berkali-kali berusaha mencari alasan untuk memaafkan Umar, tetapi realiti kejadian ini menyebabkan aku tidak dapat mencari sebarang sebab, sekalipun kalimat "yahjur" (meracau) telah diganti oleh perawi (semoga Allah melindungi kita) dengan kalimat "ghalabahul waja'" (karena terlalu sakit), kita juga masih tidak akan dapat menjumpai satu alasan yang kuat atas kata-kata Umar, "l'ndakum AlQuran" (di sisi kalian ada AlQuran) dan "Hasbuna Kitabullah" (cukuplah bagi kami Kitab Allah). Apakah beliau lebih arif tentang Al Quran daripada Nabi yang telah menerimanya, atau Nabi tidak sedar tentang apa yang diucapkan oleh baginda? (Semoga Allah melindungi kita). Atau Nabi ingin meniupkan api perpecahan dan pertengkaran dengan perintahnya ini? (Astaghfirullah). Jikalau tafsiran Ahlu Sunnah ini adalah benar, maka Rasululllah akan tahu niat baik Umar ini dan akan berterima kasih padanya. Bahkan sepatutnya baginda akan lebih mendekatkan Umar pada baginda daripada marah dan berkata, "Keluarlah kalian dari kamarku..." Aku juga tertanya-tanya mengapa mereka mengikuti perintah Nabi ketika mereka diusir keluar dari kamarnya dan tidak berkata bahwa Nabi juga sedang meracau ketika menghalau mereka. Sungguh mereka telah berjaya dalam rencana mereka untuk menghalang Nabi dari menuliskan surat wasiat tersebut, kerana itulah tiada sebab lagi untuk mereka terus berada di sana. Hasilnya kita mendapati mereka bertengkar di hadapan Nabi dan terbahagi kepada dua golongan "...Ada yang berkata berikan kepada Rasulullah apa yang dimintanya agar dituliskan untuk kalian wasiat itu; dan ada sebagian lagi yang berkata seperti kata-katanya Umar, yakni bahawa Nabi sedang meracau." Peristiwa ini tidak semudah seperti yang dibayangkan, di mana hanya Umar sahaja yang terlibat. Seandainya benar demikian, maka Nabi sepatutnya memarahi beliau dan akan berkata kepada Umar bahwa dirinya(Rasulullah) tidak akan mengucapkan sesuatu yang datang dari hawa nafsunya; dan baginda tidak akan meracau di dalam membimbing ummat ini. Namun masalahnya lebih serius dari itu. Baginda merasakan bahwa Umar bersama sahabat-sahabatnya telah bersepakat sebelum itu, dan kerana kesepakatan itu, mereka bertengkar dan berselisih di hadapan Nabi sehingga mereka lupa atau pura-pura lupa dengan firman Allah SWT, " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak gugur (pahala) amalmu sedangkan kamu tidak menyedari" (49: 2). Dalam peristiwa ini mereka juga telah melampaui batas yang di tetapkan oleh Allah SWT iaitu "meninggikan suara" dan "berkata keras", dengan mengatakan bahwa Nabi telah meracau (semoga Allah melindungi kita). Lalu bertengkar antara satu sama lain dan membuat kekacauan di hadapan baginda. Aku juga dapat membuat kesimpulan bahwa kebanyakan yang hadir berpihak pada Umar, karena itu Rasulullah melihat tiada gunanya untuk baginda menulis isi wasiatnya. Nabi juga tahu bahwa mereka sudah tidak menghormatinya dan tidak patuh pada perintah Allah atas haknya sebagai Nabi dimana kaum muslimin dilarang berkata kasar dan keras di hadapannya. Nah, jika mereka enggan patuh pada perintah Allah apalagi pada perintah Rasul-Nya SAWW. Kebijaksanaan Rasul untuk tidak menuliskan wasiat itu adalah karena (penolakan seperti itu) merupakan sebuah celaan baginya di masa hidupnya; maka bagaimana pula nantinya

45

setelah wafatnya? Kelak orang-orang yang mencela-nya akan berkata bahwa Nabi saat itu sedang meracau. Malah mungkin juga nanti mereka akan meragukan sebahagian dari hukum yang disyariatkan Nabi pada masa sakitnya itu juga atas keyakinan mereka bahwa Nabi sedang meracau. Aku memohon ampunan Allah SWT dari ucapan seperti ini terhadap Nabi utusan Allah. Bagaimana aku dapat meyakinkan diriku bahwa Umar Al Khattab tidak bermaksud ketika mengucapkan kata-kata itu? Padahal sebahagian sahabat yang hadir menangis dalam kejadian ini hingga air matanya membasahi tanah dan kejadian ini diberi nama sebagai tragedi Hari Khamis. Aku berkeinginan untuk menolak setiap alasan yang diajukan untuk menjustifikasi(membenarkan) kejadian itu; dan berusaha juga untuk menginkarinya secara total agar hati ini dapat tenteram. Tetapi sayangnya semua buku-buku shahih telah meriwayat-kannya dan membuktikan kebenarannya. Aku lebih condong kepada pendapat Syi'ah dalam menafsirkan kejadian ini, karena tafsirannya rasional dan mempunyai bukti yang kuat. Aku masih teringat jawaban Sayed Muhammad Baqir Sadr apabila aku bertanya: Bagaimana Sayyidina Umardari segenap para sahabatdapat mengetahui keinginan Nabi yang ingin menjadikan Ali sebagai khalifahnya seperti yang dikatakan oleh Tuan? Bukankah ini adalah bukti kepandaiannya? Sayed Sadr menjawab: "Bukan Umar sahaja yang tahu keinginan Rasul. Semua yang hadir juga tahu. Kerena sebelum itu baginda juga pernah berkata kepada mereka, "Aku tinggalkan kepada kalian dua peninggalan yang besar (thaqalain): Kitab Allah dan itrah Ahlul Baitku. Jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Pada saat sakitnya Nabi, baginda juga berkata kepada mereka, "Biar kutuliskan kepada kalian suatu pesan di mana kalian tidak akan tersesat selama-lamanya" Semua yang hadir termasuk Umar mengetahui maksud Nabi yang ingin menegaskan secara tertulis apa yang diucapkannya di Ghadir Khum sebelum itu: yakni berpegang teguh pada Kitab Allah dan Itrah Ahlu Baitnya. Dan penghulu itrah Ahlul Bait adalah Ali. Jadi seakanakan Nabi ingin berkata, "Berpeganglah kalian kepada Al Quran dan Ali." Ucapan-ucapan seperti ini pernah dikatakannya juga di berbagai tempat yang lain seperti yang diungkapkan oleh ramai ahli hadis dan sejarawan. Majoriti Quraisy tidak menyukai Ali, karena umur beliau yang masih muda, beliau juga adalah orang yang menghancurkan pembesar-pembesar mereka dan membunuh ramai pahlawan-pahlawannya. Tetapi mereka tidak berani menentang Nabi ke tahap yang pernah terjadi pada Perjanjian Hudaibiyah; atau ketika Nabi menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, seorang munafik; dan dalam berbagai lagi kejadian yang telah dicatat oleh sejarah. Kejadian ini adalah sebahagian dari kejadian-kejadian penentangan terhadap perintah Nabi, seperti yang anda lihat dalam penentangan mereka atas penulisan wasiat di saat-saat akhir hayatnya. Akhirnya menjurus kepada keberanian kepada yang lain untuk menentang dan bertengkar di hadapan baginda Nabi. Kata-kata "Al Quran sudah ada disisi kalian" atau "cukuplah bagi kita Kitab Allah", adalah bantahan yang nyata kepada maksud Hadis yang menyuruh mereka berpegang kepada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Bait Nabi. Seakan maksud bantahan itu begini: "Cukuplah bagi kami Kitab Allah dan tidak perlu kepada Itrah". Selain ini, tidak ada penafsiran lain yang dapat diterima, melainkan kalau kita katakan bahwa maksudnya adalah taat pada Allah tanpa perlu taat pada Rasul. Hal demikian sudah pasti salah dan tak dapat diterima.

46

Apabila ku buang jauh-jauh perasaan fanatik buta dan sikap emosi yang negatif serta dapat berfikir secara rasional dan objektif maka aku harus menerima penafsiran bahwa Umarlah orang pertama yang menolak Sunnah Nabi dengan kata-katanya, "Cukuplah bagi kita Kitab Allah". Jika sebagian pemimpin menolak Sunnah Nabi karena alasan "kontradiktif", sebenarnya ia hanya mengikut contoh sejarah kehidupan kaum muslimin sebelumnya. Tidak sepatutnya aku membebankan pada Umar dengan mengatakan beliau adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab atas tragedi ini sehingga ummat kehilangan bimbingan yang sepatutnya diterimanya. Untuk lebih adil harus ku katakan bahwa ada sahabat lain yang bersamanya dan mempunyai pendapat seperti pendapatnya Umar. Mereka menyebelahi Umar di dalam sikapnya yang menentang perintah Nabi SAWW. Aku merasa agak aneh pada mereka yang membaca peristiwa ini kemudian menganggapnya ringan yang seakan tidak menyirat sebuah implikasi yang besar. Padahal ia adalah tragedi yang paling besar seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Abbas. Lebih aneh lagi adalah usaha mereka yang cuba menjaga kemuliaan seorang sahabat dan membenarkan perbuatan salahnya dengan mengorbankan kemuliaan Rasulullah dan prinsip-prinsip Islam. Kenapa kita harus lari dari suatu fakta dan berusaha menguburkannya ketika ia tidak sejalan dengan kehendak kita? Kenapa kita tidak dapat menerima kenyataan bahwa para sahabat sebenarnya adalah manusia biasa seperti kita juga. Mereka punya hawa nafsu, kehendak dan keinginan serta mampu melakukan kesalahan? Bagaimanapun rasa hairan ini akhirnya hilang ketika aku membaca Kitab Allah yang mengisahkan kepada kita tentang kisah para Nabi-nabi as dan penderitaan yang mereka alami karena sikap ummatnya yang menentang, walaupun telah mereka saksikan berbagai mukjizat. Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan kepada kami hidayah-Mu. Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu rahmat-Mu. Sesungguhnya Kau Maha Pemberi. Aku mulai memahami latar belakang dan sebab musabab sikap Syi'ah terhadap Khalifah Kedua yang dikatakan sebagai bertanggungjawab keatas segala tragedi yang terjadi dalam kehidupan kaum muslimin sejak Tragedi Hari Khamis dimana penulisan wasiat yang kelak akan menyelamatkan ummat manusia dari kesesatan itu dihalangi. Harus kita akui bahwa seseorang yang berfikir secara rasional, dimana sebuah kebenaran yang diketahuinya bukan kerana seseorang tokoh, akan mudah memahami sikap Syi'ah seperti ini. Namun bagi mereka yang tidak tahu kebenaran melainkan karena tokoh tertentu, maka perbincangan ini tidak akan bermanfaat pada mereka. 4. Para sahabat dan Ekspedisi Usamah Berikut ceritanya secara ringkas: Dua hari menjelang wafatnya Rasulullah, baginda telah menyiapkan sebuah pasukan untuk memerangi Rom. Usamah bin Zaid yang ketika itu berusia lapan belas tahun diangkat sebagai komandan pasukan perang. Tokoh-tokoh muhajirin dan Ansar seperti Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah dan sahabat-sahabat besar lainnya diperintahkan untuk berada di bawah pasukan Usamah ini. Sebahagian mereka mencela pengangkatan Usamah. Mereka berkata, bagaimana Nabi boleh melantik seorang anak muda yang belum tumbuh janggut sebagai komandan pasukan kami. Sebelum itu mereka juga pernah mencela pengangkatan ayahnya oleh Nabi. Sedemikian rupa mereka protes Nabi sampai baginda marah sekali. Dengan kepalanya yang terikat karena deman panas yang dideritanya, Nabi keluar dipapah oleh dua orang dalam keadaan dua kakinya yang terseret-seret menyentuh bumi. Nabi naik

47

ke atas mimbar, memuji Allah dan bertahmid padaNya. Sabdanya: "Wahai muslimin, apakah gerangannya kata-kata sebahagian di antara kalian yang telah sampai ke telingaku berkenaan dengan perlantikan olehku Usamah sebagai pemimpin. Demi Allah, jika kamu kini mengecam pengangkatannya; sungguh hal itu sama seperti dahulu kamu telah mengecam pengangkatanku terhadap ayahnya sebagai pemimpin. Demi Allah, sesungguhnya ia amat layak memegang jabatan kepemimpinan itu. Begitu juga puteranya setelah iasungguh amat layak untuk itu." Kemudian baginda mendesak mereka untuk segera berangkat. Katanya: "Siapkan pasukan Usamah. Lepaskan pasukan Usamah. Berangkatlah Sariyyah Usamah. Baginda mengulangulang ucapannya seperti itu, tapi mereka tetap enggan dan bermalas-malasan di Jurf. Sikap seperti ini mendorong aku untuk bertanya, alangkah beraninya mereka(para sahabat) terhadap Allah dan RasulNya? Kenapa mereka harus mendurhakai terhadap Nabi SAAW yang begitu kasih dan sayang pada kaum mukminin? Aku tidak dapat membayangkan, begitu juga orang lain, tafsiran apa yang dapat membenarkan pelanggaran dan pengabaian seperti ini? Seperti biasa, ketika membaca peristiwa-peristiwa yang menyentuh tentang kemuliaan para sahabat, maka aku berusaha untuk tidak mempercayainya terlebih dahulu. Namun bagaimana mungkin aku dapat mendustakannya sementara ahli sejarah dan ahli hadis, Sunnah dan Syi'ah, telah meriwayatkannya secara ijma'. Aku telah berjanji pada Tuhanku untuk bersikap adil dan jujur. Aku tidak boleh bersikap fanatisme pada mazhabku. Aku harus meletakkan kebenaran semata-mata sebagai ukuran. Dan memang kebenaran adalah pahit seperti yang dikatakan. Nabi bersabda, "Katakanlah kebenaran walau untuk dirimu sekali pun; katakanlah kebenaran walau pahit sekalipun". Dalam hal ini adalah sikap sejumlah sahabat yang telah mengecam Nabi dalam pengangkatannya Usamah sebagai pemimpin mereka, sebenarnya telah menunjukkan sikap ketidakpatuhan mereka pada perintah Allah. Mereka telah mengabaikan nas-nas yang sangat jelas yang tidak dapat diragukan lagi atau ditakwilkan. Mereka tidak mempunyai alasan dalam hal ini. Usaha sebahagian orang untuk menjaga kemuliaan sahabat atau salaf as-sholeh dengan mengajukan berbagai alasan kemaafan adalah sangat rapuh. Seorang yang rasional tidak dapat menerimanya, melainkan mereka yang tidak memahami makna hadis tersebut, atau yang tidak berpikir, atau mereka yang fanatisme buta yang tidak dapat membedakan antara yang wajib dipatuhi dengan yang wajib dihindari. Aku juga sering merenung kalau-kalau aku mampu mendapatkan suatu jawaban yang memuaskan. Tapi sayang semua itu gagal meyakinkanku. Aku baca alasan-alasan Ahlu Sunnah yang mengatakan bahwa mereka yang menolak kepemimpinan Usamah sebenarnya adalah karena mereka tokoh-tokoh dan pemuka-pemuka Qurasiy. Mereka adalah orang yang pertama memeluk Islam sementara Usamah masih baru dan tidak pernah ikut serta dalam berbagai peperangan yang menentukan seperti Perang Badar, Perang Hunain dan Perang Uhud. Usamah juga waktu itu masih terlalu muda. Dan kebiasaannya jiwa orangorang tua tidak akan rela berada di bawah perintah anak muda. Itulah kenapa mereka mengecam Nabi dalam pengangkatannya ini dengan maksud agar menggantikannya dengan salah seorang tokoh sahabat lain. Alasan seumpama ini sama sekali tidak bersandar pada dalil akal atau naql (syariat). Seorang muslim yang membaca Al Quran dan mengetahui hukum-hukumnya akan menolak alasan ini. Karena Allah berfirman:

48

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah" (59:7). Juga firmannya: "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata" (33:36). Dengan adanya nas-nas yang jelas ini, alasan apa lagi yang dapat diterima oleh orangorang yang berakal? Apa yang harus kukatakan kepada kaum yang telah menyebabkan Rasulullah marah sementara mereka tahu bahwa Allah akan murka lantaran murkanya Rasul-Nya. Mereka telah menuduhnya "meracau" dan bertengkar di hadapannya, padahal demi ayah dan ibukubaginda tengah sakit sampai mereka diusir dari kamarnya. Tidak cukup dengan itu, sepatutnya mereka kembali ke jalan yang benar dan memohon ampun kepada Allah atas apa yang telah mereka lakukan dan memohon kepada Rasul agar meminta ampunan bagi mereka seperti yang diajarkan oleh AlQuran, namun mereka tetap melakukan protes terhadap baginda tanpa mempedulikan kasih sayang yang diberikan baginda pada mereka. Mereka tidak memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada baginda Nabi. Dua hari setelah tuduhan yang mereka lontarkan, mereka kemudian mengecam pengangkatan Usamah sebagai pemimpin pasukannya sehingga baginda terpaksa mendesak mereka keluar dengan keadaan yang menyedihkan seperti yang dikatakan oleh para ahli sejarah. Lantaran terlalu sakit, baginda tidak dapat berjalan dan terpaksa diapit oleh dua orang. Kemudian beliau bersumpah kepada Allah bahwa Usamah sebenarnya sangat layak dalam memimpin pasukan itu. Rasul juga mengatakan bahwa sebelum ini mereka juga pernah mengecamnya karena mengangkat Zaid bin Harisah sebagai pemimpin pasukan, agar kita tahu betapa sikap seperti ini telah mereka lakukan lama sebelum itu. Bukti-bukti ini menunjukkan bahwa mereka sebenarnya bukan di antara orang-orang yang dengan mudah dapat menerima ketentuan Nabi dan berserah sepenuhnya kepadanya. Tetapi mereka tergolong di antara orang-orang yang rela memprotes dan mengkritik walaupun ia bertentangan dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya. Bukti atas sikap protes mereka ini adalah sikap mereka yang enggan pergi walaupun Nabi sendiri telah memberikan bendera kepemimpinan kepada Usamah dan dengan nada marah menyuruh mereka segera pergi berangkat. Demi ayah dan ibuku, mereka tidak juga pergi sehinggalah baginda wafat dengan hati yang kesal atas sikap ummatnya yang dikhuatirkan kelak akan berbalik ke belakang dan terjerumus ke neraka. Tiada yang akan selamat kecuali sedikit sekali, bagaikan segelintir binatang ternak seperti yang diumpamakan oleh Nabi. Jika kita ingin jujur dalam melihat peristiwa ini maka kita akan dapati bahwa Khalifah Kedua adalah tokoh yang paling berperanan di sini. Beliau datang menghadap Khalifah Abu Bakar setelah wafatnya Rasulullah dan memintanya agar menyingkirkan Usamah serta menggantinya dengan orang lain. Abu Bakar menjawab: "Wahai Ibnu Khattab, apakah kamu menyuruh aku menyingkirkannya sementara Rasulullah telah mengangkatnya?" Di mana Umar dibandingkan dengan Abu Bakar yang mengetahui kebenaran ini? Adakah di sana ada rahsia tersendiri yang tidak diketahui oleh ahli-ahli sejarah. Atau mungkin juga ada pihak lain yang menyembunyikannya lantaran ingin menjaga "kemuliaan" sahabat,

49

seperti yang mereka lakukan dalam mengganti kalimat "yahjur" dengan kalimat "ghalabahul waja'"'. Aku juga hairan dengan sikap para sahabat yang membangkitkan amarah Nabi pada hari Khamis itu dan menuduhnya telah meracau serta berkata, "cukup bagi kita Kitab Allah". Sementara Kitab Allah sendiri berfirman: "Katakanlah jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku (Muhammad) kelak Allah akan mencintai kalian" (3:31). Seakan-akan mereka lebih tahu akan Kitab Allah daripada orang yang menerimanya sendiri. Lihatlah hanya setelah dua hari dari tragedi yang menyayat hati itu dan dua hari sebelum hari pertemuannya dengan Allah SWT mereka telah membangitkan amarahnya lebih banyak dengan mengecam pengangkatan Usamah dan tidak mematuhi perintahnya. Jika dalam tragedi pertama baginda terbaring sakit di atas tikarnya, tetapi di kali kedua ini baginda terpaksa keluar dengan kepala yang terikat dan badan yang berbalut selimut sambil berjalan tertatih-tatih diapit oleh dua orang. Baginda naik ke atas mimbar dan berkhutbah lengkap. Mula-mula memuji Allah dan mengucapkan Tahmid atas-Nya agar menunjukkan kepada mereka bahwa dirinya tidaklah meracau. Kemudian diberitahunya bahwa beliau sedar akan protes dan kecaman mereka. Diingatkan kepada mereka dengan suatu peristiwa di mana mereka telah memprotesnya juga empat tahun yang lalu. Apakah setelah itu mereka masih menganggap bahwa baginda meracau dan tidak sedar apa yang diucapkannya? Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagi-Mu. Bagaimana mereka begitu berani terhadap Rasul-Mu, tidak setuju dan menentang keras dengan perjanjian damai yang dilakukannya sehingga beliau sebanyak tiga kali menyuruh mereka berkorban dan mencukur rambur masing-masing tetapi tiada siapa pun yang mematuhinya. Di waktu lain mereka menarik baju baginda dan melarang baginda menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai. Mereka berkata kepada beliau: "Sesungguhnya Allah telah melarangmu menyembahyangi jenazah orang-orang munafik". Seakan-akan mereka mengajarkan apa yang diturunkan Allah kepadanya. Padahal Allah berfirman dalam kitab-Nya: "Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) AlQuran agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka" (16: 44) Dan firmanNya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu" (4: 105). Dan firman-Nya lagi: "Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan hikmah serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui" (2:151) Sememangnya aneh terhadap mereka yang meletakkan diri mereka lebih tinggi dari diri Rasulullah SAWW. Kadang-kadang mereka tidak patuh pada perintahnya, atau menuduhnya telah meracau, atau bertengkar di hadapannya tanpa adab, dan pada tempat yang lain mengecam pemilihan Usamah sebagai pimpinan pasukan mereka sebagaimana yang mereka lakukan terhadap ayahnya Zaid bin Harisah sebelum itu. Apa yang harus diraguragukan lagi oleh orang yang meneliti secara kritis bahwa Syi'ah sebenarnya mempunyai alasan yang sangat kuat ketika mempersoalkan sikap sebahagian sahabat seumpama itu. Mereka memang lebih menghormati dan mencintai Nabi SAWW dan kerabat keluarganya. Empat atau lima contoh yang kusebutkan di atas hanyalah sebahagian kecil dari fakta-fakta yang ada. Ulama-ulama Syi'ah telah memperincinya hingga ratusan di mana para sahabat telah mengabaikan nas-nas yang nyata dan jelas. Mereka tidak berhujah melainkan dengan riwayat ulama-ulama Ahlu Sunnah sendiri dalam berbagai kitab shahih yang muktabar.

50

Ketika aku mengetahui sikap sebahagian sahabat terhadap Rasulullah SAWW adalah seperti itu, aku kemudian merasa bingung dan heran. Sebagaimana aku juga heran melihat sikap ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menggambarkan kepada kita bahwa para sahabat senantiasa dalam keadaan benar dan tidak boleh dikritik. Ini bererti mereka tidak mengizinkan seorang peneliti untuk sampai kepada suatu kebenaran, dan membiarkan mereka terus tenggelam dalam suasana pemikiran yang kontradiktif. Aku ingin membawa beberapa contoh sebagai tambahan, yang kiranya akan dapat memberikan gambaran yang sebenarnya tentang sahabat. Dan dari sini kita akan memahami sikap Syi'ah terhadap mereka. Bukhari telah meriwayatkan dalam kitabnya Jil. 4 hal. 47 dalam Bab as-Sabru a'lal adza (Sabar Dari Gangguan) tentang maksud firman Allah, " Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan ganjaran". Katanya: "Al-A'masy meriwayatkan kepada kami bahwa beliau pernah mendengar Syaqiq bercerita tentang Abdullah yang berkata: "Suatu hari Nabi membahagikan sesuatu kepada sahabat-sahabatnya sebagaimana yang biasa beliau lakukan. Seorang dari Anshar memprotes dan berkata: pembahagian ini bukan kerana Allah SWT. Kukatakan padanya bahwa aku akan melaporkan perkara ini kepada Nabi (apa yang dikatakannya). Aku menghampiri Nabi yang ketika itu berada di antara para sahabatnya. Kuceritakan kepadanya apa yang terjadi. Tiba-tiba mukanya berubah dan marah sekali sampai aku rasa menyesal karena memberitahunya. Nabi kemudian berkata: "Nabi Musa as telah diganggu lebih dari itu, tetapi beliau bersabar." Bukhari juga meriwayatkan dari Bab yang sama pada pasal at-Tabassum wa ad-Dhahk (Bab Tersenyum dan Tertawa). Katanya, Anas bin Malik meriwayatkan: "Suatu hari aku berjalan bersama Rasulullah yang waktu itu memakai jubah Najrani yang berpinggiran tebal. Datang seorang Badwi yang tiba-tiba saja menarik dengan kuat jubahnya. Anas berkata, aku lihat kulit leher Nabi lebam akibat tarikan keras yang dilakukan oleh si Badwi ini. Kemudian dia berkata: "Hai Muhammad, berikan padaku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu." Lalu Nabi melihatnya sambil tertawa dan menyuruh sahabatnya untuk memberinya. Dalam Bab yang sama, Man Lam Yuwajih an-Nas Bil Atab, Bukhari meriwayatkan bahwa Aisyah pernah berkata bahwa Nabi pernah melakukan sesuatu dan mengizinkan para sahabatnya untuk melakukan yang serupa. Tiba-tiba sebahagian sahabat menolak melakukannya. Berita ini sampai ke telinga Nabi lalu baginda berkhutbah dan memuji-muji Allah. Kemudian baginda berkata: "Kenapa orang-orang ini menghindari dari melakukan sesuatu yang ku lakukan. Demi Allah aku lebih tahu dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya di banding mereka." Orang yang merenungkan dan memikirkan contoh riwayat-riwayat seperti ini akan merasakan bahwa para sahabat telah meletakkan diri mereka lebih tinggi dari kedudukan Nabi sendiri; mereka percaya bahwa Nabi boleh melakukan kesalahan dan mereka lah yang benar. Sebahagian ahli sejarah terikut-ikut dalam membenarkan tindakan sahabat walaupun ia bertentangan dengan perbuatan Nabi; atau kadang-kadang menunjukkan bahwa kedudukan ilmu dan ketakwaan para sahabat lebih tinggi dibandingkan dengan Nabi, seperti yang dikatakan kononnya Nabi keliru dalam menyelesaikan masalah tawanan perang Badar dan Umar bin Khattab lah yang benar. Mereka telah meriwayatkan berbagai hadis palsu yang konon Nabi SAWW bersabda: "Seandainya Allah turunkan suatu bencana maka tiada yang akan selamat melainkan Umar bin Khattab." Seakan-akan mereka ingin berkata "Kalau Umar tiada maka celakalah Nabi". Semoga Allah melindungi kita dari kepercayaan yang salah seperti ini. Demi jiwaku! Mereka yang mempunyai kepercayaan seperti ini akan jauh dari Islam sejauh dua kutub barat dan timur. Dia wajib merujuk kembali akalnya atau mengusir syaitan dari

51

hatinya. Allah berfirman: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya; dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (45: 23) Demi jiwaku! Mereka yang mempercayai bahwa Rasulullah SAWW dapat diumbangambingkan oleh nafsunya dan lari dari jalan yang benar sehingga pernah membahagi sesuatu bukan semata-mata karena Allah, tetapi karena nafsu dan kepentingannya; dan mereka yang menghindar dari berbuat sesuatu yang Rasulullah lakukan lantaran menduga bahwa mereka lebih bertakwa dan lebih arif pada Allah dibandingkan Rasul-Nya, orangorang seperti ini memang sangat tidak layak untuk dihormati oleh kaum muslimin apalagi menempatkan mereka seperti para malaikat, lalu menghukumkan mereka sebagai makhluk terbaik setelah Rasulullah, dan kaum muslimin harus ikut mereka dan berjalan di bawah naungan sunnah mereka hanya semata-mata karena mereka adalah sahabat Nabi. Hal ini bertentangan dengan sikap Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menyertakan semua sahabat dalam salawat mereka kepada Nabi dan keluarganya. Allah Maha Mengetahui akan kedudukan mereka. Karena itu mereka ditempatkan pada posisi yang layak bagi mereka. Mereka diperintahkan untuk bersalawat kepada Nabi dan kelurganya yang suci agar mereka tunduk dan tahu kedudukan Ahlul Bait yang sebenarnya di sisi-Nya. Lalu bagaimana tibatiba kita menempatkan mereka lebih tinggi dari kedudukan keluarga Nabi atau menyamakan mereka dengan orang-orang yang telah diutamakan oleh Allah atas alam semesta ini. Aku berkesimpulan bahwa Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah yang telah memusuhi Ahlul Bait Nabi, mengejar-ngejar dan membunuh mereka bersama para Syi'ahnya, mengetahui keutamaan keluarga Nabi dan kedudukan mereka yang tinggi. Apabila Allah tidak menerima sembahyang seseorang melainkan di dalamnya ada salawat pada Nabi dan keluarga-nya, maka apakah alasan permusuhan dan bersikap lari dari panduan Ahlul Bait? Inilah sebabnya kenapa kita melihat mereka telah mengiring-kan kalimat sahabat dengan Ahlul Bait sematamata agar dapat memberikan gambaran kepada orang banyak bahwa antara sahabat dan Ahlul Bait sebenarnya adalah sama. Terutamanya apabila kita mengetahui bahwa "master mind" mereka yang sebenarnya adalah sebagian sahabat itu sendiri. Mereka telah mengupah sebahagian sahabat lain yang lemah akal dan karakter atau golongan tabi'in agar meriwayatkan berbagai hadis palsu tentang keutamaan sahabat, khususnya mereka yang pernah menjawat kedudukan khilafah, yang merupakan sebagai sebab utama naiknya mereka (Bani Umaiyah dan Abbasiah) ke puncak kekuasaan. Sejarah adalah sebaik-baik bukti atas apa yang ku katakan ini. Lihatlah Umar bin Khattab yang sangat terkenal dengan kawalannya pada semua gabenornya, dan akan memecat mereka serta merta lantaran suatu keraguan yartg dilihatnya. Lihatlah betapa beliau sangat berlemah lembut terhadap Muawiyah bin Abi Sufyan dan tidak pernah mengawalnya sama sekali. Dahulunya Abubakar lah yang mengangkat Muawiyah sebagai Gabenor kota Syam, lalu kemudian dilanjutkan oleh Umar sepanjang hayatnya. Beliau juga tidak pernah memprotesnya bahkan menegur atau mengecamnya sekalipun; walau banyak keluhan yang mengatakan bahwa Muawiyah memakai emas dan sutera yang telah diharamkan oleh Rasulullah SAWW kepada kaum lelaki. Umar menjawab mereka dengan kata-kata: "Biarkan dia. Dia adalah Kisra (Raja) Arab". Dan Muawiyah terus berkuasa selama dua puluh tahun tanpa ada yang menegur dan memecatnya. Ketika Usman berkuasa diberinya lagi wilayah-wilayah lain untuk diurusnya, sehingga dia dapat menguasai tidak sedikit dari kekayaan negara Islam dan dapat membina kekuatan tentera menentang kepemimpinan Imam Ali. Kemudian secara

52

kekerasan dan dengan kuku besi, dia berjaya menguasai semua kaum muslimin, lalu kemudian memaksa mereka memberikan bai'at kepada Yazid, puteranya yang fasik dan pemabok. Kisah Yazid ini adalah cerita panjang yang tak dapat kita muatkan dalam buku yang ringkas seperti ini. Apa yang penting adalah pengetahuan kita tentang mentaliti para sahabat yang duduk di jabatan khilafah dan yang telah terlibat secara langsung untuk mendirikan kerajaan Bani Umaiyah berdasarkan keputusan Quraisy yang enggan menerima Nubuwah dan Khilafah berada di tangan Bani Hasyim. Dinasti Bani Umaiyah mempunyai hak, bahkan kewajiban untuk berterima kasih kepada mereka yang telah membantu berdirinya kerajaannya itu. Paling tidak, sebagai ungkapan rasa terima kasih adalah dengan mengupah sejumlah perawi yang mahu meriwayatkan berbagai "hadis" tentang keutamaan para leluhur mereka dengan mengangkat mereka lebih tinggi dari kedudukan Ahlul Bait, musuh utama mereka. Jika hadis-hadis keutamaan ini dikaji berdasarkan hujah-hujah syariah dan akliah, maka kesahihannya akan cepat diragukan. Melainkan jika ada kelainan dalam mentaliti kita dan tidak mampu membezakan antara perkara-perkara yang kontradiktif. Sebagai contoh, kita banyak mendengar tentang keadilan Umar yang diceritakan oleh berbagai perawi, sehingga dikatakan:" Wahai Umar, kau telah bersikap sangat adil; karena itu kau dapat tidur". Atau kononnya Umar dikebumikan dalam keadaan berdiri agar keadilan tidak mati bersamanya. Dan berbagai cerita lain yang menarik tentang keadilannya. Namun sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahwa Umar ketika membagi-bagikan harta baitul mal pada tahun 20 hijrah, beliau tidak mengikuti sunnah Nabi. Nabi SAWW telah membagi sama rata antara segenap kaum muslimin dan tidak mengutamakan satu dari yang lainnya. Begitu juga Abu Bakar di dalam masa khilafahnya. Tetapi kemudian Umar menciptakan suatu cara baru, mengutamakan golongan yang sabiqin (muslimin awal) atas yang lainnya, dan golongan muhajirin Quraisy atas muhajirin selain Quraisy, golongan muhajirin atas golongan anshar, golongan Arab atas non-Arab, golongan orang merdeka atas hamba-hamba sahaya; mengutamakan suku Mudhir atas suku Rabi'ah dengan memberikan suku yang pertama tiga ratus dan suku kedua dua ratus; serta mengutamakan suku Aus atas suku Khazraj. Di mana letaknya keadilan dalam sistem kelas seperti ini wahai orang-orang yang berfikir? Kita telah banyak mendengar tentang cerita-cerita Umar. Bahkan dikatakan bahwa beliau adalah sahabat yang paling alim. Kononnya Allah banyak membenarkan pendapat Umar ketika terjadi perselisihan antara Nabi dan Umar, dengan menurunkan ayat-ayat yang mendukung pendapatnya. Namun sejarah yang benar membuktikan kepada kita bahwa Umar banyak menyalahi ayat-ayat Al Quran hatta setelah turunnya sekalipun. Ketika seorang sahabat bertanya kepadanya di zaman khilafahnya: "Ya Amir alMukminin, aku kini berjunub tetapi tidak ku jumpai air, bagaimana hukumnya?" Umar menjawab: "Tidak perlu shalat!" Ammar bin Yasir mengingatkan khalifah bahwa kewajibannya adalah tayammum. Tetapi Umar tidak peduli. Katanya: "Ya Ammar, engkau hanya bertanggung jawab atas tugas-tugasmu saja."(Sahih Bukhari dan Muslim) Di mana ilmu Umar tentang ayat tayammum yang diturunkan di dalam AlQuran? Mana ilmu Umar tentang sunnah Nabi yang mengajarkan kepada mereka bagaimana bertayammum sebagaimana baginda ajarkan wudhu? Di dalam berbagai peristiwa, Umar banyak mengakui dirinya tidak alim. Bahkanmenurutnyasemua orang lebih alim darinya hatta para wanita sekalipun. Beliau juga berulang kali mengatakan demikian, "Kalaulah tiada Ali maka Umar telah celaka". Dan sampai akhir hayatnya beliau tidak tahu hukum Kalalah, yang sering dihukumkannya di zaman pemerintahannya seperti yang dicatat dalam sejarah.

