Anda di halaman 1dari 41

KOMPILASI DALIL SEBAGAI PANDUAN UNTUK MUROBBI

 ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN – mengapa perlu berdalil dalam pengisian?

BAB 1 – (page 4)

- Dalil semasa mentajmik / Karat-karat jahiliyyah

BAB 2 – MUTABAAH (page 5)

- Kenapa perlu ada mutabaah

- Quran

- Tahajud

- Solat berjemaah (Subuh)

- Solat dhuha

- Istighfar

BAB 3 – PRIORITI TARBIYYAH (page 10)

- Kepentingan tarbiyah / Dakwah Khassah VS Dakwah Ammah / masalah umat

- Tadabbur VS Tafsir

- Konsisten dalam tarbiyah

- Alasan study, busy, etc

- Ilmu VS Tarbiyah / Fitnah Asatizah

- Jawatan VS Tarbiyah

- Kawan-kawan VS Tarbiyah / Ingin menjadi baik biasa-biasa sahaja

- Ibu Bapa VS Tarbiyah / Family menghalang dakwah

1
BAB 4 – DAKWAH (page 25)

- Kepentingan berdakwah

- Rasa tak layak / rasa tak mampu / dulu saya memang jahat / Saya takkan boleh jadi baik / Saya
memang tak minat benda-benda islamik ni / tak mampu commit

- bermewahan sebagai pendakwah?

BAB 5 – JEMAAH (page 29)

- meraikan kepelbagaian jemaah

- mengapa perlu memilih satu jemaah sahaja

- cara pilih jemaah terbaik

- ketaatan dalam berjemaah / jangan beralasan

- pembersihan / pemberian denda (iqob)

BAB 6 – PENGORBANAN (page 35)

- Islam tidak boleh dipaksa / halaqah suka push orang / suka bagi ayat sentap

- Pengorbanan / Cinta dunia

- Komitmen cuti

- Kepentingan program / Perjalanan yang Jauh [artikel]

BAB 7 – NASIHAT BUAT PENDAKWAH (page 41)

- Proaktif / jangan menunggu-nunggu / dakwah jangan perlahan-lahan, nak slow-slow

- kita mesti study bersungguh-sungguh kerana study kita adalah demi islam

2
 Pendahuluan : Berdalil dalam pengisian

12:108 - Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak
(kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-
orang yang musyrik."

16:125 - Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.

Kita perlu menyeru kepada Allah s.w.t. dengan HUJAH YANG NYATA. Barulah kata-kata kita
boleh dipercayai oleh pendengar, terutamanya pendengar yang berfikir dan mencari yang terbaik.

Kepentingan berhujah adalah lebih besar dalam menarik mad’u berkualiti. Seorang mad’u
yang berkualiti pasti akan cuba mengevaluasi gurunya. Contoh jelas, kisah Ghulam, di mana Ghulam
memang seorang yang bijak di negerinya. Setelah dia belajar ilmu tauhid dengan rahib, dia bertemu
dengan seekor binatang buas yang menghalang jalan, lalu mengambil peluang itu untuk menguji
kebenaran ilmu yang diajarkan oleh rahib. Hakikatnya, dia sudahpun berkomitmen dengan ilmu si
rahib. Namun, dia tetap mahu menguji ilmu yang telah dipelajarinya, dengan meminta petunjuk
tuhan agar mematikan binatang buas itu sekiranya ilmu rahib itu lebih baik daripada ilmu ahli sihir.

Mad’u yang cerdas pemikirannya dan benar-benar mencari ilmu yang benar, tidak akan
berpuas hati selagi ilmu yang diajarkan kepadanya itu belum terbukti. Dia akan sentiasa
mempersoalkan kesahihan ilmu yang diberikannya. Oleh itu, mengikut dua ayat Quran yang telah
dipetik di atas, kita perlu menyampaikan kebenaran dengan dalil yang kuat dan hujah-hujah yang
nyata. Bagaimana?

Mudahnya, pastikan setiap kenyataan yang kita sampaikan TIDAK DAPAT disangkal oleh
pendengar. Berikan bukti bagi kenyataan kita, supaya pendengar tidak akan terdetik “Eh, betul ke?”.
Sebagai contoh, seorang ikhwah berkata “Pelajar kat Universiti al-Azhar ni bukannya hebat mana
pun. Ada je pelajar agama kat al-Azhar tu yang berkapel, hisap rokok, tengok wayang, dan
sebagainya”. Mad’u yang taksub dengan asatizah al-Azhar akan merasakan kita menipu atau
bercakap sesuka hati tanpa pengetahuan. Oleh itu, kita MESTI MEMBUKTIKAN kenyataan kita itu dan
hilangkan keraguan dalam fikiran pendengar. Contohnya, dengan menyatakan “Ana tahu la. Ana ada
kawan yang rapat di al-Azhar, namanya akhi Japi”, ataupun “Seorang kawan ana, nama dia
dirahsiakan, tapi bermula dengan huruf K la. Akhi K ni cerita secara langsung pada ana, pasal kawan
sebilik dia di al-Azhar yang ambil jurusan usuluddin, berborak dengan ‘ustazah’ (pelajar bidang
agama)di telefon sebelum tidur, tanya ‘dah makan ke belum, etc ”, dan sebagainya yang boleh
menghilangkan keraguan pendengar terhadap kenyataan kita.

Antara contoh dalil yang paling utama dalam membuktikan kata-kata kita, pastinya ialah
dalil al-Quran dan as-Sunnah (4:59). Setelah itu, kita boleh juga gunakan petikan daripada buku dan
kitab agama, pengalaman kita sendiri atau pengalaman ikhwah akhwat, atau analogi rasional, bagi
membuktikan bahawa kenyataan kita itu bukanlah kenyataan yang kita reka sendiri tanpa sebarang
asas yang kukuh.

3
BAB 1 – Berdalil semasa mentajmik / karat-karat Jahiliyyah ( KKJ )

3:79 – Kita menjadi penyembah Allah kerana kita mengajar quran dan belajar al-Quran. Belajar al-
Quran tu perintah allah. halaqah ni wajib.

40:83 – tgok org kita sekarang. Bila ajak ke majlis ilmu, dia sombong dan rasa ilmu dia dah banyak.

58:11 – busy? Semua orang busy. Sebab tu, untuk Islam, kita tak boleh tunggu masa free. Allah suruh
kita yang lapangkan masa kita

23:71 – Mereka ingin kebenaran itu mengikuti keinginan mereka. Nak berislam lepak-lepak, tak nak
ditekan, tak nak hidup busy, tak nak hidup susah mcm rasulullah s.a.w. hidup dulu tapi mengaku
cinta nabi.

9:97-98 – Kenapa kita rasa rugi bila datang halaqah? Sebab kita masih ada ciri-ciri orang munafiq.
Hanya orang munafiq rasa rugi luangkan masa untuk allah.

4:145 – orang munafiq berada di tingkat paling bawah dalam neraka

41:26 – Orang kafir yang akan datangkan perkara-perkara tak berfaedah untuk menjauhkan kita
daripada al-Quran

Kisah-kisah, cerita-cerita, movie, drama, semua ni memang sejak dahulu dah digunakan oleh orang
kafir untuk jauhkan kita daripada Islam.

Pada zaman rasulullah s.a.w., An-Nadhar bin al-Harits sengaja pergi ke Hirah, belajar kisah-kisah
dongeng raja Parsi, Rustum, dan Isfandiar, kemudian bila nabi s.a.w. sedang memberi pengisian, dia
berteriak “Demi Allah, perbicaraan Muhammad tidaklah lebih baik daripada perbicaraanku”, dan
mula bercerita. – Manhaj Haraki.

23:1-3 – Orang beriman menjauhi perkara lagha

62:11 – Permainan (games) menjauhkan manusia daripada Allah

4:63 – Memang kita perlu berikan perkataan yang berbekas pada jiwa. Sebab tu kami bagi ayat-ayat
sentap

43:36-37 – Bila jauh daripada al-Quran, akan didekatkan dengan syaitan

45:23 – ikut nafsu, akan sesat dengan sepengetahuannya

‫ ِمن ُحس ِْن إسالم المرء تركه ما ال َيعنيه‬:‫ قال‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ عن النبي‬-‫رضي هللا عنه‬- ‫عن أبي هريرة‬
.‫ رواه الترمذي وغيره هكذا‬،‫ حديث حسن‬-

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau
bersabda:”Salah satu tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak
berguna.”(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan yang lainnya seperti ini)

4
BAB 2 : MUTABAAH

 Kenapa perlu ada mutabaah?

Rasulullah s.a.w. sendiri sering bertanya kepada sahabat mengenai amalan mereka. Salah satu
contohnya ialah dalam hadith hasan yang diriwayatkan oleh at-Thabrani :

Abdurrahman bin Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu bercerita kepada kami,

“Pada suatu ketika, saat Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam usai melaksanakan shalat subuh,
tiba-tiba beliau mengarahkan pandangannya ke arah para sahabatnya seraya mengatakan, “Adakah
di antara kalian yang hari ini ia berpuasa?” Umar bin Khathab menjawab, “Wahai Rasulullah, aku
tidak berniat untuk puasa pada hari ini, sehingga di pagi ini aku tidak berpuasa.”. Lalu Abu Bakar
berkata, “Aku berpuasa wahai Rasulullah, sebab sejak semalam aku telah berniat puasa, sehingga di
pagi ini aku pun berpuasa.”

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam bersabda, “Adakah salah satu dari kalian yang hari ini
menjenguk orang sakit?”. Wahai Rasulullah, usai menjalankan shalat tentunya kami masih berada di
sini. Lantas bagaimana kami bisa menjenguk orang sakit?!”. Abu bakar berkata, “Telah sampai kabar
padaku bahwa saudaraku Abdurrahman bin Auf sedang mengeluhkan sakit yang dialaminya,
sehingga dalam perjalananku ke masjid ini aku telah menyempatkan diri menjenguknya.”

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam bersabda, “Adakah salah satu dari kalian yang hari ini ia
bershadaqah?”. Umar menjawab, “Wahai Rasulullah, usai menjalankan shalat tentunya kami masih
berada di sini.” Abu Bakar berkata, “Saat aku memasuki masjid, aku melihat seorang pengemis
sedang meminta-minta, ketika itu aku mendapati sepotong roti gandum tengah berada di
genggaman tangan Abdurrahman (salah seorang putranya), lalu aku pun memintanya untuk aku
berikan kepada pengemis itu.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam bersabda, “Bergembiralah engkau (wahai Abu Bakar)
dengan surga.” Lantas Umar menghela nafas seraya berkata, “Oh.. oh.. betapa indahnya surga.”
Selanjutnya Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam mengucapkan perkataan yang membuat Umar
merasa lega, sebab Umar menyadari bahwa segala kebaikan telah didahului oleh Abu Bakar.

Namun, dalam riwayat lain, dijelaskan bahwa Nabi kemudian bersabda, “Semoga Allah menyayangi
Umar, semoga Allah menyayangi Umar, sebab segala kebaikan yang diinginkannya telah didahului
seluruhnya oleh Abu Bakar.”

Nota kepada para murobbi : Mutabaah wajib diberikan sejak drpd HQ pertama lagi, dan diberikan
target. Setelah 2 kali mutabaah tidak lepas target, wajib diberi amaran untuk akan diiqob pada next
HQ jika masih tak lepas.
Next HQ, sebelum start HQ, check mutabaah dahulu. Iqob berdasarkan berapa byk mutabaah dia yg
tak lepas. Suruh dia selesaikan iqob dahulu, baru boleh masuk HQ.

5
 al-Quran

Kenapa perlu baca al-Quran sehingga 1 juz dalam sehari?

Kenapa tidak? Ramai manusia boleh habiskan 2 jam untuk menonton movie, 2 jam untuk
bermain permainan video, atau minima 30 minit di hadapan televisyen. Jadi, mengapa tidak boleh
kita memberikan masa yang lebih banyak lagi untuk menatap ayat-ayat cinta-Nya? Apa, televisyen,
smartphone, dan video game itu lebih mencintai kita berbanding Allah mencintai kita?

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« َِ‫علَىِذَلك‬
َ ِ‫لَِت َز ِْد‬ َ ِ‫لِ«ِفَا ْق َرأِْهُِفى‬
ِ ‫سبْعِِ َو‬ َِ ‫ِقُ ْلتُِِإنىِأَج ُِدِقُ َّوةِِ َحتَّىِقَا‬.ِ»ِِ‫ش ْهر‬
َ ِ‫» ا ْق َرإِِ ْالقُ ْرآنَِِفى‬

“Bacalah (khatamkanlah) Al Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu
menambah lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al Qur’an dalam tujuh
hari, jangan lebih daripada itu.” (HR. Bukhari No. 5054).

