Anda di halaman 1dari 2

NAMA=NUR ASMADAYANA HASIM NO. MATRIK= 134014 Beri-beri.

Beri-beri adalah penyakit pemakanan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan tiamina (vitamin B1). Ini adalah penyakit wabak yang terdapat suku bangsa yang bergantung kepada beras kisar secara berlebihan . Beri-beri mempunyai tanda -tanda seperti radang saraf(kecederaan saraf), kaki dan jari-jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal-sengal dan pergelangan kaki menjadi kaku. Pesakit berasa lemah, bahagian kaki terasa sakit dan kejang, susah berjalan dan akhirnya anggota kaki menjadi lumpuh, di mana otot-otot menjadi lisut. Tanda-tanda lain termasuklah kehilangan nafsu makan, selalu penat dan pencernaan tidak sempurna. Terdapat tiga jenis beri-beri iaitu Beri-beri basah, Beri-beri kering dan Beri-beri kanak-kanak. a) Beri -beri basah (wet Beri-beri) Beri-beri basah adalah penyakit orang dewasa. Dalam Beri-beri basah badan pesakit menjadi bengkak, bengkak itu bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru-paru secepat ia berballik semula, dengan itu tisu-tisu pada tangan dan kaki penuh dengan cecair tisu dan terjadinya bengkak-bengkak. Jika keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan kematian. b) Beri-beri kering (Dry Beri-beri) Beri-beri jenis ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa, tidak menunjukkan bengkak tetapi otot-otot menjadi terlalu lisut dan selalunya menjadi lumpuh. Beri-beri kering adalah penyakit sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal kegiatan otot-otot tangan dan kaki, tetapi ianya tidak membengkak. Bahagian ini menjadi bertambah lemah dan akhirnya pesakit itu rebah tak berdaya. c) Beri-beri kanak-kanak. Beri-beri jenis ini biasanya ditemui dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara membangun . tanda-tanda dan gejala menangis yang tidak berbunyi begitu kuat dan tidak mengeluarkan air mata. Jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan maut dalam tempoh 24 jam.

Penyakit Beri-beri boleh dikurangkan dengan memberi makanan yang kaya dengan tiamina seperti beras yang belum dikisar, daging, telur, kacang dan kacang pis dan bijirin tulen.

Anda mungkin juga menyukai