53

Mana ilmunya wahai orang-orang yang berakal? Kita juga sering rnendengar akan kepahlawanan, keperkasaan dan keberaniannya sehingga dikatakan bahwa kaum Qurasiy merasa gentar setelah Islamnya Umar, dan agama Islam sendiri menjadi kuat. Kononnya Allah telah muliakan Islam karena Umar bin Khattab, dan Nabi tidak menyatakan dakwahnya secara terang-terangan melainkan setelah Islamnya Umar. Namun sejarah yang benar tidak menunjukkan kepada kita keperkasaan dan kepahlawanan itu. Bahkan sejarah juga tidak pernah menunjukkan kepada kita ada seorang yang dikenal atau orang biasa sekalipun yang dibunuh oleh Umar dalam peperangan seperti Badar, Uhud, Khandak dan lain sebagainya. Bahkan sejarah membuktikan sebaliknya, Umar pernah lari bersama sahabat-sahabat lain dalam peperangan Uhud dan Hunain. Ketika Rasulullah mengutusnya untuk membebaskan kota Khaibar, beliau kembali dalam keadaan kalah. Bahkan di dalam berbagai peperangan sariyyah (peperangan yang tidak diikut-sertai oleh Nabi) sekalipun, Umar tidak pernah menjadi komandan pasukannya. Dalam sariyyah Usamahsariyyah terakhirjuga beliau hanya dilantik sebagai anggota pasukan Usamah bin Zaid, seorang anak muda berusia belasan tahun. Di mana pembuktian kenyataan keperkasaan tersebut wahai orang-orang yang berakal? Kita juga sering mendengar tentang ketakwaan Umar bin Khattab serta rasa takutnya yang amat sangat sehingga menangis karena takutkan Allah SWT. Konon dikatakan bahwa beliau takut dihisab oleh Allah jika seekor keledai di Iraq sekalipun tersesat lantaran tidak disediakan jalan untuknya. Tetapi sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahwa beliau sesungguhnya seorang yang keras dan kasar. Beliau tidak berhati-hati dan tidak segan memukul orang yang bertanya kepadanya tentang suatu ayat Kitab Allah sehingga melukainya tanpa suatu dosa yang dilakukannya. Bahkan seorang wanita pernah jatuh dan tergugur kandungannya lantaran melihatnya dengan penuh ketakutan. Kenapa beliau tidak takut kepada Allah ketika menghunuskan pedangnya dan mengancam setiap orang yang mengatakan bahwa Muhammad telah mati. Beliau bersumpah bahwa Muhammad sebenarnya tidak mati, dia hanya pergi bermunajat kepada Tuhannya seperti yang dilakukan oleh Musa bin Imran. Umar mengancam akan memukul leher setiap orang yang mengatakan bahwa Nabi telah mati. Kenapa beliau tidak takut kepada Allah ketika mengancam akan membakar rumah Fatimah jika orang-orang yang berada di dalamnya tidak mau keluar untuk membai'at (Abu Bakar) dan ketika dikatakan padanya bahwa Fatimah ada di dalamnya, dia menjawab, "Sekalipun dia ada." Beliau juga "berani" terhadap Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya dengan melakukan berbagai hukumdi masa pemerintahannyayang bertentangan dengan nas-nas AlQuran dan Sunnah Nabi SAWW. Nah, dimana letaknya wara' dan ketakwaan setelah menyaksikan serangkaian fakta yang menyedihkan ini wahai hamba-hamba Allah yang soleh? Aku hanya ingin menjadikan sahabat yang agung dan terkenal ini sebagai contoh sematamata. Itu pun telah ku ringkaskan sedemikian rupa agar tidak panjang dan sederhana. Jika aku ingin tuliskan secara terperinci maka ia akan memuatkan berjilid-jilid buku. Seperti yang ku katakan di atas, aku hanya mengetengahkannya sebagai contoh semata-mata dan tidak lebih dari itu. Apa yang kusebutkan di atas, hanya segelintir kecil dari peristiwa yang terjadi. Tetapi ia telah memberikan kepada kita suatu pengetahuan yang jelas tentang mentaliti para sahabat dan sikap para ulama Ahlu Sunnah yang kontradiktif. Mereka melarang setiap orang untuk mengkritik dan meragukan sahabat, tetapi dalam masa yang sama mereka meriwayatkan dalam berbagai buku mereka fakta-fakta yang dapat menimbulkan keraguan dan kecaman. Kalaulah para ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak menyebutkan fakta-fakta yang jelas

54

yang menyentuh tantang sahabat dan melukai keadilan mereka, maka mereka akan berjasa dalam menghilangkan segala jenis keraguan dari benak kita. Aku teringat akan perjumpaanku dengan salah seorang ulama dari Najaf al-Asyraf, Asad Haidar, penulis buku Al-Imam as-Shodiq Wa al-Mazahib al-Arba'ah (Imam Shodiq Dan Empat Mazhab). Waktu itu kami berbicara tentang Sunnah dan Syi'ah. Diceritakannya kepadaku tentang ayahnya yang berjumpa dengan seorang alim dari Tunisia pada waktu musim haji lima puluh tahun yang lalu. Mereka berdua berdiskusi panjang tentang keimamahan Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib. Orang alim Tunisia ini mendengar ayahnya menghitung hadis-hadis yang membuktikan tentang kepemimpinan Imam Ali as. dan haknya dalam masalah khilafah. Dihitungnya sehingga empat atau lima dalil. Ketika selesai, ditanyanya apakah ada dalil selain ini. "Tidak" jawabnya. Kemudian dia berkata: "Keluarkan tasbihmu dan mulai hitung." Orang alim Tunisia ini menyebutkan dalil-dalil berkenaan sehingga seratus, yang hatta ayahku sendiri tidak mengetahuinya." Syaikh Asad meneruskan: "Jika Ahlu Sunnah membaca kitab-kitab mereka, maka mereka akan berpendapat seperti kami; dan perselisihan ini telah selesai sejak lama." Demi jiwaku! Sesungguhnya ini adalah kebenaran yang tidak dapat dihindari bagi mereka yang telah membebaskan dirinya dari fanatisme buta dan bagi mereka yang setia pada dalil yang shahih. PANDANGAN AL QURAN TENTANG SAHABAT PERTAMA-TAMA harus kuingatkan bahwa Allah SWT telah memuji di dalam berbagai ayat Al Quran sahabat-sahabat Rasul yang memang benar-benar mencintainya dan mematuhinya tanpa ragu atau tentangan atau keangkuhan. Mereka hanya menginginkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya semata-mata; dan Allah juga redha kepada mereka lantaran takwa mereka kepada-Nya. Ini adalah golongan sahabat yang dinilai tinggi oleh segenap kaum muslimin lantaran sikap dan perilaku mereka yang luhur terhadap Nabi SAWW. Setiap kali mereka disebut, maka kaum muslimin akan mencintai mereka,mengagungkan kedudukan mereka dan mengucapkan kalimat Radhiallahu A'nhum kepada mereka. Kajianku tidak menumpukan berkenaan golongan sahabat kelompok ini yang sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh Sunnah dan Syi'ah. Sebagaimana aku juga tidak akan menyentuh kelompok sahabat yang dikenal sebagai munafikin yang telah dilaknat oleh segenap kaum muslimin, Sunnah dan Syi'ah. Aku hanya akan meneliti kelompok sahabat yang dipertikaikan oleh kaum muslimin, dan yang kadang-kadang dicela dan diancam oleh Al Quran. Sahabat jenis ini seringkali diperingatkan oleh Rasulullah SAWW dalam berbagai kesempatan, atau Nabi memperingatkan kaum muslimin dari mereka. Di sinilah letaknya perbezaan antara Sunnah dan Syi'ah dalam menilai sahabat. Syi'ah meragukan keadilan mereka dan mengkritik ucapan dan tindak tanduk mereka sementara Ahlu Sunnah Wal Jama'ah menghormati mereka walau terbukti telah melakukan berbagai pelanggaran. Penelitianku hanya pada golongan sahabat ini agar aku dapat menemui suatu kebenaran, atau sebahagian dari kebenaran sekalipun. Ku nyatakan perkara ini agar jangan sampai ada orang berkata bahwa aku telah melupakan sejumlah ayat yang memuji para sahabat Rasulullah SAWW, dan hanya mengungkapkan ayat-ayat yang bernada celaan saja. Namun dalam penelitianku, aku menjumpai berbagai ayat yang bernada memuji, tetapi pada masa yang sama ia juga menyirat suatu celaan dan sebaliknya. Aku tidak akan memuatkan di sini semua hasil penelitian-ku selama tiga tahun itu. Aku hanya akan sebutkan sebahagian ayat sebagai contoh agar tulisan ini menjadi ringkas. Namun bagi mereka yang menginginkan ketepatan maklumat dan kedalaman ilmu,

55

hendaknya dia memperuntukkan waktu untuk meneliti, membuat perbandingan dan menelaah seperti yang ku lakukan, agar kebenaran yang didapati adalah benar-benar hasil dari titik peluh sendiri seperti yang dituntut oleh Allah dan juga oleh hati nurani masingmasing. Dengan cara itu ia akan memperoleh keyakinan yang sangat dalam yang tidak akan dapat digoyahkan oleh sebarang angin yang bertiup. Sudah pasti bahwa kebenaran yang didapati lantaran kepuasan diri adalah lebih baik dari sekadar pengaruh unsur luar yang diterima. Allah SWT berfirman ketika memuji Nabi-Nya: "Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk" (93 : 7). Yakni, Dia menunjukkanmu kepada kebenaran ketika kau mencarinya. Allah juga berfirman:"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-snngguh) di dalam (mencari) jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. (29 : 69) 1. AYAT INQILAB Allah berfirman: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (3 : 144). Ayat ini dengan amat jelas menunjukkan bahwa sahabat akan berbalik ke belakang segera setelah wafatnya Nabi; dan hanya sedikit dari mereka yang masih tetap konsisten seperti yang tersirat di dalam kandungan ayat tersebut. Hal ini dapat kita pahami dari ungkapan kalimat "as-Syakirin" (orang-orang bersyukur) yang menunjukkan masih adanya orangorang yang tetap dan tidak balik ke belakang. Kelompok as-Syakirin ini tidak berjumlah banyak. Allah berfirman dalam ayat lain: "Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima-kasih" (34:13). Sejumlah hadis Nabi juga menyokong pentafsiran di atas seperti yang akan kita sebutkan sebahagiannya nanti. Walaupun dalam ayat ini Allah tidak menyebut balasan apa yang akan ditimpakan kepada orang-orang yang berbalik dan hanya memuji serta akan memberi ganjaran pada orang-orang yang bersyukur, namun sudah sangat jelas bahwa mereka yang berbalik sudah pasti tidak akan memperoleh sebarang ganjaran. Hal ini akan kita bincangkan Insya Allah ketika menelaah hadis-hadis Nabi yang berkenaan dengannya. Ayat ini juga tidak dapat ditafsirkan untuk orang-orang seperti Thulaihah, Sujah dan alAswad al-A'nsi, dengan alasan ingin memelihara kemuliaan sahabat. Sebab tiga orang di atas telah murtad dari Islam dan mengaku sebagai nabi di zaman risalah. Nabi telah memerangi mereka dan mengalahkan mereka. Ayat ini juga tidak dapat ditafsirkan untuk Malik bin Nuwairah dan para pengikutnya yang enggan memberikan zakat pada zaman Abu Bakar lantaran berbagai alasan, yang antara lain, kerana mereka berhati-hati dan ingin tahu perkara yang sebenarnya. Mereka mengingati ketika mereka pergi menunaikan haji bersama Rasulullah di Hujjah al-Wada' (Haji Terakhir) mereka telah memberikan bai'at pada Ali di Ghadir Khum, yang dilantik oleh Nabi sendiri sebagai khalifahnya. Abu Bakar juga termasuk dalam daftar orang-orang yang pernah memberinya bai'at. Tiba-tiba mereka terkejut dengan kedatangan seorang utusan khalifah yang memberitahu bahwa Nabi telah meninggal, dan atas nama khalifah baru, yakni Abu Bakar mereka meminta harta zakat. Peristiwa ini juga hampir diabaikan oleh sejarah dengan alasan ingin menjaga kemuliaan sahabat. Padahal Malik dan para pengikutnya juga adalah orang-orang muslim. Keislaman

56

mereka disaksikan sendiri oleh Umar dan Abu Bakar serta beberapa sahabat yang lain. Ketika Khalid bin Walid membunuh Malik bin Nuwairah, Umar memprotesnya. Dan sejarah sendiri membuktikan bahwa Abu Bakar membayar diyah (ganti rugi) Malik kepada saudaranya Mutammim dari harta Baitul Mal dan meminta maaf atas tragedi pembunuhan ini. Padahal dalam Islam sangat jelas bahwa mereka yang murtad wajib dibunuh, diyahnya tidak boleh diberikan dari Baitul Mal dan tidak perlu minta maaf. Maksud ayat inqilab ini adalah ditujukan kepada para sahabat yang hidup di zaman nabi dan yang berada di kota Madinah itu sendiri. Ayat ini menunjukkan akan adanya sejumlah sahabat yang akan berbalik semula dengan segera setelah wafatnya Nabi SAWW. Hadishadis nabi yang lain juga turut menerangkan sejelas-jelasnya tentang hal ini tanpa keraguan sedikit pun. Kita akan membicarakan hal ini dalam babnya tersendiri Insya Allah. Sejarah juga sebaik-baik bukti atas inqilab mereka setelah wafatnya nabi ini. Dan kita akan lihat betapa sedikitnya yang selamat ketika kita teliti peristiwa-peristiwa yang terjadi di antara kalangan para sahabat itu sendiri. 2. AYAT JIHAD Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (9 : 38,39) Maha Benar Allah Yang Maha Agung. Ayat ini juga amat jelas mengatakan bahwa sahabat merasa berat untuk pergi berjihad di jalan-Nya. Mereka lebih memilih untuk hidup di dunia walau mereka tahu nikmatnya hanya sedikit sekali. Sikap mereka seperti ini dicela oleh Allah dan diancam dengan azab yang pedih. Dan Allah akan mengganti mereka dengan orang-orang mukmin lain yang jujur. Ancaman penggantian ini tersurat dalam berbagai ayat Al Quran. Hal ini menunjukkan bahwa mereka seringkali merasa berat hati ketika diseru pada jihad di jalan Allah SWT. Di dalam ayat lain Allah berfirman: "Dan jika kamu berpaling, niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidakakan seperti kamu (ini)" (47: 38). Atau firman Allah yang lain: "Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orangorang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (5: 54). Kalau kita ingin perincikan ayat-ayat yang maknanya tersirat seperti ini dan mengungkapkan kebenaran tentang adanya pembahagian kelas sahabat seperti yang dikatakan oleh Syi'ah, maka tidak syak lagi ia akan memerlukan buku tersendiri. Al Quran telah mengungkapkannya dengan nada yang ringkas dan sangat fasih. Firman Allah:"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-

57

orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat. Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri, dan ada pula yang menjadi hitam muram. Adapun orang-orang yang menjadi hitam muram mukanya (kepada mereka dika-takan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu". Adapun orang-orang yang menjadi putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya" (3: 104,105,106,107). Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung. Bagi para penelaah dan peneliti, mereka tahu bahwa ayat ini ditujukan kepada para sahabat dan mengingatkan mereka akan perselisihan dan perpecahan setelah datangnya hujahhujah yang jelas. la mengancam mereka dengan azab yang pedih, sekaligus membagi mereka pada dua golongan. Yang satu akan dibangkitkan kelak dengan muka yang putih berseri-seri; mereka adalah orang-orang yang bersyukur dan berhak menerima rahmat Allah SWT. Yang lain akan dibangkitkan kelak dengan muka yang hitam dan muram. Mereka adalah orang-orang yang telah murtad setelah mereka beriman. Dan Allah telah mengancam mereka dengan azab yang pedih. Jadi jelas bahwa para sahabat telah berpecah dan berselisih setelah wafatnya Nabi SAWW. Mereka telah nyalakan api fitnah sehingga mereka saling berperang dan menumpahkan darah yang mengakibatkan kemunduran kaum muslimin dan menjadi sasaran musuhmusuhnya. Ayat di atas tidak dapat ditakwilkan atau diubah pengertiannya lain dari apa yang dapat difahami oleh akal.

3. AYAT KHUSYU' Firman Allah: "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka ingat pada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yangfasik" (57: 16). Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung. Di dalam kitab al-Dur al-Mantsur, karya Jalaluddin as-Suyuthi, tertulis berikut: "Ketika sahabat-sahabat Nabi berhijrah ke Madinah, mereka merasakan kesenangan hidup jika dibandingkan dengan penderitaan yang mereka alami sebelumnya (di Mekkah). Kerana itu mereka menjadi lemah dan malas dibandingkan waktu-waktu yang lalu. Kemudian mereka dihukum lantaran "perubahan" seumpama itu. Dalam riwayat lain, Nabi SAWW pernah bersabda bahwa Allah SWT melihat keengganan hati para muhajirin meskipun telah tujuh belas tahun mereka menyaksikan turunnya AlQuran. Kemudian Allah berfirman berikut, "Bukankah telah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman..." Lihatlah, jika para sahabatmanusia yang paling baik dalam pandangan Ahlu Sunnah Wal Jama'ahmasih belum mempunyai hati yang khusyu' dan tunduk ketika mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah diturunkan sepanjang tujuh belas tahun, sehingga Allah melihat keengganan mereka dan menegur mereka, serta mengingatkan mereka yang memiliki hati yang keras yang mungkin membawa kepada kefasikan, maka kita tidak dapat

58

menyalahkan orang-orang Quraisy yang baru menerima Islam pada tahun ketujuh Hijriah, setelah selesai Fathu Makkah. Demikianlah sebagian contoh yang dapat ku simpulkan dari Kitab Allah. Buktinya sangat kuat. Dan ia menunjukkan bahwa tidak semua sahabat adalah adil seperti yang dikatakan oleh Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. Apabila kita teliti hadis-hadis Nabi, segera kita akan dapati contoh-contoh lain yang berlipat ganda. Kerana aku telah berjanji untuk membuatnya secara ringkas, maka aku tuliskan sebahagian contoh saja; dan biarlah penelaah-penelaah kritis lain yang meneliti permasalahan ini dengan lebih dalam. 1. HADIS AL-HAUDH PANDANGAN RASUL TENTANG SAHABAT

Bersabda Rasulullah SAWW: "Ketika aku sedang berdiri tiba-tiba datang sekelompok orang yang ku kenal. Lalu keluarlah seorang yang berdiri di antara aku dan mereka, lalu berkata, "Lepaskan kami pergi. Ku tanya, "Kemana?" Jawabnya, "Ke neraka, demi Allah". "Apa kesalahan mereka?" Tanyaku. "Mereka telah berbalik semula ke jalan lama setelah mu dan berbalik dari kebenaran, dan ku perhatikan tiada yang tinggal melainkan (sedikit sekali yang) seperti sekelompok unta yang tersisih", jawabnya. (Sahih Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAWW bersabda: "Aku akan mendahului kalian di telaga haudh. Siapa yang berlalu dariku dia akan minum dan siapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya. Kelak ada sekelompok orang yang kukenal dan mereka juga mengenalku datang kepadaku; kemudian mereka dipisahkan dariku. Aku akan berkata: sahabatku, sahabatku. Lalu dijawab: engkau tidak tahu apa yang telah mereka lakukan setelah ketiadaanmu. Dan aku pun berkata: Pergilah, pergilah mereka yang telah berubah setelah ketiadaanku".(Sahih Bukhari dan Muslim) Orang yang merenungkan makna hadis-hadis seperti ini yang diriwayatkan sendiri oleh ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam berbagai kitab shahih mereka, tidak akan ragu-ragu lagi untuk mengambil kesimpulan bahwa kebanyakan sahabat telah berubah bahkan telah berbalik setelah wafatnya Nabi SAWW; melainkan segelintir kecil saja yang diibaratkan oleh Nabi seperti sekelompok unta yang tersisih. Hadis ini tidak dapat ditafsirkan bahwa ia ditujukan untuk golongan orang-orang munafik, mengingat nas yang berkata: sahabatku, sahabatku. Dan ia juga adalah tafsir atau realisasi dari ayat-ayat AlQuran yang menyebutkan tentang sikap mereka yang berbalik sehingga diancam oleh Allah dengan api neraka, seperti yang telah disentuh di atas. 2. HADIS: BERSAING UNTUK DUNIA Bersabda Nabi SAWW: "Aku akan mendahului kalian dan akan menjadi saksi bagi kalian. Demi Allah aku kini melihat haudhku (telagaku di syurga) dan aku juga telah diberikan kunci kekayaan bumi (atau kunci bumi). Demi Allah aku tidak khawatir kalian akan mensyirikkan Allah setelahku, tetapi aku khawatir kalian akan bersaing untuknya (dunia)".(Sahih Bukhari) Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasululah SAWW. Mereka telah bersaing dan berlomba-lomba untuk dunia ini sehingga pedang-pedang mereka dihunuskan, berperang dan saling mengkafirkan. Sebagian sahabat yang besar bahkan telah menghimpunkan emas dan perak untuk diri mereka sendiri. Para ahli sejarah seperti al-Masu'di di dalam

59

kitabnya Muruj az-Dzahab, Thabari dan lain sebagainya telah mencantumkan bahwa kekayaan az-Zubair sajamisalnyamencapai lima puluh ribu Dinar, seribu ekor kuda, seribu orang hamba sahaya dan sejumlah tanah di Bashrah, Kufah, Mesir dan lain sebagainya.(Muruj al Dhahab, al Masudi, vol 2 p 341). Thalhah mempunyai kekayaan pertanian di Iraq yang setiap harinya menghasilkan seribu Dinar, bahkan konon lebih dari itu. Abdurrahman bin A'uf mempunyai seratus kuda, seribu unta dan sepuluh ribu kambing. 1/4 dari 1/8 hartanya yang dibahagikan kepada para isterinya setelah wafatnya mencapai lapan puluh empat ribu. Ketika Usman bin Affan meninggal, beliau telah meninggalkan sejumlah seratus lima puluh ribu Dinar, tidak terhitung binatang ternak dan tanah-tanah subur. Emas dan perak yang ditinggalkan oleh Zaid bin Tsabit sedemikian banyaknya sehingga harus dipecahkan dengan kapak, selain dari harta dan tanah yang bernilai seratus ribu Dinar. Demikian sebagian contoh yang dapat kita lihat dalam sejarah. Kita tidak bermaksud membahasnya secara terperinci dan cukup sekadar bukti betapa mereka mempunyai kemewahan dunia dan kenikmatannya.

PANDANGAN SAHABAT SATU SAMA LAIN 1. KESAKSIAN MEREKA ATAS PERUBAHAN SUNNAH NABI

Abi Sa'id al-Khudri berkata: "Pada hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, Rasulullah SAWW keluar rumah untuk menunaikan salat Id. Selesai salat baginda berdiri menghadap para hadirin yang masih duduk di dalam saf, kemudian member khutbah yang penuh dengan nasihat dan perintah." Abu Sa'id melanjutkan: "Cara seperti ini dilanjutkan oleh para sahabatnya sampailah suatu hari ketika aku keluar untuk shalat Id (Idul Fitri atau Idul Adha) bersama Marwan, gabenor kota Madinah. Sesampainya di sana Marwan terus naik ke atas mimbar yang dibuat oleh Katsir bin Shalt. Aku tarik bajunya. Tapi dia menolakku. Marwan kemudian memulai khutbah Idnya sebelum shalat. Ku katakan padanya: "Demi Allah kalian telah berubah." "Wahai Aba Sa'id" balas Marwan, "Telah sirna apa yang kau ketahui" Ku katakan padanya: "Demi Allah, apa yang ku tahu adalah lebih baik dari apa yang tidak ku ketahui." Kemudian Marwan berkata lagi: "Orang-orang ini tidak akan mau duduk mendengar khutbah kami selepas salat. Karena itu ku lakukan khutbah sebelumnya. (Sahih Bukhari) Aku cuba meneliti apa yang menyebabkan sahabat seperti ini berani mengubah Sunnah Nabi. Akhirnya aku mengetahui bahwa Bani Umaiyahyang majoritinya adalah sahabat Nabiterutama Muawiyah bin Abu Sufyan yang kononnya sebagai Penulis Wahyu, senantiasa memaksa kaum muslimin untuk mencaci dan melaknat Ali bin Abi Thalib dari atas mimbar-mimbar masjid. Muawiyah memerintahkan orang-orangnya di setiap negeri untuk menjadikan cacian dan laknat pada Ali sebagai suatu tradisi yang mesti dinyatakan oleh para khatib. Ketika sejumlah sahabat memprotes di atas ketetapan ini, Muawiyah tidak segan-segan memerintahkan agar mereka dibunuh atau dibakar. Muawiyah telah

60

membunuh sejumlah sahabat yang sangat terkenal seperti Hujur bin U'dai beserta para pengikutnya, dan sebagian lain dikuburkan hidup-hidup. "Kesalahan" mereka (dalam persepsi Muawiyah) semata-mata kerana enggan mengutuk Ali dan bersikap protes atas perintah Muawiyah. Abul A'la al-Maududi dalam kitabnya al-Khilafah Wal Muluk (Khilafah Dan Kerajaan) menukil dari Hasan al-Bashri yang berkata: "Ada empat hal dalam diri Muawiyah, yang apabila satu saja ada pada dirinya, itu sudah cukup sebagai alasan untuk mencelakakannya: 1. Dia berkuasa dan membuat keputusan tanpa melakukan sebarang musyawarah dengan sahabat-sahabat lain yang merupakan cahaya kemuliaan 2.Dia melantik puteranya (Yazid) sebagai pemimpin setelahnya, padahal puteranya adalah seorang pemabuk,penagih minuman keras dan korup 3.Dia menyatakan Ziyad (seorang anak zina) sebagai puteranya, padahal Nabi SAWW bersabda: "Terdapat anak bagi wanita yang mempunyai kehormatan,tetapi tidak bagi pelacur. 4.Dia telah membunuh Hujur dan para pengikutnya. Karena itu maka celakalah dia lantaran (membunuh) Hujur; dan celakalah dia karena Hujur dan para pengikutnya. Sebahagian sahabat yang mukmin lari dari masjid selesai shalat karena tidak mahu mendengar khutbah yang berakhir dengan kutukan terhadap Ali dan keluarganya. Itulah sebabnya Bani Umaiyah mengubah Sunnah Nabi ini dengan mendahulukan khutbah sebelum shalat agar yang hadir terpaksa mendengarnya. Fikirkanlah, sahabat bagaimanakah yang berani mengubah Sunnah Nabinya, bahkan hukum-hukum Allah sekalipun semata-mata demi meraih cita-citanya yang rendah dan ekspresi dari rasa dengki yang sudah terukir. Bagaimana mereka bisa melaknat seseorang yang telah Allah sucikan dari segala dosa dan nista dan diwajibkan oleh Allah untuk bersalawat kepadanya sebagaimana kepada Rasul-Nya. Allah juga telah mewajibkan kepada semua manusia untuk mencintainya hingga Nabi SAWW bersabda: "Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak." (Sahih Muslim) Namun sahabat-sahabat ini telah mengubahnya. Mereka berkata, kami telah mendengar sabda-sabda Nabi tentang Ali, tetapi kami tidak mematuhinya. Seharusnya mereka bersalawat kepadanya, mencintainya dan taat patuh kepadanya; namun sebaliknya mereka telah mencaci dan melaknatnya sepanjang enam puluh tahun, seperti yang dicatat oleh sejarah. Apabila sahabat-sahabat Musa pernah sepakat mengancam nyawa Harun dan hampir-hampir membunuhnya, maka sebahagian sahabat Muhammad SAWW telah membunuh "Harun-nya" (yakni Ali) dan menindas anak keturunannya serta para Syi'ahnya di setiap tempat dan ruang. Mereka telah menghapuskan nama-nama dan bahkan melarang kaum muslimin menggunakan nama mereka. Tidak sekadar itu, hatta para sahabat besar dan agung juga dipaksa untuk melakukan hal yang serupa. Demi Allah, aku berdiri hairan dan terpaku ketika membaca buku-buku rujukan kita yang memuatkan berbagai hadis yang mewajibkan cinta pada Nabi dan saudaranya serta anak bapa saudaranya, yakni Ali bin Abi Thalib, dan sejumlah hadis-hadis lain yang mengutamakan Ali atas para sahabat yang lain. Sehingga Nabi SAWW bersabda: "Engkau (hai Ali) di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi setelahku. (Sahih Bukhari dan Muslim, Mustadrak-Al Hakim) Atau sabdanya: "Engkau dariku dan aku darimu". (Sahih Bukhari, At-Tarmizi dan Sunan Ibnu Majah)

61

Dan sabdanya lagi: "Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak".(Sahih Muslim dan at Tarmizi,Sunan An Nisai) Sabdanya: "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah gerbangnya ". (Sahih At Tarmizi dan Mustadrak,al Hakim) Dan sabdanya: "Ali adalah wali (pemimpin) setiap mukmin setelahku." (Sahih Muslim, Mustadrak, Musnad Imam Ahmad) Dan sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya (pemimpinnya) maka Ali adalah maulanya. Ya Allah, bantulah mereka yang membantunya dan musuhilah mereka yang memusuhinya." Jika kita ingin mencatat semua keutamaan Ali yang disabdakan oleh Nabi SAWW dan yang diriwayatkan oleh para ulama kita dengan sanadnya yang shahih, maka ia pasti akan memerlukan suatu buku tersendiri. Bagaimana mungkin sejumlah sahabat seperti itu purapura tidak tahu akan hadis ini, lalu mencacinya, memusuhinya, melaknatnya dari atas mimbar dan membunuh atau memerangi mereka? Aku tidak dapat mencari sebarang alasan dari sikap dan perlakuan seperti ini melainkan semata-mata kerana cinta pada dunia dan berlomba-lomba mengejarnya; atau karena sifat nifak dan berpaling dari kebenaran. Aku juga cuba melemparkan tanggung jawab ini kepada sebagian sahabat yang terkenal buruk, atau sebagian dari orang-orang munafik. Namun sayang sekali, yang aku dapati dari penelitianku itu adalah sejumlah sahabat yang agung dan masyhur. Orang pertama yang pernah mengancam akan membakar rumahnya (Ali) beserta para penghuni yang ada di dalamnya adalah Umar bin Khattab; orang pertama yang memeranginya adalah Thalhah, Zubair, Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar, Muawiyah bin Abu Sufyan dan A'mr bin al-A'sh dan sebagainya. Rasa terkejut bertambah dalam dan seakan tidak akan berakhir. Setiap orang yang berpikir rasional akan segera mendukung pendapatku ini. Bagaimana ulama-ulama Ahlu Sunnah sepakat mengatakan bahwa semua sahabat adalah adil sambil mengucapkan "Radhiallahu Anhum", bahkan mengucapkan salawat untuk mereka tanpa kecuali. Sehingga ada yang berkata, "Laknatlah Yazid tapi jangan berlebihan". Apa yang dapat kita bayangkan tentang Yazid yang telah melakukan tragedi yang sangat tragis ini, yang tidak dapat diterima bahkan oleh akal dan agama. Aku nyatakan kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah, jika mereka benar-benar mengikut Sunnah Nabi, agar meninjau hukum AlQuran dan Sunnah Nabi secara cermat dan seadil-adilnya tentang kefasikan Yazid dan kekufurannya. Rasululah SAWW telah bersabda: "Siapa yang mencaci Ali maka dia telah mencaciku; dan siapa yang mencaciku maka dia telah mencaci Allah; dan siapa yang mencaci Allah maka Aku akan menjatuhkannya ke dalam api neraka." Demikian itu adalah hukuman bagi orang yang mencaci Ali. Maka bagaimana pula apabila ada orang yang melaknatnya dan memeranginya. Mana alim-ulama kita dari hakikat kebenaran ini? Apakah hati mereka telah tertutup rapat? Katakanlah, ya Allah, aku memohon lindunganMu dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya.

