Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami:KA/001/2011 Tarikh: 2 Ogos 2011

Kepada: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulai, Jalan Pejabat Kerajaan, 81000 Kulai, Kulaijaya, Johor.

Tuan, PER: PERMOHONAN LANJUTAN MASA PROJEK: CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI

BERPENGHADANG DI PONDOK MENUNGGU BAS DI HADAPAN TJ MART, SALENG (ARAH JOHOR BAHRU, DAERAH KULAIJAYA.

Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon lanjutan masa untuk menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja seperti yang dinyatakan di atas. Kelewatan kami dalam menyiapkan kerja-kerja tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan. 2. Faktor-faktor kelewatan tersebut adalah seperti berikut:

a) Gangguan trafik. Seperti yang Tuan/ Puan sedia maklum tapak pembinaan terletak di tepi jalan utama Kulai ke JB, keadaan ini menyukarkan kerja-kerja dijalankan terutamanya ketika waktu-waktu puncak (kereta banyak) dan kerja-kerja perlu dijalankan secara berhati-hati. Malahan kemudahan tempat letak barang juga tidak ada menyebabkan pihak kami terpaksa mengangkut barang-barang yang diperlukan setiap kali ingin melaksanakan kerja.

b) Keadaan cuaca yang sering hujan. Keadaan cuaca yang tidak menentu telah menyebabkan kerja-kerja di tapak tergendala. Keadaan ini menyukarkan pihak kami untuk menjalankan kerjakerja di tapak terutamanya kerja-kerja pengorekan dan konkrit.

c) Kelewatan dalam menentukan Rekabentuk Pabble wash Oleh Jabatan Landskap Kelewatan dalam penentuan rekabentuk pabble wash ini juga merupakan salah satu sebab kelewatan kerja memandangkan kami tidak mahu menjalankan kerja yang tidak mengikuti spesifikasi kerja dan kehendak Pegawai Penguasa.

3. Oleh yang demikian, setelah melihat halangan - halangan yang ada dalam menyiapkan kerja berkenaan, pihak kami memohon lanjutan tempoh siap kerja selama 2 minggu 4. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan dalam permasalahan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

. AMAT SAJURI BIN SAINI PENGURUS

Anda mungkin juga menyukai