Berdasarkan hadith di atas : “Ahmad mengatakan, bahawa waktu maksimal seorang


mengkhatamkan al-Quran adalah 40 hari, kerana mengkhatamkannya lebih lambat drpd itu dapat
mngakibatkan dirinya melupaka al-Quran dan meremehkan al-Quran, apabila hal itu terjadi tanpa
ada halangan dalam dirinya. Namun, apabila dia memiliki halangan, maka dia diberikan keleluasaan”
(Al Mughni juz II hal 374)

Makanya jelas. Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abdullah bin Amr untuk mengkhatamkan
al-Quran dalam masa sebulan, atau lebih cepat daripada itu. Kira-kira, 1 juz dalam masa sehari. Jika
kita membaca al-Quran kurang daripada itu, bermakna kita telah meremehkan al-Quran. Sedangkan
sahabat yang hidup di zaman tidak berteknologi : air perlu diambil dari perigi, tidak ada kipas angin
di rumah, pekerjaan mereka lebih kepada untuk menyara hidup. Kita yang hidup lebih selesa dengan
segala kemudahan, tidak mampu menurut perintah ini? Mungkin sahaja andai rasulullah s.a.w.
nampak kemudahan hidup kita pada hari ini dan bertemu dengan kita, mungkin sahaja disuruhnya
kita baca bahkan lebih daripada 1 juz dalam sehari. Tambahan pula, dengan kerosakan dan gejala
social yang ada di zaman fitnah ini, kita lebih memerlukan siraman al-Quran di hati kita untuk
melindungi iman kita, jika dibandingkan dengan zaman para sahabat.

Ada pula yang mengatakan, dia tidak mampu, kerana belum lancar atau gagap membaca al-
Quran. Nah, baginda s.a.w. sudah menyebut, “Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-
sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran” (HR Bukhari, Muslim,
Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah). Baginda s.a.w. malah memberi motivasi yang lebih hebat bagi
mereka yang masih baru belajar membaca al-Quran jika dibandingkan dengan mereka yang lancar.
Tuntasnya, tidak ada alasan bagi kita untuk meremehkan kalam suci Allah ini.

39:23 – ayat al-Quran itu berulang-ulang, menjadikan kulit gementar, kemudian memberi
ketenangan.

43:36 – siapa jauh daripada al-Quran, dia dekat dengan syaitan

8:2 – membaca al-Quran meningkatkan Iman

6
 Tahajud

Firman Allah s.w.t.,

“bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu)


seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al
Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang
berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di
waktu itu lebih berkesan.” (Surah al-Muzammil, 73:2-6)

Dalam ayat ni, kita nampak Allah menyuruh kita tahajud dan membaca al-Quran di sepertiga akhir
malam kerana waktu itu lebih berkesan untuk menguatkan hati kita dalam menghadapi kesukaran
dalam dakwah.

“Belajarlah dan bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang
mempelajarinya dan membacanya dan berqiamullail dengannya adalah seumpama satu bekas yang
penuh dengan kasturi yang baunya merebak ke seluruh tempat. Sedangkan seseorang yang belajar
al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam hatinya, adalah seumpama bekas yang
penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup” (HR Tirmizi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya bagi seorang pendakwah untuk menjaga tahajjudnya.

“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal
sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan
seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang
siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )

“Seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam” ( HR. Muslim )

Dalam hadith sendiri disebutkan bahawa baginda s.a.w. sendiri solat malam sehingga bengkak kaki
(HR Bukhari)

Nota : Berikan solusi-solusi praktikal untuk bangun malam. Iqob jika solusi yang telah diberi, tidak
dibuat setelah ditegaskan. Contoh : MABIT di masjid, minum air banyak-banyak sebelum tidur, tidur
atas lantai, tidur di bilik kawan, etc

7
 Solat berjemaah (subuh)

2:43 - “Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku’”

Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Sesungguhnya aku benar-benar ingin untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu-kayu api
untukku, kemudianaku pergi kepada mereka yang bersolat di rumah tanpa sebarang keuzuran (tidak
solat berjemaah di masjid atau surau) lalu aku bakar rumah mereka (dengan mereka di dalamnya)“
(HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi)

“Sesiapa yang mendengar azan, dan tidak pergi solat berjemaah tanpa keuzuran, maka solatnya itu
tidak akan diterima” (HR Abu Daud dalam sahihnya dan Ibnu Hibban)

“Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut
shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam
(qiyamullail).” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah berkata : Seorang laki-laki yang buta datang kepada Rasulullah dan mengatakan :
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki seorang yang menuntunku ke masjid. Maka
Rasulullah memberikan rukhsoh (keringanan), ketika orang pergi kemudian dipanggilanya lagi dan
ditanya : “Apakah kamu mendengar panggilan solat (adzan)? Orang itu menjawab : Ya. Maka beliau
bersabda : “Penuhilah panggilan itu.” (Hadith riwayat Imam Muslim) – Sedangkan orang buta sahaja
disuruh menunaikan seruan azan, apatah lagi kita yang sekadar rabun jauh.

”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh.
Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan
merangkak” (HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat
berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.” – atsar diriwayatkan oleh
Bukhari

“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (riwayat Imam al-Bukhari
dan Imam Muslim)

8
 Solat sunat Dhuha

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap
pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti
daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu
Daud)

Hadis dari Uqbah bin Amir al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam
bersabda :

Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai anak adam, laksanakan untukKu 4 rakaat di awal siang, Aku
akan cukupi dirimu dengan shalat itu di akhir harimu.” (HR. Ahmad 17390, dan dishahihkan al-
Albani dalam Shahih Targhib wat Tarhib 666 dan Syuaib al-Arnauth).

Daripada hadith ini, solat dhuha dikaitkan dengan rezeki dan kecukupan.

 Istighfar

Disebutkan dalam hadith riwayat Bukhari bahawa baginda beristighfar sebanyak 70 kali
dalam sehari. Kemudiannya, ada juga disebut dalam hadith riwayat Muslim bahawa baginda s.a.w.
beristighfar sebanyak 100 kali dalam sehari.

Sedangkan baginda s.a.w. sendiri yang maksum, meminta ampun kepada Allah sebanyak itu,
apa logiknya kita yang banyak berdosa ini untuk tidak memohon ampun kepada Allah lebih banyak
daripada itu?

9
BAB 3 : PRIORITI TARBIYAH

 Kepentingan tarbiyah
o Dakwah khassah vs dakwah ‘ammah

Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana masih dibenarkan hidup dan meluangkan masa untuk
membaca bahan tarbiyah seperti ini. Sedangkan di sekeliling kita, masyarakat kita semakin dimamah
oleh kerosakan yang tidak berkesudahan. Walaupun kita melihat, para asatizah semakin terkenal
dan program-program yang melahirkan para ikon dakwah semakin banyak di kaca televisyen,
kerosakan yang berlaku tetap tidak dapat dibaiki, malah tidak dapat dihentikan perluasannya.

Berdasarkan statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), masalah moral remaja meningkat
sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun. Bermakna, lebih sekali ganda bilangannya! Kes
jenayah melibatkan pesalah juvana mencatat 3700 kes pada 2012, dan kemudiannya menjadi 7816
kes pada tahun 2013. Malah, kegiatan jenayah berat golongan remaja meningkat sebanyak 137
peratus.

Jika kita spesifikkan pula kepada jenayah seksual, kita akan temui statistik yang lebih
dahsyat lagi. Pada tahun 2008, JPN mendedahkan bahawa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008,
sebanyak 257,411 orang bayi luar didaftarkan tanpa nama bapa. Jika kita buat kira-kira, ini bermakna
lebih kurang 4 orang bayi luar nikah didaftarkan dalam masa sejam. Sekarang, katakanlah, daripada
1000 orang yang berzina, berapa ramai daripada mereka yang akan melahirkan anak dan tidak
membuangnya, dan kemudiannya sungguh rajin untuk mendaftarkan anak itu ke JPN? 20 orang? 10
orang? Seorang sahaja? Jadi boleh kita anggar, berapa ribu remaja kita yang berzina setiap hari?
Tambahan pula, itu adalah statistic lama pada tahun 2008. Cubalah teka pula, bagaimana
suasananya pada hari ini? Boleh jadi, remaja kita sudah lali dengan hal ini, hingga langsung tidak
terkesan pun bila membaca statistik-statistik ini, kerana bagi mereka, berzina itu perkara yang
normal. Memang, dinyatakan bahawa 85% daripada mereka yang melakukan perkara itu sudah tidak
rasa menyesal, malu, atau takut, malah menyifatkan maksiat itu sebagai “menyeronokkan”. Tidak
hairanlah, statistik kes perceraian meningkat lebih 370% pada tahun 2014 berbanding tahun
sebelumya.

Begitu juga dengan kes pornografi. Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh laman web
Internetsafety101 dan Covenant Eyes, 93% daripada remaja lelaki mengakui bahawa mereka sudah
terdedah kepada pornografi sebelum berusia 18 tahun, manakala remaja perempuan pula 62%.
Malah, secara purata, lelaki mula terlibat dengan pornografi sejak berusia 12 tahun lagi. Perkara ini
sudah hampir menjadi perkara yang normal, lebih teruk lagi daripada kes rokok. Lebih daripada 9
daripada 10 orang lelaki memang terlibat dengan pornografi. Ini, masih dalam zaman perkembangan
akses internet ke dalam dunia kita. Bagaimana pula 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang?
Apa akan jadi dengan anak cucu kita? Bagaimana kita hendak menjaga keluarga kita pada masa
hadapan?

Jadi, di mana silapnya? Mana pergi para asatizah, tokoh dakwah di kaca tv, ibu bapa yang
sayangkan anak mereka, kelas-kelas agama, dan segala usaha agama yang lain?

Puncanya?

10
Memang, mereka semua memang membawa misi mulia Rasulullah s.a.w., untuk berdakwah
dan membaiki umat. Namun, apa yang mereka telah terlupakan? Sejujurnya, kebanyakan mereka
hanya membawa misi mulia baginda, tanpa membawa KAEDAH yang baginda s.a.w. telah gunakan.
Berapa ramai di antara mereka yang teguh merujuk kepada sumber al-Quran, hadith sahih, dan sirah
perjuangan baginda dalam berdakwah?. Firman Allah s.w.t.

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan
anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan
merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir
sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang
besar.” (Surah at-Taubah, 9:100)

Sesungguhnya, Allah akan memberikan keredhaannya kepada mereka yang terawal masuk
Islam, dan mereka yang MENGIKUTI DENGAN BAIK apa yang telah ditunjukkan oleh golongan
terawal ini tadi. Mungkin itu yang kita terlupakan, iaitu untuk berusaha mengikut dengan sebaiknya,
kaedah yang dibawa oleh baginda s.a.w.. Jika kita lihat pada fasa awal dakwah baginda, apa yang
baginda buat dan apa yang baginda dakwahkan?

Baginda tidak sibuk membuat usaha “charity work” dan memberi makan orang-orang miskin
dahulu. Baginda tidak sibuk mendapatkan jawatan mahupun mengumpul asset harta demi dakwah
terlebih dahulu. Baginda juga tidak menunggu al-Quran telah habis diturunkan dahulu. baginda tidak
menyeru kepada NGO, kelab-kelab, mahupun apa-apa Jemaah. Baginda kumpulkan mereka yang
dekat dengan baginda s.a.w. dan ajarkan nilai Aqidah yang benar berlandaskan wahyu di rumah al-
Arqam bin abi al-Arqam. Baginda mentarbiyah para sahabat terdekat dengan kumpulan-kumpulan
kecil terlebih dahulu bagi memastikan mereka dapat fokus dengan benar apa yang disampaikan oleh
baginda s.a.w. dan baginda s.a.w. dapat menyelesaikan masalah kejahiliyyahan mereka satu per
satu.

Di situ bezanya dakwah khassah dengan dakwah ‘ammah. Dakwah ‘ammah merujuk kepada
dakwah secara ramai sekaligus, seperti ceramah di masjid atau kuliah agama perdana yang
mengumpulkan ribuan manusia di padang. Dakwah khassah pula bermaksud melakukan usaha
dakwah dalam kumpulan-kumpulan kecil, seperti yang baginda s.a.w. buat di rumah al-Arqam itu
tadi, dan diteruskan sehingga ke akhir hayat baginda dan diteruskan juga oleh para sahabat. Dalam
bahasa kita, dakwah berbentuk khassah ini sering kita sebut sebagai “usrah”, “halaqah”, ataupun
pelbagai lagi nama lain, tetapi pada zaman baginda s.a.w. ia hanya disebut sebagai “duduk-duduk
bersama para sahabat” atau “berbincang di sebuah bilik” atau “baginda duduk di masjid dikelilingi
para sahabat” dan sebagainya. Keberkesanan kaedah ini terserlah, apabila pelbagai revolusi lain
seperti komunisme dan kebangkitan rusia juga mengambil kaedah yang sama.

Sebagai analogi, katakanlah ada seorang doktor. Dia diberikan 200 orang pesakit untuk
dirawat dalam masa 3 jam. Mungkin sekali, apa yang sempat dibuatnya ialah memberikan nasihat
secara umum, vitamin, dan ceramah kesihatan makanan kepada mereka semua. Bandingkan pula
dengan seorang doktor yang diberikan 7 orang pesakit sahaja dalam masa 3 jam. Doktor itu akan
berkesempatan untuk memeriksa pesakit itu dengan teliti dan berikan ubat yang sesuai. Nah, begitu

11
juga bila kita hendak merawat penyakit kejahiliyyahan dan kemunafikan dalam hati. Bila berlaku
pertemuan dalam kumpulan-kumpulan kecil, barulah kita dapat periksa masalah spesifik orang
tersebut, sama ada terlalu sibuk dengan kerja, malas solat berjemaah, tidak pandai baca al-Quran,
terlalu banyak tidur, ketagihan permainan video,dan sebagainya. Kemudian, barulah nasihat yang
spesifik dan tepat dapat diberi.