2. SAHABAT MENGUBAH CARA SOLAT

62

Anas bin Malik berkata: "Tiada sesuatu yang ku ketahui di zaman nabi lebih baik dari (hukum) solat." Kemudian dia bertanya: "Tidakkah kalian kehilangan sesuatu di dalam solat?" Az-Zuhri pernah bercerita: "Suatu hari aku berjumpa dengan Anas bin Malik di Damsyik. Saat itu beliau sedang menangis. "Apa yang menyebabkan Anda menangis?", tanyaku. "Aku telah lupa segala yang ku ketahui melainkan solat ini. Itupun telah ku sia-siakan." Jawab Anas.(Sahih Bukhari) Janganlah kita terkeliru dengan mengatakan bahwa para Tabi'inlah(generasi selepas para sahabat) yang mengubah segala sesuatu hukum setelah terjadinya banyak fitnah, perselisihan dan serta peperangan. Ingin aku nyatakan di sini bahwa orang pertama yang mengubah Sunnah Rasul dalam hal solat adalah khalifah muslimin yang ketiga, yakni Usman bin Affan. Begitu juga Ummul Mukminin Aisyah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam kitabnya bahwa Rasulullah SAWW menunaikan solat di Mina dua rakaat (qashar). Begitu juga Abu Bakar, Umar dan tempoh awal ketika kekhalifahan Utsman. Setelah itu Usman Solat di sana (Mina) sebanyak empat rakaat." (Sahih Bukhari dan Muslim) Muslim juga meriwayatkan dalam kitab Sahihnya bahwa Zuhri berkata: "Suatu hari aku bertanya pada Urwah kenapa Aisyah solat empat rakaat dalam perjalanan musafirnya?" "Aisyah telah melakukan takwil sebagaimana Utsman"(Sahih Muslim). Umar bin Khattab juga tidak jarang berijtihad dan bertakwil walaupun terdapat nas-nas Nabi yang sangat jelas, bahkan di hadapan nas-nas Al Quran sekalipun, lalu beliau kemudian menjatuhkan hukum mengikut pendapatnya. Beliau pernah berkata: "Nikah mut'ah yang dahulunya (halal) dan dilakukan di zaman Nabi, kini aku melarangnya dan mengenakan hukuman bagi orang yang melaksanakannya. Beliau juga pernah berkata kepada orang yang junub tetapi tidak memperoleh air untuk mandi, "Jangan sembahyang". Walaupun ada firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 6: "... Lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang bersih". Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya pada Bab Idza Khofa al-Junub A'la Nafsihi (Apabila Orang Junub Takut Akan Dirinya) berikut: "Ku dengar Syaqiq bin Salmah berkata, Suatu hari aku hadir dalam majlis Abdillah dan Abu Musa. Abu Musa bertanya pada Abdillah tentang pendapatnya mengenai orang yang junub kemudian tidak memperoleh air untuk mandi?" Abdillah menjawab, "Dia tidak perlu solat sehingga dia menjumpai air." Abu Musa bertanya lagi, "Bagaimana pendapatmu tentang jawaban Nabi kepada Ammar dalam masalah yang sama ini?" Abdullah menjawab, "Umar tidak begitu yakin dengan itu." Abu Musa melanjutkan, "lalu bagaimana dengan ayat ini, (al-Maidah: 6)?" Abdullah diam tidak menjawab. Kemudian dia berkata, "Apabila kita izinkan mereka (melakukan tayammum), niscaya mereka akan bertayammum saja dan tidak akan menggunakan air apabila udaranya dirasakan dingin. " Ku katakan pada Syaqiq bahwa Abdillah sebenarnya tidak suka kerana alasan ini sematamata; dan Syaqiq pun mengiakan" 3. KESAKSIAN SAHABAT ATAS DIRI MEREKA Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW pernah bersabda kepada kaum Anshar: "Suatu hari nanti kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat setelah sepeninggalan ku. Kerana itu bersabarlah sehingga kalian menemui Allah dan Rasul-Nya di telaga haudh." Anas berkata, "Kami tidak sabar." (Sahih Bukhari)

63

Ala' bin Musayyab dari ayahnya pernah berkata: "Aku berjumpa dengan Barra' bin A'zib ra. Ku katakan padanya, "Berbahagialah anda karena dapat bersahabat dengan Nabi SAWW dan membai'atnya di bawah pohon (bai'ah tahta syajarah). Barra' menjawab, "Wahai putera saudaraku, engkau tidak tahu apa yang telah kami lakukan sepeninggalan baginda. " (Sahih Bukhari) Jika sahabat utama yang tergolong di antara as-Sabiqin al-Awwalin dan pernah membai'at Nabi di bawah pohon, serta Allah rela kepada mereka dan Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati mereka sehingga diberinya ganjaran yang besar; apabila sahabat-sahabat ini sendiri kemudiannya bersaksi bahwa dirinya dan para sahabat yang lain telah melakukan "sesuatu" sepeninggal Nabi, bukankah pengakuan mereka ini adalah bukti kebenaran yang disabdakan oleh Nabi SAWW bahwa sebahagian dari sahabatnya akan berpaling darinya sepeninggalannya. Apakah seseorang yang berpikir rasional akan tetap mengatakan bahwa semua sahabat adalah adil seperti yang didakwa oleh Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. Mereka yang mendakwa seperti itu dengan jelas telah menyalahi nas dan akal. Kerana dengan demikian hilanglah segala kriteria intelektual yang sepatutnya dijadikan pegangan untuk sebuah penelitian dan kajian. 4. KESAKSIAN SYAIKHAIN ATAS DIRINYA Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya pada Bab Manaqib Umar bin Khattab (Keistimewaan Umar Bin Khattab) sebagai berikut: "Ketika Umar menderita karena tikaman, beliau merintih kesakitan. Ibnu Abbas datang menghiburkan beliau sambil berkata, "Ya Amir al-Mukminin, memang sudah tiba waktunya, bukankah engkau adalah sahabat Rasulullah yang baik. Ketika kau berpisah dengan baginda, bukankah dia juga rela padamu. Kemudian kau telah bersahabat dengan Abu bakar dengan persahabatan yang baik, lalu kau berpisah dengan beliau juga dalam keadaan dia rela pada mu. Kau juga bersahabat dengan yang lainnya dengan baik. Jika seandainya kau harus meninggalkan mereka, maka mereka akan rela padamu." Tidak lama selepas itu Umar menjawab, "Adapun tentang persahabatan dan kerelaan Rasulullah yang kau sentuh tadi, maka itu adalah anugerah yang Allah telah berikan padaku. Persahabatan dan kerelaan Abu Bakar yang kau katakan tadi, itu juga adalah anugerah yang Allah limpahkan padaku. Namun apa yang kau dapat lihat rasa cemas di wajah ku adalah semata-mata kerana kamu dan sahabat-sahabat mu. Demi Allah, jika aku mempunyai segunung emas maka aku akan korbankan demi dapat terselamat dari azab Allah sebelum aku datang menjumpai-Nya." (Sahih Bukhari) Sejarah juga mencatat kata-kata Umar berikut: Oh, alangkah beruntungnya apabila aku hanyalah seekor kambing milik keluarga ku. Digemukkan aku seperti yang mereka suka kemudian menjadi lahapan orang yang menyenanginya. Mereka menghiris sebahagian dariku dan dipanggangnya sebahagian yang lain. Kemudian aku dimakan dan dikeluarkan pula sebagai najis. Oh, kalaulah aku seperti itu dan tidak menjadi manusia."(Minhaj Al Sunnah, Ibnu Taymiyah dan Hilyat al Awliya, Ibn Abi Nuaym) Sejarah juga mencatat kata-kata Abu Bakar berikut: "Ketika Abu Bakar melihat seekor burung hinggap di suatu pohon, dia berkata, berbahagialah engkau duhai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap di pohon, tanpa ada hisab atau balasan. Aku lebih suka kalau aku ini adalah sebatang pohon yang tumbuh di tepi jalan, kemudian datanglah seekor onta lalu memakanku. Kemudian aku dikeluarkan dan tidak menjadi seorang manusia."34 Di tempat lain beliau juga pernah berkata: "Oh, kalaulah ibuku tidak pernah melahirkanku. Oh, kalaulah aku hanya sebiji pasir dari satu batu bata." (Tarikh, Tabari dan al Riyadh al Nadira dan Kanz al Ummal dan Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya)

64

Demikianlah sebahagian kecil dari bukti yang dapat kita berikan di sini sebagai renungan semata-mata. Dan berikut adalah firman Allah SWT yang memberi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin: "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada kerisauan terhadap mereka dan tiada (pula) mereka bersedih hati; (yaitu) orangorang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar" (S: 10: 62, 63, 64). Dan firman Allah dalam surat lain, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka teguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan (memperoleh) sorga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (S. 41: 30, 31,32). Mengapakah Syaikhain (Abu Bakar dan Umar) berangan-angan untuk tidak mahu menjadi manusia, makhluk yang sangat dimuliakan oleh Allah SWT atas makhluk-makhluknya yang lain. Walaupun untuk seorang mukmin yang biasa dan yang istiqamah dalam hidupnya boleh didatangi oleh malaikat dan diberi padanya khabar gembira dengan kedudukan di syurga, dan oleh kerana itu, dia tidak khuatir pada azab Allah dan tidak bersedih hati dengan masa lalunya di dunia, bahkan baginya berita gembira di dalam kehidupan di dunia sebelum kehidupan di akhirat, maka mengapakah tokoh-tokoh sahabat yang dikatakan sebagai makhluk terbaik setelah Rasulullah berangan-angan ingin menjadi najis atau sehelai rambut atau sebiji pasir? Seandainya para malaikat telah memberi mereka berita gembira akan hal syurga, semestinya mereka tidak akan berangan-angan untuk memiliki segunung emas agar dapat dikorbankan sebagai tebusan atas azab Allah sebelum berjumpa denganNya. Allah SWT berfirman: "Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu, dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil sedang mereka tidak dianiaya" (S. 10: 54). Allah juga berfirman: "Dan sekiranya orang-orang yang zalim mempunyai semua apa yang ada di bumi dan sebanyak itu (pula) besertanya, niscaya mereka menebus dirinya dengan itu dari siksa yang buruk pada hari kiamat. Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolok-olokkan" (5.39:47,48). Aku berharap dengan sepenuh hatiku agar ayat ini tidak melibatkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Faruq. Tetapi aku sering kali terjebak dengan adanya nas-nas seperti ini. Itulah sebabnya aku cuba menelaah aspek-aspek menarik dari hubungan mereka dengan Rasul SAWW. Namun di situ juga aku dihadapkan dengan sikap mereka yang enggan melaksanakan perintah-perintah Nabi, terutama pada saat-saat akhir dari umurnya yang penuh berkat itu, di mana mereka menyebabkan Nabi marah dan mengusir mereka dari kamarnya. Aku juga dihadapkan dengan suatu fakta akan perilaku

65

mereka setelah wafatnya Nabi, serta sikap mereka yang menggangu puterinya Fatimah azZahra'. Padahal Nabi SAWW bersabda, "Fatimah adalah belahan nyawaku, siapa yang menyebabkannya marah maka dia telah menyebabkan aku marah." (Sahih Bukhari) Fatimah juga pernah berkata kepada Abu Bakar dan Umar demikian: "Aku meminta kesaksian dari Allah kepada kalian berdua, apakah kalian tidak pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Keredhaan Fatimah adalah keredhaanku dan kemarahan Fatimah adalah kemarahanku. Siapa yang mencintai puteriku Fatimah, maka dia telah mencintaiku, siapa yang membuat Fatimah redha maka dia telah membuatku redha, siapa yang membuat Fatimah marah maka dia telah membuatku marah." "Ya, kami telah mendengarnya dari Rasulullah." Jawab mereka berdua. Lalu Fatimah berkata lagi, "Sungguh, aku minta persaksian Allah dan para malaikat-Nya bahwa kalian berdua telah membuatku marah dan tidak rela. Jika kelak aku berjumpa dengan Rasulullah maka pasti akan ku sampaikan keluhanku ini kepadanya." (al Imamah Was Siyasah, Ibn Qutaybah) Biarlah riwayat yang menyayat hati ini kita tinggalkan dahulu. Mungkin Ibnu Qutaibah, seorang ulama Ahlu Sunnah yang sangat terkemuka dalam berbagai ilmu pengetahuan dan mempunyai banyak karya seperti Tafsir, Hadis, Bahasa, Nahu dan sejarah, mungkin beliau juga telah terikut-ikut dengan fahaman Syi'ah seperti yang pernah dikatakan oleh seseorang ketika ku tunjukkan padanya kitab Tarikh al-Khulafa'. Dan ini hanyalah sekadar alasan yang dicari-cari oleh ulama kita ketika mereka harus mengakui fakta-fakta tersebut. Di daerah kami, Thabari dikatakan telah ikut Syi'ah; Nasai yang telah menulis satu buku khusus tentang keutamaan Imam Ali juga dikatakan telah ikut Syi'ah; Ibnu Qutaibah juga Syi'ah; bahkan Taha Husain, ketika menulis buku al-Fitnah al-Kubro (Fitnah Besar) dan menyebutkan di dalamnya hadis-hadis al-Ghadir serta mengakui kebenaran-kebenaran yang lain juga dikatakan telah ikut Syi'ah. Padahal sebenarnya mereka bukan orang Syi'ah. Bahkan ketika mereka berbicara tentang Syi'ah, yang mereka sebutkan hanyalah keburukannya semata-mata. Mereka membela para sahabat dengan segala daya upaya mereka. Tetapi mereka yang menyebut keutamaankeutamaan Ali bin Abi Thalib dan mengakui kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh sahabat tertentu, tiba-tiba kita tuduh mereka sebagai Syi'ah. Cukupmisalnya Anda sebutkan di hadapan mereka salawat Nabi yang diiringi dengan kalimat Wa Alihi atau menyebut alaihissalam untuk Imam Ali, maka mereka segera akan mengatakan bahwa Anda adalah seorang Syi'ah. Suatu hari aku berdiskusi dengan seorang ulama. Ku tanyakan padanya, "Apa pendapatmu tentang Bukhari?" "Beliau adalah imam hadis." Jawabnya. "Kitabnya adalah yang paling benar setelah Kitab Allah. Hal ini adalah kesepakatan para ulama kita." Ku katakan padanya bahwa Bukhari adalah seorang Syi'ah. Dia tertawa terbahak-bahak mengejekku. Katanya, "Tidak mungkin sama sekali Imam Bukhari akan jadi Syi'ah." Ku katakan lagi padanya bahwa Anda pernah menyatakan siapa saja yang menyebut kalimat alaihissalam untuk Ali maka dia adalah orang Syi'ah. Ya, jawabnya. Kemudian ku tunjukkan padanya dan pada orang-orang yang duduk di sekitarnya kitab Shahih Bukhari yang memuatkan katakata alaihissalam ketika menyebut nama Ali, Husain bin Ali serta nama Fatimah puteri Nabi. (Sahih Bukhari) Menyaksikan itu orang ini merasa sangat terkejut dan bingung tentang apa yang harus dikatakannya. Mari kita kembali pada riwayat Ibnu Qutaibah yang mencatat bahwa Fatimah marah pada Abu Bakar dan Umar. Apabila aku meragukan kebenaran riwayat ini karena semata-mata ada dalam kitab Ibnu Qutaibah, maka aku tidak akan dapat mengelak lagi ketika riwayat

66

yang sama kudapati dalam kitab Sahih Bukhari, sebuah kitab yang paling "benar" setelah Al Quran. Karena kita telah nyatakan bahwa kitab Sahih Bukhari adalah kitab yang paling benar, dan kini Syi'ah menyatakan hujah mereka dengan kitab tersebut, maka adalah sangat adil apabila orang-orang yang rasional menerimanya. Bukhari meriwayatkan dalam Bab Manaqib Qarabah Rasulillah (Keistimewaan Kerabat Nabi) bahwa Rasulullah SAWW bersabda: "Fatimah adalah belahan nyawaku, siapa yang membuatnya marah maka dia telah membuatku marah." Dalam Bab Ghazwah Khaibar, dari Aisyah (yangberkata) bahwa Fatimah putri Nabi, suatu hari mengutus seseorang menghadap Abu Bakar untuk meminta hak pusakanya yang diwarisinya dari ayahandanya. Abu Bakar enggan memberikannya kepada Fatimah walau sedikit sekalipun. Fatimah sangat marah kepada Abu Bakar, lalu ditinggalkannya dan tidak diajaknya berbicara sampai beliau wafat." Hasilnya, kita mendapat satu kesimpulan. Bukhari menyebutnya secara ringkas, sementara Ibnu Qutaibah mencatatnya secara lebih terperinci: yakni Rasulullah SAWW akan marah lantaran marahnya Fatimah dan akan redha lantaran keredhaan Fatimah. Dan ketika Fatimah meninggal, beliau masih dalam keadaan marah dan murka pada Abu Bakar dan Umar. Jika Bukhari berkata bahwa "Fatimah meninggal masih dalam keadaan marah pada Abu Bakar, dan sampai akhir hayatnya tidak berbicara dengannya", riwayat Bukhari ini sama maknanya dengan riwayat Ibnu Qutaibah di atas. Kemudian, apabila Fatimah adalah Penghulu Wanita Alam Semesta seperti yang disebutkan oleh Bukhari dalam Bab alIstidzan bahagian Man Naja Baina Yadai an-Nas; dan Fatimah adalah satu-satunya wanita dari ummat ini yang dibersihkan dari segala dosa dan disucikan sebersih-bersihnya, maka hal itu berarti bahwa sikap marahnya adalah karena kebenaran semata-mata. Dan dengan alasan inilah mengapa Rasulullah akan marah kerana marahnya Fatimah, dan akan murka lantaran murkanya Fatimah. Dan kerana menyedari akibat inilah kemudian Abu bakar berkata: "Aku berlindung pada Allah dari murkaNya dan dari murkamu wahai Fatimah"; dan Abu Bakar menangis tersedusedu sampai dadanya sesak. Fatimah juga berkata kepada Abu Bakar: "Demi Allah, aku akan mohonkan keburukanmu di dalam setiap doa yang ku panjatkan selepas solat.Kemudian Abu Bakar menangis dan berkata berikut: "Aku tidak perlu pada bai'at kalian; lepaskan aku dari bai'at kalian." (Tarikh al Khulafa, Ibn Qutaybah) Para ahli sejarah dan ulama-ulama kita tahu bahwa Fatimah as telah mendakwa Abu Bakar dalam berbagai kes, seperti kes harta pusaka dan bahagian hak kerabat Nabi. Tetapi semua dakwaannya ditolak sehinggalah beliau meninggal dalam keadaan murka. Namun sayang sekali, para ulama kita hanya membacanya sahaja dan enggan membincangkannya. Alasannyaseperti biasaingin menjaga segala kemuliaan Abu Bakar. Di antara hal aneh yang pernah ku baca tentang cerita ini adalah komentar seorang penulis yang menukilkan cerita tersebut secara agak terperinci, kemudian berkata: "Jauh sekali kemungkinan Fatimah akan mendakwa sesuatu yang bukan haknya; dan jauh sekali Abu bakar akan melarang Fatimah dari haknya." Penulis tersebut menduga bahwa dengan cara ini dia telah dapat menyelesaikan kemusykilan dan telah memberi jawaban yang memuaskan kepada para pencari kebenaran. Padahal logik seperti itu hampir sama sekali dengan logik yang seperti ini: "Jauh sekali Al Quran akan berkata sesuatu yang bukan haq; atau jauh sekali Bani Israel akan menyembah anak sapi."

67

Kita sering berjumpa dengan para ulama yang berbicara tentang sesuatu yang tidak mereka fahami, atau mempercayai sesuatu yang bercanggah. Dalam kes inimisalnya Fatimah yang mendakwa sementara Abu Bakar pula yang menolak dakwaan. Kita dihadapkan pada dua pilihan, apakah Fatimah yang berbohong (semoga Allah melindungi kita dari berkata demikian) atau Abu Bakar yang berlaku zalim kepadanya. Tidak ada kemungkinan ketiga dalam menilai kes ini seperti yang diandaikan oleh ulama-ulama kita. Apabila andaian dan kemungkinan bahwa Fatimah berbohong telah tertolak, kerana terbukti ayahnya bersabda untuk dirinya, "Fatimah adalah belahan nyawaku; siapa yang mengganggunya bererti dia telah menggangguku..." dan orang yang berbohong sudah pasti tidak akan memperoleh syafaat Nabi (di samping hadis ini sendiri adalah bukti akan kemaksumannya dari berkata dusta dan dari segala perbuatan yang munkar, sebagaimana yang didukung oleh ayat Tathhir (33: 33) yang diturunkan untuknya, suaminya dan dua puteranya dengan persaksian Aisyah), jika hal ini tertolak maka tidak ada jawaban lain bagi orang-orang yang berfikiran rasional kecuali harus mengakui bahwa Fatimah sebenarnya adalah pihak yang dizalimi. Dan mudah untuk kita menduga bahwa bagi orang-orang berani mengancam untuk membakar rumah Fatimah, maka untuk menolak tuntutan Fatimah adalah mudah sekali. (Sahih Muslim) Itulah sebabnya Fatimah as tidak mengizinkan Abu Bakar dan Umar masuk ke dalam rumahnya; dan ketika Ali membawa mereka masuk, Fatimah memalingkan wajahnya dan tidak mahu melihat mereka berdua. (Tarikh al Khulafa) Fatimah wafat dan berwasiat agar dikebumikan secara rahsia di malam hari, supaya tidak satupun dari mereka yang dimurkainya dapat menghadiri jenazahnya. (Sahih Bukhari) Danmemang sampai kini kita tidak akan dapat menjumpai dimana kuburan puteri Rasul tersebut. Kenapa alim-ulama kita berdiam diri dari hakikat kebenaran ini, dan tidak mahu mengkajinya bahkan menyebutnya sekalipun. Mereka menggambarkan kepada kita bahwa para sahabat bagaikan para malaikat yang tidak bersalah atau berbuat dosa. Jika kita tanyakan pada mereka kenapa Khalifah Utsman sampai di bunuh, mereka akan segera menjawab bahwa penduduk Mesir lahorang-orang kafiryang telah membunuhnya. Cukup dengan dua kalimat itu saja. Tetapi ketika aku mulai membaca dan mengkaji sejarah, aku mendapati bahwa tokoh-tokoh penting di sebalik pembunuhan Utsman adalah para sahabat itu sendiri, terutama Ummul Mukminin Aisyah yang menyeru pembunuhannya di hadapan khalayak ramai. Aisyah berkata, "Bunuhlah si Natsal (orang tua yang keras kepala yakni Usman) itu. Sungguh dia telah kafir." (Tarikh Tabari, Tarikh Ibnu Athir, Lisan Al Arab). Di sana kita juga mendapati nama-nama seperti Thalhah, Zubair, Muhammad bin Abu Bakar dan tokoh-tokoh sahabat lain yang terkenal. Mereka telah mengepung rumah Usman dan memotong bekalan air agar ia meletak jawatan. Para ahli sejarah juga mencatat bahwa mayat Usman dilarang oleh para sahabat lain dikebumikan di pekuburan kaum muslimin. Akhirnya beliau dikuburkan di Hash Kaukab tanpa dimandikan dan tanpa dikafankan. Subhanallah. Bagaimana lalu dikatakan kepada kita bahwa Usman dibunuh dalam keadaan dizalimi, dan yang membunuhnya adalah orang-orang bukan muslim. Kita harus melihat masalah ini dengan cara yang hampir sama dengan masalah antara Fatimah dan Abu Bakar serta Umar di atas. Apakah Usman yang dizalimi, sehingga para sahabat yang terlibat dicop sebagai pembunuh-pembunuh yang jahat,kerana telah membunuh seorang Khalifah muslimin dengan penuh aniaya dan permusuhan. Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiannya melempar mayatnya dengan batu sehingga Usman dikatakan sebagai orang yang teraniaya pada masa hidupnya dan setelah matinya. Atau para sahabat itu sendiri yang dizalimi kerana menyaksikan sejumlah tindakan Usman yang

68

bertentangan dengan Islam, kemudian menghalalkan darahnya, seperti yang terbukti dalam buku-buku sejarah. Tidak ada kemungkinan ketiga yang dapat kita cari jawabannya, melainkan kalau kita ingin memalsukan sejarah dan menerima alasan bahwa orang-orang "kafir" Mesirlah yang membunuhnya. Dari dua andaian di atas kita terjebak dalam satu kesimpulan yang logik tentang ketidakjujuran teori yang mengatakan bahwa semua sahabat adalah adil. Tanpa sebarang pengecualian, tidak kira samada Usman adalah benar atau atau pembunuhnya adalah benar, kita tidak dapat mengelak dari satu fakta,iaitu, semua yang terlibat adalah para sahabat. Dengan demikian maka batallah dakwaan kita dan benarlah dakwaan Syi'ah yang mengatakan bahwa hanya sebahagian sahabat sahaja yang adil, bukan semua. Kita juga bertanya tentang peperangan Jamal yang diapi-apikan oleh Ummul Mukminin Aisyah bahkan dipimpin olehnya sendiri. Bagaimana Ummul Mukminin Aisyah keluar dari rumahnya sementara Allah SWT memerintahkannya untuk tinggal di rumahnya saja. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..." (33: 33) Kita juga bertanya, atas hak apa Ummul Mukminin membolehkan perang menentang khalifah muslimin yang sah, yakni Ali bin Abi Thalib? Bukankah beliau adalah wali (pemimpin) bagi orang-orang mukmin dan mukminah? Seperti biasa, para ulama kita dengan mudah saja menjawab bahwa Aisyah tidak menyukai tindakan Imam Ali, kerana Ali telah menyarankan kepada Rasul untuk mentalakkan Aisyah dalam peristiwa Ifik. Mereka ingin mengatakan kepada kita bahwa peristiwa ini adalah alasan yang cukup kuat untuk Aisyah melanggar perintah Tuhannya dan Rasulnya serta menunggangi seekor unta yang dilarang oleh Rasul dan diperingatkannya dari gongongan anjing Hauab. (al Imamah was Siyasah dan Al Tabari, Ibn al Athir serta ahli sejarah yang lain) Aisyah telah menempuh jarak yang cukup jauh, dari Madinah ke Mekah kemudian Basrah hanya untuk memerangi Amir al-Mukminin dan para sahabat lain yang membai'atnya. Perang Jamal tersebut telah mengakibatkan ribuan manusia terkorban seperti yang dicatat dalam buku sejarah. Semua ini adalah kerana beliau tidak menyukai Imam Ali yang pernah menyarankan Nabi untuk menceraikannya dalam peristiwa Ifik itu. Kenapa Aisyah sampai demikian sekali membenci Imam Ali? Para ahli sejarah juga mencatatkan bahwa Aisyah mempunyai sikap permusuhan kepada Imam Ali yang tidak dapat ditafsirkan. Ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah menuju Madinah, Aisyah mendengar berita pembunuhan Usman. Berita itu disambutnya dengan kegembiraan yang luar biasa. Namun ketika beliau mengetahui bahwa ummat memberikan bai'atnya pada Ali sebagai Khalifah, Aisyah tiba-tiba marah dan berang. Katanya: "Aku lebih suka kalaulah langit ini menghimpit bumi sebelum Ibnu Abi Thalib mengambil alih jabatan khalifah." Beliau juga berkata: "Kembalikan aku..." dan seterusnya. Dari situlah kemudian api fitnah dinyalakan untuk menentang Ali yangseperti kata sejarahhatta namanya sekalipun enggan disebut oleh Aisyah. Apakah Ummul Mukminin Aisyah tidak pernah mendengar sabda Rasul SAWW: "Cinta kepada Ali adalah (tanda) iman dan benci kepadanya adalah (tanda) nifak." Bahkan sebahagian sahabat berkata, "Kami boleh mengenala orang-orang munafik kerana sikap benci mereka pada Ali." Apakah Ummul Mukminin tidak mendengar sabda Nabi SAWW: "Siapa yang menganggap aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya." Tidak syak lagi yang beliau pernah mendengar semua itu. Namun beliau tetap tidak suka padanya,sehingga tidak mahu menyebut namanya bahkan ketika didengarnya bahwa Ali telah mati, beliau bersujud syukur karenanya!!! (Al Tabari, Ibn al Athir serta ahli sejarah yang lain)

69

Marilah kita meninggalkan semua ini. Aku tidak ingin berbicara tentang sejarah Ummul Mukimin Aisyah. Hanya sekadar ingin meneliti dan mencari maklumat mengenai pelanggaran prinsip-prinsip Islam dan perintah-perintah Nabi SAWW oleh sejumlah sahabat . Bagiku perang Jamal yang dilancarkan oleh Ummul Mukminin yang telah disepakati kebenarannya oleh para ahli sejarah ini adalah satu bukti kuat untuk kesimpulanku ini. Mereka juga mencatat bahwa Aisyah ketika lewat di perairan Hauab, beliau diganggu oleh anjing-anjing di kwasan itu. Mendengar gonggongan anjing Hauab seperti itu, dengan segera beliau teringat akan pesanan suaminya, Rasulullah yang menghalang beliau dari menjadi penyebab kepada Perang Jamal. Beliau sempat menangis dan berkata: "Kembalikan aku, kembalikan aku..." Tetapi Thalhah dan Zubair kemudian membawa lima puluh penduduk setempat dan meminta mereka bersumpah bahwa tempat ini bukanlah wilayah perairan Hauab. Dari sana kemudian beliau melanjutkan perjalanannya sampai ke Basrah. Para ahli sejarah berkata bahwa itulah kesaksian palsu pertama yang terjadi dalam Islam. (Al Tabari, Ibn al Athir serta ahli sejarah yang lain) Wahai pembaca yang berpikiran jernih. Tunjukkanlah kepada kami, bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan kemusykilan ini? Apakah mereka dapat dikategorikan sebagai sahabat yang agung yang kita sebut sebagai orang-orang adil, bahkan sebagai manusia yang paling mulia setelah Rasulullah SAWW? Tapi mereka telah memberikan kesaksian palsu yang digolongkan oleh Rasul sebagai sebahagian dari dosa-dosa besar yang boleh membawa kepada ancaman api neraka. Pertanyaan yang sama masih berulang, siapa yang benar dan siapa yang salah? Apakah Ali dan orang-orangnya dalam pihak yang zalim dan batil, ataukah Aisyah dan orang-orangnya beserta Thalhah, Zubair dan orang-orangnya? Tidak ada lagi andaian ketiga yang dapat memberikan jawaban. Untuk seorang peneliti yang berobjektif, aku rasa akan menyebelahi pihak Ali yang (disabdakan oleh Nabi) senantiasa bersama kebenaran, dan berupaya untuk mematikan fitnah yang dinyalakan oleh Ummul Mukminin Aisyah serta para pengikutnya. Sungguh fitnah peperangan ini telah memakan banyak korban dan telah meninggalkan luka yang sangat dalam sehiongga hari ini. Atas rasa tanggungjawab dan ketenangan hati aku sertakan riwayat-riwayat berikut. Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Sahihnya pada Bab al-Fitnah, bagian al-Fitnah Allati Tamuju Kamauj al-Bahri(Fitnah Yang Mengamuk Seperti Gelombang laut) riwayat berikut: "Ketika Thalhah, Zubair dan Aisyah pergi ke Basrah, Ali mengutus Ammar bin Yasir dan Hasan bin Ali pergi ke Kufah. Sesampainya di sana, mereka naik ke atas mimbar. Hasan duduk di atas sementara Ammar berdiri di bawahnya. Kami berkumpul mengelilingi mereka. Ku dengar Ammar berkata: " Aisyah telah pergi ke Basrah. Demi Allah dia adalah isteri Nabi kita di dunia dan di akhirat. Tetapi Allah ingin menguji kamu semua agar Dia mengetahui adakah kita berada pada pihak Ali atau pada pihak Aisyah?" (Sahih, Bukhari) Bukhari juga meriwayatkan dalam Bab as-Syurut bab Ma Ja`a Fi Buyut Azwaj anNabi (Apa Yang Terjadi Di Rumah Isteri-isteri nabi): "Pada suatu hari Nabi berdiri berpidato. Sambil menunjuk ke arah tempat tinggal Aisyah beliau bersabda: "Disinilah fitnah, disinilah fitnah, disinilah fitnah dari mana munculnya tanduk syaitan." (Sahih, Bukhari) Bukhari juga meriwayatkan berbagai sikap aneh dan keburukan akhlaknya di hadapan Nabi SAWW sampai pernah ditampar oleh ayahnya; atau tentang kepura-puraannya di hadapan Nabi sehingga Allah mengancamnya dengan talak dan akan digantikan dengan isteri lain

70

yang lebih baik. Ini adalah cerita-cerita lain yang akan memakan ruangan yang panjang jika dijelaskan. Setelah ini semua, aku tertanya-tanya mengapakah Aisyah memperoleh penghormatan yang demikian agung dari pihak Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. Apakah kerana beliau adalah isteri Nabi, padahal Nabi juga mempunyai banyak isteri lain, bahkan ada yang lebih utama dari Aisyah sekalipun seperti ucapan Nabi sendiri. (Sahih al Tirmidhi dan al Istiab, Ibn Abd al Barr, Biografi Safiyya) Ataukah kerana dia adalah puteri kepada Abu Bakar. Atau mungkin karena dia telah memainkan peranan besar dalam mengingkari wasiat Nabi kepada Ali, sehingga ketika disebutkan di hadapannya bahwa Nabi telah berwasiat untuk Ali, dia berkomentar: "Siapa yang berkata demikian? Waktu itu (saat wafat Nabi) akulah yang bersama Nabi. Ku letakkan kepalanya di dadaku, kemudian dia meminta talam. Ketika aku tunduk tiba-tiba dia mati tanpa ku rasakan apa-apa. Bagaimana lalu dikatakan bahwa Nabi telah berwasiat untuk Ali?" (Sahih Bukhari) Atau kerana dia telah memerangi Ali dan anak-anaknya secara keseluruhan, sehingga jenazah Sayyidina Hasan putera Ali, penghulu pemuda syurga, dihalang dari dikebumikan di sisi pusara datuknya Rasulullah SAWW. Katanya: "Jangan masukkan orang yang tidak kusukai ke rumahku." Entahlah, apakah dia lupa atau berpura-pura lupa akan sabda nabi pada Hasan dan saudaranya: "Hasan dan Husain adalah dua pemuka pemuda syurga"; atau sabdanya yang lain: "Allah akan mencintai orang yang mencintai keduanya, dan akan bencipada orang yang membenci keduanya"; atau sabdanya: "Aku akan memerangi orang yang memerangi kalian (berdua) dan berdamai pada orang yang berdamai dengan kalian"; atau sabda-sabdanya yang lain. Betapa tidak, bukankah mereka berdua adalah bunga yang kuntumnya semerbak bagi ummat akhir zaman? Perkara ini langsung tidak mengejutkan kita. Sebelumnya beliau pernah mendengar dari Nabi sendiri lebih banyak hadis-hadis yang menyatakan tentang keistimewaan Ali, tetapi beliau tetap enggan dan bertekad untuk tetap memerangi Imam Ali, memisahkan kaum muslimin darinya serta mengingkari segala keutamaan-keutamaannya. Itulah alasan yang sangat kuat mengapa Bani Umaiyah sangat mencintai Aisyah ini dan meletakkannya pada kedudukan yang sangat tinggi tanpa saingan. Mereka telah tulis baginya berbagai keistimewaan dan keutamaan yang memenuhi lembaran buku sehingga beliau ditokohkan sebagai marja (pakar rujuk) yang paling besar bagi Ummat ini, sebab di sisinya tersimpan separuh agama. Dan mungkin separuh lain telah mereka jatuhkan pada Abu Hurairah yang telah meriwayatkan untuk mereka segala sesuatu yang mereka inginkan. Dan lantaran itulah maka Abu Hurairah mereka letakkan sebagai orang dekatnya, diberinya kekuasaan sebagai gabenor kota Madinah dan istana al-Aqiq serta menggelar beliau sebagai "perawi Islam". Dengan demikian maka mudahlah bagi Bani Umaiyah untuk memiliki satu agama baru yang sempurna, yang tidak memuat apa-apa dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul melainkan yang sesuai dengan kehendak nafsu mereka dan mendukung kerajaan serta kekuasaan mereka semata-mata. Agama seperti ini adalah lebih layak dikatakan sebagai bahan mainan dan olok-olok sahaja yang hanya penuh dengan berbagai khurafat dan percanggahan. Itulah kenapa kebenaran yang sejati terkubur sementara yang batil muncul ke permukaan. Mereka juga memaksa atau mengaburi mata orang kebanyakan dengan cara keagamaan mereka ini, sehingga agama Allah yang sejati menjadi semacam tiada nilai dan rasa takut kepada Muawiyah adalah lebih besar dari takut kepada Allah.

