Anda di halaman 1dari 1

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Terdapat banyak kesan positif dan kesan negatif yang berlaku apabila wujudnya migrasi penduduk di kawasan kajian kami, Air Putih, Kuantan.Oleh itu, kita harus mengambil tindakan untuk mengatasi kesankesan migrasi penduduk. Antara langkah yang boleh dilalukan ialah dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan. Sebagai contoh, kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan mengadakan lebih banyak lampu isyarat agar sistem perhubungan dapat bergerak dengan sistematik. Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil tindakan dengan membina lebih banyak rumah setinggan yang berkos rendah. Masyarakat zaman sekarang semakin bergantung kepada kewangan kerana ekonomi sekarang semakin gawat dan harga barang semakin meningakat. Oleh itu, kita harus berjimat-cermat. Seterusnya, penduduk-penduduk yang telah mengadakan rukun tetangga harus selalu megadakan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman bersama-sama penduduk kawasan tersebut. Dengan ini, akan mewujudnya masyarakat yang bertoleransi dan bekerjasama serta persekitaran yang bersih. Konklusinya, kami berharap segala cadangan yang telah dinyatakan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita patut berasa bersyukur dengan wujudnya migrasi dalaman penduduk kerana telah member banyak kesan positif kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai