Anda di halaman 1dari 8

PEMBUKAAN KOTA

MEKAH
Pembukaan Kota Mekkah
• Selepas penghijrahan nabi Muhammad dari kota Mekkah ke kota Madinah, kota Mekkah dikuasai oleh orang
bukan Islam
• Menjadikan kota Mekkah sebagai pusat penyembahan berhala dan amalan tradisi masyarakat jahiliah.
• Amalan dan tradisi ini mecemarkan kesuciaan Kaabah yang dibina oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail untuk
tujuan beribadat. (2:127), (3:96).
Peristiwa Pembukaan Kota Mekkah

1) Pelangaran perjanjian Hudaibiyyah


2) Perperangan
3) Pembukaan kota Mekah
Perlanggaran Perjanjian Hudaibiyah
• Bani Khuza’ah berpihak/bersekutu dengan Rasulullah
• Bani Bakar berpihak/bersekutu dengan Quraisy
• Naufal bin Muawiyah al-Daily bersama jemaahnya bani Bakar telah menyerang Bani Khuz’ah pada malam
Syaaban tahun ke – 8 Hijrah
• Bani Bakar berjaya membunuh orang Bani Khuza’ah, terjadilah perperangan di antara mereka
• Quraisy hulur bantuan kepada Bani Bakar malah beberapa orang tokoh Quraisy tutrut terlibat dalam
perperangan.
• Perang berlaku sehingga masuk ke kawasan Al-Haram Mekkah
• Di Mekkah, Bani Khuza’ah mendapatkan perlindungan di rumah Budail Warqa’ al – Khuzai’ dan Rafie’.
• Amru bin Salim al – Khuzai’ pergi ke Madinah untuk ceritakan kepada Rasulullah.
• Quraisy adakan permesyuaratan unutk sidang tergempar dan memutuskan Abu Suffian ke Madinah untuk
memperbaharui perdamaian.
• Di Madinnah Abu Suffian berumpa dengan
• Anaknya, Ummu al – Mukminin
• Rasulullah
• Abu Bakar
• Umar
• Ali bin Abi Talib
Peperangan
• Satu petikan dari riwayat al-Tabrani mengatakan bahawa Rasulullah telah mengarah Aisyah (r.a) mempersiapkan
kelengkapan dan peralatan, iaitu tiga hari lebih awal, sebelum Rasulullah menerima berita pelanggaran terhadap
perjanjian perdamaian. Persiapan Rasulullah ini tak siapa pun mengetahuinya.
• Di subuh hari selepas persiapan itu, Amru bin Salim al-Khuza’i datang bersama 40 penunggang kenderaan. Amru
berbicara dengan Rasulullah. Sekalian yang mendengarnya pun mengetahui peristiwa pelanggaran perjanjian.
Selepas itu disusuli pula dengan kedatangan Abu Sufian, dengan itu sahihlah peristiwa berkenaan.
• Rasulullah mengarahkan yang lain untuk bersiap ke Mekkah. Namun, beritanya tetap dirahsiakan.
• Untuk mengaburkannya, Rasulullah mengutus satu unit sariyah yang terdiri daripada 8 orang di bawah pimpinan
Abu Qutadah bin Rabie’ ke daerah Adham
• Hatib bin Abi Baltaah mengutus risalah ke Mekkah menceritakan pergerkan Rasulullah ke Mekkah.
• Rasulullah mengutus Ali dan Miqdad untuk memeriksa perempuan yang diupah oleh Hatib bin Bai Baltah.
• 10 hari terakhir Ramdhan Rasulullah keluar dari Madinah ke Mekkah dengan bala tentera 10 000. Baginda melantik
Abu Rham Al – Ghaffari sebagai amir di Madinah.
• Rasulullah singgah di Mar al – Zahran. Rasulullah memerinthakan tentera berkhemah dan menyalakan api.
• Al – Abbas mengambil baghal Rasulullah keluar mencari kalau-kalau ada orang yang mencari kayu api atau siapa
sahaja yang boleh memberitahu kepada Quraisy, supaya mereka keluar meminta perlindungan dari Rasulullah
sebelum baginda masuk ke Mekkah
• Al – Abbas terdengar Abu Sufian berbincang dengan Budail. Al – Abbas mengajak Abu Sufian berjumpa dengan
Rasulullah unutk meminta perlindungan.
• Abu Sufian dibawa berjumpa Rasulullah
• Abu sufian memeluk islam.
• Rasulullah mengarahkan Abu Sufian memberitahu orang Quraisy mengenai perlindungan Rasulullah.
• Rasulullah bergerak meninggalkan Mar al – Zahran menuju ke Mekkah. Baginda memerintahkan Al – Abbas
membawa Abu Sufian ke segenting suatu lembah untuk memerhatikan pergerakan tentera islam.
• Abu Sufian kagum melihat kontijen Rasulullah bersaama kaum Muhajirin dan Ansar yang serba hijau.
• Sesampainya di Mekah, Abu Sufian segera melaung mengenai perlindungan nabi.
• Orang ramai segera berlindung. Namun, ada yang menetang iaitu Ikrimah bin Abi Jahal, Sufwan bin Umaiyah dan
Suhail bin Amru
• Mereka mengumpulkan tentera dan berkumpul di Khandamah.
• Di Zi Tawa Rasulullah Menyusun tentera
• Meletakkan Khalid Al – Walid di sebelah kanan bersama Aslam, Salim, Ghaffar, Muzainah, Juhainah dan
beberapa Arab yang lain diarahkan memasuki Mekkah melalui bawah
• Al-Zubair bin al-Awwam diletakkan di sebelah kiri, bersama-sama beliau ialah Panji Rasulullah, beliau diarah
supaya memasuki Makkah dari sebelah atas iaitu dari arah Kada panji itu dipacakkan di alHajjun, beliau
menunggu di situ hinggalah Rasulullah sampai.
• Abu Ubaidah bin al-Jarrah memimpin tentera pejalan kaki yang tidak membawa peralatan perang, beliau di
arah supaya mengambil jalan "Baton al-Wadi", bergerak hingga bertemu dan berdepan dengan Rasulullah di
Makkah
• Golongan Quraisy bertembung dengan Khalid al – Walid dan sahabatnya di al – Khandamah, berlaku
pertarungan sehingga terbunuh 12 orang Musyrikin dan berakhir dengan kekalahan Quraisy.
Pembukaan Kota Mekkah
• Rasulullah memasuki Al – Majid Al – Haram terus menyentuh Hajar al – Aswad kemudian terus bertawaf
mengelilingi Kaabah
• Rasulullah membersihkan sebanyak 360 berhala dari atas Kaabah menggunakan busar panah sambal
membaca firman Allah "Kebenaran telah datang dan kebatilan menghilang, sesungguhnya kebatilan itu
telah terpadam" (17:81)
• Rasulullah memanggil Uthman Bin Talhah. Baginda mengambil kunci Kaabah darinya
• Di dalam Kaabah, Baginda melihat gambar Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail sedang bersumpah dengan
berhala
• Kemudian Baginda terlihat ukiran kayu seekor burung merpati, terus Baginda memecahkannya, manakala
gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya dipadamkannya
Pengajaran

• Pembukaan kota Makkah yang bermula dengan pembersihan dan penyucian unsur-unsur syirik dan


negatif telah menjadi momentum kepada perluasan dan kejayaan kuasa Islam. 
• Untuk mendapatkan kejayaan yang hakiki, pembersihan serta penyucian luaran dan dalaman diri
perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. 
• Antaranya memperbaharui taubat juga merupakan proses penyucian dan pembersihan diri dan
jiwa.
 

Anda mungkin juga menyukai