71

Ketika kita bertanya pada sebahagian ulama kenapa Muawiyah memerangi Imam Ali yang telah dibai'at oleh Muhajirin dan Anshar, dimana akibatnya telah memecah kaum muslimin kepada Sunnah dan Syi'ah, dan telah melukai Islam hingga ke hari ini, makaseperti biasa mereka akan segera menjawab dengan begitu mudahnya bahwa Ali dan Muawiyah adalah dua sahabat Rasul yang agung. Kedua mereka berijtihad: Ali berijtihad dan benar lalu dia dapat dua pahala, sementara Muawiyah berijtihad dan salah, lalu dia memperoleh satu pahala. Dan bukan hak kita untuk menghukum mereka, baik positif atau negatif. Karena Allah SWT berfirman: "Itu adalah ummat yang lain; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta pertanggung-jawabkan tentang apa yang telah mereka kerjakan" (S. 2:134). Demikianlah jawaban kita. Seperti yang Anda perhatikan jawaban seperti ini adalah jawaban yang sangat daif yang tidak dapat diterima oleh akal, agama ataupun Syara'. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari pendapat yang salah dan hawa nafsu yang terjerat. Aku mohon lindunganMu dari bisikan syaitan dan kehadirannya. Bagaimana akal yang sihat dapat menerima bahwa Muawiyah melakukan ijtihad dan kerananya diberi satu pahala dalam tindakannya yang memerangi Imam kaum muslimin serta membunuh orang-orang mukmin dan perbuatan-perbuatan lain yang tidak terhitung banyaknya. Para ahli sejarah mencatat betapa Muawiyah telah membunuh para penentangnya dengan caranya tersendiri yang sangat dikenal: memberi minuman beracun. Muawiyah senantiasa berkata: "Allah mempunyai bala tentara dari madu". Bagaimana mereka katakan bahwa Muawiyah telah berijtihad dan tersalah, padahal dia adalah pemimpin kelompok yang baghi (kelompok yang memerangi Khalifah muslimin yang sah). Dalam suatu hadis yang sangat terkenal yang diriwayatkan oleh semua ahli hadis, Nabi SAWW bersabda: "Berbahagialah Ammar. Dia akan dibunuh oleh kelompok yang baghi." Muawiyah beserta sahabat-sahabatnyalah yang membunuh Ammar. Bagaimana mereka katakan bahwa Muawiyah telah berijtihad dalam peristiwa pembunuhan terhadap Hujur bin A'dy beserta sahabat-sahabatnya, yang kemudian dikuburkan di tempat sampah pada satu padang pasir Syam, semata-mata lantaran mereka tidak mahu mencaci Ali bin Abi Thalib. Bagaimana mereka mengatakannya sebagai seorang sahabat yang adil sementara dia telah meracuni Hasan Bin Ali, pemuka pemuda syurga. Bagaimana mereka menganggapnya bersih padahal dia telah memaksa ummat Islam untuk membai'atnya dan membai'at puteranya Yazid setelahnya, dan menggantikan sistem syura dengan dinasti kerajaan. Bagaimana mereka mengatakan bahwa Muawiyah telah berijtihad dan diberi satu pahala, padahal dia telah memaksa kaum muslimin untuk melaknat Ali dan keluarga Nabi SAWW dari atas mimbar. Dia telah membunuh para sahabat yang enggan melakukan laknat sehingga hal ini menjadi sebuah tradisi yang berpanjangan. Fala Haula Wala Quwwata Illa Billah al-A'li al-A'zim. Persoalan yang sama juga timbul: mana kelompok yang benar dan mana kelompok yang salah? Apakah Ali dan Syi'ahnya ialah orang-orang yang zalim dan di dalam pihak yang salah, atau Muawiyah dan para pengikutnya? Rasul SAWW telah menjelaskan segala sesuatunya di sana. Dalam dua kemungkinan di atas, menyatakan bahwa semua sahabat tanpa kecuali adalah adil adalah hal yang mustahil yang tidak sesuai dengan akal sihat. Semua yang kami nyatakan di atas, sebenarnya adalah sebahagian kecil dari fakta-fakta sejarah yang terlalu banyak untuk ditulis dalam buku kecil ini. Apabila kita ingin memuatkan secara terperinci hal-hal di atas maka kita akan memerlukan berjilid-jilid buku untuk

72

menampungnya. Namun karena buku ini adalah ringkas, maka dengan sengaja aku menyajikan sejumlah contoh sebagai pelengkap semata-mata. Dan Alhamdulillah sebanyak inipun sudah cukup mereputkan orang sekitarku yang telah membekukan fikiranku dengan mitos-mitos palsu dalam waktu yang cukup lama, dan yang mencegahku dari memahami hadis serta meneliti sejarah dengan kriteria akal dan syariah yang telah diajarkan oleh AlQuran dan Sunnah Nabi SAWW. Aku akan tetap bertarung dengan jiwaku dan menyisihkan setiap debu-debu fanatisme buta yang membungkusku. Aku akan tetap berusaha untuk membebaskan segala belenggu dan rantai yang telah mengikat jiwaku lebih dari dua puluh tahun. Hatiku berkata pada mereka: oh, alangkah indahnya seandainya kaumku mengetahui akan ampunan Tuhanku kepadaku dan dijadikan-Nya aku dari golongan orang-orang yang dimuliakan. Oh, kalaulah kaumku menemukan dunia yang belum mereka ketahui ini dan membebaskan diri mereka dari bersikap memusuhinya tanpa sedar ini. MULANYA PERUBAHAN SELAMA tiga bulan aku merasa kebingungan dan gelisah,dalam waktu tidurku sekali pun. Berbagai pikiran dan bayangan berkecamuk dalam benakku. Jiwaku luluh melihat sikap sebagian sahabat yang terungkap dalam sejarah yang ku teliti itu. Aku berada dalam sebuah keadaan dilema. Ini kerana sepanjang hidupku aku dididik untuk menghormati dan mengagungkan para wali Allah serta orang-orang yang soleh. Apabila ada orang yang mengkritik mereka maka akan terasa suatu keresahan yang luar biasa. Dahulu aku pernah membaca tulisan ad-Dumairi dalam bukunya Hayat al-Hayawan alKubro yang berbunyi antara lain: "Pernah suatu hari ada seseorang mencaci Umar bin Khattab. Perlakuannya ini dicegah oleh teman-teman sekafilahnya. Ketika dia pergi membuang air kecil, tiba-tiba seekor ular hitam mematuknya dan dia mati seketika. Temantemannya menggali lubang untuk menguburnya, tetapi setiap kali digali, didapati ular yang sama tengah menantinya. Digali lagi kuburan yang lain, tetap saja ular itu tidak berubah dari tempatnya. Begitulah seterusnya. Akhirnya seorang yang arif di antara mereka berkata: "Kuburkan dia di mana saja. Sebab jika kalian menggali seluruh bumi ini sekalipun maka kalian akan mendapati ular yang sama. Ini adalah azab Allah kepadanya di dunia sebelum di akhirat lantaran cacian yang dilakukannya terhadap Sayyidina Umar." Itulah mengapa aku begitu takut dan gelisah. Ketika aku masih belajar di Ma'had azZaituni aku diajarkan bahwa khalifah yang paling utama secara absah adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, kemudian Sayyidina Umar al-Khattab atau al-Faruq, pemisah antara haq dan batil, kemudian Sayyidina Utsman bin Affan, empunya dua cahaya yang malaikat Rahman pun malu kepadanya, kemudian Sayyidina Ali, gerbang kota ilmu. Setelah empat di atas, lalu enam orang dari sepuluh orang yang telah dijamin syurga. Mereka adalah Thalhah, Zubair, Sa'ad, Sa'id, Abdurrahman dan Aba U'baidah; kemudian baru semua sahabat yang lain. Dalil yang diajarkan kepada kami adalah ayat Al Quran yang bermaksud: "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya" (S. 2: 285). Dan kepada sahabat juga mesti dilihat mengikut cara yang serupa tanpa mencela mereka sedikitpun. Berdasarkan ini aku berasa takut terhadap diriku. Aku memohon ampunan dari Allah berkali-kali. Aku tidak ingin lagi meneruskan penelitian hal-hal seperti ini, sebab ia menanamkan keraguan dalam diriku tentang sahabat Rasulullah, dan seterusnya keraguan terhadap agamaku. Namun dalam setiap perbincanganku dengan berbagai ulama selama masa-masa tersebut, aku dapati bahwa jawaban-jawaban mereka sentiasa bercanggah dan

73

tidak rasional. Semua mereka mengingatkan agar aku tidak lagi meneruskan kajian tentang sahabat. Sebab katanya, nikmat Allah akan terangkat dariku dan mungkin juga akan mencelakakanku. Dan kerana kuatnya bantahan dan penolakan mereka atas setiap pendapatku, maka aku terdorong dengan lebih kuat lagi untuk meneruskan kajian dan penelitianku agar dapat sampai kepada suatu kebenaran yang dicita-citakan. DIALOG BERSAMA SEORANG ALIM Ku katakan kepada salah seorang ulama: "Jika Muawiyah telah membunuh orang-orang yang tak berdosa dan memperkosa segala kehormatan, lalu kalian menghukumkan bahwa dia telah berijtihad namun tersalah dan dia mendapat satu pahala;dan jika Yazid telah membunuh anak-anak Rasul serta menghalalkan (pertumpahan darah) di Madinah, lalu kalian menghukumkan bahwa dia telah berijtihad dan salah dan dia mendapatkan satu pahala sehingga ada sebahagian orang berkata bahwa "Husain terbunuh oleh pedang datuknya" sebagai alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid; jika demikian, kenapa pula aku tidak boleh berijtihad di dalam penelitianku tentang para sahabat yang menimbulkan suatu tanda tanya besar dalam diriku. Ijtihad aku ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan tindakan Muawiyah dan puteranya Yazid di dalam membunuh keluarga Nabi yang suci. Jika ijtihadku benar maka aku akan mendapatkan dua pahala, dan jika salah aku akan memperoleh satu pahala. Penelitian ku tentang sahabat juga bukan karena ingin mencaci, mencerca atau melaknat mereka. Aku hanya ingin sampai kepada suatu kebenaran untuk mengetahui mana golongan yang selamat di antara banyak golongan yang sesat. Ini adalah kewajibanku dan kewajiban setiap Muslim. Allah Maha Tahu apa yang tersembunyi dan yang tersirat di balik dada." Orang alim ini menjawab : "Wahai puteraku. Pintu ijitihad telah tertutup sejak lama." "Siapa yang menutupnya?" "Imam empat mazhab". "Alhamdulillah, jika yang menutupnya bukanlah Allah, bukan juga Rasul-Nya dan bukan Khulafa' Rasyidin (empat khalifah) yang kita disuruh untuk mengikuti mereka." Ini bererti bahwa tidak mengapa apabila aku berijtihad sebagaimana mereka dahulu berijtihad." "Engkau tidak boleh berijtihad kecuali apabila telah kau kuasai tujuh belas cabang ilmu pengetahuan. Antara lain ilmu tafsir, lughah, nahu, sharaf, balaghah, hadis, sejarah dan lain sebagainya." "Aku bukan ingin berijtihad untuk menerangkan kepada orang tentang hukum Al Quran dan Sunnah, atau ingin menjadi imam suatu mazhab di dalam Islam. Aku hanya ingin tahu siapa yang berada dalam pihak yang benar dan siapa yang salah, untuk mengetahui apakah Imam Ali dalam pihak yang benar ataukah Muawiyah, misalnya. Hal ini tentu tidak akan memerlukan tujuh belas cabang ilmu pengetahuan. Cukup hanya dengan mempelajari kehidupan dan tingkah laku mereka agar dapat diketahui suatu kebenaran." "Apa perlunya kau ingin ketahui semua itu. Itu adalah ummat yang lalu. Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang telah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan (S. 2:134). "Bagaimana Anda membacanya. Apakah La Tus-alun (kamu tidak akan diminta pertanggunganjawab) atau La Tas-alun(jangan kamu bertanya ...)" "Tentu La Tus-alun." Jawabnya. "Alhamdulillah. Kalau ayat tersebut dibaca dengan La Tas-alun maka artinya kita dilarang untuk membuat suatu penelitian. Namun karena dibaca dengan La Tus-alun, maka maknanya adalah Allah tidak akan menghisab kita atas apa yang mereka dahulu lakukan. Dan ini sesuai dengan firman Allah SWT: "Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa

74

yang telah diperbuatnya "(S. 74:38); dan firman Allah yang lain: "Dan bahwa seorang tidak akan memperoleh selain dari apa yang telah diusahakan-nya" (S. 53:39). Al Quran juga mendorong kita untuk mempelajari tentang sejarah ummat-ummat yang lalu agar dijadikan suatu ibrah (nasihat). Allah telah menceritakan kepada kita tentang Firaun, Haman, Namrud, Qarun dan para nabi dahulu beserta pengikut-pengikutnya. Semua ini bukan untuk sekadar hiburan, tetapi untuk mengajarkan kepada kita mana yang hak dan mana yang batil. Tentang kata-kata Anda "apa perlunya semua ini", maka memang sangat perlu. Pertama sekali: agar aku mengenali siapa Wali Allah yang sebenarnya sehingga aku harus me-wila' (setia) pada mereka; dan siapa musuh Allah yang sesungguhnya aku harus memusuhinya. Ini adalah permintaan Al Quran, bahkan kewajiban yang dipikulkannya kepada kita. Kedua, untuk mengetahui dengan sungguh-sungguh bagaimana cara menyembah dan mendekatkan diri pada Allah melalui hukum-hukum yang diwajibkan-Nya kepada kita seperti yang Dia inginkan; bukan seperti yang "diinginkan" oleh Malik, atau Abu Hanifah atau mujtahid-mujtahid yang lain. Hal ini kerana ku lihatmisalnyaMalik menghukumkan makruh membaca Basmalah di dalam solat sementara Abu Hanifah menghukumkan wajib; dan yang lainnya menghukumkan batal jika shalat tanpa Basmalah. Padahal solat adalah tiang agama. Apabila ia diterima maka diterimalah ibadat yang lainnya, dan bila ia ditolak maka ditolaklah juga yang lain. Aku tidak ingin solat ku ditolak. Contoh lain, Syi'ah mengatakan bahwa kaki wajib disapu saat berwudhu' sementara Sunnah mengatakan wajib dicuci. Padahal apabila kita baca Al Quran jelas ayatnya mengatakan bahwa kaki wajib disapu. Lalu bagaimana anda mengharapkan seorang Muslim yang berfikiran rasional akan dapat menerima pendapat yang satu dan menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian." "Anda boleh mengambil dari setiap mazhab apa yang anda rasakan sesuai, karena semua adalah mazhab Islam dan semuanya juga bersumber dari Rasulullah SAWW." "Aku takut tergolong di antara orang-orang yang difirmankan oleh Allah: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya; dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (S. 45:23) Wahai Tuan yang mulia. Aku tidak percaya bahwa semua mazhab adalah benar. Bayangkan yang satu menghalalkan dan yang lain mengharamkan. Tidak mungkin ada sesuatu yang halal dan haram dalam satu ketika. Rasul tidak pernah berdebat dahulu sebelum menguraikan suatu hukum yang akan diajarkannya. Kerana ia adalah wahyu dari AlQuran. Allah berfirman:"Kalau kiranya AlQuran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya" (S. 4: 82). Dan kerana di antara empat mazhab ini ku dapati banyak pertentangan, maka ia pasti bukan dari sisi Allah, bukan juga dari sisi Rasul-Nya, mengingat Rasul tidak mungkin bertentangan dengan AlQuran." Ketika orang alim ini melihat hujahku sangat rasional dan tak dapat ditolak, dia berkata kepadaku :

75

"Demi Allah. Aku menasihatimu agar jangan sekali-kali meragukan Khulafa' Rasyidin betapa pun keraguan yang kau hadapi. Mereka adalah empat tiang agama ini. Apabila kau robohkan yang satu, maka akan runtuhlah bangunan ini." "Astaghfirullah." Sahutku. "Tuan, jika mereka adalah tiang agama Islam maka di mana Rasulullah SAWW? " "Rasulullah adalah bangunan itu semua. Beliau adalah Islam secara keseluruhan." Aku tersenyum mendengar penilaian seperti ini. Ku katakan lagi: "Astaghfirullah. Wahai tuan yang mulia, tanpa di sedari tuan telah berkata bahwa Rasulullah SAWW tidak akan istiqamah melainkan dengan empat orang ini. Hal ini berlawanan dengan firman Allah, "Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cuknplah Allah sebagai saksi." (S. 48: 28) Allah telah mengutus Rasul-Nya Muhammad dengan risalah dan tidak menyertakan bersamanya seorangpun dari empat orang ini atau yang lainnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman: "Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui" (S. 2:151). "Itulah apa yang pernah kami pelajari dari guru-guru kami dahulu. Pada zaman kami tiada siapa pun yang boleh atau pernah mendebat dan membantah para ulama seperti yang dilakukan oleh generasi sekarang ini. Kini kalian mulai meragukan segala sesuatu dan membuat keraguan dalam agama. Ini adalah di antara tanda-tanda hari kiamat. Rasulullah SAWW pernah bersabda: "Hari kiamat tidak akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat." "Wahai Tuan, kenapa mesti marah. Aku berlindung kepada Allah dari bersikap ragu terhadap agama atau membuat keraguan di dalamnya. Aku beriman kepada Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya; beriman pada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan para Rasul-Nya. Aku beriman bahwa Sayyidina Muhammad SAWW adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Beliau adalah Nabi dan Rasul yang paling utama dan penutup seluruh Nabi, dan aku adalah orang muslim. Bagaimana anda menuduhku seperti itu?" "Lebih dari itu sepatutnya ku katakan padamu, sebab kau meragukan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Sedangkan Nabi SAWW pernah bersabda: "Jika iman ummatku ditimbang dengan iman Abu Bakar, maka iman Abu Bakar akan lebih berat." Untuk Sayyidina Umar Nabi pernah bersabda: "Aku pernah ditunjukkan tentang umatku. Mereka memakai baju panjang tetapi tidak sampai menutup dada. Aku juga ditunjukkan tentang Umar. Kulihat dia tengah menyeret-nyeret bajunya. Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) ya Rasulullah? Nabi menjawab: agama. Tiba-tiba kau datang pada abad ke empat belas ini membuat keraguan-raguan tentang para sahabat, terutama Abu Bakar dan Umar. Tahukah kau bahwa penduduk Iraq adalah penduduk yang kafir, munafik dan berpecah?" Apa yang harus ku katakan pada orang yang mengaku dirinya alim ini. Majlis yang tadinya berjalan dengan cara akrab dan ilmiah kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luapan emosi di hadapan sekumpulan hadirin yang mengaguminya. Ku perhatikan wajah-wajah mereka merah dan mata-mata mereka terbelalak menunjukkan sikap protes. Tiada cara lain, aku segera pergi ke rumah dan mengambil kitab al-Muwattha' karya Imam Malik dan kitab Sahih al-Bukhari. Ku katakan kepadanya: " Wahai Tuan yang mulia! Yang menyebabkan aku ragu-ragu terhadap Abu Bakar adalah Rasulullah sendiri."

76

Lalu ku bukakan kitab al-Muwattha' yang memuatkan satu riwayat yang bermaksud, "Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW pernah bersabda kepada para syuhada' Uhud: "Aku adalah saksi mereka." Abu Bakar as-Siddiq bertanya: "Ya Rasulullah, bukankah kami adalah saudara-saudara mereka. Kami juga ikut Islam sebagaimana mereka. Kami juga berjihad sebagaimana mereka." Rasulullah SAWW menjawab: "Ya betul. Tetapi aku tidak tahu apa yang akan kalian lakukan selepasku." Mendengar ini Abu Bakar menangis tersedu-sedu. Kemudian dia berkata: "Memang, kami akan melakukan banyak perkara setelah ketiadaanmu." (Muwatta, Malik, vol 1 ms 307) Aku bukakan juga kitab Sahih Bukhari. Riwayat itu berkata: "Suatu hari Umar bin Khattab datang ke rumah Hafsah. Di sana ada Asma' binti U'mais. Ketika melihat Asma' Umar bertanya: "Siapa wanita ini?" "Saya Asma' binti U'mais." "Orang Habsyiah itu. Orang laut itu." Gerutu Umar. "Ya".JawabAsma'. "Kami lebih dahulu berhijrah." Kata Umar. "Maka dengan itu kami lebih berhak kepada Rasulullah daripada kalian." "Demi Allah, tidak." Jawab Asma'. "Dahulu kalian bersama Nabi. Diberinya kalian makanminum dan diajarkannya kalian. Sementara kami berada di suatu tempat yang jauh dan asing (di Habsyah) semata-mata karena Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah, aku tidak makan atau minum kecuali ku ingat dahulu Rasulullah. Kami juga menghadapi ancaman dan gangguan. (Wahai Umar) aku akan mengadu pada Rasulullah dan akan ku beritahu (apa yang kau katakan tadi) tanpa aku akan berdusta, menambahi atau mengurangi." Ketika Asma' datang kepada Nabi, dia berkata, "Ya Nabi Allah, Umar berkata begini dan begitu." "Apa yang kau jawab? " Tanya Nabi. Begini dan begitu. "Dia tidak berhak atas ku lebih dari kalian." Jawab Nabi. "Dia dan teman-temannya hanya berhijrah sekali sahaja, sementara kalian, penghuni bahtera, dua kali berhijrah." Asma' berkata lagi: "Aku perhatikan Abu Musa dan kawan-kawan yang dahulunya sekapal (saat berhijrah ke Habsyah) yang lain mendatangiku dan bertanya padaku tentang sabda Nabi tersebut. Tiada sesuatu pun di dunia ini yang sangat membahagiakan mereka lebih dari sabda Nabi untuk mereka ini. (Sahih, Bukhari) Setelah orang alim dan para hadirin membaca dua hadis ini, tiba-tiba saja wajah mereka berubah. Mereka saling berpandangan dan menunggu reaksi si guru yang juga turut berasa terkejut. Dengan mengangkat sedikit dua keningnya sebagai tanda hairan si guru berkata: "Katakanlah, ya Rabbi, tambahkan untukku ilmu pengetahuan." "Jika Rasulullah SAWW adalah orang yang pertama berasa ragu terhadap Abu Bakar dan tidak mempersaksikannya lantaran beliau tidak tahu apa yang akan terjadi sepeninggalnya kelak; dan apabila Rasulullah tidak merestui keutamaan Umar bin Khattab ke atas Asma' binti U'mais, bahkan Asma' lebih diutamakan dari Umar; maka aku mempunyai alasan kuat untuk tidak mengutamakan siapapun sehingga kebenaran itu tampak dan ku ketahui dengan pasti. Dan jelas sekali bahwa dua hadis ini berlawanan bahkan menafikan setiap hadis yang mengatakan keutamaan Abu Bakar dari Umar. Sebab dua hadis ini di sokong oleh fakta-fakta yang objektif dan rasional dibandingkan dengan hadis-hadis keutamaan yang disebut tuan itu." Para hadirin bertanya: "Apa maksud hadis tersebut? "Rasulullah SAWW tidak mahu menjadi saksi pada Abu Bakar." Jawabku." Beliau bersabda: "Aku tidak tahu apa yang akan kalian lakukan sepeninggalku kelak. "Hadis ini jelas sekali maksudnya. Sebab Al Quran mengatakan dan sejarah juga membuktikan bahwa mereka telah melakukan perubahan-perubahan sepeninggalan Nabi. Itulah sebabnya Abu Bakar

77

menangis. Abu Bakar telah mengubah dan membuatkan Fatimah az-Zahra' puteri Nabi marah, seperti yang telah disentuh di atas. Sampai begitu sekali dia telah berubah sehingga beliau menyesal pada akhir hayatnya dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia. Hadis yang dikatakan bahwa "Jika iman ummatku ditimbang dengan iman Abu Bakar maka imam Abu Bakar akan lebih berat" hadis ini jelas lemah dan tidak masuk akal. Tidak mungkin seseorang yang telah melewati empat puluh tahun dari usianya dalam syirik pada Allah dan menyembah berhala akan memiliki iman yang lebih berat dari iman seluruh ummat Nabi Muhammad SAWW. Sedangkan di antara ummat ini ada para wali Allah yang solihin, orang-orang yang syahid dan para imam yang telah menghabiskan semua umurnya dalam berjihad di jalan Allah SWT. Lalu apakah Abu Bakar memang sesuai dengan makna dan maksud hadis ini? Jika memang hadis ini shahih, maka beliau seharusnya tidak akan pernah berangan-angan untuk tidak menjadi manusia. Apabila imannya lebih tinggi dari iman Fatimah Zahra', pemuka wanita alam semesta, maka puteri Rasul itu tidak akan pernah marah kepadanya, atau berdo'a untuk keburukannya." Orang alim ini tidak memberi sebarang komen. Sebahagian yang hadir menyelah: "Demi Allah, apa yang Anda katakan telah menimbulkan keragu-raguan dalam diri kami." Tiba-tiba si alim ini menyentakku: "Apakah seperti ini yang kau inginkan? Kau telah membuatkan mereka ragu-ragu di dalam agama mereka." Muncul lagi suara lain yang mencela dan berkata: "Tidak. Dia benar. Sepanjang hayat kita, kita belum pernah membaca suatu buku yang sempurna. Kami mengikuti Anda hanya dengan perasaan yakin tanpa sikap kritis sedikitpun. Jelas bagi kami bahwa apa yang dibicarakan oleh Haji ini nampaknya benar. Sudah sewajibnya kita membaca dan mengkaji." Sebahagian yang hadir menyetujui pendapat yang terakhir ini. Dan itu adalah suatu kemenangan bagi suatu kebenaran. Bukan kemenangan dalam bentuk kekuatan atau paksaan, tetapi kemenangan dalam bentuk hujjah dan dalil yang rasional. "Katakanlah, bawalah dalil-dalil kalian jika memang benar-benar tergolong dari orangorang yang jujur." Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang tiga tahun lagi. Ku ulangi segala yang ku baca dari awal hingga akhir. Ku baca buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah Syi'ah) karya Imam Syarafuddin, dan ku ulangi berkali-kali. la telah membuka luas wawasanku dan menyebabkanku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT serta cinta kepada Ahlul Bait. Aku juga membaca kitab al-Ghadir karya Syaikh al-Amini dan ku ulangi hingga tiga kali lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas sekali. Juga kitab Fadak karya Sayed Muhammad Baqir as-Sadr dan kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha alMuzaffar. Dari dua buku ini aku temukan berbagai jawaban yang sangat memuaskan. Juga ku baca kitab an-Nas wal-Ijtihad yang menambah lagi keyakinanku. Kemudian kitab Abu Hurairah karya Syarafuddin, dan Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Mishri. Dari sana baru aku ketahui bahwa sahabat yang melakukan perubahan setelah zaman Rasulullah ada dua kategori. Pertama, yang mengubah hukum dengan kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang mengubah hukum dengan meletakkan berbagai hadis palsu yang dinisbahkan kepada Rasul SAWW. Kemudian ku baca kitab al-lmam as-Shadiq Wal Mazahib al-Arba'ah karya Asad Haidar. Dari sana ku kenal perbedaan antara ilmu mauhub (yang dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru tahu perbedaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki, dan sikap berlagak berilmu dan berijtihad dengan pendapat peribadi yang menjauhkan ummat ini dari jiwa Islam yang sebenarnya.

78

Ku baca juga berbagai buku karya Sayed Ja'far Murtadha al-A'mili, Sayed Murtadha alAskari, Sayed al-Khui, Sayed Thabatabai, Syaikh Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abil Hadid al-Mu'tazili dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah, Taha Husain dalam bukunya al-Fitnah al-Kubro. Dari buku sejarah ku baca kitab Tarikh at-Thabari, Tarikh Ibnul Atsir, Tarikh al-Masu'di dan Tarikh al-Ya'qubi. Dan banyak lagi bukubuku lain yang ku baca sehingga aku merasa betul-betul puas bahwa Syi'ah Imamiah ini adalah yang benar. Dari situ kemudian aku mulai menjadi pengikut mazhab Syi'ah, dan dengan berkat Allah ku ikuti bahtera Ahlul Bait serta ku pegang erat-erat tali wila' mereka, kerana aku mendapati Alhamdulillah, mereka lah sebagai alternatif dari sebahagian sahabat yang terbukti bagiku telah berbalik, dan tiada yang selamat melainkan sekelompok kecil saja. Kini aku menggantikan mereka dengan Ahlul Bait Nabi yang telah Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan Dia sucikan mereka dengan sesuci-sucinya, bahkan diwajibkan kepada seluruh ummat manusia untuk mencintai mereka. Syi'ah bukan seperti yang didakwa oleh sebagian ulama kita sebagai orang-orang Parsi dan Majusi yang dihancurkan oleh Sayyidina Umar di dalam peperangan al-Qadisiah dahulu. (Karena itu mereka benci kepada Umar!). Aku katakan kepada mereka bahwa Syi'ah Ahlul Bait tidak hanya terbatas pada orang-orang Parsi saja. Syi'ah juga ada di Iraq, Hijaz (Saudi Arabia), Syria dan Lebanon. Mereka adalah orang-orang Arab. Syi'ah juga ada di Pakistan, India, Afrika dan Amerika. Mereka bukan dari bangsa Parsi atau bangsa Arab. Apabila kita batasi Syi'ah hanya pada Iran saja maka alasan kita akan lebih kuat lagi. Mengingat mereka mempercayai dua belas imam yang kesemuanya adalah orang-orang Arab dari suku Quraisy, dari keluarga bani Hasyim keluarga Nabi SAWW. JIka orang-orang Parsi bersikap fanatik dan benci pada orang-orang Arab seperti yang didakwa oleh sebahagian orang, maka tentu mereka akan menjadikan Salman al-Farisi sebagai imam mereka. Sebab beliau berbangsa Parsi dan seorang sahabat yang sangat agung serta ketokohannya diakui oleh Sunnah dan Syi'ah. Sementara pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ku perhatikan, pemimpin yang menjadi rujukan mereka berakhir pada keturunan Parsi. Majoriti imam mereka berbangsa Parsi, seperti Abu Hanifah, Imam Nasa-i, Tarmizi, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, ar-Razi, Imam alGhazali, Ibnu Sina, al-Farabi dan masih banyak lagi. Jika Syi'ah berasal dari Parsi, lalu mereka benci kepada Umar yang telah menghancurkan keagungan mereka dahulu, maka bagaimana kita akan tafsirkan orang-orang Syi'ah Arab atau non-Parsi lain yang menolak Umar? Itulah contoh suatu dalih tanpa alasan yang kuat. Penolakan Syi'ah terhadap Umar adalah lantaran peranannya dalam menyingkirkan Imam Ali, Amir al-Mukminin dan Sayyidil Wasiyyin dari jabatan Khilafah setelah wafatnya Rasul SAWW. Di samping fitnah dan berbagai malapetaka lain yang menimpa ummat ini akibatnya. Bagi seorang peneliti yang objektif dan rasional, memang dia akan mengambil sikap sedemikian jika tabir sejarah yang menutupinya terungkap, tanpa perlu memiliki rasa permusuhan sebelumnya. Yang benar adalah orang-orang Syi'ah baik yang berbangsa Parsi, Arab atau lainnya, mereka tunduk pada nas-nas Al Quran dan Hadis Nabawi. Mereka patuh setia dan mengikut para imam yang menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus. Mereka tidak rela pada orang yang selain dari para Imam mereka, walaupun sepanjang tujuh abad Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah melakukan politik kotor dan bersikap kejam terhadap mereka hingga setiap pengikut mereka diburu dan dikejar-kejar. Mereka dibunuh, diusir, dilarang dari mendapatkan bahagian dari Baitul Mal dan dilemparkan berbagai tuduhan yang menimbulkan rasa marah orang kepada mereka sampai hari ini.

79

Namun orang-orang Syi'ah tetap kukuh dengan pendirian mereka. Mereka bersabar dan memegang erat kebenaran yang dipercayainya tanpa memperdulikan cacian siapa pun. Dan nilai kekukuhan ini memang mereka nikmati hingga hari ini. Saya mencabar siapa sahaja dari alim ulama kita yang berani duduk berdiskusi dengan para alim ulama mereka. Saya yakin setelah selesai perbincangan, mereka akan keluar sebagai orang yang memperoleh bimbingan Allah SWT. Ya. Aku kini memang telah mendapatkan alternatif. Segala puji bagi Allah yang telah membimbingku ke jalan ini. Tanpa hidayah-Nya maka tidak mungkin aku akan mendapatkan petunjuk-Nya. Segala puji bagi Allah dan hanya kepada-Nya aku bersyukur kerana telah ditunjukkan-Nya padaku golongan yang selamat yang telah lama ku cari dengan penuh semangat. Aku tidak ragu-ragu lagi bahwa mereka yang berpegang kepada Ali dan Ahlul Baitnya bererti telah berpegang pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus selama-lamanya. Bukti-bukti dari nas Nabi yang di sepakati oleh semua kaum muslimin berjumlah cukup banyak. Dan akal saja sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bagi orang yang benar-benar bijak dan teliti. Ijma' ummat mengatakan bahwa Ali adalah sahabat yang paling berilmu dan paling berani. Dua ini saja sudah cukup sebagai bukti akan keutamaan Ali dibandingkan dengan orang lain atas jabatan hak khilafah. Allah berfirman: "Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui" (S. 2:247). Rasulullah SAWW bersabda: "Sesungguhnya Ali dariku dan aku dari Ali. Dia adalah wali (pemimpin) setiap mukmin setelahku." (Sahih, al Tirmidhi dan Mustadrak, al Hakim) Imam Zamakhsyari berkata dalam syairnya: Telah banyak keraguan dan perselisihan Semua mengaku berada dalam jalan yang lurus Ku pegang erat-erat dengan Lailaha Illallah Dan cintaku kepada Ahmad dan Ali Telah selamat anjing lantaran cinta pada Penghuni Gua Bagaimana aku akan celaka dengan cinta pada keluarga Nabi. Alhamdulillah aku kini telah menemukan alternatif. Setelah Rasulullah aku mengikuti Amir al-Mukminin, pemimpin orang-orang mukmin, singa Allah al-Ghalib al-Imam Ali bin Abi Thalib; juga kepada dua pemuka pemuda syurga, cahaya mata Nabi, al-Imam Abu Muhammad al-Hasan az-Zaki dan al-Imam Abu Abdillah al-Husain; juga kepada darah dagingnya Baginda Rasulullah, induk zuriat nubuwah, ibu seluruh imam, seseorang yang murkanya adalah murka Allah, marahnya adalah marah Allah, pemuka wanita alam semesta, Sayyidah Fatimah az-Zahra' as. Kini aku menggantikan Imam Malik dengan gurunya para Imam dan ummat secara keseluruhan, yakni Imam Ja'far as-Shodiq. Aku berpegang pada sembilan imam yang maksum dari zuriat Husain, imam-imamnya kaum muslimin dan wali-wali Allah as-Solihin. Aku juga telah menggantikan sahabat yang berpaling seperti Muawiyah, A'mar bin al A'sh, Mughirah bin Syu'bah, Abu Hurairah, A'kramah dan Ka'bul Ahbar serta orang-orang yang sejenisnya dengan para sahabat yang bersyukur kepada Tuhannya dan yang tidak

80

menginkari janji mereka kepada Nabi. Seperti Ammar bin Yasir, Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghaffari, Miqdad bin Aswad, Khuzaimah bin Thabit Zu Syahadatain, Ubai bin Ka'ab dan sejenisnya. Segala puji bagi Allah atas petunjukNya ini. Aku juga telah menukar para ulama di tempatku yang telah menjumudkan akal-akal kami dan yang kebanyakannya mengikuti para pemerintah di setiap zaman dengan ulama-ulama Syi'ah yang solihin, yang tidak pernah menutup pintu ijtihad, tidak pernah merasa hina atau meminta kasihan dari pemimpin-pemimpin yang zalim ini. Ya, aku telah menukar alam fikiranku yang sempit dan percaya pada berbagai khurafat dan percanggahan dengan alam fkiran yang cerah, terbuka, bebas dan percaya pada setiap dalil dan hujjah. Atau dengan kata lain, aku telah mencuci otakku dari daki-daki kesesatan Bani Umaiyah yang telah membekas sepanjang tiga puluh tahun, dan kini mensucikannya dengan akidah orang-orang yang maksum yang Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan mensucikan mereka dengan sesuci-sucinya. Ya Allah. Hidupkanlah kami di atas agama mereka. Matikanlah kami di atas sunnah mereka. Bangkitkanlah kami bersama-sama mereka. Kerana Nabi-Mu bersabda, "Seseorang kelak akan dibangkitkan bersama orang yang dicintainya." Dengan demikian maka aku kini kembali lagi ke akar asalku. Ayah dan moyang-moyangku dahulu pernah menceritakan kepada kami bahwa asal keturunan kami adalah dari golongan Sayed-Sayed yang lari dari Iraq lantaran tekanan Bani Abbasiah. Kemudian meminta perlindungan di Afrika Utara sehingga akhirnya menetap di Tunisia yang sehingga kini masih meninggalkan bekas-bekas sejarah. Di Afrika Utara sendiri banyak kalangan yang berstatus Sayed atau dalam istilah mereka al-Asyraf lantaran tali keturunan dari silsilah Ahlul Bait yang suci. Namun mereka telah banyak yang tenggelam dalam kesesatan Bani Umaiyah atau Bani Abbasiah. Tiada tersisa dari mereka suatu kebenaran sedikit pun melainkan sikap hormat dan penuh takzim yang ditunjukkan orang kebanyakan kepada mereka sahaja. Segala puji bagi Allah kerana hidayah-Nya ini. Segala puji bagi Allah kerana petunjuk-Nya kepadaku ini dan kerana dibukakan mataku dan pemahaman ku untuk mengetahui suatu kebenaran. SEBAB-SEBAB KETERBUKAAN HATI Banyak sebab yang mendorong aku untuk mengikuti mazhab Ahlu Bait (Syi'ah). Dan adalah tidak mungkin bagiku untuk menyebutnya secara terperinci di sini kecuali sebahagiannya sahaja. 1. Nas Khilafah Aku telah berjanji pada diriku ketika memulakan kajian ini untuk tidak berpegang pada sebarang dalil melainkan ia benar-benar dianggap sahih oleh kedua mazhab, dan mengabaikan setiap dalil yang hanya diriwayatkan oleh satu mazhab saja. Lalu aku mulai menelaah masalah perselisihan antara Abu Bakar dan Ali bin Abi Thalib, apakah khilafah (kekhalifahan) pada dasarnya adalah hak Ali bila dilihat dari sisi nas seperti yang didakwa oleh mazhab Syi'ah, atau ia ditentukan oleh syura seperti yang dikatakan oleh mazhab Sunnah. Seandainya mereka yang menelaah masalah ini benar-benar tulus untuk mencari sebuah kebenaran, mereka akan dapati bahwa nas yang mengatakan Ali sebagai khalifah adalah nas yang tidak dapat dibantah, seperti sabda Nabi SAWW: "Barangsiapa yang

81

menganggap aku sebagai maulanya (pemimpinnya) maka inilah Ali sebagai maulanya". Hadis ini beliau ucapkan sekembalinya beliau dari hajinya yang terakhir yang dikenal dengan hujjatul-wada'. Selesai perlantikan itu, berduyun-duyun orang datang mengucapkan tahniah atau selamat kepada Ali, termasuk Abu Bakar dan Umar sendiri. Mereka berkata: "Selamat untukmu wahai Putera Abu Thalib. Kini kau adalah maulaku dan maula setiap orang mukmin, laki-laki dan perempuan" Musnad, Ahmed Hanbal, vol 4 ms 281 Siyar al Amin, al Ghazali, ms12 Tadhkirat al Awas, Ibn al Jawzi, ms 29 Al Riyadh al Nazarah, al Tabari, vol 2 ms 169 al Bidayah wan Nihayah, vol 5 ms 212 Tarikh, Ibn Asakir, vol 2 ms 50 Tafsir, al Razi, vol 3 ms 63 al Hawi lil Fatawi, al Suyuti, vol 1 ms 112 Hadis ini telah disepakati kesahihannya oleh Sunnah dan Syi'ah. Rujukan yang telah ku sebutkan dalam kajianku ini adalah rujukan yang berasal dari Ahlu Sunnah sahaja. Itupun bukan semua mampu aku muatkan di sini, Kerana yang sebetulnya adalah jauh lebih banyak dari apa yang ku sebutkan. Agar kita dapat memperolehi dalil-dalil yang lebih terperinci aku mengajak para pembaca untuk menelaah kitab Al-Ghadir karya al-Allamah al-Amini. Buku ini setebal tiga belas jilid. Dan penulisnya telah mendaftarkan nama para perawi hadis ini dari golongan Ahlu Sunnah cukup banyak. Adapun jika kita menyentuh tentang perlantikan Abu Bakar di Saqifah Bani Sa'idah adalah terhasil daripada ijma atau kesepakatan antara para sahabat, lalu kemudiannya dia dibaiat di masjid adalah satu kenyataan yang tidak kukuh. Bagaimana hal itu boleh dikatakan sebagai ijma' sementara sejumlah sahabat terkemuka seperti Ali, Abbas dan anggota Bani Hasyim yang lain tidak ikut serta membaiatnya. Begitu juga Usamah bin Zaid, Zubair, Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghaffari, Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir, Huzaifah bin Yaman, Khuzaimah bin Thabit, Abu Buraidah al-Aslami, Barro' bin Azib, Ubai bin Ka'ab, Sahal bin Hunaif, Sa'ad bin Ubadah, Qais bin Sa'ad, Abu Ayyub al-Anshori, Jabir bin Abdullah, Khalid bin Sa'ad dan lain sebagainya. Tarikh, al Tabari Ibn al Athir Suyuti Baghdadi Di manakah ijma' yang dikatakan itu wahai hamba-hamba Allah? Walaupun jika hanya Ali sahaja yang tidak membaiat, itu sudah cukup membuktikan betapa tercelanya ijma' seumpama itu. Hal ini karena beliau adalah satu-satunya calon khalifah yang dilantik oleh Rasul SAWW, seandainya kita menolak pengertian secara terang nas-nas tentang kepemimpinan Ali bin Abi Thalib. Adalah satu fakta bahwa bai'at pada Abu Bakar terjadi tanpa syura atau musyawarah. Bai'at itu diambil ketika orang-orang sekitarnya, terutama ahlul halli wal 'aqdi, sedang bingung dan sibuk dalam mengurus jenazah Nabi SAWW. Saat itu penduduk kota Madinah sedang berkabung atas wafatnya Nabi mereka. Kemudian tiba-tiba dipaksa untuk membai'at sang khalifah.(Tarikh, Qutaybah, vol 1 ms 18) Hal ini dapat kita rasakan dari cara mereka mengancam untuk membakar rumah Fatimah apabila penghuni yang berada di dalamnya enggan memberikan baiat. Jadi bagaimana dapat kita katakan bahwa pemilihan khalifah pertama terjadi secara musyawarah dan ijma'?