Namun sememangnya, usaha sebegini memerlukan komitmen yang jauh lebih tinggi dari
segi meluangkan masa dan tenaga serta memikirkan masalah-masalah yang berbagai ragam.
Akhirnya, ramai orang lebih senang memilih untuk tidak mengambil jalan yang penuh onak liku ini,
dan berdakwah sesuai dengan keselesaan dan kemahuan hawa nafsu mereka sendiri. Hanya
berdakwah bila diberikan duit oleh pihak penganjur, hanya berdakwah apabila ada keuntungan
dunia, tidak mahu menyibukkan diri untuk berdakwah, sesuka hati membatalkan sesi usrah yang
telah disetkan, ataupun bahkan langusng tidak menetapkan pertemuan yang konsisten sesama ahli
usrah. Maka tidak hairanlah, rosaknya masyarakat kita sekarang. Firman Allah s.w.t. :
“Dan seandainya kebenaran itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi, dan
semua yang ada di dalamnya. Bahkan, kami telah memberikan peringatan kepada mereka, tetapi
mereka berpaling daripada peringatan itu” (Surah al-Mu’minun, 23:71)
Oleh itu, kami ingin melakukan perubahan melalui halaqah yang dibuat ini. Dalam halaqah,
kami berusaha untuk melahirkan manusia-manusia yang mempelajari dan memahami al-Quran, dan
kemudiannya mengajarkannya kepada orang lain, seperti yang Allah s.w.t sebutkan :

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian,
lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan
penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani
(penyembah tuhan) karena kamu mengajarkan Al Kitab (al-Quran) dan disebabkan kamu
mempelajarinya.” (Surah Ali Imran, 3:79)

Kami ingin berusaha untuk mengikuti semula dengan sebaik mungkin, kaedah dakwah yang
dilakukan oleh rasulullah s.a.w. dalam mentarbiyah dan merawat hati para sahabat, iaitu melalui
pertemuan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang menyucikan aqidah terlebih dahulu, dengan
benar-benar berlandaskan al-Quran dan Sunnah. “Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab
Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (HR Imam Malik)

Walaupun ya, mungkin sekali kami tidak akan dapat menghasilkan suasana yang tepat
seperti apa yang baginda s.a.w. buat kepada para sahabat, kami berusaha sebaik mungkin untuk
melakukannya. Persoalannya, adakah kalian akan mengikut dan membantu kami, atau kalian akan
memilih untuk menutup mata atas segala kerosakan di muka bumi ini.

Wallahu’alam.

Mohd Asyraf Arifin bin Mohidin, Diploma in Computer Science, UiTM Tapah. 16 Nov 2015, seusai DIN

12
 Tadabbur VS Tafsir

_________________________________________________________________________________

[Forwarded from . Umair Zulkefli]

Ana jumpa artikel yg ditulis pelajar PhD tentang tadabbur & tafsir. Jelas membezakan antara disiplin
ilmu tafsir & tadabbur. Tiada salahnya mentadabbur, bahkan wajib mentadabbur.

[Forwarded from . Umair Zulkefli]

Tuntasnya, amalan tadabbur tidak terikat kepada satu teknik yang khusus. Ini kerana pada asasnya
tadabbur suatu amalan atau cara memahami dan menghayati al-Quran yang tidak terbatas kepada
keahlian atau kepakaran. Sebagaimana, yang disebut oleh syaikh Musa’id al-Tayyar memadailah
seseorang yang terkesan dengan ayat al-Quran itu sudah dikira tadabbur pada tahap minima
sekalipun ia tidak memahami makna ayat tersebut.

Musa’id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar (2002) Mafhum al-Tafsir wa al-Takwil wa al-Istinbat wa al-
Tadabbur wa al-Mufassir.Jeddah: Dar al-Jawzy, 86.

Manakala,

tafsir memerlukan kepakaran ilmuan tafsir untuk menghurai dan menjelaskan makna bagi ayat-ayat
al-Quran yang tersurat atau tersirat. Bahkan, pentafsiran turut melibatkan golongan professional
seperti doktor, jurutera, geologis, kaunserlor, guru, peguam, saintis dan sebagainya yang dapat
membantu para pentafsir untuk mendapatkan bukti pendalilan dan fakta pengkajian berkenaan
sesuatu isu sebagai maklumat sokongan kepada penghujahan al-Quran. Namun, hakikat seruan
mentadabbur al-Quran terbuka kepada semua manusia dan tidak khusus kepada golongan
berkepakaran dalam bidang al-Quran sahaja.

Seruan tadabbur tersebut termasuklah kepada golongan kafir yang menafikan iman kepada Allah
serta golongan munafik yang menyembunyikan kekufuran mereka kepada Allah. Demikian itu, untuk
mengajak mereka berfikir dan merenung peringatan ayat-ayat Allah agar mendapat pengajaran dan
petunjuk.

Surah Muhammad: 24, yang bermaksud: “tidakkah mereka memerhatikan ayat al-Quran atau
adakah hatimereka telah terkunci?”.

Secara jelas ayat ini menemplak bagi sesiapa (samada muslim atau tidak) yang mendengar atau
membaca al-Quran namun tidak mengendahkan mesej yang disampaikan menerusinya.

__________________________________________________________________________

13
4:82 - Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari
sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

47:24 - tidakkah mereka memerhatikan ayat al-Quran atau adakah hatimereka telah terkunci?

38:29 - Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka
memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

menurut tafsir at-Thobari, ayat 38:29 ini menunjukkan betapa Quran ini penuh keberkatan, dan
keberkatan itu bagaimana cara memperolehinya? Bukan dengan meletakkan tinggi-tinggi di atas
almari, atau dihiaskan dengan emas dan kaim mahal, mahupun digantung di dinding-dinding,
mahupun dibaca sebagai azimat. Al-Quran ini, keberkatannya kita perolehi “supaya mereka
memperhatikan ayat-ayatnya”. Keberkatan itu didapati dengan tadabbur ayatnya.

Ada pula yang mengatakan al-Quran ini susah untuk difahami. Jika dibaca terjemahannya, takut
tersesat.

Ini telah dijawab oleh allah s.w.t. dlaam surah al-Qamar ...

54:17 - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang
mengambil pelajaran?

Allah terang-terang menyebut bahawa Kami (Allah) telah mudahkan al-Quran untuk dijadikan
pelajaran. Tapi persoalannya, adakah kita mahu mengambil pelajaran? Kemudian, allah menyebut
lagi dalam surah yang sama.

54:22 - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang
mengambil pelajaran?

Nah. Allah mengulang ayat yang sama, menempelak mereka yang menuduh bahawa al-Quran ini
susah untuk ditadabbur dan diambil pelajaran.Hakikatnya, untuk mengambil pelajaran atau ibrah
daripada al-Quran itu adalah mudah. Yang susah itu adalah TAFSIR, bukannya tadabbur.

Dalam surah yang sama juga, allah menyebut :

54:32 - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang
mengambil pelajaran?

Betapa allah menegaskan, bahawa al-Quran ini telah allah mudahkan. Jadi kita mahu ambil pelajaran
atau tidak?

Akhir sekali ...

54:40 - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang
mengambil pelajaran?

Nah. Cukup 4 kali allah mengulang ayat yang sama, untuk menempelak sekeras-kerasnya orang yang
menuduh bahawa al-Quran ini susah dan tidak boleh ditadabburi.

14
 Tarbiyah perlu konsisten

46:13 Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka
tetap istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka
cita

41:30 Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang
telah dijanjikan Allah kepadamu

orang yang tak datang satu kali, kemudiannya akan tak datang berkali-kali, dan akhirnya akan
meninggalkan halaqah

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan
mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang
paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

20:86 – Kisah apabila Nabi Musa a.s. pergi selama 40 hari, kaumnya disesatkan oleh Samiri lalu
menyembah patung lembu. Itu kaum yg sangat rapat dgn seorang Rasul dan dah pernah lalu di
tengah Laut Merah, mereka nampak sendiri mukjizat Nabi Musa.Tapi, bila terputus tarbiyahnya
selama 40 hari sahaja, dah murtad. Cuba kalau kita putus tarbiyah apa jadi?

Kita datang halaqah seminggu sekali pun masih mutabaah bermasalah, apatah lagi kalau cuma
minggu sekali.

Halaqah ni bukan hanya nak dpt ilmu, tp nak perbaikan diri. Sbb tu takleh tak konsisten. Kalau
sekadar nak ilmu, banyak lagi usrah lain yang sekadar bagi ilmu, takde check mutabaah, kkj, etc.

Ponteng halaqah tak inform awal-awal, ponteng dengan alasan yang sepele, ini semua adalah sikap
yang kurang ajar terhadap murobbi.

nota : Kenapa org tak konsisten datang halaqah?


1. Tak nampak kepentingan halaqah
2. Halaqah ni datang masa tak busy sahaja. Tak berusaha nak menyusun masa
3. Tiada adab dengan murobbi

15
 Tarbiyah VS Study , bagi alasan busy , etc

Yakinlah rezeki tu di tangan allah.

3:160 – Kalau allah tolong kita, mana mungkin kita akan gagal. Kalau belajar dengan 1000 orang
lecturer sekalipun, hafal 100 bijik buku pun, dah kalau allah tak bagi kejayaan, mana mungkin akan
berjaya.

47:7 – yakinlah bahawa bila kita buat kerja dakwah, allah akan tolong kita. Mana keyakinan kita pada
pertolongan Allah?

3:123-125 – Kalau allah bantu, allah akan bantu habis-habisan. Dlm perang badar, kalau ikutkan, 1
malaikat dah cukup utk hapuskan 1000 org musyrikin. Tapi Allah hantar malah 5000 malaikat.
‘Overkill’

58:11 –jadi, kita yg kena urus masa

3:92 - Ada orang, tunggu masa lapang, baru nak datang halaqah. Bizi sikit je, dah tak datang. Kenapa
kita hanya beri masa yang lebihan, yang dah mmg takde apa nak buat, baru datang halaqah? Kenapa
kita hanya bg sisa lebihan masa kita je kepada Allah? Mmg Allah hanya layak diberi sisa-sisa masa
kita je ke? Allah dah terang-terang kata, kamu takkan memperoleh kebaikan,selagi kamu tak
korbankan harta yang kamu cintai. Jangan kita korbankan benda-benda sisa sahaja kepada allah

24:55 – allah dahpun menjanjikan orang beriman akan diberi kekuasaan di muka bumi

65:3 – Siapa bertawakkal kepada Allah, cukuplah Allah membantu dia

28:77 – bukannya suruh korbankan study. Study itu juga aset penting buat dakwah. Tapi, nak suruh
balancekan sedikit, study dengan dakwah. Kalau kita boleh attend 15 credit hour seminggu untuk
kelas, tak termasuk assignment, group project, discussion, dan lain-lain, kenapa kita tak boleh spend
masa yang kurang daripada itu untuk dakwah?

Walaupun pastinya, bertawakkal itu selepas berusaha dengan sehabis upaya. Bukan tawakkal buta.

Study smart, jangan cuma study hard. Mengadu kata kononnya result jatuh sebab busy dengan
dakwah, tapi study jaga ke tidak? Assignment siap ke tidak? Kalau tak faham belajar, ada jumpa
lecturer dan tanya tak?

2:268 – Syaitan yang akan menakut-nakutkan kita bahawa kalau kita datang halaqah, study kita akan
‘kemiskinan’ lalu gagal. Padahal, mintak korbankan sikit je masa untuk study dan group discussion
kita, untuk diinfaqkan kepada dakwah.

9:24 – Sebagai student, bisnes kita of course ialah study. Jadi kat sini, allah dah warning pada kita
bahawa kalau kita cintakan study lebih daripada dakwah, tunggulah ketetapan allah di akhirat kelak

16
 Tarbiyah VS Ilmu
o Rasa diri sudah berilmu
o Asatizah menjadi punca untuk tidak mahu ditarbiyah

53:32 - ”Janganlah kamu menganggap diri kamu lebih bersih, Allah lebih mengetahui siapakah di
antara kamu yang lebih bertakwa.”

40:83 – setengah manusia menolak kebenaran kerana mereka merasa senang dengan ilmu yang ada
pada mereka

4:59 – sepatutnya, al-Quran dan Sunnah jadi panduan utama. Para asatizah hanya bantu kita
memahami al-Quran dan sunnah itu. Jika apa yang dia ajarkan bertentangan dengan al-Quran dan
as-Sunnah, mana kita nak ikut?

