Anda di halaman 1dari 11

1

Pendahuluan

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini juga turut dikenali sebagai Triti London 1824
atau Perjanjian London 1824. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di
London yang diwakili oleh George Canning wakil pihak British dan Charles W.Wymn
yang merupakan wakil pihak Belanda telah melakukan rundingan di antara mereka untuk
menyelesaikan masalah persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal
Singapura.
1
Akhirnya British dan Belanda bersetuju untuk menamatkan persaingan dan
pergeseran antara mereka demi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing di
Kepulauan Melayu dengan menandatangani Perjanjian London 1824. Tambahan pula,
British dan Belanda mendapati ketegangan di antara mereka tidak memberi sebarang
Iaedah malah merugikan mereka. Selain itu, Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini
dilakukan tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu jelas memberi kesan kepada negara
Malaysia. Hal ini bermakna perkembangan kuasa politik dan ekonomi dapat dilihat
sebaik sahaja termeterainya perjanjian ini dalam masa yang singkat. Lantaran itu,
terdapat pelbagai perkara yang berlaku dalam perkembangan negeri melayu sebelum
tahun 1850. Oleh itu, memang tidak dapat dinaIikan lagi melalui Perjanjian Inggeris
Belanda 1824 ini terdapat pelbagai kesan yang berlaku sama ada dalam aspek politik
mahupun ekonomi terhadap perkembangan negara Malaysia.




1
Joginder Singh Jessy, 1978, Sefarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 101.
2

Politik

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh merupakan
kesan daripada Perjanjian Inggeris Belanda 1824.
2
Bagi pendapat saya, pembahagian
kawasan yang dibuat ini adalah untuk menamatkan masalah perebutan kuasa antara
British dan Belanda. Apabila masalah ini dapat diselesaikan maka politik di Malaysia
akan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak langsung akan menyakinkan pihak
pelabur atau pemodal untuk melabur di Malaysia dan seterusnya akan berlaku
perkembangan ekonomi. Sememangnya, Perang Napoleon asas kepada Perjanjian
Inggeris Belanda 1824. Setelah tamatnya perang, Belanda kembali semula ke Asia
Tenggara dan mendapati British menjalankan aktiviti perdagangan di Betawi tanpa
kebenaran Belanda. Betawi sebenarnya merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan
ini telah menimbulkan keadaan kurang senang Belanda dengan petempatan British di
Betawi. Bagi pendapat saya, Belanda merisaui petempatan British di Betawi kerana
Belanda takut kedudukan atau pengaruh Belanda tergugat. Selain itu, pihak Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI) di London juga berang dengan tindakan StamIord RaIIles
yang menjalankan aktiviti perdagangan di Singapura tanpa persetujuan mereka.
3

Akhirnya, bagi menjaga hubungan baik British dan Belanda di Eropah, di samping mahu
memelihara kepentingan masing-masing di Timur, mereka bersetuju menjalankan

2
Graham Irwin, 1986, 4rne4 Abad Kesembilan elas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81.
3
Tan Ding Eing, 1975, Oxf4rd Pr4ressive Hist4ry. A P4trait 4f Malaysia and Sinap4re. Kuala Lumpur:
OxIord University Press, hlm 47.
3
rundingan dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824.
4
Perjanjian ini
telah membawa kesan yang amat ketara sehingga menyebabkan gugusan Melayu
dipisahkan kepada dua kawasan di bawah pengaruh British dan Belanda. Hal ini jelas
menunjukkan pembahagian kawasan tersebut mengikut syarat yang telah dipersetujui
iaitu Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan takluknya serta logi di India kepada
British manakala British mengundur diri dari Hindia Timur dan menyerahkan Sumatera
serta Bengkahulu. Perjanjian ini jelas menunjukkan titik permulaan pembentukan entiti
geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.
5
Tegasnya, Tanah Melayu secara
keseluruhan telah menjadi hak milik British dan dengan ini membolehkan British dengan
mudahnya menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu tanpa sebarang penentangan
daripada kuasa Barat lain.