82

Umar sendiri pernah berkata bahwa bai'at yang diambil waktu itu adalah secara tergesagesa, dan memohon agar Allah memelihara kaum muslimin dari kejahatannya. Beliau juga berkata bahwa siapa saja yang mengulangi cara bai'at seperti itu, ia mesti dibunuh, atau paling tidakbai'atnya tidak sah dan tidak diakui. Imam Ali pernah berkata tentang haknya ini, yang antara lain: "Demi Allah, Ibnu Abi Qahafah (Abu Bakar) telah memakainya (hak khilafahku) sedangkan beliau tahu bahwa kedudukanku dengan khilafah ini bagaikan kedudukan kincir dengan roda"(Nahjul Balaghah). Sa'ad bin Ubadah pemuka kaum Anshar yang telah menentang Abu Bakar dan Umar di hari Saqifah dan berusaha mati-matian untuk mencegah mereka dari jabatan khilafah, namun tidak mampu kerana sakit dan tidak dapat berdiri, pernah berkata setelah kaum Anshar membaia't Abu Bakar: "Demi Allah, sekali-kali Aku tidak akan membai'at kalian sampailah ku lemparkan anak-anak panahku dan ku lumurkan tombakku serta ku pukulkan pedangku dan ku perangi kalian bersama-sama keluarga dan kaumku. Demi Allah, seandainya manusia dan jin berkumpul untuk membai'at kalian niscaya aku tetap tidak akan memberikannya, sampai aku berjumpa dengan Tuhanku." Sa'ad bin Ubadah tidak bersolat bersama-sama mereka dan tidak ikut serta berkumpul bersama mereka bahkan tidak mahu menunaikan haji bersama-sama mereka. Seandainya ada sekelompok orang yang mahu memerangi mereka niscaya dia akan membantunya. Dan seandainya ada orang yang membaiatnya untuk memerangi mereka niscaya ia akan menyertainya. Begitulah sikap Sa'ad terhadap Abu Bakar sampai beliau wafat di Syam pada tempoh pemerintahan Umar. (Tarikh, Qutaybah, vol 1 ms 18)

1.

Apabila bai'at tersebut dilakukan secara tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara kaum muslimin dari keburukannya, seperti yang dikatakan oleh Umar sendiri, arkitek kepada rancangan ini 2. Dan dia mengetahui akibat yang akan di deritai oleh kaum muslimin kerananya; 3. dan apabila khilafah ini merupakan "pakaian" Abu Bakar sahaja, (seperti yang diibaratkan oleh Imam Ali karena dia bukan empunya yang sah); 4. dan apabila bai'at ini diambil secara zalim seperti yang dikatakan oleh Sa'ad bin Ubadah, pemuka Anshar yang memisahkan diri dari jamaah kerananya; 5. dan apabila bai'at ini tidak sah secara syarat kerana sahabat-sahabat yang besar lain seperti Abbas bapa saudara Nabi tidak memberinya, lalu apakah dasar dan alasan kesahihan khilafah Abu Bakar? Jawabnya: tidak ada alasan yang kukuh diberikan oleh kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Dengan demikian maka benarlah alasan dan hujjah Syi'ah dalam hal ini, kerana nas tentang kekhalifahan Ali nyata ada dalam Ahlu Sunnah sendiri. Namun mereka telah menakwilkannya kerana ingin memelihara "kemuliaan" sahabat. Tetapi bagi orang yang insaf dan adil, dia tidak akan memperoleh sebarang alasan kecuali harus menerima kenyataan nas ini; terutama apabila dia mengetahui rangkaian peristiwa yang menyelubungi sejarah ini. al Saqifah wal Khulafah,Abdul Fattah Abdul Maqsood al Saqifah by Muhammad, Rida al Muzaffar 2. Perselisihan antara Fatimah dan Abu Bakar Masalah ini juga telah disepakati kebenarannya oleh dua mazhab, Sunnah dan Syi'ah. Orang yang insaf dan berakal tidak akan dapat lari kecuali harus mengatakan bahwa Abu

83

Bakar berada pada posisi yang keliru dalam perselisihannya dengan Fatimah, dan kita tidak dapat menolak fakta bahwa Abu Bakar pernah menzalimi Penghulu Alam semesta ini. Mereka yang menelaah sejarah dan mengetahui seluk-beluknya secara terperinci akan mengetahui dengan pasti bahwa Abu Bakar pernah mengganggu Siti Fatimah Zahra' dan mendustakannya secara sengaja, agar Fatimah tidak mempunyai alasan untuk berhujjah dengan nas-nas al-Ghadir dan yang lainnya, kerana ini akan membuktikan kesahihan hak khilaf ah suaminya, yakni Ali bin Abi Thalib. Kami telah ditemukan dengan bukti-bukti yang cukup kuat dalam hal ini. Di antaranya ialah, seperti dikatakan oleh ahli sejarah bahwa Fatimah Zahra', (semoga Allah melimpahkan padanya kesejahteraan) pernah keluar mendatangi tempat-tempat pertemuan kaum Anshar dan meminta mereka membantu dan membai'at Ali. Mereka menjawab: "Wahai putri Rasulullah, kami telah memberikan bai'at kami pada orang ini (Abu Bakar). Seandainya suamimu mendahului Abu Bakar niscaya kami tidak akan berpaling darinya." Ali berkata: "Apakah aku harus tinggalkan Nabi di rumahnya dan tidak ku urus jenazahnya, lalu keluar berdebat tentang kepemimpinan ini?" Fatimah menyahut, "Abul Hasan telah melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan, sementara mereka telah melakukan sesuatu yang hanya Allah sajalah akan menjadi Penghisab dan Penuntutnya." Tarikh, Qutaybah, vol 1ms 19 Shahrah, Ibn al Hadid Seandainya Abu Bakar memang berniat baik dan keliru maka kata-kata Fatimah telah cukup untuk menyedarkannya. Tetapi Fatimah masih tetap marah padanya dan tidak berbicara dengan beliau sehingga wafat. Kerana Abu Bakar telah menolak setiap tuntutan Fatimah dan tidak menerima kesaksiannya, bahkan kesaksian suaminya sekalipun, akhirnya Fatimah murka pada Abu Bakar sampai beliau tidak mengizinkannya hadir dalam pemakaman jenazahnya, seperti yang dia wasiatkan pada suaminya Ali. Fatimah juga berwasiat agar jasadnya dikuburkan secara rahasia di malam hari tanpa boleh diketahui oleh mereka yang menentangnya. Sahih, Bukhari, vol 3 ms 36 Sahih, Muslim, vol 2 ms 72 Untuk pembuktian fakta ini saya sendiri telah berangkat ke Madinah untuk memastikan kebenaran fakta sejarah ini. Di sana aku mendapati bahwa kubur beliau memang masih tidak diketahui oleh siapa pun. Sebahagian berkata ada di Kamar Nabi, dan sebahagian lain berkata ada di rumahnya yang berhadapan dengan Kamar Nabi. Ada juga yang berpendapat bahwa kuburnya terletak di Baqi', di tengah-tengah pusara keluarga Nabi yang lain. Tapi tiada satu pun pendapat yang berani memastikan dimana letaknya. Hasilnya, aku membuat kesimpulan bahwa Fatimah Zahra' sebenarnya ingin, dengan sengaja, melaporkan kepada generasi muslimin berikutnya tentang tragedi yang disaksikannya pada zamannya, agar mereka tertanya-tanya mengapa Fatimah bertindak sehingga memohon pada suaminya agar ia dikebumikan di malam hari secara rahsia dan tidak dihadiri oleh sesiapa pun. Hal ini juga memungkinkan seorang muslim untuk sampai pada sebuah kebenaran diakhir kajiannya yang intensif dalam bidang sejarah. Aku juga mendapati bahwa penziarah yang ingin menziarahi kubur Utsman bin Affan terpaksa menempuhi jalan yang cukup jauh agar dapat sampai ke sudut akhir di wilayah tanah pekuburan Jannatul Baqi'. Di sana kita juga akan mendapati bahwa kuburan Utsman berada di bawah sebuah dinding, sementara kebanyakan sahabat yang lain dikuburkan di tempat yang berhampiran dengan pintu masuk Baqi'. Malah Malik bin Anas, imam mazhab

84

Maliki, seorang tabi'it(generasi keempat setelah Nabi) juga dikuburkan berdekatan dengan isteri-isteri Nabi. Hal ini bertambah jelas bagiku mengenai apa yang telah diceritakan oleh ahli sejarah bahwa Utsman dikuburkan di Hasy Kaukab, sebidang tanah milik seorang Yahudi. Pada mulanya kaum muslimin melarang jasad Utsman dikebumikan di Baqi'. Ketika Mua'wiyah menjawat jabatan khalifah dia telah membeli tanah milik Yahudi ini, kemudian menyatukan tanah itu sebagai bahagian dari wilayah Baqi', agar kuburan Utsman juga termasuk di dalamnya. Mereka yang menziarahi Baqi' pasti akan dapat melihat hakikat ini dengan jelas sekali. Aku semakin hairan ketika aku mengetahui bahwa Fatimah Zahra' as adalah orang pertama yang menyusuli pemerrgian ayahnya. Antara wafatnya Rasulullah dengan wafatnya Fatimah hanya bezanya waktu enam bulan sahaja. Demikian pendapat sebahagian ahli sejarah. Tapi anehnyabeliau tidak dikubur-kan di sisi ayahnya!! Apabila Fatimah Zahra' berwasiat agar dirinya dikebumikan secara rahsia, dan beliau tidak dikuburkan dekat dengan pusara ayahnya seperti yang disebutkan di atas, lalu apa pula gerangannya yang terjadi dengan jenazah putranya al-Hasan yang tidak dikuburkan dekat dengan pusara datuknya Muhammad SAWW.? Ummul-mukminin Aisyah melarang jasad Hasan dikebumikan di sana. Ketika Husain datang untuk mengebumikan saudaranya Hasan di sisi pusara datuknya, Aisyah datang dengan menunggangi baghalnya sambil berteriak, "Jangan kuburkan di rumahku orang yang tidak ku sukai." Bani Umaiyah dan Bani Hasyim nyaris berperang. Tetapi Imam Husain kemudian berkata bahwa dia hanya membawa jenazah saudaranya untuk "tabarruk" pada pusara datuknya, kemudian dikuburkan di Baqi'. Imam Hasan pernah berpesan agar jangan tertumpah setitis pun darah kerananya. Dalam konteks ini Ibnu Abbas mendendangkan syairnya kepada Aisyah: Kau tunggangi unta Kau tunggangi baghal Kalau kau terus hidup kau akan tunggangi gajah Sahammu kesembilan dari seperlapan tapi telah kau ambil semuanya Ini adalah contoh dari rangkaian fakta yang sungguh menghairankan. Bagaimana Aisyah mewarisi semua rumah Nabi sementara isteri-isteri baginda berjumlah sembilan orang, seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Abbas di atas. Bukankah Nabi tidak meninggalkan harta warisan seperti yang didakwa oleh Abu Bakar kerana dia melarang warisan Nabi dari Fatimah, lalu bagaimana Aisyah dapat mewarisi pusaka Nabi? Apakah ada di dalam Al Quran suatu ayat yang memberikan hak waris pada isteri tapi melarangnya dari anaknya? Atau adakah politik yang telah mengubah segala sesuatu sehingga anak perempuan diharamkan daripada menerima warisan dan si isteri pula diberikan segala sesuatu? Aku akan menceritakan suatu kisah yang dipersetujui oleh sebahagian ahli sejarah. Cerita ini ada kaitannya dengan hak pusaka ini. Ibnu Abil-Hadid al-Mu'tazili dalam bukunya Syarhu Nahjil Balaghah pernah berkata: "Suatu hari Aisyah dan Hafshah datang kepada Utsman pada zaman pemerintahannya. Mereka minta agar pusaka Nabi tersebut diberikan kepada mereka. Sambil membetulkan cara duduknya, Utsman berkata kepada Aisyah:" Engkau bersama orang yang duduk ini pernah datang membawa seorang badui yang masih berhadas bersaksi bahwa Nabi SAWW bersabda: "Kami para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka." Jika memang benar bahwa Nabi tidak

85

meninggalkan sebarang warisan, lalu apa yang kalian minta ini? Dan jika memang Nabi meninggalkan warisan pusaka, kenapa kalian melarang haknya Fatimah? Lalu Aisyah keluar dari rumah Utsman sambil marah-marah dan berkata: "Bunuh si natsal. Sungguh, dia telah kufur." (Sharh of Nahj al Balagha, Ibn al Hadid) 3. Ali Lebih Utama untuk Diikuti Di antara sebab lain yang mendorongku untuk mengikut mazhab Syi'ah dan meninggalkan tradisi para leluhur adalah pertimbangan akal dan naqal antara Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakar. Seperti yang ku sebutkan pada halaman-halaman yang lalu bahwa aku sepenuhnya berpegang pada ijma' yang disepakati oleh Ahlu Sunnah dan Syi'ah. Aku juga telah menelaah berbagai kitab dari dua mazhab ini. Di sana tidak ku temui satupun ijma' atau kesepakatan pendapat yang sempurna melainkan berkenaan dengan Ali bin Abi Thalib. Sunnah dan Syi'ah telah bersepakat tentang keimamahannya sebagaimana yang dicatatkan dalam nas-nas berbagai kitab rujukan dua mazhab ini. Manakala keimamahan (kepemimpinan) Abu Bakar pula hanya dikatakan oleh sekelompok tertentu kaum muslimin saja. Di atas telah kami sebutkan pendapat Umar tentang pembai'atan terhadap Abu Bakar. Demikian juga tentang keutamaan dan keistimewaan Ali bin Abi Thalib yang diriwayatkan oleh Syi'ah di kitab-kitab mereka. Semua bersandar pada sanad dan fakta yang tidak dapat digugat oleh kitab-kitab Sunnah. Sebagaimana ia juga diriwayatkan melalui berbagai jalur yang tak dapat diragukan. Banyak sahabat telah meriwayatkan hadis berkenaan dengan keutamaan Ali ini, sehingga Ahmad bin Hanbal mengatakan: "Tidak satupun dari sahabat Nabi yang memiliki keutamaan sebagaimana Ali bin Abi Thalib." al Mustadrak, al Hakim, vol 3 ms 107 al Manaqib, al Khawarizmi, ms 3 dan 9 Tarikh, Suyuti, ms 168 al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar, ms 72 Tarikh, Ibn Asakir, vol 3 ms 63 Shawahid at Tanzil, al Haskani al Hanafi, vol 1 ms19 Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata: "Tidak satupun hadishadis keutamaan sahabat yang diriwayatkan dengan isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadis tentang keutamaan Ali" Meskipun Bani Umaiyah telah memaksa setiap orang yang berada di Barat dan di Timur untuk mencaci, mengutuk, serta tidak menyebut-nyebut tentang keutamaan Ali, bahkan melarang sesiapa pun dari menggunakan namanya, keutamaan-keutamaannya tetap memancar dan menguak ke permukaan. Imam Syafei berkata berkenaan dengan ini: "Aku sungguh takjub akan seseorang yang kerana dengki, musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya; dan karena takut, para pecintanya tidak berani menyebut-nyebut namanya. Namun tetap saja keutamaannya tersebar dan memenuhi lembaran-lembaran buku. " Berkenaan dengan Abu Bakar juga telah ku kaji dengan kritis dan teliti dari berbagai kitab dua mazhab ini. Namun kitab-kitab Sunnah yang menyebut tentang keutamaannya juga tidak dapat menyaingi keutamaan-keutamaan Imam Ali bin Abi Thalib. Itupun diriwayatkan oleh puterinya Aisyah yang kita kenal bagaimana sikapnya terhadap Imam Ali, di mana beliau berusaha keras untuk menonjolkan ayahnya walau dengan menciptakan hadis-hadis

86

sekalipun; atau diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, seorang yang terbilang jauh dengan Imam Ali. Abdullah bin Umar pernah menolak memberikan bai'at pada Imam Ali setelah semua kaum muslimin sepakat untuk mengangkatnya sebagai Imam. Dia pernah berkata bahwa orang yang paling utama setelah Nabi adalah Abu Bakar kemudian Umar dan kemudian Utsman, lalu tiada seorang pun yang lebih utama dari yang lainnya, semua adalah sama." Sahih, Bukhari, vol 2 p 202 Yakni Abdullah bin Umar ingin mengatakan bahwa Imam Ali adalah manusia biasa yang tidak memiliki sebarang keutamaan. Sememangnya aneh,bagaimana Abdullah bin Umar dapat menyembunyikan dirinya dari fakta-fakta yang telah dinyatakan oleh para pemuka ummat yang lain, bahawa tiada seorang sahabat pun mempunyai keutamaan di sisi Rasul lebih dari Ali? Apakah Abdullah bin Umar tidak pernah mendengar satu keutamaan pun tentang diri Ali bin Abi Thalib? Demi Allah beliau pernah mendengarnya. Tetapi politik, ya politik, yang telah memutar belitkan segala kebenaran dan menciptakan berbagai keanehan. Mereka yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar antara lain adalah Amr bin Ash, Abu Hurairah, Urwah dan Akramah. Sejarah menyingkapkan bahwa mereka adalah penentang Ali dan pernah memeranginya. Baik dengan senjata atau menciptakan berbagai keutamaan untuk musuh-musuh dan lawan-lawannya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: " Ali mempunyai ramai musuh. Mereka berusaha untuk mencari sesuatu yang mungkin boleh digunakan mencelanya, namun mereka tidak menemukannya. Kemudian mereka mencari seseorang yang pernah memeranginya lalu diciptakanlah keutamaan-keutamaannya." Fath al Bari (Sharah al Sahih Bukhari), vol 7 ms 83 Tarikh, Suyuti, ms 199 al Sawaiq al Muhriqah, ms 125 Tapi Allah berfirman: " Sebenarnya mereka merencanakan tipu-daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenarbenarnya. Karena itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu yaitu beri tangguhhh mereka itu barang sebentar" (86:15,16 17) Sungguh ini merupakan mukjizat Allah bahwa keutamaan-keutamaan Ali dapat terungkap atau mencurah keluar setelah enam abad pemerintahan yang zalim menganiaya diri beliau dan kaum kerabatnya. Dinasti Bani Abbas tidak kurang dari Bani Umaiyah dalam membenci, mendengki dan memperdaya kaum kerabat Nabi SAWW. sehingga Abu Faras al-Hamdani berkata : Apa yang dilakukan oleh putera-putera Banu Harb terhadap mereka Walau sunguh dahsyat Tapi tidaklah sedasyat kezaliman yang kalian lakukan Berapa banyak pelanggaran terhadap agama yang kalian lakukan Dan berapa banyak darah keluarga Rasulullah yang kalian tumpahkan Kalian mengaku sebagai pengikutnya Sementara tangan kalian penuh berlumuran darah anak-anaknya yang suci Setelah dalil-dalil itu semua dan setelah semua kekaburan menjadi terang maka biarlah Allah yang menjadi Hujjah Yang Unggul, dan manusia tidak lagi mempunyai alasan dihadapan-Nya.

87

Walaupun Abu Bakar adalah khalifah pertama dan mempunyai kekuasaan seperti yang kita ketahui; walaupun pemerintahan Umawiyah menyogokkan segala wang dan upah kepada setiap orang yang meriwayatkan keutamaan Abu Bakar, Umar dan Utsman; walaupun riwayat-riwayat keutamaan Abu Bakar diciptakan begitu banyak dan memenuhi lembaranlembaran buku; walaupun itu semua dilakukan namun ia tetap tidak dapat menyamai walau sepersepuluh dari keutamaan Ali. Bahkan jika Anda teliti "hadis-hadis" tentang keutamaan Abu Bakar, Anda akan dapati bahwa ia tidak sejalan dengan apa yang dicatat oleh sejarah tentang berbagai tindakannya. Bukan saja ia bertentangan dengan apa yang dikatakan dalam "hadis" itu bahkan juga bertentangan dengan akal dan syara'. Dan ini telah kami jelaskan ketika membicarakan hadis yang bermaksud:"Seandainya iman Abu Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan lebih berat". Seandainya Rasulullah SAWW tahu bahwa iman Abu Bakar sedemikian hebatnya maka beliau tidak akan meletakkannya di bawah pimpinan komandan pasukan seperti Usamah bin Zeid; dan beliau juga tidak akan enggan untuk memberikan kesaksian padanya sebagaimana yang pernah beliau berikan kepada para syuhada' di Uhud. Nabi pernah berkata kepadanya: "Sungguh aku tidak tahu apa yang akan kau lakukan sepeninggalku kelak", sampai Abu Bakar menangis. Nabi juga tidak akan mengutus Ali bin Abi Thalib untuk mengambil surah Baraah yang telah diberikannya kepada Abu Bakar dan melarangnya membacakannya. Beliau juga tidak akan berkata pada hari pemberian panji dalam peperangan Khaibar: "Akan ku berikan panjiku ini esok kepada seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia senantiasa akan maju dan tidak pernah akan berundur sedikitpun. Sungguh Allah telah menguji hatinya dengan iman. "Kemudian Nabi memberikannya pada Ali dan tidak memberikannya kepada Abu Bakar." Seandainya Allah tahu bahwa iman Abu Bakar sedemikian tingginya hingga melebihi iman seluruh ummat Muhammad SAWW maka Allah tidak akan pernah mengancamnya untuk menggugurkan amal-amalnya ketika beliau mengangkat suaranya lebih dari suara Nabi. (Sahih, Bukhari, vol 4 ms 184) Seandainya Ali dan sahabat-sahabatnya tahu bahwa Abu Bakar memiliki keimanan yang demikian tinggi maka mereka tidak mempunyai alasan untuk menolak memberikan bai'at kepadanya. Seandainya Fatimah Zahra', penghulu seluruh wanita, mengetahui ketinggian darjat imannya Abu Bakar maka dia tidak akan pernah marah kepadanya dan tidak akan enggan berbicara dengannya atau menjawab salamnya dan berdo'a untuk kecelakaannya pada akhir setiap solatnya,atau tidak mengizinkannya (seperti yang diwasiatkannya) hadir dalam pemakaman jenazahnya. Seandainya Abu Bakar sendiri tahu tentang ketinggian imannya maka beliau tidak akan mengancam rumah Fatimah Zahro' walau mereka telah menutupnya sebagai tanda protes. Abu Bakar juga tidak akan membakar al-Fujaah al-Salami dan akan menyerahkan kepada Umar atau Abu Ubaidah perkara khalifah pada hari Saqifah itu. Tarikh, Tabari, vol 4 ms 52 al Imamah wa Siyasah, vol 1ms 18 Tarikh, Masudi, vol 1 ms 514 Seorang yang mempunyai darjat iman yang sedemikian tinggi dan lebih berat dari iman seluruh ummat yang ada tentu tidak akan pernah menyesal di akhir-akhir hayatnya atas sikapnya terhadap Fatimah, tindakannya yang membakar al-Fujaah al-Salami serta kekhalifahan yang dipegangnya. Sebagaimana dia juga tidak akan pernah berangan-angan untuk tidak menjadi manusia, dan ingin sekadar menjadi sehelai rambut atau kotoran haiwan. Apakah iman orang seperti ini setaraf dengan iman seluruh ummat Islam bahkan lebih berat?

88

Jika kita teliti hadis yang bermaksud: "Seandainya aku harus mengambil seorang sahabat (khalil) maka akan kuambil Abu Bakar sebagai khalilku", hadis ini serupa dengan hadis sebelumnya. Di mana Abu Bakar pada hari persaudaraan-terbatas (Muakhohsughro) di Mekah sebelum Hijrah? Dan di mana beliau pada hari persaudaraanbesar (Muakhoh-kubro) di Madinah setelah Hijrah. Dalam dua peristiwa ini, Nabi hanya menjadikan Ali sebagai saudaranya, sampai beliau berkata: "Engkau adalah saudaraku di Dunia dan di Akhirat Tadhkirat al Khawass, Sibt ibn al Jawzi, ms 23 Tarikh, Ibn Asakir, vol 1 ms 107 al Manaqib, al Khawarizmi, ms 7 Al Fusul al Muhimmat, Ibn al Sagh al Maliki, ms 21 Nabi tidak menoleh kepada Abu Bakar dan enggan mengikat tali persaudaraan dengannya, baik untuk dunia ataupun akhirat. Saya tidak bermaksud untuk menjelaskan permasalahan ini dengan lebih panjang. Saya cukupkan dengan dua contoh di atas yang saya kutip dari sejumlah rujukan Ahlu Sunnah sendiri. Adapun mazhab Syi'ah memang mereka telah menolak kesahihan hadis ini. Mereka mengatakandengan alasan yang sangat kuatbahwa ia diciptakan tidak lama setelah wafatnya Abu Bakar. Jika kita tinggalkan sifat-sifat utama Ali dan meneliti kemungkinan dosa yang pernah dilakukannya, maka kita tidak akan menemukan satu dosa pun yang pernah dilakukan Ali bin Abi Thalib yang tercatat dalam buku dua mazhab ini. Namun dalam masa yang sama kita akan menemukan dari sahabat-sahabat lain yang melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang tidak sedikit. Hal ini dapat kita temukan dalam berbagai buku Ahli Sunnah, seperti buku-buku hadis, buku sirah dan dan sejarah. Kesimpulan ijma' dua mazhab ini member implikasi bahwa hanya Ali sajalah yang tidak terbukti melakukan sebarang dosa, sebagaimana sejarah juga menegaskan bahwa bai'at yang pernah diberikan secara benar hanya bai'at yang diberikan kepada Ali semata-mata. Ali enggan menerima jabatan khalifah, namun dipaksa oleh Muhajirin dan Anshar. Beliau juga tidak memaksa orang yang enggan memberikan bai'at padanya. Sementara bai'at Abu Bakar dilakukan sangat tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara kaum muslimin dari keburukannya, seperti yang diistilahkan oleh Umar. Kekuasaan Umar diperoleh berdasarkan perlantikan yang diberikan oleh Abu Bakar kepadanya, sementara pengangkatan Utsman sebagai khalifah terjadi secara melucukan. Lihatlah, Umar melantik enam orang sebagai calon khalifah dan mewajibkan mereka memilih satu di antaranya. Beliau berkata, apabila empat orang sepakat dan dua orang yang lain menentang, bunuhlah yang dua. Apabila enam orang ini berpecah menjadi kumpulan yang tiga dan membentuk dua kelompok, maka pilihlah pendapat kelompok yang di dalamnya ada Abdurrahman bin A'uf. Apabila waktu telah berakhir sementara mereka belum sepakat melantik khlifah baru maka bunuh saja mereka semua. Ceritanya panjang dan aneh sekali. Hasilnya, Abdurrahman bin A'uf memilih Ali dengan syarat beliau memerintah berdasarkan pada Kitab Allah, Sunnah Nabi dan Sunnah Syaikhain, yakni Sunnah Abu Bakar dan Umar. Ali menolak syarat ini dan Utsman menerimanya. Maka jadilah Utsman sebagai khalifah. Ali keluar dari majlis itu, dan beliau sejak awal sudah tahu hasil yang akan keluar. Hal ini pernah diucapkannya dalam khutbahnya yang terkenal dengan nama Khutbah asSyiqsyiqiyah.

89

Setelah Ali, Muawiyah yang 'memegang' jabatan khalifah. Di tangannya sistem khilafah telah diganti dengan sistem monarki dan dinasti kekaisaran yang berpindah-tangan dari generasi ke generasi Banu Umaiyah. Kemudian berpindah pula ke tangan Bani Abbasiah. Khalifah berikutnya hanya dipilih dengan ketentuan khalifah yang sedang memegang kuasa atau dengan kekuatan pedang atau penggulingan. Sistem bai'at yang paling benar yang pernah terjadi dalam sejarah Islam, sejak zaman para khulafa' hingga ke zaman Kamal Ataturk yang telah menghapus sistem kekhalifahan, hanya bai'ah yang pernah diberikan kepada Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib sahaja. HADIS-HADIS YANG MENYATAKAN ALI WAJIB DIIKUTI Di antara hadis-hadis yang mengikatku dan mendorongku untuk mengikut Imam Ali adalah hadis yang diriwayatkan dalam berbagai Kitab Sahih Ahlu Sunnah sendiri. Dalam mazhab Syi'ah mereka juga memiliki hadis-hadis serupa itu berlipat-ganda. Namun sayaseperti biasatidak akan berhujah dan berpegang kecuali kepada hadis-hadis yang telah disepakati oleh kedua mazhab. Di antara hadis-hadis tersebut adalah: 1. Hadis berikut: "Aku kota ilmu dan Ali gerbangnya." (Mustadrak, al Hakim dan Tarikh, Ibn Kathir) Hadis ini saja sebenarnya sudah cukup untuk menentukan siapakah teladan yang mesti diikuti selepas Nabi SAWW. Diingatkan orang yang berilmu adalah lebih utama untuk diikuti dibandingkan dengan orang yang jahil. Allah berfirman: "Katakanlah apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu."(39:9) Dan firmanNya: "Apakah seseorang yang menunjukkanmu kepada kebenaran lebih utama untuk diikuti ataukah orang yang tidak membimbingmu kecuali ia perlu dibimbing. Maka bagaimana kalian membuat keputusan?(10:35) Jelas bahwa orang alimlah yang tahu membimbing sementara orang yang jahil perlu mendapatkan bimbingan, bahkan ia perlu bimbingan lebih dari orang lain. Dalam hal ini sejarah telah mencatatkan kepada kita bahwa Imam Ali adalah sahabat yang paling alim di antara mereka tanpa ragu. Seringkali para sahabat merujuk kepada Ali dalam perkara-perkara yang penting yang tidak dapat mereka selesaikan. Dan kita tidak pernah menjumpai satu keadaan yang Ali merujuk kepada mereka walau satu kali sekalipun. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Abu Bakar: "Semoga Allah tidak menetapkanku di suatu tempat yang ada masalah kalau Abu Hasan (Ali) tidak hadir di sana." Umar berkata: "Kalaulah Ali tiada maka celakalah Umar."( Manaqib al Khawarizmi dan al Riyadh al Nadirah). Ibnu Abbas berkata: "Apalah ilmuku dan ilmu sahabat-sahabat Muhammad dibandingkan dengan ilmu Ali. Perbandingannya bagaikan setitis air dengan tujuh samudera." Imam Ali sendiri berkata: "Tanyalah aku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah, tiada soalan yang kalian hadapkan padaku sampai hari kiamat kecuali aku boleh memberitahu kalian apa jawabannya. Tanyakan kepadaku tentang Kitab Allah. Demi Allah, tiada suatu ayat di dalam nya kecuali aku mengetahui di mana ia diturunkan; di waktu malam atau siang, di tempat yang datar atau di pegunungan." al Riyadh al-Nadirah, vol 2 ms 198 Tarikh, Suyuti, ms 124 al Itqan, Suyuti, vol 2 ms 319 Fath al Bari, vol 8 ms 485 Tadhib al Tadhib, vol 7 ms 338

90

Sedangkan Abu Bakar ketika ditanya makna Abban dari firman Allah: wa fakihatan wa abban, beliau berkata: "Langit mana yang dapat melindungiku, bumi mana yang dapat ku jadikan tempat berpijak daripada berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang tidak ku ketahui." Umar bin Khattab pernah berkata: "Semua orang lebih faqih dari Umar, walaupun wanita-wanita." Ketika beliau ditanya tentang suatu ayat dalam Kitab Allah, beliau marah sekali pada orang yang bertanya itu, lalu memukulnya dengan cambuk sampai melukainya. Katanya: "Jangan kalian tanya tentang sesuatu yang jika nampak kepada kalian, maka kalian akan terasa tidak enak." (Sunan, al Darimi dan Tafsir, Ibn Katheer) Sebenarnya beliau ditanya tentang makna Kalalah, tapi tak tahu menjawabnya. Di dalam tafsirnya, Thabari meriwayatkan dari Umar yang berkata: "Seandainya aku tahu apa makna kaldah maka itu lebih ku sukai daripada memiliki seperti istanaistana Syam." Ibnu Majah dalam Sunannya meriwayatkan dari Umar bin Khattab yang berkata: "Tiga hal yang apabila Rasulullah SAWW telah menjelaskannya maka itu lebih kusukai daripada dunia dan seisinya: al-Kalalah, ar-Riba dan al-Khilafah. Subhanallah! Mustahil Rasulullah diam dan tidak menjelaskan perkara-perkara itu. 2. Hadis berikut: "Hai Ali, kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi setelahku. Hadis ini seperti yang dipahami oleh orang-orang yang berakal sihat menyirat makna keutamaan dan keistimewaan amir al-Mukminin Ali di dalam menyandang kedudukan wazir, wasi dan khalifah, sebagaimana Harun yang menjadi wazir, washi dan khalifahnya Musa ketika beliau berangkat menemui Tuhannya. la juga menyirat erti bahwa kedudukan Imam Ali adalah umpama kedudukan Harun as. Kedua mereka memiliki kemiripan, melainkan kenabian saja seperti yang dikecualikan oleh hadis itu sendiri. la juga bererti bahwa Imam Ali adalah sahabat yang paling utama dan paling mulia setelah Nabi SAWW itu sendiri. 3. Hadis berikut: "Siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali lah pemimpinnya. Ya Allah, bantulah mereka yang mewila'nya, dan musuhilah mereka yang memusuhinya. Jayakanlah mereka yang menjayakannya, dan hinakanlah mereka yang menghinakannya, liputilah haq bersamanya dimanapun dia berada." Hadis ini saja sudah cukup untuk menolak dugaan orang yang mengutamakan Abu Bakar, Umar dan Utsman atas seseorang yang telah dilantik oleh Rasulullah SAWW sebagai pemimpin kaum mukmin setelahnya. Mereka yang dengan sengaja mentakwilkan kalimat maula dalam hadis ini dengan erti pecinta dan pembantu, ini adalah semata-mata kerana ingin memalingkan erti yang sebenarnya dengan alasan ingin memelihara kemuliaan para sahabat. Karena ketika Nabi SAWW menyampaikan pesannya ini beliau berkhutbah dalam keadaan matahari panas terik. Katanya: "Bukankah kalian menyaksikan bahwa aku mempunyai hak keatas kaum mukminin lebih dari orang-orang mukminin atas diri mereka sendiri?" Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Kemudian beliau melanjutkan: "Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya (pemimpinnya) maka inilah Ali maulanya..."