Ilmu tidak menjanjikan seseorang itu berada di landasan yang benar. Firman Allah s.w.t. :
45:23 – Sesat dengan sepengetahuannya, kerana mengikut hawa nafsu

Bahaya apabila ilmu dicari dan diutamakan melebihi perbaikan jiwa dan tarbiyah. Apabila kurang
perbaikan diri namun yang dicari hanya ilmu semata, boleh jadi ilmu itu tak memberi manfaat
langsung, bahkan menambahkan sifat takabbur dalam diri dia, kerana sifat takabbur tidak berusaha
dihilangkan terlebih dahulu. Akhirnya, semakin bertambah ilmunya, semakin meningkat takabbur
dalam dirinya, sedangkan “Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya terdapat sebsar
zarah pun dari sifat takabbur” (HR Muslim)

Menurut Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, katanya :

“Ia memang pakar dalam ilmu keagamaan, tapi sayang buruk akhlaknya, rendah jiwa dan hina budi
pekertinya. Ini mungkin disebabkan kerana dahulunya tidak menitikberatkan pendidikan jiwanya
terlebih dahulu, tidak ingin membersihkan jiwanya dan hatinya dengan berbagai kesungguhan dan
latihan batin, sehingga jiwanya itu menjadi amat kotor.
Oleh sebab itu, jika ia mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, maka ilmu itu akan bertemu dalam
jiwanya pada suatu tempat yang kotor, lalu tidak eloklah buah yang dikeluarkan dari ilmu yang
dimilikinya itu, bahkan tidak ada kesan kebaikannya sama sekali”

9:31 – pendeta dan orang alim menjadi punca kesyirikan sebuah umat

Para asatizah ni bukan sempurna. Study cases :


- Prof Kamil berceramah di UiTM Tapah menceritakan, sepanjang dia mengajar di Universiti
Madinah, ada lebih 200 pelajar Malaysia yang mengambil jurusan agama di situ, namun tidak sampai
20 orang yang kelihatan solat berjemaah di Masjid Nabawi.
- Seorang ustaz di sebuah sekolah menengah biasa berdekatan UTP (nama sekolah dirahsiakan)
menceritakan pengalamannya, dia mengadu kepada seorang ustazah di sekolahnya “Bagaimana kita
hendak baiki masalah agama di kalangan pelajar sekolah kita?” Jawab si ustazah, “Kita tiada masa
memikirkan semua itu. Kita terlalu sibuk hendak memastikan mereka dapat A dalam pelajaran”

17
- Di sebuah surau di Perlis, seorang ustaz yang memang terkenal (nama dirahsiakan) diminta
memberi tazkirah. Namun, kerana wang yang ditawarkan tidak mencukupi, ustaz tersebut tidak jadi
memberi tazkirah. Lantas, surau membuat kempen memboikot ustaz tersebut.
- Ramai pula asatizah yang sibuk menuduh orang lain bidaah, sesat, dan sebagainya.
- Tanyakan kepada kawan yang sudah beberapa tahun belajar di Mesir. Ada tak pelajar yang hisap
rokok, main game, berkapel, tengok wayang, etc.
- Habib yang naik kereta mewah melampau-melampau, disambut balik daripada airport naik jaguar,
langsung tak ikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti Abdur
Rahman bin ‘Aauf

Nabi menyebut “Sampaikanlah dariku walau satu ayat” itu, bukan cuma untuk para asatizah, tetapi
untuk semua umat Islam.Semua umat Islam wajib menyampaikan. Bukan asatizah sahaja

Imam Hassan al-Banna bukan ustaz. Dia guru sekolah rendah. Semua mursyidul am yang lain dalam
ikhwanul Muslimin juga lebih ramai yang bukan ustaz. Ramai peguam sivil, malah Mursyidul Am
baru-baru ini, Muhammad Badi’, juga bukan ustaz, tetapi dia doktor haiwan. Dr Mursi pula, dia
seorang PhD dalam kejuruteraan kimia.

Ramai pula agamawan yang mengaut harta kemewahan dunia dengan menggunakan agama.

Dari Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang
untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu ilmu uyang sepatutnya dipelajari untuk
mendapatkan redha Allah SWT, dia pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau
syurga. (HR Abu Daud)

Dari Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Dua serigala kelaparan yang
dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan
pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang
berpengaruh. (HR Tirmizi)

Memang, tidak salah untuk menerima upah bila mengajarkan ilmu agama. Namun, jika sudah jelas
harga yang diminta melampau, hidupnya pula bermewahan,malah enggan mengajar jika tidak diberi
upah, apakah lagi namanya selain “menggunakan agama untuk mencari dunia”?

18
 Jawatan VS Tarbiyah

Imam Yusuf al-Qardawi sudah menulis dalam bukunya Fiqh Kepentingan, bahawa tidak ada
gunanya sesuatu asset duniawi itu sama ada pangkat, kedudukan, jawatan, mahupun harta benda,
jika tidak ada tarbiyah hati yang kuat terlebih dahulu. Katanya “Orang yang berkuasa dan mendapat
kemenangan sebelum mereka matang dalam tarbiyah, kebiasaannya lebih banyak melakukan
kerosakan berbanding dengan kebaikan”

Ini terbukti apabila ikhwanul Muslimin menang dan Dr Mursi menjadi presiden Mesir. Akhirya,
Menteri Pertahanan Mesir, Abdel Fattah as-Sisi menggulingkan Dr Mursi dan merobohkan kembali
kekuatan politik yang telah dibina selama ini. Sebagai orang yang ditarbiyah, mana mungkin Dr Mursi
mengangkat as-Sisi sebagi menteri pertahanan jika as-Sisi sendiri bukan orang yang mengikuti
halaqah dan ditarbiyah. Namun, ternyata tarbiyah dalam hati as-Sisi tidak kuat, sehingga apabila dia
mendapat satu pangkat yang besar, duniawi telah menerobos masuk ke dalam hatinya, dan akhirnya
kedudukan yang ada itu digunakan untuk menghancurkan Islam dan menggulingkan Dr Mursi. Nah,
bagaimana pula seandainya kita memegang jawatan dengan alasan “membantu Islam”, sedangkan
tarbiyah dalam hati kita terabai? Mana mungkin akhirnya jawatan itu akan dapat kita gunakan untuk
membantu Islam.

“Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah
kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan
lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (al-Qasas, 28:60)

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan harta dan pangkat oleh para musyrikin Mekah.
Mereka memberitahu mereka akan berikan apa sahaja kepada baginda s.a.w. asalkan baginda
berhenti berdakwah, namun baginda menolak mentah-mentah tawaran itu.

Malah difikirkan logik, Rasulullah s.a.w. sangat amanah dan dipercayai oleh penduduk Mekah
sehingga digelar al-Amin. Ketika baginda sudah menjadi rasul dan mendapat tentangan musyrikin
Mekah sekalipun, ada musuh baginda yang meminta baginda menjaga harta mereka, kerana tidak
ada orang lain yang lebih mereka percayai berbanding Rasulullah s.a.w.. Maka sudah tentu, baginda
boleh sahaja mengumpulkan pengaruh dan mendapatkan jawatan tertinggi di Mekah dengan
mudah, dan kemudiannya berdakwah dengan jawatan yang ada. Namun, itu bukan jalan yang
baginda pilih. Baginda memilih untuk mentarbiyah para sahabat terlebih dahulu dengan aqidah yang
benar dan pengorbanan yang dahsyat. (Boleh rujuk : Manhaj Haraki, Jilid 1, Periode Kedua,
Karakteristik ke 25)

Ma’lim fi Tariq, (tulisan Sayyid Qutb) menerangkan, Rasulullah s.a.w. boleh menguasai Mekah
melalui jawatan dan nama baiknya, pengaruhnya, semangat assobiyah orang arab, dan byk lagi.
Namun, semua ini akan lenyap bila baginda s.a.w. wafat. Contoh, jika nabi memegang jawatan di
mekah, kemudian fokus kepada dakwah melalui jawatan dan politik. Setelah baginda wafat dan
orang lain memerang pemerintahan, nescaya lenyaplah segala dakwah jawatan yg telah dilakukan
baginda. Kerana itu, baginda s.a.w. tidak memilih untuk berdakwah melalui jawatan.

19
Kenapa mereka nakkan jawatan sangat?

Nakkan soft skill? Kita memang akan ada pelatihan, latih bawak halaqah sendiri, jadi AJK
program-program besar kita seperti KRS, EIS, MyProspect, KKI, KJI, NSTC, etc. Soft skill orang yang
ikut halaqah jauh lebih tinggi kerana banyak disediakan pelatihan.

Nakkan sijil? Kita ada YDKMM, NSTC, etc. Kalau perlukan sijil, bagitau je, nak sijil berapa
kotak? Kita boleh cetak sewenangnya dan bagi. Setiap kali dia datang ke program kita boleh bagi sijil
kalau perlu. Malah setiap kali dia datang halaqah, kita boleh cetak sijil sebagai “Mengadiri mentoring
motivator NSTC”.

Rasa amanah pegang jawatan? Amanah kita sebagai hamba Allah itu jauh lebih besar.
Jawatan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi itu jauh lebih tinggi. Katakanlah, kita takut untuk
mengabaikan amanah kita sebagai Majlis Perwakilan Pelajar di kolej, tapi kemudiannya kita hadir ke
mesyuarat dan tidak hadir ke halaqah. Maknanya kita telah mengabaikan satu amanah yang jauh
lebih besar, iaitu amanah kita sebagai khalifah Allah, untuk menyelamatkan umat. Kita konon takut
mengabaikan amanah dengan manusia, tapi kita sanggup abaikan amanah kita yang jauh lebih besar
dengan Allah?

Dalam 38 kewajipan al-akh yang disenaraikan oleh Imam Hassan al-Banna, jelas dia berpesan
“Untuk dakwah saudara, hendaklah saudara melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang
badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada pergerakan Dakwah kita terutama jika
saudara disuruh berhubung dengan badan-badan atau kumpulan-kumpulan seperti itu.”

20
 Tarbiyah VS Kawan-kawan / nak jadi baik biasa-biasa sahaja

6:116 – jangan kita terikut dengan majoriti masyarakat, sbb majoriti memang akan menyesatkan kita
ke neraka

32:13 – Allah memang dah menetapkan bahawa neraka itu akan diisi dengan manusia dan jin
“ajma’in” – beramai-ramai, majoritinya.

“... Mereka semua berdiri untuk disoal dan dihisab (di padang mahsyar). Kemudian akan dikatakan
kepada mereka : Keluarkanlah daripada mereka di kalangan ahli-ahli neraka. (Malaikat) bertanya :
Berapa banyakkah daripada mereka? Maka jawapan-Nya : Setiap seribu, 999. Kata baginda : Inilah
hari kanak-kanak menjadi orang tua.” - Hadith riwayat Bukhari.

Hadith sahih di atas menyebutkan, bahawa daripada setiap 1000 orang, 999 masuk neraka.
Maknanya, hanya 0.1 percent sahaja daripada manusia yang tak masuk neraka.Mengetahui ini, kita
nak jadi baik biasa-biasa sahaja?

43:67 – teman karib pun akan bermusuhan di akhirat kelak kecuali yang di atas dasar taqwa

37:51-57 - Nyaris sahaja kawannya itu menariknya ke dalam neraka

“Apabila dimasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka maka Allah S.W.T.
berfirman: Keluarkanlah daripada api neraka sesiapa yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi.
Maka mereka dikeluarkan daripada api neraka dalam keadaan hitam legam (kerana hangus
terbakar). Lantas mereka dimasukkan ke dalam sungai kehidupan, (sehingga menjadi putih dan
segar) lalu tumbuh kembali sebagaimana tumbuhnya benih di tepi sungai yang mengalir (dengan
subur). Tidakkah kamu lihat bagaimana ia tumbuh berputik dengan warna putih kekuningan.”
(HR Bukhari)

Ni, orang yang iman cuma sebesar biji sawi, memang la dapat masuk syurga akhirnya, tapi masuk
neraka dulu sampai hitam legam macam arang. Kita nak ke jadi orang yang baik biasa-biasa sahaja,
masuk neraka dulu, baru masuk syurga?

Kitab Fadhilat Amal ada menyebutkan, bahawa jika seorang pendakwah itu disenangi oleh
semua rakan-rakannya dan jiran-jirannya, maka dia sebenarnya masih belum benar-benar
berdakwah. Rasulullah s.a.w. sendiri dengan akhlak yang sangat hebat sekalipun, dipulaukan oleh
masyarakatnya kerana dakwah. Para Sahabat, ada yang akhirnya dibenci oleh ibu bapa mereka
sendiri kerana Islam. Contohnya, Mus’ab bin Umair dan Salman al-Farisi.

21
 Tarbiyah VS Ibu Bapa / Family menghalang dakwah

“Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta


kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal
yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya,
maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah, 9:24)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan, Allah memberi amaran kepada sesiapa yang
mengutamakan apa jua bentuk keduniaan melebihi Allah, rasul dan Jihad. Perkara keduniaan yang
pertama disebut di sini ialah keluarga.

Syeikh Yusuf al-Qardawi menulis, memang kalau jihad perang yang fardhu kifayah VS
tanggungjawab menjaga ibu bapa, maka ibu bapa perlu diutamakan, jika menjaga ibu bapa itu
hukumnya menjadi fardhu ‘ain (tidak ada orang lain yang lebih sesuai untuk menjaga mereka). Oleh
itu, wujudnya hadith di mana pemuda yang menawarkan diri untuk menyertai peperangan, disuruh
oleh baginda s.a.w. untuk pulang dan jaga ibu bapanya. Ini, apa yang ditulis oleh Syeikh Yusuf al-
Qardawi dalam buku Fiqh Kepentingan (awlawiyat) dalam bab Fardhu Kifayah VS Fardhu ‘Ain.

Namun, hadith ini telah dibahaskan. Kemungkinan besar, ada dua syarat mengapa Rasulullah
s.a.w. tidak mahu pemuda tersebut menyertai peperangan. Pertama, mungkin hanya dia satu-
satunya yang mampu menjaga kebajikan kedua ibu bapa. Kedua, perang itu ialah perang yang
bersifat ofensif seperti perang Tabuk, bukannya defensif seperti perang Khandak. Oleh itu, hukum
menyertai perang itu ialah fardhu kifayah melainkan untuk nama-nama yang sudah ditetapkan.