Pepecahan Empayar 1ohor-Riau
Setelah termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka empayar Johor
Riau juga turut menerima kesannya kerana sebahagian wilayahnya terletak dalam
pengaruh Belanda dan sebahagian lagi terletak pada British. Empayar Johor runtuh
kerana pembahagian dua kawasan pengaruh iaitu Singapura dan Tanah Besar Johor serta
Pahang yang berada di bawah kawalan British dan Riau-Lingga pula jatuh ke bawah
pengaruh Belanda. Hal ini bermakna perjanjian ini telah berjaya menyelesaikan masalah
perebutan takhta Johor antara Sultan Hussain dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini jelas
terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraI menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor

4
D.G.E.Hall, 1981, A Hist4ry Of S4uth-East Asia(F4urth Editi4n), London: the Macmillan Press Ltd. Hlm
550.
5
Abdul Rahman Haji Ismail, 2005, Malaysia. Sefarah Kenearaan dan P4litik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 234.
4
dan Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan Riau-Lingga.
6
Hal ini sekali gus
memberi kesempatan kepada Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan diri dari
kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan
Pahang dan empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat itu. Perkembangan politik terus
memecahkan empayar Johor yang diperintah oleh Sultan Hussain kerana baginda tidak
mempunyai kuasa yang kuat ke atas wilayahnya. Selepas kemangkatan sultan Ali pada
tahun 1877, putus zuriat Bendahara sebagai pemerintah Johor.
7
Akhirnya, kuasa politik
Johor terus beralih ke tangan keluarga Temenggung. Hal ini jelas apabila Temenggung
Ibrahim berjaya meletakkan asas yang kukuh dan akhirnya berjaya mengasaskan sebuah
kesultanan baru. Maharaja Abu Bakar terus memantapkan lagi kedudukan dan mula
menggunakan gelaran sultan pada tahun 1885.

Perkembangan Politik di Borneo Utara ( Sarawak)
Perkembangan politik Inggeris telah berlaku di Sarawak walaupun syarat-syarat
Perjanjian Inggeris Belanda 1824 adalah samar-samar mengenai lingkungan pengaruh
Inggeris dan Belanda di Borneo. Hal ini bermakna syarat perjanjian tersebut tidak
dinyatakan dengan jelas kawasan pengaruh kuasa Eropah sama ada di bawah pengaruh
British ataupun Belanda. Sebenarnya, sebelum tahun 1841 kuasa-kuasa Eropah ini
dikatakan tidak menunjukkan minat terhadap Borneo Utara dan alasannya adalah kerana
Borneo Utara tidak berIaedah dari segi perdagangan. Seterusnya, pada tahun 1839 James
Brooke pernah datang ke Sarawak dengan tujuan berjumpa dengan Pangeran Muda

6
Abdullah Zakaria, 1984/1985, Kemunculan Keluara Pemerintah aru Dalam Kerafaan Tanah Melayu,
1600-1900-Satu Kafian Awal, hlm 52.
7
Mohd Isa Othman, 2002, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 6.
5
Hashim dan menghantar hadiah kepadanya yang di suruh oleh Gabenor Singapura dan
ahli perniagaan Singapura. Mereka dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang
baik dan setahun kemudian James Brooke datang semula ke Sarawak kerana Pangeran
Muda Hashim menjemputnya datang kembali ke Sarawak.
8
Apabila James Brooke datang
ke Sarawak, beliau mendapati keadaan Sarawak berada dalam keadaan kucar-kacir
kerana pemberontakan orang-orang Dayak yang menentang pemerintahan Pangeran
Muda Hashim. Hal ini menyebabkan Pangeran Muda Hashim meminta bantuan daripada
James Brooke untuk mengamankan Sarawak dan ternyata pemberontakan tersebut
berjaya dihapuskan oleh James Brooke. Seperti yang telah dijanjikan oleh Pangeran
Muda Hashim, James Brooke di lantik menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841.
Dengan ini, Brooke telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan meluaskan pengaruhnya di
Sarawak.
9
Jelaslah, selepas James Brooke dilantik menjadi raja Sarawak dan mendapat
pengiktiraIan daripada Sultan Brunei, maka politik di Sarawak terus berkembang.

Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS)
Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS) merupakan kesan daripada Perjanjian
Inggeris Belanda 1824. NNS ini terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang dan
telah disatukan di bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British.
10
Sebenarnya,
penubuhan NNS ini merupakan dasar British yang mahu menyeragamkan pentadbiran
supaya corak pentadbiran yang seragam dapat mewujudkan pentadbiran yang lebih
sistematik. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada perkembangan politik di

8
Graham Irwin, 1986, 4rne4 Abad Kesembilan elas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81.
9
Ibid, hlm 96.
10
Mohd Isa Othman, 2002, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 143.
6
Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pentadbiran NNS diketuai oleh gabenor dan setiap
negeri dilantik seorang residen konsular untuk membantu gabenor menjalankan
pentadbiran.
11
Sememangnya, NNS ini ditadbir di bawah satu pemerintahan politik yang
seragam bagi memudahkan gabenor untuk mengawal pentadbiran dengan lancar. Melalui
penubuhan NNS ini juga, kuasa politik, dasar dan undang-undang dapat diselaraskan.
Buktinya sekitar 1830, sistem mahkamah yang teratur dipekenalkan di NNS dan dikenali
Mahkamah Recorder. Mahkamah ini telah diberikan kuasa laut dan mentadbir
berdasarkan kanun Piala India. Seterusnya, Pulau Pinang dan Singapura lebih strategik
berbanding Melaka. Melaka dikatakan kurang penting ketika itu kerana pelabuhan yang
cetek dan tidak sesuai untuk aktiviti pelabuhan. Pada tahun 1832, Pulau Pinang dikatakan
kurang maju menyebabkan pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura.
12
Perpindahan
pusat pentadbiran ini disebabkan Singapura telah menjadi sebuah pelabuhan yan pesat
pada ketika itu dan kekal sehingga 1867. Tegasnya, penubuhan NNS merupakan satu titik
tolak perkembangan kuasa politik Malaysia, hasil termeterainya Perjanjian Inggeris
Belanda 1824.

Ekonomi
Perkembangan ekonomi Negeri-negeri Selat (NNS)
Kesan daripada perjanjian tersebut telah membawa kepada perkembanagn
ekonomi di NNS. Pelabuhan Singapura telah menjadi pelabuhan yang tersibuk di dunia
ekoran pemisahannya dengan Johor. Singapura di tadbir sepenuhnya oleh Inggeris

11
Mohd Isa Othman, 2002, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 144.
12
Ibid, hlm 144.
7
selepas mendapat kebenaran daripada perjanjian tersebut.
13
Singapura telah menjadi
pelabuhan interpot dan maju dari segi ekonomi dan pengangkutannya. Kemajuan pesat
ini memberikan keuntungan kepada pihak Inggeris dan secara tidak langsung kepada
masyarakat tempatan juga. Contohnya, Bijih timah merupakan kegiatan yang paling
penting sekali di bawah ketegori NNS dieksport dari semenanjung ke bahagian dunia
melalui Selat Melaka iaitu Singapura dan Melaka.
14
Negara China dan Great Britain
merupakan pengimport utama bijih timah dari Singapura. Kuantiti yang dieksport ke
negara China berjumlah $117,386 Sepanyol, Great Britain $101,204.
15
Tahun 1835 dan
1836, Singapura import 4616 pikul bijih timah secara langsung dari Melaka. Dalam
pertengahan tahun 1830-an, semenanjung membekalkan kira-kira 15000 pikul bijih timah
kepada Singapura. Pada hakikatnya, perdagangan Singapura sangat penting dan
bergantung kepada kedua-dua negeri tersebut di samping pengangkutan jalan laut yang
baik serta laluan Selat Melaka yang strategik menjadikan ekonomi di NNS terus
berkembang. Tegasnya, perjanjian ini memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi
khususnya kepada ekonomi-ekonomi NNS.

KEPESATAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN
Perjanjian Inggeris Belanda telah memberi kesan kepada kepesatan perdagangan.
Contohnya, dapat dilihat di Singapura selepas termeterainya perjanjian ini, pelabuhan
Singapura dilihat sebagai sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin
berkembang. Syarat-syarat perdagangan dalam perjanjian ini telah menyebabkan

13
Mohd Isa Othman, 2002, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 24.
14
Khoo Kay Kim, 1984, Neeri-Neeri Melayu Pantai arat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd,
hm 62.
15
Ibid, hlm 62.
8
berlakunya kepesatan perdagangan di Singapura dan British dapat meluaskan pengaruh
di kawasan masing-masing tanpa gangguan seperti sebelumnya. Belanda juga telah
menghapuskan dasar monopoli perdagangannya di Kepulauan Melayu. Pelabuhan
Singapura berkembang menjelang tahun 1830-an. Contohnya, import dari Pantai Timur
semenanjung adalah sangat besar. Buktinya, nilai serbuk emas yang dibawa dengan
kapal pada tahun 1835 dan 1836 berjumlah $143,840 dolar Sepanyol manakala di Pantai
Barat berjumlah $12000. Contoh negeri Pantai Timur ialah Pahang, mengeluarkan serbuk
yang mempunyai pasaran yang tinggi iaitu sebanyak 28 ringgit Sepanyol sebangkal.
16