91

Nas ini sangat jelas dalam melantik Ali sebagai khalifah untuk ummatnya. Orang yang berakal, adil dan insaf tidak dapat menolak pengertian maksud hadis ini lalu menerima takwilan yang di reka oleh sebahagian orang demi menjaga kemuliaan sahabat dengan mengorbankan kemuliaan Rasul SAWW. Kerana dengan demikian, ia seolah-olah telah meremehkan dan mencela kebijaksanaan Rasul yang telah menghimpun ribuan manusia dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan panas hanya semata-mata kerana ingin mengatakan bahwa Ali adalah pecinta kaum mukminin dan pembela mereka. Bagaimana mereka akan menafsirkan ucapan selamat yang diberikan oleh barisan orang-orang mukminin kepada Ali setelah pelantikan itu, yang sengaja diciptakan oleh Nabi SAWW? Antara yang pertama mengucapkannya adalah para isteri Nabi, kemudian Abu Bakar dan Umar yang berkata: "Selamat, selamat untukmu wahai putra Abu Thalib. Kini kamu adalah pemimpin orang-orang mukminin, laki-laki atau perempuan." Fakta sejarah juga telah menyaksikan bahwa mereka yang mentakwil hadis ini seperti yang disebutkan adalah orang-orang yang berdusta. Celakalah apa yang mereka tulis dengan tangan mereka. Firman Allah: "Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui" (al-Baqarah: 146) 4. Hadis berikut: "Ali adalah dari ku dan aku adalah dari Ali. Tiada siapa yang mewakili tugasku kecuali aku sendiri atau Ali " Sunan, Ibn Majah, vol 1 ms 44 Khasais, al Nasai, ms 20 Sahih, al Tirmidhi, vol 5 ms 300 Jami al Usul, Ibn Kathir, vol 9 ms 471 al Jami al Saghir, al Suyuti, vol 2 ms 56 al Riyadh al Nadirah, Tabari, vol 2 ms 229 Hadis ini juga dengan jelas menyatakan bahwa Imam Ali adalah satu-satunya orang yang diberikan kepercayaan oleh Nabi untuk mewakili tugasnya. Nabi menyatakan perkara ini ketika baginda mengutuskan Ali untuk mengambil dan membacakan surah al-Baraah yang pada mulanya diserahkan pada Abu Bakar. Abu Bakar kembali dan menangis. Katanya, "Wahai Rasulullah, apakah ayat ini turun berkenaan denganku?" Rasulullah menjawab: "Allah hanya menyuruhku atau Ali saja yang melaksanakan tugas ini." Hadis ini juga mendukung sabda Nabi yang lain kepada Ali: "Engkau hai Ali, menjelaskan kepada ummatku apa yang mereka perselisihkan setelah ketiadaanku." Tarikh, Ibn Askir, vol 2 ms 488 Kunuz al Haqa'iq, al Mauawi, ms 203 Kanz al Ummal, vol 5 ms 33 Jika tiada orang yang diberikan kepercayaan oleh Rasulullah kecuali Ali, dan Ali lah yang paling layak untuk menjelaskan kepada ummat ini segala permasalahan yang dihadapi, maka kenapa orang yang tidak tahu akan makna kalimat abbaa dan kalimat kalalah mengambil alih haknya(UMAR)? Sungguh ini adalah musibah besar yang menimpa ummat ini, dan yang menghalanginya dari menjalankan tugas penting yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Telah cukup hujjah dan alasan dari Allah, dari RasulNya dan dari Amir al-Mukminin. Mereka yang ingkar dan tidak patuh kelak akan terpaksa member jawaban di hadapan Allah SWT. Allah berfirman: "Apabila dikatakan kepada mereka: marilah mengikuti apa yang ditunrunkan oleh Allah dan mengikuti Rasul. Mereka menjawab: cukuplah untukkami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya. Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka

92

walau pun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidakpula menda-pat petunjuk." (al-Maidah:104) 5. Hadis berikut: Bersabda Nabi SAWW sambil menunjuk kepada Ali: "Sesungguhnya ini adalah saudaraku, washiku dan khalifahku setelahku. Maka dengarlah dan taatilah dia." Tarikh, al Tabari, vol 2 ms 319 al Sirah al Halabiyah, vol 1 ms 311 Shawahid al Tanzil, vol 1 ms 371 Kanz al Ummal, vol 15 ms 15 Tarikh, Ibn Asakir, vol 1 ms 85 Tafsir, Ala al Din al Shafi'i, vol 3 ms 371 Hadis ini juga agak terbilang di antara hadis-hadis sahih yang dinukilkan oleh para ahli sejarah ketika menceritakan tentang peristiwa pertama yang terjadi ketika tempoh awal dari era kebangkitan Nabi SAWW. Mereka menganggap hadis ini sebagai sebahagian dari mukjizat Nabi SAWW. Namun politik telah mengubah dan memalsukan kebenarankebenaran dan fakta-faktanya. Sememangnya tidak menghairankan, kerana apa yang pernah terjadi di zaman kegelapan tersebut kini berulang lagi di zaman sekarang. Lihatlah Muhammad Husain Haikal. Beliau telah mencatat hadis ini secara sempurna dalam kitabnya "Riwayat Hidup Muhammad halaman 104, cetakan pertama tahun 1354 H. Tetapi dalam cetakan kedua dan seterusnya, sebahagian dari isi hadis nabawi ini, yakni kalimat "washiku dan khalifahku setelahku" dihapus dan digunting. Mereka juga telah menghapus dari kitabTafsir Thabari jilid 19 halaman 121 bagian dari sabda Nabi berikut "Washiku dan khalifahku", dan menggantinya dengan kalimat "Inilah saudaraku dan beginidan begitu..."!! Mereka lalai bahwa Thabari telah menyebutnya secara sempurna dalam kitab sejarahnya jilid ke 2 pada halaman 319. Lihatlah betapa mereka telah mengubah kalimat dari tempatnya yang asal dan memutar-balikkan faktafakta. Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tetap akan menyalakan cahaya-Nya... Ketika aku masih menelaah dan mengkaji, aku ingin menyaksikan dengan mataku sendiri segala apa yang telah terjadi. Aku mencari buku Riwayat Hidup Muhammad cetakan pertama. Akhirnya ku jumpai juga setelah mengharungi berbagai liku-liku yang sukar dan meletihkan. Alhamdulillah atas semua ini. Yang penting aku telah saksikan sendiri perubahan itu. Aku bertambah yakin bahwa wujudnya tangan-tangan jahat yang bertujuan untuk menghapuskan kebenaran-kebenaran yang memang telah terbukti ada. Kerana mereka menganggap bahwa ini adalah dalil kuat yang akan digunakan oleh "musuhnya"! Tetapi bagi seorang peneliti yang adil akan merasa bertambah yakin ketika menyaksikan perubahan seumpama ini. Tanpa ragu-ragu dia akan berkata bahwa pihak kedua yang enggan menerima dalil-dalil tersebut sebenarnya tidak memiliki alasan yang kuat. Mereka hanya melakukan tipu muslihat serta memutar balik fakta walau terpaksa membayar harga yang mahal sekalipun. Mereka telah mengupah penulis-penulis tertentu dan mengulurkan kepada mereka berbagai kekayaan, gelaran dan ijazah-ijazah pengajian tinggi yang palsu, agar dapat menuliskan segala sesuatu yang mereka inginkan baik buku atau makalahmakalah tertentu. Yang penting tulisan itu mencaci Syi'ah dan mengkafirkan mereka, serta membela dengan segala upaya (walau itu batil) "kemuliaan" sebahagian sahabat yang telah belok dari kebenaran dan yang telah mengubah hak menjadi batil sepeninggalan Rasul SAWW. Firman Allah: "Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami

93

telah jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin." (alBaqarah: 118) Maha Benar Allah Yang Maha Agung. HADIS-HADIS SAHIH YANG MEWAJIBKAN MENGIKUTI AHLUL BAIT 1. HADIS TSAQALAIN Bersabda Rasulullah SAWW: "Wahai manusia, telah ku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian berpegang padanya, maka kalian tidak akan tersesaf selama-lamanya: Kitab Allah dan itrah ahlu baitku." Sabdanya lagi: "Utusan Tuhanku tidak lama lagi akan datang, dan aku segera menyahutinya. Sungguh, ku tinggalkan kepada kalian dua peninggalan yang berat (Tsaqalain): pertama Kitab Allah. Di dalamnya ada petunjuk dan cahaya. Kedua: ahlu baitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah tentang ahlu baitku ini, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang ahlu baitku ini." Sahih, Muslim, Bab Kemuliaan Imam Ali (as), vol 5 MS 122 Sahih, al Tirmdhi, vol 5 MS 328 Mustadrak, al Hakim, vol 3 MS 148 Musnad, Ahmed Hanbal, vol 3 MS 17 Jika kita renungkan makna hadis mulia yang diriwayatkan oleh buku-buku hadis sahih Ahlu Sunnah wal Jamaah ini, maka kita mendapati bahwa hanya Syi'ah saja yang mengikuti Tsaqalain ini: Kitab Allah dan keluarga Nabi yang suci. Sementara Ahlu Sunnah mengikut kata-kata Umar: "Cukup bagi kita Kitab Allah saja". Oh, alangkah bahagianya jika mereka benar-benar ikut Kitab Allah, tanpa menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka. Jika Umar sendiri tidak faham apa makna Kalalah, tidak tahu ayat tayammum dan berbagai hukum-hukum yang lain, maka bagaimana mereka yang datang kemudian lalu mentaklidnya tanpa berijtihad, atau berijtihad dengan pandangannya semata-mata di dalam nas-nas Qurani. Mereka tentu akan menjawab soalan aku dengan suatu hadis yang diriwayatkan di sisi mereka: "Ku tinggalkan kepada kalian Kitab Allah dan Sunnahku" (al Nisa'i, al Tirmdhi, Ibn Majah dan Abu Dawood) Hadis ini kalaulah sahih dari segi sanadnya, maka ia menyiratkan makna hadis Tsaqalain di atas di mana kaum muslimin di perintahkan untuk merujuk kepada Ahlu Bait yang mengajarkan sunnah, atau meriwayatkan hadis-hadis yang sahih, mengingatkan keada kita bahwa mereka adalah orang-orang suci dari segala sifat dusta dan Allah telah mensucikan mereka dengan ayat Tathir-Nya.Tambahan lagi agar mereka menafsirkan kepada kalian makna-makna ayat dan maksud-maksudnya, merujuk kitab Allah semata-mata tidak akan cukup sebagai bimbingan. Betapa banyak golongan yang sesat berdalil dengan kitab Allah. Sebagaimana juga sabda Nabi SAWW:" Berapa banyak pembaca Al Quran sementara AlQuran sendiri melaknatnya." Kitab Allah bersifat diam dan membawa berbagai kemungkinan tafsiran. Di dalamnya ada yang mutasyabih(ayat Quran yang kurang jelas maksudnya) dan ada juga yang muhkamat(Ayat yang jelas dan terang maksudnya). Untuk memahaminya, kita mesti merujuk kepada orang-orang yang rusukhikut istilah AlQuranatau yang sangat dalam ilmunya, dan mengikuti bimbingan Ahlu Bait Nabi seperti yang ada di dalam hadis-hadis Nabi SAWW.

94

Syi'ah merujukkan segala sesuatunya kepada para imam yang maksum dari kalangan keluarga Nabi SAWW. Dan mereka tidak berijtihad melainkan jika memang tidak ada nas berkenaan dengannya. Sementara kita merujukkan segala sesuatunya kepada sahabat, baik dalam tafsir Al Quran atau Sunnah Nabawi. Kita telah mengetahui sikap-sikap sahabat, apa yang mereka kerjakan dan ijtihadkan dengan menggunakan pandangan mereka sematamata yang bertentangan dengan nas-nas yang jelas. Jumlahnya ratusan. Dan kita tidak akan dapat berpegang kepada seumpama itu setelah kita ketahui apa yang mereka lakukan. Jika kita tanyakan para ulama kita sunnah apa yang mereka ikuti mereka akan menjawab: Sunnah Rasulullah SAWW. Sementara fakta sejarah mengingkari kenyataan itu. Mereka meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWWbersabda: "Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah para khukfa' Rasyidin setelahku. Peganglah ia sedemikian kuat bagaikan kalian menggigitnya dengan gigi-gigi geraham kalian." Dengan demikian, sunnah yang diikuti kebanyakannya adalah sunnah para khulafa' Rasyidin, hatta sunnah Rasul yang mereka katakan itu adalah diriwayatkan dari jalur mereka. Kita juga menyaksikan di dalam sejumlah kitab hadis sahih bahwa Rasul pernah melarang mereka menuliskan sunnahnya agar kelak tidak bercampur dengan ayat-ayat Al-Quran. Demikianlah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar ketika mereka memerintah. Dengan demikian kata-kata "Ku tinggalkan kepada kalian Sunnahku..." tidak mempunyai landasan yang kuat lagi. Contoh-contoh yang saya sebutkan inidan yang tidak disebutkan jumlahnya jauh berlipat gandasudah cukup untuk menolak kesahihan hadis ini. Hal ini kerana sebahagian dari sunnahnya Abu Bakar, Umar dan Utsman bertentangan dengan sunnahnya Nabi bahkan membatalkannya sama sekali seperti yang kita Nampak dengan jelas. Contoh pertama yang dapat kita lihat adalah peristiwa yang terjadi segera setelah wafatnya Nabi SAWW di mana Abu bakar memerangi orang-orang yang disebutnya sebagai "penahan" harta zakat. Mengingatkan diriku yang tidak mahu berdalil dengan apa yang dikatakan oleh Syi'ah, maka aku serahkan saja kepada para pembaca yang ingin mencari kebenaran untuk menelitinya sendiri. Sebagai perbandingan, saya catatkan di sini suatu cerita berkenaan dengan Rasulullah dan Tsalabah. Suatu hari Tsalabah memohon kepada Rasulullah agar mendoakannya biar dia menjadi kaya raya. Dia mendesak Rasulullah dan berjanji kepada Allah akan bersedekah apabila dia kaya kelak. Rasulullah mendoakannya dan Allah pun mengayakannya. Kerana banyaknya unta dan kambing ternaknya, kota Madinah yang luas akhirnya terasa sempit baginya. Dia akhirnya berpindah dari kota Madinah dan tidak lagi sempat menghadiri salat Juma't. Ketika Nabi mengutus para a'milin (pengumpul zakat) untuk mengambil zakat dari Tsalabah, dia menolak untuk memberinya. Katanya, ini adalah ufti (jizyah) atau sejenisnya. Tetapi Nabi tidak memeranginya dan tidak juga memerintah-kan orang untuk memeranginya. Berkenaan dengan ini Allah turunkan ayat berikut:"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian dari kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kufur dengan kurnia itu dan berpaling. Dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)." (S. at-Taubah: 75-76)

95

Setelah ayat ini turun, Tsalabah kemudian datang sambil menangis. Dia minta kepada Nabi untuk menerima zakatnya kembali. Tetapi Nabi enggan menerimanya, seperti yang dikatakan oleh riwayat. Jika Abu Bakar dan Umar benar-benar mengikuti Sunnah Rasul, mengapa mereka menyalahinya dalam tindakan ini dan menghalalkan darah kaum muslimin yang tak berdosa semata-mata karena alasan enggan memberikan zakat. Dari cerita Tsalabah di atas yang menginkari kewajiban membayar zakat dan bahkan menganggapnya sebagai ufti, tidak ada lagi alasan untuk kita mempertahankan dan membenarkan kesalahan yang dilakukan oleh Abu Bakar atau mentakwilkannya. Nampaknya Abu Bakar dapat meyakinkan sahabatnya Umar untuk memerangi orang-orang ini, semata-mata karena khuatir sikap Malik bin Nuwairah dan kaumnya ini akan diketahui oleh negeri-negeri Islam yang lain, yang kemudian dapat menghidupkan kembali nas-nas al-Ghadir yang memilih Ali sebagai khalifah. Itulah kenapa Umar sangat gembira sekali untuk memerangi mereka, kerana beliau sendirilah yang pernah mengancam untuk membunuh atau membakar orang-orang yang enggan memberikan bai'at di rumah Fatimah. Peristiwa lain yang terjadi pada zaman pertama kekuasaan Abu Bakar adalah perselisihannya dengan Umar al Khattab, ketika beliau menakwilkan nas-nas Al Quran dan hadis-hadis Nabawi. Ringkas ceritanya, Khalid bin Walid membunuh Malik bin Nuwairah dan meniduri isterinya di malam itu juga. Umar berkata kepada Khalid: "Wahai musuh Allah, engkau telah bunuh seorang muslim dan meniduri istrinya. Demi Allah, aku akan rajam engkau dengan batu." Tetapi Abu Bakar membela Khalid dan berkata: "Biarkanlah wahai Umar. Khalid telah mentakwil kemudian tersalah. Tutup mulutmu dari Khalid. Ini adalah musibah dan aib lain yang telah dilakukan oleh seorang sahabat besar yang sempat dirakamkan oleh sejarah, sedemikian besar namanya sehingga kita menyebut namanya dengan penuh hormat dan takzim, seperti Saifullah al-Maslul,"Pedang Allah Yang Terhunus"!!! Apa yang harus ku katakan tentang sahabat yang melakukan tindakan keji seperti ini: membunuh Malik bin Nuwairah, seorang sahabat agung, pemimpin Bani Tamim dan Bani Yarbu'; seorang yang dijadikan contoh dalam kemurahan dan keberanian. Para ahli sejarah telah mencatat bahwa Khalid membunuh Malik dan sahabat-sahabatnya setelah mereka meletakkan senjata dan salat berjamaah bersamanya. Sebelum dibunuh mereka diikat dengan tali. Bersama mereka hadir juga Laila binti Minhal, isteri Malik, seorang wanita yang sangat terkenal cantik. Khalid sangat terpikat dengan kecantikannya ini. Malik berkata kepada Khalid: wahai Khalid, bawa kami kepada Abu Bakar, biar dia yang memutuskan perkara kita ini. Abdullah bin Umar dan Abu Qatadah al-Anshori mendesak Khalid agar membawa mereka berjumpa dengan Abu Bakar. Tetapi ditolak. Katanya: Allah tidak akan mengampuniku jika aku tidak membunuhnya. Kemudian Malik melihat isterinya Laila dan berkata kepada Khalid: kerana dia kemudian engkau membunuhku. Lalu Khalid menyuruh untuk memancung leher Malik, kemudian menawan isterinya Laila. Dan pada malam yang sama, Khalid pun menidurinya. Tarikh, Tabari, vol 3ms 280 Tarikh, al Yaqubi, vol 2 ms 110 Tarikh, al Fida, vol 1 ms 158 al Isabah fi Marifat as Sahabah, vol 3 ms 336

96

Biarlah di dalam melihat peristiwa yang terkenal ini kita nukilkan pengakuan Ustadz Haikal dalam kitabnya As-Shiddiq Abu Bakar. Di dalam bab Pendapat Umar Dan Hujjahnya Dalam Suatu Perkara, Haikal menulis: "Adapun Umar, beliau adalah model dalam keadilan dan ketegasan. Beliau melihat bahwa Khalid telah melakukan kezaliman terhadap seorang muslim dan menikahi isterinya sebelum selesai masa iddahnya. Dengan demikian ia tidak layak duduk sebagai pemimpin tertinggi sebuah pasukan, agar kes yang sama tidak berulang dan dapat merosakkan kehidupan kaum muslimin serta merosak kedudukan mereka di mata orang-orang Arab." Katanya lagi: "Khalid tidak boleh dibiarkan tanpa pengajaran atas apa yang dilakukannya terhadap Laila. Katakanlah Khalid mentakwil pada kes Malik ini dan salah (alasan yang tidak dapat diterima oleh Umar) namun biarlah hukum hudud itu berjalan atas apa yang dilakukannya terhadap isterinya, Laila. Sebagai "Pedang Allah" dan sebagai pemimpin pasukan yang menentukan kemenangan, beliau sangat tidak layak melakukan apa yang telah dia lakukan itu. Kalau tidak maka orang-orang seperti Khalid nantinya akan menyalahgunakan semua peraturan. Dan ini akan menjadi sebuah contoh yang sangat buruk bagi kaum muslimin di dalam menghormati Kitab Allah. Itulah mengapa Umar terus mendesak Abu Bakar sehingga Khalid dipangggil dan dimarahi." Al Siddiq al Akbar, Haykal,ms 151 Bolehkah kita bertanya kepada Ustaz Haikal dan para ulama seumpamanya yang berusaha menjaga "kemuliaan" sahabat, kenapa Abu Bakar tidak melaksanakan hukum hudud terhadap Khalid? Seandainya Umarseperti yang dikatakan oleh Haikaladalah model keadilan dan ketegasan, kenapa beliau puas dengan sekadar menyingkirkan Khalid dari kepemimpinan pasukan dan tidak melaksanakan hukum hudud terhadapnya, agar ia tidak menjadi contoh yang buruk yang akan dilemparkan kepada kaum muslimin di dalam menghormati Kitab Allah, seperti yang disebutkannya? Apakah mereka telah menghormati Kitab Allah dan melaksanakan hudud- Nya? Tidak sama sekali. Inilah korban politik dan korban permainan yang licik. la telah menciptakan berbagai keanehan dan memutarbelitkan berbagai kebenaran. Sebagaimana ia juga telah membuang nas-nas AlQuran sejauh-jauhnya. Bolehkah kita bertanya kepada sebahagian ulama kita yang menulis sejumlah kitab tentang bagaimana Rasulullah SAWW sangat marah pada Usamah yang datang mahu menjamin seorang wanita yang telah mencuri. Nabi SAWW berkata:"Celaka engkau (wahai Usamah), apakah engkau akan memberi jaminan dalam hukum hudud Allah. Demi Allah, seandainya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya. Orang-orang dahulu celaka lantaran mereka diam apabila kaumnya yang mencuri; apabila golongan lemah yang mencuri maka mereka laksanakan padanya hukum hudud." Bagaimana mereka dapat diam pada seseorang yang telah membunuh kaum muslimin yang tak berdosa, kemudian menikahi isterinya pada malam yang sama sementara dia masih menderita kerana kematian suami. Belum puas dengan ini, mereka lalu berusaha mencari alasan untuk membenarkan tindakan Khalid dengan menciptakan berbagai kebohongan dan keutamaan-keutamaannya, sehingga menggelarkan padanya gelar Pedang Allah Yang Terhunus. Seorang temanku yang terkenal dengan gelagatnya yang lucu, berseloroh suatu hari di majlisku yang waktu itu tengah membahas keutamaan-keutamaan Khalid bin Walid. Ku katakan bahwa Khalid bin Walid adalah Pedang Allah Yang Terhunus. Sahabat itu menjawab: Saifus Syaithan al-Masylul, Dia adalah Pedang Syaitan Yang Berlumuran (darah). Aku agak tersentak ketika itu. Namun setelah mengkaji, akhirnya Allah bukakan

97

pandanganku dan dikenalkannya aku pada mereka yang pernah memegang kekuasaan dan yang mengubah hukum-hukum Allah, serta melampaui batas-batasnya. Khalid bin Walid juga menyimpan cerita yang terkenal di zaman Nabi SAWW. Suatu hari Nabi mengutusnya pergi ke Bani Juzaimah agar menyeru mereka kepada agama Islam dan tidak memeranginya. Kabilah ini tidak fasih dalam menyebutkan kalimat Aslamna (kami telah masuk Islam). Mereka menyebutnya Saba'na, Saba'na. Lalu Khalid membunuh dan menawan mereka. Sebahagian tawanan diserahkannya kepada sahabat sepasukannya dan menyuruh mereka membunuhnya. Tetapi sahabat-sahabat tersebut enggan melakukan perintah Khalid karena tahu bahwa mereka telah menganut agama Islam. Ketika kembali dan diceritakan peristiwa itu kepada Nabi, beliau mengangkat tangannya kepada Allah seraya berdo'a: "ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu dari apa yang telah dilakukan oleh Klialid bin Walid" (dibacanya dua kali)(Sahih, Bukhari, vol 4 p 171) Kemudian Nabi mengutus Ali bin Abi Thalib pergi ke kabilah Banu Juzaimah tersebut sambil membawa harta untuk membayar ganti-rugi (diyat)nyawa dan harta yang telah terkorban walaupun bejana jilatan anjing sekalipun. Rasulullah berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat kedua tangannya ke langit sehingga nampak bagian ketiaknya. Nabi berdo'a: "ya Allah, kumohon perlindungan-Mu dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid bin Walid." Dibacanya hingga tiga kali. Bolehkah kita bertanya, dimana letaknya keadilan sahabat yang didakwa itu? Seandainya Khalid bin Walid, seorang yang kita anggap sebagai tokoh yang agung hingga diberi gelar dengan sebutan Pedang Allah, apakah Allah akan mengizinkannya menghunuskan pedang untuk menguasai kaum muslimin, orang-orang yang tak berdosa dan kaum wanita, dan dia bebas melakukan apa saja? Sungguh suatu hal yang sangat pelik dan sangat bercanggah. Allah melarang membunuh satu nyawa dan mencegah perlakuan munkar, keji dan kezaliman, tetapi Khalid telah menghunuskan pedang kezalimannya, memperkosa kehormatan kaum muslimin, menghalalkan darah dan harta mereka serta menawan wanita dan anak-anak mereka. Sungguh suatu kata-kata yang pelik dan gelaran yang aneh apabila kita nisbahkan pedang Khalid kepada Allah SWT. Maha Suci Engkau hai Tuhan kami. Kau lebih Mulia dan lebih Tinggi dari itu semua, Maha Suci Engkau, tiada Kau ciptakan langit-langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya dengan sia-sia. Demikianlah dugaan orang-orang kafir. Dan neraka Waillah tempat mereka kembali. Bagaimana Abu Bakar, khalifah muslimin dapat berdiam diri setelah mendengar tindakantindakan jenayah seperti itu. Bahkan menyuruh Umar bin Khattab menutup mulutnya tentang kes Khalid, dan memarahi Abi Qatadah kerana sikapnya yang mencemuh kelakuan Khalid. Apakah beliau benar-benar yakin bahwa Khalid melakukan takwil dan tersalah? Dalil apa kelak yang membolehkan dia katakan kepada orang-orang fasik dan pembunuh, atau kepada mereka yang melanggar hukum apabila mereka juga mengatakan bahwa mereka tersalah takwil? Secara peribadi saya tidak percaya bahwa Abu Bakar melakukan takwil terhadap kes Khalid ini, yang dikatakan oleh Umar bin Khattab sebagai musuh Allah. Umar berpendapat bahwa Khalid mesti dihukum bunuh kerana dia telah membunuh seorang muslim, atau merajamnya dengan batu karena telah berzina dengan Laila, isteri Malik. Namun tidak satu pun tuntutan Umar tersebut terlaksana. Bahkan Khalid keluar sebagai pemenang atas dakwaan Umar tersebut setelah Abu Bakar berdiri membelanya, padahal beliau sangat mengetahui Khalid lebih dari orang lain.

98

Para ahli sejarah telah mencatat bahwa Abu Bakar mengutus Khalidsetelah tragedi yang memalukan ituke al-Yamamah di mana dia kembali dengan kemenangan. Di sana Khalid juga telah meniduri seorang perempuan sama seperti yang dia lakukan terhadap Laila sebelumnya, sedangkan darah kaum muslimin dan darah pengikut-pengikut Musailamah belum sempat kering. Abu Bakar marah sekali kepada Khalid lebih dari saat dia melakukan hal serupa terhadap Laila. Tidak diragukan lagi bahwa wanita kedua ini juga mempunyai suami. Kemudian dibunuh oleh Khalid dan isterinya diperlakukannya seperti Laila isteri Malik. Kalau tidak maka Abu Bakar tidak akan memarahinya lebih keras dari waktu dia melakukannya terhadap Laila. Para ahli sejarah mencatatkan teks surat yang diutus Abu Bakar kepada Khalid waktu itu: "Demi nyawaku wahai putera ibunya Khalid. Sungguh engkau tidak melakukan apa-apa melainkan menikahi perempuan saja, sedangkan di halaman rumahmu darah seribu dua ratus kaum muslimin masih belum kering." (Tarikh, Tabari, vol 3 p 254) Ketika Khalid membaca isi surat tersebut dia berkata: "Ini pasti angkara si A'asar"; yakni Umar bin Khattab. Inilah di antara sebab yang kuat kenapa saya tidak se begitu memberikan sikap hormat pada sahabat-sahabat seumpama itu, pengikut-pengikut mereka yang rela atas perbuatan mereka dan yang membela mereka dengan begitu gigih hingga berani mentakwilkan nasnas yang jelas dan menciptakan berbagai riwayat yang khurafat. Semua ini untuk membenar-kan tindakan-tindakan Abu Bakar, Umar, Utsman, Khalid bin Walid, Muawiyah, A'mer bin A'sh dan saudara-saudaranya yang lain. Ya Allah, ku mohon ampunan-Mu dan aku bertaubat pada-Mu. Ya Allah, aku mohon lindungan-Mu dari segala perbuatan dan ucapan mereka yang menyalahi hukum-hukumMu, menghalalkan hukum-hukum haram-Mu dan melampaui batas-batas-Mu. Ya Allah, aku mohon lindungan-Mu dari pengikut-pengikut mereka, Syi'ah-Syi'ah mereka dan orang-orang yang membantu mereka dengan penuh pengetahuan dan kesadaran. Ampunilah daku karena dahulunya me-wila' mereka lantaran kejahilanku. Padahal Rasul-Mu telah bersabda: "Orang jahil tidak akan dimaafkan karena kejahilannya". Ya Allah, para leluhur kami telah menyesatkan kami dan telah menghulurkan tirai yang menutupi kebenaran pada kami. Mereka telah gambarkan kepada kami para sahabat yang berpaling dari kebenaran sebagai makhluk yang paling mulia setelah Nabi-Mu. Dan para leluhur kami juga adalah korban penipuan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah. Ya Allah, ampunkanlah mereka dan ampunkanlah kami. Sungguh Kau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dan apa yang tersirat di balik dada. Cinta para leluhur dan penghormatan mereka kepada sahabat-sahabat seumpama itu tidak lain kecuali bertolak dari sangka-baik bahwa mereka adalah pembela-pembela serta pecinta-pecinta Rasul-Mu Muhammad SAWW. Dan Kau Maha Tahu duhai Tuhanku akan rasa cinta mereka dan kami pada itrah keluarga Nabi yang suci, para imam yang telah Kau bersihkan mereka dari segala nista dan mensucikan mereka sesuci-sucinya. Terutama Pemuka kaum muslimin, Amir Mukminin, Pemimpin Ghur al-Muhajjalin dan Imam Para Muttaqin, Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Jadikanlah aku ya Allah di antara Syi'ah-Syi'ahnya dan di antara orang-orang yang berpegang-teguh pada tali wila' mereka dan yang berjalan di atas jalan mereka. Jadikanlah aku ya Allah di antara orang-orang yang bernaung di bawah naungan mereka, dan di antara orang-orang yang masuk dari pintu-pintu mereka, senantiasa mencintai mereka, mengamalkan ucapan dan teladan mereka serta bersyukur atas kemurahan dan anugerah

99

mereka. Ya Allah, bangkitkanlah aku di dalam golongan mereka, karena Nabi-Mu SAWW telah bersabda: "Seseorang akan dibangkitkan bersama orang yang dicintainya." 2. HADIS BAHTERA Bersabda Nabi SAWW: "Sesungguhnya perumpamaan Ahlu Baitku di sisi kalian bagaikan bahtera Nabi Nuh di sisi kaumnya. Siapa yang ikut selamat dan yang tertinggal akan tenggelam." Mustadrak, al Hakim, vol 3 ms 151 Yanabi Muwaddah, Qundoozi Hanafi, ms 30, 370 al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar, ms 184, 234 Majmaa al-Zawaed, al-Haithami, v9, ms168 "Dan sesungguhnya perumpamaan Ahlu Baitku di sisi kalian bagaikan Pintu Pengampunan bagi Bani Israel. Siapa yang memasukinya maka dia akan diampuni." 1. 2. 3. 4. Majmaa al-Zawaed, al-Haithami, v9, ms168 al-Sawaeq al-Muhriqa, ibn Hajar al-Haithami, ms193, juga di dalam: Noor al-Absar, al-Shiblinji al-Ifrad, al-Darqutni

Ibnu Hajar telah meriwayatkan hadis ini dalam kitabnya al-Sawaeq al-Muhriqa. Katanya: "Dasar keserupaan mereka dengan bahtera (Nabi Nuh) menunjukkan bahwa siapa saja yang mencintai mereka dan mengagung-agungkan mereka sebagai tanda terima kasih atas nikmat kemuliaan mereka, serta ikut bimbingan ulama-ulama mereka, akan selamat dari kegelapan perselisihan. Sementara mereka yang tidak ikut akan tenggelam di dalam lautan kekufuran nikmat dan akan celaka dibawa arus kezaliman. Adapun alasan keserupaan mereka dengan pintu pengampunan adalah Allah SWT telah tentukan bahwa pintu masuk itu pintu Ariha atau pintu Bait al-Muqaddis dengan sikap rendah hati dan mohon ampunan sebagai sebab pengampunan-Nya (pada Bani Israel). Dan Allah juga telah menentukan bagi ummat ini bahwa cinta pada Ahlu Bait Nabi adalah sebab terampuninya mereka." Saya ingin bertanya pada Ibnu Hajar, apakah beliau di antara orang-orang yang mengikuti Bahtera itu dan masuk Pintu Ampunan serta mengikuti bimbingan para ulama mereka? Atau beliau termasuk dalam kategori orang-orang yang mengatakan sesuatu tapi tidak mengamalkannya bahkan menginkari apa yang dipercayainya. Tidak sedikit orang yang keliru ketika ku tanyakan pada mereka tentang Ahlu Bait. Mereka sering berkata: "Kamilah orang yang lebih mengutamakan Ahlul Bait dan Imam Ali dari yang lain. Kami menghormati mereka dan menjunjung tinggi kedudukan mereka. Tiada siapa pun yang menginkari keutamaan-keutamaan mereka." Ya, mereka telah mengatakan sesuatu yang tidak sama dengan isi hatinya; atau menghormati dan menjunjung tinggi Ahlul Bait namun secara praktis tetap ikut dan taklid pada musuh-musuh mereka atau pada orang-orang yang memusuhi dan menentang mereka. Seringkali mereka tidak mengenali siapa itu Ahlul Bait. Dan jika ku tanyakan, mereka menjawab secara sepontan, Ahlul Bait adalah isteri-isteri Nabi yang telah Allah bersihkan mereka dari dosa dan disucikan-Nya sesuci-sucinya. Sebagian yang lain berkata: "Semua Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah pengikut Ahlul Bait." Aku terasa sangat hairan. Bagaimana mungkin? Tanyaku. Mereka menjawab: Karena Nabi SAWW pernah

100

bersabda, Ambillah separuh dari agama kalian pada Hunwira' ini, yakni Aisyah. Nah, kami telah ambil separuh dari agama kami dari Ahlul Bait Nabi." Katanya. Dengan cara pandang sepeti ini maka tidak sulit untuk kita memahami bagaimana mereka menghormati dan menyanjung Ahlul Bait Nabi. Dan ketika ku tanyakan pada mereka siapa itu Imam Dua Belas, mereka hanya mengenal Ali, Hasan dan Husain saja. Itupun tanpa pengakuan akan keimaman (kepemimpinan) Hasan dan Husain. Mereka bahkan mengagungkan Muawiyah bin Abi Sufyan yang telah meracuni Hasan sehinnga syahid sedemikian rupa sampai mereka mengatakan bahwa Mu'awiyah adalah penulis wahyu. Mereka juga menyanjung A'mr bin A'sh, dan dalam waktu yang sama juga hormat pada Ali bin Abi Thalib. Sungguh sikap seperti ini adalah sikap yang sepenuhnya bercanggah dan percampuran antara haq dan batil; suatu usaha untuk menutupi yang terang dengan kegelapan. Kerana bagaimana mungkin hati seorang mukmin dapat memadukan antara rasa cinta pada Allah dan juga cinta pada setan. Allah SWT berfirman: "Kamu tidak akan dapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak, atau anak-anak atau saudarasaudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah Allah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redh terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung" (al-Mujadalah: 22) Firman-Nya lagi: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih-sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu.." (Al-Mumtahanah: 1) 3. Hadis: Siapa Yang Ingin Hidup Seperti Hidupku Bersabda Nabi SAWW: "Siapa yang ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku, tinggal di syurga A'dn yang telah ditanam oleh Tuhanku maka jadikanlah Ali sebagai Walinya sepeninggalku dan me-wila' walinya, serta ikut Ahlul Baitku yang datang setelahku. Mereka adalah itrah keluargaku, diciptakan dari tanahku dan dilimpahkan kefahaman serta ilmuku. Maka celakalah orang-orang yang telah mendustakan keutamaan mereka dari ummatku, dan yang telah memutuskan tali silatur-rahimnya dengan mereka. Kelak Allah tidak akan memberi mereka syafaatku kepadanya." Mustadrak, al Hakim, vol 3 ms 128 Kanz al Ummal, vol 6 ms 155 al Manaqib, Khawarizmi, ms 34 Yanabi al Muwaddah, ms 149 Tarikh, Ibn Asakir, vol 2 ms 95 Hilyat al Awlia, vol 1 ms 86 Al Jami al Kabir, al Tabrani dan al Isabah, Ibn Hajar