Seterusnya, Syeikh Yusuf al-Qardawi menjelaskan lagi dalam buku yang sama, dalam bab
Kepentingan Kepada Individu VS Kepentingan Kepada Sekelompok. Jika jihad fardhu kifayah VS
menjaga ibu bapa iaitu fardhu ‘ain bertembung, maka fardhu ‘ain perlu diutamakan. Namun, jika
jihad itu bersifat fardhu ‘ain seperti keadaan dalam perang Khandak di mana semua orang perlu
mempertahankan kota Madinah daripada diserang, maka ketika itu bertembung jihad fardhu ‘ain
dengan menjaga ibu bapa. Keduanya sama fardhu ‘ain. Maka, kita perlu mementingkan mana yang
memberi manfaat kepada kelompok yang lebih penting dan ramai. Singkatnya, dalam situasi di mana
hukum jihad itu adalah fardhu ‘ain, maka ianya lebih penting daripada menjaga ibu bapa.

Jadi, jika perlu memilih antara Tarbiyah dan Dakwah, atau ibu bapa, hukum keduanya ialah
Fardhu ‘Ain. Maka, tarbiyah dan dakwah perlu diutamakan berbanding ibu bapa, kerana menjaga ibu
bapa hanya memberi manfaat kepada beberapa individu, sedangkan tarbiyah dan dakwah adalah
untuk mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri dan seluruh umat, terutamanya dalam
gelombang Ghazwl Fikr yang kuat ditonyoh kepada umat Islam kini.

Syeikh Yusuf al-Qardawi juga ada menambah bahawa logiknya, jika dia mementingkan
menjaga ibu bapa daripada jihad, maka itu akan menyebabkan mudarat besar terhadap seluruh
masyarakat Islam, temasuklah ibu bapanya itu.

Isu yang sama juga ada dibahaskan oleh Syeikh Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya, Fiqh Jihad,
cuma dengan penerangan yang lebih lengkap dan terperinci.

22
o Lampiran : Ekstrak langsung daripada buku Fiqh Jihad :

Bab tiga, muka surat 37


“Dengan demikian, yang disebut dengan fardhu kifayah di dalam jihad adalah, umat memiliki
kekuatan militer dan senjata modern – baik darat, laut, dan udara – yang bisa bersaing dengan
senjata musuh, jika memang tidak bisa mengunguli musuh. Semua ini dikendalikan dan digunakan
oleh orang-orang yang terlatih, baik dari segi fisik, jiwa, waswasan, maupun keimanan mereka” (8-
60)

Bab tiga, muka surat 34


“Mengenai fardu ain dalam jihad tidak tidak ada perselisihan, yaitu jihad perlawanan (jihad ad-daf).
Dgn kata lain, jihad utk mngusir penjajah serta membebaskan negeri dan pendudk islam dari
penjajahan”

“Jihad yang disepakati umat Islam adalah apabila penduduk suatu negeri khwatir diserang oleh
musuh, sedangkan mereka tidak memiliki apa pun utk melawannya. Penduduk trsebut khwatir jika
negeri, nyawa, dan anak2 mereka terancam. Dalam keadaan spt ini, seluruh umat islam wajib pergi
ke negeri musuh agar mereka tidak memusuhi lg umat islam. Hal ini tidak diperselisihkan oleh umat
islam”

Bab 4, muka surat 39


“Jihad menjadi fardhu ‘Ain apabila musuh menyerang negeri Muslim, atau dikhawatirkan akan
menyerang, sedangkan tanda-tanda ke arah sana sudah terlihat. Kondisi seperti ini dinamai al-nafir
al-‘am (panggilan umum), yaitu seluruh umat Muslim sangat dibutuhkan ketika org2 kafir masuk dan
menjajah negeri Islam, mengancamnya, atau memberikan bahaya kepadanya.” (33-13)

muka surat 40
“Jihad dalam situasi sperti ini berbeda dengan jihad ketika umat Muslim menjadi puhak yg
menyerang musuh dn melakukan agresi. Allah swt dan Rasul-Nya mengizinkan siapa saja yg tidak
akan berangkat jihad, tidak memberatkannya, meskipun dia terhalang mendapatkan keutamaan dan
pahala orang2 yg berjihad. Firmannya (4:95)

Jihad yg dilakukan ketika musuh menyerang negeri Muslim – sebagaimana dikatakan Ibn Taimiyah –
merupakan pembelaan terhadap agama, kehormatan, dan nyawa umat Muslim. Jihad dalam kondisi
ini merupakan jihad darurat. Sedangkan jihad dalm kondisi umat Muslim yg mnyerang merupakan
jihad pilihan, utk menambahkan pemeluk Islam, meninggikan kalmat Islam, menakut-nakuti musuh,
sebagaimana yg terjadi dlm perang Tabuk dan perang lainnya. (lihat majmu’ al-fatawa (28/359)”

Kerana itu, ulama fiqh berpendapat bahwa dalam jihad darurat ini, wanita pun harus ikut berjihad,
meski tanpa izin suaminya. Demikian pula dengan anak laki-laki, meski tanpa izin orangtuanya. Jihad
didahulukan – pabila hukumnya fardhu ‘Ain – daripada taat kepada orangtua dan suami, padahal
keduanya sama-sama fardhu ‘Ain, karena kemaslahatan jihad lebih umum dan menyeluruh. Jihad
dilakukan untuk memelihara agama dan mempertahankan kehormatan umat Muslim. Jadi,
kemaslahatan jihad lebih komprehensif, dan harus didahulukan daripada kemaslahatan khusus.

23
Apabila ada dua kewajipan yg bentrok: salah satunya untuk kelompok Islam, sedangkan satunya lagi
untuk individu Muslim, kewajipan kelompok harus lebih dipriritaskan untuk diperhatikan.”

“Kerana itu, suami akan berdosa jika menghalangi isterinya, atau seorang bapak melarang anaknya
yang sudah baligh, melakukan jihad fardhu ‘Ain demi menjaga eksistensi kelompok. Al-Sarkhasi
berkata : Demikian pula dengan anak-anak yang masih belum baligh, apabila mereka bisa menjalani
peperangan, tidak masalah kalau mereka ikut berperang dalam kondisi sangat dibutuhkan. Meskipun
ayah dan ibunya tidak menghendaki hal tersebut”

Syeikh Yusuf al-Qardawi memetik beberapa ayat al-Quran (49:10)(9:71)(8:72)

muka surat 42
“Berbeda dengan hukum menyelamatkan tawananan: kwajipannya berlaku bagi seluruh pihak, baik
di timur maupun di barat, apabila dia mengetahuinya (Lihat dalam Syarh Fath al-Qadir (4/381))”

Bab 5, muka surat 54


“Para Ulama fiqih juga mengatakan bahwa dalam jihad yang hukumnya fardhu ‘Ain ini, perempuan
harus ikut memberikan perlawanan meski tanpa izin suaminya, anak kecil tanpa izin ayahnya, dan
budak tanpa izin majikannya. Sebab, hak untuk kepentingan umu atau kelompok harus lebih
didahulukan daripada hak perorangan”

24
BAB 4 : DAKWAH

 Kepentingan berdakwah

41:33 – dakwah itu kata-kata yang terbaik

3:104, 3:110, 3:114 – golongan yang berdakwah ialah golongan yang terbaik, orang yang soleh

5:78-79 – Dila’nati bani Israel kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas, iaitu dengan tidak
mencegah kemungkaran sesama mereka

7:164 – kita berdakwah sebab takut didakwa di hadapan Allah kelak

33:70-71 – Dengan menyampaikan kebenaranlah, Allah akan baiki amalan-amalan kita dan
mengampunkan dosa-dosa kita

9:67 & 71 – orang beriman buat amar ma’ruf nahi munkar. Orang munafiq tidak amar ma’ruf nahi
munkar. Menurut Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, ayat ini menunjukkan bahawa dakwah ialah
perbezaan antara orang beriman dengan orang munafiq

Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Jika
tidak mampu, maka dengan lisan. Jika tidak mampu, maka dengan hati dan itulah selemah-lemah
iman. (HR Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, An-Nasa’ie)

Daripada Anas R.A. beliau meriwayatkan bahawa kami berkata “Wahai Rasulullah, adakah betul
bahawa kami tidak patut menyeru kepada kebaikan sehingga kami beramal dengan semuanya, dan
kami tidak patut mencegah kemungkaran sehingga kami meninggalkan semuanya?” Jawab baginda
“Bukan begitu. Serulah kepada kebaikan walaupun kamu belum melakukan semuanya, dan cegahlah
kemungkaran walaupun belum menjauhi semuanya” (HR Tabrani)

“Dari ‘Abdullah bin ‘Umar ra dituturkan, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Sampaikanlah
dariku walaupun satu ayat.” [HR. Bukhari]

Disebutkan di dalam ‘Uddatush Shabirin, Imam Ibnul Qayyim mengutip riwayat dari Abu ‘Umar dan
yang lainnya. Bahwa Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya untuk menghancurkan sebuah
negeri. Sebelum melakukan perintah itu, malaikat berkata, “Ya Allah, sesungguhnya di tengah
mereka terdapat si Fulan yang ahli Ibadah dan zuhud.”

Allah Ta’ala pun berfirman, “Dahulukan si Fulan (yang ahli ibadah dan zuhud) itu, dan
perdengarkanlah suaranya kepada-Ku.”

Bukankah ahli ibadah dan zuhud merupakan amalan unggulan? Lalu, mengapa dalam kasus ini
mereka justru mendapatkan siksa yang pertama kali? Apakah mereka tidak ikhlas dalam melakukan
ibadah, atau adakah sebab lainnya?

“Sebab,” lanjut-Nya menyampaikan kepada malaikat, “dia tidak pernah sama sekali berubah raut
wajahnya (karena marah) demi Aku satu hari pun.”

- ini selari dengan hadith di bawah

25
“Tidak ada satu kaum yang mengerjakan kemaksiatan, sedangkan di kalangan mereka itu ada orang
yang berkuasa untuk mencegah perbuatan itu, tetapi tidak melaksanakannya, melainkan Allah
hampir-hampir akan meratakan mereka itu dengan seksaan dari sisi-Nya” (HR Tirmizi & Abu Daud)

Kita lihat sekarang, masalah umat sangat-sangat teruk berlaku. Kes cerai setiap 10 minit
berlaku, kes anak luar nikah yang didaftarkan melebihi 4 orang setiap sejam, kes bunuh yang kita
tengok juga berlaku setiap hari, kes jenayah juvana meningkat berkali ganda setiap tahun.
Masyarakat sedang rosak, maka jika kita biarkan kerosakan ini merebak dalam masyarakat, ia akan
kembali mengetuk pintu rumah kita, mempengaruhi ahli keluarga kita.

o Lampiran : Daripada Fiqh Dakwah – Jum’ah Amin Abdul Aziz

3:104 – ayat ini menunjukkan kewajipan berdakwah kerana ayat perintah digunakan. Perkataan
“minkum” menunjukkan fardhu kifayah.

“Seluruh umat Islam diperintahkan agar sebahagian mereka melaksanakan kewajipan ini. Ketia ada
sekelompok orang yang melaksanakannnya, maka kewajipan itu gugur daripada yang lain. Jika tidak
ada seorag pun yang melaksanakannya, maka mereka semua berdosa. Ketika seorang Muslim
melihat kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan, maka Rasulullah s.a.w. mewajipkan
setiap muslim untuk mengubah kemungkaran tersebut sebagaimana sabdanyya “Man raa minkum
munkara fal yughairhu biyadih ... “”

2:159-160 – menurut ibnu katsir, ini merupakan ancaman keras bagi orang yang menyembunyikan
ajaran yang dibawa oleh para rasul

5:63 – Ibnu Abbasr.a. berkata, “Dalam al-Quran tidak ada satu ayatpun yang lebih keras dalam
mengolok-olok daripada ayat ini”, dan “Tidak ada di dalam al-Quran satu ayat yang lebih saya
khawatirkan daripada ayat ni, kerana kita tidak bisa berhenti (melakukannya)” (Tafsir Ibnu Jarir)

5:105 – Abu Bakar menafsirkan ayat ini dengan hadith baginda s.a.w. “Sesungguhnya manusia itu
apabila melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya, Allah akan menimpakan azab kepada
mereka secara merata” – HR Ahmad

“Dakwah bisa menjadi fardhu ‘ain apabila di suatu tempat tidak ada orang yang melakukannya.
Demikian juga dengan amar ma’ruf dan nahi munkar bisa menjadi fardhu ‘ain, bisa juga fardhu
kifayah. Ketika jumlah para da’ie masih sedikit, sementara kemungkinan demikian banyak dan
kebodohan merajalela seperti keadaan kita di saat ini, maka dakwah menjadi fardhu ‘ain bagi setiap
orang, sesuai dengan kemampuannya”

“Jika demikian, maka dakwah di masa kkita sekarang ini menjadi kewajipan syar’ie bagi setiap
muslim dan muslimah, baik muda mahupun tua. Mereka semua wajib menyampaikan apa yang
diketahuinya meskipun hanya satu ayat. Allah berfirman (9:71, 9:67). Imam al_Qurthubi
mengatakan dalam tafsirnya (mengenai kedua ayat ini), “Allah telah menjadikan amar makruf
dan nahi munkar sebagai pembeda antara orang mukmin dan munafiq. Dengan demikian, hal itu
menunjukan bhawa di antara ciri2 yang paling istimewa dari orang-orang yang beriman adalah
amar makruf dan nahi munkar”

26
 Rasa tak layak / rasa tak mampu berdakwah / dulu saya memang jahat / Saya takkan boleh
jadi baik / Saya memang tak minat benda-benda islamik ni / tak mampu commit

Abu Dzar al-Ghifari antara 20 terawal masuk Islam. Dia daripada bangsa Ghifar. Dulunya bangsa
Ghifar itu satu bangsa yang terkenal di seluruh tanah arab sebagai perompak dan pembunuh.
Selepas dia masuk Islam, nabi suruh dia berdakwah kepada kaum dia yang perompak tu. Selepas
lebih kurang 16 tahun, apabila dia kembali semula ke Madinah setelah keluar berdakwah kepada
kaumnya, dia berjaya mengislamkan lebih 6000 keluarga di tangan dia sahaja. Kalau dia yang
dulunya pembunuh masyhur, boleh islamkan begitu ramai orang, apatah lagi kita yang tak pernah
bunuh orang ni.

