Anda di halaman 1dari 28

KUMPULAN BUNGA-BUNGA MATAHATARI

AMIR ZULFADLI BIN MOHD KHADARI NUR FARHANA AZWANEE BINTI ISMAIL NOOR SHAFIKAH BINTI SOBRI NORIZUAN MAT BIN MAT NOR MOHD KHALID BIN ABU TAKDIR FARAH ADIBAH BINTI MOHD ZAKI NUR ISYDIHAR BIN BUHARI

PENERBIT Farah Adibah bte Mohd Zaki PENGARAH Amir Zulfadli bin Mohd Khadari PENOLONG PENGARAH Noor Shafikah binti Sobri PENGURUS PRODUKSI & KONTI Nur Farhana Azwanee binti Ismail PENULIS SKRIP & PENYELIDIK Norizuan bin Mat Nor PENGARAH FOTOGRAFI & PENATAAN CAHAYA Nur Isydihar bin Buhari PENATA BUNYI Mohd Khalid bin Abu Takdir PENYUNTING Amir Zulfadli bin Mohd Khadari Mohd Khalid bin Abu Takdir Noor Shafikah binti Sobri

SINOPSIS
Dokumentari REZEKI DI ATAS GARISAN mengisahkan seorang lelaki kampung yang cacat penglihatan bernama Bahri Ibrahim (Busu) berusia dalam lingkungan 30an mempunyai bakat memburu haiwan eksotik iaitu burung ruak-ruak dan ayam hutan. Memburu ayam hutan bukan satu perkara yang mudah kerana ia bukan sahaja dilakukan pada waktu siang malah pada waktu malam juga di dalam ladang kelapa sawit yang berlumpur dan bersemak samun selain ia juga adalah salah di sisi undang undang Negara. Dokumentari ini turut merakam kehidupan harian Busu yang berusaha mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara keluarganya. Walaupun Busu dan kakaknya mempunyai masalah penglihatan, Busu tidak menganggap itu sebagai kekangan dalam mencari rezeki. Dengan bantuan beberapa penduduk kampung, Busu dapat melakukan hobinya iaitu menangkap burung ruak-ruak dan ayam hutan.

KONSEP
REZEKI DI ATAS GARISAN adalah berkonsepkan flora dan fauna dimana dokumentari ini akan difokuskan pada pemburuan ayam hutan. Dokumentari ini akan menggunakan watak BUSU sebagai character driven. Kami juga akan menggunakan penggunaan dialog, muzik, narrator dan voice over . Durasi dokumentari REZEKI DI ATAS GARISAN ini adalah selama 20 minit. Pengambaran dokumentari ini akan dijalankan pada 2, 3 dan 4 Disember 2011 bersamaan dengan hari jumaat, sabtu dan ahad. Lokasi dokumentari REZEKI DI ATAS GARISAN ini ialah di ladang kelapa sawit yang terletak di Sungai Siput, Melaka.

OBJEKTIF
Menunjukkan bagaimana seorang lelaki yang buta penglihatan mampu melakukan aktiviti yang manusia normal susah untuk lakukan Menunjukkan bagaimana hobi boleh mengatasi segala-galanya walaupun tahu bahawa hobi tersebut adalah salah disisi undang-undang dan boleh mengancam nyawa beliau. Memaparkan bagaimana hobi haram tersebut secara tidak langsung menjadi rezeki untuk santapan keluarga beliau.

ISU UTAMA
Pemburuan haram ayam hutan dan burung wakwak. Konflik dengan undang-undang Konflik dengan keupayaan diri (buta) Faktor kesihatan dan kehidupan harian Pengalaman dan dorongan yang mendorong beliau melakukan pemburuan tersebut walaupun tahu ianya salah disisi undang-undang. Ancaman binatang buas

OLAHAN (3 ACT STRUCTURE)


ACT 1 Dimulakan dengan temubual watak-watak mengenai aktiviti haram ini. Menunjukkan suasana kampung yang aman. Akan menunjukkan aktiviti yang Busu lakukan seperti membuat kerja-kerja kampung dan bermain dikir rebana.