101

Hadis ini, seperti yang kita perhatikan, adalah sangat jelas dan tegas yang tak perlu ditakwilkan. la tidak memberi hak-pilih dan alternatif lain kepada seorang muslim, bahkan menafikan dan menyangkal sebarang alasan. Apabila dia tidak me-wila' Ali (menjadikannya sebagai wali atau pemimpin) dan tidak mengikuti itrah keluarga Nabi maka dia akan diharamkan dari memperoleh syafaat datuk mereka, yakni Nabi SAWW. Perlu aku tegaskan di sini bahwa pada tahap pertama penelitianku, aku pernah meragukan ketulenan dan kebenaran hadis ini. Terasa sangat berat untuk menerima hadis ini kerana ia tersirat suatu ancaman kepada mereka yang tidak mengikuti Ali dan keluarga Nabi. Apalagi hadis ini sukar untuk ditakwil. Kemudian aku merasa agak ringan ketika aku membaca pendapat Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitabnya al-Ishabah. Antara lain beliau berkata: "Dalam sanad hadis ini ada Yahya bin Ya'la al-Muharibi, seorang perawi yang lemah." Pendapat Ibnu Hajar ini telah menghilangkan sebahagian kerisauan yang ada pada benakku. Keranakufikir Yahya bin Ya'la al-Muharibilah yang pasti memalsukan hadis ini; dan kerananya maka hadis ini tidak dapat dipercayai. Namun Allah SWT tetap ingin menunjukkan padaku sebuah kebenaran dengan sejelasjelasnya. Suatu hari aku terbaca sebuah fouku yang berjudul Munaqasyat Aqaidiyah Fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan, muka surat 29. Buku ini telah menyatakan satu kebenaran dengan begitu jelasnya. Di kutipkan bahwa Yahya bin Ya'la al-Muharibi adalah di antara perawi-perawi yang tsiqah (yang dipercaya) yang dipegang oleh Bukhari dan Muslim. Kemudian aku teruskan mengkaji dan aku mendapati bahwa Bukhari telah meriwayatkan hadis riwayat Yahya ini dalam Bab Ghazwah al-Hudaibiyah jilid III halaman 31. Muslim juga telah meriwayatkan hadis darinya dalam Bab al-Hudud jilid V halaman 119. AzZahabi sendiribetapa ketatnya(dalam mengadili perawi) diamenganggap Yahya ini sebagai perawi yang dipercaya. Para imam al-Jarhu wa at-Ta'dil menganggapnya sebagai tsiqah; bahkan Bukhari dan Muslim sendiri berhujah dengan riwayatnya. Sungguh, lalu mengapa pendustaan, pemutarbalikan fakta, dan tuduhan terhadap orang yang terbilang tsiqah seperti itu boleh terjadi? Apakah kerana dia telah menyingkap kebenaran tentang kewajiban menikuti Ahlul Bait, lalu Ibnu Hajar di kemudian hari mengecapnya sebagai seorang perawi yang lemah dan tidak boleh dipercayai? Namun sayang. Ibnu Hajar seakan lupa bahwa di kemudian hari akan ada sejumlah ulama yang pakar dan piawai yang akan menilai setiap karyanya, kecil atau besar. Mereka akan menyingkapkan segala fanatisme dan kejahilannya lantaran mengikuti cahaya nubuwwah dan berjalan di bawah bimbingan Ahlul Bait as. Setelah itu aku mulai sedar bahwa ada sebahagian ulama kita yang berusaha sungguhsungguh untuk menutupi kebenaran agar setiap masalah yang berkaitan dengan para sahabat dan khulafa', yang menjadi pemimpin dan teladan mereka tidak terungkap. Itulah kenapa kadang-kadang mereka menakwilkan hadis-hadis shahih dan menafsirkannya dengan makna yang tidak tepat; atau mendustakan hadis-hadis yang tidak sejalan dengan mazhab mereka walaupun kebenaran tertulis dalam buku-buku sahih dan diriwayatkan dengan sanad-sanad yang dapat dipercayai. Mereka juga kadangkala menghapus setengah atau dua pertiga dari isi hadis lalu menggantinya dengan kalimat begitu dan begini; atau meragukan para perawi yang tsiqah lantaran ia meriwayatkan hadis-hadis yang tidak sejalan dengan kehendak mereka; atau mengutip suatu hadis pada edisi pertama dari buku terbitannya, kemudian menghapuskannya pada cetakan berikutnya tanpa memberi sedikitpun alasan walaupun para pemerhati mengetahui sebab musababnya. Semua ini telah ku saksikan sendiri ketika aku masih melakukan penelitian dalam mencari sebuah kebenaran. Untuk ini aku mempunyai bukti-bukti yang tidak dapat dibantah sedikit pun. Aku harap mereka tidak mengulangi lagi usaha yang sia-sia ini sekadar untuk membenarkan tindakan para sahabat yang telah berpaling itu. Hal ini kerana ucapan-

102

ucapan mereka saling bertentangan dan bahkan tidak sesuai dengan fakta sejarah. Alangkah indahnya apabila mereka mengikuti kebenaran walau ia pahit sekali pun. Dengannya mereka akan berbahagia dan juga membahagiakan orang lain. Dan dengan demikian ia akan menjadi sebab untuk persatuan ummat yang telah bercerai-berai ini. Sejumlah sahabat generasi pertama juga pernah tidak jujur dalam meriwayatkan hadishadis Nabi SAWW. Mereka telah menafikan hadis-hadis yang tidak sejalan dengan kehendak nafsu mereka, terutama apabila ia termasuk dalam kategori hadis-hadis wasiat yang diwasiatkan oleh Nabi SAWW pada saat-saat menjelang wafatnya. Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW berwasiat akan tiga hal saat menjelang wafatnya: Pertama, keluarkan kaum musyrikin dari Jazirah Arab. Kedua, berikan hadiah kepada delegasi seperti yang biasa ku lakukan. Kemudian si perawi berkata, aku lupa isi wasiat yang ketiga." (Sahih, Bukhari, vol 7 ms 121 dan Sahih, Muslim, vol 5 ms 75) Adakah akal yang sihat dapat menerima bahwa para sahabat yang hadir dan mendengar tiga wasiat Nabi itu tiba-tiba lupa pada isi wasiat yang ketiga, sementara mereka adalah orang-orang yang hafal syair-syair panjang selesai mendengarnya sekali saja? Sama sekali tidak. Politiklah yang memaksa mereka melupakan isi wasiat itu dan enggan menyebutnya. Hal ini merupakan rantaian musibah lain yang kita saksikan dari para sahabat seperti itu. Tidak syak lagi bahwa isi wasiat yang "terlupa" itu adalah wasiat Nabi akan perlantikan Ali sebagai khalifah dan imam sepeninggalnya. Namun si perawi enggan menyebutkannya. Orang yang meneliti sejarah dan masalah-masalah seperti ini akan merasakan bahwa isi wasiat yang diabaikan itu sebenarnya adalah pesan Nabi akan kepemimpinan Ali bin Abi Thalib, walau banyak tangan-tangan yang berusaha menyembunyikannya. Bukhari dalam kitab Shahihnya Bab al-Washaya, dan Muslim dalam Bab Al-Wasiyah meriwayatkan bahwa Nabi pernah berwasiat pada Ali di tengah kehadiran Aisyah.(Sahih, Bukhari, vol 3 ms 68 dan Sahih, Muslim, vol 2 ms 14) Lihatlah betapa Allah pancarkan cahaya-Nya walaupun orang-orang yang zalim berusaha untuk menutupinya. Aku tegaskan lagi bahwa jika sejumlah sahabat sendiri tidak mempunyai kredibiliti dalam meriwayatkan hadis-hadis wasiat Nabi SAWW, maka tidak terlalu menghairankan apabila sejumlah Tabiin dan dan orang-orang selepasnya melakukan hal yang serupa. Apabila Ummul Mukminin Aisyah sendiri, tidak senang mendengar nama Ali disebut-sebut, seperti yang dilaporkan oleh Ibnu Sa'ad dalam Thabaqatnya, dan Bukhari dalam kitab Shahihnya Bab Nabi Sakit Dan Wafat; dan apabila Aisyah sujud syukur saat mendengar kematian Ali, lalu harapan apa yang masih tersisa dari beliau untuk mahu meriwayatkan hadis wasiat Nabi untuk Ali bin Abi Thalib. Aisyah sangat terkenal oleh masyarakat khusus dan umum akan sikap permusuhan dan kebenciannya pada Ali, putera-puteranya serta itrah Ahlu Bait Nabi SAWW. Fa la haula wala quwwata illa billa al-A'li al-A'zim. MUSIBAH KITA : IJTIHAD MELAWAN NAS DARI KAJIAN dan penelitian, akhirnya dapat aku simpulkan bahwa musibah yang menimpa ummat Islam yang sebenarnya adalah berasal dari "keberanian" sejumlah sahabat yang melakukan ijtihad di hadapan nas-nas yang sangat jelas maknanya. Apabila batas-batas hukum Allah dilampaui dan Sunnah-Sunnah Nabi dilanggar, maka para ulama dan imam yang datang selepas mereka mengambil qiyas dari ijtihad para sahabat; dan kadangkadang menolak nas Nabibahkan Al-Quranapabila mereka mengandaikan ia bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh seorang sahabat. Saya tidak bermaksud menambah provokasi atau berlebih-lebihan. Telah kita lihat di atas betapa mereka telah

103

mengingkari nas Al-Quran dan nas Nabi tentang tayamum, dan berijtihad meninggalkan salat semata-mata kerana tidak mempunyai air. Dan Abdullah bin Umar telah menjustifikasikan ijtihadnya ini dengan cara yang kita sebutkan di atas. Di antara sahabat awal yang membuka pintu ijtihad ini sepeninggalan Nabi adalah Khalifah Kedua, di mana beliau mengutamakan "ijtihadnya" melebihi nas-nas yang terang, sekalipun bertentangan dengan nas Quran. Misalnya, beliau telah menghentikan saham Muallaf sebagai sebahagian dari penerima harta zakatyang telah Allah wajibkan dalam Al Quran. Katanya: "Kami tidak lagi memerlukan kalian". Contoh ijtihadnya seperti ini bukan sedikit. Ketika Rasulullah masih hidup, beliau juga pernah melakukan ijtihadnya, bahkan menentangnya beberapa kali. Di atas telah kita contohkan pertentangannya dengan Nabi dalam masalah perdamaian Hudaibiyah, dan bagaimana dia melarang Nabi menulis wasiat. Kata-katanya, "Cukuplah bagi kita Kitab Allah" hanyalah sedikit dari sekian contoh yang boleh kita jumpai di dalam buku-buku hadis. Peristiwa lain yang mungkin akan memberikan kepada kita gambaran yang jelas tentang peribadi Umar adalah sikapnya yang berani membantah dan menentang utusan Allah ini dalam sebuah peristiwa yang popular dengan istilah "berita gembira perihal syurga." Ketika itu Nabi mengutuskan Abu Hurairah dan berkata padanya: "Siapa saja yang kau jumpai yang bersaksikan bahwa Tiada Tuhan Selain Allah dengan penuh keyakinan, maka berilah berita gembira akan syurga padanya. Abu Hurairah keluar untuk membawa berita gembira ini. Di tengah perjalanan beliau berjumpa dengan Umar. Umar melarangnya, bahkan memukulnya sampai jatuh. Abu Hurairah kembali menjumpai Rasulullah sambil menangis. Di beritahunya tentang apa yang dilakukan Umar padanya. Nabi bertanya kepada Umar alasan apa yang menyebabkan ia memperlakukan Abu Hurairah sedemikian? Jawab Umar: Apakah anda telah mengutusnya untuk memberitahu khabar gembira kepada setiap orang yang mengatakan Lailaha Illallah dengan penuh keyakinan? Ya, jawab Nabi. Lalu Umar menjawab: Jangan kau lakukan itu, karena aku khuatir kelak orang-orang akan bersandar pada Lailaha Illallah saja!!" Demikian juga puteranya, Abdullah bin Umar, yang khuatir orang-orang akan bersandar pada hukum tayammum semata-mata dan kerana itu dia memerintahkan agar meninggalkan salat saja. Bukankah lebih baik seandainya mereka membiarkan nas-nas itu seadanya dan tidak mengubah nas dengan ijtihad yang tidak sempurna itu, yang menyebabkan terhapusnya syariah dan terlanggarnya ketentuan-ketentuan Allah serta terpecahnya ummat ke dalam berbagai mazhab dan aliran. Dari banyak sikap Umar yang kita perhatikan terhadap Nabi dan sunnahnya, dengan mudah dapat difahami bahwa beliau pada dasarnya tidak sehari pun pernah percaya bahwa Nabi memiliki sifat maksum (tidak berdosa); bahkan beliau melihat bahwa Nabi adalah manusia biasa yang boleh salah dan benar. Dari sinilah kemudian timbulnya pendapatmengikut versi ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah bahwa Nabi hanya maksum pada saat menyampaikan wahyu semata-mata. Selainnya beliau sama dengan manusia biasa yang kadangkala juga melakukan kesalahan. Alasannya kerana Umar pernah membetulkan Nabi dalam sejumlah peristiwa. Jika Nabi SAWWseperti yang diriwayatkan oleh sebahagian orang yang jahilpernah menerima tawaran syaitan di rumahnya, ketika baginda sedang berbaring di sana dan (menonton) sejumlah wanita yang memukul gendang dengan syaitan yang sedang menari dan bersuka-ria di sisinya, dan kemudiannya Umar masuk, dan syaitan lari serta para

104

wanita itu juga menyembunyikan gendang-gendangnya kemudian Nabi berkata kepada Umar, jika syaitan melihat mu melewati suatu jalan,maka dia kana melarikan diri ke jalan lain; apabila riwayat-riwayat seperti itu (secara tidak kritis) kita terima, maka tidak sukar untuk kemudian menyatakan bahwa Umar mempunyai 'hak pendapat' dalam urusan agama dan bahkan juga berhak untuk menentang Nabi dalam urusan politik, dan hukum syariat sekalipun, seperti contoh di atas. Sikap seperti ini kemudian melahirkan satu kelompok sahabat-dipimpin oleh Umar bin Khattabyang berani melakukan ijtihad di hadapan nas. Seperti yang kita saksikan di atas, mereka mendukung pendapat Umar dalam Tragedi Hari Kamis, walaupun hal itu dengan jelas bertentangan dengan nas Nabi SAWW. Dan dari sini juga kita dapat simpulkan bahwa mereka sebenarnya tidak dapat atau enggan menerima sabda Nabi pada peristiwa alGhadir, ketika Nabi SAWW melantik Ali sebagai khalifah setelahnya. Dan sikap penolakan seperti ini kemudian ditunjukkan lagi saat menjelang wafat baginda Nabi SAWW. Selain dari itu, peristiwa lain adalah seperti perjumpaan di Saqifah Bani Saidah atau pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah adalah di antara hasil dari ijtihad sejenis ini. Ketika kekuasaan mereka semakin kukuh dan majoriti orang telah lupa akan nas-nas Nabi, terutama yang berkaitan dengan masalah kepemimpinan, kemudian mereka mulai melakukan ijtihad-ijtihad lain yang mencakupi sebahagian hukum dalam Al Quran. Mereka telah mengabaikan beberapa hukum hudud dan mengubah sejumlah hukum yang lain. Di antara ijtihad yang bertentangan dengan nas adalah tragedi Fatimah Az-Zahra', yang dialaminya segera setelah hak khilafah suaminya dirampas. Kemudian tragedi pembunuhan orang-orang muslirnin yang konon "enggan" membayar zakat, pengangkatan Umar bin Khattab sebagai khalifah oleh Abu Bakar berdasarkan ijtihad dengan pendapatnya sehingga membatalkan konsep syura yang dahulu pernah dijadikannya sebagai alasan untuk kesahihan khilafahnya. Kemudian, ketika Umar telah menjabat sebagai khalifah, dihalalkannya apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya serta diharamkannya apa yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ketika Utsman berkuasa pada zaman berikutnya, beliau telah melakukan sesuatu yang jauh lebih "radikal" dari dua khalifah sebelumnya, sehingga ijtihadnya telah banyak mempengaruhi kehidupan politik dan agama secara luas. Hal itulah yang kemudian mengakibatkan munculnya suatu revolusi menentangnya hingga beliau terbunuh akibat ijtihadnya itu. Ketika Imam Ali memegang kekuasaan dan menjawat sebagai khalifah, beliau mendapatkan kesulitan yang tidak kecil dalam mengembalikan kaum muslimin kepada sunnah Nabi dan AlQuran. Beliau telah berusaha sungguh-sungguh untuk menghilangkan segala jenis bid'ah yang telah dimasukkan ke dalam agama. Namun sebahagian sahabat berteriak: sunnah Umar, sunnah Umar..!! Saya yakin bahwa orang-orang yang memerangi Imam Ali dan yang menentangnya hanyalah semata-mata kerana Ali as berupaya untuk mengembalikan mereka kepada jalan yang benar dan kepada nas-nas yang shahih, seterusnya mematikan segala bid'ah dan ijtihad yang telah dinisbahkan pada agama sepanjang seperempat abad. Bid'ah-bid'ah tersebut telah sedemikian rupa menjadi darah daging dalam diri majoriti masyarakat, terutamanya bagi mereka yang mengejar hawa nafsu dan keta-akan dunia; yang telah menyalahgunakan harta Allah dan memperhambakan hamba-hamba-Nya; yang telah memanipulasi emas dan perak; dan yang mengharamkan orang-orang lemah dari memperoleh hak-hak mereka yang telah ditentukan oleh Allah. Kadang-kala kita dapati bahwa para mustakbirin di setiap zaman sering cenderung melakukan "ijtihad", kerana dengannya mereka akan mempunyai alasan untuk dapat

105

mencapai cita-citanya. Sementara nas-nas yang ada dianggap sebagai unsur yang akan menghalang cita-cita itu. Ijtihad juga mendapat sokongan di setiap masa dan tempat, walaupun dari golongan yang lemah. Hal ini kerana ia mudah dipraktikkan dan tidak memiliki suatu komitmen yang tegas. Berbeza dengan nas. la memiliki suatu ketegasan dan keterikatan. Para politikus kadang-kadang menamakannya dengan istilah hukum teokrasi, yang bermakna hukum Allah, dan ijtihadkerana menyimpan suatu kebebasan dan tanpa komitmen, mungkin diistilahkan dengan hukum demokrasi, yakni kuasa rakyat. Mereka yang berkumpul di saqifah setelah wafatnya Nabi SAWW telah menghapuskan kekuasaan teokrasi yang telah dibangun oleh Nabi berdasarkan nas-nas AlQuran, dan menggantikannya dengan kekuasaan demokrasi yang dipilih oleh "rakyat", untuk memilih pemimpin yang dianggapnya layak untuk memimpin. Namun para sahabat waktu itu belum mengenal istilah demokrasi, kerana ia bukan bahasa Arab. Yang mereka ketahui hanyalah konsep Syura. Mereka yang enggan menerima keberadaan nas dalam masalah khilafah saat ini, adalah pendukung-pendukung demokrasi. Mereka sangat bangga dengan perkataan ini. Mereka mendakwa bahwa Islam adalah agama pertama yang melaksanakan konsep demokrasi. Mereka adalah pendukung-pendukung ijtihad dan pembaharuan, yang saat ini hampir sama dengan konsep-konsep barat. Itulah mengapa hari ini kita mendengar betapa rapatnya dunia barat kepada mereka dan menamakan mereka sebagai kaum muslimin yang modernis dan toleran. Syi'ah pula adalah pendukung-pendukung teokrasi, atau kekuasaan Allah. Mereka menolak ijtihad yang bertentangan dengan nas yang memisahkan antara kekuasaan Allah dan konsep syura. Bagi mereka, syura tidak ada kaitannya sama sekali dengan nas. Syura dan ijtihad boleh dilakukan dalam beberapa hal yang tidak ada nas di dalamnya. Bukankah Anda saksikan bahwa Allah SWT yang telah memilih Rasul-Nya Muhammad SAWW. Tetapi Dia juga berfirman: "Dan musyawarahilah mereka dalam urusan itu (3: 159). Adapun berkaitan dengan pemilihan kepemimpinan yang akan memimpin manusia, Allah berfirman:"Dan Tuhanmu menciptakan apa Dia kehendaki dan memilihnya. Sekalikali tidak ada pilihan bagi mereka. (28: 68) Apabila Syi'ah menyatakan bahwa Ali adalah khalifah setelah Nabi SAWW, hal ini kerana mereka berpegang pada nas. Dan ketika mereka mencela sebahagian sahabat, yang dicela adalah mereka yang telah menggantikan nas-nas dengan ijtihad, lalu mereka mensia-siakan hukum Allah dan Rasul-Nya serta melukai agama Islam yang sampai sekarang belum terubati. Itulah sebabnya dunia barat dan para pemikirnya berupaya merendahkan Syi'ah dan menamakannya sebagai mazhab yang fanatik . Ini karena mereka ingin kembali kepada Al Quran yang menghukum potong tangan terhadap pencuri, merajam si penzina dan memerintahkan berjihad di jalan Allah SWT. Bagi dunia barat semua ini adalah sangat serupa dengan ketidak tamadunan dan keganasan. Dari kajian ini dapat juga aku fahami mengapa sebahagian ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah menutup pintu ijtihad sejak kurun kedua Hijriah. Ini mungkin kerana ijtihad itu telah dan akan mengakibatkan malapetaka bahkan pertumpahan darah yang tidak sedikit atas ummat ini. Ijtihad seperti itu telah mengubah ummat yang terbaik ini menjadi ummat yang saling berperang dan saling berselisih. Adapun Syi'ah. Mereka masih membuka pintu ijtihad selagi nas-nasnya ada. Tiada siapa pun yang dapat mengubahnya. Dan mereka dibantu oleh kewujudan dua belas imam yang

106

mewarisi ilmu datuknya, yakni Nabi SAWW. Mereka berkata bahwa semua permasalahan ada hukumnya di sisi Allah, dan telah dijelaskan oleh Nabi SAWW. Kita juga dapat memahami mengapa Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bertaklid kepada para sahabat yang 'mujtahidin', dan yang melarang penulisan sunnah Nabi SAWW, akhirnya terpaksa melakukan ijtihad dengan ra'yu atau qiyas atau istishab atau sad bab dzara-i' dan sebagainya ketika tidak menjumpai nas-nas nabi. Dan kita juga dapat memahami kenapa orang-orang Syi'ah yang duduk di sekitar Ali, seorang yang dikatakan sebagai Pintu Kota Ilmu dan pernah berkata, "Tanyakan aku segala sesuatu, karena Nabi telah mengajarku seribu bab ilmu dan setiap bab dapat membuka seribu bab yang lain". Tarikh Dimashq, Ibn Asakir, vol 2 ms 484 Maqt al Husayn, al Khawarizmi, vol 1 ms 38 al Ghadir, al Amini, vol 3 ms 120 Orang-orang non-Syi'ah sering berada di dalam lingkaran Muawiyah bin Abi Sufyan yang memiliki pengetahuan tentang sunnah Nabi dalam kadar yang sangat sedikit sekali. Pemimpin kelompok yang baghi (zalim) ini akhirnya menjadi "Amir al-Mukminin" setelah syahadah Imam Ali as. Kemudian beliau mulai mencampur-adukkan agama Allah dengan pendapatnya lebih dari orang-orang sebelumnya. Ahlu Sunnah menganggapnya sebagai Penulis Wahyu, dan di antara ulama yang mujtahid. Bagaimana mereka mengatakan bahwa itu adalah ijtihad sedangkan dialah yang telah meracuni Hasan bin Ali sampai mati. Padahal, seperti sabda Nabi Hasan adalah pemuka pemuda syurga. Mungkin para pembela Muawiyah akan segera mempertahankan bahwa itu adalah di antara ijtihadnya yang tersalah (dan karenanya dapat satu pahala). Bagaimana mereka boleh mengatakan bahwa itu adalah ijtihad, padahal dia telah mengambil bai'at dari ummat secara paksa, baik untuk dirinya sendiri atau untuk puteranya Yazid. Dia juga telah mengubah prinsip 'syura' dengan prinsip monarki dan kerajaan. Bagaimana mereka boleh mengatakan bahwa itu adalah ijtihadnya bahkan memberinya satu pahala, padahal dialah yang memerintahkan kaum muslimin untuk melaknat Ali dan keluarga Nabi yang lain dari atas mimbar sehingga menjadi sebuah tradisi Bani Umawiyah sepanjang enam puluh tahunan. Bagaimana mereka menamakan Muawiyah sebagai Penulis Wahyu, sementara wahyu sendiri turun kepada Nabi SAWW sepanjang dua puluh tiga tahun dan sebelas tahun pertama darinya Mu'awiyah masih dalam keadaan syirik. Walaupun selepas beliau masuk Islam, kita tidak mendapati satu riwayat pun mengatakan bahwa Muawiyah tinggal di Madinah, sementara Nabi SAWW tidak pernah tinggal di Mekah setelah Fathu Makkah. Dari mana Muawiyah mendapat gelaran sebagai Penulis Wahyu tersebut? La Haula Wala Quwwata Illa Billa Al-'Ali Al-'Azim. Soalan yang terus menghairankan ialah, mana kelompok yang benar dan mana yang batil? Apakah Ali dan Syi'ahnya adalah orang-orang yang zalim dan batil ataukah Muawiyah dan pengikut-pengikutnya? Sebenarnya Rasulullah SAWW telah menjelaskan segala semuanya secara sempurna. Namun sebahagian orang yang mendakwa diri mereka sebagai Ahlu Sunnah telah menafsirkannya secara salah. Sepanjang penelitian dan kajianku terhadap mereka yang membela Muawiyah sebelum aku mendapati bahwa mereka sebenarnya bukan pengikut sunnah, tetapi pengikut Muawiyah dan Bani Umaiyah; khususnya setelah aku mengkaji secara teliti sikap-sikap mereka yang membenci Syi'ah Ali dan merayakan hari Asyura, atau membela para sahabat yang pernah menyakiti Rasulullah SAWW dalam masa hayatnya dan setelah wafatnya. Mereka tetap membenarkan kesalahan para sahabat seperti itu dan terus berusaha untuk membenarkan tindakan-tindakannya.

107

Cuba anda semua renungkan, bagaimana mungkin anda mencintai Ali dan Ahlul Bait Nabi sementara dalam masa yang sama anda juga mencintai dan redha pada musuh-musuh serta para pembunuhnya? Bagaimana mungkin anda mencintai Allah dan Rasul-Nya sementara dalam waktu yang sama anda juga membela mereka yang mengubah hukum Allah dan Rasul-Nya serta berijtihad dan menakwilkan dengan pendapatnya segala apa yang ada dalam hukum-hukum Allah? Bagaimana mungkin anda dapat menghormati seseorang yang tidak menghormati Rasulullah, bahkan menuduhnya dengan kata-kata kasar saat baginda ingin melantik penggantinya? Bagaimana mungkin anda mematuhi para pemimpin yang dilantik oleh Bani Umawiyah atau Bani Abbasiah lalu meninggalkan para imam yang telah dilantik oleh Rasulullah SAWW lengkap dengan jumlahnya(Sahih, Bukhari, vol 4 ms 164 dan Sahih, Muslim, ms 119) dan nama-nama mereka.(Yanibul Muwaddah, al Qunduzi al Hanafi) Bagaimana mungkin anda mematuhi orang-orang yang tidak mengenal Nabi dengan baik lalu meninggalkan "Pintu Kota Ilmu" atau seseorang yang seumpama Harun di sisi Musa? Siapakah yang pertama kali menciptakan istilah Ahlu Sunnah Wal Jamaah? Saya juga cuba menelitinya dalam sejarah, tetapi tidak aku dapati sebuah jawaban yang memuaskan. Yang ada hanya berupa sebuah kesepakatan untuk menamakan tahun pengambilalihan kekuasaan oleh Muawiyah sebagai Tahun Jama'ah. Karena sebelumnya ummat Islam terbahagi kepada dua kelompok: pengikut Ali dan pengikut Muawiyah. Ketika Imam Ali syahid dan Muawiyah mengambil alih kekuasaan setelah perdamaian dengan Imam Hasan, maka Muawiyah dijadikan sebagai "Amir al-Mukminin". Tahun pengangkatan itu dinamakan sebagai Tahun Jama'ah. Jadi dengan demikian penamaan Ahlu Sunnah wal Jama'ah sebenarnya menunjukkan identiti pengikut sunnah Muawiyah dan kesepakatan menerimanya sebagai pemimpin, bukanlah pengikut sunnah Rasulullah SAWW. Para Imam keturunan Nabi dan Ahlul Baitnya lebih tahu tentang sunnah datuknya daripada para bekas tawanan perang (Fathu Makkah) itu. Pepatah mengatakan bahwa si tuan rumah lebih mengetahui akan isi rumah tangganya dari orang lain. Namunsayangnyakita telah mengabaikan dua belas imam yang telah disabdakan oleh Nabi SAWW itu dan kita ikut para musuh mereka. Walaupun kita mengakui kesahihan hadis yang memaparkan dua belas imam sepeninggalan Nabi, yang kesemuanya adalah berketurunan Quraisy namun kita selalu terhenti pada empat khalifah saja. Hal ini mungkin kerana Muawiyah yang telah menamakan kita sebagai Ahlu Sunnah wal Jamaah bermaksud agar kita sepakat pada sunnahnya dalam mencaci Ali dan Ahlul Bait Nabi yang telah dilakukan mereka sepanjang enam puluh tahun. Hanya Umar bin Abdul Aziz ra sajalah yang menghentikan dan menghilangkan sunnah yang buruk ini. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahwa sekelompok dari Bani Umawiyah berkomplot untuk membunuhnya, walaupun beliau berasal dari kalangan keluarga yang sama. Hal ini hanyalah kerana beliau telah mematikan sunnah mereka, yakni melaknat Ali bin Abi Thalib. Wahai sahabat-sahabatku, marilah kita bersama-sama mencari kebenaran di bawah bimbingan Allah SWT. Buanglah jauh-jauh segala jenis fanatisme buta. Kita adalah korban Bani Abbasiyah, korban sejarah yang gelap, korban kejumudan berfikir yang dipaksakan oleh generasi sebelum kita. Tidak syak lagi kita juga adalah korban perbuatan Muawiyah, A'mr bin al-A'sh, Mughirah bin Syu'bah dan sejenisnya. Telitilah sejarah Islam agar dapat kita temukan kebenaran, dan Allah akan melipat gandakan pahala-Nya kepada kita. Semoga Allah menyatu-padukan ummat yang telah bercerai-berai sepeninggalan Nabinya ini dan yang telah berpecah menjadi tujuh puluh tiga kelompok. Marilah kita bersatu-padu di bawah bendera Lailaha Illallah Muhammadur

108

Rasulullah, dan patuh pada Ahlul Bait Nabi yang telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk diikuti. Nabi bersabda: "Jangan kalian mendahului mereka, kelak kalian akan celaka, dan janganlah ketinggalan dari mereka, karena kelak kalian (juga) akan celaka, dan jangan ajari mereka karena mereka lebih tahu dari kalian." al Durr al Manthur, Suyuti, vol 2 ms 60 Usd al Ghabah, vol 3 ms 137 al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar, ms 148, 226 Kanz al Ummal, vol 1 ms 168 Majma az Zawaid, vol 9 ms 163 JIka kita mengamalkan wasiat Nabi ini maka Allah pasti akan mengangkat murkaNya dari kita, akan menggantikan rasa takut kita dengan kedamaian, menjadikan kita di bumi-Nya ini sebagai khalifah-khalifah-Nya serta mendatangkan untuk kita makhluk pilihan-Nya, yakni Imam Mahdi as. Nabi SAWW pernah berjanji bahwa Mahdi akan datang ke dunia ini membawa keadilan setelah ia dicemari penuh kezaliman. MENDAPAT TEMAN DISKUSI Perubahan yang ku alami adalah bermulanya suatu kegembiman jiwa. Aku mulai merasakan jiwa yang tenang dan dada yang lapang atas mazhab yang aku beru temukan ini; atau aku berani katakan inilah agama Islam yang tulen yang tiada keraguan sama sekali. Aku sungguh berbahagia dan bangga atas nikmat, petunjuk dan bimbingan yang Allah limpahkan kepadaku. Dan aku tidak dapat berdiam diri atau menyembunyikan apa yang sedang bergolak di dadaku. Ku katakan kepada diriku: aku mesti ungkapkan kebenaran ini kepada orang-orang lain juga. Firman Allah: "Adapun tentang nikmat Tuhanmu maka ucapkanlah." Sementara ini adalah nikmat yang paling agung di dunia dan di akhirat. Orang yang diam di atas kebenaran adalah syaitan yang bisu", dan tiada sesuatu selain dari yang haq melainkan kesesatan semata-mata. Yang menambahkan lagi keyakinanku untuk menyebarkan kebenaran ini adalah kedudukan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah yang tidak berdosa itu. Mereka mencintai Rasulullah dan Ahlul Baitnya. Cukuplah bagi ku dengan menhilangkan hijab yang telah ditenun oleh sejarah, yang telah mengabui mata mereka, selepas itu, mereka pasti akan mencari kebenaran. Dan ini berlaku pada diriku sendiri. Allah berfirman: "Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatnya atas kamu, maka telitilah..." (S: an-Nisa': 94) Suatu hari aku menjemput empat temanku yang sama-sama mengajar di Akademi ke rumah. Dua dari mereka mengajar subjek pendidikan agama,seorang lagi mengajar subjek Bahasa Arab, dan yang terakhir guru dalam bidang falsafah Islam. Mereka bukan dari Gafsah, tetapi dari Tunis, Jammal dan Soseh. Aku menjemput mereka untuk sama-sama mengkaji subjek yang penting ini. Aku memberitahu mereka bahwa aku tidak mampu memahami sebahagian makna (nas), dan ragu-ragu dalam sebahagian masalah. Mereka pun menerima tawaranku dan bersedia untuk datang ke rumah setelah jam kerja. Aku membiarkan mereka membaca kitab al-Muraja'at (Dialog Sunnah Syi'ah) dimana pengarangnya menulis berbagai perkara yang aneh dan asing di dalam agama. Tiga dari mereka telah menghabiskan buku itu, dan yang seorang lagi, guru yang mengajar subjek bahasa arab, telah menarik diri setelah hadir empat atau lima majlis yang kami adakan itu. Beliau berkata: orang-orang barat kini telah sampai ke bulan, sementara kalian masih membahas tentang perkara Khilafiah di dalam Islam.

109

Setelah satu bulan mengkaji, tiga dari mereka kemudian mengikuti mazhab Syi'ah ini. Dan aku banyak membantu mereka untuk dapat sampai pada kebenaran ini dari jalan yang paling dekat, mengingat kajianku yang bertahun-tahun itu telah memberiku pengetahuan yang cukup banyak dalam bidang ini. Aku rasakan betapa manisnya hidayah Allah. Aku sangat optimis dengan masa depan mazhab ini. Setiap kali aku mengajak teman-teman baik yang dari Gafsah, atau yang hadir di majlis-majlisku di masjid, atau yang mempunyai hubungan dengan ku kerana tarekat sufi, sebahagian murid-muridku yang sering menemaniku, alhamdulillah semua mereka menyahuti ajakanku. Sehingga dalam masa satu tahun saja Alhamdulillah bilangan kami yang menjadikan Ahlul Bait sebagai pemimpin cukup banyak. Kami mengikuti mereka yang mengikuti Ahlul Bait, dan memusuhi mereka yang memusuhi Ahlul Bait. Kami bergembira di hari-hari raya mereka, sebagaimana kami juga bersedih di hari-hari A'syura dan mengadakan majlis-majlis takziyah. Surat pertamaku yang membawa berita kesyia'hanku kepada Sayed Al-Khui dan Sayed Muhammad Baqir As-Sadr adalah ketika hari raya Aidul Ghadir. Waktu itu untuk pertama kalinya kami merayakan hari itu di Gafsah. Perkara kesyia'hanku dan aktiviku yang mengajak orang-ramai mengikut mazhab Syi'ah keluarga Rasulullah ini telah diketahui oleh kalangan khusus dan umum di negaraku. Maka mulailah berbagai tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadaku. Mereka menuduh aku adalah pengintip Israel yang berusaha menggoyangkan agama masyarakat; aku mencaci sahabat dan sumber fitnah serta berbagai lagi. Di ibu kota Tunisia aku menghubungi dua temanku Rasyid al-Ghannusyi dan Abdul Fattah Moro. Penentangan mereka terhadapku sangat keras sekali. Di dalam suatu diskusi kami di rumah Abdul Fattah, aku berkata bahwa sudah sewajarnya kita sebagai kaum muslimin merujuk kitab-kitab kita dan mengkaji sejarah kita. Aku contohkan kitab Shahih Bukhari yang memuat berbagai perkara yang bertentangan dengan akal dan agama. Tiba-tiba saja emosi mereka melonjak sambil berkata kepadaku: siapa anda sehingga boleh mengkritik Bukhari? Aku berusaha dengan berbagai upaya untuk meyakinkan mereka supaya dapat membahas berbagai perkara. Tetapi mereka menolak dan berkata: jika anda telah mengikuti Syi'ah maka jangan Syia'hkan kami. Kami mempunyai tugas yang lebih penting dari itu, yakni menentang pemerintahan yang tidak melaksanakan Islam. Aku bertanya apa faedahnya jika kalian dapat berkuasa. Mungkin kalian akan melakukan sesuatu yang lebih teruk dari mereka selagi kalian tidak mengetahui kebenaran Islam ini. Bagaimanapun pertemuan kami itu berakhir dengan rasa saling jengkel. Setelah itu bertambahlah tuduhan dan fitnah terhadap kami dari sebahagian pengikut Ikhwan Muslimin yang waktu itu belum kenal dengan Harakah al-Ittijah al-Islami. Mereka menyebarkan fitnah mengatakan yang aku adalah agen pemerintah yang bekerja memporak-porandakan agama kaum muslimin, sehingga mereka lupa akan perjuangan pokok mereka: menentang pemerintahan. Mulailah aku mengasingkan diri dari pemuda-pemuda yang aktif di Ikhwan Muslimin dan dari syaikh-syaikh yang mengikuti tarekat sufi. Dalam masa tertentu akhirnya kami hidup terasing di sekitar kampung kami dan di sekitar saudara-saudara kami sendiri. Tetapi Allah SWT akhirnya menggantikan kepada kami orang-orang yang lebih baik dari mereka. Sebahagian pemuda dari berbagai kota datang kepada kami dan bertanya tentang kebenaran ini. Aku berusaha sebaik mungkin menjawab pertanyaan mereka sehingga sejumlah mereka dari ibu kota, Qairawan, Souseh, dan Sayyidi Bu zeid mengikut mazhab yang benar ini.