Perdagangan utama dari Pantai Barat ialah dari daerah pedalaman Melaka dan Johor.
Purata import dari pantai timur semenanjung sahaja lebih daripada $300,000 dolar
Sepanyol setiap tahun dan begitu juga dengan jumlah eksportnya.
17
Jumlah peningkatan
dagangan Singapura pada tahun 1821 ialah 5 juta, pada 1824 meningkat menjadi 11 juta
dan pada tahun 1833 terus meningkat menjadi 18 juta. Kemajuan Singapura juga
mempengaruhi perkembangan perdagangan di Johor dan Pulau Pinang. Johor menjadi
pengeksport gambir, lada, balak dan getah perca terpenting ke London. Manakala Pulau
Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting. Jadi, perkempangan pesat
dalam sektor perdagangan di Malaysia merupakan kesan perjanjian.

Pembentukan dwiekonomi
Selepas perjanjian ini, sistem ekonomi yang wujud di malaysia terbahagi kepada
dua iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Hal ini bermakna ekonomi sari diri
tetap diusahakan oleh orang Melayu khususnya dan ekonomi komersial diusahakan oleh

16
Khoo Kay Kim, 1984, Neeri-Neeri Melayu Pantai arat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd,
hlm 61
17
Ibid, hlm 62.
9
orang luar. Orang Cina dan Eropah banyak menanam modal dan membawa masuk
teknologi mereka khususnya dalam perlombongan bijih timah
18
sehingga mendorong
kepada pengeluarannya secara besar-besaran. Contoh pada tahun 1830 pengeluaran
adalah sebanyak 7000 pikul di Sungai Ujong. Selain itu, para pemodal Eropah dan Cina
ini juga banyak menanam modal mereka dalam tanamam komersial seperti gambir dan
lada hitam. Contohnya, pada 1840 penanaman gambir dan lada hitam menjadi
penanaman terpenting di Singapura yang menunjukkan bahawa sebanyak 1000 pikul
gambir dan 15000 pikul lada hitam telah dikeluarkan di Singapura. Perkembangan
penanaman tebu pula dapat dilihat apabila sebanyak 11 buah ladang tebu telah dibuka
dan kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina sementara kilang-kilang gula telah dibuka
dan diusahakan oleh pemodal-pemodal Eropah. Kemasukan imigran Cina khususnya ke
Malaysia mendorong penambahan buruh dan pengeluaran hasil dapat ditingkatkan. Hal
ini menyebabkan sistem kangcu diperkenalkan pada tahun 1844 supaya tidak berlaku
huru hara seperti di Perak dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.








18
Mohd Isa Othman, 2002, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 190.
10

Kesimpulan
Kesimpulan Perjanjian Inggeris Belanda memberi impak yang cukup besar dan
bermakna terhadap perkembangan kuasa politik dan ekonomi Malaysia. Perkembangan
kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk mengusai kepentingan
ekonomi dan politik di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh kolonialisme
kerana perjanjian ini dimeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Selain itu, dua
kuasa berpakat membahagikan pengaruh masing-masing di Malaysia dan tiada lagi unsur
persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak
kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan
Indonesia.












11


BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia. Sefarah Kenearaan dan P4litik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Abdullah Zakaria, Kemunculan Keluara Pemerintah aru Dalam Kerafaan Tanah
Melayu, 1600-1900-Satu Kafian Awal, 1984/85

D.G.E. Hall, A Hist4ry Of S4uth-East Asia(F4urth Editi4n), London: the Macmillan
Press Ltd, 1981.

Graham Irwin, 4rne4 Abad Kesembilan elas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd,
1986.

Joginder Singh Jessy, Sefarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1978.

Khoo Kay Kim, Neeri-Neeri Melayu Pantai arat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti
Sdn Bhd, 1984.

Mohd Isa Othman, Sefarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd, 2002.

Tan Ding Eing, Oxf4rd Pr4ressive Hist4ry. A P4trait 4f Malaysia and Sinap4re, Kuala
Lumpur: OxIord University Press, 1975.

Anda mungkin juga menyukai