ACT 2 (konflik)
Konflik yang dihadapi oleh Busu dalam aktiviti beliau adalah konflik dengan diri sendiri. Konflik dengan pihak berkuasa memandangkan aktiviti meracik ayam hutan dan memikat burung ruak-ruak adalah salah di sisi undang-undang. Atas desakan hidup. Menunjukkan keadaan sebenar aktiviti yang sering Busu lakukan iaitu meracik, memuru ayam hutan dan memikat burung ruak-ruak.

ACT 3
Temuramah pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan temuramah Busu akan diadakan. Semua watak akan menyatakan pendapat peribadinya tentang kesalahan menangkap ayam hutan.

TREATMENT

WATAK PENCETUS

MASALAH YANG DI HADAPI


MASALAH KESELAMATAN Terdapat pengambaran di dalam ladang kelapa sawit pada waktu malam. Ancaman binatang buas ataupun jalan licin kerana laluan tersebut berbukit dan membahayakan keselamatan diri dan peralatan teknikal. Selain itu, lokasi ladang kelapa sawit tersebut jauh dari kawasan penempatan. Lokasi penginapan jauh dari balai polis atau bomba. Malah tiada sebarang kawalan RELA jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. PENYELESAIAN Kami meminta bantuan beberapa penduduk kampung yang sudah biasa dengan lokasi pengambaran kami. Mereka bukan sahaja mengikuti proses pengambaran kammi, malah turut memberi beberapa nasihat dan panduan sebelum kami memulakan pengambaran.

MASALAH WATAK PENCETUS Busu susah hendak berkomunikasi dengan kami dan sukar memahami soalan yang diajukan. Malah Busu agak malu apabila berhadapan dengan kamera. PENYELESAIAN Kami cuba menggunakan ayat-ayat yang lebih mudah untuk difahami dan perlu menjalankan temubual yang lebih santai dan meletakkan kamera di sebelah sisi Busu untuk mengelakkan Busu kelihatan kekok.

MASALAH SUMBER ELEKTRIK Kebanyakan lokasi pengambaran kami tidak mempunyai sumber elektrik kerana tiada sebarang sumber elektrik di dalam ladang kelapa sawit mahupun lokasi burung ruak-ruak. PENYELESAIAN Kami bergantung pada cahaya lampu suluh semata-mata. MASALAH FASILITI Lokasi pengambaran dan penginapan jauh dengan sebarang kedai makan ataupun restoran. PENYELESAIAN Kami telah berbincang dengan tuan rumah dan beliau sudi menyediakan makanan sepanjang penginapan kami di rumahnya. Sebagai balasan, kami memberi barangan dapur dan wang kepada beliau.

MASALAH VISUAL TERLALU GELAP Visual untuk lokasi di ladang kelapa sawit dan sawah padi menjadi terlalu gelap. PENYELESAIAN Penyunting perlu membuat color correction dan brightness semasa proses editing. MASALAH CUACA Pada hari pertama pengambaran, hujan selama 5 jam tanpa henti. PENYELESAIAN Kami terpaksa menanti dan terus memulakan pengambaran sebaik sahaja hujan berhenti malangnya waktu tersebut sudah tidak sesuai untuk proses meracik ayam hutan. Jadi kami melakukan proses tersebut pada keesokan harinya.

LAPORAN RECCE

AYAM HUTAN

BURUNG RUAK-RUAK

PROP AYAM HUTAN

PELURU TIMAH

LASTIK AYAM

RACIK

PROP BURUNG RUAK-RUAK

SERULING PVC

SERULING BULUH

JARING

LOKASI PENGINAPAN

PENGANGKUTAN

RUMAH BUSU

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR NEGERI SELANGOR

DI SEBALIK TABIR DOKUMENTARI REZEKI DI ATAS GARISAN

Anda mungkin juga menyukai