110

Di dalam perjalananku ke Iraq di suatu musim panas, aku singgah di Eropah. Di sana aku berjumpa dengan sebahagian teman kami di Perancis dan Belanda. Di sana juga kami berbincang tentang perkara ini sehingga mereka memperoleh hidayah Allah ini. Alhamdulillah atas semua ini. Betapa gembiranya hatiku ketika berjumpa dengan Sayed Muhammad Baqir As-Sadr di Najaf al-Asyraf. Waktu itu sekumpulan ulama berada di sekelilingnya. Sayed Sadr memperkenalkanku kepada mereka dan mengatakan bahwa aku adalah benih Ahlul Bait Nabi di Tunisia. Beliau juga bercerita bahwa beliau menangis terharu ketika membaca suratku yang membawa berita tentang perayaan kami akan Aidul Ghadir untuk pertama kalinya; serta keluhanku akan berbagai derita, tuduhan dan gunjingan yang dilemparkan kepada kami di Tunisia. Sayed berkata antara lain: "Hendaknya anda menanggung semua derita ini, kerana jalan Ahlul Bait sukar dan sulit. Pernah seorang datang kepada Nabi dan berkata: "Ya Rasulullah aku mencintaimu" Rasulullah menjawab: "Maka bersiap-siaplah engkau dengan banyaknya ujian." Katanya lagi: "Aku juga mencintai anak saudaramu Ali." Rasulullah menjawab: "Maka bersiap-siaplah akan banyaknya musuh." Katanya lagi: "Aku mencintai Hasan dan Husain." Jawab Nabi: "Maka bersiap-siaplah akan kefakiran dan banyaknya ujian." Apa yang telah kita berikan di dalam menyeru ke arah jalan kebenaran ini, tidak dapat dibandingkan dengan Abu Abdillah Husain as yang telah mengorbankan nyawanya, keluarganya dan anak keturunannya serta sahabat-sahabatnya demi agama Allah. Begitu juga Syi'ahnya di sepanjang sejarah dan sehingga kini masih terus membayar dengan harga yang mahal lantaran wila' mereka kepada Ahlul Bait. Maka sudah semestinya, wahai saudaraku, untuk kamu menanggung sedikit kesusahan dan pengorbanan di dalam jalan yang hak ini. Kalau seseorang mendapatkan hidayah Allah lantaran usahamu maka itu lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya." Sayed Sadr juga menasihatiku agar tidak menyisihkan diri malah, aku di sarankan agar lebih mendekati pada saudara-saudaraku Ahlu Sunnah setiap kali mereka berusaha menjauhiku. Beliau juga menyuruhku agar bersembahyang di belakang mereka sehingga tidak terputus tali hubungan antara semua, mengingatkan kepadaku bahwa mereka adalah orang-orang yang tak berdosa. Mereka adalah korban sejarah dan propaganda murahan. Dan manusia adalah musuh kejahilan. Sayed Khui juga menasihatiku dengan nasihat yang hampir sama. Begitu juga Sayed Muhammad Ali Thabathabai al-Hakim yang senantiasa berhubung dengan kami melalui surat dengan nasihat-nasihatnya yang banyak dan membimbing perjalanan saudarasaudara Syi'ah kami di sana. Begitulah akhirnya aku seringkali menziarahi Najaf al-Asyraf dan mengunjungi ulamaulama di sana di dalam berbagai kesempatan. Aku berazam untuk menggunakan masa cuti musim panasku setiap tahun di "pangkuan" Imam Ali, serta menghadiri kuliah-kuliah Sayed Muhammad Baqir As-Sadr yang sangat bermanfaat bagiku. Aku juga berniat untuk menziarahi tempat-tempat suci Imam dua belas. Dan Allah telah mengabulkan cita-citaku itu walaupun sejauh makam Imam Ridha sekalipun yang terletak di Masyhad, suatu negeri yang berhampiran dengan perbatasan Rusia dan Iran. Di sana juga aku berkenalan dengan berbagai ulama yang agung sambil belajar banyak dari mereka. Sayed Khui, marja' yang kami bertaklid, juga memberiku izin untuk menggunakan wang khumus dan zakat yang kami terima, serta menggunakannya untuk kepentingan Syi'ahSyi'ah yang ada di sekitar kami seperti keperluan buku dan sebagainya. Di sana aku juga telah mendirikan suatu perpustakaan yang mengumpul berbagai buku rujukan dan bukubuku lain dari kedua mazhab. Nama perpustakaan itu adalah Perpustakaan Ahlul Bait as. Dan Alhamdulillah telah banyak menyumbangkan faedah untuk masyarakat yang lebih luas.

111

Allah juga telah menambah kegembiraan dan kebahagiaan kami berlipat ganda. Sekitar lima belas tahun yang lalu, Allah telah mentakdirkan nama jalan tempat tinggalku sebagai Jalan Imam Ali Bin Abi Thalib as. Nama jalan ini telah disetujui oleh ketua kampung Qafsah. Tak lupa kuucapkan rasa terima kasihku pada ketua kampung itu, seorang yang cukup kuat berpegang pada agama dan memiliki rasa cinta yang dalam terhadap Imam Ali as. Ku berikan padanya kitab al-Muraja''at (Dialog Sunnah Syi'ah) yang membuatkan dia lebih menunjukkan rasa cintanya dan sikap hormatnya yang lebih mendalam terhadap kami. Semoga Allah membalas kebaikannya ini dengan setimpal dan mengabulkan apa yang dicita-citakannya. Sebahagian orang yang menaruh rasa dendam berusaha mengubah nama jalan itu, namun Allah menginginkannya tetap ada dan kekal. Begitulah sehingga surat-surat yang datang kepada kami dari segenap penjuru dunia menggunakan nama jalan Imam Ali bin Abi Thalib as, yang kerana namanya maka kota kami yang indah dan nyaman lebih diberkati. Berpandukan pada nasihat-nasihat para Imam Ahlul Bait as dan ulama-ulama di Najaf, kami senantiasa mendekat pada saudara-saudara kami dari berbagai mazhab yang lain. Kami juga ikut sembahyang berjamaah bersama mereka. Dengan itu maka ketegangan terasa lebih reda, dan kami juga berhasil meyakinkan sebahagian pemuda di sekitar kami tentang akidah, cara wudhu' dan solat kami. PETUNJUK KEBENARAN Di sebuah desa di selatan Tunisia, saat berlangsungnya sebuah kenduri, wanita-wanita yang hadir tengah asyik membicarakan tentang seorang isteri dari suami si Fulan. Seorang wanita tua yang hadir sangat terkejut mendengar berita perkawinan dua orang ini. Ketika ditanya kenapa dia terkejut, jawabnya bahwa dua suami isteri tersebut sebenarnya pernah menyusu darinya, dan mereka adalah kakak adik dari satu ibu susuan. Berita besar ini dibawa pulang oleh wanita-wanita yang hadir kepada suami masing-masing. Kaum lelaki yang ada di sekitar ingin membuktikan kebenaran berita ini. Akhirnya ayah si perempuan memberi kesaksian bahwa anak perempuannya memang pernah menyusu dari ibu susuan yang terkenal ini, sebagaimana ayah si lelaki ini juga menyaksikan kebenaran kata-kata si ibu tua ini. Akibatnya dua suku ini berperang dengan tongkat dan kayu. Masing-masing menuduh yang lain sebagai sebab musibah yang akan menyebabkan turunnya bencana dari Allah. Apalagi perkawinan itu telah berusia sepuluh tahun dan telah membuahkan tiga anak. Mendengar berita ini si isteri lari ke rumah ayahnya. Dia tidak mahu makan dan minum. Bahkan dia berusaha untuk membunuh diri lantaran tidak tahan menerima "bencana" yang sangat besar itu. Bagaimana mungkin dia dapat melihat kenyataan bahwa suaminya adalah saudaranya sendiri, dan bahkan kini telah melahirkan anak-anak. Bilangan kecederaan di kedua belah pihak bertambah, hinggalah seorang tua yang disegani menghentikan peperangan dan menasihati mereka agar menanyakan para alim-ulama tentang hukumnya dan mencari jalan keluar. Mereka pergi ke kota-kota besar yang berhampiran menanyakan para ulamanya tentang jalan keluar dari masalah ini. Setiap kali ditanya, jawaban mereka dapati adalah perkawinan tersebut adalah haram dan suami isteri wajib dipisahkan seumur hidup. Mereka juga wajib membayar fidyah dengan membebaskan hamba sahaya atau puasa dua bulan berturutturut; dan fatwa-fatwa sejenisnya.

112

Mereka juga pergi ke Qafsah dan menanyakan perkara tersebut kepada para alim ulamanya. Namun jawaban mereka tetap sama. Ulama-ulama mazhab Maliki menjatuhkan hukum muhrim pada setiap anak susuan walau sekadar satu titis sekalipun, berdasarkan pendapat Imam Malik yang mengkiaskan air susu dengan arak. Dalam hukum arak dikatakan bahwa "jika banyaknya memabukkkan maka sedikitnya juga haram". Dengan itu maka menyusui, walau setitis sekalipun adalah berhukum muhrim. Seorang yang hadir mencelah dan menunjukkan rumahku. Katanya: "Tanyakan pada Tijani masalah-masalah seperti ini kerana beliau mengetahui pendapat semua mazhab. Aku pernah menyaksikan beliau berhujah dengan ulama-ulama berkali-kali dan dia dapat mematahkan dalil-dalil mereka." Aku menjemput mereka masuk ke dalam perpustakaanku, dan si suami menceritakan segalanya kepadaku secara terperinci, dan dia juga berkata seperti berikut: "Tuan, isteriku mahu membunuh diri dan anak-anakku tidak terurus. Kami tidak memperoleh jalan keluar dari kemusykilan ini. Mereka telah memberitahuku alamatmu. Aku sangat yakin pada anda karena melihat buku-buku yang sebegini banyak di perpustakaan ini yang tidak pernah ku lihat sebelum ini. Mudah-mudahan anda dapat menyelesaikan masalahku ini." Kemudian ku hidangkan untuknya secawan kopi. Aku berfikir sejenak. Kemudian ku tanyakan padanya bilangan susu yang dia hisap dari si ibu tua itu. Beliau menjawab: "Aku tidak tahu pasti. Tetapi isteriku menyusu dari orang tua itu dua kali atau tiga kali saja. Ayahnya juga menyaksikan bahwa dia hanya dua atau tiga kali saja membawanya pergi ke tempat wanita tua itu." Lalu ku jawab: "Jika ini benar, maka kalian bukanlah kakak-adik susu dan perkawinan kalian tetap sah." Mendengarkan perkara ini lelaki tersebut terus memelukku dan mencium-cium kepalaku dan tanganku. Katanya: "semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Anda telah membukakan pintu kedamaian di hadapanku." Dia terus pergi dan tidak sempat menghabiskan kopinya, bahkan tidak bertanya lagi rujukannya atau dalilnya dariku. Dia hanya memohon izin pulang agar dengan segera dapat menemui isterinya dan membawa berita gembira untuknya, anak-anaknya serta kaum kerabatnya. Namun esoknya dia kembali bersama tujuh orang lelaki yang lain. Katanya: "Ini ayahku, dan ini ayah isteriku. Yang ketiga itu ketua desa dan keempat Imam Jum'at dan Jama'ah, kelima Penghulu agama, keenam ketua suku dan ketujuh guru besar sekolah. Semua datang untuk bertanya tentang masalah menyusui tersebut dan dengan alasan apa anda menghalalkannva?" Semua ku ajak masuk ke dalam perpustakaan. Sebelumnya aku memang telah menduga mereka akan berdebat denganku. Ku hidangkan buat mereka minuman kopi dan ku sambut mereka dengan mesra. Mereka berkata: "Kami datang untuk bertanya akan fatwamu yang menghalalkan susuan itu sementara Allah telah mengharamkannya di dalam Al Quran dan telah diharamkan juga oleh Rasul-Nya, dengan sabdanya: "Telah diharamkan dengan susuan segala apa yang diharamkan dengan cara nasab." Begitu juga Imam Malik telah mengharamkannya." Aku berkata: "Wahai tuan-tuan, kalianMasya Allah berjumlah lapan orang dan aku seorang diri. Jika aku berbicara dengan kesemua kalian maka aku tidak akan dapat meyakinkan kalian dengan hujahku, dan perbincangan kita nantinya akan hilang puncanya. Aku usulkan agar kalian memilih salah seorang di antara kalian sebagai juru bicaranya dan biarkan aku berbincang dengannya dan yang lainnya menjadi hakim kami."

113

Mereka terima usul tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada penghulu agama sebagai wakil mengenangkan beliaulah yang paling alim dan paling arif di antara mereka. Maka penghulu pun memulai pertanyaannya mengapa aku menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, Rasul-Nya dan para Imam? Aku jawab: "Aku berlindung kepada Allah dari berbuat demikian. Allah mengharamkan susuan dengan ayat yang mujmal(ringkas) dan tidak menjelaskannya secara rinci. Diserahkan-Nya kepada Rasul cara dan bagaimana rincian hukumnya." "Tetapi Imam Malik menghukumkan muhrim hatta dari setitis air susu." "Aku tahu. Namun Imam Malik bukanlah hujah (dalil) bagi semua kaum muslimin. Kalau tidak, bagaimana kita akan menilai pendapat imam-imam yang lain?" "Semoga Allah meridhai mereka. Semua mereka mengambil ilmu mereka dari Rasul SAWW." "Lalu bagaimana nantinya hujahmu di sisi Allah atas taklidmu kepada pendapat Imam Malik yang bertentangan dengan Nas Nabi ini?" "Subhanallah" katanya sambil merasa hairan. "Aku tidak pernah tahu Imam Malik, Imam Dar al-Hijrah, menyalahi nas-nas Nabi." Yang hadir juga merasa hairan dengan ucapanku ini. Mereka sangat terkejut atas sikapku yang sangat "berani" terhadap Imam Malik yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini dari ulama-ulama yang lain. Kemudian ku katakan lagi: "Apakah Imam Malik dulunya dari kalangan sahabat?" "Bukan." Jawabnya. " Apakah beliau dari kalangan Tabi'in?" "Bukan. Bahkan dari kalangan tabi'it-tabi'in, generasi keempat setelah Nabi SAWW." "Mana yang lebih dekat kepada Rasul, Imam Malik atau Imam Ali bin Abi Thalib?" "Imam Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah satu dari empat Khulafa' Rasyidin." Salah seorang dari yang hadir berkata: "Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu adalah gerbang kota ilmu." "Mengapa kalian tinggalkan gerbang kota ilmu dan mengikuti seorang yang bukan sahabat dan bukan tabi'in sekalipun. Bahkan seseorang yang lahir setelah terjadinya berbagai perselisihan di antara kaum muslimin, dan setelah kota Madinah Nabi dicemari oleh tentera Yazid dan diperlakukan sedemikian rupa sehingga sahabat-sahabat yang terbaik terbunuh, para wanita diperkosa dan sunnah-sunnah Nabi diubah. Bagaimana seseorang dapat mempercayai sepenuhnya kepada imam-imam yang dinaikkan reputasi mereka oleh para penguasa saat itu, yang memberikan fatwanya mengikut persetujuan mereka. " Salah seorang dari mereka berkata: "Memang kami pernah dengar bahwa anda adalah orang Syi'ah yang menyembah Imam Ali." Serta merta sahabat yang duduk di sampingnya menamparnya dengan agak kuat, sambil berkata: "Diam. Apakah anda tidak malu berkata seperti ini kepada seseorang yang terhormat seperti beliau. Aku banyak kenal para ulama, tetapi aku tidak pernah melihat perpustakaan sebesar ini. Beliau berbicara dengan pengetahuan yang dalam dan penuh keyakinan." Aku jawab: "Memang benar saya seorang Syi'ah. Tetapi Syi'ah tidak menyembah Ali. Mereka ,mengikuti Imam Ali sebagai ganti dari mengikuti Imam Malik. Kerana Ali adalah gerbang kota ilmu seperti yang kalian saksikan." Penghulu agama berkata: "Apakah Imam Ali menghalalkan perkawinan dua kakak-adik susuan?"

114

"Tidak. Beliau menghukum-muhrimkannya jika si bayi menyusu sebanyak lima belas kali dengan kenyang dan berturut-turut atau sehingga menumbuhkan daging dan tulang." Mendengar ini ayah si isteri merasa sangat lega dan berkata: "Alhamdulillah. Anakku hanya menyusu dua atau tiga kali saja. Fatwa Imam Ali ini adalah jalan keluar bagi kami dari kemusykilan ini dan rahmat Allah kepada kami setelah puas kami mencari dan hampirhampir putus asa. " Penghulu berkata: "Berikan kami dalilnya agar kami dapat puas hati." Lalu ku berikan kepada mereka kitab Minhaj as-Sholihin, fatwa Sayed al-Khui. Dibacanya Bab Hukum Menyusui kepada mereka. Semua mereka sangat bergembira terutama si suami yang takut kalau-kalau saya tidak mempunyai dalil yang memuaskan. Mereka memohon agar aku meminjamkan buku tersebut kepada mereka sehingga ia akan dapat berdalil di kampungnya kelak. Lalu ku serahkan buku tersebut setelah mereka meminta diri untuk pulang. Mereka keluar dari rumahku. Di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seseorang yang akhirnya membawa mereka kepada beberapa ulama upahan. Diancamnya mereka dan dikatakan bahwa aku adalah agen Israel. Kitab Minhaj as-Sholihin yang ku berikan itu adalah sesat. Penduduk Iraq semuanya kafir dan munafik dan Syi'ah adalah Majusi yang menghalalkan perkawinan antara kakak-adik. Kerana itu tidak hairan kalau aku menghalalkan perkawinan antara dua kakak adik-susu; dan berbagai tuduhan lain yang tidak berdasar. Sedemikian rupa ancamannya sehingga semua mereka kembali seperti semula dan tidak percaya akan kebenaran pendapat yang ku berikan. Dipaksanya si suami mengangkat perkara ini ke mahkamah negeri di Qafsah. Ketua mahkamah meminta mereka pergi ke pusat dan meminta penyelesaian dari Mufti Besar negara. Maka pergilah orang yang malang ini ke sana dan menunggu selama satu bulan penuh untuk dapat menghadap mufti. Diceritakannya masalahnya dari awal hingga akhir. Mufti bertanya tentang pendapat ulama yang menganggap sah perkawinan mereka. Katanya tiada siapa pun yang mengatakan demikian kecuali seorang yang bernama Tijani Samawi. Mufti mencatat namaku dan berkata kepada orang ini: pulanglah! Aku akan kirimkan sepucuk surat kepada ketua mahkamah negeri di Qafsah. Tak lama setelah itu tiba lah sepucuk surat dari mufti besar. Kemudian wakil orang ini memberitahunya bahwa mufti juga menghukumkan haram perkawinan mereka dan dianggap tidak sah. Itulah apa yang diceritakan oleh orang yang malang dan lemah ini kepadaku. Dia meminta maaf kerana telah menyebabkan gangguan padaku. Aku juga berterima kasih kepadanya atas timbang rasanya yang tinggi. Tetapi aku hairan kenapa mufti besar menganggap perkawinan seumpama itu tidak sah. Aku meminta orang ini mencari lembaran tulisan yang dikirimkan oleh mufti kepada mahkamah di sini agar supaya dapat ku muatkan di dalam majalah. Aku ingin katakan bahwa mufti tidak mengetahui mazhab-mazhab Islam dan jahil akan perbezaan-perbezaan fiqh mereka di dalam perkara susu-menyusu ini. Orang ini berkata bahwa dia tidak dapat menjumpainya, apalagi untuk mendapatkannya. Akhirnya kami berpisah. Setelah beberapa hari sepucuk surat panggilan datang kepadaku dari mahkamah. Mereka memerintahkanku agar datang membawa kitab rujukan dan dalil atas kesahihan perkawinan "dua kakak-adik susuan" ini. Aku datang dengan membawa berbagai buku rujukan yang telah ku teliti sebelumnya. Setiap Bab Menyusui ku letakkan tanda agar mudah dapat aku mencarinya kelak. Aku pergi pada waktu dan jam yang ditentukan itu. Sekretari ketua menerima kedatanganku dan memintaku masuk ke ruang ketua. Di sana aku dikejutkan dengan kehadiran ketua mahkamah negeri, ketua mahkamah kampung dan

115

wakil dari pusat beserta tiga anggotanya yang lain. Semua mereka mengenakan pakaian kebesaran mahkamah yang seakan-akan tengah berada di dalam suatu perjumpaan rasmi. Aku perhatikan juga di sana ada lelaki yang malang itu duduk di sisi lain. Aku ucapkan salam kepada semua. Semua mereka memandangku dengan sikap menghina dan jengkel. Ketika aku duduk, si ketua memulai pembicaraannya padaku dengan nada yang kasar: "Anda Tijani Samawi?" "Ya."Jawabku. "Anda yang memberikan fatwa akan sahnya perkawinan ini?" "Bukan saya. Tetapi imam-imam fiqh dan ulama kaum muslimin yang memberikan fatwa akan sahnya perkawinan tersebut." "Itulah kenapa kami memanggil anda. Anda sekarang dalam pertuduhan. Jika anda tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan anda maka anda akan dihukum penjara. Dan dari sini anda akan terus masuk ke penjara." Aku sedar bahwa aku kini dalam suatu pertuduhan. Bukan kerana aku memberikan fatwa tersebut, tetapi ada beberapa ulama jahat (ulama su') yang mengatakan kepada penguasa bahwa aku adalah penyulut fitnah, mencaci sahabat dan menyebarkan Syi'ah Ahlul Bait Nabi. Ketua mahkamah berkata bahwa jika ada dua saksi yang membuktikan kesalahanku maka dia akan memasukkanku ke dalam penjara. Di sisi lain, Jama'ah Ikhwan Muslimin memanipulasi fatwa ini. Mereka sebarkan kepada kalangan umum dan khusus bahwa aku menghalalkan nikah antara kakak-adik. Dan ini adalah pendapat Syi'ah! Begitulah dugaan mereka. Semua ini aku sedari ketika ketua mahkamah mengancamku dengan penjara. Tiada pilihan lain bagiku waktu itu kecuali menentang dan mempertahankan diri dengan penuh keberanian. Ku katakan kepada ketua: "Apakah saya boleh berbicara dengan terus terang dan tanpa takut?" "Bicaralah. Tetapi anda tidak mempunyai pembela." "Pertama-tama, aku tidak mengangkat diriku sebagai mufti." Kataku perlahan. "Tanyakan pada lelaki, suami wanita yang malang itu yang kebetulan hadir di sekitar kita. Dialah yang datang ke rumahku dan bertanya padaku. Sudah tentu aku wajib menjawabnya mengikut apa yang aku tahu. Aku tanyakan kepadanya berapa kali dia menghisap susu tersebut. Katanya si isteri hanya pernah menyusu dua atau tiga kali saja dari ibu yang sama. Lalu ku beritahu padanya hukum Islam yang sebenarnya. Dalam hal ini aku bukan seorang yang mujtahid dan bukan pula seorang yang mengada-adakan syariat baru." "Aneh. Anda sekarang mendakwa yang anda mengetahui akan hukum Islam dan kami jahil." "Astaghfirullah. Aku tidak bermaksud demikian. Semua orang di sini tahu apa pendapat mazhab Imam Malik dan hanya berhenti pada pendapatnya saja. Sementara aku menelitinya dalam berbagai mazhab dan mendapatkan cara penyelesaiannya di sana." "Di mana anda dapatkan jalan penyelesaiannya?" Tanya ketua. "Sebelum itu bolehkah saya ajukan satu pertanyaan wahai ketua?" Tanyakanlah. "Apa pendapat Anda tentang mazhab-mazhab Islam yang lain?" "Semua benar. Semua mereka mengambilnya dari Nabi, dan perselisihan yang ada adalah rahmat." "Kalau demikian maka kasihanilah orang yang malang ini (sambil menunjuk ke arah orang tersebut) yang telah dua bulan lebih berpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Padahal di sana ada mazhab Islam lain yang memberinya penyelesaian." Dengan nada marah ketua itu berkata: "Bawakan dalilnya dan jangan berlengah-lengah. Kami telah berikan hak kepada mu untuk membela dirimu, dan sekarang kamu mahu membela orang lain."

116

Ku berikan kepadanya kitab Minhaj as-Sholihin, fatwa Sayed al-Khui. Ku katakan kepadanya bahwa ini adalah mazhab Ahlul Bait. Di dalamnya memuat berbagai dalil. Kemudian beliau memotong kata-kataku: "Jangan libatkan kami dengan mazhab Ahlul Bait. Kami tidak mengenalnya dan tidak beriman kepadanya." Aku memang sudah menduga perkara ini. Kerana itu aku bawa bersamaku beberapa buku rujukan Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang telah ku kaji dan ku susun sejauh pengetahuanku. Ku letakkan Sahih Bukhari di bahagian pertama. Kemudian Sahih Muslim. Lalu kitab fatwa Mahmud Syaltut, Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid karangan Ibnu Rusyd, kitab Zad al-Masir Fi I'lmi at-Tafsir karangan Ibnu al-Jauzi dan beberapa buku rujukan lain dari kalangan Ahli Sunnah. Ketika ditolaknya kitab Sayed al-Khui, ku tanyakan kepadanya kitab apa yang beliau pegang dan jadikan rujukan. "Bukhari dan Muslim." Katanya. Lalu ku ambil kitab Sahih Bukhari dan ku bukakan halaman yang telah ku tandai. "Silahkan baca!" Kataku mempersilahkan. "Engkau baca." Mintanya kepadaku. Lalu kubaca: "Telah diriwayatkan oleh Fulan dari Fulan dan A'isyah Ummul Mukminin yang berkata: "Rasulullah SAWW wafat dan tidak menjatuh-muhrimkan (kakak-adik) melainkan setelah lima susuan atau lebih." Ketua Hakim mengambil buku itu dariku dan membacanya. Kemudian diberikannya kepada wakil dari pusat yang duduk di sampingnya. Lalu dibacanya dan diberikannya pula kepada orang yang duduk di sisinya. Kemudian aku keluarkan pula kitab Sahih Muslim dan ku bukakan pula hadis yang sama. Lalu kitab Fatwa Syaikh al-Azhar Mahmud Syaltut, di mana beliau telah menjelaskan berbagai perbezaan pendapat para imam fiqh tentang perkara susu-menyusu ini. Ada sebahagian pendapat mengatakan bahwa ia akan jatuh muhrim setelah lima belas kali susuan; pendapat lain mengatakan setelah tujuh kali susuan; dan pendapat berikutnya di atas lima kali susuan. Melainkan Imam Malik yang menyalahi nas dan menjatuhkan hukum muhrim walau satu titis sekali pun. Kemudian Syaltut berkata: Aku condong pada pendapat yang tengah, yakni tujuh kali susuan atau lebih. Setelah ketua mahkamah mengetahui semua itu, beliau berkata: Cukuplah. Kemudian beliau memandang pada suami wanita tersebut dan berkata: Engkau pergi dan bawa ayah isterimu ke mari untuk menyaksikan di hadapanku bahwa anaknya menyusu hanya dua atau tiga kali saja. Kalau betul, maka kau boleh ambil istrimu semula hari ini juga. Orang yang malang ini pun pergi. Wakil dari pusat dan hadirin yang lain juga meminta izin keluar meneruskan tugas masing-masing. Ketika majlis itu agak lengang, ketuanya mendatangiku sambil minta maaf. Katanya: "Maafkan aku wahai ustaz. Mereka telah membuat aku keliru tentang dirimu. Mereka berkata akan hal yang aneh-aneh tentang dirimu. Sekarang aku tahu bahwa mereka hasad dan dengki kepadamu." Hatiku sangat gembira melihat perubahan yang cepat seperti itu. Aku berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanku di tanganmu wahai Hakim yang arif. "Aku dengar anda memiliki perpustakaan yang besar. Apakah anda juga menyimpan buku Hayat al-Hayawan al-kubro karya ad-Dumairi?' Tanya nya kepadaku. "Ya." Jawabku. "Bolehkah anda pinjamkan padaku. Telah dua tahun aku mencari buku itu." "la adalah milik anda bila sahaja anda perlukan." "Apakah anda punya waktu untuk datang ke bandarku agar kita dapat berdiskusi dan saya dapat belajar darimu." Pintanya.

117

"Astaghfirullah. Saya yang seharusnya belajar dari anda. Anda adalah orang yang lebih tua dan lebih mengetahui dariku. Saya ada waktu terluang empat hari dalam seminggu. Saya senantiasa boleh hadir untuk menerima undangan anda." Akhirnya kami sepakat setiap hari Sabtu untuk dapat duduk bersama, kerana hari itu beliau tidak disibukkan dengan urusan mahkamah. Setelah beliau memintaku meninggalkan kitab Bukhari dan Muslim serta kitab Fatwa Syaltut untuk dapat disalinnya semua nas yang ada, beliau sendiri yang kemudian berdiri dan menghantarku pulang sampai ke pintu keluar sebagai tanda penghormatan. Aku keluar dengan hati yang sangat gembira sambil memuji-muji Allah atas kejayaan ini dimana sebelumnya aku masuk dalam keadaan takut dan diancam penjara. Kini aku keluar dari mahkamah sementara ketuanya telah menjadi seorang sahabat yang dekat, menghormatiku dan memintaku menemaninya agar dapat "belajar". Semua ini adalah berkat Ahlul Bait yang tidak akan rugi orang yang berpegang kepada mereka, dan akan aman orang yang merujuk kepada mereka. Suami yang malang tadi menceritakan semua apa yang dilihatnya kepada penduduk desanya sehingga berita itu tersebar ke seluruh pelosok desa yang ada di sekitarnya. Dia kini kembali bersama isterinya dan perkara perkawinannya telah dianggap sah. Orang ramai mulai berkata bahwa aku lebih alim dari semua, dari mufti besar sekalipun. Si suami kemudian datang ke rumahku dengan keretanya yang besar, ingin mengajak aku dan keluargaku ke kampungnya. Dia mengatakan bahwa semua keluarganya sedang menunggu kedatanganku. Mereka akan menyembelih tiga ekor anak unta sebagai tanda syukur. Tetapi aku minta maaf lantaran tidak dapat hadir kerana kesibukanku di Gafsah. Ku katakan kepadanya bahwa aku akan mengunjungi mereka di waktu lain Insya Allah. Tuan Hakim tadi juga menceritakan kejadian itu kepada sahabat-sahabatnya hingga tersebarlah cerita itu dan Allah telah menolak tipu daya orang-orang yang berniat jahat. Sebahagian mereka datang meminta maaf, dan sebahagian lain Allah bukakan hatinya untuk menerima hidayat dan kebenaran sehingga mereka mengikut mazhab Ahlul Bait dan menjadi orang-orang yang ikhlas. Semua ini adalah kurnia Allah yang Dia berikan kepada mereka yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Pemberi kurnia yang agung. Wa Akhiru Da'wana Anil Hamdulillahi Rabbil A'lamin. Wa Sollallahu A'la Sayyidina Muhammadin Wa A'la A'lihi atThayyibin Wat Thahirin

118

RUJUKAN Buku-Buku Tafsir 1. Al-Quran Yan Mulia 2. Tafsir al-Tabari. 3. Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur tulisan al-Suyuti. 4. Tafsir al-Mizan tulisan al-Tabatabai 5. Al-Tafsir al-Kabir tulisan al-Fakhr al-Razi. 6. Tafsir Ibn Kathir. 7. Zad al-Maseer fi Ilm al-Tafsir tulisan Ign al-Jawzi. 8. Tafsir al-Qurtubi. 9. Shawahid al-Tanzil tulisan al-Hasakani. 10. Al-Hawi Lil Fatawi tulisan al-Suyuti. 11. Al-Itqan fi Ulum al-Qur'an. Buku-Buku Hadis 1. Sahih al-Bukhari. 2. Sahih Muslim. 3. Sahih al-Tirmidhi. 4. Sahih Ibn Majah. 5. Mustadrak al-Hakim.

119

6. Musnad al-Imam Ahmed ibn Hanbal. 7. Sunan Abi Dawood. 8. Kanz al-Ummal. 9. Muwatta' al-Imam Malik. 10. Jami' al-Usul tulisan Ibn al-Athir. 11. Al-Jami' al-Saghir dan al-Jami' al-Kabir tulisan al-Suyuti. 12. Minhaj al-Sunnah tulisan Ibn Taymiyah. 13. Majma al-Zawa'id tulisan al-Haythami. 14. Kunuz al-Haqa'iq tulisan al-Manawi. 15. Fath al-Bari fi Sharh al-Bukhari. Buku-Buku Sejarah 1. Tarikh al-Umam wa al-Muluk tulisan al-Tabari. 2. Tarikh al-Khulafa tulisan al-Suyuti. 3. Tarikh al-Kamil tulisan Tbn al-Athir. 4. Tarikh Dimashq tulisan Ibn Asakir. 5. Tarikh al-Masudi [Muruj al-Dhahab]. 6. Tarikh al-Ya'qubi. 7. Tarikh al-Khulafa tulisan Ibn Qutaybah. Juga dikenali sebagai Al- Imamah wa al- Siyasah. 8. Tarikh Abi al-Fida'. 9. Tarikh Ibn al-Shuhnah. 10. Tarikh Baghdad. 11. Al-Tabaqat al-Kubra tulisan Ibn Sa'd. 12. Maghazi al-Waqidi. 13. Sharh Nahj al-Balagha tulisan Ibn Abi al-Hadid. Buku-Buku Sirah 1. Sirat Ibn Hisham. 2. Al-Sirah al-Halabiyah. 3. Al-Isti'ab. 4. Al-Isabah fi Tamyeez al-Sahabah. 5. Usd al-Ghabah fi Ma'rifat al-Sahabah. 6. Hilyat al-Awlia tulisan Abi Nu'aym. 7. Al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah tulisan al-Amini. 8. Al-Ta'rif tulisan Ibn Tawus. 9. Al-Fitnah al-Kubra tulisan Taha Husayn. 10. The Life of Muhammad tulisan Muhammad Hasanain Haykal. 11. Al-Riyadh al-Nadirah tulisan al-Tabari. 12. Al-Khilafah wa al-Mulk tulisan Abu al-Aala al-Mawdudi. Buku-Buku Lain 1. Is'af al-Raghibeen. 2. Tahdhib al-Tahdhib. 3. Tadhkirat al-Khawass tulisan Ibn al-Jawzi. 4. Al-Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir. 5. Sirr al-Alamin tulisan al-Ghazali. 6. Al-Sawa'iq al-Muhriqah tulisan Ibn Hajar al-Haythami. 7. Al-Manaqib tulisan al-Khawarizmi. 8. Yanabi' al-Mawaddah tulisan al-Qanduzi al-Hanafi. 9. Al-Nasswa al-Ijtihad tulisan Sharaf al-Din al-Musawi. 10. Al-Muraja'at tulisan Sharaf al-Din al-Musawi. 11. Al-Saqifah tulisan Shaykh al-Muzaffar. 12. Fadak tulisan al-Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr.

120

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

Al-Saddiq Abu Bakr tulisan Hasanain Haykal. Munaqashah' Aqaidiyya fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan. Lisan al-Arab tulisan Ibn Manzur. Tafsir Nahj al-Balaghah tulisan Muhammad Abduh. Abu Hurayrah tulisan Sharaf al-Din al-Musawi. Al-Saqifah wa al-Khilafah tulisan Abdul Fattah Abdul Maqsud. Shaykh al-Madirah tulisan Mahmud Abu Rayyah.

121

Anda mungkin juga menyukai