30:47 – Adalah menjadi tanggungjawab Allah untuk membantu orang beriman

7:42, 2:286, 23:62, 65:7 – Allah takkan bg bebanan / ujian yg melampaui kemampuan kita. Mereka
yang bagi alasan “tak mampu”, mereka ini sedang menidakkan 4 ayat al-Quran ini. Seolah-olah,
mereka menuduh Allah menipu.

22:40, 47:7 – allah akan tolong. Yakin lah dengan pertolongan allah

3:125 – satu malaikat sudah cukup untuk allah hapuskan seluruh kaum. Tapi bila allah bantu, allah
bantu dengan 5000 malaikat. Maka, yakinlah dengan pertolongan Allah

39:53 – jangan kamu berputus asa daripada rahmat allah

12:87 – “Tiada siapa yang putus asa daripada rahmat allah melainkan kaum yang kafir”

15:56 – “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-Nya, kecuali orang-orang yang sesat”

Saidina Abu Bakar as-Siddiq, hari selepas dia masuk Islam, terus dia ajak lagi 5 orang sahabat
masuk Islam, Abd Rahman bin ‘Auf, Uthman bin Affan, Said bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam,
Talhah bin Ubaidillah. Takde pun nak tunggu dah reti baca Quran dulu ke, dah belajar sifat 20 dulu
ke. Dia terus sahaja disuruh oleh baginda s.a.w. untuk berdakwah.

Kita berdakwah bukan kerana kita rasa kita layak. Kita berdakwah sebab ini memang adalah satu
kewajipan buat kita, tanpa mengira selemah atau sejahat manapun kita. (Rujuk bab kepentingan
berdakwah)

49:15 – Orang beriman hanyalah org yg tidak ragu-ragu. Jangan takut.

30:47 – hak allah utk membantu org beriman

27
 Pendakwah yang hidup mewah

23:64 - “Hingga apabila Kami timpakan azab, kepada orang-orang yang hidup mewah di antara
mereka, dengan serta merta mereka memekik minta tolong.”

34:34 - “Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatanpun, melainkan
orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang
kamu diutus untuk menyampaikannya."

43:23 - Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun
dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya
kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut
jejak-jejak mereka."

Abdur Rahman bin ‘Auf juga seorang yang sangat kaya, hingga pernah berinfaq 243 juta dirham
dengan sekali infaq. Namun, dia langsung tak bermewah, dan tidak berbeza langsung pakaiannya
dengan sahabat yang lain. Pernah, dia dihidangkan makanan dalam sebuah majlis, lalu dia menangis,
kerana “Aku takut Allah menyegerakan nikmat kita di syurga ke dunia, hingga tidak ada apa yang
tinggal buat kita di syurga”.

Betapa ramai golongan “agama” yang menggunakan nama mereka untuk mengaut harta dan
kemewahan, sedangkan sudah jelas amaran Allah :

Dari Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang
untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk
mendapatkan redha Allah SWT, dia pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau
syurga. (HR Abu Daud)

Tidak kiralah mereka yang menggunakan populariti, kebolehan memberi tazkirah, PhD yang dimiliki,
ataupun dengan keturunannya, ada segolongan “agamawan” yang “berdakwah”, kemudiannya
mengaut kemewahan sebanyaknya.

2:249 – Para tentera Thalut keluar merentasi padang pasir, siap sedia untuk berperang. Mereka
mampu hadapi ujian kepayahan. Namun, bila berdepan dengan ujian kesenangan berupa sungai,
mereka kalah. Ujian kesenangan ini lebih merosakkan dan berbahaya berbanding ujian kepayahan.

28
BAB 5 : BERJEMAAH

 Meraikan Kepelbagaian Jemaah

4:58, 2:148 : Berlumba dalam berbuat kebaikan. Jika hanya ada satu pasukan, bagaimana hendak
berlumba? Maka, pasti dibolehkan adanya banyak pasukan, agar wujud perlumbaan dan persaingan
sihat yang menjadi dorongan satu sama lain untuk lebih laju ke hadapan.\\

Kita tidak bersetuju dengan mereka yang mempunyai sikap fanatik terhadap Jemaah, yakni mereka
yang tidak boleh menerima, malah mengecam manusia yang tidak sama Jemaah atau madzhab
dengan mereka.

Merujuk buku Fiqh Perbezaan pendapat oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhwi. Dalam mukaddimah
bukunya beliau menulis :

"Hati saya resah jika musuh itu datang dari dalam tubuh kebangkitan Islam itu sendiri. Satu gerakan
Islam melancarkan makar terhadap gerakan Islam yang lain.Saya pun tidak resah bila di dalam
tubuh kebangkitan Islam terdapat pelbagai madrasah, kelompok, atau jemaah, yang masing-masing
mempunyai manhaj yang tersindiri dalam berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka
bumi, sesuai dengan sasaran, skala prioriti dan tahapan mereka.Saya tidak termasuk orang-orang
yang bermimpi menginginkan dan menyerukan kepada satu jemaah atau satu gerakan Islam yang
akan menghimpun semua aktivis Islam dalam satu sistem dan di bawah satu pimpinan. Terlalu
banyak masalah yang merintanginya di samping impian yang memang tidak kena pada tempatnya.”

(Fiqh Ikhtilaf, Mukaddimah, m/s 10)

Dalam menerangkan perkara ini, Prof. Dr. Yusuf al Qardawi ada menyatakan dalam temuramah
beliau dengan majalah al Islah yang dikeluarkan di Dubai . Dalam temuramah itu beliau ditanya
dengan soalan berikut:

“Prof. semasa kita bercakap tentang kebangkitan Islam , timbulnya satu suasana yang perlu diberi
perhatian iaitu masalah kewujudan pelbagai jemaah Islamiyyah yang beroperasi di medan dakwah
serta wujudnya perselisihan yang kadang kadang membawa kepada pengasingan antara satu jemaah
dengan jemah yang lain. Apa pandangan tuan Prof. tentang perkara ini? Apakah ianya
perkembangan yang sihat? Manakah satu pemahaman yang tepat yang seharusnya memimpin
jemaah yang ada kini untuk menjadikannya satu tenaga yang padu bagi kebaikan Islam dan
umatnya?”

Beliau menjawab, “Kewujudan atau kemunculan jamaah Islamiyyah dengan pelbagai pendekatan
pada hari ini adalah satu kemestian, akibat hilangnya satu tanggungjawab terbesar dalam Islam
iaitu Khalifah Islamiyyah.”

Hari ini konsep baiah dan khalifah telah pun tiada akibat gugurnya Khalifah Islamiyyah. Oleh itu
setiap jemaah Islamiyyah perlulah menyelaraskan kegiatan mereka antara satu sama lain.

29
Ustaz Abu Al A’la Al Maududi rahimullah, semasa beliau menerangkan perkara yang mendorongnya
untuk menubuhkan Jamaat Islami mengatakan, “Saya telah mencuba, serta rakan-rakan saya yang
sealiran selama 3 tahun untuk menyatukan jamaah yang ada pada ketika itu supaya berada di bawah
satu peraturan dan perancangan yang hampir memenuhi seluruh kehendak agama. Dukacita
dinyatakan bahawa percubaan kami tidak berjaya. Tidak ada pilihan bagi kami selain dari
mengumpulkan mereka dan menubuhkan Jamaat Islami. Hal ini berlaku pada tahun 1941 masihi.
Faktor seperti inilah yang menyebabkan wujudnya pelbagai Jemaah Islamiyyah. Dan kenyataan
seperti inilah memperkuatkan hujah bahawa kepelbagaian jamaah pada hari ini adalah merupakan
satu keperluan semasa yang tidak dapat dielakkan.

30
 Berkomitmen dengan hanya satu gerakan.

Apa pendapat kamu jika seseorang menyertai banyak gerakan dakwah pada satu masa?

Jawapannya, jauh lebih baik jika hanya menyertai satu gerakan dan kemudian bersungguh-
sungguh dalam gerakan tersebut. Analoginya, Mr. A hanya ambil jurusan Kejuruteraan dan akhirnya
mendapatkan anugerah dekan, gred A. Mr. B pula mengambil jurusan Kejuruteraan dan Perubatan
serentak, kemudiannya kesibukan dalam mengimbangi kedua subjek itu serentak, akhirnya hanya
lulus dengan gred C+ dalam kedua-dua jurusan itu. Siapakah yang lebih mudah mendapat pekerjaan
setelah graduasi? Mr. A yang mendapat dekan dalam kejuruteraan, atau Mr. B yang mempunyai sijil
dalam kedua-dua subjek Kejuruteraan dan Perubatan. Pastinya Mr. A! Siapa pula yang lebih penat
dan susah payah? Mr. B.

Akhirnya, jika kita sertai banyak gerakan pada masa yang sama, bantuan yang kita dapat
berikan kepada Islam adalah kurang, berbanding jika kita bergerak dalam satu gerakan sahaja, tapi
dengan bersungguh-sungguh. Adalah lebih baik kesannnya kepada dakwah bila kita benar-benar
komitmen dengan satu gerakan, agar proses tarbiyah kita dapat dijalani sepenuhnya.

Tambahan pula, dakwah yang kita impikan bukan dakwah yang hanya mengisi masa lapang.
Dakwah ini akhirnya akan menjadikan seeorang itu tidak mempunyai masa lapang, sesuai dengan
kata-kata Syed Qutb “Tanggungjawab yang perlu kita selesaikan lebih banyak daripada masa yang
kita ada”. Oleh itu, mana mungkin seseorang itu dapat bergerak dengan sepenuhnya dalam dua
jemaah pada waktu yang sama.

31
 Memilih Jemaah Terbaik

3:71 - Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

9:100 – Allah redha kepada golongan yang terawal masuk Islam, dan mereka yang MENGIKUTI
MEREKA DENGAN BAIK

Ada yang mengatakan, mereka mencari “tarbiyah” yang kononnya sesuai dengan jiwa, dengan hati,
dengan keadaan mereka. Padahal, kita memilih jalan dakwah yang terbaik, bukan berpandukan
keinginan kita, tetapi hendaklah berpandukan al-Quran dan as-sunnah.

Seandainya kita tetap memilih bentuk tarbiyah dan dakwah yang kita rasakan paling selesa,
senang,mudah, tidak menuntut pengorbanan yang besar, dan sesuai dengan hawa nafsu kita,
nescaya akan berterusanlah masalah-masalah umat yang berleluasa di muka bumi ini. Firman Allah :

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan
semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka
kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.”

(Surah al-Mukminun, 23:71)

Kita tidak memilih yang paling mengikut hawa nafsu kita, iaitu yang paling mudah, selesa, memberi
pangkat dan harta, dan sebagainya. Kita perlu memilih,mana yang paling rapat dengan apa yang
digariskan dalam al-Quran dan yang diajarkan oleh baginda s.a.w., seperti firman Allah s.w.t. dalam
4:59 bahawa jika ada perselisihan, maka kembalikanlah kepada Quran dan Sunnah. Apabila kita
berusaha mengikuti garis pandu ini, kita menjadi sangat berbeza dengan kebanyakan gerakan
dakwah di Malaysia ini. Antaranya :
1. Kita sampaikan berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah
2. Kita pentingkan elemen tarbiyah daripada elemen dakwah ‘ammah, jawatan, etc
3. Adanya pantauan mutabaah dan kita prihatin dengannya
4. Kita latih ahli halaqah untuk berkorban sama ada masa, tenaga, kerehatan, dan harta
5. Kita larang membuat perkara yang lagha (23:1-3)
6. Kita memboikot produk yang membantu tentera zionis, selari seruan Syeikh Yusuf al-
Qardawi yang memfatwakan haram ke atas pembelian barangan yg menyokong Israel.
7. Kita tidak hanya teori, tetapi mementingkan aspek praktikal. Buktinya, pantauan mutabaah,
ujian ke program, dan bertanya mengenai progress ajak kawan semasa musykilah halaqah

“Nak masuk syurga kan ada banyak lagi cara”. Sedangkan kalau kita pilih jalan yang terbaik pun
belum tentu masuk syurga, apatah lagi kalau tak pilih jalan yang terbaik. Wah, yakin sungguh kita
bahawa kita memang akan dapat masuk syurga?
“Terlalu ramai orang bertabligh, kerana semua mereka hanya mubaligh. Tetapi terlalu sedikit orang
yang berdakwah, kerana kita kekurangan para da’ie – yakni mereka yang benar-benar merawat
umat”

32
 Ketaatan dalam jemaah / alasan

21:2 – jangan main-main bila dengar ayat-ayat allah

Dalam perang khandak setelah hampir sebulan dikepung musuh, Hudzafah al-Yamani sedang
berada dalam kem dalam keadaan sejuk, lemah, kelaparan, tanpa senjata. Namun, bila diarahkan
untuk taat pada pengarahan Rasulullah s.a.w. untuk menyelinap di tengah-tengah kem musuh
semasa peperangan Khandak untuk mengintip musuh, dia tak kata “Ramai lagi sahabat lain yg lebih
kuat, lengkap bersenjata”. Dia kata “Kerana dah diarahkan oleh rasulullah s.a.w., mahu tak mahu,
aku terpaksa lakukan”

24:51 - Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-
Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami
patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Daripada hadith 40 Imam nawawi, hadith ke 41 :


Daripada Abi Muhammad Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya :
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang telah aku bawa”
( Riwayat al-Hakiim (4/164), al-Khatib (4/368), dan Ibn Abi Asim (no.15)

33:36 – bila dah ada ketetapan allah, tak boleh ada pilihan lain

Dalam peristiwa Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. bersetuju dengan perjanjian yang dibuat oleh
kaum musyrikin quraisy. Para sahabat tak berpuas hati, sebab perjanjian itu berat sebelah. Orang
Mekah yang lari ke Madinah kerana masuk Islam, perlu dipulangkan ke Mekah, tapi orang Madinah
yang lari ke Mekah kerana murtad, tidak perlu dipulangkan ke Madinah. Sampai ke tahap Umar
bertanya kepada Abu Bakar dengan nada kesal “Bukankah dia itu Rasulullah?”. Namun, sebenarnya
baginda s.a.w. sebagai pemimpin, nampak hikmah yang para sahabat yang lain tak nampak di sebalik
perjanjian tersebut. Kerana perjanjain itulah, berlakunya Fathul Makkah.

9:94 – janganlah beri alasan lagi

9:44, 45 – hanya orang munafiq sahaja yang akan memberi alasan untuk tidak berjihad

9:92 – sahabat dulu, bila betul-betul mereka tak boleh pergi berperang, mereka sedih, menangis

Kemudiannya, dengan alasan tu, dia rasa dia betul

2:11-12 – rasa mcm dia dah buat betul, padahal dialah yang buat kerosakan

33
 Pembersihan daripada jemaah / pemberian iqob

Sirah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi’, dan Hilal bin Umayyah tidak menyertai perang Tabuk,
kemudian Nabi memerintahkan agar semua umat Islam memulaukan mereka. Setelah 50 hari, turun
ayat (9:17 & 18) menandakan Allah telah menerima taubat mereka dan iqob mereka sudah selesai.

27:20-22 – Disiplin yang dijaga, burung hud-hud yang terlambat datang liqo sahaja diancam untuk
disembelih

21:2 – jangan main-main

9:47 – orang munafiq, kalau terus dibiarkan dalam saf jemaah dakwah, hanya akan memberi
kesusahan kepada dakwah. Penyakit yang ada dalam hati mereka akan merebak kepada orang lain.

Analoginya, antm seorang pelajar yang sentiasa datang awal ke kelas dan menyiapkan
semua kerja yang diberikan oleh lecturer, walaupun kerja itu memang sangat banyak sehingga
terpaksa tidur lewat pagi kerana menyiapkankerja tersebut. Dalam kelas tersebut, ada ramai pelajar
lain yang selalu datang lambat, dan tidak pernah menyelesaikan kerja yang lecturer berikan. Tapi,
lecturer tak pernah pun marah pun pelajar lain yang tidak pernah datang awal dan menyiapkan kerja
tersebut. Lambat laun, setelah antm tengok pelajar lain tak pernah kena marah, pasti akan datang
rasa berat dan malas untuk menyiapkan kerja yang lecturer berikan. Begitu juga dalam dakwah. Jika
antm tak datang program, akhirnya yang lain-lain yang sudah sangat proaktif dan semangat untuk
berdakwah, mereka akan rasa nak terikut. Rasa nak bermalas-malasan jugak. Penyakit yang asalnya
ada dalam hati antm tu akan merebak ke dalam hati yang lain-lain.

2:10 – Allah tambahkan penyakit dalam hati mereka yang ada penyakit tu tadi, betul? Salah. Allah
sebut, allah akan tambahkan penyakit, tapi bukan hanya kepada orang yg berpenyakit tu tadi. Allah
akan tambahkan penyakit itu kepada orang di sekitar kita jugak.

Buktinya, ramai orang yang berkapel, buat kesalahan-kesalahan disisplin kat sekolah, dengan alasan
“pengaruh rakan sebaya”. Memang, orang yang hatinya berpenyakit ni perlu diasingkan.

3:142 – Allah pasti akan nyatakan siapa yang benar-benar berjihad dan bersabar

3:179 – memang Allah pun takkan biarkan orang munafiq ni dalam kalangan orang beriman.

Kalau ana tak buat pembersihan pun, pastinya Allah akan bersihkan. Sebab dalam ayat ni
Allah dah sebut direct, bahawa Allah takkan biarkan. Allah pasti akan sisihkan. Kenapa? Sebab orang
yang berpenyakit ni sendiri yang tidak mahu membersihkan penyakit yang ada dalam hati mereka.
Maka Allah sendiri lemahkan pendirian mereka, Allah asingkan mereka.

9:46 – bila mereka tak buat persiapan, tak betul berkeinginan untuk berdakwah, Allah lemahkan lagi
keinginan mereka. Allah asingkan mereka.

Jadi tolong perbaiki diri, jangan paksa ana buang antm daripada halaqah ni, sebab antm yang
memilih. Antm yang memilih untuk mengekalkan sifat-sifat munafiq ni dalam diri antm. Halaqah ni,
kita nak bersihkan sifat munafiq dalam hati. Kalau ikut halaqah, tapi akhirnya simpan sifat munafiq
jugak, pastu masuk neraka jugak, baik tak payah.

34
BAB 5 : PENGORBANAN

 Islam tidak boleh dipaksa-paksa / Halaqah suka push orang / selalu bagi ayat sentap

2:256 - “Tiada paksaan dalam agama”, bukan “Tiada paksaan dalam Islam”

Tafsir fi Dzilal menafsirkan ayat ini sebagai, tidak boleh kita memaksa orang untuk memilih agama.
Namun, setelah dia memilih Islam, maka dia memang akan tertakluk kepada beberapa peraturan.
Contohnya, orang murtad setelah dikonsultasi dan dinasihati, boleh dihukum bunuh. Kalau minum
arak, akan disebat.

Kalau betul dalam Islam tidak boleh dipaksa-paksa, kenapa dalam hadith riwayat ahmad ada nabi
suruh rotan anak yg tak solat bila mereka berusia 10 tahun? Jelas,paksaan itu memang satu method
yang penting dalam membina disiplin dalam Islam.

Umpamanya, tidak ada orang boleh dipaksa untuk masuk UTP. Tapi siapa yang dah masuk UTP, wajib
datang kelas, wajib bayar yuran, dipaksa untuk mengikut peraturan UTP, etc. Begitu juga dengan
tarbiyah islamiyyah.

Ihya’ ‘Ulumuddin Imam al-Ghazali menyebut, kalau nak membiasakan diri dengan satu sifat baik,
atau nak menghilangkan satu sifat buruk dalam diri, memang perlu dengan memaksa diri dengan
apa jua cara yang boleh dengan usaha yang konsisten dan kerap. Tanpa unsur paksaan, tak mungkin
sifat yang baik itu boleh diterapkan dalam diri.

Rujuk juga kisah Hudzafah al-Yamani yang terpaksa akur dengan perintah Rasulullah s.a.w. bila
disuruh mengintip dalam perang khandak, padahal dia sedang dalam keadaan lemah, sejuk, dan
kekurangan kelengkapan

4:63 – Memang kita perlu berikan perkataan yang berbekas pada jiwa kepada mereka yang ada sifat
munafiq dalam hati mereka. Sebab tu kami bagi ayat-ayat sentap untuk push orang jadi baik.
Pendakwah yang tak memberikan ayat yang mampu menyentap di jiwa, jelas-jelas adalah
pendakwah yang tidak berjaya memenuhi ayat ini.

Dalam al-Quran pun guna perkataan-perkataan “Bodoh”, “Tidak berakal”, malah ada
mengumpamakan manusia dengan binatang ternak dan anjing. Contohnya 25:63, 7:175, 7:179. Al-
Quran menggunakan perkataan-perkataan ini untuk menegur mereka, menunjukkan itulah
perkataan yang paling tepat untuk digunakan kepada mereka. Siapa kita nak kata perkataan-
perkataan ini tak sesuai?

“Please use the right word, on the right person, at the right moment, for the rght purpose” –
MHAMN

“Lebih baik mereka dipaksa untuk solat dengan tidak ikhlas, daripada mereka masuk neraka dengan
seikhlas hatinya”

35
 Tak sanggup berkorban / cinta dunia / pengorbanan

Nak berislam, memang kne berkorban. Korban masa, harta, tenaga, perasaan, dan segala-galanya.
Tak bersedia nak berkorban, takyah jadi Islam.

2:214 – nak masuk syurga mmg kne berkorban. Tak logik syurga yang indah tu kita dapat masuk
dengan harga yang murah.

nota : Ceritakan salah satu pergorbanan para sahabat dalam islam. Bilal bin Rabah, Khabab al-Arat,
hadith Ghulam, keluarga Yasir

Semasa hijrah Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar as-Sidq ke Madinah, mereka bersembunyi seketika di
Gua Tsur. Asma’ binti Abu Bakar pergi ke Gua Tsur setiap hari dalam keadaan mengandung 8 bulan,
berjalan kaki hampir 30 kilometer pergi balik, dan mendaki Gunung Tsur yang tingginya 458 meter,
dilakukan selama 3 hari.

29:2-3 : Menipulah orang yang mengaku dah beriman tapi tak nak berkorban

3:92. Ada orang, tunggu masa lapang, baru nak datang halaqah. Bizi sikit je, dah tak datang. Kenapa
kita hanya beri masa yang lebihan, yang dah mmg takde apa nak buat, baru datang halaqah? Kenapa
kita hanya bg sisa lebihan masa kita je kepada Allah? Mmg Allah hanya layak diberi sisa-sisa masa
kita je ke? Allah dah terang-terang kata, kamu takkan memperoleh kebaikan,selagi kamu tak
korbankan harta yang kamu cintai. Jangan kita korbankan benda-benda sisa sahaja kepada allah

45:23, 23:71 - Jangan ikut hawa nafsu (in general), jangan ikut keinginan, nanti akan tersesat dan
dikunci hati

7:176 – kalau cenderung kepada dunia dan mengikut keinginan, allah kata dia ni umpama anjing

17:18 – Siapa nakkan dunia, boleh dapat dunia, tapi baginya neraka jahannam.

13:28, 20:124 – Kalau dapat dunia (harta, pangkat) sebanyak mana pun, HANYA dengan mengingati
Allah, hati jadi tenang. Kalau berpaling daripada peringatan Allah, kemudian dia kejar dunia,
akhirnya Allah akan sempitkan jugak kehidupan dia.

3:165 – Kekalahan umat Islam dalam perang uhud ialah kerana tewas dengan nafsu, cinta harta

51:17, 32:16 – orang beriman tidur lambat

58:11, 59:18 – sanggup susun masa dan luang masa

9:42, 9:41, 9:38 – sanggup berjalan jauh demi dakwah. Selain tu, kalau kita tengok orang berjalan
jauh-jauh untuk tujuan duniawi, boleh pulak. Pergi ipoh untuk tengok wayang, etc. Tiba-tiba untuk
dakwah, tak boleh pulak.

Sanggup korban harta : Kisah Abu Bakar As-Siddiq yang infaqkan seluruh harta dia untuk perang
tabuk, Nabi s.a.w. sendiri pun ada berhutang dengan seorang arab badwi

36
 Masalah untuk berkomitmen semasa cuti

2:208 – Masuk islam kena keseluruhan. Tidak ada Islam part-time. Kita full-time da’ie, tidak ada da’ie
part time. Tidak ada “bercuti” daripada menjadi hamba allah.

22:11 – jangan sembah allah hanya di tepi, sembah allah hanya bila mendapat kebajikan tarbiyah,
etc. Tapi bila ditimpa bencana dan ujian, baik dalam bentuk kesukaran mahupun kessenangan, dia
berbalik ke belakang

57:16 – Jangan biar masa yang lama, nanti hati kita terus mengeras

8:24 – bila diseru untuk berdakwah, diseru oleh allah dan rasul kepada tarbiyah yang menghidupkan
hari kita, maka perlu kita penuhi. Ingat, Allah yang kawal hati kita. Perlu kita penuhi seruan allah

33:70-71 – Kita datang halaqah ni nak membaiki amalan kita kan? Jadi allah bgtau, allah akan baiki
amalan kita, sekiranya kita bertaqwa dan berkata benar. Jadi, katakan kebenaran. Kalau ana mintak
mutabaah masa cuti, tolong berikan mutabaah yang benar. Jangan tipu, apatah lagi senyap langsung.
Kalau antm betul nak baiki amalan antm, antm kena report mutabaah antm semasa cuti kepada ana
dengan benar.

7:17 – kalau duk sorang2, nanti syaitan akan datang menyerang dari segenap arah.

“Sesungguhnya syaitan itu serigala bagi manusia, seperti serigala bagi kambing. Ia akan menerkam
kambing yang keluar dan menyendiri daripada kawanannya.” (HR Ahmad & Tirmizi)

18:28 – jangan akhirnya mata kita tergoda dengan dunia yang menunggu di rumah

45:23 –kalau tewas dengan dunia, nanti hati terkunci

59:18 – buat planning pada masa cuti agar dapat jaga iman

37
 Kepentingan datang ke program / pengorbanan / perjalanan jauh

2:214 – Mengapa ayat ini tidak berbentuk pernyataan? Sebaliknya, ayat ini berbentuk sebuah
pertanyaan. Ia sebuah soalan retorik, kerana menunjukkan rasa tercengang dalam tidak percaya,
melihatkan adanya manusia yang merasakan syurga itu boleh didapatkan dengan harga yang murah.

Ada manusia yang menyangka, syurga yang begitu indah, lebih luas daripada langit dan
bumi, kemudiannya syurga itu boleh didapatkan sambil melayani hawa nafsu dan kesenangan dunia,
tanpa perlu mengorbankan apa-apa. Wah, jika benar syurga boleh diraih tanpa pengorbanan yang
besar, apa gunanya para sahabat mengorbankan harta, masa, keluarga, kedudukan, dan segala-
galanya demi Islam?

Salman al-Farisi dan Mus’ab bin Umair, kedua mereka sangat dimanjakan oleh keluarga,
diberikan kepada mereka apa sahaja yang mereka inginkan. Namun, kerana dakwah, mereka sudah
tidak lagi diterima oleh keluarga dan hidup dalam susah payah. Salman al-Farisi, akhirnya lari
daripada rumah, mengakibatkan dia ditipu oleh pedagang dan dijual sebagai hamba. Mus’ab bin
Umair pula, diugut oleh ibunya bahawa ibunya sanggup mati sekiranya Mus’ab bin Umair tetap
mahu memilih Islam. Namun betapa teguhnya dua orang sahabat ini, mereka tetap memilih Islam,
mengorbankan dunia yang mereka miliki.

Dalam ayat 29:2-3 lebih jelas, bahawa orang yang belum ditimpa ujian seperti dahsyatnya
para rasul terdahulu, tidak layak langsung untuk mengaku diri mereka sebagai orang beriman.

Antara ujian dan pengorbanan yang perlu kita hadapi pastinya daripada segala jenis dugaan.
Keluarga yang menghalang dakwah seperti dua orang sahabat tadi, kekurangan harta seperti
kebanyakan sahabat malah baginda rasulullah s.a.w. yang hidup mempunyai hutang, kesibukan
masa kerana berdakwah sehingga tidak sempat mencari nafkah lebih seperti para Khulafa’ ar-
Rasyidin, perjalanan yang jauh seperti yang dirasai dalam kebanyakan peperangan dalam keaadan
tiadanya kenderaan sepertimana kita sekarang, dan segala dugaan yang lain.

Mengapa adanya ujian yang sengaja diberikan oleh Murobbi kepada kita? Kerena dalam
halaqah, kita hanya menerima teori dan menjawab secara teori. Jika sekadar berteori, maka orang
munafiq lah yang akan menang. Orang munafiq memang hebat berteori. Kelebihan orang munafiq
dalam bab teori banyak kalli diperingatkan kepada kita dalam al-Quran. Antaranya

63:4 – Surah al-Munafiqun,menyebut jika kita melihat orang munafiq, kita memang akan kagum
dengan tubuhnya dan kemampuannya dalam bidang duniawi. Jika mereka berkata-kata, kita akan
sangat tertarik dan akan mendengar apa yang dikatakannya.

2:204 & 205 – Ucapannya mengenai kehidupan dunia akan menarik hati orang, malah dia akan
berjanji dan bersumpah atas nama Allah. Padahal, dialah penentang yang paling keras. Akhirnya,
dialah orangnya yang melakukan kerosakan.

9:47 – Orang munafiq memang tidak berguna buat Islam, malah hanya akan memburukkan nama
Islam.Walaupun, bila orang munafiq ini berkata-kata, orang beriman sangat suka mendengar
perkataan mereka.

38
Serta banyak lagi ayat yang lain, membuktikan betapa hebatnya orang munafiq dalam berteori.

Jadi, bagaimana kita mendeteksi sama ada kita terlepas atau tidak daripada sifat munafiq
ini?

Orang munafiq, akhirnya dia akan tewas di lapangan praktikal. Namun bukan lapangan
praktikal yang biasa-biasa, kerana Ibnu Mas’ud juga ada meriwayatkan bahawa orang munafiq yang
jelas-jelas munafiq sahaja yang akan meninggalkan solat berjemaah. Maknanya, ada orang munafiq
yang tidak jelas, yang mereka ini juga tidak pernah terlepas solat berjemaah. Adapun hadith
mengenai solat subuh, asar, dan isya’, hadith itu menyebutkan tiga waktu solat itu sebagai “Waktu
paling sukar” bagi orang munafiq, tidak bermakna orang munafiq pasti tidak akan hadir soalt subuh
berjemaah.

Maka, bila orang munafiq akan terlihat kemunafiqannya?

9:42 – Dalam jihad, sekiranya jihad itu mempunyai dua ciri ini, orang munafiq mampu untuk turut
serta. Iaitu,

(1) Mempunyai keuntungan dunia, sama ada harta, kedudukan, nama baik, atau apa sahaja,
yang mudah diperoleh.
(2) Perjalanannya tidak seberapa jauh.

Nah, jelas. Orang munafiq memang boleh turut serta dalam jihad, selagi jihad yang disertainya
masih memberikan mereka kepentingan duniawi dari segi harta rampasan perang yang banyak, dan
duniawi yang lain. Satu lagi, orang munafiq memang mampu hadir peperangan yang jaraknya dekat.
Maka, kerana itu kita sengaja menyusun program yang melanggar dua ciri ini.

Pertama, program yang disusun dipastikan untuk tidak memberi manfaat duniawi. Peserta
program tidak akan diberi elaun, bayaran, dinaikkan namanya di kaca televisyen, atau apa-apa,
malah mereka yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli tiket dan hadir ke program.
Padahal sebenarnya, apalah kiranya hanya tiket rm300 untuk ke pedalaman sabah untuk berdakwah
dikeluarkan jika dibandingkan dengan Suhaib ar-Rumi. Ketika berhijrah ke Madinah, Suhaib ar-Rumi
terpaksa menawarkan semua harta yang disorokkannya di Mekah kepada pemuda musyrikin Mekah
yang mengejarnya. Bila Suhaib bertemu semula dengan Rasulullah, langsung Baginda s.a.w.
memberitahu Suhaib “Perniagaan yang baik wahai Suhaib. Perniagaan yang baik”. Lebih hebat lagi,
kisah Umar al-Khattab yang menginfakkan separuh hartanya dalam perang Tabuk, tewas apabila
mendengarkan Abu Bakar as-Siddiq langsung menginfaqkan seluruh hartanya dalam perang yang
sama.

Kedua, program yang disusun sengaja dibuat jauh sedikit. Mula-mula, sekadar luar daripada
kampus. Kemudian, dibuat luar daripada daerah. Kemudian, negeri. Kemudian, akan diarahkan
untuk menyertai program dakwah di Semenanjung Malaysia, atau di Sabah Sarawak. Tujuannya
tidak lain dan tidak bukan, untuk mengikis sifat munafiq dalam hati. Kerana memang orang munafiq
akan kecundang bila diarahkan untuk menempuh perjalanan yang jauh tanpa sebarang keuntungan
dunia. Mungkin awalnya akan terasa berat, itu normal. Kerana itu, Allah menyebut dalam 9:41, allah
mengarahkan kita untuk berangkat dan berbuat, tidak mengira sama ada terasa berat mahupun
ringan. Ini arahan daripada Allah. Mungkin awalnya, kita akan terasa berat untuk berjihad. Namun,

39
lama-kelamaan, rasa berat akan hilang sedikit demi sedikit, bersama dengan kemunafiqan yang
dikikis setiap kali kita menempuh perjalanan yang jauh demi dakwah.

Seandainya program ini tidak ada, maka ahli halaqah hanya akan mentarbiyah diri mereka
masing-masing dengan teori. Jadi, apa yang perlu dibuat jika ada peserta halaqah yang hanya
mampu menunjukkan prestasi secara teori, namun masih terasa berat untuk melepasi ujian praktikal
untuk hadir ke program? Apa yang perlu diberitahu kepada mereka?

Jawapannya, tidak ada. Tidak ada lagi apa-apa yang boleh diberitahu kepada mereka. Kerana
dari segi teori, mereka sudah memahami apa kepentingan program-program ini. Yang tinggal, ialah
ujian praktikal untuk mengikis kemunafiqan dan rasa berat dalam hati. jadi, peserta yang tidak hadir
ke program, perlu diarahkan lagi dan lagi untuk hadir ke program, sehingga mereka lulus ujian
praktikal tersebut, dan sifat munafiq itu berjaya dikikis sedikit demi sedikit, sehingga hilang rasa
berat untuk berdakwah dalam hati mereka. Tiada gunanya lagi memikirkan jawapan teori, kerana
mereka sudahpun lulus dalam bidang teori. Hanya tinggal, untuk meluluskan di lapangan praktikal.

9:80-81 – orang yang, kalau nabi s.a.w. sendiri mintak ampun untuk mereka, tetap Allah takkan
ampunkan. Ini orang yang rasa gembira dengan tidak pergi berjihad.

 Dia (murobbi) tak layak ajar saya jadi baik sebab dia pun tak sebaik mana

25:7-8 Manusia selalu menginginkan para pendakwah ini menjadi malaikat yang tidak pernah
berdosa. Perlu ingat, pendakwah juga manusia yang juga melakukan kesilapan. Tidak logik mencari
guru yang sempurna, tapi carilah guru yang terbaik.

13:11 – Guru kita bermasalah, itu satu hal. Daripada kita sendiri pulak, sejauh mana usaha kita
sendiri? Padahal, usaha sendiri tu lah yang paling penting. (Boleh terangkan Tarbiyah Jama’iyyah VS
Tarbiyah Fardhiah VS Tarbiyah Dzatiyyah)

40
BAB 7 : NASIHAT UNTUK PENDAKWAH

 Proaktif / jangan menunggu-nunggu / dakwah jangan perlahan-lahan, nak slow-slow

57:16 – masa yang panjang menyebabkan hati keras

57:13-14 – orang munafiq yang bersama dengan orang beriman, tapi akhirnya diasingkan daripada
orang beriman di akhirat, kerana mereka MENUNGGU-NUNGGU. Kalau kita bersikap menunggu-
nunggu dan tidak proaktif, takut dah penat-penat buat kerja dakwah, tapi di akhirat tetap sahaja
dikelompokkan sebagai orang munafiq

Kalau kita bersikap menunggu pengarahan, menunggu panduan, baru nak berbuat, takut kita jadi
munafiq. Cuba check balik diri kita, berapa banyak kerja dakwah yang dah kita buat tanpa
pengarahan. Berapa banyak bahan tsaqafah kita dah baca tanpa pengarahan.

35:32 – Jadilah orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan

4:58, 2:148 – berlumba-lumba dalam kebaikan

23:60-61 – orang yang takut dan yakin mereka akan kembali kepada tuhan, mereka pasti akan
bersegera untuk mendapat kebaikan. Orang inilah yang akan segera mendapat kebaikan. Kita nak
dapat kebaikan tu cepat atau lambat? Kita nakkan kemenangan Islam itu cepat atau lambat?

3:135 orang yang berbuat kesalahan perlu SEGERA mengingati tuhan mereka dan bertaubat semula

 Kita perlu study habis-habisan, kerana kita study demi Islam

Masing-masing kita sekarang berda dalam bidang tertentu yang kita ceburi. Akaun, kejuruteraan,
pengaturcaraan, kedoktoran,dan lain-lain. Jika kita lihat sekarang, betapa banyak dalam dunia ini,
kita ketinggalan dalam setiap bidang ini. Contohnya, bidang komputer. Kita semua terpaksa
bergantung kepada Windows dan Intel yang memang merupakan syarikat Yahudi, untuk melakukan
segala kerja kita. Begitu juga dengan Google, Youtube, semua mereka punya. Seandainya satu hari,
tiba-tiba mereka memutuskan untuk tidak memberi akses kepada teknologi mereka ini, kita umat
Islam akan terkapai-kapai. Betapa jelasnya bahawa, fardhu kifayah kita tidak dipenuhi.

Oleh itu, kita perlu naikkan kembali nama umat Islam.

24:55 – allah menjanjikan orang beriman akan diberi kekuasaan di muka bumi

21:105 – bumi ini akan diwarisi oleh orang-orang yang soleh

Study dengan dakwah, mana penting? Dakwah?? Salah! Study itu adalah salah satu daripada
dakwah. Dua-dua mesti dijaga seiringan

41

Anda mungkin juga menyukai